Vous êtes sur la page 1sur 2

PEMANASAN GLOBAL; FAKTOR, KESAN DAN CARA MENGATASINYA

1.0 PENGENALAN

Mutakhir ini, isu pemanasan global menjadi bualan dan sedang rancak dibicarakan di seluruh dunia. Hal ini menimbulkan kebimbangan semua pihak kerana ianya akan memberi kesan negatif terhadap kita sebagai manusia dan khususnya kepada alam semesta yang kita cintai ini. Namun demikian, masih ada segilintir manusia yang masih kurang sedar dan kurang memahami realiti sebenar mengenai isu ini.

Pemanasan global ialah suatu isu yang berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia, suhu bumi mula meningkat dua darjah dan kadar peningkatan ini berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian yang dijalankan mendapati kawasan Artik lebih cepat menjadi panas jika dibandingkan dengan kawasan lain. Pada kebiasannya, perubahan iklim akan berlaku dalam tempoh 10,000 tahun, tetapi kini perubahan itu berlaku hanya dalam tempoh 100 tahun iaitu jaraknya dua generasi sahaja. 1 Secara ringkasnya, pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. 2

Hare. T (1992, 4) berpendapat bahawa pemanasan global merupakan kenaikan suhu bumi yang disebabkan oleh peningkatan paras gas-gas yang dibebaskan ke atmosfera seperti gas karbon dioksida, gas metana dan lain-lain.3

1 2

T.p. 01 Jun 2010. Pemanasan Global. http://ms.wikipedia.org T.p. 20 April 2008. Fenomena Pemanasan Global. http://maribelajar.forumotion.com 3 Eddie Larry Laimin dll. T.t. Sejauhmanakah Seriusnya Isu Pemanasan Global Memberi Kesan Kepada Pengguna. http://www.scribd.com

Vous aimerez peut-être aussi