Vous êtes sur la page 1sur 20

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH : ISU DAN CADANGAN PENYELESAIAN

Encik Mahamad Amran bin Kamsi

Abstrak

Hasil kajian Bahagian Naziran (2010) dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (2011) tentang keberkesanan kokurikulum di kalangan murid sekolah menengah ada menunjukkan perkaitan dengan kegagalan pihak sekolah melindungi masa instruktional kegiatan kokurikulum. Kelemahan guru yang kurang mahir dalam menjalankan aktiviti

kelab/persatuan sekolah sebagai faktor penyebab utama. Faktor-faktor lain seperti wibawa pentadbir sekolah; kurikulum kelab/persatuan yang tidak lengkap dan kekurangan kemudahan dan peralatan juga sebagai penyumbang isu yang berlaku. Dalam usaha mengatasi masalah ini dua langkah penyelesaian dikenalpasti. Pertama, penyelesaian di peringkat sekolah yang berfokus kepada pengetua/guru besar dalam melaksanakan 11 strategi pelaksanaan kokurikulum. Kedua, penyelesaian peringkat Kementerian yang meliputi pelaksanaan kegiatan kelab/persatuan sekolah secara projek inovasi; pemantapan Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum KPM; pemantapan sistem pemantauan di semua peringkat pelaksanaan; melengkapkan dan melatih pegawai/ personal kokurikulum di semua peringkat dan; melengkapkan kemudahan infrastruktur dan kejurulatihan di Pusat Kokurikulun Negeri dan Daerah. Strategi penyelesian secara serampang dua mata dijangka bukan sahaja diyakini boleh menyelesaikan masalah melindungi masa instruktional kokurikulum malahan juga mampu meningkatkan imej kokurikulum di peringkat sekolah. Cadangan penyelesaian ini memberi impak kewangan berjumlah RM159,683,410 impak perjawatan baru berjumlah 4,133 orang. dan

1|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

1.0

PENGENALAN

1.1

Kandungan pendidikan di sekolah-sekolah Malaysia terdiri daripada dua aspek penting iaitu kurikulum dan kokurikulum. Perkara pertama berkait rapat dengan apa jua kegiatan pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah manakala yang terkemudian pula mengenai proses yang sama tetapi berlaku di luar bilik darjah. Pada dasarnya Kementerian Pendidikan Malaysia (seterusnya KPM) sentiasa berusaha dan berhasrat agar kedua-dua aspek ini memberi impak yang maksimum kepada perkembangan pendidikan yang menyeluruh kepada setiap murid sejajar dengan hasrat falsafah pendidikan negara, namun dari segi keberhasilannya menampakkan bahawa aspek kokurikulum masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

1.2

Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Ia bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah (dalam Peraturan-Peraturan Kebangsaan Pendidikan 1997 berkaitan kurikulum). Pelaksanaan kokurikulum adalah wajib. Kegagalan melaksanakan kegiatan ini adalah suatu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau 3 bulan penjara atau keduaduanya ( Akta Pendidikan ,1996: Seksyen 18 - Akta 550). Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Arahan ini termaktub sebagaimana dalam SPI Bil. 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986. Peraturan-peraturan dan arahan ini jelas menunjukkan kegiatan kokurikulum adalah sebahagian masa instruktional yang wajib dilaksanakan.

1.3

Berdasarkan Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil.27 bertarikh Disember 1967, masa yang diperuntukan untuk kegiatan kokurikulum di sekolah adalah di antara 100 hingga 180 minit seminggu kepada pelajar-pelajar sekolah menengah; dan di antara 60 hingga 120 minit seminggu kepada murid-murid sekolah rendah. Purata kekerapan perjumpaan mingguan yang minimum dalam setahun ialah 18 kali bagi pasukan pakaian seragam dan 12 kali bagi
2|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

kelab/persatuan dan

kelab/persatuan sukan/permainan. Ketiga-tiga jenis

kegiatan ini perlu dijalankan sepanjang tahun mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sungguhpun begitu isu yang sering dipersoalkan ialah sejauhmana masa yang diperuntukkan benar-benar telah digunakan oleh pihak sekolah bagi tujuan kegiatan kokurikulum.

2.0

PERNYATAAN ISU

2.1

Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara faktor penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif dan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2011) ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab dan persatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dan sukan/permainan. Isu ini memerlukan penelitian yang menyeluruh terhadap pelaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di sekolah agar suatu arah tuju yang baru selaras dengan keperluan negara di masa akan datang dapat dihasilkan. Dapatan ini juga seolah-olah menggambarkan

bahawa kegiatan kokurikulum tidak dilaksanakan dengan sewajarnya sehingga memberi suatu persepsi yang negatif di kalangan murid. Sehubungan itu boleh juga dikaitkan sama ada masa instruktional bagi menjalankan kegiatan kokurikulum telah dilindungi atau dengan ertikata lain kegiatan kokurikulum (terutama kegiatan kelab dan persatuan sekolah) ada dijalankan dengan sebaik mungkin atau sebaliknya.

2.2

Pentadbir sekolah (termasuk Guru Besar/Pengetua/Guru Penolong Kanan Kokurikulum) bertanggungjawab memastikan kelangsungan kegiatan

kokurikulum selaras dengan dasar dan prinsip yang telah ditetapkan. Umpamanya dalam menetapkan masa dan penjadualan aktiviti, mewajibkan pemakaian pakaian berunifom pada hari Selasa/Rabu, pengendalian majlis

3|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

perhimpunan sekolah oleh persatuan/kelab kokurikulum sekolah dan kehadiran murid dalam kegiatan kokurikulum. Isu penguatkuasaan peraturan dan sistem pemantauan yang tidak mantap dianggap sebagai penyebab utama bagi kebanyakan pengurusan sekolah melaksanakan kegiatan kokurikulum pada tahap seadanya sahaja. Sikap ini menyebabkan pihak pengurusan sekolah kurang menghayati kepentingan kokurikulum dan berkeinginan untuk mengetahui peraturan , garis panduan atau arahan KPM, JPN dan PPD sebagai satu perkara yang perlu ditangani dengan segera. Tanggapan kokurikulum bukan perkara utama dan mustahak sudah tentu tidak membuahkan sebarang usaha kreatif dan inovasi kepada kegiatan kokurikulum itu sendiri. Tanpa menafikan faktor kurang kemahiran/kepakaran, kegagalan guru-guru

melaksanakan kegiatan kokurikulum lebih kepada kegagalan pihak pentadbir sekolah untuk mewujudkan budaya berkokurikulum di sekolah. Jika seorang pengetua/guru besar semata-mata lebih mengutamakan baiah kecemerlangan akademik di sekolahnya sudah tentu sikap dan usaha yang sama juga akan berputik dan dipupuk di kalangan guru yang ada di sekolah tersebut.

2.3

Mengikut SPI Bil.1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb Januari 1985, guru di sekolah adalah guru kokurikulum juga. Maksudnya, di samping mengajar dalam bilik darjah seseorang guru itu juga berperanan untuk mengendalikan sebarang kegiatan kokurikulum yang dipertanggjawabkan sebagai penasihat/pembimbing/jurulatih. Namun ramai guru yang gagal menjalankan tanggugjawab sebagai guru kokurikulum kerana tidak cukup kompeten. Masalah kurang mahir dalam sesuatu jenis kegiatan kokurikulum yang dipertanggungjawabkan adalah faktor utama. Tidak dinafikan semua guru ada menerima pendedahan kegiatan kokurikulum semasa belajar di institusi perguruan atau universiti tetapi apa yang diperolehi hanyalah setakat tahap asas yang tidak membolehkan mereka menguasai sesuatu bidang ilmu kokurikulum yang diperlukan oleh murid. Guru-guru yang sedemikian akan setakat menghadirkan diri dalam kegiatan kokurikulum tanpa suatu perancangan yang rapi dan hanya mampu mencatat kehadiran murid. Ada segolongan guru yang berusaha gigih mengatasi kelemahan diri mereka dengan mengikuti kursus peningkatan yang dianjurkan oleh Kementerian atau

4|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

badan-badan luar namun peningkatan bilangan guru yang berkemahiran sedemikian secara keseluruhan tidak memberi signifikan yang ketara kerana faktor-faktor seperti bidang kokurikulum yang amat luas, perancangan kejurulatihan yang tidak mantap, agihan peruntukan yang tidak menentu dan dasar/polisi Kementerian terhadap penglibatan guru-guru dalam kokurikulum yang sering berubah-ubah.

2.4

Kegagalan guru melindungi masa instruktional kegiatan kokurikulum sering dikaitkan dengan kurikulum/kandungan pembelajaran yang tidak lengkap. Kelemahan ini berlaku kerana atas dua faktor. Pertama, bidang kokurikulum terlalu luas, apa sahaja yang berkaitan kegiatan di luar bilik darjah adalah kegiatan kokurikulum. Kedua, terdapat sesetengah kegiatan yang diluluskan oleh KPM dipayungi oleh agensi luar sebagai badan induk yang telah

melaksanakan kegiatan tanpa kurikulum yang standard. Sungguhpun begitu ketiadaan kurikulum yang lengkap bukan suatu alasan untuk tidak menjalankan kegiatan ini. Tidak sebagaimana bidang akademik bidang kokurikulum tidak terlalu terikat kepada suatu set atau sekuen kandungan pelajaran. Yang mustahak ialah sama ada pengetahuan atau kemahiran yang dipelajari oleh murid itu berkaitan atau tidak dengan sifat semulajadi kelab/persatuan yang dianggotai. Umpamanya, bagi kelab bahasa sudah tentu ilmu dan kemahiran yang disampaikan itu mengenai apa sahaja yang berkaitan bahasa. Sejajar dengan peranan kokurikulum sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, tidak menjadi suatu kesalahan untuk menjadikan kurikulum bilik darjah sebagai panduan asalkan boleh mengukuhkan apa yang sudah dipelajari dalam bilik darjah.

2.5

Kegiatan kokurikulum lazimnya berlaku di luar bilik darjah. Pendekatan kokurikulum yang jelas ialah secara menjadikan alam semulajadi dan alam sekitar sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran. Tidak menafikan Kementerian ada menyediakan infrastruktur dan kemudahan kokurikulum di sekolah namun masih banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Contohnya dalam membina sesebuah sekolah sejauhmanakah

5|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

keperluan

untuk

menjalankan

kegiatan

kokurikulum

benar-benar

dititikberatkan. Adakah bilik-bilik persatuan/kelab sekolah; atau padang dan gelanggang disediakan secara mencukupi dengan bilangan murid di sekolah berkaitan? Dalam masa yang sama diperakui ada sesetengah kemudahan dan peralatan yang tidak boleh dibina di setiap sekolah atas sebab kos pembinaan dan penyelenggaran yang tinggi; dan memerlukan kepakaran jurulatih dan juruteknik. Kemudahan sebegini sewajarnya diadakan secara berpusat di setiap daerah. Ketiadaan atau kekurangan kemudahan infrastruktur ini seringkali dijadikan alasan kepada guru-guru untuk tidak menjalankan kegiatan kokurikulum yang berkaitan.

3.0

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

Secara jelas isu melindungi masa instruktional adalah masalah peringkat sekolah namun jika diteliti secara mendalam masalah yang timbul ada yang berpunca dari kelemahan dasar/polisi pihak lain seperti dari pihak Kementerian. Dalam hal ini penulis mencadangkan dua kaedah penyelesaian yang melibatkan peringkat sekolah dan peringkat Kementerian.

Peringkat Sekolah:

3.1

Pengetua/Guru Besar sebagai agen transformasi kokurikulum:

Jatuh-bangun kokurikulum di sekolah ditentukan oleh wibawa Pengetua/Guru Besar. Kefahaman sebenar tentang kokurikulum serta kepentingannya dan dasar-dasar perlaksanaannya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian seharusnya dikuasai oleh setiap Pengetua/Guru Besar.

Seterusnya, kebolehan menaakul kokurikulum dan kemudian menterjemahkan dalam bentuk pengurusan sekolah merupakan kemahiran yang dituntut dan wajib ada pada setiap pengetua/guru besar. Tidak dinafikan dalam mengurus kokurikulum di peringkat sekolah, Kementerian berpendekatan fleksibel

dengan memberi kepercayaan kepada daya usaha dan inisiatif Pengetua/Guru

6|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Besar. Sungguhpun begitu dalam isu melindungi masa instruktional kokurikulum Pengetua/Guru Besar boleh menjadikan strategi-strategi yang berikut sebagai panduan: i. Mengubah persepsi negatif warga sekolah terhadap bidang

kokurikulum - Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab untuk memberi kesedaran dan meyakinkan semua warga sekolah (murid, guru, ibubapa dan masyarakat setempat) tentang dasar sebenar kerajaan terhadap kokurikulum. Silap faham tentang peranan kokurkulum sebagai kegiatan sampingan yang boleh dilaksanakan setakat seadanya perlu dihapuskan. Pengetua/Guru Besar seharusnya mampu mengubah persepi dan minda warga sekolah bahawa kegiatan ini adalah suatu kegiatan yang penting, terancang dan bersistematik yang mampu membawa pembangunan kemanusiaan secara menyeluruh termasuk pembangunan kepelbagaian intelek dan intelek emosi. Dalam masa yang sama kegiatan ini menjadi landasan kepada kerjaya murid semasa dewasa dan, yang lebih penting menjadi aset negara dalam menjana sumber manusia yang berkualiti. ii. Mempelbagaikan kelab/persatuan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum Kepelbagaian kelab/persatuan amat perlu demi memenuhi tuntutan kepelbagaian kebolehan dan minat murid. Sungguhpun begitu Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memastikan bilangan

kelab/persatuan yang ditubuhkan telah mengambilkira bilangan keseluruhan murid, kemahiran guru dan kemudahan/peralatan yang ada. Kepelbagaian aktiviti juga perlu mengambilkira program berbentuk penyertaan ramai dan program yang bermatlamatkan kecemerlangan. Dalam memenuhi tuntutan dan keperluan murid untuk menubuhkan sesuatu kelab/persatuan, Pengetua/Guru Besar perlu menimbangkan secara rasional dan praktikalnya perlaksanan

kelab/persatuan itu. iii. Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah - Suasana yang meriah bermaksud wujudnya penglibatan semua warga sekolah dalam sesuatu aktiviti/program kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Segala kegiatan kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun

7|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

sentiasa diwar-warkan dan menjadi perhatian warga sekolah. Dari segi fizikalnya, murid-murid sentiasa bersaing

mempromosikan/memperagakan imej kelab/persatuan di persekitaran sekolah. Penyertaan pasukan sekolah di semua peringkat aktiviti

(daerah, zon, negeri, kebangsaan) nyata amat kerap dan menjadi sebutan masyarakat setempat. Suasana meriah ini lebih terbukti apabila pihak sekolah mengadakan aktiviti/program kokurikulum seperti Hari Kokurikulum, Sukan Tahunan yang mendapat sokongan dan sambutan penuh dari ibu bapa dan masyarakat setempat. Murid-murid dan guruguru pula sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan peranan masingmasing. Manakala pihak sekolah sentiasa sensitif dan berusaha memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada sebarang usaha serta penglibatan murid dan guru melalui pelbagai cara. iv. Menjalankan aktiviti atau kegiatan kokurikulum sepanjang tahun Dalam memastikan aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun, Pengetua/Guru Besar perlu peka kepada 3 perkara. Pertama,

keseimbangan tiga bidang aktiviti kokurikulum, iaitu pasukan pakaian seragam, kelab/persatuan dan sukan permainan. Kedua, membezakan di antara aktiviti mingguan kelab/persatuan dan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah. Ketiga, aktiviti peringkat lanjutan seperti peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pembinaan takwim yang awal boleh membantu murid dan guru untuk melaksanakan aktiviti sepanjang tahun secara ansur maju atau peringkat demi peringkat. Aktiviti yang berterusan juga boleh menghindarkan kebosanan murid kerana kekosongan masa dipenuhi dengan aktiviti yang dijalankan. Penggunaan kemudahan dan peralatan kokurikulum dapat digunakan semaksimum mungkin jika aktiviti dijalankan sepanjang tahun. Umpamanya penggunaan padang sekolah sepanjang tahun boleh menggambarkan keadaan kokurikulum di sekolah tersebut meriah dan boleh membawa kearah pencapaian sekolah berwatak dan etos sekolah yang dikehendaki. v. Mewujudkan sistem dokumentasi yang kemaskini, informatif dan lengkap - Sebagai sebuah organisasi yang berdaftar, perjalanan

8|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

sesebuah kelab/perrsatuan sekolah perlu didokumentasikan dengan sempurna. Maklumat yang berinformatif dan lengkap seperti senarai ahli dan jawatankuasa, laporan perjumpaan, aktiviti tahunan dan pencapaian, laporan perbelanjaan boleh menggambarkan prestasi sesebuah kelab/persatuan. Malahan ia boleh dijadikan suatu aspek untuk menilai prestasi kelab/persatuan. Pihak sekolah juga boleh menjadikan hasil pendokumentasian ini sebagai pangkalan data

kokurikulum yang boleh diedarkan di kalangan warga sekolah atau ke peringkat pengurusan lebih tinggi apabila dipohon atau diperlukan. vi. Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktifan yang diperakukan, adil dan memberangsangkan Proses penilaian kokukurikulum

memerlukan komitmen yang tinggi dari guru dan sekolah. Kesedaran di kalangan murid tentang syarat-syarat untuk memperolehi skor yang tinggi perlu ada, dan kriteria penilaian yang sebenar perlu diperjelaskan dari masa ke semasa. Pihak sekolah pula perlu sentiasa memotivasikan murid dengan memastikan segala rekod dan bukti pencapaian murid dikemaskini sepanjang masa - tidak hanya sewaktu hendak menentukan markah murid. Cara ini boleh membantu murid yang kurang berprestasi untuk memperbaiki prestasinya. Sebaik-baiknya hasil penilaian itu mudah diakses oleh semua warga sekolah seperti melalui talian telefon atau internet. Berbanding penilaian bidang akademik, penilaian dalam kokurikulum lebih kepada membantu murid-murid untuk mencapai hasil penilaian yang lebih bagus. vii. Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan -

Pengetua/Guru Besar sewajarnya membina dan memperkukuh sistem pemantauan yang bukan sahaja berkesan malahan juga berterusan. Amalan ini bertujuan untuk memastikan semua kegiatan yang dijalankan menepati dasar dan peraturan yang telah ditetapkan. Hasil dari pemantauan ini boleh menjadi sumber rujukan untuk menambah baik pelaksanaan di masa akan datang. Pemantauan juga sebagai gambaran keprihatinan pihak sekolah dengan usaha dan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum.

9|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

viii.

Mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited Membina pasukan penggerak kokurikulum di sekolah sering diabaikan oleh Pengetua/Guru Besar. Seharusnya rekod dan data guru yang berkemahiran dan tidak berkemahiran dalam sesuatu bidang

kokurikulum perlu sentiasa dikemaskini bagi mewujudkan pasukan penggerak ini. Guru-guru yang tidak berkemahiran perlu diberi peluang menghadiri kursus atau sekurang-kurangnya pendedahan secara latihan dalaman (in-house training) dibuat. Latihan dalam ini termasuklah dari Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan

Kokurikulum tentang peranan dan tanggungjawab guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum yang wajib diadakan setiap tahun. ix. Membangunkan infrastruktur dan prasarana, perkakasan/peralatan yang mencukupi dan berkualiti - Dalam kokurikulum perkara ini bermaksud tempat dan peralatan yang digunakan untuk aktviti kokurikulum. Ia merangkumi kemudahan yang ada di dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah. Sekolah-sekolah yang kurang kemudahan dan kawasan lazimnya digalakkan menggunakan sumber yang ada di luar sekolah atas dasar konsep 'guna sama'. Cara ini hanya boleh berlaku jika ada suatu penjadualan aktiviti yang sistematik. Kekurangan kemudahan menjalankan aktiviti juga boleh diatasi dengan 'pengubahsuaian' aktiviti. Contohnya, permainan bolasepak futsal

menggantikan permainan bolasepak padang, atau mengadakan perkhemahan dalam kawasan sekolah berbanding di luar. Dalam menyediakan kelengkapan kemudahan dan peralatan pihak sekolah wajar mengambilkira peruntukan yang ada dan memilih peralatan yang berkategori 'perlu' dan boleh diguna sama, seperti peralatan perkhemahan yang boleh diguna oleh semua aktiviti. Penyenggaraan dan penstoran peralatan juga berperanan dalam menentukan kualiti dan ketahanan kemudahan dan peralatan. Tindakan ini akan membolehkan murid melakukan aktiviti kokurikulum dengan selamat dan sempurna. Dalam hal ini, mempunyai tenaga pakar yang menilai kemudahan dan peralatan serta kemudahan kokurikulum adalah satu nilai tambah yang penting kepada kemajuan kokurikulum di sesebuah sekolah.

10 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

x.

Menyediakan

sumber

maklumat,

data

dan

informasi

yang

komprenhensif dan kemas kini - Strategi ini berkaitan usaha pihak sekolah untuk mempromosi kegiatan kokurikulum sebagai suatu

kegiatan penting di mata semua warga sekolah. Konsep "happening" dan "lively" kegiatan kokurikulum sekolah boleh diwujudkan dengan sumber maklumat yang mudah diakses di sekitar kawasan sekolah seperti melalui papan-papan kenyataan, sudut-sudut khas dan bilik sumber. Penyampaian maklumat yang lebih luas juga boleh dibuat ke luar kawasan sekolah malahan boleh menjangkau peringkat

kebangsaan dan antarabangsa melalui laman web sekolah atau program khas seperti "school linkage programme". Membudayaakan

penggunaan maklumat dan informasi kokurikulum memerlukan suatu usaha yang berterusan dan memerlukan komitmen serta kerjasama semua pihak terutama dari kalangan murid dan guru xi. Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yang

berterusan - Sejajar dengan sifat pendidikan yang dinamik, kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan yang boleh menambah baik kepada keberkesanan kegiatan kokurikulum perlu sentiasa dilakukan. Kerjakerja ini melibatkan kreativiti dan inovasi guru, juga sokongan dan galakkan pengurusan sekolah bagi membolehkan kokurikulum

sentiasa releven dengan keperluan semasa, mantap dan bertepatan dengan matlamat pendidikan dan pembangunan negara. Hasil penyelidikan ini perlu disebar luas dan dikongsi bersama dengan pemain-pemain kokurikulum yang lain atas dasar kebaikan bersama.

Berdasarkan strategi-strategi di atas boleh dirumuskan bahawa dalam memastikan masa instruktional kokurikulum dilaksanakan Pengetua/Guru Besar perlu melihat dalam skop yang luas yang melibatkan "grand design" untuk menyelesaikannya. Secara ringkas Pengetua/Guru Besar perlu mempunyai pelan induk pembangunan kokurikulum yang merangkumi pembangunan pembangunan fizikal guru dan infrastruktur/kemudahan serta peralatan; dan;

pembimbing/jurulatih/fasilitator/penasihat

pembangunan aktiviti. Dalam merealisasikan pelan induk ini, Pengetua/Guru

11 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Besar boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama melalui jawatankuasa yang terlibat dengan kegiatan kokurikulum seperti Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum Sekolah, Jawatankuasa Bimbingan Sekolah, Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain.

Peringkat Kementerian:

3.2

Kegiatan Kelab/Persatuan Sekolah berasaskan Projek Inovasi:

Telah jelas daripada kajian mendapati kegiatan kelab/persatuan kurang memberi impak akibat faktor-faktor kebanyakan gurunya kurang

berkemahiran, kurikulum yang tidak lengkap dan masa instruktionalnya gagal dilindungi. Sehubung itu, kegiatan ini memerlukan proses perekayasaan dengan pendekatan semua kelab/persatuan sekolah melaksanakan aktiviti mingguan yang berfokus kepada pembuatan projek inovasi.

Justifikasi kepada pendekatan ini ialah untuk membudayakan amalan kreatif dan inovatif di kalangan murid yang mana kemahiran yang sedemikian diperlukan oleh negara di masa akan datang. Kokurikulum dilihat cocok kepada arah tuju pembudayaan ini kerana secara semulajadi memberi ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi minat dan kebolehan diri yang ada pada mereka. Skop kegiatan kelab/persatuan secara projek berinovasi tertumpu kepada projek berasaskan sekolah dan khusus berkait rapat dengan jenis sesuatu kelab dan persatuan. Konsep pelaksanaan projek ialah berpusatkan kepada murid di mana guru berperanan untuk membimbing dan murid-murid

melaksanakannya. Sebagai tambahan, ada suatu bentuk penilaian secara berpusat dibuat. Kementerian berfungsi untuk membina dasar pelaksanaan manakala JPN dan PPD bertanggungjawab menyelia dan memantau pelaksanaannya.

12 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Pendekatan cara pembuatan projek juga boleh memberi impak dari aspek: i. Murid berfokus untuk melakukan kegiatan kelab/persatuan - Dalam setiap masa perjumpaan kelab/persatuan sekolah, pengisiannya ialah

kepada merancang dan menyiapkan projek atau projek-projek berbentuk inovasi yang berkaitan kelab/persatuan yang dianggotai. Projek ini boleh dijalankan secara kumpulan besar atau beberapa kumpulan. Pembuatan projek yang dipilih oleh murid ini pada awal tahun mesti disiapkan di hujung tahun untuk dibuat penilaian. Langkah ini mengatasi masalah masa instruktional kelab/persatuan yang tidak berkualiti. ii. Pendekatan berpusat kepada murid - Dalam melaksanakan projek berinovasi guru berperanan sebagai pembimbing dan penasihat manakala kumpulan murid akan merancang dan melaksanakan aktiviti. Setiap projek akan diketuai oleh seorang ketua dan diurus oleh jawatankuasa yang dilantik oleh ahli-ahli kumpulan. Guru penasihat kelab/persatuan hanya bertang gungjawab untuk menyelia dan memastikan proses

pembuatan projek berlangsung dengan betul dan mengikut jadual. Langkah ini boleh mengatasi masalah guru yang tiada kemahiran khusus dalam kelab/persatuan kerana kemahiran utama adalah memadai setakat mengurus projek. iii. Projek Inovasi sebagai showcase sekolah Pihak sekolah

bertanggungjawab untuk memberi penghargaan dan sokongan kepada aktiviti ini dengan menubuhkan jawatankuasa penilai yang berfungsi menentukan tahap pencapaian projek yang dihasilkan. Hasilan projek ini boleh dipamerkan sewaktu Hari Kokurikulum atau Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah sekolah yang boleh diadakan saban tahun dengan penglibatan ibu-bapa dan ahli masyarakat setempat untuk hadir. Sekolah juga digalakkan untuk mengangkat hasilan projek yang bermutu ke peringkat lebih tinggi jika ada sesuatu pertandingan/pameran yang berkaitan. Melalui tindakan ini pihak ibu-bapa/penjaga dan masyarakat luar boleh melihat bukti atau hasil penglibatan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum.

13 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

3.3

Memantapkan Kebangsaan:

fungsi

Jawatankuasa

Pembangunan

Kokurikulum

Sebagaimana sedia maklum Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum di peringkat KPM dianggotai oleh bahagian-bahagian di KPM yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan bertujuan menyelaras dasar dan arah tuju kokurikulum di semua peringkat. Ia juga berfungsi sebagai 'focal person' terhadap kewujudan sesuatu dasar yang baru. Jawatankuasa ini yang juga berperanan untuk menyelesaikan masalah pertindanan aktiviti, menyelaras peruntukan kokurikulum bagi semua bahagian yang terlibat, merangka program kejurulatihan dan menilai perjawatan pengurusan di semua peringkat. Jawatankuasa ini juga menjadi 'think tank' kepada sebarang dasar baru yang diperkenal oleh KPM. Menyedari isu perlindungan masa instruktional kokurikulum merupakan isu kebangsaan maka amatlah wajar jawatankuasa ini berperanan sebagai forum untuk mencadang penyelesaian masalah di peringkat pengurusan tertinggi Kementerian.

3.4

Pemantapan Sistem Penyeliaan Kokurikulum oleh KPM, JPN dan PPD:

Kementerian bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem pemantauan yang mantap dan konsisten kepada pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan segala dasar dan peraturan kokurikulum yang ditetapkan telah dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua peringkat, terutama pihak sekolah. Satu bentuk pelaporan tahunan yang komprehensif perlu dibuat kepada Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum selepas siri pemantauan tahunan tersebut selesai.

Menguatkuasakan segala bentuk peraturan yang berkait dengan kokurikulum untuk memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa kegiatan ini terikat dengan undang-undang yang telah diwartakan dan boleh membawa kepada hukuman/penalti kepada pesalah yang melakukannya.

14 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

3.5

Pegawai dan Jurulatih/Personel:

Masalah guru yang kurang mahir dalam bidang kokurikulum memerlukan suatu tindakan yang mantap terutama sekali secara melihat semula sejauh mana pengisian kurikulum yang berkait kokurikulum di peringkat institusi perguruan dan universiti benar-benar releven dan memenuhi keperluan sekolah dan, guru-guru yang memasuki pasaran sekolah benar-benar kompeten untuk mengendalikan kegiatan kokurikulum. Di samping itu, suatu program pembangunan dan pengembangan kejurulatihan/personel di semua peringkat pelaksanaan yang melibatkan jangka pendek dan panjang terhadap guru-guru kokurikulum dalam perkhidmatan perlu di wujudkan. Dalam masa sama tindakan yang segera perlu dibuat dengan memenuhkan kekurangan pegawai yang mengurus kokurikulum di semua peringkat mengikut keperluan yang telah ditimbang tara. Sungguhpun begitu suatu mekanisma yang jelas untuk memastikan pegawai yang terlibat dengan pengurusan kokurikulum mempunyai pengalaman dan telah lulus kursus khas (berkaitan kokurikulum) sebelum menyandang jawatan perlu diwujudkan.

3.6

Melengkapkan Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah: Dasar penubuhan Pusat-pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah untuk membantu pihak sekolah yang tiada kemudahan, peralatan dan kepakaran aktiviti menjalankan aktiviti kokurikulum dengan lebih bersistematik dan selamat. Kewujudan pusat-pusat ini terutama di peringkat daerah menjadi nilai tambah kepada kegiatan kokurikulum sebagai pusat rujukan dan rujukan sekolah, di samping sebagi pusat latihan kepada guru-guru kokurikulum yang kurang mahir. Dalam hal ini melengkap kemudahan infrastruktur pusat-pusat kokurikulum negeri dan daerah sebagai perancangan akan memberi impak besar terutama dari segi penjimatan kos operasi kegiatan kokurikulum secara menyeluruh, dan mengatasi masalah guru-guru yang kurang mahir.

Melengkap keperluan bilangan jurulatih sepenuh masa di pusat- pusat kokurikulum negeri dan daerah boleh membantu masalah melindungi masa instruksional kokurikulum, juga masa instruktional akademik. Jika bilangan

15 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

jurulatih yang mencukupi wujud masalah guru-guru meninggalkan kelas kerana terlibat dalam kegiatan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan boleh dikurangkan apabila tanggungjawab itu boleh diserahkan kepad jurulatih yang dilantik secara spenuh masa.

4.0

IMPAK:

Pelaksanaan

cadangan

mengatasi

masalah

melindungi

masa

instruktional

kokurikulum memberi impak kewangan dan perjawatan. Impak kewangan yang berjumlah RM159,683,410. (Butiran impak kewangan pada 4.1). Impak perjawatan pula ialah sebanyak 4,133 orang (butiran impak perjawatan pada 4.2)

4.1

Kewangan:

i.

Bengkel dan kursus: RM 5,183,410

Bengkel membina modul dan taklimat transformasi kokurikulum kepada semua pengetua sekolah menengah dan pegawai JPN ( 2,235 orang pengetua dan 35 orang pegawai JPN) RM1,287,250.

Bengkel dan Kursus Pelaksanaan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan kepada Jurulatih Utama, dan GPKokurikulum Sekolah Menengah (35 pegawai JPN, 70 Pengetua dan 2,235 GPK Menengah) RM991,890

Kursus Asas, Kursus Lanjutan dan Kursus Pengurusan berkaitan Kokurikulum kepada Guru-guru Kokurikulum Sekolah (210 orang peringkat kebangsan dan 6,705 orang peringkat negeri) RM2,904,270

ii.

Pembangunan Pusat Kokurikulum Daerah: RM154.5juta (RM1.5 juta x 103 daerah)

16 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

4.2

Perjawatan: Jurulatih Pusat Kokurikulum negeri dan daerah: 4,133 orang

i.

Jurulati Pusat Kokurikulum Daerah: 25 orang x 137 daerah 3,425 orang

ii.

Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri: 42 orang x 14 negeri 588 orang

iii.

Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri (telah membangun) 60 orang x 2 negeri 120 orang

5.0

KESIMPULAN:

Isu melindungi masa instruktional kokurikulum memerlukan penyelesaian yang mantap dan konsisten. Komitmen yang tinggi tidak sahaja dari sekolah malahan juga PPD, JPN dan Kementerian.Tidak seperti bidang akademik yang prestasinya diukur melalui peperiksaan awam, prestasi kokurikulum dinilai berasaskan kepada kehadiran, jawatan yang disandang, tahap penglibatan dan pencapaian murid dalam sesuatu kelab/persatuan yang dianggotai. Sehubungan itu pendekatan yang fleksibel dan praktikal dalam melaksanakan kegiatan ini perlu diberi pertimbangan dengan mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Sungguhpun begitu dalam masa yang sama, masa instruktional yang telah ditetapkan untuk

kegiatan kokurikulum itu dilaksanakan sebaik yang mungkin. Dalam hal ini pelaksanaan aktiviti kelab/persatuan secara pembuatan projek berinovasi dilihat sebagai suatu yang menepati kriteria yang diperlukan.

Secara jelas kegagalan melindungi waktu instruktional kokurikulum berpunca kegagalan pihak sekolah meletakkan kokurikulum di tempat yang sewajarnya dalam sistem sekolah. Sungguhpun begitu faktor-faktor penyebab sampingan kepada kelemahan tersebut perlu juga diambil kira sebagai perkara yang mustahak juga. Dalam masa Kementerian mengesa pihak Pengetua/guru besar memperbaiki strategi pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah amatlah molek Kementerian juga

17 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

mengambil langkah-langkah penyelesaian isu ini. Walaupun cadangan-cadangan penyelesaian itu ada yang bersifat jangka pendek dan jangka panjang tetapi apa yang penting usaha yang menampakkan suatu usaha dan inisiatif awal boleh menjadi bukti bahawa keyakinan Kementerian terhadap peranan kokurikulum dalam sistem pendidikan negara.

Peringkat sekolah merupakan wadah asas kepada perkembangan kokurikulum. Impak sesuatu peraturan dan dasar pelaksanaan kokurikulum akan di lihat di peringkat ini. Kegagalan sekolah mematuhi peraturan dan dasar yang ditetapkan seperti melindungi masa instruktional kokurikulum bukan sahaja mengagalkan tujuan kokurikulum bahkan juga memberi impak kepada perkembangan murid untuk menjadi warganegara yang diharapkan di masa akan datang. Pemantauan, penyeliaan dan penguatkuasaan peraturan yang berterusan sama ada daripada PPD, JPN atau KPM boleh memberi kesedaran dan memandu pihak sekolah mengikut landasan yang sebenar dalam melaksanakan kokurikulum.

Dasar pendidikan secara percuma memerlukan kerajaan membiayai kegiatan kokurikulum. Komitmen ini perlu diterjemahkan secara konsisten demi memastikan apa yang dihasrat oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keberhasilan kokurikulum yang diharapkan oleh KPM tercapai. Peruntukan tahunan sejumlah RM100 juta bagi menjana kegiatan kokurikulum di semua peringkat memang besar tetapi dalam membina modal insan masa hadapan ia perlu dilihat sebagai suatu pelaburan jangka panjang kepada negara. Begitu juga dengan kewujudan Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah banyak memberi faedah bukan sahaja kepada murid dan guru untuk melakukan kegiatan pembelajaran dengan lebih sempurna malahan boleh menjimatkan perbelanjaan.

Modul pelaksanaan kegiatan kokurikulum perlu juga mengambilkira keperluan di pelbagai peringkat. Masalah pegawai JPN dan PPD yang terbeban dengan tugas akibat ketidakcukupan pegawai perlu diatasi pada kadar segera. Masalah guru meninggalkan kelas kerana menjadi personel pengelolaan kokurikulum boleh dikurangkan jika program pembangunan dan pengembangan kejurulatihan

dilaksanakan sehingga peringkat sekolah. Melengkap bilangan dan melantik jurulatih

18 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

tetap di pusat kokurikulum Negeri dan Daerah untuk mengendalikan kegiatan kokurikulum dianggap strategi yang terbaik yang boleh meningkat mutu dan imej kejurulatihan pusat itu sendiri.

6.0

SYOR:

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum Kementerian Pelajaran mengesyorkan agar cadangan-cadangan yang berkaitan mengatasi masalah melindungi masa instruktional kokurikulum dipertimbangkan untuk kelulusan. Cadangan-cadangan tersebut adalah meliputi seperti berikut: i. Taklimat/kursus kepada semua pengetua/guru besar sekolah mengenai transformasi kokurikulum peringkat sekolah dengan anggaran kos mengurus berjumlah RM RM1,287,250. ii. Pelaksanaan kegiatan kelab/persatuan sekolah secara projek berinovasi dengan anggaran kos mengurus berjumlah RM3,896,160. iii. Sistem pemantauan dan penguatkuasaan peraturan pelaksanaan kokurikulum sekolah iv. Melengkapkan pembangunan fizikal dan infrastruktur 137 Pusat Kokurikulum Daerah dengan anggaran kos berjumlah RM154.5juta v. Melengkapkan bilangan jurulatih secara sepenuh masa Pusat Kokurikulum Negeri seramai 708 orang dan Pusat Kokurikulum Daerah seramai 3425 orang.

19 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

RUJUKAN:

Bahagian Naziran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian Mengenai Keberkesanan Kokurikulum di sekolah, 2010 Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Minat Murid dalam kegiatan Kokurikulum, 2011 Tinjuan

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Himpunan Kertas Seminar Kokurikulum, 1970 hingga 1990, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Pengurusan Kokurikulum, 2007 Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Iktisas KPM (1971 -2010), 2011. Ramlan Abdul Wahab, Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah, 2004, Banter Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Iktisas KPM (1971 -2010), 2011.

20 | M u k a S u r a t

Vous aimerez peut-être aussi