Vous êtes sur la page 1sur 26

1 Bab 1: Pengenalan

Bab 1: Bab 1:
PENGENALAN PENGENALAN
Di akhir bab ini, anda harus boleh: Mentakrif perkembangan kanak-kanak Menjejak sejarah awal perkembangan kanak-kanak Membezakan di antara pendekatan-pendekatan dalam mengkaji perkembangan kanak-kanak Menilai dengan ringkas beberapa teori perkembangan kanak-kanak Membincangkan ciri-ciri Teori Sistem Ekologi Menerangkan kontroversi baka-persekitaran

RINGKASAN BAB

1.1 Sejarah ringkas kanak-kanak 1.2 Perkembangan Kanak-kanak 1.3 Membuat penyelidikan dalam perkembangan kanak-kanak 1.4 Etika penyelidikan 1.5 Reviu ringkas teori perkembangan kanak-kanak 1.6 Baka, persekitaran dan kelakuan Ringkasan Istilah Penting Rujukan

Bab 1: Pengenalan Bab 2: Perkembangan Fizikal & Pertumbuhan Bab 3: Perkembangan Kognitif Piaget & Vygotsky Bab 4: Perkembangan Kognitif Pemprosesan Maklumat Bab 5: Perkembangan Moral Bab 6: Perkembangan Emosi Bab 7: Perkembangan Bahasa Bab 8: Perkembangan Sosial Bab 9: Pengaruh Keluarga Bab 10: Pengaruh Di Luar Keluarga

Bab ini bermula dengan suatu perbincangan ringkas tentang sejarah kanak-kanak dan kajian saintifik perkembangan kanak-kanak. Beberapa teori perkembangan kanak-kanak diteliti dan diikuti dengan analisis berbagai jenis kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam mengkaji perkembangan kanak-kanak daripada lahir sehingga remaja. Bab ini disudahi dengan suatu perbincangan tentang debat baka-persekitaran yang telah berlangsung berdekad lamanya.

2 Bab 1: Pengenalan 1.1 Sejarah Ringkas Kanak-kanak

Seribu tahun dahulu, seramai 25% kanak-kanak telah meninggal sebelum ulang tahun kelahiran mereka yang kelima dan seramai 40% orang yang lahir meninggal sebelum berumur 16 tahun. Kalaupun mereka dapat hidup, kehidupan kanak-kanak adalah sukar. Kebanyakan tidak bersekolah. Sebaliknya, daripada umur yang muda mereka terpaksa membantu keluarga dengan membuat kerja. Kedua ibubapa dan guru sangat tegas dan memukul kanak-kanak yang nakal itu perkara biasa. Walau bagaimanapun, kanak-kanak mempunyai masa untuk bermain dan berseronok. Di masa dahulu, i.e. lebih daripada 2000 tahun dahulu, kehidupan kanakkanak sangat berlainan. Di Mesir kuno, tidak semua kanak-kanak bersekolah. Budak lelaki belajar bertani atau other kemahiran lain daripada bapa mereka. Budak perempuan belajar menjahit, memasak dan kemahiran lain daripada ibu mereka. Budak lelaki daripada keluarga yang kaya kadang kala belajar menjadi penyalin. Mereka belajar dengan menyalin dan menghafal, dan disiplinnya adalah tegas. Guru memukul budak lelaki yang nakal. Budak lelaki belajar membaca dan menulis, serta juga matematik.

Di Greece kuno, budak perempuan kurang penting berbanding budak lelaki dan budak perempuan berkahwin semasa mereka berumur lebih kurang 15 tahun. Perkahwinan telah diatur untuk mereka dan selalunya suami mereka lebih tua daripada mereka. Budak perempuan belajar kemahiran seperti menyulam daripada ibu mereka. Hanya budak lelaki bersekolah dan mereka belajar membaca, menulis dan mengira serta puisi dan muzik. Orang Greece juga percaya bahawa pendidikan fizikal sangat penting, dengan itu budak lelaki belajar menari dan olahraga. Untuk orang Aztec, pendidikan penting. Budak lelaki belajar pekerjaan seperti bertani dan memancing daripada bapa mereka sementara budak perempuan belajar kemahiran seperti memasak dan menyulam daripada ibu mereka. Walau bagaimanapun, budak lelaki dan juga perempuan menghadiri sekolah; walaupun mereka diajar berasingan. Kanak-kanak kebanyakan Aztec belajar sejarah, agama, muzik dan menari. Apabila mereka lebih dewasa budak lelaki belajar bertarung.

3 Bab 1: Pengenalan

TAHUKAH ANDA

Kanak-kanak di Eropah dalam kurun ke-17 selalunya dilihat sebagai versi kecil atau orang dewasa mini dalam kalangan orang kaya (lihat gambar)

Revolusi Industri telah mentransformasi England daripada sebuah ekonomi yang secara keseluruhannya pertanian kepada sebuah ekonomi industri. Kilangkilang mula dibina dalam pekanpekan dan bandar-bandar dan terdapat migrasi yang besar daripada kawasan luar Bandar ke pusat-pusat bandar. Kanak-kanak berpindah dengan keluarga mereka ke bandar-bandar dan bekerja waktu yang panjang Rajah 1.1 Kanak-kanak bekerja di kilang dalam keadaan yang menjelikkan serta tekstil yang kotor dan merbahaya di untuk upah yang sedikit. Sebagai England pada abad ke 18 contoh, ribuan kanak-kanak bekerja dalam kilang kain mengutip kapas daripada bawah mesin tenun sambil mesin tersebut beroperasi (Lihat Rajah 1.1). Semasa revolusi industri, kanak-kanak semuda enam tahun bekerja untuk waktu yang lama dengan tiada ataupun sedikit upah. Kanak-kanak bekerja dalam kilang-kilang selama 12-14 jam sehari dengan rehat yang sangat sedikit. Bukan sahaja kanak-kanak itu disuruh bekerja lama, tetapi mereka juga bekerja dalam keadaan yang sangat dahsyat. Peralatan yang besar, berat, dan berbahaya biasa buat kanak-kanak itu gunakan atau mendekati (lihat Rajah 1.1). Banyak kemalangan berlaku, yang mencederakan atau membunuh kanak-kanak semasa bekerja. Keadaan hanya bertambah baik dengan adanya Akta Kilang 1833. Kanak-kanak dibayar hanya sebahagian daripada gaji orang dewasa, dan kadang kala pemilik kilang terlepas daripada membayar apa-apa kepada mereka. Anak yatim selalunya menjadi mangsa buruh ala hamba ini. Pemilik kilang menjustifikasi tidak membayar mereka kerana mereka memberi anak-anak yatim itu makanan,

4 Bab 1: Pengenalan

perlindungan, dan pakaian. Minat tentang bidang perkembangan kanak-kanak mula timbul dalam awal kurun ke-19, dengan menekankan kepada kelakuan tidak normal.
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Bagaimanakah kanak-kanak dilayan masa kuno? b) Cari lebih lanjut bagaimana budaya berlainan melayan kanak-kanak hari ini. c) Adakah anda berpendapat bahawa cara masyarakat melayan kanak-kanak telah bertukar hari ini? d) Teliti lebih lanjut The Rights of a Child.

1.2 Perkembangan Kanak-kanak Apakah perkembangan kanak-kanak? Perkembangan kanak-kanak merupakan perubahan progresif yang berlaku dengan suatu corak yang dapat diramal hasil daripada interaksi di antara faktor biologi dan persekitaran. Kajian saintifik tentang perkembangan kanak-kanak menyelami pertumbuhan insan daripada konsepsi sehingga remaja. Perkembangan kanak-kanak termasuk semua aspek pertumbuhan, termasuk perkembangan fizikal, emosi, intelek, sosial, persepsi, dan personaliti. Perkembangan kanak-kanak adalah penting dalam beberapa subjek termasuk biologi, antropologi, sosiologi, pendidikan, sejarah, dan psikologi. Yang paling penting, walau bagaimanapun, adalah aplikasi praktikal mengkaji perkembangan manusia. Dengan memahami lebih lanjut bagaimana dan mengapa manusia berubah dan berkembang, kita boleh mengaplikasi pengetahuan ini untuk membantu orang mencapai potensi diri dan membantu pendidik memahami lebih lanjut pelajar di bawah jagaan mereka (Kendra Cherry, About.com.Guide. Psychology. 2011).Berikut adalah beberapa soalan yang penyelidik perkembangan kanak-kanak sangat berminat: Adakah peratusan sumbangan pengaruh biologi dan persekitaran itu tetap, atau adakah ia boleh berubah? Sejauhmana pentingkah pengalaman awal seseorang? Apakah peranan yang dimainkan oleh umur dalam perkembangan? Bagaimanakah dapat kita jelaskan kelakuan yang berlainan? Kenapa kebanyakan kanak-kanak boleh berjalan sendiri apabila mereka berumur di antara 10 dan 15 bulan? Kenapa dan bagaimana satu tahap perkembangan akan mengikut yang lain? Kenapa kebanyakan kanak-kanak memperoleh bahasa dalam beberapa tahun pertama hidupnya? Kenapakah ada kanak-kanak yang belajar dengan cepat manakala yang lainnya belajar dengan perlahan? Adakah kebanyakan aspek perkembangan tidak dapat dielakkan dalam seorang kanak-kanak normal? Bagaimanakah teori perkembangan berbeza di antara satu sama lain?

5 Bab 1: Pengenalan

Bagaimanakah ianya sama?

Semua soalan ini merupakan contoh masalah yang dihadapi dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Jawaban kepada soalan tersebut dan banyak lagi soalan lain kemungkinan datang daripada usaha penyelidikan oleh ahli psikologi, pendidik, pakar kanak-kanak, ahli bahasa, ahli sosiologi, dan lain-lain yang menggunakan peralatan dan pengetahuan disiplin mereka sendiri untuk memahami proses perkembangan. Jawaban kepada soalan ini (atau jawaban terbaik yang ada pada masa ini) sangat berharga kepada ilmuan dan pengamal dalam kumpulan ini dan kumpulan lain kerana ia akan membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang proses perkembangan dan bagaimana hasil perkembangan positif dapat dimaksimakan. Dalam kursus ini, kebanyakan soalan yang telah disenaraikan akan dapat dijawab. Beberapa sudut pandang teori akan dibincangkan yang mungkin memberikan penerangan yang berlainan tentang kanak-kanak yang kompleks, tetapi ia memberikan gambaran yang berharga tentang bagaimana kanak-kanak berkembang.

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah perkembangan kanak-kanak? b) Senaraikan beberapa manafaat mengetahui bagaimana kanak-kanak berkembang. c) Nyatakan aspek berlainan kanak-kanak yang dikaji oleh penyelidik dalam bidang perkembangan kanak-kanak.

1.3 Menjalankan Penyelidikan Dalam Bidang Perkembangan Kanak-kanak

Apabila seorang penyelidik memutuskan untuk mengkaji kanak-kanak, tugasannya selalunya bermula dengan memilih sebuah topik atau kelakuan untuk dikaji dan kemudian memfokus kepada suatu kaedah asas yang akan membenarkan maklumat dikumpul dengan cara yang paling cekap dan berkesan. Kaedah Kajian Saintifik yang terdiri daripada langkah-langkah berikut digunapakai: Bertanya sebuah soalan Menentukan faktor ataupun elemen apa yang penting dan bagaimana ia akan diteliti 3. Menguji soalan yang asal 4. Menerima atau menolak premis yang menjadi asas soalan asal
1. 2.

6 Bab 1: Pengenalan

Contoh: Langkah 1: Bertanya sebuah soalan


Adakah kanak-kanak yang dibesarkan dalam jenis keluarga yang berbeza mempunyai perkembangan tahap kecerdasan yang berlainan? Faktor utama adalah gaya penjagaan kanak-kanak ibubapa, persekitaran rumah, dan keupayaan intelek kanak-kanak itu. Perbezaan dalam keupayaan intelek kanak-kanak akan diteliti melalui perbandingan kumpulan pelajar daripada keluarga yang berlainan. Sebuah ujian akan dijalankan untuk menentukan samada terdapat perbezaan di antara kedua-dua kumpulan dan samada perbezaan yang ditemui adalah terhasil daripada gaya keibubapaan atau faktor lain (seperti nasib). Bergantung kepada hasil langkah 3, soalan asal akan dipertimbangkan dan, sekiranya perlu, soalan yang lebih khusus akan ditanya.

Langkah 2: Menentukan faktor untuk diteliti

Langkah 3: Menguji soalan asal

Langkah 4: Menerima atau menolak soalan asal

Pengkaji perkembangan kanak-kanak mempunyai berbagai kaedah penyelidikan untuk dipilih. Dalam kalangan kaedah yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut: Pemerhatian Eksperimen Kajian Kes Kajian Korelasi Kaedah-kaedah ini berbeza daripada beberapa segi yang penting. Pemahaman tentang kekuatan dan kelemahan setiap kaedah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah yang mana harus digunakan dalam sesuatu kajian. Jenis kaedah yang dipilih oleh seorang pengkaji didasari beberapa faktor: hipotesis yang diuji atau soalan penyelidikan yang ditanya, jenis maklumat yang dikumpul, bagaimana kajian direkabentuk, bilangan peserta, dan pertimbangan etika yang berkenaan dengan peserta. Tidak kira kaedah mana yang digunakan, adalah penting bahawa penyelidikan dijalankan mengikut prosedur saintifik yang dapat diterima (Kail, 2010).

7 Bab 1: Pengenalan

1.4 Kaedah Menjalankan Penyelidikan Tentang Perkembangan Kanak-kanak

A) KAEDAH PEMERHATIAN Kaedah penyelidikan melalui pemerhatian melibatkan pemerhatian terancang, merekod dan menganalisis kelakuan yang diperhatikan sambil ia berlaku dalam suasana yang semulajadi. Bagi mencapai matlamat ini, langkah pencegahan harus diambil untuk mengelakkan mencampur tangan dengan kelakuan. Langkah pencegahan selalunya termasuk menyembunyikan kumpulan pemerhati dan peralatan mereka. Misalnya, dalam mengkaji bagaimana kanak-kanak berinteraksi sosial dalam situasi pra-sekolah, pengkaji mungkin merakam Rajah 1.2 Memerhati Kanakvideo kelakuan mereka melalui cermin satu hala Kanak supaya kanak-kanak itu tidak sedar bahawa mereka sedang diperhatikan. Anda tentu dapat membayangkan bahawa kelakuan kanak-kanak itu mungkin berubah sekiranya penyelidik mengganggu secara terbuka dalam situasi tersebut (Christensen & James, 2000). Bentuk pemerhatian yang paling sedikit campur tangan dipanggil Pemerhatian Semulajadi. Dalam menjalankan pemerhatian semulajadi, pemerhati memerhati kelakuan dalam persekitaran semulajadi, seperti di dalam suasana rumah, pusat penjagaan harian, ataupun sekolah. Ini boleh menjadi suatu cara pemerhatian yang sangat baik bagi memerhati apa yang berlaku dalam suasana harian. Kelemahannya, walau bagaimanapun, adalah bahawa penyelidik mempunyai sedikit kawalan terhadap persekitaran dan, kesannya ke atas pemboleh ubah luaran (faktor-faktor lain daripada kelakuan yang sedang dikaji). Tambahan lagi, kelakuan itu mungkin tidak ditunjukkan begitu selalu, atau tidak langsung, semasa pemerhatian. Bagi menyelesaikan masalah ini, penyelidik mungkin memilih untuk membuat pemerhatian itu di suatu tempat di mana keadaannya adalah sama untuk semua peserta. Suatu suasana makmal ataupun bilik darjah yang dibuat khas, misalnya, mungkin disediakan untuk tujuan ini. Dalam suasana seperti itu, malangnya, peserta mungkin tidak berkelakuan dengan cara yang sama seperti dalam suasana semulajadi. Tidak kira bagaimana pemerhatian disediakan, data daripada pemerhatian, kadang kala dirujuk sebagai nota lapangan, harus diteliti dengan cermat bagi mengesan tema dan idea utama.

8 Bab 1: Pengenalan

B) LAPORAN KENDIRI Penggunaan laporan kendiri merupakan satu lagi pilihan untuk mengumpul maklumat secara kualitatif. Terdapat dua bentuk laporan kendiri. Yang pertama adalah kaedah temubual, di mana penyelidik bertanya soalan kepada peserta dalam suasana formal ataupun tidak formal dan merekod respon mereka. Bentuk yang kedua merupakan sebuah alat laporan kendiri, di mana peserta merespon kepada sebuah soalselidik ataupun sejenis alat berstruktur yang lain.

Kedua-dua bentuk mempunyai kelebihan dan kekurangan masingmasing. Alat berstruktur memberikan kawalan keatas stimulus dalaman dan luaran, membolehkan perbandingan respon, dan membantu dalam pengumpulan data yang berkesan. Temubual mungkin memberikan maklumat yang lebih banyak dan dapat menggarap aspek-aspek peserta yang tidak diukur dalam alat berstruktur, seperti bagaimana peserta berfikir dan Rajah 1.3 Menemubual Kanak-kanak berfungsi dalam suasana semulajadi. (Lihat Rajah 1.3). Malangnya, hasil daripada temubual terbuka adalah sukar digunakan untuk tujuan membuat perbandingan di antara individu atau kumpulan individu (Christensen & James, 2000).
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah kaedah saintifik? b) Jelaskan bagaimana pemerhatian semulajadi dijalankan. c) Bincangkan bagaimana anda akan mengumpul maklumat dengan menemubual kanak-kanak.

C) KAJISELIDIK Beberapa masalah adalah sukar dikaji dengan pemerhatian langsung ataupun temubual tetapi dapat dikaji melalui penggunaan soalselidik. Apakah itu kajiselidik? Penyelidikan melalui kajiselidik melibatkan kajian populasi yang besar dan kecil, memilih dan meneliti sampel yang dipilih daripada populasi tersebut untuk menemukan kejadian secara relatif, taburan dan hubungan pembolehubah sosiologi dan psikologi. Ia merupakan suatu kaedah mendapatkan maklumat tentang sebuah populasi daripada sampel individu yang mewakili populasi. Apakah yang

9 Bab 1: Pengenalan

dimaksudkan dengan mewakili? Misalnya, anda memberikan soalselidik kepada suatu sampel 100 orang pelajar perempuan tahun enam daripada dua buah sekolah rendah. Sampel yang anda pilih harus mewakili ciri-ciri semua pelajar perempuan tahun enam dalam negara ini. Kajiselidik dapat memberikan suatu cara yang pantas, murah dan tepat untuk mendapatkan maklumat daripada sebuah kumpulan yang besar. Sekiranya anda ingin mengetahui tentang pendapat, sikap dan persepsi responden, kajiselidik merupakan suatu kaedah yang sesuai untuk mengumpul data. Data yang diperolehi daripada kajiselidik dapat juga digunakan untuk menerangkan hubungan dan perbezaan di antara pembolehubah. Secara umumnya, maklumat diterima dengan bertanya orang soalan dan mereka merespon di atas kertas atau skrin komputer. Sebuah kajiselidik yang baik memerlukan sebuah soalselidik yang dipra-uji dengan cermat, suatu sampel yang dipilih dengan cermat untuk memastikan yang mereka mewakili populasi yang dikaji, dan kaedah analisis data yang sesuai, supaya hasilnya dapat diinterpretasi dengan betul. D) EKSPERIMEN Kaedah eksperimen digunakan oleh pengkaji di dalam makmal dan juga di luar. Eksperimen berlaku di dalam makmal kerana pengkaji dapat mengawal keadaan dengan baik dan mengambil ukuran dengan tepat menggunakan berbagai alat seperti komputer. Walau bagaimanapun, tidaklah penting bagi semua masalah di bawa kedalam makmal untuk dikaji. Bagi menunjukkan kesan sesuatu rawatan dan prosedur dalam suasana sebenar, eksperimen dijalankan di luar makmal. PRA-UJI (Ujian Sains) RAWATAN (Mengajar menggunakan analogi) PASCA UJI (Ujian Sains)

Pembolehubah luaran Rajah 1.4 Suatu Eksperimen Mudah Dalam Psikologi

Sebuah eksperimen merupakan suatu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk menentukan keberkesanan suatu aksi ataupun rawatan ke atas satu ataupun sekumpulan organisma. Bagi menunjukkan bahawa suatu rawatan mempunyai kesan ataupun membawa kepada suatu perubahan, penyelidik terpaksa mengawal semua

10 Bab 1: Pengenalan

faktor lain yang mungkin menyumbang kepada berlakunya suatu perubahan tertentu. Kaedah eksperimen merupakan kaedah terbaik untuk menunjukkan keberkesanan suatu rawatan (e.g. kaedah mengajar, inovasi kurikulum). Tidak ada kaedah penyelidikan saintifik lain membenarkan penyelidik untuk mengatakan dengan yakin bahawa "X (memuji pelajar muda) menyebabkan Y (untuk mengulangi suatu tugasan) berlaku". Dengan itu, adalah penting agar anda menggunakan perkataan "keberkesanan" dengan hati-hati, kerana ia hanya digunakan sekiranya anda menggunakan kaedah eksperimen. Lihat Rajah 1.4 yang menunjukkan sebuah eksperimen mudah untuk menentukan samada mengajar kanak-kanak muda dengan menggunakan analogi (e.g. peredaran darah adalah seperti sebatang sungai dan anak-anak sungai) "menyebabkan" mereka berpencapaian lebih baik daripada segi akademik dalam sains ("kesan"). Eksperimen tersebut melibatkan menjalankan suatu rawatan (Pembolehubah Berdikari) seperti mengajar sains menggunakan analogi. Sebuah pra-uji diberikan sebelum eksperimen itu dan ujian yang sama atau yang serupa diberikan selepas eksperimen tersebut. Perbezaan di antara markah pra-uji dan markah pasca uji akan menentukan samada mengajar menggunakan analogi mempertingkatkan pencapaian dalam sains. Suatu masalah utama dalam menjalankan eksperimen adalah menentukan kawalan yang sesuai, supaya apa-apa perubahan dalam kelakuan dapat disabitkan hanya dengan rawatan yang telah diperkenalkan oleh penyelidik. Kawalan bermakna membatalkan sebab-sebab lain yang menyebabkan perubahan kelakuan subjek yang dikaji. Terdapat banyak pembolehubah luaran (faktor yang tidak relevan atau tidak berkaitan ataupun tidak bersangkutan) yang perlu dikawal supaya ia tidak mencemar atau mengganggu dapatan kajian tersebut. Apabila suatu pembolehubah luaran menyelinap masuk ke dalam sebuah eksperimen, penyelidik tidak lagi dapat membuat apa-apa rumusan mengenai hubungan sebab dan akibat yang wujud di antara pembolehubah berdikari dan pembolehubah bersandar (Christensen, 1988). Dalam eksperimen yang dijalankan di luar makmal dalam suasana semulajadi banyak faktor yang tidak berkaitan dengan rawatan mungkin mempengaruhi pencapaian dalam ujian pasca. Merujuk kepada Gambarajah 1.4, ada pelajar yang mungkin telah berbincang dengan rakan-rakan mereka di rumah berkenaan topik sains tersebut, sementara pelajar lain mungkin telah menonton sebuah program televisyen tentang topik tersebut. Maka, pencapaian yang lebih baik dalam ujian pasca mungkin tidak dapat disabitkan dengan rawatan tersebut tetapi disebabkan pengaruh faktor lain. Dengan itu, adalah perlu untuk mengawal pengaruh faktor luaran ini supaya kesahan dalaman dapat dikekalkan. Ada eksperimen yang mempunyai sebuah kumpulan eksperimen dan sebuah kumpulan kawalan. Sebuah kumpulan eksperimen terdiri daripada subjek yang telah didedahkan kepada rawatan tersebut. Sebagai contoh, sesuatu teknik kaunseling digunakan untuk sebuah kumpulan penjenayah remaja. Kumpulan kawalan terdiri daripada subjek yang tidak menerima rawatan tersebut (i.e. mereka tidak dirawat dengan teknik kaunseling tersebut). Perbandingan di antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan menentukan keberkesanan teknik kaunseling tersebut. Dalam sesetengah eksperimen mungkin terdapat lebih daripada satu kumpulan eksperimen;

11 Bab 1: Pengenalan

subjek dirawat dengan dua ataupun tiga kaedah atau teknik atau prosedur berlainan dan dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang tidak menerima apa-apa rawatan.

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah sebuah kajiselidik dan bilakah ia digunakan? b) Bilakah anda akan menggunakan kaedah eksperimen? Kenapa? c) Apakah pembolehubah luaran? d) Senaraikan perbezaan di antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

E) KAJIAN KES Sebuah kajian kes adalah suatu penyiasatan yang mendalam tentang satu individu, kumpulan, kejadian atau komuniti. Selalunya data dikumpul daripada berbagai sumber dan menggunakan beberapa kaedah berlainan (e.g. pemerhatian & soalselidik). Penyelidikan menggunakan kaedah kajian kes berasal daripada perubatan klinikal, sejarah kes, i.e. sejarah peribadi pesakit. Kaedah kajian kes selalunya melibatkan memerhatikan apa yang berlaku kepada, ataupun membina semula sejarah kes seorang peserta ataupun sekumpulan individu (seperti sebuah sekolah, sebuah kelas atau sebuah kumpulan sosial yang tertentu). Selain itu temubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam tentang subjek tersebut, i.e. pendapat, perasaan, sikap, penerangan tentang kejadian tentang dirinya. Kajian kes membenarkan seorang penyelidik menyiasat sebuah topik dalam cara yang jauh lebih terperinci sekiranya mereka ingin melibatkan ramai peserta penyelidikan. F) KAJIAN MERENTAS Sebuah kajian merentas merupakan suatu penyelidikan yang melibatkan pemerhatian yang berulang tentang pembolehubah yang sama dalam jangka masa yang lama. Kajian merentas selalu digunakan dalam psikologi untuk mengkaji aliran perkembangan merentas jangka hayat. Kajian merentas menjejak orang yang sama merentas suatu masa yang lama untuk mengenal pasti perubahan yang berlaku. Misalnya, semasa mencuba untuk menemui sebab kepenjenayahan, seorang penyelidik mungkin menjejak 50 orang kanak-kanak selama 30 tahun untuk mencari faktor yang sepunya dalam kalangan kanak-kanak yang telah menjadi penjenayah. G) KAEDAH KORELASI Kaedah korelasi merupakan suatu teknik di mana dua atau lebih pembolehubah diukur secara sistematik dan hubungan di antaranya ditaksir. Dalam erti kata lain, banyak mana satu pembolehubah dapat diramal daripada pembolehubah yang lain.

12 Bab 1: Pengenalan

Gambarajah 1.5 Graf menunjukkan Korelasi Positif dan Negatif Sebagai contoh, adakah terdapat hubungan di antara bilangan jam digunakan untuk mengulangkaji dan keputusan peperiksaan murid-murid (lihat Gambarajah 1.5). Suatu korelasi positif bermakna bahawa kanak-kanak yang menggunakan masa yang lebih lama untuk mengulangkaji mendapat pencapaian yang lebih baik di sekolah. Walau bagaimanapun, oleh kerana dua pembolehubah berkorelasi, ia tidak bermakna bahawa suatu perkara menyebabkan yang lain. Terdapat suatu korelasi di antara bilangan jam digunakan untuk mengulangkaji dan keputusan peperiksaan kanakkanak; tetapi ia tidak bermakna bahawa bilangan jam mengulangkaji menyebabkan keputusan peperiksaan. Sebaliknya, suatu korelasi negatif bermakna bahawa apabila satu pembolehubah bertambah, pembolehubah yang terkait berkurang. Lihat Gambarajah 1.5 yang menunjukkan korelasi di antara suntikan demam yang diberikan dan orang yang demam. Korelasi ini adalah negatif yang bermaksud bahawa lebih ramai orang diberikan suntikan demam, bilangan orang yang demam akan berkurangan.
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) b) c) d)

Apakah kaedah korelasi? Jelaskan perbezaan di antara korelasi positif & negatif. Apakah kelebihan utama kaedah kajian kes? Jelaskan kaedah kajian merentas.

13 Bab 1: Pengenalan

1.5 ETIKA PENYELIDIKAN Etika penyelidikan wujud bagi memastikan bahawa prinsip keadilan, hormat dan mengelakkan daripada mencederakan sentiasa didukung, menggunakan standard yang dipersetujui. 1. Pastikan bahawa matlamat penyelidikan diterangkan dengan jelas, bahawa kanak-kanak dan orang dewasa faham apa yang mereka persetujui, dan bahawa jangkaan mereka tentang melibatkan diri dalam penyelidikan tersebut adalah munasabah. 2. Penyelidik mesti mendapatkan restu termaklum daripada ibubapa atau penjaga, dan daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan memberi restu, dan ini diminta pada permulaan kajian. 3. Penyelidik juga diarah dengan jelas agar restu termaklum tersebut mesti diberikan dengan sukarela, dan orang akan memerlukan masa untuk berfikir tentang penyertaan mereka. 4. Penyelidik harus cuba sedaya upaya untuk tidak menekan mereka untuk melibatkan diri dalam kajian tersebut dan menjelaskan bahawa tidak akan ada kesan yang buruk kepada mereka sekiranya mereka tidak melibatkan diri. 5. Penyelidik harus menjelaskan konsep ketanpanamaan dengan cara yang mereka dapat fahami. Mereka harus tahu bahawa identiti mereka akan dirahsiakan dan bahawa maklumat tidak akan digunakan untuk mengenal pasti mereka atau untuk menerangkan kehidupan mereka secara khusus, sebaliknya untuk menerangkan kehidupan biasa seorang kanak-kanak dalam komuniti mereka. 6. Penyelidik harus memastikan bahawa semua keadaan dalam mana penyelidikan tersebut dijalankan memberikan keselamatan fizikal, emosi dan psikologi kanak-kanak tersebut. 7. Maklumat boleh diberikan tentang penyimpanan data dan siapa akan mendapat akses kepadanya, dan bagaimana ia akan digunakan, dalam bahasa yang jelas sepertimana digunakan tentang penyelidikan tersebut. 1.6 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Teori perkembangan kanak-kanak adalah penting bagi membolehkan kita memahami dengan lebih baik bagaimana kanak-kanak membesar secara kognitif, emosi, sosial, moral, fizikal dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa teori perkembangan kanak-kanak yang terkenal yang telah dicadangkan oleh ahli teori dan penyelidik.

14 Bab 1: Pengenalan

Teori-teori tersebut dijelaskan dengan ringkas dalam bab ini kerana ia akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam bab-bab yang berkenaan berikutnya. A) Sigmund Freud Teori Tahap Psikoseksual Menurut Sigmund Freud perkembangan kanak-kanak dapat dijelaskan sebagai suatu siri 'Tahap Psikoseksual yang digariskan sebagai lisan, dubur, lingga, kependaman dan alat kelamin. Setiap tahap melibatkan pemuasan nafsu dan kemudiannya akan memainkan peranan dalam keperibadian dewasa seseorang. Sekiranya seorang kanak-kanak tidak melengkapkan suatu tahap dengan jayanya, Freud mengatakan bahawa dia akan membina suatu obsesi yang kemudian akan mempengaruhi peribadi dewasanya. Menurut beliau peribadi adalah paling kukuh apabila mencapai umur lima tahun. Pengalaman awal memainkan peranan yang besar dalam pembentukan peribadi dan akan terus mempengaruhi kelakuan dalam kehidupan kemudian hari. Teori Freud tentang perkembangan psikoseksual adalah salah satu teori yang paling terkenal tetapi juga salah satu teori yang paling kontroversial. Freud percaya bahawa peribadi terbentuk melalui suatu siri tahap zaman kanak-kanak dalam mana tenaga mencari keseronokan dalam id terfokus kepada bahagianbahagian badan yang mudah teransang. Tenaga psikoseksual ini, atau libido, telah dikatakan sebagai kuasa penggerak di sebalik kelakuan. Sekiranya tahap psikoseksual ini dilengkapkan dengan jaya, hasilnya adalah suatu peribadi yang sihat (Kail, 2010). Sekiranya terdapat isu yang tidak diselesaikan pada tahap yang bersesuaian, obsesi akan berlaku. Suatu obsesi merupakan suatu fokus yang tidak henti-henti bagi suatu tahap psikoseksual yang lebih awal. Sehinggalah konflik ini diselesaikan, individu tersebut akan sentiasa "tersekat" dalam tahap tersebut. Misalnya, seorang yang obsess pada tahap lisan mungkin akan terlalu bergantung kepada orang lain dan mungkin mencari stimulasi lisan dengan merokok, minum arak, ataupun makan. B) Erik Erikson Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson juga telah mencadangkan suatu teori perkembangan bertahap, tetapi teori beliau merangkumi perkembangan sepanjang jangka hayat manusia. Erikson percaya bahawa setiap tahap perkembangan tertumpu kepada mengatasi suatu konflik. Misalnya, konflik utama semasa waktu remaja melibatkan membina suatu rasa identiti peribadi. Kejayaan ataupun kegagalan dalam menangani konflik pada setiap tahap dapat memberi impak kepada fungsi keseluruhan seseorang. Semasa tahap remaja, contohnya, kegagalan untuk membina identiti dapat menyebabkan kekeliruan peranan. [Kita akan bincangkan dengan terperinci teori ini dalam Bab 6: Perkembangan Emosi]. C) Jean Piaget Teori Perkembangan Kognitif Ahli teori Jean Piaget mengatakan bahawa kanak-kanak berfikir dengan cara yang berlainan daripada orang dewasa dan beliau mencadangkan suatu teori perkembangan kognitif bertahap. Beliau merupakan orang pertama yang mengesan bahawa kanak-kanak memainkan peranan yang aktif dalam

15 Bab 1: Pengenalan

mendapatkan pengetahuan tentang dunia. Menurut teori ini, kanak-kanak boleh dianggap sebagai "saintis kecil" yang dengan aktif membina pengetahuan dan pemahaman tentang dunia [Kita akan bincangkan dengan terperinci teori ini dalam Bab 3: Perkembangan Kognitif Piaget & Vygotsky].

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Senaraikan beberapa etika yang seorang penyelidik harus perhatikan semasa menjalankan penyelidikan bersamakanak-kanak. b) Jelaskan dengan ringkas teori psikoseksual Freud.

D) Lev Vygotsky Teori Sosiobudaya Seorang lagi ahli psikologi bernama Lev Vygotsky mencadangkan sebuah teori pembelajaran yang mempunyai pengaruh yang besar yang telah menjadi sangat berpengaruh, terutama dalam bidang pendidikan. Seperti Piaget, Vygotsky percaya bahawa kanak-kanak belajar dengan aktif dan melalui pengalaman guna tangan. Teori sosiobudayanya juga mencadangkan bahawa ibubapa, penjaga, rakan sebaya dan budaya secara keseluruhannya bertanggungjawab untuk perkembangan fungsi peringkat tinggi kanak-kanak. Dia percaya bahawa kanakkanak belajar melalui pengalaman guna tangan, seperti yang dicadangkan oleh Piaget. Walau bagaimanapun, tidak seperti Piaget, beliau mengatakan bahawa intervensi yang tepat masa dan sensitif oleh orang dewasa semasa seorang kanakkanak hampir mempelajari suatu tugasan baru; disebut sebagai Zon Perkembangan Proksimal, dapat membantu kanak-kanak belajar untuk membuat suatu tugasan baru. [Kita akan bincangkan dengan lebih terperinci teori ini dalam Bab 3: Perkembangan Kognitif Piaget & Vygotsky]. E) John Bowlby Attachment Theory John Bowlby telah mencadangkan salah satu teori perkembangan sosial yang terawal yang disebut sebagat Teori Pengikatan. Bowlby percaya bahawa hubungan awal dengan ibubapa dan penjaga memainkan peranan yang besar dalam perkembangan seorang kanak-kanak dan akan terus mempengaruhi hubungan sosialnya sepanjang hayat. Pengikatan merupakan suatu hubungan emosi istimewa yang melibatkan pertukaran keselesaan, penjagaan, dan keseronokan [Kita akan bincangkan dengan lebih terperinci teori ini dalam Bab 6 6: Perkembangan Emosi]. F) Albert Bandura Teori Pembelajaran Sosial Ahli psikologi Albert Bandura telah mencadangkan apa yang dikenali sebagai teori pembelajaran sosial. Menurut teori perkembangan kanak-kanak ini, kanakkanak belajar kelakuan baru daripada memerhati orang lain. Tidak seperti teori tingkahlaku, Bandura percaya bahawa pengukuhan luaran bukanlah satu-satunya cara orang belajar benda baru. Sebaliknya, pengukuhan intrinsik seperti rasa bangga, kepuasan dan pencapaian juga dapat membawa kepada pembelajaran.

16 Bab 1: Pengenalan

Dengan memerhati aksi orang lain, termasuk ibubapa dan rakan, kanak-kanak membina kemahiran baru dan memperoleh maklumat baru [Kita akan bincangkan dengan terperinci teori ini dalam Bab 8: Perkembangan Sosial]. G) Lawrence Kohlberg Teori Perkembangan Moral Kohlberg telah mencadangkan teori perkembangan moral ataupun kefahaman moral. Dengan menggunakan dilema moral yang merupakan cerita-cerita pendek dalam mana subjek diminta memberi pendapat mereka, dia telah Berjaya mengklasifikasi orang mengikut tahap pemahaman moral mereka [Kita akan bincangkan dengan terperinci teori ini dalam Bab 5: Perkembangan Moral].

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah pengikatan? b) Nyatakan apa yang selalu dikaitkan dengan Kohlberg. c) Nyatakan dengan ringkas bagaimana teori Piaget berbeza dengan teori Vygotsky.

1.6 Teori Sistem Ekologi

Urie Bronfenbrenner (1917-2005) telah membentuk teori sistem ekologi untuk menerangkan bagaimana semua perkara dalam kanak-kanak dan persekitarannya memberi kesan kepada bagaimana seorang kanak-kanak membesar dan berkembang. Ia bukan suatu teori tahap yang menerangkan perkembangan seorang kanak-kanak tetapi sebaliknya melabel aspek-aspek atau tahap-tahap berlainan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak (Bronfenbrenner, 1979). Aspek-aspek tahap persekitaran itu adalah seperti berikut: (lihat Rajah 1.6).
Sistem Sistem Sistem Sistem Mikro Meso Ekso Makro

Urie Bronfenbrenner (1917-2005)

17 Bab 1: Pengenalan

Rajah 1.6 Teori Sistem Ekologi a) SISTEM MIKRO merupakan persekitaran kecil dan terdekat dalam mana kanakkanak itu tinggal termasuk keluarga, sekolah, kumpulan rakan sebaya, kejiranan, dan persekitaran pengasuhan. Ia merupakan lapisan yang terdekat dengan seorang kanak-kanak dan mengandungi struktur yang mempunyai kontak langsung dengan kanak-kanak itu. Bagaimana kumpulan atau organisasi ini berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut akan mempunyai kesan ke atas bagaimana kanak-kanak tersebut membesar; lebih hubungan dan tempat itu memberi semangat dan asuhan, lebih baiklah kanak-kanak tersebut dapat berkembang. Sebagai contoh, ibubapa seorang kanakkanak mungkin memberi kesan terhadap kepercayaan dan kelakuannya; walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut juga memberi kesan kepada kelakuan dan kepercayaan ibubapa. Bronfenbrenner menyebut ini sebagai pengaruh dua hala, dan dia telah menunjukkan bagaimana ia berlaku dalam semua tahap persekitaran.

18 Bab 1: Pengenalan

b) SISTEM MESO merupakan tahap kedua yang menerangkan bagaimana bahagian berlainan perkembangan sistem mikro kanak-kanak tersebut bekerjasama demi kanak-kanak tersebut. Misalnya, sekiranya ibubapa atau penjaga seorang kanak-kanak memainkan peranan yang aktif dalam sekolah kanak-kanak itu, seperti pergi ke konferens ibubapa-guru dan menonton perlawanan bola sepak anaknya, ini akan membantu memastikan perkembangan menyeluruh kanak-kanak tersebut. Secara perbandingan, sekiranya ibubapa kanak-kanak tersebut tidak bersetuju tentang cara terbaik untuk membesarkan anak tersebut dan memberikan pengajaran yang bercanggah apabila mereka bertemu anak itu, ini akan menghambat perkembangan kanak-kanak itu dalam saluran yang berlainan (Bronfenbrenner, 1979). c) SISTEM EKSO merupakan tahap ketiga yang Saya telah termasuk orang dan tempat lain yang mungkin kehilangan kanak-kanak tersebut tidak selalu berinteraksi kerja! secara langsung tetapi masih mempunyai kesan yang besar kepadanya, seperti tempat kerja ibubapa, ahli keluarga besar, kejiranan, dan sebagainya. Sebagai contoh, sekiranya ayah seseorang kanak-kanak kehilangan kerja, ia mungkin mempunyai kesan yang negatif ke atas kanak-kanak tersebut sekiranya keluarga tersebut tidak dapat membayar sewa rumah atau membeli barang-barang runcit. Sebaliknya, sekiranya si ayah mendapat promosi dan naik gaji di tempat kerja, ia mungkin mempunyai kesan positif kepada kanakkanak tersebut kerana ibubapanya akan dapat memberikan nafkah dengan lebih sempurna. d) SISTEM MAKRO merupakan tahap yang terakhir dan terbesar serta kumpulan orang dan benda yang paling terasing dengan kanak-kanak tersebut tetapi masih mempunyai pengaruh yang besar ke atas kanak-kanak itu. Sistem makro termasuk benda-benda seperti kebebasan yang dibenarkan oleh kerajaan pusat, nilai budaya, ekonomi, peperangan, dan sebagainya. Perkaraperkara ini juga dapat memberi kesan kepada seorang kanak-kanak samada secara positif ataupun negatif (Bronfenbrenner, 1979). Sebagai contoh, di kawasan yang sedang atau telah mengalami peperangan dan keganasan seperti di Palestine, Rwanda, Lebanon dan Serbia, impaknya ke atas kanak-kanak adalah sangat jelas.

19 Bab 1: Pengenalan

Petikan oleh Urie Bronfenbrenner (diterjemah): Kanak-kanak perlukan orang lain untuk menjadi manusia.... Terutamanya dengan memerhati, bermain, dan bekerja dengan orang yang lebih tua dan lebih muda daripada merekalah kanak-kanak menemukan apa yang mereka boleh buat dan siapa yang mereka boleh menjadiyang dia membentuk kebolehan dan identitinya.... Dengan itu, memperkecilkan kanak-kanak kepada dunia mereka sendiri adalah menidakkan mereka sifat kemanusiaan mereka, dan diri kita sendiri. - (Bronfenbrenner, 1973). Dalam dunia hari ini ibubapa mendapati diri mereka di bawah ehsan sebuah masyarakat yang mengenakan tekanan dan keutamaan yang tidak memberikan masa mahupun tempat untuk aktiviti yang bermakna dan hubungan antara kanak-kanak dan orang dewasa, yang memperkecilkan peranan ibubapa dan fungsi keibubapaan, dan yang menghindarkan ibubapa daripada membuat benda yang mereka ingin buat sebagai seorang pemandu, kawan, dan teman kepada anak-anak mereka. (Bronfenbrenner, 1973). Dalam merancang dan merekabentuk komuniti, projek perumahan, dan pembaharuan bandar yang baru, perancang kerajaan dan swasta, perlu memberikan pertimbangan yang eksplisit tentang jenis dunia yang mereka ciptakan untuk kanak-kanak yang akan membesar dalam suasana tersebut. Perhatian yang khusus harus diberikan kepada peluang yang persekitaran sediakan atau sebaliknya untuk penglibatan kanak-kanak dengan orang yang lebih tua dan lebih muda daripada diri mereka. (Bronfenbrenner, 1973).

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Jelaskan dengan ringkas Teori Sistem Ekologi. b) Bagaimanakah sistem ekso mempengaruhi perkembangan kanak-kanak? c) Berikan contoh-contoh bagaimana sistem makro mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

20 Bab 1: Pengenalan 1.7 Keturunan, Persekitaran dan Kelakuan

a) Debat Baka-Persekitaran Pernahkah anda berfikir kenapa orang menyerupai ibubapa mereka? Anda selalu mendengar orang berkata, Dia nampak serupa dengan ayahnya ataupun salin tak tumpah .(Rajah 1.7) Jawabannya berada dalam suatu cabang khas biologi disebut sebagai genetik (atau baku). Ahli genetik (individu yang mengkhusus kepada kajian genetik) telah menemui bahawa kebanyakan tumbuhan, haiwan, dan manusia mempunyai asas keturunan. Misalnya, seorang kanak-kanak mungkin Rajah 1.7 Bapa dan anak serupa mendapat warna matanya yang hijau daripada ibunya ataupun rambutnya yang ikal daripada bapanya. Tetapi daripada mada dia mendapat bakat menyanyinya. Adakah dia mempelajari daripada ibubapanya ataukah ia telah ditentukan oleh gennya. Walaupun jelas bahawa ciri-ciri fizikal adalah daripada keturunan, faktor gen (atau baka) tidak pasti bila dikaitkan dengan kelakuan, kecerdasan, dan peribadi seorang individu (Omirod, 2010). Kita belum ketahui banyak mana dalam diri kita ditentukan oleh DNA kita dan banyak mana oleh pengalaman hidup kita. Tetapi kita tahu bahawa kedua-duanya memainkan peranan. COLUMBINE SCHOOL MASSACRE In April, 1999, two boys shot 15 students at Columbine High School in Colorado. The media were flooded with people offering their interpretations of what drove the two boys to commit this heinous and violent act. Which argument is "correct"? Probably neither. Most theorists agree that both nature and nurture are intertwined and influence most aspects of human emotion, behavior, Some were quick to attribute the boys' actions to such environmental and cognition in some ways. Given the prevailing views in current psychology, most factors as inadequate parenting practices in their families, the violence researchers would agree that the violent acts committed by these boys probably prevalent and the media. stemmed from an unfortunate interaction among various hereditary and environmental Others, were convinced that these boys were mentally ill and that their ability to make responsible judgments had been impaired, perhaps due to a factors. Researchers, however, may disagree on (1) the extent to which heredity and chemical imbalance to which they were genetically predisposed. environment each influences particular developmental outcomes and (2) the way in Debat ini juga disebut kontroversi baka-persekitaran (fitrah-pupukan) yang merupakan suatu frasa yang mudah untuk menerangkan isu baka dan persekitaran dalam perkembangan manusia yang telah dibincangkan sejak kurun ke-

21 Bab 1: Pengenalan

13. Ada ahli sains yang percaya bahawa orang berkelakuan mengikut kecenderungan genetiknya ataupun malahan "naluri haiwan"nya. Ini dikenali sebagai teori "Baka atau fitrah" kelakuan manusia. Ahli sains yang lain pula percaya bahawa orang berfikir dan berkelakuan dengan cara tertentu kerana mereka diajar dan belajar sedemikian. Ini dikenali sebagai teori persekitaran atau "pupukan" kelakuan manusia. Baka atau fitrah menganugerahkan kita dengan keupayaan dan sifat sejak lahir; persekitaran atau pupukan membawa kecenderungan genetik ini dan membentuknya sambil kita belajar dan menjadi matang. Tetapi debat ini masih berterusan, sambil ahli sains bertelingkah tentang banyak mana yang dibentuk oleh baka dan banyak mana oleh persekitaran. b) Kajian Kembar Anda mungkin selalu berfikir, bagaimanakah anda, dengan baka yang dianugerahkan, membentuk di dalam keadaan yang berlainan? Ataupun, di dalam keadaan yang sama, sejauhmanakah anda mungkin berlainan dengan baka yang lain? Satu-satunya cara untuk menjawabnya, ataupun sekurang-kurangnya, menjawab sebahagiannya adalah sekiranya anda ada dua orang dan setiap satu didedahkan kepada keadaan yang berlainan; ataupun sekiranya anda memulakan hidup dengan orang lain pada masa yang sama, dan selepas anda dilahirkan, membesar dalam suasana yang agak sama. Adalah sukar untuk memisahkan kesan genetic daripada kesan persekitaran, khususnya dalam manusia (Kinder, 1990). Walau bagaimanapun, kajian ke atas kembar seiras memberikan peluang untuk menentukan pengaruh keturunan (fitrah) dan persekitaran (pupukan). Banyak kajian telah menggunakan kembar seiras (kembar monozygotik) dan kembar tidak seiras (kembar dizygotik) bagi mendapatkan rasa bagaimana kuatnya kesan baka ke atas IQ. Oleh kerana kembar monozygotik bermula sebagai satu telur yang disenyawakan dan kemudian dipisahkan, mereka adalah manusia yang serupa secara genetiknya. Berlainan pula dengan kembar dizygotik, mereka berasal daripada dua telur yang berlainan. Mereka berkongsi lebih kurang 50 peratus daripada keseluruhan genetic mereka, manakala 50 peratus lagi unik bagi setiap daripada kembar tersebut. Umumnya, kembar seiras adalah serupa daripada segi kumpulan darah, tekanan darah, nadi, pernafasan, dan corak gelombang otak, warna mata, serta penglihatan, tapak tangan, tapak kaki dan corak jari, warna kulit, warna rambut, bentuk rambut dan berbagai lagi ciri-ciri kecil berupa baka. Korelasi dalam ciri-ciri tersebut adalah lebih banyak di antara mana-mana dua orang kembar seiras sehingakan sangat mungkin kita terkeliru di antara mereka.

22 Bab 1: Pengenalan

Kembar seiras dibesarkan keluarga yang sama Kembar seiras dibesarkan dalam keluarga berlainan Kembar tidak seiras dibesarkan dalam keluarga yang sama

Korelasi IQ kembar .86 dalam .72 .60

Jadual 1.1 Korelasi IQ kebar Dalam suatu reviu beratus kajian kembar, Bouchard & McGue (1981) dan Plomin & Spinath (2004) memerhatikan dapatan yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Kembar seiras yang dibesarkan bersama oleh ibubapa yang sama dan dalam keluarga yang sama telah diukur IQnya dan pekali korelasi 0.86 telah didapati (i.e. 86% sama). Ini menunjukkan bahawa keturunan mempengaruhi kecerdasan kerana mereka berkongsi persekitaran yang sama serta juga gen yang sama. Walau bagaimanapun, ada yang berkata bahawa sekiranya keturunan merupakan faktor utama, maka korelasi tersebut seharusnya 1.00! (i.e. 100% sama). Sekiranya persekitaran tidak memainkan peranan dalam menentukan sifat dan kelakuan seorang individu, maka kembar seiras harus, secara teori, betul-betul sama daripada semua segi, apabila dibesarkan dalam keluarga yang sama. Namun begitu, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa mereka tidak pernah betul-betul sama, walaupun mereka sangat serupa dalam kebanyakan aspek (Kinder, 1990). Sebaliknya, apabila kembar seiras dibesarkan berasingan (mungkin kerana mereka telah diambil sebagai anak angkat dan dibesarkan oleh ibubapa yang berlainan), kesamaan dalam markah IQ adalah 0.72 (i.e. 72% sama), lebih rendah daripada kembar seiras yang dibesarkan dalam keluarga yang sama. Ini menunjukkan bahawa genetik terus mempengaruhi markah IQ tetapi ia juga memberikan bukti bahawa persekitaran memainkan peranan walaupun mereka adalah sama secara genetik. Selain daripada markah IQ, banyak kes kembar seiras yang dipisahkan sejak lahir dan diambil sebagai anak angkat oleh keluarga berlainan menunjukkan beberapa keperibadian yang sama. Kembar ini tidak tahu tentang kewujudan masing-masing sehingga kemudian dalam hidup mereka, apabila mereka bertemu. Dijumpai bahawa mereka serupa dalam berbagai cara, daripada pencapaian akademik, sukakan tarian, pilihan makanan, jenis filem mereka suka tonton, pilihan pakaian dan sebagainya. Walau bagaimanapun, apabila IQ kembar tidak seiras yang dibesarkan dalam keluarga yang sama dibandingkan, pekali korelasinya menurun kepada 0.60 ataupun 60% sama. Pengaruh keturunan terus berlaku tetapi peranan persekitaran nampaknya lebih penting. Maka kita dapat rumuskan bahawa terdapat korelasi yang lebih rendah dalam markah IQ dalam kalangan kembar yang kurang serupa secara genetik berbanding kembar yang serupa secara genetik. Ingatlah, disini penyelidik hanya mengukur IQ, yang ianya suatu konstruk yang diragui. Walaupun kajian kembar menunjukkan sedikit sebanyak bahawa keturunan memberi sumbangan kepada IQ dan lain-lain sifat

23 Bab 1: Pengenalan

psikologi; membuat generalisasi daripada bukti kembar kepada seluruh populasi adalah kontroversial. Telah dicadangkan bahawa anggaran berkaitan baka mempunyai terlalu banyak masalah untuk menghasilkan rumusan tentang kekuatan relatif fitrah dan pupukan. Sembil tidak mengenepikan mungkin hadirnya kecenderungan genetik, penyokong teori fitrah percaya bahawa ia pada akhirnya tidak penting. Aspek kelakuan kita berasal hanya daripada faktor persekitaran daripada didikan kita.

c) Rumusan Jadi, adakah cara kita berkelakuan telah disemat dalam diri kita sebelum kita dilahirkan? Ataukah ia telah dibentuk dalam masa yang lama sebagai respon kepada pengalaman kita? Penyelidik daripada kedua-dua belah debat fitrah melawan pupukan bersetuju bahawa hubungkait di antara gen dan kelakuan tidaklah sama sebagai sebab dan akibat. Sambil gen mungkin menambah kemungkinan anda akan berkelakuan dengan suatu cara tertentu, ia tidak membuatkan orang membuat sesuatu. Yang bermaksud bahawa kita masih dapat memilih siapa kita akan jadi apabila kita besar nanti. Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa hubungan di antara keturunan dan persekitaran bukanlah suatu jalan sehala, daripada gen kepada persekitaran kepada kelakuan, tetapi sebaliknya ia adalah dwihala. Keturunan dan persekitaran berinteraksi secara dinamik sepanjang perkembangan. Suatu cara mudah untuk menerangkan perkara ini adalah keturunan memberikan selut dalam kehidupan dan pengalaman mengukirnya. Dalam beberapa keadaan, persekitaran mungkin mengaktifkan atau membuka gen. Misalnya, remaja perempuan mula dating haid pada umur yang lebih muda sekiranya mereka mempunyai zaman kanak-kanak yang penuh stres.

AKTIVITI PEMBELAJARAN

gen

a) Apakah debat baka-persekitaran atau fitrah-pupukan? b) Sejauhmanakah kajian kembar menunjukkan peranan dalam markah IQ? c) Dengan menggunakan pengalaman anda dengan kanakkanak, bincangkan kontroversi baka-persekitaran atau fitrah-pupukan.

24 Bab 1: Pengenalan RINGKASAN

Semasa revolusi industry, kanak-kanak semuda enam tahun bekerja waktu yang lama untuk mendapatkan bayaran yang sedikit ataupun tidak langsung. Perkembangan kanak-kanak merupakan perubahan secara progresif dalam seorang manusia yang berlaku dengan corak yang dapat diramal sebagai hasil daripada interaksi di antara faktor biologi dan persekitaran. Kaedah penyelidikan saintifik digunapakai semasa mengkaji kanak-kanak dengan bermula daripada memilih sebuah topik atau kelakuan untuk dikaji dan kemudian memfokus kepada suatu kaedah asas yang akan membenarkan maklumat dikumpul dengan cara yang cekap dan berkesan. Dalam kaedah temubual, pengkaji bertanya soalan kepada peserta samada dalam suasana formal ataupun tidak formal dan merekod responnya. Sebuah eksperimen merupakan suatu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk menentukan keberkesanan suatu aksi ataupun rawatan tertentu kepada satu ataupun sekumpulan organisma. Kajiselidik melibatkan kajian populasi yang besar dan kecil dengan mengkaji sampel yang dipilih daripada populasi. Sebuah kajian kes merupakan suatu penyiasatan yang mendalam tentang satu orang, kumpulan, kejadian ataupun komuniti. Kaedah korelasi merupakan suatu teknik di mana dua atau lebih pembolehubah diukur secara sistematik dan di antara mereka ditaksir. Sebuah kajian longitudinal merupakan suatu penyelidikan yang melibatkan pemerhatian berulang pembolehubah yang sama dalam jangka waktu yang lama. Etika penyelidikan wujud untuk memastikan prinsip keadilan, hormat dan mengelak daripada mencederakan dipertahankan, dengan menggunakan standard yang dipersetujui. Menurut Sigmund Freud perkembangan kanak-kanak dijelaskan sebagai suatu siri 'Tahap Psikoseksual yang digariskan sebagai lisan, dubur, lingga, pendaman dan alat kelamin. Teori Sistem Ekologi merupakan suatu teori bukan tahapan yang menerangkan perkembangan seorang kanak-kanak dan sebaliknya melabel aspek-aspek ataupun tahap-tahap persekitaran berlainan yang mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak.

25 Bab 1: Pengenalan

Ahli sains telah bertahun-tahun mengetahui bahawa sifat seperti warna mata dan rambut ditentukan oleh gen khusus yang telah dikodkan dalam setiap sel manusia.

PERKATAAN PENTING Perkembangan Kaedah saintifik Kaedah Eksperimen Kumpulan kawalan Rawatan Keberkesanan Kaedah korelasi Korelasi positif Korelasi negatif Kajian kes Kajian Longitudinal Sistem mikro Sistem meso Keturunan Persekitaran

RUJUKAN:

Bouchard T.J., McGue, M. (1981). Familial studies of intelligence: a review. Science. 212:10551059. Bronfenbrenner, U. (1979). The Ecology of Human Development: Experiments by Nature and Design. Cambridge, MA: Harvard University Press. Bronfenbrenner, U. (1973). Influencing Human Development. New York: Holt & Rinehart Christensen, P. and James. A. (2000) Research with Children: Perspectives and Practices. Falmer Press. Christensen, P. (1988). Experimental Methodology. New Jersey: Wiley. Olson, J. M., Vernon, P. A., Harris, J. A., & Jang, K. L. (2001). The heritability of attitudes: A study of twins. Journal of Personality and Social Psychology, 80, 845860. Omrod. J.E. (2010). Articles by Pearson Allyn Bacon Prentice Hall. Education.com Kail, R. (2010). Children and their Development. Singapore: Pearson International Kendra, C. (2011). About.com.Guide. Psychology. 2011. Kinder, C. (1990). Heredity and Environment. Yale-New Haven Teachers Institute McDevitt, M & Ormrod, J. (2006). Effects of Heredity and Environment on Intelligence. Pearson Allyn Bacon Prentice Hall.

26 Bab 1: Pengenalan

Plomin, R., DeFries, J. C., McClearn, G. E., & Rutter, M. (1997). Behavioral genetics (3rd. ed.). New York: Freeman. Scarr, Sandra, and Richard Weinberg. The Minnesota Adoption Studies: Genetic Differences and Malleability. Child Development 54 (1983):260-267.