Vous êtes sur la page 1sur 23

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. PENGENALAN Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hisup sihat. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat dan Keselamatan Persekitaran. Tiga tunjang ini

membantu mencapat matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan. Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah, modul ini dihasilkan berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai Pendidikan Kesihatan. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan secara pembelajaran masteri, didik hibur dan penggabungjalinan. Konsep tersebut dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran. Modul ini dihasilkan untuk membantu guru melaksanakannya bagi

membolehkan murid meneroka dan menggerakkan mereka ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum dan kesejahteraan hidup.
ii

Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna pakai sebagai

pencetus idea. Namun begitu, guru juga boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan. DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. MATLAMAT Pendidikan kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan dir, keluarga , amsyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kejahteraan hidupserta jangka hayat panjang yang berkualiti. OBJEKTIF Murid boleh: 1) Mempertingkatkan persekitaran; 2) Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan; 3) 4) 5) Membantuk sikap yang positif terhadap kesihatan Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan. ORGANISASI KANDUNGAN Kandungan mata pelajaran ini menekankan gaya hidup sihat sesuai dengan cirri dan keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran
iii

pengetahuan

kesihatan

diri,

keluarga,

masyarakat

dan

melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Kesihatan adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental dan membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina. Pengalaman Pendidikan Kesihatan merangkumi tiga aspek penting, iaitu: i) ii) iii) Penglibatan murid secara aktif Interaksi yang membina dan kreatif Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.

Kemahiran Berfikir Murid perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini termasuk membanding dan membeza, meneliti bahagian bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah. Nilai Nilai Murni Nilai nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan matlamat mata pelajaran ii. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Mata pelajaran ini menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan murid. Dalam setiap kegiatan pembelajaran, pemupukan nilai serta pemahaman unsur kesihatan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas kesihatan. Amalan rutin kesihatan dilakukan dalam suasana riang dan meyakinkan.

iv

Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Kesihatan perlu memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nilai. Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran: 1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai nilai murni. Melalui pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran generic dan kemahiran belajar perlu diberi penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup seharian murid serta isu isu global perlu dihubungkait dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan. 2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru. 3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran

seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup. 4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap pemupukan nilai nilai murni yang selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama. 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina
v

perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain, berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam menguruskan hidup secara produktif dan sihat. 6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman murid dan pengalaman pembelejaran perlu disusun atur dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap kecerdasan. 7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills) adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, memberi kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum. 8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke 21. Penilaian Penilaian ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemahuan dan pencapaian murid yang perlu dibuat dalam pergerakan dan dikaitkan dengan kurikulum. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Instrument penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. 1. Kaedah Penilaian Pemerhatian dan penilaian berterusan Penilaian fizikal secara berkala Penilaian hasil kerja Senarai semak Lisan

2.

Kekerapan Penilaian Penilaian dijalankan sepanjang masa.

vi

3.

Ciri Ciri Penilaian Penilaian secara menyeluruh Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan kemahiran, status kesihatan dan amalan harian. Criterion based evaluation dan bukan perbandingan antara murid. Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit.

4.

Penggunaan Hasil Penilaian Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan dikendalikan oleh guru peringkat sekolah. Hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu: 1. Kesihatan Diri dan Keluarga Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara proses berterusan. Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan.

2.

Gaya Hidup Sihat Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkahlaku berisiko secara berterusan. Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stress, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit.

3.

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.

vii

Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.

KANDUNGAN BUKU INI Buku ini mengandungi objektif dan perincian kurikulum Pendidikan Kesihatan untuk sekolah rendah. Objektif diberi untuk membantu guru merancang dan pengajaran dan Perincian kurikulum

pembelajaran mata pelajaran ini dengan lebih tepat dan berkesan. dipersembahkan seperti petunjuk modul berikut:

Petunjuk Modul / Tunjang Pembelajaran

(A) UNIT DAN TAJUK (B) UNIT 1.1 TUNJANG 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

UNIT 1.1: KESIHATAN DIRI (C) (D) HASIL PEMBELAJARAN BIDANG PEMBELAJARAN (G) OBJEKTIF AKTIVITI (H) (E) (F) NILAI

PERBENDAHARAAN KATA

BAHAN BANTU BELAJAR (I)

Penerangan Modul / Tunjang Pembelajaran Bil. (A) (B) Perkara Unit dan Tajuk Unit 1.1 Penerangan Nombor siri bagi unit dan tajuknya Nombor siri bagi sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
viii

suatu unit. Contohnya: Unit 1.1 menunjukkan Unit 1, sesi pengajaran dan pembelajaran pertama (C) Hasil Pembelajaran Mengandungi tiga aras iaitu: i. Aras 1 adalah aras yang paling mudah dan dapat dilakukan oleh semua murid ii. Aras 2 adalah pemeringkatan dari Aras 1 bagi sesetengah murid. iii. Aras 3 pula adalah aras yang tinggi, lebih sukar dan menggalakkan pembelajaran kendiri untuk murid yang mempunyai kadar pembelajaran yang lebih cepat. (D) Objektif Disesuaikan dengan Huraian Sukatan Pelajaran

Pendidikan Kesihatan Tahap 2 sekolah rendah. (E) Nilai Nilai murni yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam unit tersebut (F) Perbendaharaan Kata Diperkenalkan semasa aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Perlu diulang penggunaannya seberapa kerap yang mungkin, baik dalam sesi pengajaran yang sama mahupun dalam sesi pengajaran lain, dalam konteks yang serupa. Murid perlu digalakkan menggunakannya di sepanjang aktiviti pembelajaran. (G) Bidang Pembelajaran Merangkumi tajuk dan subtajuk yang terdapat pada setiap tunjang pembelajaran. Guru boleh menambah tajuk di mana perlu mengikut

ix

kesesuaian murid, alatan dan persekitaran. (H) Aktiviti Ringkas dan sistematik Menekankan pemahaman konsep Menyeronokkan dan berpusatkan murid serta tertumpu kepada suatu kemahiran pada suatu masa. Guru juga boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran lain atau menambah aktiviti mengikut kebolehan murid. (I) Bahan Bantu Belajar Mudah disediakan oleh guru. Templat sedia cetak disediakan. Praktikal dan boleh digunakan berulang kali

Setiap murid mesti menguasai hasil pembelajaran pada Aras 1. Bagi murid yang mempunyai kebolehan dan keupayaan adalah digalakkan untuk menguasai Aras 2 dan Aras 3. Setiap aras yang dilalui oleh murid menunjukkan tahap kemampuan seseorang murid dan kreativitinya. Cadangan Taburan Tajuk dan Waktu Pengajaran: TUNJANG PEMBELAJARAN TAJUK TAHAP II (WAKTU PENGAJARAN) 6 0 Atau 2 (Tahun 4 dan 5) 3 3 2 atau 0 (Tahun 4 dan 5) 2 2 4

Kesihatan Diri dan Keluarga

Kesihatan Diri Perasaan Kekeluargaan

Gaya Hidup Sihat

Pemakanan Pengurusan Konflik dan Stres Penyalahgunaan Bahan

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Keselamatan Penyakit Berjangkit


x

Pertolongan Cemas Jumlah

2 24

Nota : Cadangan agihan masa di atas boleh dijadikan rujukan untuk merancang rancangan tahunan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

OBJEKTIF AM Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tahun 4, murid dapat: 1. Mengenal pasti sistem dalam tubuh badan sendiri dan memahami perubahan fizikal semasa akil baligh; 2. Memahami peranan keluarga dalam menangani hubungan kekeluargaan dan gejala sosial; 3. Mengenal pasti jenis makanan yang sesuai dan tidak sesuai untuk dimakan; 4. Menjelaskan definisi ubat dan racun serta keburukan pengambilan dadah; 5. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan keselamatan semasa di tempat permainan dan semasa dalam perjalanan bagi menjaga keselamatan diri; 6. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran kesihatan bagi mengelakkan penyakit berjangkit; dan 7. Memahami asas pertolongan cemas, aplikasi rawatan awal dan perkhidmatan kesihatan

xi

TUNJANG 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

UNIT 1.1: KESIHATAN DIRI HASIL PEMBELAJARAN Murid dapat : ARAS 1 Mengenal pasti organ-organ BIDANG PEMBELAJARAN Manusia mempunyai sistem pembiakan untuk memanjangkan zuriat. dalam Amalan asas kesihatan perlu dalam mengurus kesihatan diri. fizikal akil Sistem pencernaan membantu dalam pertumbuhan perkembangan tubuh badan. tentang amalan asas 1.1.1 Pengenalan manusia: (i) Lelaki (ii) Perempuan sistem pembiakan

sistem pembiakan manusia. Menyatakan baligh. Menyatakan tanda-tanda

kesihatan harian dari segi penjagaan kebersihan diri, pakaian, alat keperluan diri. Menyatakan bahagian bahagian sistem pencernaan manusia.

1.1.2 Seksualiti: (i) Akil baligh

ARAS 2 Menghuraikan tentang perubahan fizikal

(ii) Perubahan fizikal

lelaki dan perempuan pada peringkat akil 1.1.3 Pengurusan kesihatan diri (i) Amalan asas kesihatan: baligh. Menerangkan fungsi sistem pencernaan. Penjagaan kebersihan diri khasnya organ seksual. ARAS 3 Menceritakan tentang sistem pencernaan. Pemeriksaan kesihatan.

(ii) Alatan keperluan diri: Tuala wanita Pakaian dalam Sabun dan bedak Syampu

1.1.4 Mengetahui sistem pencernaan: (i) Bahagian


xii

bahagian

sistem

pencernaan. (ii) Fungsi sistem pencernaan BAHAN BANTU BELAJAR Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran: Poster / Carta Sistem Pencernaan Poster / Carta Sistem Pembiakan Lelaki dan Perempuan Alat keperluan diri, contohnya, berus gigi, syampu, bedak, sikat rambut 3. Kognitif: Menyenaraikan cara penjagaan dan menjaga kesihatan tubuh badan 4. Afektif: Menghargai dan menjaga 2. Kognitif: diri. Membincangkan kebersihan OBJEKTIF 1. Kognitif: Menyenaraikan perubahan

fizikal yang dialami oleh remaja.

kesihatan diri NILAI PERBENDAHARAAN KATA Akil baligh Sistem pencernaan Sistem pembiakan Fizikal Kesyukuran Menghargai diri AKTIVITI Guru boleh merujuk cadangan berikut bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru juga

Bertanggungjawab terhadap kebersihan boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran diri lain mengikut kebolehan murid. Memeriksa kebersihan diri murid. Merekodkan penjagaan diri Bercerita tentang penjagaan kebersihan diri. Menggunakan pembiakan. Menunjuk cara pengurusan tuala wanita. Menggunakan pencernaan. Mencari maklumat daripada pelbagai media. Berbincang tentang alatan keperluan diri Menyanyikan lagu Gosok Gigi (3 gambar rajah sistem gambar rajah sistem tentang kesihatan dan

xiii

minit rujuk lirik lagu dalam Lampiran 1) Tayangan video cerita kanak kanak Mari Kita Gosok Gigi (11 minit dipetik dari www.youtube.com ) Simulasi

BAB 1.0: SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA 1.1: Sistem Pembiakan Lelaki

Rajah 1: Sistem Pembiakan Lelaki Sistem pembiakan lelaki merupakan satu siri organ yang terletak di luar tubuh berhampiran dengan kawasan pelvis lelaki. Peranan lelaki dalam pembiakan ialah

pemancutan sperma ke dalam faraj perempuan. Sperma itu mensenyawakan telur dalam

xiv

tubuh perempuan, dan telur yang tersenyawa akan mengembang menjadi fetus, dan kemudian dilahirkan sebagai bayi. Testis Setiap lelaki mempunyai dua biji testikel yang terletak di dalam pundi yang digelarkan skrotum. Skrotum pula terletaknya di luar rongga abdomen lelaki kerana suhu badan dalam tubuh adalah terlalu tinggi untuk menghasilkan sperma yang berdaya hidup. Di atas organ ini ialah epididimis yang merupakan tempat simpanan untuk sperma yang

dihasilkan. Sewaktu fetus, testis memulakan perkembangannya di dalam rongga abdomen tetapi akan menurun ke dalam pundi skrotum semasa dua bulan terakhirnya sebelum dilahir. Zakar Zakar mempunyai rakis yang panjang serta hujung yang lebih besar. Hujung ini digelarkan glans penis. Zakar ialah organ persetubuhan lelaki. Sewaktu syahwat lelaki

dibangkitkan, zakarnya akan menjadi tegang dan tersedia untuk persetubuhan. Ketegangan ini terjadi kerana sinus darah di dalam tisu erektil zakar diisikan dengan darah. Arteri arteri zakar akan mengembang, sedangkan vena akan memampat, supaya darah dapat mengalir ke dalam tisu erektil di bawah tekanan. Sperma Sperma yang matang mempunyai tiga bahagian: kepala, bahagian tengah dan ekor. Ekor sperma terdiri daripada mikrotubul yang membentukkan silium dan flagelum, sedangkan bahagian tengah mengandungi mitokondria yang menghasilkan tenaga. Kepalanya mengandungi 23 kromosom di dalam nukleus. Hujung nukleus itu diliputi

dengan penutup yang dipanggil akrosom dan mengandungi enzim yang diperlukan untuk memecahkan telur bagi persenyawaan. Seorang lelaki yang normal biasanya menghasilkan beberapa ratus juta sperma setiap hari. Sperma dihasilkan secara berterusan sepanjang hayat pembiakan lelaki, walaupun penghasilannya menyusut dengan umur. Rajah 1 menunjukkan sperma dalam sistem pembiakan lelaki.

xv

A = akrosom B = nukleus C = mitokondria D = mikrotubul Kepala Tengah Ekor Rajah 2: Sperma Secara ringkasnya, struktur dan fungsi sistem pembiakan lelaki ditunjukkan dalam Rajah 2 yang berikut.

Rajah 3: Struktur dan fungsi sistem pembiakan lelaki

xvi

1.2 Sistem Pembiakan Perempuan

Rajah 4: Sistem Pembiakan Perempuan Sistem pembiakan perempuan mengandungi dua bahagian utama:

Faraj dan uterus, yang bertindak sebagai bekas untuk sperma lelaki; dan Ovari yang menghasilkan ovum; secara amnya, kesemua ovum dicipta sewaktu dilahir.

Sistem pembiakan perempuan selalu merupakan bahagian dalaman. Faraj membuka ke luar di vulva yang juga merangkumi labium, kelentit dan uretra. Ia bersambung dengan uterus melalui serviks, sedangkan uterus bersambung dengan ovari melalui salur falopia. Jika tidak disenyawakan, ovum itu akan dikeluarkan daripada sistem perempuan melalui haid. Faraj Faraj merupakan saluran berbentuk tiub dari uterus ke luar badan. Is merupakan tempat di mana air mani lelaki dibubuh dalam tubuh perempuan sewaktu persanggamaan.

Serviks

xvii

Rencana utama: Serviks Serviks merupakan bahagian bawah uterus yang sempit di mana ia bersambung dengan hujung faraj yang atas. Ia berbentuk silinder ataupun kon dan terjulur melintasi bahagian anterior atasan bagi dinding faraj. Lebih kurang setengah daripada panjangnya dapat dilihat, sedangkan yang bakinya tersembunyi di atas faraj.

Uterus

Rencana utama: Uterus Uterus atau rahim ialah organ pembiakan perempuan yang utama. Satu hujungnya membuka kepada faraj melalui serviks, sedangkan hujung yang lain bersambung di kedua-dua belah uterus kepada salur-salur falopia. Sebahagian besar uterus terdiri daripada otot yang dikenali sebagai miometrium. Fungsi utamanya ialah untuk menerima ovum tersenyawa yang akan melekat pada endometrium untuk mendapat makanannya daripada salur darah yang berkembang semata-semata untuk tujuan ini. Ovum tersenyawa akan berkembang daripada peringkat embrio menjadi fetus dan kemudian dilahirkan sebagai bayi.

Salur falopia
Rencana utama: Salur falopia Salur falopia ataupun oviduktus merupakan dua tiub halus yang menghubungkan ovari dengan uterus. Sewaktu ovum menjadi matang, folikel serta dinding ovari akan pecah dan membenarkan ovum melepaskan diri untuk kemasukan ke dalam salur falopia. Di sini, ia akan tiba di uterus melalui bantuan silia yang terletak di lapisan dalaman tiub yang menolakkannya. Perjalanan ini boleh mengambil masa berjam-jam ataupun berhari-hari. Jika ovum disenyawakan semasa di salur falopia, ia akan melekat pada endometrium sewaktu bertiba di uterus. Perlakuan ini menandakan permulaan kehamilan.
xviii

Ovari
Rencana utama: Ovari Ovari ialah organ perempuan yang menghasilkan ovum atau telur. Proses untuk melepaskan ovum ke dalam salur falopia digelarkan pengovulan. Pengovulan terjadi secara berkala dan memberi kesan yang langsung kepada jangka kitaran haid. Selepas pengovulan, ovum akan bergerak ke uterus melalui salur falopia. Kehamilan akan terjadi jika ia disenyawakan oleh sperma dalam perjalanan itu ke uterus.

Banding Beza - Sperma dan ovum Persamaan


Sperma 1. Merupakan sel pembiakan 2. Dihasilkan dalam badan manusia 3. Mempuyai nukleus Ovum 1. Merupakan sel pembiakan 2. Dihasilkan dalam badan manusia 3. Mempunyai nukleus

Perbezaan
Sperma 1. Sel pembiakan lelaki 2. Sel terkecil dalam badan manusia 3. Mempunyai bahagian ekor untuk bergerak 4. Dihasilkan oleh individi lelaki 5. Boleh hidup selama 72 jam dalam badan wanita 6. Berbentuk seperti berudu Ovum 1. Sel pembiakan wanita 2. Sel terbesar dalam badan manusia 3. Tidak mempunyai ekor

4. Dihasilkan oleh invidiu wanita 5. Boleh hidup selama 24 jam dalam badan wanita 6. Berbentuk bulat

UNIT 1.2: PERASAAN HASIL PEMBELAJARAN Murid dapat:


xix

BIDANG PEMBELAJARAN Setiap perasaan yang diluahkan adalah

ARAS 1 Mengenal pasti dan

kesan emosi seseorang mengikut situasi. menyenaraikan 1.2.1 Memahami perasaan (i) cara mengawal (ii) Mengenal pasti pelbagai perasaan: Kesyukuran kejayaan. Kekecewaan apabila kegagalan Tersinggung di atas perbuatan orang lain. Mengawal melalui: Perbincangan Kaunseling Beriadah perasaan negatif di atas sesuatu

pelbagai perasaan. ARAS 2 Meluahkan perasaan dengan pelbagai cara. ARAS 3 Membincangkan perasaan negatif.

BAHAN BANTU BELAJAR NILAI Sopan santun Hemah tinggi Baik hati

OBJEKTIF

AKTIVITI Perbincangan tentang memahami

perasaan dalam kumpulan kecil. Menyediakan folio individu berkaitan dengan perasaan negatif . Menyanyikan lagu Jangan Marah

PERBENDAHARAAN KATA Mesra Senyum Marah Sedih

(dipetik dari www.youtube.com, rujuk lirik lagu dalam Lampiran 1)

UNIT 1.3: KEKELUARGAAN HASIL PEMBELAJARAN ARAS 1 Menyatakan keluarga. Mengenalpasti aktiviti yang peranan setiap BIDANG PEMBELAJARAN Setiap ahli keluarga mempunyai peranan anggota tertentu untuk mengeratkan perhubungan keluarga dan mencegah berlakunya gejala dapat sosial.

xx

mengeratkan hubungan kekeluargaan. Mengenalpasti aktiviti yang boleh

1.3.1 Peranan keluarga (i) Hubungan kekeluargaan Kemesraan Hormat menghormati Saling ambil berat dan perhatian Penghargaan

mengelak daripada gejala sosial.

ARAS 2 Menjelaskan kepentingan hubungan diri dengan keluarga.

(ii) Menangani gejala sosial Mengawasi aktiviti anak Memilih rakan

ARAS 3 Menerangkan peranan setiap ahli keluarga dalam menangani masalah gejala sosial dalam ahli keluarga. BAHAN BANTU BELAJAR Carta keluarga Portfolio

OBJEKTIF Kognitif: Afektif: masa kini. Menyenaraikan konflik

keluarga dan cara penyelesaian. Memahami masalah remaja

NILAI Kasih sayang Hormat menghormati Kerjasama

AKTIVITI Perbincangan tentang peranan keluarga dan cara menangani gejala sosial. Bercerita tentang hubungan kekeluargaan. Menggunakan kata panggilan yang sesuai berdasarkan carta keluarga dan gambar. Membina portfolio keluarga. Mencari maklumat dan memotong keratin akhbar berkaitan dengan konflik keluarga atau masalah remaja. Menyanyikan lagu Sayang Semuanya (dipetik dari www.youtube.com lirik lagu rujuk dalam Lampiran 2)

PERBENDAHARAAN KATA Ayah Ibu Abang Kakak Konflik

xxi

TUNJANG 2 : GAYA HIDUP SIHAT

UNIT 2.1: PEMAKANAN HASIL PEMBELAJARAN


Murid dapat : ARAS 1 Mengenal pasti empat kelas makanan mengikut piramid makanan. ARAS 2 Membezakan kadar pengambilan makanan mengikut kelas makanan ARAS 3 Membincangkan kepentingan pengambilan makanan seimbang.

BIDANG PEMBELAJARAN
1. Pemakanan Konsep Makanan dibahagikan kepada empat kelas makanan utama iaitu karbohidrat, vitamin, protein dan lemak. (a) Piramid makanan (i) Karbohidrat Contoh makanan: nasi, roti, bijirin Pengambilan : lebih banyak (ii) Vitamin Contoh makanan: buahbuahan, sayur-sayuran. Pengambilan : banyak (iii) Protein Contoh makanan: ikan, daging, susu Pengambilan : Sederhana (iv) Lemak Contoh makanan: kek , keju,minyak Pengambilan : Sedikit

BAHAN BANTU BELAJAR Carta / Poster Piramid Makanan Label nutrisi pada bungkusan makanan

OBJEKTIF Kognitif: Afektif: masa kini. Menyenaraikan konflik

keluarga dan cara penyelesaian. Memahami masalah remaja

NILAI Kebersihan tubuh badan Kebersihan diri Menyayangi diri

AKTIVITI
Menggunakan gambar rajah piramid makanan. Menyediakan folio murid tentang pemakanan. Melukis piramid makanan. Perbincangan tentang makanan seimbang.

PERBENDAHARAAN KATA Ayah Ibu Abang Kakak Konflik


xxii

xxiii

Vous aimerez peut-être aussi