Vous êtes sur la page 1sur 28

PENGENALAN Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia.

Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usahausaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Maka boleh dikatakan bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masayrakat itu sendiri 1 Kebudayaan melayu menjadi teras kebudayaan kebangsaan di Malaysia dan dapat dikatakan sebagai suatu bentuk kebudayaan yang agak liberal.Perubahan dalam kebudayaan ini dibuat supaya kebudayaan sukuan dan kaum yang lain turut dapat ditonjolkan.Misalnya,terdapat
1

A.Aziz Deraman. 2005. Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

beberapa unsur kebudayaan daripada Cina dan India yang dapat diserap kedalam budaya Melayu mengikut kesesuaian. Melalui sejarah,perkembangan kebudayaan di Malaysia terus dipupuk sehingga terbentuknya sebuah negara yang Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.Oleh itu,dasar kebudayaan kebangsaan telah digubal untuk memupuk semangat perpaduan dan menanam semangat kesetiaan serta menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum.Kebudayaan Melayu telah dipilih sebagai teras kebudayaan Malaysia kerana orang melayu merupakan masyarakat asal yang menduduki rantau ini disamping dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.Tambahan pula,kebudayaan melayu dapat menerima kebudayaan luar yang bersesuaian seterusnya tidak bercanggah dengan lunas-lunas tertentu yang menjadi anutan masyarakat melayu.

1.0.DEFINISI BUDAYA Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai "The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within"

Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahwa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Istilah untuk pendapat itu adalah Cultural-Determinism. Herskovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain, yang kemudian disebut sebagai superorganic. Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandungi keseluruhan pengertian nilai sosial,norma sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, agama dan lain-lain, tambahan

lagi, segala penyataan intelektual dan artistik menjadi ciri khas suatu masyarakat. Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat. Menurut Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi, kebudayaan adalah sarana hasil karya, rasa, dan cipta masyarakat.2 Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti; dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannye dengan keadaan sekeliling.3 Kesimpulannya, dari berbagai definisi tersebut,kebudayaan dapat diertikan sebagai sesuatu yang akan mempengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem idea atau gagasan yang terdapat dalam pemikiran manusia, sehingga dalam kehidupan seharian, kebudayaan itu bersifat abstrak. Kewujudan kebudayaan adalah benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, agama, seni,

Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. 1983. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 ibid

dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat. 2.0.FUNGSI KEBUDAYAAN MELAYU Kebudayaan merupakan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi. Kebudayaan bersifat dinamik dan mempunyai ciri ciri menerima dan menolak. ianya juga dapat ditakrifkan sebagai cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat melayu. Kebudayaan Melayu berfungsi sebagai teras kebudayaan kebangsaan yang berfungsi sebagai suatu bentuk kebudayaan yang agak liberal. Perubahan dalam kebudayaan dapat membuka ruang kepada unsur unsur kebudayaan sukuan dan kaum yang lain.4 Antara fungsi kebudayaan Melayu ialah merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Hal ini adalah bertujuan supaya rakyat dapat bersatu padu di bawah satu payung kebudayaan yang dimiliki bersama dan menghormati lambang kebangsaan. Contohnya, semasa sambutan hari kemerdekaan Negara, rakyat Malaysia yang pelbagai kaum bersatu padu mempersembahkan variasi tarian yang terdapat di Malaysia seperti zapin, ngajat, inang, dan tarian kipas.5 Seterusnya kebudayaaan juga berfungsi bagi mewujudkan satu kesatuan kebudayaan dan keselarasan dalam menghasilkan satu kebudayaan yang melambangkan identiti bagi budaya Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia sering ditekankan

untuk mengamalkan budaya ketekunan, tolong-menolong, mengotakan janji, memegang amanah, jujur, menghormati ibu bapa dan juga kepimpinan. Dapat dilihat di sini bahawa walaupun masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan adat
4 5

Siti Hajar Abdul Aziz.2008. Bahasa Melayu. 1 Oxford Fajar,Shah Alam, Selangor : ibid

yang berbeza, tetapi mereka masih menerapkan ciri-ciri kebudayan yang sama di mana ia telah menjadi identiti masyarakat Malaysia. Selain itu, kebudayaan turut menjadi landasan bagi menanam nilai-nilai kebangsaan dan menolak nilai-nilai yang hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di Malaysia iaitu walaupun Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang meraikan perayaan yang berbeza, setiap perayaan diraikan dengan meriah oleh seluruh rakyat malah cuti umum turut diberikan bagi memberi peluang kepada rakyat untuk meraikan perayaan tersebut. Banyak majlis rumah terbuka diadakan malah terdapat juga majlis yang diadakan di dewan untuk memberi peluang kepada masyarakat yang tidak meraikan perayaan tersebut untuk turut merasai kemeriahan sesuatu perayaan. Sebagi contoh, perayaan hari raya aidilfitri turut diraikan oleh masyarakat bukan Islam. 6 Akhir sekali, kebudayaan Melayu juga merupakan amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi seperti sistem protokol, adat istiadat pengurniaan, pelantikan, pertabalan dan sebagainya. Hal ini adalah seperti yang masih dilaksanakan di dalam istana di mana ianya merupakan kebudayaan daripada yang wujud sejak zaman berzaman. jika dilihat amalan budaya ini masih berkekalan sehingga hari ini, malah sesiapa sahaja yang memasuki istana harus mengikuti segala adat dan protokol istana tidak kira sama ada mereka berbangsa Melayu mahupun bangsa-bangsa yang lain.7

6 7

Siti Hajar Abdul Aziz.2008. Bahasa Melayu. 1 Oxford Fajar,Shah Alam, Selangor : A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.0.CIRI KEBUDAYAAN MELAYU Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan masing-masing dan kebudayaan tersebut berbeza mengikut masyarakat yang mengamalkannya.Perkaitan antara masyarakat dan kebudayaan amat erat.Kebudayaan tidak akan wujud sekiranya tiada masyarakat kerana kebudayaan meliputi seluruh sistem hidup dan aktiviti kehidupan masyarakat

tersebut.Tegasnya,kewujudan sesuatu masyarakat akan mewujudkan suatu kebudayaan.Boleh dikatakan kebudayaan itu bertitik tolak daripada kewujudan masyarakat kerana masyarakatlah yang melahirkan kebudayaan. Ciri-ciri kebudayaan melayu meliputi sebahagian besar daripada kebudayaan negara Malaysia.Oleh itu,ciri-ciri kebudayaan Malaysia boloeh dianggap sebagai ciri-ciri kebudayaan Melayu itu sendiri. Kebudayaan melayu bersifat dinamik kerana kebudayaan ini mengalami perubahan yang pesat selaras dengan perkembangan masyarakat yang mendukungnya.selain itu,kebudayaan melayu turut dikatakan dinamik kerana individu dalam masyarakat yang menjadi pendukungnya dapat menerima perubahan.ada kebudayaan yang bersifat statik iaitu kebudayaan yang tidak mengalami sebarang perubahan atau mengalami perubahan yang amat perlahan. Kebudayaan melayu yang dikatakan bersifat dinamik adalah kerana individu dalam masyarakat melayu yang mampu menerima perubahan dan menerapkannya dalam kehidupan seharian.8 Di samping itu,kebudayaan melayu telah menerima dan menolak unsur tertentu. Sifat ini terdapat pada semua budaya yang menerima kebudayaan sesuatu kaum dan mengadaptasikannya ke dalam kehidupan seharian.Unsur menarik pula terutama dalam

A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

melalui kemasukan idea-idea baharu dalam kebudayaan diterima pakai oleh golongan yang bersikap liberal terhadap perubahan dan dapat menyesuaikan diri dengan cabaran zaman dan perubahan dunia.Dalam penolakan sesuatu budaya,wujudnya unsur konservatif iaitu segolongan yang mahu mempertahan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Kebudayaan juga merupakan sesuatu yang daripada sartu generasi ke satu

generasi yang lain.Kebudayaan itu hidup bersama hidupnya masyarakat dan dikongsi bersama yang membolehkan sesuatu budaya itu diwarisi.Melalui kebudayaan juga,sesuatu masyarakat tersebut dapat dikenalpasti dan dibezakan dengan masyarakat atau kaum lain. Proses kesinambungan yang wujud dalam setiap kebudayaan.Setiap kebudayaan mempunyai proses kesinambungan dan perubahannya sama ada dalam bentuk seni bina,peralatan ,budaya adat resam dan lain-lain.Sebagai contoh,proses kesinambungan dalam binaan bangunan yang berterusan,akhirnya melahirkan sebuah bangunan yang berbagai-bagai bentuk dan semakin maju.

4.0.JENIS DAN BENTUK KEBUDAYAAN MELAYU

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan

politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.9 Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini.Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan

A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.10 Selain itu,kebudayaan kebangsaan mempunyai unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima.Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-

10

Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. 1983. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

10

asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. Islam juga menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.Kebudayaan Melayu yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan amat penting bagi menanamkan nilai-nilai yang progresif dan

dinamik,demokratik dan rasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.Dalam kebudayaan Melayu,terdapat Melayu. 5.0.IDENTITI MASYARAKAT DAN BUDAYA MELAYU 5.1.Identiti Individu Sebagai individu setiap orang mempunyai identiti sendiri yang membezakan dirinya daripada individu-individu lain dalam masyarakatnya. Seorang itu dapat membina image atau identiti diri dengan berbagai cara berasaskan kemampuan masing-masing. berbagai-bagai jenis dan elemen yang melambangkan identiti bangsa

11

Pengenalan diri yang berasaskan identiti boleh diteliti kepada pakaian, gaya perlakuan, suaranya, cara berjalan, dan berbagai perkara. Seseorang individu itu boleh membina image atau identiti, yang menunjukkan ciri-ciri pengenalannya dengan berbagai cara. Image atau identiti seseorang yang popular dan dikenali ramai dalam masyarakat itu selalunya ditiru atau cuba diikuti orang lain pula. Misalnya, identiti seorang penyanyi popular dengan mudah pula dapat mempengaruhi peminat-peminatnya. Identiti di peringkat individu itu merupakan pengenalan image yang dibina secara sedar atau tidak sedar, sebagai menyatakan kedudukannya sebagai individu dan anggota masyarakat. 5.2.Individu dan Budaya Seorang itu sebagai anggota masyarakat dipengaruhi nilai-nilai sosial, yang memupuk nilai-nilai itu bagai membolehkannya hidup dalam masyarakatnya. Oleh itu, individu itu mempelajari dan menerima budayanya. Nilai-nilai sosial sebagai teras budaya memainkan peranan penting dalam menyatakan identiti sesuatu budaya itu. Image atau identiti yang dibina oleh individu itu adalah tidak terpisah daripada budayanya. Walau bagaimanapun individu turut memainkan peranan dalam menyumbangkan nilai-nilai sosial dalam membina identiti itu. Dengan kata lain, individu itu sebagai anggota masyarakat dapat membawa perubahan atau memperkukuhkan identiti masyarakat dan budayanya. Identiti masyarakat dan budaya itu dibina oleh individu. Anggota-anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab penting dalam menentukan identiti masyarakat dan budayanya. Sebaliknya berasaskan identiti yang dibina itu selalunya menerngkan sifat-sifat anggota masyarakat. Melaluinya juga sesuatu masyarakat dan budaya dikenali umum. 12

Identiti individu dan masyarakat itu turut menyatakan nilai-nilai sosial. Pengenalan diri yang melibatkan perasaan atau nilai-nilai individu dan nilai-nilai sosial dibina demikian sehingga terbina image atau identiti masyarakat dan budaya.

5.3.Identiti dan Perubahan Budaya Anggota-anggota masyarakat dipupuk nilai dan norma sosial melalui proses sosial atau proses sosialisasi. Melaluinya identiti masyarakat dan budaya dapat dipertahankan. Individu sebagai anggota masyarakat menyedari identiti masyarakat dan budayanya yang berbeza daripada masyarakat dan budaya lain. Dalam masyarakat itu terdapat pula kelompok-kelompok sosial yang membina image dan identiti tersendiri. Sebagai anggota kepada kelompok sosial itu, dalam membina kesedaran rasa kekitaan, maka ia berusaha mempertahankan image atau identiti kelompoknya. Berbagai kelompok sosial dalam sesuatu masyarakat itu membina sub budaya yang membina kesatuan di peringkat masyarakat dan budaya yang lebih luas. Sub budaya yang berbagai dalam masyarakat Melayu itu merupakan khazanah yang menyatakan kekayaan budaya Melayu itu.11 Masyarakat berusaha mempertahankan identitinya yang menyatakan dengan jelas kekuatan masyarakat itu. Identiti itu mahu dipertahankan selama-lamanya. Di samping itu, anggota-anggota masyarakat mahukan perubahan. Perubahan yang berlaku itu
11

Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. 1983. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

13

menyatakan dengan jelas tentang budaya itu dinamis. Tetapi perubahan yang berlaku itu tidak pula menghilangkan identiti yang diwarisi sejak sekian lama. Dalam perubahan yang berlaku masih boleh diteliti identiti yang dipertahankan. Budaya Melayu yang dinamiks, berkemampuan menerima dan menyesuaikan dengan perubahan, tetapi mempertahankan identiti Melayu sejak sekian lama. Dengan tu dapat dikatakan, tidak Melayu hilang di dunia.

5.4.Identiti dan Prasangka Identiti masyarakat dan budaya yang dibina itu diakui dan disedari anggota-anggota masyarakat. Mereka berbangga dengan identiti budaya yang mereka warisi dan mereka bina sekian lama. Malahan mereka berusaha menonjolnya, untuk dikenali sehingga ke peringkat global. Tradisi yang diwarisi itu mempunyai nilai-nilai yang tinggi yang ingin dipertahankan Dalam membina identiti seperti di atas itu bermakna anggota-anggota masyarakat melihat dan menilai ke dalam masyarakat dan budaya sendiri yang sentiasa dipandang tinggi. Sebaliknya mereka juga melihat keluar, iaitu melihat masyarakat dan budaya lain. Dalam melihat keluar atau orang luar melihat budaya Melayu, kerapkali melibatkan prasangka, iaitu melihat identiti budaya lain berasaskan sentiman, misalnya memandang rendah masyarakat dan budaya lain dalam konteks mengagongkan budaya sendiri. Adakala prasangka itu tidak berasaskan realiti, tetapi semata-mata timbul dari sentiman yang terbina dalam masyarakat. Adakala prasangka itu dibina berasaskan kepentingan tertentu. 14

Malaysia yang terdiri daripada berbagai kumpulan ethnik, boleh menimbulkan prasangka antara satu dengan yang lain dan seterusnya boleh membawa kesan dalam hubungan antara kumpulan ethnik itu. Oleh itu usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan prasangka buruk antara satu dengan yang lain. Orang luar yang melihat orang Melayu secara luaran, sebagaimana yang pernah ditulis oleh orang-orang barat masa lalu, adakala menggambarkan orang Melayu sangat buruk. Mereka tidak memahami masyarakat dan budaya Melayu. Pandangan mereka berasaskan budaya mereka, dan inilah yang dikatakan ethnocentric.12 5.5.Krisis Identiti Dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami proses perubahan, terutama tekanan daripada peradaban asing dan proses globalisasi, anggota-anggota masyarakat menghadapi masalah dalam mempertahankan tradisi. Mereka menghadapi krisis dalam mempertahankan tradisi sebagai menyatakan lambang identiti masyarakat dan budaya Melayu. Dalam menghadapi perubahan itu, selalunya unsur-unsur budaya tradisi diketepikan, dan gaya hidup moden menjadi pilihan. Dalam keadaan menghadapi krisis identiti itu, terdapat pula gerakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang

mempertahankan identiti, terutama unsur-unsur budaya tradisi yang diwarisi sekian lama. Krisis identiti juga turut dialami di peringkat individu. Dalam pesatnya perubahan yang melanda orang-orang Melayu, turut membawa kesan kepada individu, dalam menentukan bahawa perubahan yang berlaku itu tidak ketinggalan, maka ia juga

12

A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15

menghadapi krisis dalam mengekalkan tradisi. Krisis identiti ini turut dialami individu yang ibu atau bapanya bukan Melayu. Ia menghadapi masalah dalam menentukan identiti, sebelah ibunya atau sebelah bapanya. Dalam keadaan ini selalunya identiti yang lebih dominan mempengaruhi seseorang itu.

5.6.Mencari dan Mengenali Identiti Dalam membina identiti sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini dapat dilakukan secara luaran, melalui rupa bentuk fisikal dan sesuatu yang dihasilkan dalam melambangkan identiti itu berasaskan kepada struktur luaran. Selain itu, identiti itu juga melibatkan secara dalaman, iaitu jiwa Melayu itu. Oleh itu dalam mengenali identiti itu perlu juga difahami aspek dalamannya, iaitu struktur dalaman sebagaimana yang dinyatakan oleh anggota-anggota masyarakat. Kelompok-kelompok sosial dalam masyarakat itu adakala berusaha membina identiti sendiri sebagai melambangkan kekuatan kelompok sosial itu. Dalam membina identiti itu berbagai cara pernah dilakukan, misalnya melalui agama kelompok sosial itu menyatakan lambang-lambang tersendiri, di samping memupuk nilai-nilai sosial yang berkaitan. Ada kelompok pula amat terpengaruh dengan kemodenan barat dan menyatakan identiti berasaskan nilai-nilai itu. Walau bagaimanapun kelompokkelompok sosial itu tidak terpisah daripada masyarakat dan budaya Melayu yang dianggap dominan.

16

5.7.Identiti Sosial dan Identiti Budaya Masyarakat membina identiti berasaskan berbagai-bagai aspek kehidupan, termasuk aspek sosial dan budaya. Dengan berbagai-bagai aspek kehidupan itu secara keseluruhan dalam konteks yang lebih luas masyarakat itu membina identiti. Antara aspek atau sistem yang memberikan sumbangan kepada pembinaan identiti itu adalah seperti dinyatakan di bawah:13

Kekeluargaan dan perkahwinan termasuk dalam menyusur galur keturunan. Sistem sosial struktur sosial, meliputi aspek hiraki sosial, status sosial tradisi dan moden.

Sistem kepimpinan dan politik kedudukan pemimpin. Agama dan kepercayaan termasuk simbol/lambang yang berkaitan seperti masjid.

Sistem ekonomi termasuk demografi. Kegiatan cari makan, budaya kerja dan sebagainya. Penempatan kampung bandar.

Simbol status/kelas sosial. Kekayaan, kekuasaan. Pakaian, makanan.

Berasaskan identiti budaya pula termasuklah nilai dan norma sosial, adat, dan seumpamanya, atau dalam konteks visual dan bukan kebendaan.Melihat kepada perkara-perkara yang

13

A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

diterangkan di atas itu, identiti masyarakat dan budaya itu meliputi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat.

6.0.NILAI-NILAI DALAM KEBUDAYAAN MELAYU Memandangkan kebudayaan mencakupi segala bidang kehidupan manusia, adalah penting untuk membincangkan secara ringkas aspek sosial, politik, adat dan istiadat, serta ekonomi. Aspek ini hampir menerangkan kebudayaan masyarkat Melayu sehingga kini. Aspek sosial meliputi kepercayaan dan agama sejak pra-sejarah hingga kedatangan Islam, struktur masyarakat, perhubungan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Aspek budaya politik termasuklah konsep raja dan kerajaan yang melibatkan asal keturunan raja, kebesaran, taat setia rakyat dan penubuhan sesebuah kerajaan atau negeri serta sistem pemerintahan. Aspek kebudayaan juga menyentuh adat istiadat yang merupakan undang-undang dan peraturan seperti pertabalan, perkahwinan dan kematian. Disini bentuk serta perlaksanaan adat istiadat akan dititikberatkan. Aspek ekonomi merujuk kepada ekonomi tradisional yang sering dikaitkan dengan orang Melayu seperti ekonomi sara diri (secukup hidup). Pendedahan dan penyesuaian masyarakat Melayu dengan budaya baru dari luar telah mengubah nilai budaya mereka. Namun bukan semua yang mengalami perubahan. Aspek kepercayaan animisme masih lagi dikekalkan. Pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. 6.1.Akidah Islam Nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat 18

dalam agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa, perumpamaan dan pepatah-pepatih. Terdapat pelbagai perkara yang boleh dibuat untuk menunjukkan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Pengaruh kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu banyak mengubah budaya Melayu. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Ia melibatkan asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kepada kehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala yang dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah S.W.T. adalah sebahagian daripada cara bagaimana orang Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini, pandangan semesta masyarakat Melayu berunsurkan tradisional disesuaikan dengan dasar-dasar akidah Islam. 6.2.Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin Sejarah masyarakat Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat Melayu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-menurun yang diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke hari ini. Ini membuktikkan bahawa budaya masyarakat Melayu amat menghormati pemimpin. Nilai ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan atau Raja telah menjadi sebahagian budaya orang Melayu. Nilai inilah yang membentuk budaya masyarakat Melayu menjadi orang yang berdisiplin. Dalam agama Islam pemimpin adalah khalifah Allah S.W.T. di muka bumi. Dalam pepatah Melayu: Ada raja adat berdiri, Tiada raja adat mati Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Biar mati anak, jangan mati adat dan, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

19

6.3.Berpegang Teguh kepada Adat Resam Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuk pantang-larang dan adat isitadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-menurun. Antara adat istiadat yang masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian. Orang Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan mematuhinya. Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, adat dikelek dan hukum dijunjung. Terdapat beberapa upacara rites de passage gabungan unsur Islam dan adat diadakan pada hampir setiap tahap kitaran hidup. Contohnya, sebelum seseorang itu dilahirkan lagi, berbagai-bagai pantang larang diikuti. Ibu yang mengandung dilarang melakukan perbuatan yang buruk atau keji. Dengan berbuat demikian, dipercayai anak yang bakal dilahirkan sedikit sebanyak mewarisi perangai kedua-dua ibu bapaya (yang dilakukan semasa ibu mengandungkannya).14 6.4.Memuliakan yang Tua Dalam masyarakat Melayu, menghormati dan memuliakan orang yang tua adalah satu nilai yang jelaskan sekali berlaku. Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding orang-orang muda. Pengalaman adalah sesuatu yang sentiasa dipandang penting dalam masyarakat Melayu. Golongan muda digalakkan merantau untuk mencari pengalaman lain. Dalam konteks Islam, Baginda S.A.W. tidak mengiktiraf umat yang tidak menghormati orang yang tua dan menyayangi orang yang orang muda.
14

Mohd Aris Haji Othman. (1985). Identiti Etnik Melayu, Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

20

Menghormati dan mendengar nasihat orang tua, orang muda tidak akan melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup mereka. Apa yang penting ialah kerjasama antara orang muda dengan orang tua harus dipupuk untuk menjamin keharmonian masyarakat sekeliling.15 6.5.Saling Menghormati Salah satu nilai budaya orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang Melayu saling menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang Melayu digalakkan memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang yang tidak membalas penghormatan yang diberi akan dipandang rendah. 6.6.Meraikan Tetamu Meraikan tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melyu. Mengikut ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan dengan sebaik mungkin, malah tuan rumah disunatkan berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri demi menjaga dan menghormati tetamu. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya. 6.7.Bertimbang Rasa Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan. Sikap bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu tidak mementingkan perasaannya semata-mata. Pemikiran ini memerlukan kita tidak mengikut perasaan sahaja, ia memerlukan pertimbangan perasaan orang lain. Nilai bertimbang rasa ini adalah salah
15

Mohd Aris Haji Othman. (1985). Identiti Etnik Melayu, Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

21

sifat terpuji dalam Islam. Dalam masyarakat Melayu kini, orang muda haruslah meminta kepada orang tua sesuatu yang termampu dan tidak melampau. Begitu juga, dengan permintaan terhadap rakan-rakan, seharusnya rasional dan wajar. Setiap permintaan dan kelakuan harus ada timbang rasa. Budaya inilah yang akan menaikkan masyarakat Melayu. 6.8.Bersopan Santun atau Berbudi Pekerti Nilai ini membentuk masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan santun dan berbudi pekerti adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang berkaitan dengan beradab (atau civilized). Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus (atau refined) budi pekertinya, manakala yang tidak beradab dianggap kasar. Sesuai dengan penegasan Nabi S.A.W. bahawa: Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Islam menganjurkan pengikutnya sentiasa bercakap benar dan melarang pembohongan. Begitu juga di bidang penulisan, terutama dalam konteks laporan berita, isi karya yang dihasilkan mestilah benar dan tidak mengandungi penyelewengan. Ia harus membantu dalam meninggikan pemikiran masyarakat. Dalam berpakaian, selain bersih, Islam juga menekankan pentingnya menutup aurat. Namun, sesetengah orang Melayu/Islam moden gemar mengamalkan budaya dedah. Pendidikan moral memang sesuai untuk membentuk masyarakat lain yang sopan. Tetapi, masyarakat Melayu dan Islam amnya amat perlukan pendidikan Islam. Untuk membina masyarakat sopan, kita harus mulakan dari institusi keluarga. Ibubapa memainkan peranan penting kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-

22

anak bangsa menjadi orang berguna. Tugas utama mereka ialah memastikan keharmonian keluarga dan tidak bercerai-berai. Sekitaran yang harmoni dapat merangsang perkembangan mental dan rohani anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Misalnya, mereka tidak harus bertengkar di hadapan anak-anak kerana ini akan menjejas jiwa anak-anak mereka. Banyak masalah sosial yang melanda masyarakat berpunca daripada kelalaian ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Oleh itu, ibubapa Melayu/Islam perlu menilai kembali pegangan hidup mereka demi mengekalkan citra sopan Melayu.16 6.9.Bekerja bersungguh-sungguh Masyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga sebahagian daripada ajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan halal dan kesungguhan bekerja. Mengikut pemikiran ini, hasil pekerjaan kita akan menjadi sebahagian daripada darah daging kita dan juga ahli keluarga kita. Apabila kita melakukan perkerjaan yang haram atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan sempurna, perkara yang tidak elok akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri dan ahli keluarga. Ia mampu untuk membuatkan kita menjadi orang yang tidak elok. Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa Allah S.W.T. amat menyukai mukmin yang tekun dan teliti apabila menunaikan satu-satu pekerjaan yang diamanahkan. Terdapat pemimpin Negara kita yang mengutamakan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Antaranya, Perdana Menteri Malaysia Kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau sentiasa mengingatkan masyarakat agar menerapkan nilai ini dalam kerjaya.

16

A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

23

6.10. Bergotong-royong Salah satu nilai budaya masyarakat orang Melayu ialah melakukan sesuatu perkerjaan dengan bergotong-royong kehidupan secara berkumpalan. Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan rumah ibadat dan tanah perkuburan. Masyarakat Melayu kini, masih lagi giat bergotongroyong dalam melaksanakan apa sahaja untuk kepentingan masyarakat sekeliling. Antara sifat masyarakat Melayu ialah dalam membersihkan masjid, surau dan sebagainya. Dalam membersihkan masjid, amalan ini dilakukan sejak awal kedatangan Islam di Alam Melayu. Sifat ini menggambarkan budaya Melayu sentiasa bersatu padu dalam apa jua cabaran dan halangan.17 6.11. Bermesyuarah dan Bermuafakat Nilai masyarakat Melayu iaitu bermesyuarah ataupun bermuafakat adalah cara bagaimana masyarakat Melayu cuba mencapai persetujuan ramai. Orang Melayu selalu menyebut Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Orang ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat. Sesuai dengan perintah Allah SWT dalam al-Quran : Supaya sentiasa bermesyuarat dalam semua urusan hidup mereka (surah alSyura, ayat 38)
17

Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu: Tradisi dan Kesinambungan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

24

6.12. Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim

Dalam budaya masyarakat Melayu adalah satu perkara penting yang harus diketahui oleh masyarakat kini iaitu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti, datuk, nenek, along, angah, pak cik dan mak cik. Apa yang paling jelas sekali ialah cara bagaimana mengikat hubungan silaturahim orang Melayu. Orang Melayu bersifat bekerjasama dalam mengadakan kenduri kendara dan saling ziarah menziarahi. Amalan ini amat berkesan dalam memupuk ikatan kekeluargaan malah dalam persahabatan.18

18

Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu: Tradisi dan Kesinambungan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

25

RUMUSAN Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usahausaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Budaya Melayu tradisional pernah berkembang secara popular masa lalu dalam konteks budaya rakyat. Budaya popular tradisional itu berbeza daripada budaya popular moden yang telah mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Perkembangan ekonomi, teknologi dan pendidikan moden memainkan peranan penting dalam melahirkan fenomenon budaya popular moden Melayu. Ini boleh dikesan sejak perkembangan bandar-bandar moden semasa pemerintahan kolonial. Budaya popular Melayu merupakan urban product yang membawa ciri-ciri kemodenan dan pembandaran. Kesimpulanya, Nilai bahasa dan budaya adalah amat penting dalam pembentukan negara bangsa. Adalah penting untuk mempertahankan nilai-nilai yang dimiliki oleh masyarakat setempat. Sebagai sebuah negara bangsa yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama seharusnya memiliki pelbagai nilai dan norma. Hal ini dapat diperhatikan dalam perlakuanperlakuan harian masyarakat setempat. Bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi

26

pembentukan tamadun Malaysia hingga kini. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan perlakuan seseorang dalam meletakkan kedudukannya dalam masyarakat. Seperti yang telah dibincangkan dalam kajian ini, pengaruh agama Islam terhadap masyarakat Melayu amat mendalam sekali. Sehingga membentuk sebuah masyarakat yang memiliki nilai-nilai yang jelas dalam kehidupan harian

27

BIBLIOGRAFI A.Aziz Deraman. 2005. Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Al-Ahmadi. 2003. Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia. Anwar Ridhwan. 2005. Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Che Ibrahim Salleh. 2008. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra Malaysia. Serdang. Dr. Zaid Ahmad et al. 2006. Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar. Haron Daud. 1989. Sejarah Melayu, Satu Kajian Daripada Aspek Persejarahan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Aris Haji Othman. 1985. Identiti Etnik Melayu, Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya. Mohd Taib Othman. 2004. Budaya dan Bahasa Melayu, Masalah dan Harapan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. 1983. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Robiah Sidin dan Juriah Long. 1998. Nilai Budaya Masyarakat Desa, Kajian Etnografi di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang. Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz.2008. Bahasa Melayu. 1 Oxford Fajar,Shah Alam, Selangor : Shamsul Amri baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA. Wan Hashim Wan Teh dan Ismail Hamid. 1998. Nilai Budaya Masyarakat Desa, Kajian Etnografi di Wang Kelian, Perlis. Jilid 1.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Abdul Kadir. 2010. Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu (MalaysiaIndonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010) Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris. 2004. Pemikiran Melayu: Tradisi dan Kesinambungan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

28

Vous aimerez peut-être aussi