Vous êtes sur la page 1sur 34

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH


UNIT 9: MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH
NAMA PENSYARAH: DR. IKHSAN BIN OTHMAN DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK SHAHIDA BINTI ISMAIL NURUL HIDAYAH BINTI ABD RAHIM HASRINAH BINTI HAMLI KHARIAH BINTI OTHMAN NORHIJAH BINTI MD ISA L20112007429 L20112007430 L20112007431 L20112007432 L20112007433 TANDA TANGAN

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

KANDUNGAN

MUKA SURAT

HASIL PEMBELAJARAN PETA MINDA PENGENALAN 9.1 KONSEP DAN PENGERTIAN PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM 9.2 9.3 TEORI DAN INOVASI KURIKULUM TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN DAN IMPLIKASINYA KEPADA KURIKULUM BILIK DARJAH 9.4 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM 9.5 ISU-ISU BERKAITAN RUMUSAN GLOSARI BIBLIOGRAFI LATIHAN KENDIRI

2 2 3 2-4

5-9 10-14

15-19

19-26 26 27 28 29

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

UNIT 9 : MENGURUS PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat : 1. Memberikan definisi konsep dan pengertian perubahan dan inovasi kurikulum dengan betul. 2. Memberikan perbezaan perubahan kurikulum dan inovasi kurikulum dengan jelas. 3. Menyatakan teori dan realitinya. 4. Menjelaskan tranformasi kurikulum kebangsaan dan implikasinya kepada kurikulum bilik darjah. 5. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan dan inovasi kurikulum dengan tepat. 6. Menilai isu yang berkaitan dengan perubahan dan inovasi kurikulum.

PETA MINDA
Isu-isu berkaitan Konsep dan pengertian perubahan dan inovasi kurikulum Mengurus perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah Faktor-faktor mempengaruhi perubahan dan inovasi kurikulum Transformasi kurikulum kebangsaan dan implikasi kepada kurikulum bilik darjah Teori inovasi dan realitinya

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

PENGENALAN
Kurikulum ialah pengalaman pembelajaran yang disediakan dalam bentuk rancangan pembelajaran. Kurikulum sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan sejajar dengan tuntutan semasa dalam negara dan global.Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi perubahan dan perkembangan sesuatu kurikulum yang dinamik iaitu pengaruh sosial, keutamaan terhadap pengetahuan, tumbesaran dan perkembangan manusia dan juga faktor pembelajaran sebagai suatu proses dan teknologi. Kesan daripada perubahan dan perkembangan kurikulum ini akan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan sesuatu usaha berterusan kearah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Terdapat beberapa isu penting dalam menjelaskan pembaharuan kurikulum. Kebanyakan guru diminta untuk menerima sesuatu kurikulum dan memahami intipati perubahan kurikulum tersebut serta mahir melaksanakannya. Perubahan kurikulum bermakna kurikulum yang sedia ada diberi elemen-elemen baru yang sebelumnya tidak terdapat dalam kurikulum tersebut ataupun perubahan yang melibatkan keseluruhan sistem pendidikan atau hanya bahagian-bahagian tertentu seperti mata pelajaran secara menyeluruh atau menarik keluar mana-mana bahagian yang tidak perlu dan digantikan dengan yang baru. Pembaharuan kurikulum juga boleh melibatkan penambahan tanpa pengurangan kandungan yang sedia ada. Contohnya, dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Sejarah, Moral dan lain-lain yang diajar di sekolah secara pengajaran merentasi kurikulum.

9.1 KONSEP DAN PENGERTIAN


Konsep dan pengertian mengurus perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah
Definisi konsep mengurus perubahan kurikulum dan inovasi Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga (1994) mengurus bermaksud menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun, dan menyelenggara supaya berjalan dengan baik. Perubahan didefinisikan sebagai perihal mengubah,pengalihan dan penukaran kepada sesuatu yang lain Oleh hal yang demikian perubahan kurikulum bermakna kurikulum tersebut diubah kepada yang lebih baik ataupun boleh jadi yang lebih buruk lagi. Sekiranya kita tidak dapat menerima hakikat dalam sesebuah perubahan menunjukkan ianya membawa ke arah lebih buruk. Dalam konteks pendidikan perubahan-perubahan yang dilakukan adalah bertujuan meningkatkan kualiti fungsi pengurusan dan pentadbiran agar lebih efektif dan efisien. Menurut Gray dan Starke (1994) adalah sesuatu yang muktamad kerana kita tidak boleh kembali ke asal setelah perubahan dilaksanakan. Razali Arof (1996) membahagikan kurikulum kepada tiga kategori dan skop, iaitu kurikulum sebagai segala jenis pembelajaran yang dipelajari oleh muridmurid di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah sama ada pembelajaran ini dirancang oleh pihak sekolah atau tidak. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di sekolah: segala aktiviti pembelajaran yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk dipelajari oleh murid di dalam kawasan sekolah. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di bilik darjah: segala aktiviti pembelajaran yang telah dirancang oleh guru-guru untuk dipelajari oleh murid-murid di dalam bilik darjah. Inovasi melibatkan perkembangan idea dan pemikiran yang bersifat kreatif dan 3

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

inovatif. Inovasi selalunya dikaitkan dengan rekaan dan penemuan baru yang dapat membawa prospek baru kepada perubahan kemajuan dan perubahan. Perubahan inovasi pendidikan boleh dikatakan sebagai sebarang bentuk polisi baru, silibus, kaedah atau perubahan organisasi baru yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan elemen-elemen baru yang tidak terdapat pada kurikulum terdahulu. Perubahan terdiri daripada perubahan homeostatic dan perubahan metamorphistik. Perubahan homeostatic iaitu perubahan berciri atau bersifat kebiasaan. Perubahan yang dibuat tanpa memerlukan elemen-elemen pembaharuan yang bermakna. Perubahan yang dibuat hanyalah pertukaran atau gentian yang biasa sahaja. Contohnya: Guru besar A digantikan dengan Guru Besar B disebabkan bersara. Manakala perubahan metamorphistik disebabkan kemasukan idea-idea baru kepada kurikulum. Membawa perubahan yang sangat besar kepada sistem kurikulum sehingga sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum terpaksa ditukar. (Razali Arof, 1991) PERUBAHAN KURIKULUM ABAD 20 Orientasi buku teks Pembelajaran pasif Berpusatkan guru: sumber ilmu & perhatian Kurikulum berasingan Autoriti guru ABAD 21 Orientasikan pelbagai sumber & penyelidikan Pembelajaran aktif Berpusatkan murid: pemudahcara Kurikulum bersepadu Murid diberi kebebasan guru sebagai

Dasar inovasi Dalam Pendidikan Dasar-dasar berkaitan inovasi bertujuan membawa perubahan dalam pendidikan menerusi idea, bahan dan kaedah. Dasar ini bersifat futuristik-pragmatik kerana cuba membawa pendidikan kepada keadaan yang lebih baik dari tahap yang sedia ada. Penyertaan secara holistik dan komprehensif dari semua pihak menjadi penentu kepada kejayaan dasar ini. Contohnya: Dasar Inovasi Penjelasan Tujuan Pemerkasaan Sekolah Pengiktirafan pencapaian sekolah menerusi penjenamaan Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi Pembestarian Pendidikan Meningkatkan aplikasi teknologi dalam pengurusan sekolah, kurikulum, kaedah, bahan dan pentaksiran Pembangunan Modal Insan Membangunkan potensi pelajar menerusi Sekolah Sukan (Bukit Jalil dan Bandar Penawar) dan Sekolah Seni (Johor Bahru & Kuching) dan sekolah projek. Pendidikan Berterusan Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme. 4

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Aktiviti 1 1. Pengurusan perubahan kurikulum di sekolah biasanya menghadapi masalah di peringkat awalnya. Kekangan yang biasa dihadapi adalah berkaitan dengan I. II. III. IV. A B Minat guru yang masih belum tertumpu Kekurangan kemudahan termasuk kepakaran Ketiadaan pelajar yang terlibat dalam kurikulum tersebut Hubungan antara guru dan pelajar yang longgar dan kurang mesra I dan II II dan III C D III dan IV I dan IV

9.2 TEORI INOVASI DAN REALITINYA


Teori Inovasi Dan Realitinya Secara umum, teori inovasi boleh dikategorikan kepada dua iaitu teori Diffusion of Innovasion(Everret M.Rogers 1983) dan teori Individual Innovativeness(Roger 1955). Munculnya Teori Difusi Inovasi pada awal abad ke-20, ketika seorang sosiolog Perancis, Gabriel Tarde, memperkenalkan Karva Difusi berbentuk S (S-shaped Diffusion Curve). Karva ini pada dasarnya menggambarkan bagaimana suatu inovasi boleh diterima seseorang atau masyarakat. Pemikiran Tarde menjadi penting kerana boleh menggambarkan kecenderungan yang terkait dengan proses difusi inovasi. Rogers (1983) mengatakan, Tardes S-shaped diffusion curve is of current importance because most innovations have an S-shaped rate of adoption. Dan sejak saat itu tingkat penerima atau tingkat difusi menjadi fokus kajian penting dalam penelitian-penelitian sosiologi. Teori difusi inovasi(Diffusion of innovasion theory) Teori Difusi Inovasi terjadi pada tahun 1960, di mana pengkaji atau penelitian difusi mulai dikaitkan dengan berbagai topik yang lebih meluas seperti dengan bidang pemasaran, budaya, dan sebagainya. Di sinilah muncul tokoh-tokoh teori Difusi Inovasi seperti Everett M. Rogers dengan karya besarnya Diffusion of Innovation (1961); F. Floyd Shoemaker yang bersama Rogers menulis Communication of Innovation: A Cross Cultural Approach (1971) sampai Lawrence A. Brown yang menulis Innovation Diffusion: A New Perpective (1981). Difusi Inovasi dalam kurikulum pula boleh disama ertikan dengan menggambarkan bagaimana suatu inovasi kurikulum tersebut diadopsi atau diterima seseorang atau sekelompok orang yang dilihat dari jangka waktu tertentu.

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Lima ciri-ciri keberkesanan difusi inovasi 1. Keunggulan relative ( relative advantage) Keunggulan relative adalah suatu inovasi diaanggap lebih baik atau unggul dari yang pernah ada sebelumnya. Semakin besar keunggulan relative dapat dirasakan semakin cepat inovasi tersebut diterima. 2. Kompatibiliti (compatibility) Kompatibiliti ialah inovasi tersebut dianggap konsisten dengan nilai-nilai yang berlaku, pengalaman masa lalu. Sebagai contoh jika suatu inovasi atau idea yang baru tidak sesuai dengan nilai atau norma yang berlaku, maka inovasi tersebut tidak dapat diterima dengan mudah. 3. Kerumitan(complexity) Kerumitan ialah inovasi dianggap sebagai sesuatu yang sulit untuk difahami dan digunakan. Semakin mudah inovasi difahami semakin mudah inovasi boleh diterima dan digunakan. 4. Kemampuan diuji (Trialability) Kemampuan diuji ialah inovasi tersebut mudah untuk diuji guna dan mesti mampu menunjukan keunggulannya agar lebih mudah diterima oleh pengguna. 5. Kemampuan untuk diamati (observability) Kemampuan untuk diamati ialah hasil sesuatu inovasi mudah dilihat oleh orang lain. Semakin mudah seseorang melihat hasil dari sesuatu inovasi, semakin besar kemungkinan seseorang atau kelompok tersebut menerimanya. Maka kesimpulannya disini semakin besar keunggulan relatif; kesesuaian (compatibility); kemampuan untuk diuji dan kemampuan untuk diamati serta semakin kecil kerumitannya, maka semakin cepat kemungkinan inovasi tersebut dapat diterima, digunakan dan diadopsikan. Teori Difusi Inovasi pada dasarnya menjelaskan proses bagaimana suatu inovasi disampaikan (dikomunikasikan) melalui saluran-saluran tertentu sepanjang waktu kepada sekelompok anggota dari sistem sosial. Ianya seiring dengan pengertian difusi dari Rogers (1961), iaitu as the process by which an innovation is communicated through certain channels over time among the members of a social system. Lebih jauh dijelaskan bahawa difusi adalah suatu bentuk komunikasi yang bersifat khusus berkaitan dengan penyebaran pesan-pesan yang berupa gagasan baru atau dalam istilah Rogers (1961) difusi menyangkut which is the spread of a new idea from its source of invention or creation to its ultimate users or adopters. Sesuai dengan pemikiran Rogers, dalam proses difusi inovasi terdapat 4 elemen iaitu: 1. Inovasi; gagasan, tindakan, atau barang yang dianggap baru oleh seseorang. Dalam hal ini, pembaharuan inovasi diukur secara subjektif menurut pandangan individu yang menerimanya. Jika suatu ide dianggap baru oleh seseorang maka ia adalah inovasi untuk orang itu. Konsep baru dalam ide yang inovatif tidak perlu pembaharuan. 2. Saluran komunikasi; alat untuk menyampaikan pesan-pesan inovasi dari sumber kepada penerima. Dalam memilih saluran komunikasi, sumber paling tidak perlu memperhatikan tujuan diadakannya komunikasi dan karakter penerima. Jika komunikasi dimaksudkan untuk memperkenalkan suatu inovasi kepada khalayak yang banyak dan tersebar luas, maka saluran komunikasi yang lebih tepat, cepat dan efisien, adalah 6

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

media massa. Tetapi jika komunikasi dimaksudkan untuk mengubah sikap atau perilaku penerima secara personal, maka saluran komunikasi yang paling tepat adalah saluran interpersonal. 3. Jangka waktu; proses keputusan inovasi, dari mulai seseorang mengetahui sehingga keputusan untuk menerima atau menolaknya, dan pengukuhan terhadap keputusan itu sangat berkaitan dengan dimensi waktu. Paling tidak dimensi waktu dilihat dalam proses pengambilan keputusan inovasi, keinovatifan seseorang: relatif lebih awal atau lebih lambat dalam menerima inovasi dan kecepatan pengadopsian inovasi dalam sistem sosial. 4. Sistem sosial; kumpulan unit yang berbeza fungsi dan terikat dalam kerjasama untuk memecahkan masalah dalam rangka mencapai tujuan bersama. Teori individual innovativeness Rogers (1995) Teori yang dikemukakan Rogers (1995) memiliki relevansi dan argumen yang cukup signifikan dalam proses pengambilan keputusan inovasi. Teori tersebut antara lain menggambarkan tentang variabel yang berpengaruh terhadap tingkat adopsi atau penerima suatu inovasi serta proses pengambilan keputusan inovasi. Variabel yang berpengaruh terhadap difusi inovasi tersebut meliputi atribut inovasi, jenis keputusan inovasi, saluran komunikasi, keadaan sistem sosial, dan peranan agen perubahan. 5 tahap proses pengambilan keputusan untuk mewujudkan inovasi; 1. Tahap Munculnya Pengetahuan (Knowledge) ketika seorang individu (atau unit pengambil keputusan lainnya) diarahkan untuk memahami eksistensi dan keuntungan/manfaat dan bagaimana suatu inovasi berfungsi. 2. Tahap Persuasi (Persuasion) ketika seorang individu (atau unit pengambil keputusan lainnya) membentuk sikap baik atau tidak baik. 3. Tahap Keputusan (Decisions) muncul ketika seorang individu atau unit pengambil keputusan lainnya terlibat dalam aktiviti kepada pemilihan adopsi atau penolakan sebuah inovasi. 4. Tahap Implementasi (Implementation), ketika sorang individu atau unit pengambil keputusan lainnya menetapkan penggunaan suatu inovasi.

5. Tahap Konfirmasi (Confirmation), ketika seorang individu atau unit pengambil keputusan lainnya mencari penguatan terhadap keputusan penerimaan atau penolakan inovasi yang sudah dibuat sebelumnya.

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Kategori pengguna atau penerima inovasi(adopter)

Anggota sistem sosial boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu adopter (penerima inovasi) sesuai dengan tingkat keinovatifannya (kecepatan dalam menerima inovasi). Salah satu kelompok yang boleh dijadikan rujukan ialah kelompok berdasarkan teori adopsi, yang telah duji oleh Rogers (1995). Gambaran tentang pengelompokan adopter dapat dilihat sebagai berikut: 1. Innovators: Sekitar 2,5% individu yang pertama kali mengadopsi inovasi. Cirinya: petualang, berani mengambil risiko, mobile, cerdas, kemampuan ekonomi tinggi. Early Adopters (Perintis/Pelopor): 13,5% yang menjadi para perintis dalam penerimaan inovasi. Cirinya: para teladan (pemuka pendapat), orang yang dihormati, akses di dalam tinggi. Early Majority (Pengikut Dini): 34% yang menjadi para pengikut awal. Cirinya: penuh pertimbangan, interaksi internal tinggi. Late Majority (Pengikut Akhir): 34% yang menjadi pengikut akhir dalam penerimaan inovasi. Cirinya: menerima kerana pertimbangan ekonomi atau tekanan sosial, terlalu hati-hati. Laggards (Kelompok Kolot/Tradisional); 16% terakhir adalah kaum kolot/tradisional. Cirinya: tradisional, wawasan terbatas, bukan opinion leaders,sumber daya terbatas.

2.

3.

4.

5.

Pada awalnya, bahkan dalam beberapa perkembangan berikutnya, teori Difusi Inovasi sentiasa dikaitkan dengan proses pembangunan masyarakat. Inovasi merupakan awal untuk terjadinya perubahan sosial dan perubahan sosial pada dasarnya merupakan inti dari pembangunan masyarakat. Rogers dan Shoemaker (1971) menjelaskan bahawa proses difusi adalah sebahagian dari proses perubahan sosial. Perubahan sosial adalah proses dimana perubahan terjadi dalam struktur dan fungsi sistem sosial. Perubahan sosial terjadi dalam tiga tahap iaitu Penemuan, difusi , dan konsekuensi . Penemuan adalah proses idea atau gagasan baru diciptakan atau dikembangkan. Difusi adalah proses idea atau gagasan baru

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

dikomunikasikan kepada anggota sistem sosial, sedangkan konsekuensi adalah suatu perubahan dalam sistem sosial sebagai hasil dari adopsi atau penolakan inovasi. Realitinya Perkaitan yang boleh dikaitkan dengan teori inovasi kurikulum disini ialah bagaimana inovasi kurikulum tersebut menjadi salah satu ide atau gagasan yang unggul, kompatibiliti, mudah difahami, berkemampuan untuk diuji dan berkemampuan untuk diamati agar inovasi kurikulum tersebut boleh diterima dan mudah untuk diguna pakai oleh pengguna yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sebagai contoh inovasi kurikulum yang boleh diberikan disini ialah Pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum memerlukan penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang dirancang sukar untuk dicapai. Secara umumnya, penglibatan guru dalam proses pelaksanaan inovasi kurikulum di sekolah adalah berbeza-beza di samping pelbagai cabaran serta rintangan dalam melaksanakannya secara berkesan. Antara halangan tersebut adalah sikap sesetengah guru yang sememangnya suka berkonfrontasi dengan pihak sekolah walaupun kemudahan yang diperlukan telah dipenuhi oleh pihak pentadbiran sekolah berkenaan. Dalam masa yang sama, pelaksanaan inovasi juga menghadapi halangan berikutan wujudnya perasaan bimbang, konflik, rasa tidak tenteram dan kesukaran guru untuk menukar amalan sedia ada kepada amalan yang baru. Bahkan masih juga terdapat halangan daripada segi psikologi seperti ketidakyakinan dalam penggunaan alatalat yang canggih termasuk alatan elektronik dan juga teknologi komputer dan telekomunikasi. Kewujudan dan kebimbangan terhadap perubahan kurikulum yang melibatkan penggunaan teknologi yang diistilahkan sebagai technophobia. Aspek komitmen guru untuk melaksanakan sesuatu inovasi dibilik darjah juga mempengaruhi sejauhmana penglibatan guru secara total sebagai agen transformasi kurikulum. Aspek komitmen ini akan mempengaruhi persepsi guru terhadap pelaksanaan inovasi itu sendiri.Seterusnya, persepsi tersebut akan mempengaruhi pula sikap dan tingkah laku guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat permasalahan dalam pelaksanaan inovasi, sebagai sebuah negara yang sedang menuju era maju pengetahuan dan kemahiran bakal menentukan tahap kesediaan guru dalam melaksanakan inovasi itu sendiri. Motivasi guru merupakan pembolehubah yang menjadi isu penting dalam pelaksanaan inovasi di sekolah. Kajian-kajian sebelum ini banyak merumuskan bahawa hasil kerja, kompetensi guru dan cara guru bertindakbalas terhadap amalan pendidikan mereka akan lebih berkesan jika tahap motivasi mereka adalah tinggi. Guru bermotivasi dalam konteks ini merujuk kepada pendidik yang dan mempunyai wawasan ke mempunyai keupayaan tinggi arah mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia. Selain itu,guru bermotivasi tinggi akan sentiasa memiliki dorongan intrinsik dan ekstrinsik.yang membolehkan mereka dapat inovasi kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat tersebut. Antaranya seperti perlaksanaan Sekolah Bestari, Smart Lab,Projek Sekolah Net dan sebagainya. Namun begitu, banyak rintangan perlu dilalui dari segi pelaksanaannya terutama untuk mendapatkan sokongan dan komitmen guru. Guru-guru mungkin sedikit sebanyak merasa kurang selesa dengan perubahan kurikulum dan inovasi yang diperkenalkan terutamanya yang melibatkan pengajaran dan ini akan mengubah peranan mereka dalam kelas. Dalam merealisasikan transformasi inovasi kurikulum disekolah terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi bagi membolehkan pelaksanaannya dilaksanakan secara berkesan. Latar belakang demografi guru yang berbeza, lokasi sekolah, keupayaan dan kemampuan guru dari segi motivasi, sikap, menghasilkan idea bernas serta sentiasa membantu organisasi sekolah tanpa mengira batas waktu.

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Persoalannya, adakah guru-guru mempunyai tahap motivasi yang mampu melonjakkan tranformasi tersebut dan seterusnya memperkasakan kurikulum secara total. Pandangan umum memperihalkan kebanyakan guru berasa kurang selesa terhadap pengenalan sesuatu inovasi di sekolah kerana bimbang bahawa perubahan tersebut akan mengganggu keselesaan dan menjejaskan tugas serta peranan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung khususnya yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.Hal ini berlaku kerana pertambahan tugas guru ekoran pengenalan sesuatu inovasi akan membangkitkan tekanan emosi dalam kalangan sesetengah guru. Gangguan emosi dan tahap tekanan yang tinggi dipengaruhi oleh ketidakupayaan mereka untuk berdaya tindak ke atas inovasi tersebut. Sekiranya tekanan berlaku secara berterusan maka motivasi kerja guru akan terjejas dan berkemungkinan hubungan guru dengan murid dan sesama guru akan menjadi renggang. Akhirnya ini mungkin akan menjejaskan tahap perkembangan diri guru itu sendiri dan keberkesanan guru dalam melaksanakan tugasan seharian di sekolah.

9.3 TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN IMPLIKASINYA KEPADA KURIKULUM BILIK DARJAH

DAN

Kurikulum kebangsaan ialah merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum kebangsaan merupakan kurikulum yang diseragamkan dan ditadbir urus secara top down. Hal ini kerana bidang pendidikan formal di Malaysia terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, maka segala urusan yang berkaitan dengannnya turut berbentuk berpusat termasuklah kurikulum. Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Kurikulum Kebangsaan juga turut dikenali sebagai kurikulum ideal atau kurikulum rasmi. Kurikulum ideal merupakan kurikulum yang telah sempurna dibentuk oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, perlaksanaan dan penilaian. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005:145146). Semua sekolah yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan tersebut. Bagi sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan handaklah diajar di sekolah tersebut. Kurikulum Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak melakukan penambahan, pegubahan atau pindaan ke 10

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

atas Kurikulum Kebangsaan dari semasa ke semasa apabila merasakan perlu melakukan demikian. Setiap sekolah dikehendaki menyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996: Peraturanperaturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 (www.moe.gov.my). Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan (Buku Laporan Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh itu amat pentinglah kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat pendidikan, dan wawasan negara. Disamping itu, persoalan yang perlu dijawab di sini ialah sejauhmanakah kehendak-kehendak tersebut dilaksanakan di sekolah-sekolah agar mampu memenuhi tuntutan asalnya. Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum: struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah penaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Selain itu, terdapat pendapat lain daripada pakar-pakar lain berkaitan transformasi kurikulum iaitu di antaraya, Dalin dan Rust (1996 ) yang berpendapat terdapat sepuluh faktor yang mendorong kepada keperluan perubahan terhadap kurikulum iaitu faktor revolusi pengetahuan dan informasi, ledakan penduduk dunia, revolusi globalisasi, revolusi hubungan sosial, revolusi ekonomi, revolusi teknologi, revolusi ekologi, revolusi estetika, revolusi politik dan revolusi nilai. Tyler (1949), merumuskan bahawa keperluan kepada perubahan kurikulum yang hendak dirancang di sekolah seharusnya tidak terkeluar daripada menjawab empat persoalan dari segi penentuan matlamat dan objektif ,pemilihan kandungan, penentuan strategi pelaksanaan dan penilaian. Bagi memenuhi keempat-empat persoalan ini, Tyler mencadangkan agar perubahan kurikulum mengambil kira kajian terhadap pelajar sebagai sumber penentuan matlamat dan objektif kurikulum, keadaan masyarakat luar sekolah dimana pelajar itu berada, dan cadangan-cadangan daripada pakar sesuatu subjek. Schwab (1970) pula mempunyai pandangan yang agak konservatif berkaitan perubahan kurikulum. Beliau berpendapat, walaupun terdapat pelbagai ramalan dan jangkaan terhadap kurikulum pada masa hadapan, namun bagi beliau, rekabentuk kurikulum akan terus berkisar kepada empat elemen penting iaitu pelajar, guru, kandungan subjek dan juga konteks.

11

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Dalam erti kata lain, kurikulum sekolah tidak terkeluar daripada empat elemen ini yang menjadi landasan, walau apa bentuk perubahan yang akan dilakukan terhadap sesuatu kurikulum itu sendiri. Hallinger (1998) pula melihat perubahan kurikulum adalah didorong oleh trend tertentu dan hubungannya dengan isu-isu antarabangsa yang lebih global sifatnya sama ada berkaitan dengan isu politik, ekonomi atau sosial. Manakala menurut Henchey (1988) pula mengemukakan tiga faktor yang dianggap mendominasi keperluan terhadap perubahan kurikulum iaitu perubahan dan penemuan baru dalam ilmu pengetahuan, cabaran teknologi komunikasi dan menyahut cabaran pendidikan yang bersifat kontemporari. Hargreaves (1994) dalam tulisannya mencadangkan perubahan sosial dan persekitaran akan memberi impak terhadap kurikulum terutamanya kesan daripada perkembangan dan perubahan sistem ekonomi, tekanan globalisasi, perubahan terhadap citarasa dan gaya hidup masyarakat. Morris (1988) pula berpendapat terdapat beberapa faktor yang memberikan impak terhadap keberkesanan pelaksanaan perubahan kurikulum termasuklah faktor intrinsik dan faktor kos, Faktor intrinsik merujuk kepada aspek dalaman yang berkaitan dengan perubahan seperti aspek kualiti, kesahan, kebolehcapaian, ketetapan dan kebolehlaksanaan. Faktor kos termasuklah kos untuk memulakan perubahan dan bagi penerusannya. Aspek lain berkaitan penyelenggaraan program, proses perkembangan, model rintis, penyediaan latihan untuk kakitangan, penyediaan bahan kurikulum, penyediaan kelengkapan makmal, dan penyediaan peralatan teknologi. Perubahan yang melibatkan kos yang relatif tinggi, dan kemungkinan memaksa guru untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menjayakannya, akan menjadi faktor yang akan menjejaskan kelancaran proses pelaksanaannya. Sementara bagi mengatasi beberapa halangan dan mengurangkan kekangan di kalangan guru untuk menerima dan melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah, pengkaji seperti Watson (1967) telah mencadangkan beberapa langkah, antaranya ialah guru-guru perlu dipujuk supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif. Pada masa yang sama juga pihak pentadbiran sekolah perlu membuat analisis terhadap faktor yang sama dan perlu juga membuat analisis terhadap faktor yang menghalang pelaksanaan perubahan yang berkesan di sekolah. Jenis kurikulum kebangsaan yang terdapat dalam system pendidikan di Malaysia ialah Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan ditukar kepada Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2010, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ditukar kepada Kurikulum standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai 2012 dan Kurikulum Pendidikan Khas. Kurikulum berasaskan standard akan memberi penekanan kepada penguasaan literasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai bagi tahap 1 manakala tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum. Bagi pentaksiran, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah di mana pihak sekoalh perlu merancang, membina, mentadbir, memeriksa dan menyediakan laporan mengenai pentaksiran dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran Psikometrik dan aktiviti Jasmani dan Kokurikulum akan diperkenalkan juga. Lembaga Peperiksaan Malaysia masih mengendalikan sebahagian dari peperiksaan secara pusat bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, SPMU, STAM dan SVM. Transformasi pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini 12

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengatahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif. Usaha mentransformasikan Kurikulum Kebangsaan sudah bermula sejak 2007 apabila Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif bagi menyediakan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan menerusi system Pendidikan Kebangsaan bagi mengupayakan pembangunan potensi individu secara menyeluruh, bersepadu dan berimbang. Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan system pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat system pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmoni daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekananan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai sepeerti perpaduan, menyanyangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi. Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang loebih efektif dapat diperkukuhkan. Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi itu dilaksanakan dengan mengambil kira enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik. Bermula tahun 2011, KSSR diperkenalkan dan mengisi proses transformasi oleh KPM bagi memastikan system pelajaran Malaysia standing dengan piawaian antarabangsa. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.Kurikulum baru ini diharapkan berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menjamin kejayaan Negara menjadi sebuah negara mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. Generasi yang bukan sahaja maju dari segi kebendaan tetapi juga tinggi akal budinya dan kukuh jati dirinya. Serentak dengan transformasi kurikulum kebangsaan yang berlaku, sistem pentaksiran juga mengalami transformasi. Pentaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada peperiksaan berpusat semata-mata tetapi merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistic. Penilaian bukan sahaja melalui peperiksaan berpusat yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia tetapi juga menerusi cerapan yang dijalankan di peringkat sekolah dan guru-guru dan beberapa pihak lain yang diiktiraf. Jelasnya, pentaksiran yang lebih komprehensif ini diharapkan dapat mengukur secara lebih tepat dalam usaha mengenalpasti pencapaian sebenar seseorang murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ketika dibangku sekolah. Kementerian Pelajaran sentiasa proaktif bagi memastikan KSSR berjalan sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Beberapa siri pemantauan dan pemerhatian perlaksanaannya turut dijalankan. Menerusi pemantauan berterusan sepanjang 6 bulan pertama tahun 2011 dalam kalangan murid-murid Tahun satu di seluruh negara, KPM mendapati perjalanan perlaksanaannya telah berjaya memenuhi keperluan seperti yang 13

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

dihasratkan. Pemantauan juga bertujuan mendapatkan maklumbalas dalam kalangan pentadbir, guru, murid dan ibu bapa mengenai keberkesanannya. Dari segi perlaksanaannya, majoriti guru besar dan guru-guru telah memahami reka bentuk KSSR yang berasaskan enam tunjang utama dan penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran) sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Mereka mampu menjelaskan fungsi KSSR yang memberi focus terhadap 4 kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Kemahiran menaakul perlu diajar selari keperluan untutk menyediakan murid dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pentadbir dan guru-guru juga mendapat kefahaman yang jelas mengenai elemen-elemen yang terdapat di dalam KSSR yang dirujuk sebagai nilai tambah kepada Elemen merentas Kurikulum: Keusahawanan, kreativiti dan inovasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sejajar untuk memastikan kelancaran perlaksanaan KSSR, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan seramai 2,205 jurulatih utama (JU) yang bertanggungjawab melatih guru Tahun Satu di seluruh negara. Pihak pentadbir sekolah berkeyakinan bahawa perlaksanaan KSSR dapat diterima baik dalam kalangan guru serta mampu menterjemahkan standard kandungan dan pembelajaran dengan berkesan. Fleksibiliti yang diberi membolehkan guru-guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik mengikut kreativiti masing-masing. Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan murid dapat mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang berpusatkan kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan. KSSR akan menimbulkan minat kepada murid untuk belajar. Pendekatan didik-hibur yang digunakan dapat menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran selain menyerlahkan semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas. Manakala kurikulum Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran turut digubal berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdapat pengubahsuaian dan penambahan kepada beberapa mata pelajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati keperluan khas ini. Bagi pendidikan khas Masalah Penglihatan, mata pelajaran yang ditambah ialah kemahiran asas individu masalah penglihatan manakala dua mata pelajaran yang diubahsuai adalah Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni Visual Suaian. Masalah pendengaran pula dilengkapkan dengan penambahan mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Pendidikan islam yang diubahsuai. Sementara bagi masalah pembelajaran, kesemua mata pelajarannya diubahsuai termasuklah: Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku, Kemahiran Manipulatif), Asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) melibatkan komponen bahasa Malaysai, Bahasa Inggeris dan Matematik, Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual dan Seni Muzik), Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dan akhir sekali Pendidikan Jasmani. Pengubahsuaian dan penambahan ini dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran murid-murid kurang upaya supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perubahan pendidikan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. Penambahan mata pelajaran baru diwujudkan bertujuan untuk memeri pendedahan awal mengenai kemahiran asas yang amat diperlukan oleh murid-murid berkeperluan khas ini. Pengubahsuaian pula dilihat mampu memberi skop baru kepada mereka seterusnya dapat meningkatkan keupayaan serta pemahaman dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah . 14

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

9.4 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM


9.4.1 Faktor-faktor Mempengaruhi Perubahan Kurikulum.

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum. Kurikulum sentiasa memerlukan perubahan bagi mengukuhkan dan mencapai hasrat Negara bagi menghasilkan pelajar yang boleh memberi sumbangan kepada Negara kelak. Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan Negara. Dengan melihat perkembangan kurikulum di Malaysia semakin berkembang supaya selaras dengan perubahan kurikulum yang diwajibkan bermula dari pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun sehingga keperingkat yang tertinggi. Hasrat terhadap perubahan kurikulum ini menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum adalah seperti :-

Perkembangan Dasar Kerajaan

Kelemahan Kurikulum Sedia Ada

Keperluan Universal

Perkembangan Dasar Kerajaan Dalam sesebuah Negara perkara yang paling penting yang perlu ada dalam pendidikan ialah dasar pendidikan itu sendiri. Dasar pendidikan diterajui oleh sesebuah kerajaan dalam Negara, dengan itu setiap perubahan yang dilakukan dalam dasar kerajaan juga akan mempengaruhi dasar dalam pendidikan. Dasar bagi sesuatu pendidikan haruslah berpandukan kepada Falsafah pendidikan yang jelas seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Falsafah pendidikan merupakan panduan dan menjadi amalan yang mengandungi matlamat, proses, dan bentuk pendidikan yang hendak ditanamkan dalam diri setiap individu yang menerima pendidikan. Dalam Negara kita, dahulunya Falsafah pendidikan dikenali dengan Falsafah pendidikan Negara yang kini telah diubah menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hala tuju pendidikan perlu melihat ke hadapan kerana pendidikan itu sendiri adalah masa depan Negara. Dengan syor-syor dari beberapa laporan dan penyata (Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1961 dan Jawatankuasa Kabinet 1979) dan dasar-dasar kerajaan semasa(seperti Akta Pelajaran 1961, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru) maka satu bentuk falsafah pendidikan diformulasikan dan didokumentasikan pada tahun 1988 yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Falsafah Pendidikan Kebangsaan kemudiannya disebut sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

15

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Melalui perkembangan dasar kerajaan ingin melahirkan murid yang seimbang dari semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan dasar kerajaan sentiasa diperbaiki bermula daripada sistem pendidikan tinggalan penjajah sehinggalah menjelang kemerdekaan dengan terbentuknya Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan Akta Pelajaran 1961. Pelbagai langkah telah diambil bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan sehingga kini antaranya ialah: 1) Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama 2) Menggunakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama 3) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan 4) Mendemokrasikan pendidikan 5) Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Kebangsaan (KBSR & KBSM) 6) Memperluaskan Pendidikan Vokasional dan Teknik 7) Memantapkan Institusi Pengajian Tinggi 8) Mempertingkatkan Pendidikan Islam, Kerohanian, Moral dan Disiplin 9) Pengajaran bahasa ibunda 10) Penekanan terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 11) Menggalakkan aktiviti Ko-Kurikulum Kelemahan kurikulum sedia ada Kurikulum amat penting dalam pendidikan bagi mencorakkan dan mencetuskan perubahan dalam pendidikan. Kemajuan dalam pendidikan bertitik tolak daripada kurikulum yang ada didalamnya yang dapat membentuk penguasaan dalam akademik mahupun kemahiran bagi setiap murid. Perubahan kurikulum sedia ada meliputi kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan, jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid serta boleh dinilai pelaksanaannya oleh pihak sekolah. Kurikulum yang berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak murid berhadapan dengan dunia luar dan menyediakan murid dengan dunia pekerjaan serta mengembangkan bakat dan kemahiran yang ada. Perubahan kurikulum dilakukan bagi memperbaiki kelemahan yang sedia ada bagi mendapatkan kurikulum yang ideal. Pelbagai perubahan kurikulum telah dilakukan sejak dahulu sehingga kini. Kurikulum perlulah dirancang dan didokumenkan dalam bentuk maklumat dan prosedur pelaksanaan. Perancangan kurikulum bermula dari peringkat mengadakan silibus sehinggalah kepada peringkat implimentasinya di dalam bilik darjah menerusi Rancangan Pengajaran Harian. Usaha bagi memperbaiki kelemahan kurikulum dipertingkatkan lagi dengan perubahan yang dilakukan dalam kurikulum kebangsaan bermula sejak tahun 2007. Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif bagi menyediakan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan menerusi sistem pendidikan kebangsaan bagi mengupayakan pembangunan potensi individu secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Bermula tahun 2011, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum baru ini diharapkan dapat memberikan kurikulum yang ideal kepada semua murid bagi membentuk murid yang cemerlang dari pelbagai bidang yang diceburi.

16

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Keperluan Universal Menyebarkan ilmu dan latihan kepada murid untuk membolehkan murid menerapkan pemahaman dan kerjasama secara universal. Penambahbaikan cara hidup masyarakat dengan menekankan nilai, sentimen, ilmu dan kemahiran bagi memastikan kestabilan dalam masyarakat. Bagi memenuhi keperluan secara keseluruhannya dan dapat memotivasikan individu serta dapat memberi kawalan tingkah laku. 9.4.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi inovasi kurikulum.

Inovasi Teknologi

Inovasi Pedagogi

Inovasi Keperluan Sumber Manusia

Inovasi Perubahan Ideologi

Inovasi Teknologi Perkembangan dalam sains dan teknologi memerlukan anggota masyarakat yang mahir menggunakannya dan bersedia menerima perubahan yang berlaku. Inovasi teknologi seiring dengan keperluan Negara bagi mempertingkatkan produktiviti Negara. Bagi mendapatkan tenaga yang mahir dalam bidang sains dan teknologi, institusi pendidikan merupakan tempat bermulanya masyarakat mempelajari ilmu kemahiran tersebut. Pengenalan dalam bidang sains dan teknologi bermula di sekolah dengan kurikulum yang dirancang didalamnya. Perkembangan sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada mata pelajaran yang dapat mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pembelajaran murid. Dengan penggunaan teknologi komputer didapati banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti melayari internet untuk mencari maklumat, menghantar tugasan, pembelajaran secara E-Learning dan sebagainya. Penggunaan komputer juga merupakan inovasi kepada guru mengubah kaedah pengajaran yang dahulunya hanya menggunakan papan hitam dan kapur untuk pengajaran. Kini, penggunaan komputer guru boleh menggunakan Power Point untuk pembelajaran yang lebih interaktif bagi menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih fokus. Teknologi banyak mengubah pendekatan guru bagi menyampaikan maklumat kepada murid dengan lebih berkesan. Pencarian maklumat dengan melayari internet akan menambahkan ilmu kepada guru dan juga pelajar, dan dapat dikongsikan bersama-sama dengan murid-murid yang lain. Inovasi teknologi juga dapat membentuk masyarakat yang produktif dan berkemahiran dalam teknologi terkini merupakan tumpuan negara dalam mencapai matlamat Wawasan 2020. 17

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Penguasaan dalam teknologi dan maklumat amat penting bagi membantu dalam kemajuan Negara dengan memahami perubahan dan perkembangan terkini dunia. Kurikulum di sekolah memainkan peranan penting dalam memberi maklumat tentang pembaharuan teknologi terkini dengan menyampaikan kepada murid di sekolah. Dengan ini, akan menghasilkan masyarakat yang bersifat progresif, berpengetahuan, berkemahiran, berpandangan jauh, dan berdaya saing bagi mencapai matlamat kemajuan negara. Inovasi Pedagogi Strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah memerlukan penambahbaikan bagi mencapai matlamat kurikulum yang ideal. Sebarang perubahan dalam strategi yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan kepada perubahan kurikulum. Kaedah pengajaran baru diperkenalkan dan dipelbagaikan apabila KBSR dan KBSM diwujudkan. KBSR digantikan dengan KSSR dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) telah dijalankan disekolah rendah. Ini merupakan salah satu inovasi pedagogi yang mengubah strategi pengajaran guru di sekolah. Pendekatan yang digunakan oleh guru dahulu dan sekarang hendaklah diubah sesuai dengan pengembangan kurikulum kini. Dahulu, guru lebih menggunakan pendekatan secara tradisional iaitu kaedah chalk and talk. Pendekatan ini lebih bertumpu kepada guru dalam menyampaikan pengajaran, murid hanya mendengar dan menerima sahaja isi pengajaran yang dipelajari. Kini, pendekatan yang lebih baik digunakan dengan pendekatan bertumpu kepada murid. Guru dan murid bekerjasama memberi dan menerima maklumat pengajaran. Perubahan pendekatan dan strategi pengajaran ini diharapkan akan memberi lebih pengetahuan dan menggalakkan murid bersama-sama mencari maklumat untuk disampaikan kepada murid-murid lain. Pengurusan bilik darjah juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana yang kondusif untuk belajar. Susunan tempat duduk yang kemas dan teratur akan menggalakkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pengajaran. Begitu juga dengan faktor-faktor lain dalam pedagogi akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran murid dalam bilik darjah. Inovasi Keperluan Sumber Manusia Bagi menjadikan sebuah Negara maju dan setanding dengan Negara maju di dunia, Negara perlu melahirkan masyarakat yang saintifik, progresif, inovatif dan memandang kehadapan. Oleh itu, masyarakat yang berilmu, berwibawa dan berketrampilan perlu dilahirkan bagi mencapai wawasan yang diinginkan oleh Negara. Pendidikan memainkan peranan dalam membentuk masyarakat yang diperlukan bagi memenuhi keprluan sumber manusia dalam bidang-bidang yang kritikal seperti bidang kejuruteraan, bidang ICT, pengkaji, penyelidik dan sebagainya. Untuk memenuhi keperluan sumber manusia ini, mata pelajaran sains dan matematik memainkan peranan menggalakkan murid-murid supaya berfikir secara kreatif dan kritis. Murid bukan sahaja menerima fakta yang disampaikan tetapi mereka juga digalakkan untuk menyoal dan memperoleh dapatan daripada kajian dan eksperimen yang dibuat. Subjek yang diajar di sekolah memainkan peranan dalam melahirkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran dalam pelbagai aspek kehidupan. Murid dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dan menggunakan dalam kehidupan seharian dan memenuhi keperluan sumber manusia yang diperlukan oleh negara. 18

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Inovasi Perubahan Ideologi Ideologi merupakan suatu set kepercayaan tentang cara hidup yang dicita-citakan oleh seseorang. Kurikulum yang digubal perlu mengikut kehendak yang terdapat dalam idealogi negara kita. Setiap perubahan dalam ideologi negara akan membawa perubahan dalam inovasi kurikulum pendidikan. Ideologi negara kita seperti dalam Rukun Negara yang menekankan cara hidup demokratik, perpaduan, masyarakat yang adil dan saksama, cara hidup tradisi dengan kebudayaan yang ada serta membentuk masyarakat yang progresif. Setiap perubahan dalam ideologi Negara ternyata akan membawa perubahan dan inovasi dalam kurikulum pendidikan. Aktiviti 9 1. Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah. 2. Huraikan salah satu faktor yang mempengaruhi inovasi kurikulum bilik darjah.

9.5 ISU-ISU BERKAITAN


Mengurus Perubahan Dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah Pengenalan
Bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang statik, oleh itu perubahan yang berlaku disekelilingnya boleh mempengaruhi perjalanan sesuatu sistem pendidikan. Perubahan semasa seperti keperluan negara dari aspek industri, ekonomi, politik, teknologi maklumat dan moral yang sentiasa berkembang mempunyai impak yang besar dalam pendidikan. Keunggulan di dalam bilik darjah tidak mungkin dapat dilaksanakan menerusi kurikulum yang standard untuk semua pelajar. Walaupun ini merupakan hakikatnya, masih banyak kita lihat sekolah-sekolah di Malaysia yang tidak memahami perkara ini. Inilah diantara sebab Menteri Pendidikan telah mencadangkan gabungan falsafah konsevatif dan liberal dalam pedagogi. Ini dapat dilihat dengan cadangan kementerian untuk memberikan sedikit kelonggaran bagi sekolah untuk menguruskan sendiri premis mereka dan menggalakan sekolah memperkenalkan unsur-unsur ketrampilan dan kemahiran dalam akademik. Selain itu, konsep-konsep terkini seperti sekolah wawasan, bestari dan premier juga perlu mendapat sokongan tenaga kerja pendidik bagi menjayakannya. Kesemuanya adalah bertujuan untuk melahirkan suasana kurikulum bilik darjah yang lebih demokratik dan bukanya untuk merosakkan keharmonian kaum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Definisi Isu
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga permasalahan merupakan perkara pokok atau persoalan sesuatu perkara.

19

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Definisi Pengajaran
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga pengajaran merupakan perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Menurut Sarina Baharudin (2009), pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya di dalam kelas. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sistematik dan teliti untuk melaksankanya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalakkan dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM BILIK DARJAH

SEMASA

YANG

MEMPENGARUHI

Perubahan semasa seperti keperluan Negara dari aspek industri, ekonomi, politik, teknologi maklumat dan moral yang sentiasa berkembang mempunyai impak yang besar dalam pendidikan. Keperluan mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Teknologi Maklumat dan pendidikan bahasa merupakan disiplin ilmu yang sentiasa diberi perhatian oleh masyarakat. Ini kerana kita perlu membekalkan ahli masyarakat yang serba lengkap untuk mereka boleh berinteraksi dengan baik menggunakan teknologi dengan berkesan dan berkomunikasi dengan lancar. Kemahiran ini penting untuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera terutamanya dalam masyarakat majmuk dan bersaing dengan masyarakat antarabangsa. Penyemakan semula kurikulum mengikut tempoh tertentu perlu dilaksanakan untuk memastikan proses pendidikan adalah berkualiti sepanjang masa. Penyemakan semula bukan bermaksud untuk menggantikan terus sistem yang sedia ada dengan yang baru, sebaliknya usaha penyemakan yang diambil adalah untuk meningkatkan lagi kemampuan system pendidikan melahirkan generasi yang menepati dasar Negara. Contohnya, penyediaan kumpulan manusia untuk merealisasikan Wawasan 2020. Dalam perkembangan pendidikan global dan permintaan masyarakat juga merupakan antara aspek yang boleh mempengaruhi perubahan. Untuk menyaingi proses perkembangan dan permintaan ini, semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan perlu proaktif dan peka dengan perubahan semasa dan dapat menerima dengan rasional tanggungjawab untuk berubah.

PERUBAHAN KURIKULUM BILIK DARJAH


Amalan pengajaran Bestari
Sememangnya perubahan teknologi maklumat juga dapat meningkatkan mutu pendidikan Negara kita. Ini kerana proses pengajaran bestari akan membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam setiap subjek yang diajar di dalam kelas. Kita sedia maklum bahawa kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah dan kelas bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila ia dilaksanakan sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) akan dikendalikan oleh komputer. Manakala sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka.

20

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Hal ini dapat memudahkan memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran akan berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator. Selain daripada menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru, kesan kebaikan lain dalam proses P&P dalam kelas ialah had tugasan yang tersusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini adalah kerana apabila pelajar sudah bersedia, guru akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjalankan proses P&P dengan berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa perubahan yang berlaku didalam bilik darjah ini akan mempengaruhi tahap pemikiran pelajar dan guru.

Perubahan Dan Inovasi Dalam Pendidikan


Bagi memastikan matlamat dasar PPSMI tercapai, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat persediaan yang rapi. Langkah awal yang dilaksanakan oleh KPM ialah membentuk satu Jawatankuasa Induk untuk membuat perancangan, menyelaras pelaksanaan serta memantau secara menyeluruh setiap aspek persediaan dan pelaksanaan. Mesyuarat JK Induk ini dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri atau Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Mesyuarat Mingguan JK Induk ini adalah kritikal dalam menjayakan dan melicinkan pelaksanaan PPSMI kerana perlunya beberapa keputusan yang cepat dan tepat serta bersifat menyeluruh. KPM sedar bahawa apabila dasar PPSMI dilaksanakan, pelbagai cabaran akan dihadapi oleh guru dan pelajar. Tumpuan utama adalah kepada keperluan guru, pelajar dan sekolah. Dasar ini melibatkan perubahan daripada pelbagai segi termasuk amalan di bilik darjah serta amalan guru. Guru dan pelajar memerlukan sokongan dan bantuan untuk melaksanakan perubahan ini. Strategi yang diambil oleh KPM untuk menjayakan program ini ialah menyediakan kemudahan prasarana serta meningkatkan profesionalisme guru terutama dlam pengajaran dalam bahasa Inggeris. Penggunaan kemudahan dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan satu pendekatan paling dalam pengajaran dan pembelajaran bagi sains, matematik dan bahasa Inggeris. Hasratnya adalah kemudahan ICT akan membawa perubahan dalam cara guru mengajar dalam bilik darjah di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Seterusnya, strategi ini perlu disokong dengan pemantauan dan bimbingan untuk memberi bantuan berterusan kepada pihak sekolah, guru dan pelajar.

CONTOH INOVASI DALAM PENDIDIKAN


Penyebaran Maklumat
Bagi memastikan tidak timbul kekeliruan, sesi penerangan dilaksanakan di seluruh negara melalui sesi road show kepada pegawai-pegawai pendidikan, pengetua, guru, ibu bapa, kelab penyokong kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat umum. Penyebaran maklumat juga diadakan melalui media massa dan media cetak. Penyebaran maklumat diteruskan dari semasa ke semasa dengan memberi penekanan kepada strategi meningkatkan keberkesanan PPSMI.

Penyediaan Kurikulum
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Sains dan Matematik bagi semua peringkat disemak semula dan dialih bahasa kepada bahasa Inggeris. Persediaan HSP ini didahulukan sebagai rujukan 21

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

kepada penyediaan buku teks, bahan pengajaran dan pembelajaran, latihan dan peperiksaan. Kandungan HSP mengambil keperluan semasa, tahap kesediaan pelajar serta penggunaan bahasa Inggeris yang mudah dan sesuai untuk setiap peringkat. Beberapa pindaan juga dibuat dalam HSP dari segi cadangan aktiviti secara lebih spesifik serta memperbanyakkan cadangan aktiviti pembelajaran yang berasaskan ICT dan pelajar.

Latihan Guru
Bagi meningkatkan kualiti guru, latihan guru secara berterusan dilaksanakan melalui usahausaha yang lebih teratur dan bersistematik. Latihan guru untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, penggunaan pelbagai strategi dan pendekatan yang sesuai dan terbaik serta penggunaan pelbagai strategi dan pendekatan yang sesuai dan terbaik serta penggunaan kemudahan ICT dalam P&P dipergiatkan. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Datuk Ahamad bin Sipon, sehingga kini sejumlah 98,528 guru sekolah rendah dan menengah telah mengikuti PPSMI.

Buku Teks
Buku teks mata pelajaran sains dan matematik disediakan dalam bahasa Inggeris berasaskan kurikulum baru. Pakej buku teks yang dibekalkan oleh KPM ini juga mengandungi buku teks tambahan dan CD ROM buku teks yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar sebagai sumber tambahan. Di samping buku teks, buku skrip dan buku istilah juga telah disediakan dan dihantar sebagai bahan rujukan terutamanya jika menghadapi masalah dari segi istilah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Peperiksaan
Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dalam dwibahasa telah dimulakan pada tahun 2003 dan akan diteruskan hingga 2007. Walau bagaimanapun, semua bentuk penilaian di peringkat sekolah bagi kelas-kelas yang mengikuti PPSMI adalah dilaksanakan dalam bahasa Inggeris. Contoh-contoh soalan telah dihantar ke sekolah untuk dijadikan sebagai panduan guru dan pelajar. Kumpulan pertama pelajar PPSMI telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun 2004, manakala bagi PMR pula ialah pada tahun 2005.

Pemberian Insentif
Pemberian insentif berbentuk Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) telah dipersetujui iaitu elaun 5% (untuk bukan siswazah) atau 10% (guru siswazah) kepada guru yang mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris serta guru bahasa Inggeris.

Pemantauan Dan Kajian


Pusat Perkembangan Kurikulum, Jemaah Nazir Sekolah dan Bahagian Pendidikan Guru telah menjalankan pemantauan dan kajian sepanjang 2003 dan 2004. Semasa pemantauan, guru dibimbing dan dibantu untuk memberi keyakinan. Kajian dijalankan untuk mengkaji beberapa aspek pelaksanaan PPSMI seperti tahap kefahaman pelajar dalam sains, matematik dan bahasa Inggeris, penggunaan komputer riba dalam PPSMI. Dapatan pemantauan dan kajian digunakan sebagai panduan dalam menyediakan strategi peningkatan pelaksanaan PPSMI.

22

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Pemansuhan PPSMI Disebabkan Perubahan Yang Tidak Dapat Diterima


Sejak PPSMI diperkenalkan telah muncul pelbagai isu-isu yang sukar dibendung kecuali dimansuhkan sepenuhnya. Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam. Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014. Tun Mahathir tidak puas hati dengan pemansuhan dasar tersebut. Ada pihak yang menekankan kerajaan supaya berpegang kepada pemansuhan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak agar kementerian Pelajaran bertegas dalam keputusannya memansuhkan dasar PPSMI. Menurut Presiden PKPIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, PPSMI bukan hanya mengancam kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dilindungi kedudukannya oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pelajaran, bahkan mengancam masa depan pelajar dan hala tuju pendidikan Malaysia. Menurut Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid, menuntut kerajaan memansuhkan dengan serta merta pelaksanaan PPSMI dan bukannya melakukan pengubahsuaian terhadap sistem berkenaan. Untuk alternatif, Kementerian Pelajaran mengemukan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan dilaksanakan untuk menggantikan PPSMI. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, mengemukakan lima alasan berkaitan penyediaan buku teks, menggubal kurikulum, latihan kepada guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan menyediakan perkakasan seperti makmal Bahasa Inggeris (BI) yang mencukupi. REAKSI DARI BIDANG PENDIDIKAN Kesan Positif PPSMI dari segi Pembelajaran Bahasa Inggeris PPSMI ini diwujudkan juga, walaupun Akta Pendidikan 1996 berkuat kuasa kerana keperluan strategik menjajarkan bahawa orang Melayu wajar mempunyai kekuatan menguasai Bahasa Inggeris, bahasa yang paling banyak digunakan di peringkat antarabangsa. Penguasaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah diberikan penekanan hanya dilaksanakan untuk subjek sains dan matematik. Kegagalan menguasai bahasa yang paling penting digunakan dalam teknologi dan komersial ini akan merugikan negara. Ini kerana bahan yang terkini dan relevan terlalui banyak dibangunkan dan dirakamkan dalam bahasa Inggeris. Untuk menentukan para pelajar mendalami dan menguasai aplikasi ilmu, terutama sains dan teknologi pada masa hadapan, make penguasaan dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris perlu dimulakan semenjak sekolah rendah lagi. Tanpa penguasaan baik bahasa Inggeris dari skop sains dan matematik di peringkar sekolah lagi, dijangkakan akan menjadi masalah apabila pelajar cuba menguasai di peringkat pendidikan lanjutan, termasuk universiti. Ini kerana perubahan di peringkat ini kepada bahasa lain akan memberikan kepincangan untuk mencapai kefahaman dan penguasaan, terutamanya sudut applikasi dengan baik. Akibatnya, kecemerlangan penguasaan dan kecekapan applikasi sains dan matematik dalam kalangan pelajar-pelajar bermedium bahasa Melayu amat rendah. Pasca peringkat universiti, pelajar yang mencari pekerjaan, terutama dalam sector syarikat multinational (MNC) menampakkan kesukaran. Ini kerana kemampuan dan penguasaan 23

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

mereka untuk berkomunikasi dan mengaplikasi pengetahuan semasa di universiti amat terbatas, terutama kebanyakan bahan rujukan utama adalah dalam bahasa Inggeris. Semenjak PPSMI dipraktikkan, terbukti kualiti para pelajar yang dihantar ke negara luar. Terutama ke negara-negara Barat bagi pengajian dalam sains dan teknologi, malah telah menampakan peningkatan kadar yang membanggakan. Menurut Musliati Muslimin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, pelajar Melayu dan Bumiputera khususnya tidak mungkin mampu berdepan dengan cabaran di peringkat lebih tinggi termasuk ke arena antarabangsa jika gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Pencernaan minda mereka, terutama kemampuan untuk meraih segala maklumat dan ilmu yang begitu mudah dijana dalam era ICT ini, mula terserlah. Penguasaan mengaplikasikan sains dan teknologi menggunakan bahasa Inggeris juga dapat dilihat dalam kemampuan berkomunikasi dan interaksi, keyakinan, keterampilan dan jati diri yang membanggakan. Kesan negatif PPSMI Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris. Formula-formula 2-4-3 dan 6-23-2 bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran sains dan matematik, bahkan juga bahasa Cina dalam kalangan murid-murid Cina. Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbingan bahawa murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskun turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris. Sekaligus akan memburukkan keadaan sosioekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka. Bahasa Setempat Lebih Sesuai Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951) yang berbunyi: Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahawa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah Selain itu, memorandum juga merujuk laporan bertajuk Education for All : Policy Lessons From High-Achieving Countries ditulis oleh Santosh Mehrota pada tahun 1998. Mehrotra menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty : Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah. 24

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

REAKSI AWAM Apabila keputusan dasar diperkenalkan, terdapat pelbagai reaksi termasuk daripada pemimpin masyarakat, guru-guru dan ibu bapa. Terdapat golongan yang menyokong dan ada juga yang kurang setuju dengan dasar baru ini. Salah faham timbul tentang tujuan kerajaan melaksanakan dasar ini, serta rasional kerajaan memilih mata pelajaran sains dan matematik yang lebih mudah difahami jika diajar dalam bahasa ibunda. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding dengan kanakkanak yang berbahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikutii peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan mereka yang pandai berbahasa Inggeris. Terdapat juga kebimbingan dalam setiap lapisan masyarakat tentang kesediaan guru dan pelajar mengikuti perubahan baru ini.

Bantahan Golongan Sasterawan, Budayawan dan Cendekiawan Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk ke semua Sasterawan Negara yang masih hidup antaranya A. Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI. Mereka menyatakan penentangan mereka dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009. Ahli Politik Yang Mendukung Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMI ialah Dato Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah menyatakan bahawa tujuan mengajar mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam bidang sains dan matematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris. Ahli Politik Yang Menentang Pada April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini, dan pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar sains dan matematik. Anwar mengulangi ikrar beliau untuk mengembalikan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa ibunda sewaktu parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima memorandum membantah PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Terengganu pada 15 Januari 2009. YB Khairy Jamaluddin, naib Ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran sains dan matematik. Katanya, bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk memahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk 25

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

mengajar, bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di sekolah.

RUMUSAN
Pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana pelaksanaan dapat dioperasikan Pengurusan kurikulum merupakan agenda utama dalam aktiviti harian di sekolah yang perlu ditadbir oleh pengetua dan guru besar. Pengurusan kurikulum yang baik dan teratur akan dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih berkesan. Keperluan mendapatkan maklumat peningkatan pencapaian akademik pelajar dan aktiviti pemantauan kepada pengajaran guru perlu diberi keutamaan oleh pengetua dan guru besar dalam melaksanakan tugasan hariannya. Dengan adanya maklumat dan data yang lengkap akan memudahkan pengetua dan guru besar merancang, melaksana dan menilai program serta aktiviti yang dilakukan oleh guru dan pelajar. Ini akan membolehkan mereka menjadi pengurus kurikulum berkesan yang dikagumi oleh semua guru dan pelajar. Perubahan gaya hidup dan struktur masyarakat akibat peralihan masa dan perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan merupakan suatu trend yang pasti akan berlaku. Perubahan ini memerlukan sistem pendidikan yang dinamik yang melahirkan individu dan masyarakat yang lentur yakni yang dapat berhadapan dengan tekanan dan bersedia untuk mengatasi masalah yang wujud. Struktur masyarakat akan berubah dari segi demografi khususnya dari segi komposisi masyarakat mengikut usia keperluan dari segi prasarana, tenaga kerja, kemudahan awam dan peluang ekonomi juga akan berubah. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum. Kurikulum sentiasa memerlukan perubahan bagi mengukuhkan dan mencapai hasrat negara bagi menghasilkan pelajar yang boleh memberi sumbangan kepada Negara kelak. Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan semasa seperti keperluan negara dari aspek industri, ekonomi, politik, teknologi maklumat dan moral yang sentiasa berkembang mempunyai impak yang besar dalam pendidikan. Keunggulan dalam bilik darjah tidak mungkin dapat dilaksanakan menerusi kurikulum yang standard untuk semua pelajar. Walaupun ini merupakan hakikatnya, masih banyak kita lihat sekolah-sekolah di Malaysia yang tidak memahami perkara ini. Inilah diantara sebab Menteri Pendidikan telah mencadangkan gabungan falsafah konsevatif dan liberal dalam pedagogi. Justeru, perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kemajuan Negara.

26

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

GLOSARI
fasilitator- fasilitator orang yg membimbing (memandu) sesuatu program pembelajaran dan pengajaran: guru harus berperanan sebagai ~ supaya pelajar dapat dipimpin utk menghasilkan sesebuah karangan yg baik.(Kamus Dewan Edisi Empat) futuristic- bkn idea yg mengarah (menuju) ke masa depan: rancangan pembangunan itu haruslah lebih (Kamus Dewan Edisi Empat) pragmatic- (mempunyai sifat atau pendirian yg) lebih mementingkan (mengutamakan) kesankesan sebenar sesuatu drpd ciri-ciri teori dan sebagainya, bersifat praktikal, banyak memperhitung-kan keadaan dan akibat yg sebenarnya terdapat atau akan timbul: walau bagaimanapun, pelaksanaannya harus bersifat ~ supaya tidak menimbulkan kesusahan di kalangan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Empat) holistic- bersifat saling berkait antara satu sama lain sbg suatu sistem bersepadu yg menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja: model ini bertujuan memberikan pandangan secara menyeluruh dan ~ bagi memahami konteks operasi sesuatu organisasi.(Kamus Dewan Edisi Empat)

27

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Hamdan. 2007. Pengajian Kurikulum. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books. Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi & Nor Azmi Noor. 2005. Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Sains dan Matematik: Pelaksanaan dan Cabaran. Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya. Christina Hajisoteriou, Lefkios Neopytou and Angelides. 2012. Intercultural Dimension In The New Curriculum of Cyprus : the Way Forward. Journal of Curriculum, Vol. 23, 387-405. Evelyn J.Sowell. 2005. Curriculum: An Integrative Introduction. Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall. Molly N.N.Lee. 2002. Educational Change In Malaysia. School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia. Mok Soon Sang. 2010. Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Multimedia Sdn. Bhd. Selangor: Malaysia. Promila Sharma. 2009. Curriculum Development. S.B. Nangia A.P.H.Publishing Corporation: New Delhi. Razali Arof. 1991. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Razali Arof. 1996. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teshome Abebe, Zenebe Abebe. 2004. Curriculum Transformation to Prepare Students for a Diverse World, Vol. 33. 194-200. Zaini Abdullah. 2011. Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia (Siri Nota Pembelajaran). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zongyi Deng. 2010. Curriculum Trasformation in The Era of Reform Iniatiatives : The Need to Rethink and Re-Conceptudize Content. Journal of Textbook Research, Vol. 3:Issue 2.

28

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

LATIHAN KENDIRI Soalan Objektif


1. Terdapat berbagai-bagai cabaran dalam melaksanakan kurikulum pada masa hadapan yang memerlukan penguasaan berbagai-bagai kemahiran. Manakah di antara berikut merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu ditekankan dalam pelaksanaan kurikulum? I. II. III. IV. A B C D Belajar cara belajar Pengurusan sumber Penyelesaian masalah Berfikir secara kreatif dan kritis I sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja

2. Inovasi dalam kurikulum adalah bertujuan menjadikan sesuatu kurikulum itu sentiasa mantap dan terkini, sesuai dengan keperluan semasa. Manakah antara berikut merupakan inovasi kurikulum sekolah di Malaysia yang telah dilaksanakan selepas tahun 2004? A. B. C. D. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Pelaksanaan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. gambaran tentang pengelompokan adopter oleh Rogers

3. Berikut merupakan (1995), kecuali A. B. C. D. Innovators Early Adopters Early Majority Comptibility

4. Kemahiran Teknologi Maklumat merupakan faktor yang mempengaruhi inovasi dalam kurikulum bilik darjah dan merupakan salah satu aspek yang perlu dikuasai oleh pelajar di sekolah. Berikut merupakan tindakan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai hasrat di atas kecuali A. Menyediakan prasarana ICT di sekolah-sekolah. B. Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah. C. Memperkenalkan mata pelajaran ICT di semua sekolah. 29

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

D. Menggalakkan guru-guru mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Berikut adalah aspek tranformasi KSSR, kecuali A. B. C. D. Komunikasi Fizikal Kerohanian Kepandaian

6. Ciri-ciri inovasi yang mudah diterima sekumpulan pengguna ialah A. B. C. D. Mahal Sukar difahami Tidak Nampak Unggul

SOALAN SUBJEKTIF 1. Nyatakan konsep perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah. 2. Berikan perbezaan antara perubahan kurikulum dan inovasi kurikulum bilik darjah. 3. Pada pandangan anda, mengapakah PPSMI gagal dilaksanakan? 4. Apakah yang anda faham mengenai faktor yang mempengaruhi inovasi kurikulum bilik darjah? Bina peta minda untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai faktor inovasi kurikulum bilik darjah. 5. Bagaimanakah cara guru bagi menangani perubahan kurikulum bilik darjah?

30

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Skema Jawapan
Soalan Objektif 1. B 2. C 3. D 4. D 5. D 6. D

Soalan Subjektif Soalan 1:- Perubahan didefinisikan sebagai perihal mengubah,pengalihan dan penukaran kepada sesuatu yang lain. - Perubahan kurikulum bermakna kurikulum tersebut diubah kepada yang lebih baik atau sebaliknya. - Perubahan inovasi pendidikan boleh dikatakan sebagai sebarang bentuk polisi baru, silibus, kaedah atau perubahan organisasi baru yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan elemen-elemen baru yang tidak terdapat pada kurikulum terdahulu. Perubahan terdiri daripada perubahan homeostatik dan perubahan metamorphistik. Perubahan homeostatik Soalah 2:PERUBAHAN KURIKULUM VS INOVASI ABAD 20 Orientasi buku teks Pembelajaran pasif Berpusatkan guru: sumber ilmu & perhatian Kurikulum berasingan Autoriti guru ABAD 21 Orientasikan pelbagai sumber & penyelidikan Pembelajaran aktif Berpusatkan murid: pemudahcara Kurikulum bersepadu Murid diberi kebebasan guru sebagai

31

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Dasar Inovasi Pemerkasaan Sekolah

Pembestarian Pendidikan

Pembangunan Modal Insan

Pendidikan Berterusan

Penjelasan Tujuan Pengiktirafan pencapaian sekolah menerusi penjenamaan Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi Meningkatkan aplikasi teknologi dalam pengurusan sekolah, kurikulum, kaedah, bahan dan pentaksiran Membangunkan potensi pelajar menerusi Sekolah Sukan (Bukit Jalil dan Bandar Penawar) dan Sekolah Seni (Johor Bahru & Kuching) dan sekolah projek. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme.

Soalan 3:mendapat tentangan yang hebat pada awalnya lagi daripada pelbagai pihak termasuk guru-guru. guru-guru tidak fasih berkomunikasi dan mengajar dalam Bahasa Inggeris PPSMI mengancam kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dilindungi kedudukannya oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pelajaran.

32

(Topik 9: Mengurus Perubahan dan Inovasi Kurikulum Bilik Darjah)

Soalan 4:-

Teknologi -perkembangan sains dan teknologi -penggunaan ICT/Web TV -P&P dahulu: guru gunakan papan hitam dan kapur kini: gunakan kaedah E-Learning, LCD

Perubahan ideologi -kepercayaan tentang cara hidup -kepercayaan dan ketaatan kepada negara -berpegang kepada Rukun negara

Faktor mempengaruhi perubahan inovasi kurikulum

Pedagogi -perubahan dari segi strategi P&P -Dahulu:P&P berpusat guru kini: berpusat murid -KBSM & KBSR -KBSR ditukar kepada KSSR

Keperluan sumber manusia -lahirkan masyarakat berilmu pengetahuan, berwibawa, berketerampilan -pertingkatkan pelajar jurusan sains untuk menjadi jurutera, arkitek, pakar IT -melatih lebih ramai tenaga mahir dalam bidang kemahiran dan vokasional

Soalan 5:- Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan - Mengubahsuai strategi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perubahan kurikulum - Menghubung pengetahuan, kemahiran dan nilai - Persediaan untuk beruban - Memilih bahan tambahan untuk pelajar

33

Vous aimerez peut-être aussi