Vous êtes sur la page 1sur 29

ASPEK SENI BAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KONSEP ASPEK SENI BAHASA


Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

15

16

17

18

Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

19

20

OBJEKTIF ASPEK SENI BAHASA


Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i.menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur; ii.mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur; 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

21

22

23

iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur; dan iv. melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

24

25

26

27

28

PRINSIP ASPEK SENI BAHASA


i.Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa. ii.Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik. iii.Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh. iv.Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA


Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KANDUNGAN 4.1 Menyebut dan 4.1.1 Menyebut seni kata lagu memahami unsur melalui nyanyian secara seni dalam lagu didik hibur. melalui nyanyian 4.1.2 Menyebut dengan jelas secara didik hibur. dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

SP

STANDARD KANDUNGAN 4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

STANDARD PEMBELAJARAN 4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur. 4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
SP
10

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.3 Mengujarkan 4.3.1 Mengujarkan dialog dengan bahasa yang sebutan dan intonasi yang indah dan betul dan jelas tentang menggunakan sesuatu perkara melalui bahasa badan lakonan secara didik hibur. dengan kreatif 4.3.2 Mengujarkan dialog dengan melalui sebutan dan intonasi yang lakonan betul dan jelas tentang secara didik sesuatu perkara serta hibur. menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

SP

11

STANDARD KANDUNGAN
4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur. 4.4.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

SP

12

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran bagi 4.4 tidak diajar kepada murid-murid Tahun 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

13

RUMUSAN
Aspek Seni Bahasa merupakan salah satu komponen dalam Kurikulum Standard Bahasa Malaysia yang menekankan kepada keindahan bahasa secara didik hibur.. Aspek ini bertujuan membentuk murid untuk memiliki keseimbangan dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, secara efektif melalui pelbagai kaedah pengajaran dan strategi. Aktiviti-aktiviti yang bercorak didik hibur dalam seni bahasa ini dapat meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Murid berkemampuan untuk melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus serta dapat menghargai dalam sesuatu nilai dalam sastera atau seni.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

14

MENGUNGKAP DAN MENGAPRESIASI


MENGUNGKAPKAN ( mengeluarkan atau melahirkan isi hati dn lain-lain dengan kata-kata, air muka, gerak geri dan lain-lain; memaparkan perasaan hati) MENGAPRESIASI ( mengikhtiraf dan menghayati nilai dalam sesuatu karya sastera atau seni ) Mengeluarkan atau melahirkan isi hati dan lain-lain dengan kata-kata, air muka, gerak geri dan lain-lain untuk memaparkan perasaan hati bertujuan mengikhtiraf dan menghayati nilai dalam sesuatu karya sastera atau seni.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

15

Didik - ajar Hibur - menyenangkan dan menggirangkan hati

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang menghiburkan atau menggirangkan hati.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2
16

16

KREATIVITI
Empat kategori definisi tentang kreativiti/kreatif oleh Hassan Langgulung, 1991 melalui bukunya Kreativiti Dalam Pendidikan ; Satu Kajian Psikologi Dan Falsafah, DBP Kuala Lumpur. dikaitkan dengan potensi pencapaian kreativiti dilihat sebagai satu set ciri individu. dirujukkan pula pada proses yang daripadanya diperoleh hasil atau dengan perkataan lain, merujuk proses mental sesuatu atau proses intelektual, tingkah laku ke arah kepada pencapaian kreatif. menyentuh kepada produk iaitu kreativiti dilihat terletak pada proses akhirnya, bukan pada orangnya. tentang faktor persekitaran dan faktor budaya yang berpengaruh terhadap kegiatan kreatif tersebut.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

17

Kreativiti dikaitkan dengan potensi pencapaian kreativiti dilihat sebagai ciri individu dalam proses memperolehi hasil atau dengan perkataan lain, merujuk proses mental sesuatu atau proses intelektual, tingkah laku ke arah kepada pencapaian kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan faktor budaya yang berpengaruh terhadap kegiatan kreatif tersebut.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

18

SIMILE
Perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu orang, benda dan sebagainya. Contoh; bodoh macam lembu kurus macam lidi

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

19

Pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

20

Membaca atau melafazkan seni kata lagu dengan menggunakan rentak atau diiringi muzik yang sesuai dengan murid. Nyanyian mampu menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan kemahiran bahasa, menambah perbendaharaan kata, meningkatkan pemahaman, memupuk nilai dan perasaan dan meningkatkan apresiasi terhadap keindahan bahasa. Aktiviti nyanyian yang dicadangkan bersoal jawab tentang isi/kosa kata, menulis prosa, menceritakan semula isi seni kata lagu, memberi respon parafrasa, gerakan badan dan mimik muka.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

21

Teknik Bercerita Tanpa Alat


Tumpuan kepada gaya penyampaian cerita menggunakan intonasi, nada, sebutan dan mimik serta ekspresi yang sesuai dengan cerita yang disampaikan.

Teknik Bercerita Dengan Alat


Bercerita menggunakan alat seperti topeng, pakaian, dan lain-lain alat/bahan yang dapat menyokong gambaran cerita semasa membuat persembahan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

22

Teater Bercerita Penyampaian cerita melalui watak yang terdapat dalam cerita yang telah dibaca, didengar atau dilihat dengan menggunakan (menggantung di leher) gambar tunggal watak tersebut semasa bercerita. Teater Pembaca Penyampaian cerita melalui pembacaan dialog bagi watak-watak tertentu dalam sesebuah cerita. Aktiviti ini mengutamakan penggunakan suara,sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

23

Improvisasi (Lakonan Kaku) Lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar dalam kehidupan seharian dan dialog akan dilahirkan secara spontan. Simulasi 1. Main Peranan Lakonan spontan berdasarkan sesuatu situasi/masalah tanpa menggunakan skrip.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

24

2. Sosiodrama Aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita menggunakan skrip lakonan yang telah disediakan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

25

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

26

1. Jenis pantun pantun dua kerat dikenali sebagai pemeo atau pantun kilat. pantun empat kerat 2. Jumlah suku kata 8 hingga 12 dalam sebaris ayat. 3. Ada setiap stanza/ rangkap pantun mempunyai dua unit iaitu unit pembayang dan unit maksud.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

27

Ikan keli di atas rakit, Gosok gigi supaya tak sakit. Siakap senohong gelama ikan duri Bercakap bohong lama-lama mencuri

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

28

Yang indah itu seni, Yang tinggi nilainya bahasa, Tiada noktahnya di sini, Berjuanglah terus memartabatkan bahasa.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

29

Vous aimerez peut-être aussi