Vous êtes sur la page 1sur 3

ASEAN Ketika Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, l ima buah negara

terlibat sebagai anggota utama, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Kini, ASEAN mempunyai 10 negar a sebagai anggota termasuk Brunei Darussalam, Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos, manakala Timur Leste bakal menjadi anggota ke-11 ASEAN. Deklarasi ASEAN yang diperakui semua negara anggota banyak menyentuh matlamat dan tujuan penubuhan ASEAN, iaitu untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan budaya di rantau ini; dan menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau melalui penghormatan bagi keadilan serta peraturan undang-undang dalam hubungan kalangan negara di rantau ini dengan mematuhi prinsip piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 2003, semua pemimpin ASEAN memutuskan bahawa komuniti ASEAN harus diwujudkan dengan mengandungi tiga tonggak utama, iaitu Majlis Keselamatan ASEAN, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosio-budaya ASEAN melalui Bali Concord I, II dan III. Selaras dengan itu, matlamat untuk mengintegrasikan kewangan dan pasaran modal diwujudkan melalui Pelan Tindakan Integrasi ASEAN dengan Kewangan (RIA-FIN), yang meliputi pembangunan pasaran modal, liberalisasi perkhidmatan kewangan dan kerjasama mata wang. Hal ini diikuti keputusan yang dibuat pada Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN 2006 untuk mempercepat penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN pada tahun 2015. Selaras dengan itu, usaha bagi mencapai matlamat pelan tindakan Komuniti ASEAN 2015 turut disokong oleh kebanyakan pemimpin pada Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN di Singapura pada November 2002. ASEAN serta rakan anggota dialog akan terus-menerus mengkaji kemungkinan untuk memperluas serta memantapkan integrasi ekonomi dengan mewujudkan hanya satu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara pertubuhan serantau 10 negara anggota itu dengan semua rakan perdagangannya di kawasan Asia Timur. Kini, ASEAN sudah mewujudkan beberapa FTA secara berasingan dengan enam rakan dialog di kawasan Asia Timur, iaitu FTA ASEAN China (2005), FTA ASEAN Korea (2006), FTA ASEAN Jepun (2009), FTA ASEAN India (2010) dan FTA ASEAN Australia dan New Zealand (2010). Pemimpin ASEAN juga memperakukan pelan kerja bagi ASEAN untuk mewujudkan ASEAN + 1 FTA, dengan mengambil kira Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA ASEAN+3) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (ASEAN + 6). Sidang Kemuncak ASEAN ke- 19 di Bali, Indonesia baru-baru ini, memperakukan Rangka Kerja Serantau untuk Kerjasama Komprehensif bagi kepentingan negara anggota. Pemimpin ASEAN juga memperakukan pelan kerja bagi ASEAN untuk mewujudkan templat ASEAN + 1 FTA, dengan mengambil kira EAFTA ASEAN+3 dan ASEAN + 6. Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 juga bersetuju dengan sebulat suara untuk menerima cadangan bersama oleh Jepun dan China agar tiga kumpulan kerja dibentuk bagi menjalankan kajian integrasi berkenaan, iaitu Kumpulan Kerja Perdagangan, Kumpulan Kerja Sektor Perkhidmatan dan Kumpulan Kerja Pelaburan

ASEAN

Latar belakang Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok oleh lima Negara-negara Ahli yang asal, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand. Brunei Darussalam menyertainya pada 8 Januari 1984, Vietnam pada 28 Julai 1995, Lao PDR dan Myanmar pada 23 Julai 1997, dan Kemboja pada 30 April 1999. Deklarasi ASEAN menyatakan bahawa matlamat dan tujuan Kesatuan itu adalah: (1) untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan budaya di rantau ini dan (2) untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau melalui penghormatan bagi keadilan dan peraturan undang-undang dalam hubungan di kalangan negara-negara di rantau ini dan mematuhi prinsip-prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Pada tahun 2003, Pemimpin-pemimpin ASEAN memutuskan bahawa sebuah Komuniti ASEAN patut diwujudkan, mengandungi tiga tunggak, iaitu Komuniti Keselamatan ASEAN, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosiobudaya ASEAN melalui Bali Concord II. Selaras dengan itu, matlamat untuk pengintegrasian kewangan dan pasaran modal diwujudkan melalui Pelan Tindakan Integrasi ASEAN dalam Kewangan (RIA-FIN), meliputi pembangunan pasaran modal, liberalisasi perkhidmatan kewangan dan kerjasama mata wang. Ini diikuti dengan keputusan yang dibuat pada Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin 2006 untuk mempercepatkan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN kepada tahun 2015 dari tahun 2020, dan selaras dengan itu, masa bagi mencapai matlamat pelan tindakan ASEAN mengenai integrasi ASEAN dalam kewangan juga dipercepatkan lima tahun. Matlamat dan fokus strategik tersebut diperjelas dalam Rangka Tindakan Komuniti ekonomi ASEAN 2015, yang disokong oleh para pemimpin pada Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin ASEAN di Singapura pada November 2007. Penglibatan SC dalam ASEAN Forum Pasaran Modal ASEAN SC memainkan peranan utama dalam Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF), sebuah perkumpulan peringkat tinggi pengawal selia sekuriti ASEAN yang diwujudkan bawah naungan Menteri-menteri Kewangan ASEAN pada April 2004. ACMF telah membina satu set standard yang seragam mengenai penzahiran, dan sedang mengerjakan inisiatif lain yang akan menggalakkan dan mencapai integrasi pasaran modal yang lebih besar di rantau ini. SC mempengerusikan ACMF bagi tempoh tiga tahun dari bulan Februari 2006 hingga Ogos 2008. Pada bulan Oktober 2008, bawah inisiatif ACMF, Menteri-menteri Kewangan ASEAN mengumumkan pengeluaran Skim ASEAN dan Standard Tambah untuk memudahcarakan penawaran sekuriti. Skim ini bertujuan menggalakkan integrasi pasaran modal di rantau ini, memudahcarakan lebih kecekapan dalam penjanaan dana rentas sempadan, dan menyediakan penjimatan kos kepada penerbit yang membuat tawaran dalam pelbagai bidang kuasa dalam ASEAN. Skim tersebut mengandungi satu set Standard ASEAN yang umum, dan keperluan tambahan yang ditentukan oleh ahli-ahli secara individu, dikenali sebagai Standard Tambah (Plus Standards).

Proses Menteri-menteri Kewangan ASEAN SC telah memainkan peranan penting dalam menyokong proses Menteri-menteri Kewangan ASEAN. SC ialah ahli pelbagai Jawatankuasa Kerja ASEAN, iaitu Jawatankuasa Kerja Pembangunan Pasaran Modal (WC-CMD) dan Jawatankuasa Kerja Liberalisasi Perkhidmatan Kewangan (WC-FSL). WC-CMD ditugaskan untuk mencapai objektif keseluruhan Pelan Tindakan pembangunan pasaran modal ASEAN; iaitu untuk membangunkan pasaran kewangan yang mendalam dan mencapai kerjasama rentas sempadan di kalangan pasaran modal ASEAN. WC-FSL dimandatkan untuk memudahcarakan rundingan liberalisasi perkhidmatan kewangan bawah Kerangka Kerja Persetujuan Perkhidmatan ASEAN (AFAS), serta menyediakan kemudahan liberalisasi perkhidmatan kewangan oleh ASEAN dengan rakan dialognya. SC, bersama-sama dengan Kementerian Kewangan Malaysia, pada masa ini mempengerusikan pasukan petugas Mekanisme Pembiayaan Infrastruktur ASEAN (AIFM). Pasukan petugas ini dimandatkan untuk mewujudkan persekitaran yang mudah cara untuk pembiayaan infrastruktur di rantau ini, dengan menggalakkan amalan terbaik dalam pembangunan infrastruktur, mewujudkan kerangka kerja mudah cara, membina keupayaan sektor swasta dan pasaran serantau bagi meningkatkan pengantaraan risiko bagi pembiayaan infrastruktur. Proses Menteri-menteri Kewangan ASEAN + 3 SC juga telah memainkan peranan penting dalam proses Menteri-menteri Kewangan ASEAN + 3, dengan menyertai secara aktif dalam Inisiatif Pasaran Bon Asia (ABMI). Inisiatif ABMI, yang disokong oleh Menteri-menteri Kewangan ASEAN+3 pada bulan Ogos 2004, disasarkan ke arah memelihara pembangunan pasaran bon serantau, bagi menyalurkan secara berkesan, simpanan serantau kepada pelaburan serantau, dan mengelakkan daripada ketidakpadanan kematangan dan mata wang yang menyumbang kepada krisis kewangan Asia pada tahun 1997. Ke arah membangunkan lagi pasaran bon yang cair dan berfungsi dengan baik dan menyalurkan secara berkesan simpanan yang banyak di rantau ini kepada keperluan pelaburan yang semakin meningkat, satu Pelan Tindakan ABMI yang baru telah dibina dan disokong oleh Menteri-menteri Kewangan ASEAN+3 pada bulan Mei 2008. Empat pasukan petugas diwujudkan untuk menangani perkara-perkara yang berikut: I Menggalakkan penerbitan bon berdenominasi mata wang tempatan;

II Memudahcarakan permintaan bagi bon berdenominasi mata wang tempatan; III Menambah baik kerangka kerja pengawalseliaan; dan IV Menambah baik infrastruktur berkaitan bagi pasaran bon. Ketika ini, SC mempengerusikan Pasukan Petugas III yang berusaha untuk mengukuhkan kerangka kerja pengawalseliaan dan penyeliaan bagi pasaran bon, memudahcarakan kerjasama di antara persatuan peniaga sekuriti dan SRO di rantau ini, menambah baik prosedur muflis yang berkaitan dengan transaksi bon dan menggalakkan penggunaan standard perakaunan dan pengauditan antarabangsa

Vous aimerez peut-être aussi