Vous êtes sur la page 1sur 21

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

JANUARI / 2012 (SMP KHAS)

HBMT 1103 INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION

TUTOR

: EN. NG. KUM LOY

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

810622135087001 810622135087 0135685647 ericnaeng@yahoo.com.my ericodecancer@oum.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM (PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK)

HBMT1103

PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan HBMT1103 Pengenalan Pengajian Matematik ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya telah mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Saya ingin menyampaikan setinggi-tingi penghargaan kepada Tutor, En. Ng. Kum Loy, diatas bimbingan dan teguran membina yang sangat berharga semasa sesi tutorial bersemuka dan sepanjang tempoh masa untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan yang sama mengikuti pengajian jarak jauh yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga terhutang budi kepada seisi keluarga saya kerana memberi peluang kepada saya untuk mengikuti pengajian jarak jauh ini dan sanggup berkongsi penat lelah serta sentiasa memberi sokongan penuh kepada saya. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tutor berkenaan kerana sanggup berkorban meluangkan masa untuk menyemak hasil kerja kursus saya ini. Sekian, terima kasih.

HBMT1103

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Perbezaan Pendekatan Yang Diamalan Dalam Modul. 3.0 Contoh Rancangan Pengajaran Harian. 4.0 Penerangan Terperinci Tentang Langkah Pengajaran Berasaskan Masalah. 5.0 Kekuatan dan Kelemahan Penggunaan Pendekatan Berasaskan Masalah. 6.0 Cadangan Penambahbaikan. 7.0 Rumusan. 8.0 Rujukan.

MUKA SURAT 3 3 8 12 14 17 17 19

HBMT1103

1.0 Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik adalah berbeza dengan mata pelajaran lain. Ini kerana ianya memerlukan seseorang itu perlu memahami sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh terlebih dahulu di samping memerlukan kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi ( NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992, Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik pula mestilah bertanggung jawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan ( competence ) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTN,1980). Setiap guru juga mempunyai gaya, teknik, pendekatan serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima ( Shaharir, 1984 ). Walaupun terdapat perbezaan daripada segi cara penyampaian dan pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun begitu kaedah umum yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih sama. Beberapa pendekatan yang perlu difahami dan dikuasai oleh para pendidik matematik ialah pendekatan konstruktivis, pendekatan secara kontekstual, pendekatan berasaskan masalah dan pendekatan berasaskan web.

2.0 Perbezaan Pendekatan Yand Diamalkan Dalam Modul. 2.1 Pendekatan Konstruktivis Konstruktivisme adalah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan sendiri. Pengetahuan itu bukan dipindahkan daripada orang atau sumber lain dan individu membina pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada. Teori konstruktif ini telah disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan; i. Ilmu pengetahuan terhasil daripada inisiatif seseorang individu sendiri. pengetahuan yang dibentuk oleh seseorang itu kerana ingin menyesuaikan dirinya dengan alam sekitar. iii. Ilmu pengetahuan terbentuk hasil daripada rasionalisasi pengalaman individu. iv. Ilmu v. pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada, dan Seseorang individu tidaklah menerima ilmu secara pasif. 4 ii. Ilmu

HBMT1103

Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama ( 5Es: engage, explore, explain, elaborate, and evaluate ) iaitu; Melibat Guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid, murid melibatkan diri. Meneroka Guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka. Menjelas Murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan jawapan. Mengembang Murid membuat perkaitan den melanjutkan konsep. Menilai Guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman konsep. Fungsi utama guru di sini ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru merancang dan mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi pengalaman pembelajaran yang dihajati.

2.2 Pendekatan Secara Kontekstual Menurut teori pembelajaran secar kontekstual, pembelajaran berlaku hanya apabila pelajar memproses maklumat dan pengetahuan baru dalam apa-apa cara yang masuk akal kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri iaitu (dunia dalaman mereka sendiri, memori, pengalaman dan tindak balas). Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermaksud kepada murid dan penekanan perlu diberikan kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja, dan kehidupan seharian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Kaedah pembelajaran secara kontekstual menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman hidup harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ia menyediakan pembelajaran secara konkrit ( nyata ) yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. pembeljaran memindahkan. 5 yang berkaitan, mengalami, Secara umumnya, strategi bekerjasama dan pembelajaran kontekstual perlu distruktur untuk menggalakkan lima bentuk memohon,

HBMT1103

2.3 Pendekatan Berasaskan Masalah Dalam model ini, guru mengemukakan suatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian kepada murid dan masalah yang dikemukakan bukan masalah rutin dan pelbagai jenis penyelesaian yang mungkin boleh digunakan. Dalam hal ini, guru matematik perlu untuk membantu pelajar untuk meneroka masalah matematik yang berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Ini akan membantu mereka belajar melalui pengalaman dan mengaitkan pembelajaran baru kepada pengetahuan sedia ada mereka. Pembelajaran berasaskan masalah ( PBM ) bermula di Sekolah Perubatan Universiti Mc Master lebih 25 tahun dahulu dan sejak itu ianya dilaksanakan di pelbagai pelbagai prasiswazah dan program siswazah di seluruh dunia. Pendekatan PBM kini diperkenalkan dan digunakan dalam pendidikan ( Pusat Pembelajaran dan Pengajaran Maricopa, 2011 ). Apabila menggunakan PBM, guru-guru akan membantu pelajar memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah dalam konteks sebenar, menggalakan mereka mempertimbangkan situasi di mana masalah itu wujud dan cuba mencari penyelesaian ( Nasir, Hand, and Taylor, 2008 ). Menurut Lambros (2010 ), antara ciri-ciri PBM ialah; a. Masalah adalah dunia sebenar dalam alam untuk pelajar di mana mereka dapat melihat dan mengalami situasi untuk mendapat sebarang pengetahuan. b. Masalah dapat mengaktifkan pengetahuan daripada pengalaman sedia ada, dan c. Masalah meniru cara di mana maklumat baru akan digunakan kemudian sama ada dalampenilaian atau amalan.

2.4 Pendekatan Berasaskan Web Pendekatan berasaskan web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna. Menurut Becker & Dwyer,1994 format hipermedia memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar kerana ia dapat mereka dan mencipta suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi. Web juga mendkong dan menggalakan perayauan dan eksplorasi, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi ( High-order thinking skills ), Thuering, Mannenann & Haake, 1995. Pendekatan 6

HBMT1103

berasaskan web memerlukan sambungan internet sebagai medium asas untuk mendapatkan input dan output pengajaran dan pembelajaran. membolehkan perkhidmatan dan program latihan Internet telah dan pembelajaran dapat

disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. Pembelajaran berasaskan web juga dikenali sebagai e-learning atau dengan kata lain iaitu pembelajaran melalui online. Perlaksanaan pembelajaran berasaskan web ini didukung oleh penggunaan teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Menurut Lowe (2000) staf akedemik dan pelajar mendapati pembelajaran atas talian merupakan kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang sama membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar akan berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakarpakar dari universiti melalui e-mel atau akses sendiri ke mana-mana laman web yang menyediakan tapak pembelajaran interaktif. Salah satu laman web yang dibangunkan oleh kementerian pelajaran kita ialah Eduweb TV yang boleh diakses terus secara atas talian di portal kementerian pelajaran Malaysia. Selain itu terdapat banyak laman web yang berunsurkan pembelajaran interaktif telah dibangunkan oleh pihak-pihak tertentu boleh dilayari dan diakses atas talian dengan percuma mahupun berbayar. Amalan harian biasa dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah Apabila diimbas kembali pengajaran dan pembelajaran matematik yang disampaikan pada minggu-minggu kebelakangan ini, saya merasakan proses penyampaian P&P yang dijalankan agak berbeza dengan pendekatan-pendekatan yang dibincangkan seperti di atas. Sebagai contoh, apabila diambil kira satu sesi pengajaran matematik di sekolah, secara kebiasaanya guru akan mengajar secara chalk and talk di mana pada bahagian persediaan, guru terus memperkenalkan tajuk atau sesuatu kemahiran yang hendak diajar tanpa mengira pendekatan seperti model konstruktivis yang mana pelajar didedahkan atau dikaitkan dengan orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Jadual di bawah merupakan perbezaan yang di kenal pasti antara amalan biasa guru jika dibandingkan dengan amalan melalui 4 pendekatan yang dibincangkan. 7

HBMT1103

Amalan Biasa Guru ( Tradisional ) Tiada idea. Penyampaian tajuk terus.

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P) Pendekatan Pendekatan Pendekatan Konstruktivis secara Berasaskan

Pendekatan berasaskan Web

orientasi Orientasi idea -berasaskan secara ada murid.

Kontekstual Masalah Fasa Persediaan Mengaitkan situasi -Mengenal pasti Guru hanya sebagai harian dengan masalah baru -Menjelaskan fasilitator panduan. dan

pengetahuan sedia maklumat

untuk diserap atau masalah masalah yang perlu diselesaikan. Fasa Imaginasi Mengaplikasikan -Mencari alternatif Eksplorasi konsep maklumat konteks dan penyelesaian dalam -Mencari yang penyelesaian secara

Terlalu konsep.

banyak Penstrukturan Meneroka Menjelas Konstruk idea baru

konsep kendiri

amalan tafsiran Idea.

dipandu oleh bahan perisian web yang diprogramkan.

berguna ke dalam masa depan yang dibayangkan. Fasa Perkembangan Mengaplikasi -Melakukan pengetahuan dengan pembelajaran. operasi tajuk -Menilai penyelesaian

Aplikasi konsep Penjelasan Lanjut baru dalam -Aplikasi idea situasi baru

Pemahaman akses kolaboratif chat,forum

secara kendiri, atau atau

berkumpulan melalui

Bekerjasama antara masalah

Lagi melibatkan Penilaian penerokaan lanjut -Kaji perubahan idea. -Penyiasatan lanjutan

ahli kumpulan. email. Fasa Tindakan Pemindahan -Membuat refleksi Permainan interaktif, semula pengetahuan untuk penyelesaian yang latihan penyelesai masalah. dibuat dan pengukuhan pencapaian

dinilai secara terus.

3.0 Contoh Rancangan Pengajaran Harian. 8

HBMT1103

CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR YANG MENGGUNAKAN MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH MATEMATIK TAHUN 2 Bidang Tajuk Masa Standard Kandungan 3.3 : Nombor dan Operasi : Tolak dalam lingkungan 1000 : 2 waktu (60 minit) : Murid dibimbing untuk :

Menyelesaikan masalah tolak. : Murid berupaya untuk : CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI Soalan:

Standard Pembelajaran FASA

(ii) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penolakan dua nombor.

PERSEDIAAN Pemerhatian dan Analisis

Guru menunjukkan barang-barang maujud seperti: Apakah nama alat tulis ini? Nyatakan kegunaan Pensel Buku setiap peralatan ini? Apakah masalah yang selalu timbul Pemadam Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan barang maujud di atas. Apakah tindakan anda untuk mengatasi masalah ini? semasa menggunakan alat tulis ini?

Menjelaskan masalah

Soalan : IMAGINASI Guru memberi satu penyataan 9

HBMT1103

masalah. Penjanaan Idea Sintesis Idea Contoh: Kamu mempunyai 15 batang pensel warna. Ketika kamu mewarna, 5 batang daripada pensel warna anda telah patah. Berapa batang pensel warnakah yang masih tinggal? Mencari penyelesaian Apakah operasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan penyataan masalah ini? Adakah bilangan pensel warna kamu yang elok akan bertambah atau berkurang?

PERKEMBANGAN Guru memberi beberapa situasi (Lampiran 1) dan meminta murid Menilai menyelesaikannya dalam kumpulan dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah Murid menghubungkaitkan operasi tolak dalam masalah yang akan diselesaikan. Contoh: Bentuk ayat matematik

Soalan : Bincangkan dalam kumpulan bagaimana cara menyelesaikan masalah tersebut?

Tunjukkan cara menyelesaikan penyataan masalah tersebut 1. Dalam bentuk ayat matematik. 2. Dalam bentuk lazim

Bentuk lazim

10

HBMT1103

Soalan : TINDAKAN Pelaksanaan Amalan Berterusan Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat. Guru menyemak secara kelas hasil dapatan setiap kumpulan, setelah murid menilai hasil kerja kumpulan yang lain. Kumpulan yang dapat menjawab kesemua soalan dengan betul akan mendapat ganjaran daripada guru. Murid membuat penilaian dan perbandingan hasil dapatan di antara kumpulan. Adakah kaedah yang kamu gunakan dapat menyelesaikan masalah yang diberi? Murid membentangkan hasil dapatan setiap kumpulan. Bagaimana cara kamu mendapat jawapan?

PENTAKSIRAN

Guru mengajukan soalan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan kepada murid. Murid memberi jawapan terhadap soalan yang diajukan oleh guru.

Sebuah buku cerita mempunyai 350 muka surat. Ali telah membaca sebanyak 135 muka surat buku cerita itu. Berapakah bilangan muka surat yang belum dibaca oleh Ali?

NILAI DAN SIKAP Bekerjasama ketika melakukan aktiviti 11

HBMT1103

dalam kumpulan. Sifat kepemimpinan semasa membuat pembentangan. Menghargai rakan-rakan

Lampiran1 Latihan Penyelesaian Masalah

1. Di atas pokok mangga ada dua puluh empat biji buah mangga. Lima belas biji masih hijau dan yang lainnya sudah masak. Berapa biji buah mangga yang sudah masak?

2. Abu dan Ali adalah adik beradik. Abu berumur lapan tahun manakala Ali berumur lima tahun. Berapakah beza umur di antara Abu dan Ali?

12

HBMT1103

3. Dalam kotak telur ada tiga puluh biji telur. Sembilan biji telur telah dimasak oleh nenek. Berapakah baki telur dalam kotak telur itu? 4.0 Penerangan Terperinci Tentang Langkah Pengajaran Berasaskan Masalah. Matapelajaran Bidang Tajuk Standard Pembelajaran Masa Isi kandungan i. Fasa Persediaan Pada fasa persediaan, guru menunjukkan dan menggunakan barang-barang maujud yang biasa digunakan oleh pelajar di kelas seperti buku, pensil dan pemadam. Di sini, guru menngunakan teknik pemerhatian dan analisis serta menjelaskan masalah kepada murid dengan cara bersoal-jawab dengan murid. digunakan ialah seperti; a. Apakah nama alat tulis ini? b. Nyatakan kegunaan setiap peralatan ini murid-murid? c. Boleh murid beritahu apakah masalah yang selalu timbul semasa menggunakan alat tulis ini? d. Apakah tindakan kamu untuk mengatasi masalah ini ? Setelah murid-murid menjawab soalan yang dikemukan guru, secara tidak langsung guru telah mengaitkan masalah tadi dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Di sini, murid-murid telah diperkenalkan dengan penyataan situasi masalah dan cara memahami masalah tersebut dan beberapa kemungkinan cara penyelesaian yang boleh digunakan secara tidak langsung atau spontan. ii. Fasa Imaginasi Antara cadangan komunikasi yang boleh : Matematik Tahun 2 : Nombor dan Operasi : Tolak dalam Lingkungan 1000 :Menyelesaikan masalah harian melibatkan penolakan dua nombor. : 60 minit.

13

HBMT1103

Pada fasa imaginasi,

guru akan memberi satu penyataan masalah sebagai aktiviti

penjanaan idea murid-murid. Contohnya; Kamu mempuyai 15 batang pensil warna. Ketika kamu mewarna, 5 batang daripada pensil warna anda telah patah. Berapa batang pensil warnakah yang masih tinggal ? Pada peringkat sintesis idea, guru boleh membimbing murid mengumpul maklumat daripada penyataan masalah tadi iaitu; Ada 15 pensil warna 5 batang telah patah (patah) membawa maksud rosak atau semakin berkurang dari jumlah asal. Jadi, sebagai langkah mencari penyelesaian, cadangan komunikasi di sini ialah; a. Adakah bilangan pensil warna kamu yang elok akan bertambah atau berkurang? b. Apakah operasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan penyataan masalah ini ?

iii. Fasa Perkembangan Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi beberapa situasi ( lampiran 1 ) dan meminta murid menyelesaikannya dalam kumpulan dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Tugasan setiap kumpulan ialah; a. Bincangkan dalam kumpulan bagaimana cara menyelesaikan masalah tersebut? b. Tunjukkan cara menyelesaikan penyataan masalah tersebut dalam bentuk Ayat matematik. Pengiraan dengan kaedah bentuk lazim. Murid menghubungkaitkan operasi tolak dalam masalah yang akan diselesaikan. Contoh ayat matematik =

Contoh pengiraan dalam kaedah bentuk lazim. 14

HBMT1103

iv. Fasa Tindakan. Pada fasa tindakan murid akan membentangkan hasil dapatan bagi setiap kumpulan. Murid akan membuat penilaian dan perbandingan hasil dapatan antara kumpulan. Guru pula akan menyemak hasil kerja berkumpulan tadi secara kelas setelah murid menilai hasil kerja kumpulan lain. Mana-mana kumpulan yang dapat menjawab kesemua soalan dengan betul akan mendapat ganjaran daripada guru. Berikut merupakan cadangan komunikasi yang boleh digunakan semasa menyoal murid-murid; a. Bagaimanakah kamu mendapat jawapan? b. Adakah kaedah yang kamu gunakan dapat menyelesaikan masalah yang diberi? v. Pentaksiran Untuk pentaksiran, murid bolelah diuji dengan soalan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan kepada murid. Contoh soalan: Sebuah buku cerita mempunyai 350 muka surat. Ali telah membaca sebanyak 135 muka surat buku cerita tersebut. Berapakah bilangan muka surat yang belum dibaca oleh Ali? Murid memberi jawapan terhadap soalan yang diajukan oleh guru. 5.0 Kekuatan dan Kelemahan Penggunaan Pendekatan Berasaskan Masalah. Setelah saya mengajar tajuk Tolak dalam Lingkungan 1000 menggunakan pendekatan berasaskan masalah, saya telah mendapati bahawa 22 daripada 28 orang murid berupaya untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah melibatkan operasi penolakan dua 15

HBMT1103

nombor. Pada pandangan saya, penggunaan pendekatan berasaskan masalah yang digunakan telah banyak membantu murid-murid faham dengan cara untuk menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah harian. Ini adalah kerana pemahaman konsep murid-murid tentang operasi tolak dalam bentuk soalan situasi telah berjaya dilaksanakan bermula dari fasa persediaan persediaan lagi. Berikut merupakan antara kekuatan-kekuatan yang dinilai dari pendekatan berasaskan masalah yang dipilih; a. Pemerhatian dan analisis b. Penggunaan bahan maujud yang betul. Bahan maujud yang dipilih biasa digunakan oleh murid-murid.

Penjanaan idea dan sintesis idea Pemilihan contoh soalan masalah harian yang mempunyai perkaitan dengan masalah-masalah harian yang biasa murid hadapi di sekolah. Contoh seperti penggunaan perkataan pensil warna, patah, rosak dan sebagainya.

c. Mencari penyelesaian Murid dibimbing mengumpul maklumat daripada penyataan masalah. Guru menggunakan kata kunci untuk menunjukkan pemilihan operasi tolak seperti patah, rosak atau berapa yang masih tinggal, baki, kurang, diambil, terbang dan sebagainya. d. Menilai Perbincangan antara ahli kumpulan. Penilaian masalah dan penyelesaian bersama antara ahli kumpulan masing-masing. e. Melakukan operasi Murid dibimbing cara untuk menulis ayat matematik setelah pemilihan operasi dilakukan. Pengiraan dalam bentuk kaedah bentuk lazim memudahkan murid mengira dengan tepat. 16

HBMT1103

f. Menilai penyelesaian masalah Murid berjaya menghubungkaitkan operasi tolak dalam masalah yang akan diselesaikan melalui perkataan kata-kata kunci seperti yang di sebut di atas tadi. g. Perlaksanaan amanal berterusan murid tidak hanya diberi dengan satu,atau dua contoh soalan sahaja malah diteruskan dengan soalan-soalan penyataan masalah lain yang mana diselesaikan secara perbincangan ahli dalam kumpulan kecil. Murid-murid semua terlibat dengan aktiviti P&P.

h. Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat. Murid-murid diberi peluang menilai dan memberi pandangan terhadap hasil kerja kumpulan lain. Guru hanya akan menyemak secara kelas hasil dapatan setiap kumpulan setelah murid menilai hasil kerja kumpulan lain. i. Latihan pengukuhan / pentaksiran. Aktiviti pengukuhan tidak dilupakan. Ianya penting untuk menguji sejauh mana pemahaman murid tentang soalan yang diuji secara individu. Sebagai penilaian pencapaian objektif P&P murid dalam tajuk/kemahiran yang diajar. Terdapat juga kekangan dan kelemahan yang mana tidak dapat dielakkan semasa mengajar menggunakan pendekatan berasaskan masalah. Antaranya ialah; a. Masalah murid tidak boleh membaca. Beberapa orang murid yang masih lemah dalam membaca dan mengeja menyulitkan mereka untuk memahami masalah dalam bentuk ayat. b. Masalah murid tidak kenal nombor. Terdapat segelintir murid yang masih belum menguasai menulis dan mengecam nombor dengan betul. 17 Biasanya terdiri daripada murid kumpulan linus numerasi atau pemulihan.

HBMT1103

c. Masalah asas penolakan melibatkan pengumpulan semula. Terdapat segelintir murid yang belum menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Kesalahan-kesalahan kecil seperti ini juga menyebabkan murid mendapat hasil jawapan yang kurang tepat walaupun mereka tahu untuk memilih operasi yang terlibat untuk menyelesaikan masalah. d. Masalah murid pasif. Murid ini jarang bergaul dengan rakan-rakan lain dan susah untuk menjawab apabila diajukan soalan. Golongan ini biasanya menjauhkan diri dari rakan-rakan dan kurang memberi kerjasama dengan rakan-rakan sewaktu perbincangan dilakukan. e. Masalah murid nakal/hiperaktif. Murid dari kumpulan ini terlalu nakal dan hiperaktif. Guru susah untuk mengawal murid-murid ini. Tumpuan yang sangat lemah semasa penyampaian P&P dijalankan. Suka mengganggu rakan-rakan lain.

6.0 Cadangan Penambahbaikan. Memandangkan kelas tahun 2 merupakan kohot 2 yang terlibat dengan program NKRA iaitu program LINUS maka guru bolehlah membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu kumpulan PERDANA untuk murid-murid yang pandai dan boleh mengikuti P&P biasa manakala bagi kumpulan LINUS NUMERASI, mereka ini akan diajar semula dengan bahan dan bentuk soalan mudah tanpa lari daripada konsep pendekatan berasaskan masalah yang digunakan. Bezanya ialah bentuk soalan dan nombor atau angka yang digunakan melibatkan nombor asas serta melibatkan penyelesaian masalah dengan penolakan tanpa mengumpul semula. 7.0 Rumusan. Sebagai seorang guru matematik, kita sentiasa menghadapi cabaran dalam menjalankan proses P&P di bilik kelas. Bermula dengan pemilihan pendekatan yang diambil seperti pendekatan konstruktivis, pendekatan kontekstual, pendekatan berasaskan masalah dan 18

HBMT1103

pendekatan berasaskan web serta banyak lagi pendekatan lain yang boleh digunakan untuk mengajar murid-murid kita agar mereka dapat memahami konsep dan kemahiran yang ingin diajar dengan cara yang betul dan terarah. Selain itu, persediaan rancangan pengajaran yang rapi dan teliti perlu dirancang dengan lebih awal serta penggunaan bahan bantu mengajar seperti bahan maujud perlu disediakan. Pencapaian objektif P&P kita juga dinilai daripada jumlah murid yang boleh menjawab serta melakukan pengoperasian yang betul dan ini tentulah berbalik kepada cara penyampaian isi pelajaran yang digunakan bermula dari fasa persedian, fasa imaginasi, fasa perkembangan, fasa tindakan seterusnya Pentaksiran yang merupakan penilaian pencapaian objektif P&P kita. ( 2995 patah perkataan )

19

HBMT1103

8.0 Rujukan.

Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur : DBP. Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional : Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM . Kuala Lumpur: DBP Maricopa Center for Learning and Instruction (2011). Problem-based learning in mathematics: A tool for developing students conceptual knowledge. Retrieved from http:// www.mcli.dist.maricopa.edu/pbl/info.html Nasir, N.S., Hand,V., & Taylor, E.V. (2008). Culture and mathematics in school: Boundaries between cultural and domain knowledge in mathematics classroom and beyond. Review of Research in Education, 32, 187-240. http:// www.eduwebtv.com/ M.Azhar A.Hamid, (2004). Kreativiti: Konsep, Teori dan Praktis. Skudai Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Sharipah AB Rahman, Nor Hawan Misran, Rubaidah Ismail, Murugiah Velaytham, Dr Yeoh Poh Choo (2006). HBMT1103 Introduction to Mathematics Education. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.

20

HBMT1103

21

Vous aimerez peut-être aussi