Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
PENGENALAN Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan. Tiga faktor yang mendorong kanak-kanak mencapai pemahaman ialah sediakan suasana pembelajaran yang bermakna, galakkan murid untuk membuat dengan cara
saling bertukar pendapat. Guru berperanan juga untuk merangsang tindakan mental kanakkanak semasa kanak-kanak sendiri bertindak ke atas sesuatu objek. Dengan itu, mereka boleh membina idea-idea sendiri. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru. Konstruktivisme menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.. Unsur konstruktivisme yang paling penting adalah bahawa seseorang membina
pengetahuan dirinya sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada. Cara ini digunakan untuk menyelesaikan sebarang perselisihan idea atau miskonsepsi demi mencapai pemahaman baru. Kanak-kanak telah memperoleh pengalaman tentang alam sekitar sejak dilahirkan. Mereka telah mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka memahami apa yang berlaku di sekeliling. Mereka membawa idea-idea informal itu ke dalam bilik darjah.
memberikan gambaran yang jelas kepada pemerhati kerana konsep yang terlibat dalam fenomena alam susah difahami malah sangat sukar diterangkan secara saintifik. Penyesuaian dan gabungan idea daripada pemerhatian fenomena seharian dengan konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah selalunya menghasilkan miskonsepsi. Tujuan pendidikan Sains adalah memberi penerangan yang selanjutnya supaya idea-idea mereka menjadi konsep-konsep yang lebih bermakna. Konsep yang silap perlu diperbaiki supaya miskonsepsi murid terhadap pembelajaran sains tidak berterusan.
Temubual dijalankan selama lebih kurang 40 minit dan dirakam perbualannya. Perbualan kemudian di transkripsi dan dianalisis.
PENYOALAN. Guru boleh menyediakan soalan-soalan yang telah dibina dan meminta kanak-kanak menjawab secara jujur dan guru perlu menegaskan kepada mereka bahawa ujian itu bukan untuk digred. Terdapat 2 jenis soalan yang boleh dikemukakan: Soalan objektif Ujian objektif mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi yang biasa wujud di kalangan kanak-kanak. Soalan esei
PEMERHATIAN Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan kanak-kanak semasa mereka berbincang dalam kumpulan atau semasa mereka menjalankan eksperimen. Dari perbincangan itu guru dapat mengenalpasti idea kanakkanak tersebut tepat atau tidak. Guru juga dapat mngerti konsep-konsep alternative yang ada pada kanak-kanak.
RAMALAN Miskonsepsi kanak-kanak juga boleh dikenalpasti melalui meramal, memerhati dan menerang. Guru perlu menyediakan satu demonstrasi tentang sesuatu kejadian yang berkaitan dengan tajuk yang diberi kepada kanakkanak. Langkah 1 : Meramal Secara individu, murid diminta untuk menulis ramalan mereka. Guru meminta murid untuk meneragkan sebab ramalan yang diberikan. Langkah 2 : Memerhati Murid melakukan eksperimen
PETA KONSEP Dengan membandingkan peta konsep yang dibina oleh murid dengan guru, guru dapat mengenalpasti miskonsepsi yang wujud pada kanak-kanak. Guru perlu melatih murid-murid cara untuk membina peta konsep terlebih dahulu. Novak mencadangkan satu siri langkah yang boleh digunakan. Pilih satu konsep utama Kenalpasti konsep-konsep yang berkaitan Susun konsep-konsep ikut hierarki daripada yang am kepada yang spesifik Sambungkan konsep-konsep tersebut dengan garisan Tuliskan atas garisan tadi dengan perkataan yang sesuai
adalah memisahkan atau mengubah pandangan ataupun pegangan asal pelajar pada satu konsep kepada penjelasan yang dapat diterima oleh komuniti sains. Cara-cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah miskonsepsi: 1. Guru perlu menggalakkan murid menjalankan penyiasatan ke atas fenomenafenomena sains yang menarik.
2. Dunlop (1999) mencadangkan agar guru memberikan bukti bahawa konsep asas yang dikemukakan oleh saintis pada masa kini lebih tepat untuk menerangkan sesuatu fenomena semula jadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan fenomena, idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka.
3. Selain itu guru juga perlu mengubah peranannya daripada penyampai maklumat kepada penyelidik dan pemudah cara. Sebagai penyelidik guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid manakala sebagai pemudah cara guru perlu membimbing agar murid dapatmempelajari sesuatu dengan bermakna (Bahagian Pendidikan Guru 1995). STRATEGI-STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU UNTUK MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI. 1. Guru perlu memahami kerangka berfikir kanak-kanak. Dengan memahami apa yang difikirkan kanak-kanak dan cara mereka berfikir guru akan dapat mengetahui penyebab miskonsepsi dan menemukan caracara mengatasi masalah tersebut. Guru boleh : PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 8
2. Guru perlu mengerti sejauh mana konsep kanak-kanak ini tidak lengkap dan memikirkan cara yang terbaik untuk menambahkan bahagian konsep yang kurang atau belum lengkap. Pemahaman konsep memerlukan proses yang terus menerus dan waktu yang lama bagi kanak-kanak untuk memahaminya, maka kanak-kanak yang kurang mampu ini perlu dibantu dengan sabar sesuai dengan daya kefahamannya. Guru juga perlu memberikan waktu tambahan atau khusus untuk membantu kanak-kanak yang kemampuannya kurang sesuai dengan keadaan mereka. 3. Guru perlu meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Minat kanak-kanak untuk belajar mempengaruhi pemahaman konsep kanakkanak. Kanak-kanak yang tidak berminat belajar akan mengalami kesulitan
Strategi inkuiri penemuan membuatkan murid berusaha untuk menemui sesuatu yang baru dalam dirinya,walaupun apa yang ditemui bukan semestinya baru dalam dunia ini.Takrif lain bagi inkuiri ialah proses menyelesaikan masalah atau pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis,menjalankan
pemerhatian,mengemukakan soalan,melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan. PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 10
merupakan ciri utama bagi semua kaedah inkuiri. Apabila murid berjaya memperoleh fakta,konsep,prinsip,atau penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai suatu penemuan.Inkuiri sebagai suatu proses dapat meningkatkan pembelajaran
sains,proses sains dan sikap terhadap sains. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Dalam kurikulum cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar. Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar. Kaedah dan aktiviti yang yang berbeza perlu dirancang untuk murid-murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar. Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini.
12
Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain. Lawatan Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.
13
kepada tiga kumpulan kecil yang akan membincangkan dialog dan lakonan yang diperlukan. (sila rujuk PuLSaR Modul 5,PPK,1994,halaman 26-28). Permainan memerlukan aplikasi pengetahuaan sains dan strategi sains untuk menang sebagai contoh,40 keping kad gambar haiwan disediakan.Empat orang pemain perlu mengelaskan gambar yang dipegangnya mengikut cara pengelasan haiwan bergilirgilir.Markah diberi untuk pengelasan yang dilakukan dengan betul .Pemain yang mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenag.(sila rujuk PuLSaR Modul 5 halaman 2526).
Model merupakan bahan gentian yang dapat mewakili bahan sebenar.Terdapat tiga jenis model yang utama.Pertama,model pepejal boleh dibina untuk membesarkan realia yang terlalu kecil atau mengecilkan realia yang terlalu besar.Model begini dapat
diperhatikan dan dipegang dengan mudah.Pelajar akan dapat mengenali dan memahami struktur luar dan ciri fizikal realia yang diwakili oleh model.Contohnya,model glob digunakan untuk mewakili bumi dan permukaanya. Kedua,model keratin yang dibina untuk menunjukkan bahagian dalam sesuatu objek atau sistem.Dengan itu,struktur dan fungsi dalaman yang dilindungi dapat
diperjelaskan.Contohnya,model keratin gigi yang menunjukkan lapisan-lapisan dalam gigi yang memainkan peranan masing-masing. PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 15
mungkin menerima perspektif yang disampaikan sebagai perkara yang berguna dalam peperiksaan dengan mengekalkan konsep sedia ada. 2. Kemungkinan juga pengajaran guru akan mengukuhkan pengetahuan
ataupun konsep awal pelajar dan kerapkali juga pengajaran guru akan hanya menambahkan kekacauan dan kekeliruan kepada pelajar. Dalam keadaan ini, pelajar tidak mampu menyatukan idea baru yang diterima daripada gurunya dengan pengetahuan sedia ada yang dipegangnya. 3. Hasil yang paling ideal yang diharapkan adalah pengajaran guru yang
berhasil membawa perubahan pandangan awal pelajar kepada penjelasan saintifik. Perkara ini adalah hasilan atau matlamat akhir yang ideal bagi pengajaran sains. 4. Kepelbagaian dalam personaliti pelajar membuatkan sesetengah
pelajar lebih terbuka kepada idea-idea baru berbanding pelajar lain. Sebahagian daripada pelajar mungkin tidak akan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan konflik kognitif ataupun ketidakseimbangan kognitif yang dihadapinya. Tambahan pula, jika idea ataupun pengetahuan sedia ada terbukti mencukupi berdasarkan pengalaman lampau. Maka pelajar tidak berasa perlu menggantikan pengetahuan PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 16
MISKONSEPSI PELAJAR BERDASARAKAN HURAIAN SUKATAN SAINS TAHUN 5 Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun Lima, dalam Tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta, murid saya sering mengalami miskonsepsi bagi Hasil Pembelajaran 2.3 iaitu memahami fasa-fasa bulan. Fenomena fasa-fasa bulan berlaku kerana bulan memantulkan cahaya matahari dan bulan beredar mengelilingi bumi. Hal ini menyebabkan bentuk bulan yang diperhatikan dari bumi kelihatan berubah-ubah bergantung kepada kedudukan bulan di antara bumi dan matahari (Verdet 1995).
17
menerangkan fenomena gerhana bulan. Hal ini menyebabkan murid-murid saya keliru dan kerapkali menulis jawapan yang salah ketika membuat inferens, hipotesis dan kesimpulan. Miskonsepsi ini perlu diperbetulkan segera supaya ia tidak terus kekal di ingatan . CADANGAN STRATEGI MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI PELAJAR Strategi pilihan : Strategi Inkuiri Penemuan Kaedah : Simulasi
Berbagai takrif diberikan terhadap inkuiri. Antaranya ialah suatu proses penyiasatan sesuatu masalah , pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis, menjalankan pemerhatian, mengemukakan soalan, melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan, berfikir secara kretif dan menggunakan intuisi. Takrif yang paling popular ialah memberi kesempatan pembelajaran hands-on, bahan yang sesuai untuk dimanipulasi, masalah yang mengagumkan, bantuan dan bimbingan, kebebasan yang PEMBELAJARAN SAINS KANAK KANAK (SCE3102) 18
19
memberangsangkan apatah lagi apabila murid sendiri yang mengendalikannya. Kami gembira dengan maklumbalas murid pada pagi ini dan kami telah susuli mereka dengan aktiviti pengayaan mereka di rumah. Pendek kata, pengajaran dan pembelajaran yang diadakan ini benar-benar berhasil dan diharapkan miskonsepsi yang mereka hadapi sebelum ini tidak akan berulang lagi. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan boleh dilaksanakan. Pelbagaikan kaedah bagi tajuk ini seperti kajian lapangan, eksplores dan sebagainya bagi menarik minat murid untuk mempelajari ilmu sains. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai fasa-fasa bulan
20
PENUTUP Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengubah miskonsepsi murid kerana kajian telah menunjukkan bahawa murid berpegang teguh dengan miskonsepsi mereka (Mestre 2002). Miskonsepsi ini akan diubah oleh murid sekiranya ada kelainan dalam pengajaran guru di bilik darjah. Walau bagaimanapun, kajian ada menyatakan, hanya sebahagian miskonsepsi mampu diubah manakala sebahagiannya masih kekal (Dunlop 1999).
21
22
BIBLIOGRAFI 1. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun Lima ( 2005). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
23
Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Budiman 4. Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd. Ali Samsudin (2005 ). Kaedah Mengajar Sains. Pahang : PTS Professional . ms 7 10 5. Pn. Hjh Roslizah A.Samad ( 2004) Salah Faham Beberapa Aspek Ilmu Falak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran atas talian
http://www.alazim.com/masjid/seminar/falak2006/1.pdf 6. Misconceptions in Science atas talian http://www.newyorkscienceteacher.com/sci/pages/miscon/index.php 7. Children's Ideas in Science atas talian http://homepage.mac.com/vtalsma/misconcept.html 8. Science Misconceptions. atas talian http://www.newyorkscienceteacher.com/sci/pages/miscon/index.php
24
25
Page 27
Page 39