Vous êtes sur la page 1sur 9

1.

Pendahuluan Arab Spring merujuk kepada revolusi yang berlaku di negara Arab semenjak tahun

2010. Revolusi ini dikenali dengan nama Arab Spring kerana revolusi ini melompat dari satu negara ke negara Arab yang lain. Arab Spring merupakan salah satu tindakan rakyat yang inginkan pemerintahan secara demokrasi. Apakah yang dimaksudkan pemerintahan yang demokratik? Tiada definisi yang khusus bagi menerangkan maksud demokrasi yang sebenarnya. Tetapi, dalam bahasa yang mudah, demokrasi boleh ditakrifkan sebagai pemerintahan dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat. Bagi menjelaskan maksud demokrasi itu sendiri, terdapat beberapa ciri-ciri bagi menggambar sesebuah pemerintahan itu bersifat demokratik, antaranya ialah mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil, kebebasan untuk memberi pendapat, hak untuk mengetahui bahan-bahan atau maklumat-maklumat tanpa dihadkan terhadap pemerintah atau kumpulan individu, kebebasan berpersatuan dan ada tadbir urus yang bagus. Yang dimaksudkan dengan tadbir urus yang bagus ialah tadbir urus yang telus iaitu kesanggupan untuk memperbaiki apa-apa kesalahan dan ambil tindakan kepada institusi yang melakukan kesalahan (check and balance). Didapati ciri-ciri pemerintahan demokratik ini kurang terdapat di negara Asia Barat, terutama negara yang mengalami revolusi Arab Spring. Rakyat telah bangkit dengan mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap pemerintah, dan kebangkitan ini dikenali sebagai Revolusi Arab Spring. Revolusi ini bermula di Tunisia yang berlaku pada 17 Disember 2010. Keadaan ini kemudiannya merebak ke negara lain seperti Mesir, Libya, Syria dan Yaman. Terdapat beberapa sebab yang dapat dilihat yang mendorong kepada penentangan rakyat terhadap pemerintah. Sebab-sebab tersebut perlu dikaji bagi mengatasi masalah ini daripada berlaku pada masa yang akan datang, serta dapat menyelesaikan masalah berlaku di negara tersebut. 2.0 Sebab-Sebab Berlaku Arab Spring

Terdapat beberapa sebab yang mendorong berlakunya pemberontakan rakyat yang seterusnya membawa kepada berlakunya Arab Spring. Antara sebab-sebabnya adalah kerana kelemahan urus tadbir atau pemerintahan, keadaan ekonomi rakyat yang miskin, pertembungan ideologi dan peranan media yang menyampaikan maklumat tentang revolusi kepada rakyat diseluruh dunia.

2.1

Kelemahan Urus Tadbir Negara Salah satu faktor yang mendorong kepada berlakunya Arab Spring ialah kerana

kelemahan urus tadbir di negara tersebut. Kebanyakan pemimpin negara yang mengalami Arab Spring adalah pemerintah yang bersifat autokrasi, zalim dan memerintah dalam tempoh masa yang lama. Rakyat juga tidak diberikan peluang untuk memilih pemimpin. Pemerintah akan melakukan apa-apa sahaja bagi mengekalkan kekuasaannya, termasuklah dengan menggunakan cara kotor. Pilihan raya juga diadakan tetapi proses pilihan raya itu tidak telus. Semasa pilihan raya Syria pada tahun 2007, didapati 97.5% pengundi yang hadir mengundi. Nilai itu kelihatan seperti mustahil, bagaimana mungkin terlalu ramai pengundi yang hadir. Hasil selidik dapati, hanya pegawai kerajaan yang dibenarkan mengundi di Syria pada pilihan raya itu. Pada tahun 2000, dalam rangka mengekalkan penguasaan pemimpin Mesir, Jawatankuasa Politik yang ditubuhkan oleh Mubarak hanya meluluskan dua parti pembangkang iaitu Ikatan Nasioanal dan barisan Demokratik1. Disamping itu, calon-calon dari parti pengkritik juga turut ditangkap dan dipenjarakan. Hal ini menunjukkan proses pilihan raya yang tidak adil, rakyat tidak diberikan peluang melilih pemimpin. Kebebasan rakyat telah disekat. Rakyat mula bangkit untuk menuntut kepimpinan yang lebih bersifat demokrasi. Urus tadbir yang bagus juga adalah urus tadbir yang mempunyai kesanggupan untuk memperbaiki apa-apa kesalahan dan mengambil tindakan kepada institusi yang melakukan kesalahan atau dikenali sebagai check and balance. Setiap elemen pentadbiran negara iaitu legislatif atau dewan perundangan, eksekutif dan badan kehakiman perlu memainkan peranan check and balance terhadap cabang pengasingan kuasa masing-masing bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan atau kekuasaan sesuatu pihak sahaja. Tetapi apa yang dapat diperhatikan di negara yang mengalami Arab Spring, pemerintahan bercorak terlalu memberi kuasa kepada badan pemerintah atau eksekutif. Hal ini telah mendorong berlakunya rasuah dan agihan kekayaan yang tidak adil. Hanya segelintir sahaja yang mendapat hasil dan ini semestinya golongan elit, dan yang miskin tetap miskin. Pemerintahan di Asia Barat juga terlalu bergantung kepada tentera. Tentera bukan hanya menjalankan tugas sebagai seorang tentera, malah turut menjadi polis di negara tersebut. Apabila terlalu banyak kuasa diberikan kepada tentera, maka akan muncullah perasaan terlalu berkuasa di dalam diri tentera sehingga mereka sewenang-wenangnya boleh
1

Arvin Tajari dan Zahid Zamri, Majalah I keluaran mac 2011, hlmn21

menggunakan kekerasan terhadap rakyat termasuk yang tidak bersalah. Rakyat mula ditindas. Selain itu, sikap terlalu bergantung kepada tentera juga telah melemahkan pemerintah. Hal ini kerana, terdapt segelintir tentera di Mesir yang berpaling tadah dan mula menyokong pemberontakan rakyat Mesir. Selain itu juga, pemerintahan di Asia Barat juga tidak membenarkan rakyatnya menubuhkan persatuan politik. Mereka menyekat kebebasan rakyat untuk berpolitik. Jadi rakyat terpaksa menubuhkan persatuan yang tidak bersifat politik, seperti Persatuan Doktor, Persatuan Alam Sekitar sebagai langkah lain untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan politik. 2.2 Pertembungan Ideologi Faktor seterusnya yang mendorong berlakunya Arab Spring adalah pergolakan antara golongan pro-Barat dan pro-Islam di negara Islam itu sendiri 2. Pergolakan ini disebabkan pertembungan ideologi antara dua golongan ini. Masing-masing merasakan fahaman dan pendekatan politik mereka adalah lebih baik dan paling hampir kepada amalan demokrasi. Golongan Islamis di Asia Barat sebelum revolusi Arab ialah mangsa utama penindasan dan kezaliman, golongan pro- Barat pula menganggap golongan Islamis sebagai kelompok yang menyeru kepada kekacauan atau bakal mencabar kepentingan Amerika Syarikat di Asia Barat3. Apakah kepentingan Amerika Syarikat di Asia Barat? Terusan Suez yang terdapat di Asia Barat merupakan laluan perdagangan antarabangsa. Ia akan menguntungkan mana-mana pihak yang memonopoli perdagangan di sini. Terusan ini dikuasai kuasa Barat, dan bagi mengekalkan penguasaan mereka terhadap monopoli perdagangan di terusan ini, pelbagai langkah telah diambil antaranya dengan mengadakan hubungan baik dengan pemerintah negara Asia Barat seperti Mesir. Kebanyakan pemerintah yang mengalami Arab Spring bersikap pro-barat. Mesir misalnya yang membuka laluan mudah kepada kepentingan pelabur Arab di Mesir. Sikap pemimpin yang pro-Barat menyebabkan kemarahan golongan pro- Islam. Hubungan yang baik antara pemimpin dengan Amerika Syarikat dan Israel seolah-olah menggambarkan pengiktirafan pemimpin negara Islam itu sendiri terhadap pencerobohan Israel di Palestin. Sikap liberalisasi Mubarak terhadap AS dan Israel membangkitkan kemarahan masyarakat Mesir yang pro-Islam serta golongan yang masih berpegang pada nasionalis Arab tulen. Bagi golongan pro-Islam, tindakan Barat yang membantu penubuhan Israel dianggap sebagai satu

2 3

Majalah Dewan Masyarakat, April 2011 Berita Harian, 29 Mac 2012

tindakan yang mencabar kedaulatan negara Islam dan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan negara Palestin daripada diduduki Israel. Pertapakan Israel di bumi Palestin bermula pada tahun 1948, dan ia mendapat pengiktirafan antarabangsa kecuali negara-negara Arab dan negara Islam pada masa itu. Sejak pendudukan Israel itu, maka bermulalah perjuangan Arab di Palestin untuk mendapatkan hak mereka semula. Individu yang bertanggungjawab dalam penubuhan Israel ialah Menteri Luar London, Lord Balfour. Kerajaan Inggeris berjanji untuk membantu pergerakan Yahudi menegakkan sebuah negara untuk mereka di Palestin yang sejak 1900 menjadi tempat penghijrahan orang-orang Yahudi Eropah. Golongan pro-Islam menubuhkan Ikhwanul Muslimin. Jamaah Ikhwanul Muslimin ditubuhkan di Mesir pada tahun 1928 oleh Hasan Al-Banna. Ikhwanul Muslimin juga menyeru jihad untuk mengusir Israel dan Yahudi dari tanah Palestin. Pada tahun 2010, Ikhwanul Muslimin menyeru jihad membebaskan Mesir dari penjajah Barat pula. Untuk itu, Ikhwan sering bertembung dan bersemuka dengan polisi kerajaan Mesir. Biarpun Ikhwan tidak pernah diberikan hak untuk hidup sejak dibubarkan pada tahun 1956, namun, para pemimpin Ikhwan terus sabar dan tidak pernah menyerah kalah terhadap polisi yang banyak menyukarkannya. Mereka terus berdakwah dan menyeru rakyat Mesir kembali kepada Islam. Hidup pemimpin Ikhwan menjadi teladan kepada kebanyakan rakyat Mesir4. Aksi protes yang berlaku seminggu di Mesir membuktikan bahawa rakyat Mesir sebenarnya sudah terpercik dengan nilai-nilai Islam yang oleh Ikhwan. Dengan semangat itulah, rakyat Mesir bangkit menentang pemerintah yang bersikap pro-barat dan terlalu mengikut telunjuk Barat. Pergolakan di Mesir yang bertitik tolak daripada permusuhan dua proksi yang berbeza, iaitu konflik yang berterusan antara gerakan pro- Barat dan pro-Islam. Perarakan jutaan orang rakyat Mesir di Dataran Tahrir merupakan antara kemuncak manifestasi permusuhan antara dua golongan tersebut. Golongan pro-Islam bersama-sama kerajaan pembangkang memenuhi jalan raya di bandar Mesir bagi mendesak pemerintahan pro- Barat yang diketuai Hosni Mubarak supaya berundur daripada tampuk pemerintahan negara. 2.3 Keadaan Ekonomi Rakyat Yang Miskin Sebab seterusnya yang mendorong berlakunya Arab Spring ialah keadaan ekonomi rakyat Arab yang miskin. Kemiskinan menyebabkan rakyat berasa putus asa (hopeless).
4

Majalah I, Mac 2011,hlmn 27

Mereka merasakan mereka telah dipinggirkan sama ada dalam bidang ekonomi mahupun politik. Walaupun negara Arab merupakan negara pengeluar minyak dunia, tetapi rakyatnya hidup dalam keadaan yang miskin. Kekayaan hanya dinikmati oleh pemerintah dan golongan elit, manakala rakyat tetap berada dalam keadaan miskin. Berdasarkan Laporan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menyatakan, setiap lima orang di dunia Arab kini, dua daripadanya miskin dan melarat dengan pendapatan tidak sampai AS $2 (RM6.80) sehari 5. Hal ini jelas menunjukkan kedaifan dan ketidakadilan sosial sebahagian besar bangsa Arab berbanding imej kemewahan dan persepsi kekayaan orang lain terhadap mereka. Kemiskinan yang berlaku di Asia Barat adalah disebabkan kadar pengangguran yang tinggi dan sikap pemerintah yang mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi. Kadar pengangguran berlaku terlalu tinggi walaupun melibatkan pelajar yang tamat pengajian ijazah. Di Asia Barat dan Mesir khasnya, satu daripada empat remaja menganggur, termasuk yang berkelulusan universiti tanpa peluang kerja setaraf dengan ijazah mereka 6. Sikap pemerintah yang mengaut keuntungan telah menyebabkan hanya sesetengah pihak yang menikmati hasil kekayaan sumber minyak negara, sedangkan rakyat mereka masih berada dalam keadaan daif. Kebanyakan masyarakat tidak mengetahui aset yang dimiliki oleh pemimpin mereka, kecuali setelah kejatuhan pemerintah kuku besi tersebut. Mubarak yang sudah berkuasa lebih dari 30 tahun dan berjaya mengumpul kekayaan yang menurut beberapa sumber mencecah 80 billion USD. Kekayaan tersebut disimpan di bank-bank di Eropah. Sama seperti Presiden Tunisia El Abidin, yang merompak kekayaan Tunisia, 1.5 tan jongkong emas dan wang berbilion USD. Pemerintah di negara Arab kurang mengambil berat mengenai pembangunan modal insan di negara mereka. Kebanyakan negara Arab, termasuk yang kaya dengan minyak, kurang diiktiraf oleh dunia antarabangsa sebagai negara-negara yang dapat membangun sumber negara dan rakyat mengikut syarat dan jangkaan yang diharapkan. Hal ini terpapar pada laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Indeks Pembangunan Manusia (Human Development Index) 7. Tahap pendidikan di negara Arab begitu rendah8. Disebabkan faktor-faktor inilah kemiskinan di negara-negara Arab kian meruncing. Hasil daripada tekanan hidup dalam kemiskinan, penduduk bangkit memberontak. Bermula di Tunisia, apabila tindakan seorang pemuda, Mohamed Boauzizi, yang membakar
5 6

Majalah Al-Islam, Mei 2011, hlmn 46 Ibid, hlmn 48 7 Berita Harian, 31 Januari 2011 8 Ibid

hidup-hidup dirinya di hadapan bangunan parlimen akibat kecewa dengan kerajaan yang sedia ada, yang menjadi titik permulaan revolusi Melur di Tunisia. Mohamed Boauzizi merupakan seorang graduat universiti tetapi tidak mendapat pekerjaan setaraf dengan kelulusannya, beliau hanya bekerja sebagai penjual sayur. Beliau hanya menyara anak-anaknya dengan pekerjaan itu, dan berasa kecewa apabila beberapa orang penguatkuasa datang menyita warung jualannya yang terletak di tepi jalan. Lebih teruk lagi, seorang penguatkuasa wanita telah menampar beliau. Tindakan membakar diri di hadapan banguan parlimen sangat simbolik kerana parlimen merupakan simbol kepercayaan rakyat yang diamanahkan kepada pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat, bukan sebaliknya. Terbukti kata-kata Karl Marx bahawa apabila hanya seorang individu yang sedar dirinya ditindas dan dieksploitasi, maka tidak akan berlaku apa-apa. Akan tetapi, jika sekumpulan rakyat telah sedar bahawa mereka telah dieksploitasi atau group consciousness, maka ia mampu menggerakkan revolusi terhadap pemimpin kuku besi9. Rakyat mula bangkit menuntut hak mereka yang telah sekian lama dirampas oleh pemerintah. Tindakan itu dilihat sebagai permulaan revolusi Arab Spring yang merebak ke negara lain seperti Mesir. Jelaslah menunjukkan faktor keadaan ekonomi yang miskin mampu mendesak rakyat untuk melakukan revolusi menentang pemerintah. 2.4 Globalisasi Membolehkan Revolusi Tersebar Sebab seterusnya yang mendorong berlakunya Arab Spring ialah impak globalisasi atau peranan media massa dalam menyebarkan maklumat mengenai pemberontakan kepada orang awam sama ada dalam negara mahupun luar negara. Sebelum kemajuan dalam bidang perhubungan dan komunikasi, perkembangan sebenar yang berlaku dalam negara tidak dapat didedahkan kepada masyarakat luar. Misalnya revolusi yang pernah berlaku di Mesir pada tahun 1919 dan 1952, kurang mendapat liputan di seluruh dunia. Mungkin ada sesetengah masyarakat dunia luar tidak tahu bahawa revolusi ini pernah berlaku. Hal ini kerana pada masa itu, komunikasi antara masyarakat sesebuah negara dengan masyarakat luar amat terhad. Kebanyakan penduduk dunia percaya dengan berita dan maklumat yang disebarkan oleh media Barat. Sedangkan media Barat sebenarnya tidak mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di negara yang bergolak tersebut. Berikutan pemberontakan yang berlaku di Mesir, media Barat hanya menonjolkan pemberontakan yang berlaku adalah kerana

Majalah I, Mac 2011,hlmn 18

ketidakcekapan pemerintahan Hosni Mubarak mengatasi masalah-masalah domestik seperti masalah pengangguran yang meningkat, kadar inflasi yang tinggi dan kadar kemiskinan yang meruncing. Isu-isu ini dicanang ke seluruh dunia agar masyarakat dunia tahu bahawa pemberontakan di Mesir tiada kaitan sama sekali bencinya rakyat Mesir kepada pemerintah yang bersekutu dengan Barat. Ini merupakan salah satu propaganda Barat dalam menjaga kepentingannya di negara Asia Barat. Kebanyakan negara termasuk Malaysia merujuk berita luar negara berdasarkan laporan daripada akhbar atau berita Barat berbanding merujuk kepada media di negara Arab itu sendiri. Namun, dengan adanya teknologi komunikasi yang semakin canggih termasuk kemunculan media baru seperti Facebook dan Twitter menjadi medium penting bagi menyebarkan kesedaran untuk melakukan revolusi dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat. Dengan adanya globalisasi, setiap manusia boleh mengakses maklumat terkini tentang sesuatu perkara dengan hanya menggunakan internet. Maklumat yang diperolehi daripada sumber ini lebih telus kerana boleh didapati terus daripada pemerhati dan masyarakat setempat tanpa ada unsur campur tangan propaganda Barat. Rakyat didedahkan dengan keadaan sebenar mengenai bagaimana layanan polis Mesir terhadap rakyat Mesir, yang seterusnya mencetuskan revolusi pada 25 Januari 2011. Nama Wael Ghonim sinonim dengan gelaran simbol revolusi Facebook. Ghonim sebenarnya seorang pakar komputer dan merupakan ketua pemasaran Asia Barat dan Afrika Utara bagi firma engin carian Google yang berpejabat di Dubai ketika dia terdorong untuk bersuara membantah kekejaman polis Mesir terhadap seorang lelaki Iskandariah yang diseret keluar dari sebuah kafe siber dan dipukul hingga mati10. Beliau memulakan halaman kita semua adalah Khaled Said menggunakan bahasa Arab. Khaled Said ialah nama lelaki Iskandariah tersebut. Di dalam laman tersebut, diceritakan bagaimana Khaled Said dibelasah oleh dua orang polis sehingga mati. Wael Ghonim menyeru diadakan protes besar-besaran pada 25 Januari bersempena Hari Polis. Akaun Facebook tersebut mendapat sambutan kirakira 400,000 orang kebanyakannya golongan muda di Mesir. Hal ini menunjukkan Facebook merupakan suatu medium yang sering digunakan oleh golongan muda, maka revolusi menerusi facebook berkesan menarik minat dan menyedarkan golongan muda Mesir untuk melakukan revolusi Mesir pada 25 Januari 2012 itu.

10

Utusan Malaysia, 29 Januari 2012

Media baru seperti Facebook dan Twitter ini bukan hanya dapat memberi maklumat dan hebahan kepada penduduk di negara Mesir sahaja malah turut dapat dicapai oleh penduduk negara lain terutama negara Asia Barat yang lain yang mahu mengikuti perkembangan politik di negara jiran. Melihat kepada kejayaan negara revolusi di negara Mesir, negara-negara lain mula menyedari pendekatan itu amat berkesan untuk menggulingkan pemerintah yang tidak disukai oleh rakyat. Hasilnya, revolusi ini merebak ke negara-negara lain seperti Syria, Libya dan Yaman. Jelaslah bahawa media internet seperti Facebook, Twitter dan yang seangkatan dengannya memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat juang penduduk sehingga berani menggulingkan pemerintah kuku besi. 3.0 Kesimpulan Sememangnya terdapat banyak sebab yang menyebabkan berlakunya revolusi Arab Spring. Apabila dikaji, tujuan utama berlakunya Arab Spring adalah kerana keinginan rakyat kepada corak pemerintahan yang lebih demokratik. Walaupun tiada definisi yang jelas mengenai bagaimanakah yang dikatakan pemerintahan yang bercorak demokrasi, tetapi memadailah dengan adanya perwakilan dan pemerintahan yang bertanggungjawab. Seperti kata A.H. Birch dalam bukunya Representative and Responsible Goverment, sekiranya sesebuah negara mempunyai dua ciri penting itu iaitu perwakilan dan kerajaan yang bertanggungjawab, negara itu sudah memadai sebagai sebuah negara yang demokratik11. Jika sesebuah negara gagal menepati ciri-ciri tersebut, maka rakyat akan bangkit bagi menuntut hak mereka, dan mereka inginkan pemerintahan yang lebih demokratik.

11

Chamil Wariya,1989, pergolakan antarabangsa:perkembangan dan isu utama sejak 1945,hlmn 16

Bibliografi
Arvin Tajari dan Zahid Zamri, Aplikasi Teori Domino di Dunia Arab. Majalah I keluaran mac 2011, Chamil Wariya,1989, Pergolakan Antarabangsa:Perkembangan Dan Isu Utama Sejak 1945,hlmn 16 hlmn21, Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn. Bhd Hussin Mutalib, Jika Revolusi Melur Tunisia Gugat Dunia Arab, Berita Harian, 31 Januari 2011,hlmn 7 Johardy Ibrahim, Weal Ghonim Wajah Revolusi Mesir, Utusan Malaysia, 29 Januari 2012 Muhammad Ali Hashim, Peristiwa 911 dan Revolusi Rakyat Arab, Majalah Al-Islam, Mei 2011, hlmn 46 Muhamad Razak Idris, Kuasa Besar Mesti Bina Sikap Baru Terhadap Golongan Islamis, Berita Harian, 29 Mac 2012 Saiful Khairi Kamaruin, Menelusuri Punca Sebenar Revolusi Arab.Majalah Dewan Masyarakat, April 2011

Vous aimerez peut-être aussi