Vous êtes sur la page 1sur 11

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Sidang Akademik 2010/2011 JMS 416 - Sejarah Sosio-Politik

Malaysia: Gerakan Protes

Soalan 1 : Bincangkan gerakan-gerakan anti Jepun 1942-1945 di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
1

Pada tanggal 8 Disember 1941, Jepun telah mendarat di Kota Bharu dan

seterusnya ke Kuantan dan Mersing. Tentera Jepun meneruskan kemaraan dengan menawan Jitra pada 12 Disember 1941. Tentera Jepun memasuki Kuala Lumpur pada 1 Januari 1942. Repulse dan Prince of Wales adalah dua buah kapal perang British yang digunakan utk mempertahankan perairan Tanah Melayu dari serangan Jepun. Malangnya kapal itu telah ditenggelamkan oleh Jepun di perairan Pahang. Akhirnya, Singapura ditawan pada 15 Februari 1942. Sabah dan Sarawak juga menjadi sasaran Jepun disebabkan kepentingan minyaknya. Di negeri Sarawak pula, pada 7 Disember 1941, kapal terbang tentera udara terbang melalui ruang angkasa di Bandar Kuching.2Miri diserang pada 16 Disember 1941. Dari Miri, tentera Jepun menuju ke Kuching, Labuan, pantai barat Sabah dan seterusnya ke Sandakan. Kemudian, pada 25 Disember 1941, Bandar Kuching telah ditawan oleh pihak Jepun. Pada 1hb Januari 1942, tentera Jepun mendarat di Pulau Labuan, Sabah. Matlamatnya untuk menakluk Borneo Utara dicapai dengan pantas. Pada 16hb Mei 1942,
1

Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Tumpuan di Negeri Kedah), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm.1. 2 Haji Buyong Adil, Sejarah Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1981,hlm.23.

secara keseluruhannya negeri ini jatuh ke tangan Jepun. Di bawah pentadbiran Jepun, ia dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian Persisiran Pantai Barat termasuk pendalaman dan bandar Kudat dinamakan Sheikai Shiu dan bahagian Persisiran Pantai Timur dinamakan Tokai Shiu.
3

Pendudukan Jepun di Sabah ditentang oleh kumpulan-kumpulan gerila. Antara

penentangan yang dilakukan adalah Gerila Kinabalu yang diterajui Albert Kwok di Persisiran Pantai Barat dan satu lagi dipimpin Datu Mustapha pada bahagian utara. Akan tetapi, Gerila Kinabalu terhapus dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Kwok dan ahli-ahli sekutunya di Petagas pada tarikh 21hb Januari 1944. Pembebasan daripada cengkaman Jepun bermula pada 9hb Jun 1945 apabila Divisi Kuasa Imperial Australia ke-9 menyerang kedudukan Jepun di Labuan. Perang yang berlaku di Borneo Utara tamat dengan penyerahan kalah rasmi oleh Leftenen Jeneral Masao Baba di Pulau Labuan pada 10hb September 1945, Kolonel Elimus di Papar pada 15hb September 1945 dan Major Akashi di Beaufort pada 17hb September 1945. Ini merupakan hasil pengeboman bersama Pasukan Perikatan (Australia, British, Amerika Syarikat dan New Zealand) yang dalam prosesnya juga memusnahkan bandarbandar Sandakan, Jesselton dan Labuan. Selain di Sabah dan Sarawak, Ketumbukan ke 5 tentera Jepun yang dipimpin oleh Lt. Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang Kedah mula mendarat di Singgora pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941, pasukan tentera Jepun di
3

www.Sejarah Malaysia .pnm.my

bawah perintah Kolonel Saeiki mula menyerang sempadan Bukit Kayu Hitam tetapi serangan tersebut dapat ditangkis tentera British. Namun serangan balas pada pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur ke Asun. Tentera British yang mempertahankan Asun kemudiannya diasak dan memaksa mereka berundur ke Jitra. Dalam masa yang sama, tentera British yang mempertahankan Perlis terpaksa berundur ke Jitra. Semasa pengunduran, tentera British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Kodiang dengan Jitra. Ini menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke Jitra. Sementara itu, di sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada awalnya ditentang oleh Kor ke III India dari Tentera India dan beberapa batalion tentera British. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang mempertahanan pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan bertahan agar menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju kearah Sungai Perak.
4

Serangan ke atas Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada rancangan

besar Jepun yang bercita-cita untuk menubuhkan sebuah pemerintahan baru Asia Timur Raya yang berpusatkan negeri Jepun dan meliputi negeri Jepun sendiri, China, Mancukuo, Indocina Perancis, Siam, Tanah Melayu, Borneo, Kepulauan Hindia Timur, Australia, New Zealand dan India.

Lotfi Ismail,Sejarah Malaysia 1400-1963,Utusan Publications & Distributors,K.L:1980,hlm.235.

Setelah Jepun menakluki Tanah Melayu, tentera Jepun mula bertumpu Sabah

dan Sarawak. Di negeri Sabah, serangan dilakukan ke atas Labuan yang menjadi sasaran utama Jepun pada 1hb. Januari 1942. Kemudian Jepun telah berjaya menawan Kota Kinabalu pada 9hb. Januari 1942. Seterusnya, di negeri Sarawak pula, Jepun telah menyerang Sarawak pada 7hb. Disember 1941. Pada masa itu, kapal terbang tentera udara terbang melalui ruang angkasa di Bandar Kuching. Jepun menduduki Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selama lebih kurang tiga tahun setengah. Sungguhpun tidak begitu lama, tetapi telah membawa perubahan yang penting dari segi aspek ekonomi, politik dan sosial. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu melalui mendapatkan sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan semboyan, Asia untuk Orang Asia. Di samping itu, pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah penuh dengan kucar-kacir, kepahitan dan kesengsaraan. Oleh kerana pemerintahan Jepun itu terlalu kejam, zalim dan keras, maka ramai penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah lari meninggalkan keluarga mereka lalu masuk ke hutan-hutan dan menyusun pasukan-pasukan di bawah tanah bagi menentang kerajaan Jepun.
6

Penduduk di Tanah Melayu menderita akibat seksaan Jepun. Mereka menghadapi

masalah kekurangan makanan, penyakit-penyakit berleluasa, pengangguran semakin meningkat dan dipaksa bekerja untuk menjayakan matlamat peperangan Jepun.

Mohd Idris Salleh, Che Su Mustaffa dan Fauziah Shaffie, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara Kuala Lumpur: Percetakan Sumber Sdn.Bhd. 1944, hlm.73. 6 Kok Koun Chin, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1988, hlm.98.

Setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom, Maharaja Jepun menyerah diri. Namun pentadbiran Jepun di Singapura dan Tanah Melayu belum sanggup berbuat demikian. Apabila Jepun telah menyerah kalah, M.P.A.J.A. telah bermaharajalela sebagai Parti Komunis Malaya (PKM). Parti ini telah ditubuhkan pada 20 April 1930. Parti Kuomintang dari China telah memainkan peranan penting dalam penyebaran perfahaman Komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu telah diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan Komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi ia telah diharamkan pada tahun 1930. Kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan bertujuan untuk menghalau keluar Jepun dari Tanah Melayu dan ingin menubuhkan Republik Komunis. Pada masa itu, apabila Jepun menyerang Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Walaupun PKM tidak dapat berkembang dengan pesat pada peringkat awal, tetapi ia tidak dapat bergerak dalam dua aktiviti penting pada ketika itu. Pertama, PKM berjaya mempergunakan keadaan kemelesetan ekonomi dalam mempengaruhi kaum buruh di Tanah Melayu untuk mengadakan permogokan. Dengan itu, dapat menimbulkan ketidakstabilan ekonomi yang boleh menjejaskan kekuatan ekonomi dan pentadbiran British di Tanah Melayu. PKM berjaya

mempengaruhi pekerja dari hampir semua bidang termasuklah pekerja kuari, pekerja binaan, pekerja kilang nenas, pembuat kasut, orang gaji, pekedai dan pekerja di estet getah. Antara contoh mogok adalah seperti yang berlaku di Kuala Lumpur, dalam kalangan tukang kasut pada tahun 30 Disember 1933.

PKM mula mendapat sanjungan dan pengikut yang ramai kerana PKM dianggap sebagai pelindung kepada orang-orang Cina daripada Jepun. Seterusnya, PKM juga telah melarikan diri ke hutan dan dengan adanya kerjasama British berjaya menyertai Malayan Anti-Japanese Union (MAJU) di bawah pihak British.
7

Seterusnya, apabila Jepun menduduki Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya bantuan daripada British. Menurut Miller, dalam

(PKM) juga telah mendapatkan

bukunya, The Jungle War in Malaya beliau telah menegaskan terdapat kira-kira dua ratus anggota PKM telah mendapat latihan dari pihak British sebelum jatuhnya Singapura pada Februari 1942.
8

Pada masa itu, British juga telah menubuhkan sekolah latihan khas 101 di

Singapura. Parti ini telah diketuai oleh Kolonel Spencer Chapman untuk melatih pegawai-pegawai tentera serta anggota-anggota PKM bagi menentang serangan Jepun. gerila diadakan. Tetapi kegagalan dihadapi pada setiap kali apabila serangan diadakan ke atas Jepun. Jadi, bagi mengatasi masalah ini, serta bertujuan untuk mendapatkan sokongan ramai maka PKM telah menubuhkan M.P.A.J.A. Pendek kata, angkara pihak Jepun terhadap penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak menimbulkan rasa benci di dalam jiwa orang-orang Asia terhadap Jepun.

Beberapa pasukan dan pertubuhan yang menentang Jepun secara gerila. Antara gerakan anti-Jepun termasuklah Tentera-tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (The Malayan Peoples Anti Japanese Army) atau dikenali sebagai M.P.A.J.A. Pasukan atau tentera M.P.A.J.A.ini mempunyai cawangan-cawangan di setiap negeri dan ia dipimpin oleh orang-orang Komunis. Sebahagian besar daripada ahli-

7 8

Asmawati Ahmad Ishak, Sejarah Tanah Melayu,Kuala Lumpur: Penerbitan Seri Kota, 1989,hlm.9. M.Thambirajah,Malaysia dalam Sejarah Dua,hlm.188

ahlinya merupakan orang-orang Cina dan dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Parti ini telah bekerjasama dengan pihak Inggeris bertujuan untuk menghalau keluar orang-orang Jepun dari Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Pihak Inggeris telah membantu ahli-ahli M.P.A.J.A. dengan memberikan senjata yang agak lengkap untuk menentang pihak Jepun. Tambahan pula, pihak Inggeris juga telah memberikan latihan tentera kepada pasukan M.P.A.J.A. demi mendapatkan kebebasan daripada pihak Jepun. Demi mendapatkan kejayaan dalam penentangan,

M.P.A.J.A. telah menggunakan taktik gerila, iaitu serangan secara mengejut dan sulit dari kawasan hutan. Tujuan utama M.P.A.J.A. adalah untuk melatih dan membentuk suatu pasukan tentera yang kuat untuk membantu pasukan tentera Bersekutu apabila tentera-tentera Bersekutu itu mendarat semula di negeri ini. Parti M.P.A.J.A. telah dibantu oleh pihak Bersekutu dengan menaburkan senjatasenjata dan bekalan makanan melalui perkhidmatan udara. Di samping itu, terdapat juga pegawai-pegawai tentera Inggeris yang turut menyertai kegiatan-kegiatan M.P.A.J.A. sambil memberi latihan-latihan tentera kepada ahli-ahli M.P.A.J.A.. Pertubuhan anti Jepun yang seumpama ini dikatakan terdapat juga di Sarawak dan di Sabah. Pada tahun 1943, pasukan M.P.A.J.A. pula, disertai oleh pegawai-pegawai Pasukan Force 136 yang datang dari India melalui perkhidmatan udara atau melalui kapalselam telah hadir ke Tanah Melayu bertujuan untuk mempersatukan kegiatankegiatan menentang Jepun. Force 136 merupakan satu ketumbukan khas dan gerakan bawah tanah yang ditubuhkan untuk menentang Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Force 136 telah

melancarkan beberapa perang gerila demi menjatuhkan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.. Di Pahang pula, Tentera Wataniah juga telah bertungkus-lumus menentang Jepun. Force 136 dan Wataniah merupakan antara pasukan gerila yang diwujudkan semasa zaman penjajahan Jepun di negeri Pahang. Pasukan ini adalah berpunca daripada inisitif 'Orang New Zealand' iaitu Douglas Richardson. Pemimpin Melayu pada masa itu ialah Haji Abdul Jamal, Cikgu Sulaiman, Penghulu Ungku Zohrin dan Yeop Mahidin di Daerah Raub dan Kuala Lipis. Selain orang Melayu, mereka juga telah dibantu oleh orang Asli. Force 136 juga merupakan sebuah pasukan rahsia dan dihantar ke Tanah Melayu melalui payung terjun. Manakala, Wataniah pula, adalah pasukan gerila pimpinan orang Melayu Pahang bagi membantu Force 136 dan sabotaj Jepun. Force 136 dan Wataniah ini adalah pasukan gerila yang diwujudkan di belantara Tanah Melayu. Pada 2 Jun 1945, telah berlaku satu perjumpaan para pemimpin Force 136 di sebuah tempat berhampiran dengan Sungai Tersang iaitu 18 KM dari Raub. Seterusnya, pada 23 Julai 1945, pasukan Wataniah pula dipimpin oleh Yeop Mahidin. Maka wujud pula empat platun iaitu BATU MALIM (49 orang), DONG (41 orang), RAUB (69 orang) dan SEGA (43 orang). Pada awalnya, penentangan terhadap Jepun telah diadakan dengan adanya kerjasama daripada pihak British. Mereka telah menentang Jepun berdasarkan pada perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940. Ia juga telah mengambil peluang dalam membalas dendam terhadap pihak yang dianggap bersuhabat dengan Jepun. Pada masa ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar telah berangkat ke Kuala Lipis yang pada ketika itu merupakan pusat pentadbiran bagi negeri

Pahang. Sewaktu perjalanan pulang dari Kuala Lipis ke Pekan, baginda telah dilaporkan 'hilang' kerana diculik di Tong Kiat Estet (Sg Jerik, Maran sekarang). Baginda diwar-warkan orang Jepun bahawa pihak M.P.A.J.A yang menculik baginda bagi membangkitkan kemarahan orang melayu. Nasib baik, orang Melayu tunggu dan lihat. Sebenarnya pihak Force 136 yang menyelamatkan baginda ketika berlaku tembak menembak antara pasukan Jepun dan MPAJA. Setelah pulih keadaan, baginda diawasi oleh kumpulan Force 136 hingga ke Pekan. Mereka inilah yang mengawal tanahair sewatu penyerahan diri oleh Jepun dan tindakan liar M.PA.J.A.. Pasukan gerila di negeri Pahang dikenali WATANIAH. Mereka inilah membantu Force 136 yang dipimpin pegawai Inggeris. Force 136 telah dibubarkan pada bulan Disember 1945. Wataniah terus diwujudkan hingga sekarang. Pasukan gerila Datu Mustapha juga telah menjalankan penentangan di Kudat. Diikuti pula, Pasukan gerila Sandakan pula menjalankan penentangan di Sandakan. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu didapati telah bertanggungjawab dalam mempercepatkan pertumbuhan semangat kebangsaan di kalangan rakyat negeri ini khasnya, dalam kalangan orang-orang Melayu. Rakyat Melayu mula sedar bahawa anggapan dan pandangan yang bersifat seperti memuja orang-orang Inggeris selama ini jelas terbayang pada sikap dan pandangan kebanyakan orang Melayu kini telah mula berubah. Lebih-lebih lagi, apabila Jepun telah menyerah kalah, PKM telah keluar dari hutan dan mengambil alih pentadbiran sebelum ketibaan pihak British. Pemerintahan PKM telah berlangsung selama dua minggu dan ia dikenali sebagai Bintang Tiga. Ketika itu, orang-orang Melayu mula bertindak-balas terhadap kekejaman anggota

Komunis Bintang Tiga. Antara pasukan yang kejam adlah seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Seterusnya, setelah British megambil alih pentadbiran di Tanah Melayu, maka Komunis Bintang Tiga tidak dapat mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan, Komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera M.P.A.J.A. dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit seperti sebanyak $350 bagi seorang. Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi Komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (M.P.A.J.A.) berfahaman Komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin

Lasso(Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa walaupun penjajahan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membawa kekejaman dan penuh penyeksaan , tetapi menurut aspek lain, ia merupakan satu peristiwa yang bermakna dan meninggalkan seribu kenangan dalam hidup masyarakat di Tanah Melayu pada waktu itu hinggalah ke hari ini. Akhirnya, Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Hal ini kerana Amerika Syarikat telah menggugurkan bom ke atas Bandar Hiroshima.

10

1. Asmawati Ahmad Ishak, Sejarah Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan Seri Kota,1989. Haji Buyong Adil, Sejarah Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1981. 3. Koun Chin, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1988. 4. Lotfi Ismail,Sejarah Malaysia 1400-1963,Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur:1980.
5.

2.

Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Tumpuan di negeri Kedah), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,1992.

6. Mohd. Idris Salleh, Che su Mustaffa dan Fauziah Shaffie,Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara,Kuala Lumpur: Percetakan Sumber Sdn.Bhd.,1944. 7. M.Thambirajah, Malaysia dalam Sejarah Dua.
8.

www.Sejarah.pnm.my

11

Vous aimerez peut-être aussi