Vous êtes sur la page 1sur 13

Folio Pendidikan Moral 2012

Nama : Manoraj A\L Batumalai Tingkatan : 5 perdagangan 2 A\G : XXXXXXX I\C : XXXXXX-XX-XXXX Sekolah : Smk Kampung Jawa Guru Penilaian : xxx

Biodata Diri Nama Calon : xxx Tingkatan : xxx No. IC : xxxxxx-xx-xxxxGuru Penilaian : xxx Sekolah : xxx xxx xxx Angka giliran : xxx xxx xxx

BIL 1 2 3 3.1 3.2 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 4.0 4.1 4.2 5 6 7

PERKARA Penghargaan Isi Kandungan Tugasan Harian 1 Tugasan Harian 2 Tugasan Harian 3 Tugasan Harian 4 Tugasan Harian 5 Tugasan Harian 6 Tugasan Harian 7 Tugasan Harian 8 Kerja Amal 1 Kerja Amal 2 Kerja Amal 3 Kerja Amal 4 Rumusan Lampiran Tamat

M\S

Tugasan Harian 1
KEBURUKAN MENAGIH DADAH
Isu penagihan dadah kerap menjadi bahan perbincangan di kalangan pemimpin negara dan media massa. Paparan di surat khabar dan televisyen menunjukkan perbuatan penagihan dadah semakin bertambah setiap tahun. Pada pendapat saya, isu penagihan dadah ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Perbuatan penagihan dadah boleh membawa keburukan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Keburukan penagihan dadah yang pertama ialah kepada diri sendiri. Penagih dadah akan mendapat pelbagai jenis penyakit yang berbahaya seperti barah dan AIDS. Sama ada kita sedar atau tidak, sehingga kini penyakit AIDS masih tiada ubatnya. Selain itu, penagih dadah juga akan mencuri atau merompak untuk mendapatkan wang dan jika ditangkap, penagih dadah ini pasti akan dipenjara atau dihantar ke pusat pemulihan dadah. Individu yang menagih dadah juga akan menyusahkan keluarga. Penagih dadah yang tidak mempunyai pekerjaan, biasanya akan meminta wang daripada ibu bapa atau keluarga untuk membeli dadah dan jika tidak diberi, penagih dadah tersebut akan mengamuk, kadangkala mereka akan mengambil barangbarang yang berharga kepunyaan ahli keluarga rga untuk dijual atau digadaikan. Keadaan ini pastinya akan menyebabkan berlakunya pergaduhan. Justeru, keharmonian keluarga akan terganggu. Jika terdapat penagih dadah di kalangan masyarakat setempat pastinya kita akan renghadapi pelbagai masalah. Hal ini kerana penagih dadah yang tidak mempunyai pekerjaan akan mencuri harta benda masyarakat setempat untuk dijual bagi mendapatkan wang. Kadangkala penagih dadah juga memasuki rumah jiran tetangga terutama rumah yang dihuni oleh warga tua untuk mencuri wang atau barang yang berharga. Keadaan ini pastinya akan mengganggu ketenteraman hidup masyarakat. Pihak kerajaan juga turut menghadapi masalah dalam isu penagihan dadah ini. Sebenarnya, pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi memulihkan penagih dadah di seluruh negara. Namun begitu, nampaknya wang yang dikeluarkan selama ini hanyalah satu pembaziran kerana kebanyakan penagih dadah yang telah dipulihkan itu akan menagih dadah semula. Pada masa yang sama pihak kerajaan terpaksa bekerja keras untuk menangkap pengedar-pengedar dadah yang begitu berani melanggar undang-undang negara. Selain itu, penagih dadah juga turut merosakkan imej negara. Sebagai contoh. terdapat penagih dadah berpakaian lusuh yang sering meminta wang daripada orang ramai termasuklah pelancong asing di tempat tertentu seperti di stesen bas. Keadaan ini pasti akan menjatuhkan imej negara pada pandangan mata pelancong asing. Imej negara juga turut tercemar apabila ada pihak luar negara berpendapat, kerajaan Malaysia gagal menangani masalah penagihan dadah di negara ini yang nampaknya semakin berleluasa. Sebagal kesimpulan, terdapat beberapa masalah yang wujud kerana perbuatan penagihan dadah. Oleh itu, semua pihak mestilah berganding bahu menangani masalah penagihan dadah. Pada pendapat saya, undang-undang yang lebih ketat patut digubal agar penagih dan pengedar dadah takut melakukan perbuatan yang salah ini. Malaysia mungkin perlu belajar darl negara jlran tentang strategi menangani permasalahan dadah ini dengan lebih serius lagi.

Tugasan Harian 2
KEBAIKAN TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang dimiliki oleh ramai rakyat Malaysia. Pada masa kini telefon bimbit dianggap sebagal satu keperluan dalam kehidupan seharian. Telefon bimbit telah banyak mempengaruhi gaya hidup kita pada masa ini. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan telefon bimbit. Antara kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagal alat perhubungan. Contohnya, telefon bimbit membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung untuk bertanya khabar. Telefon bimbit juga penting kepada pemandu kenderaan apabila berlaku sesuatu kemalangan di jalan raya. Jika berlaku kerosakan kenderaan pula, pemandu boleh menghubungi bengkel membaiki kenderaan atau juruteknik untuk membalki kenderaan tersebut. Selain itu, telefon bimbit juga boleh dijadikan sebagal alat untuk melayari internet. Pada masa kini, perkhidmatan internet amat penting kepada para peniaga. Ramai pelajar universiti dan orang awam juga turut menggunakan perkhidmatan internet ini. Dengan menggunakan telefon bimbit, kita boleh melayari internet di mana sahaja, pada bila-bila masa dan dapat memperolehi sesuatu maklumat yang diperlukan dengan cepat. Seterusnya, kebaikan telefon bimbit ialah ia boleh dijadikan sebagai alat hiburan. Dengan memiliki telefon bimbit, kita dapat mendengar lagu dan rancangan di radio. Pada masa kini, telefon bimbit juga boleh digunakan untuk menonton rancangan di televisyen. Di dalam telefon bimbit ini juga ada pelbagai jenis permainan dan permainan ini amat disukai oleh golongan muda bagi mengisi masa lapang mereka. Di samping itu, telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai kamera. Kita boleh mengambil pelbagai jenis gambar dan gambar ini boleh disimpan di dalam komputer atau dicetak. Telefon bimbit juga boleh berfungsi sebagal alat perakam video. Dengan memiliki telefon bimbit, kita boleh menjimatkan wang kerana kita tidak perlu lagi membeli alat perakam video. Telefon bimbit juga membolehkan kita memasuki pelbagal jenis pertandingan. Kita berkemungkinan memenangi pelbagai hadiah apabila menyertal pertandingan tersebut. Kita juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menderma wang melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Dengan menggunakan telefon bimbit, kita dapat melakukan banyak perkara dengan mudah dalam kehidupan seharian.

Tugasan Harian 3
LANGKAH MENGATASI MASALAH PONTENG SEKOLAH DI KALANGAN PELAJAR
Isu ponteng sekolah di kalangan pelajar kerap menjadi bahan perbincangan masyarakat dan media massa. Kebiasaanya apabila sesuatu peperiksaan awam atau peperiksaan akhir tahun telah tamat maka banyak kes ponteng sekolah berlaku. Isu pelajar ponteng ini tidak wajar dipandang ringan oleh pihak sekolah dan masyarakat. Jika isu pelajar ponteng ini tidak ditangani dengan segera, pelbagai masalah sosial akan timbul. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ponteng di kalangan pelajar. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memberi kesedaran kepada pelajar tentang keburukan ponteng sekolah. Pada masa yang sama, pelajar juga mesti diberikan kesedaran tentang kepentingan datang ke sekolah dan menjadi pelajar yang cemerlang. Selain itu, pelajar juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa yang banyak berjasa kepada mereka. Programprogram kesedaran tentang tanggungjawab pelajar boleh dibuat oleh pihak sekolah dan Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG). Jika pelajar mempunyai kesedaran mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga dan negara, pasti pelajar tidak akan ponteng sekolah lagi. Di samping itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting dalam membendung gejala ponteng sekolah. Hal ini kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa ketika berada di rumah. Oleh Itu, ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak terlibat dalam masalah ponteng sekolah kerana perbuatan tersebut boleh merugikan mereka dan merosakkan nama baik keluarga. Nasihat kepada anak-anak ini perlu diberikan secara berterusan. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa. Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah. Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Masyarakat sewajarnya tidak bersikap individualistik dalam hal menangani gejala ponteng sekolah. Pada masa yang sama, lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau. Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng. Media massa juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng sekolah. Hal ini kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang tidak dapat disangkal lagi. Oleh itu, media elektronik seperti televisyen boleh memaparkan kesan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah agar boleh menjadi pengajaran kepada mereka. Selain itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar. Sebagai pihak yang paling berkuasa, pihak sekolah boleh mengambil dua pendekatan iaitu nasihat dan hukuman. Pihak sekolah juga boleh memberikan nasihat dan kesedaran melalui kempen yang dijalankan oleh guru kaunseling sekolah.

Tugasan Harian 4
SEBAB BERLAKU MASALAH DISPLIN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
Pernahkah kita menyedari apakah yang menyebabkan banyaknya berlaku masalah displin di kalangan pelajar sekolah. Antara sebab berlakunya masalah displin pelajar ialah sikap pelajar itu sendiri. Pelajar yang tidak berdisiplin ini lazimnya tidak mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan kurang didikan agama serta moral. Oleh itu, mereka kerap melanggar peraturan sekolah seperti datang lambat, merokok dan bergaduh. Sewajarnya para pelajar mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan demi kebaikan semua pihak di sekolah. Pihak seterusnya yang mempengaruhi masalah disiplin di sekolah ialah ibu bapa. Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak memberikan didikan nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka. Ada ibu bapa sering memarahi anak-anak tanpa alas an munasabah. Anak-anak yang tidak bahagia di rumah, turut berasa tidak bahagia juga apabila berada di sekolah. Kesannya, mereka akan melakukan pelbagil perkara yang melanggar disiplin sekolah. Oleh itu, sewajarnya pihak ibu bapa dapat memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak agar anak anak dapat ke sekolah dengan perasaan tenang dan ceria. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong kepada masalah disiplin pelajar. Pelajar sewajarnya memilih rakan yang baik, berdisiplin serta rajin belajar. Jika pelajar memilih rakan sebaya yang tidak baik akan turut terpengaruh dengan perbuatan negatif tersebut. Lazimnya, pelajar yang tidak berdisiplin selalu melanggar peraturan sekolah seperti ponteng kelas dan merosakkan harta benda sekolah. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memantau dan mengenali rakan-rakan anak mereka serta memastikan rakan-rakan anak mereka bebas darlpada unsur negatif. Di samping itu, sikap pihak sekolah juga boleh mendorong ke arah wujudnya masalah disiplin di kalangan pelajar. Justeru, pihak sekolah mestilah sentiasa memantau pelakuan pelajar pada setiap masa dan menghukum pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

Tugasan Harian 5
SEBAB BERLAKU PERBUATAN BULI
Isu buli di sekolah merupakan masalah displin yang serius di sekolah. Isu buli ini hangat diperkatakan kerana beberapa kes buli telah menyebabkan kecederaan yang serius dan ada juga kematian. Sesungguhnya isu ini tidak harus dipandang ringan oleh masyarakat kerana isu ini boleh mengganggu perkembangan bidang pendidikan yang sememangnya penting untuk kemajuan negara. Berluasanya isu buli telah menjadikan sistem pendidikan negara terganggu kerana sesetengah pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana menjadi mangsa buli. Apakah yang menyebabkan masalah buli di sekolah kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa? Sebenarnya terdapat beberapa sebab berlakunya perbuatan membuli di sekolah. Faktor pertama berlakunya perbuatan buli ialah sikap pelajar berkenaan. Banyak kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang membuli ini adalah pelajar yang kurang berdisiplin. Pelajar ini didapati selalu bergaduh sama ada dengan adik-beradik ketika berada di rumah dan bergaduh dengan kawan-kawan jika berada di luar rumah. Sebahagian daripada perlakuan buli yang dilakukan juga bertujuan untuk membalas dendam atau menyakiti fizikal seseorang serta mahu mendapatkan perhatian daripada orang lain. Pelajar ini biasanya mempunyai kawan-kawan yang berkelakuan negatif seperti menghisap rokok, bergaduh dan ponteng sekolah. Masalah yang dihadapi oleh pelajar itu dalam keluarga juga boieh menyebabkan kegiatan buli berlaku. Pelajar berkenaan ingin membalas dendam kerana di rumah mereka sering dimarahi dan didenda oleh ibu bapa. Hal inl disebabkan mereka selalu berkelakuan tidak baik kepada ahli keluarga. Selain itu, ibu bapa yang sering tiada di rumah kerana sibuk bekerja juga telah menyebabkan pelajar berkenaan tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. Oleh itu, mereka sering melakukan kesalahan disiplin termasuklah membuli untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka. Faktor pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca kepada terjadinya kegiatan membuli. Pengaruh rakan sebaya dalam tingkah laku seseorang memang tidak dapat disangkal lagi. Terdapat pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan. Mereka seronok melihat pelajar yang dibuli menangis atau marah kepada mereka. Lebih menjejaskan keadaan apabila perbuatan buli ini boleh membawa kepada kecederaan atau kematian. Perbuatan buli juga boleh berpunc a daripada pengaruh media massa. Media massa yang paling berpengaruh ialah televisyen dan permainan video. Dewasa ini terdapat banyak stesen televisyen yang menayangkan filem yang berunsur ganas. Sewajarnya pihak media perlu memastikan program yang disiarkan di televisyen tidak mendatangkan kesan negatif kepada golongan muda, terutamanya peiajar sekolah. Pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan kepada berlakunya gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolah dapat berperanan dengan baik. Sesungguhnya, pelajar akan menjadi semakin nakal jika mendapati pihak jawatankuasa disiplin sekolah tidak mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Antara masalah disiplin yang perlu diambil tindakan dengan segera ialah bergaduh, menghisap rokok dan ponteng sekolah. Jika pihak jawatankuasa disiplin sekolah dapat memainkan peranan dengan proaktif, maka sudah pastilah gejala buli dapat dibanteras.

Tugasan Harian 6
KEBAIKAN MENGIKUTI KEM MOTIVASI
Ibu bapa sering mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Terdapat sekolah yang menganjurkan kem motivasi kepada pelajar semasa cuti sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Setiap pelajar wajar mengikuti kem motivasi. Terdapat beberapa kebaikan jika pelajar mengikuti kem motivasi. Antara kebaikan mengikuti kem motivasi ialah pelajar akan mendapat semangat baru untuk belajar. Dalam setiap kem motivasi, pelajar akan dirangsang supaya mencapai kecemeriangan dalam pelajaran. Pelajar akan diberi kata-kata motivasi seperti 'Saya boleh!' dan 'Saya yang menentukan kejayaan saya!'. Pelajar juga akan diberikan kesedaran tentang kebaikan menjadi pelajar yang cemerlang dan tingginya harapan ibu bapa terhadap mereka. Selain itu, pelajar yang menyertai kem motivasi juga akan mengetahui teknik belajar yang betul. Teknik belajar yang betul penting supaya pelajar dapat cepat mengingati kandungan pelajaran yang dibaca dalam jangka masa yang panjang. Pelajar juga akan diberi kesedaran tentang penggunaan dan pengurusan masa yang betul. Oleh itu, pelajar digalakkan membuat jadual belajar dan mematuhi jadual tersebut. Kebaikan seterusnya mengikuti kem motivasi ialah pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. Nilai-nilai murni ini dapat dipupuk secara langsung atau tidak secara langsung. Antara nilainilai murni tersebut ialah nilai hormat-menghormati dan nilai kerajinan. Sesungguhnya dengan mengamalkan nilai kerajinan, pelajar boleh berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan juga kehidupan. Di samping itu, pelajar juga akan mendapat kenalan baru apabila menyertai kem motivasi. Terdapat kem motivasi yang menggabungkan beberapa buah sekolah. Apabila mendapat kawan baru, mereka dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara. Pelajar juga dapat bertukartukar soalan peperiksaan yang mereka miliki. Kebaikan lain menyertai kem motivasi ialah pelajar akan dapat menggunakan masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Ramai pelajar cenderung menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti kurang berfaedah. Antara aktiviti yang kurang berfaedah bagi pelajar ialah melepak dan menonton banyak rancangan hiburan di televisyen. Oleh itu, pelajar disarankan mengikuti kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah agar masa lapang tidak terbuang begitu sahaja.

Tugasan Harian 7
KEBAIKAN SEKTOR PERLANCONGAN
Hal-hal yang berkaitan dengan sektor pelancongan kerap menjadi bahan paparan di media massa. Pihak kerajaan sedang berusaha untuk memajukan sektor pelancongan negara. Malaysia mampu memajukan sektor pelancongan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan indah. Terdapat beberapa kebaikan jika Malaysia dapat memajukan sektor pelancongan. Kebaikan pertama sektor pelancongan ialah ia dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan ini dianggarkan hampir sejuta orang. Peluang pekerjaan ini adalah dalam bidang pembinaan tempat-tempat pelancongan dan perkhidmatan perhotelan. Dengan wujudnya peluang pekerjaan, kadar pengangguran rakyat di negara ini akan berkurangan. Selain itu, sektor pelancongan juga dapat menambahkan pendapatan rakyat. Rakyat yang mempunyai pekerjaan dalam sektor ini akan mendapat gaji yang sekaligus dapat digunakan untuk menyara diri dan keluarga. Pengusaha hotel juga dapat menambahkan pendapatan dengan kehadiran lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Pendapatan rakyat yang bertambah ini akan dapat menaikkan taraf hidup rakyat seterusnya dapat memajukan negara. Kemajuan sektor pelancongan negara juga akan dapat menambahkan pendapatan kerajaan. Sekiranya pelancong asing yang datang ke Malaysia banyak berbelanja pastinya dapat memberi keuntungan kepada para peniaga. Justeru, pendapatan kerajaan akan bertambah dengan pertambahan cukai pendapatan daripada keuntungan para peniaga. Kerajaan juga akan mendapat keuntungan daripada tukaran wang asing yang dibawa oleh pelancong asing. Di samping itu, sistem pengangkutan negara juga akan bertambah balk. Hal ini kerana pihak kerajaan akan membina sistem pengangkutan yang lebih baik untuk memudahkan pelancong dari dalam dan luar negara bergerak. Sistem pengangkutan yang balk ini juga dapat merangsang perkembangan sektor ekonomi yang lain seperti sektor perkilangan dan pertanian. Pembinaan sistem pengangkutan yang baik ini juga turut memudahkan rakyat menjalani kehidupan seharian. Sektor pelancongan ini juga akan menaikkan nama negara di mata dunia. Hal ini kerana negara yang maju dalam sektor pelancongan lazimnya merupakan sebuah negara yang aman dan maju. Malaysia juga akan menjadi contoh kepada negara lain, khususnya negara yang sedang membangun. Oleh itu, rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian negara sehingga kini.

Tugasan Harian 8
TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
Ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Ibu telah mengandungkan seorang anak selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudian melahirkannya. Bapa pula bekerja untuk mendapatkan wang bagi menyediakan keperluan asas kepada keluarga. Sesungguhnya, jasa ibu bapa amat besar kepada diri kita. Setelah meningkat dewasa, sewajarnya anak-nak melaksanakan beberapa tanggungjawab kepada Ibu bapa. Tanggunglawab anak yang pertama ialah memberikan kasih sayang kepada ibu bapa. Semasa kecil anakanak disayangi oleh ibu bapa dengan sepenuh hati dan kini sampai masanya, anak-anak pula menyayangi ibu bapa dengan sepenuh hati. Kasih sayang kepada ibu bapa boleh ditunjukkan melalui ucapan, perlakuan dan pemberian hadiah. Sewajarnya anak-anak memberikan hadiah kepada ibu b'apa semasa sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa. Anak-anak juga boleh membawa ibu bapa ke restoran atau kedai-kedai makan tertentu pada setiap minggu dan ini pastinya akan mengeratkan lagi ksih sayang dalam keluarga. Setelah bekerja, anak-anak sewajamya memberikan wang kepada ibu bapa bagi menyara kehidupan mereka. Dengan wang yang diberi, ibu bapa dapat membeli keperluan harian atau mengumpul wang tersebut sebagai tabungan. Sesungguhnya, perbelanlaan yang dikeluarkan oleh ibu bapa amat banyak untuk nmmbesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak-anak. Oleh demikian, anak patut memberikan sedikit wang gaji mereka kepada ibu bapa sebagai tanda terima kasih di atas jasa mereka. Sebenarnya ibu bapa tidak mengharapkan sangat pemberian wang kepada anak-anak kerana apa yang lebih penting bagi ibu bapa ialah melihat anak-anak mereka berjaya dan bahagia dalam kehidupan. Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa seterusnya ialah mendapatkan rawatan jika ibu bapa sakit. Memang menjadi lumrah bagi setiap manusia apabila usia mula meningkat maka kita akan mudah diserang penyakit. Oleh itu, jika ibu bapa sakit anak mesti menghantar ibu bapa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Anak juga sewajarnya menanggung kos rawatan ibu dan bapa mereka. Jika anak-anak mampu, belilah insurans perubatan bagi membiayai kos perubatan ibu bapa apabila mereka sakit. Keselamatan ibu bapa juga perlu diberi perhatian oleh anak-anak. Jika anak-anak tinggal berjauhan dengan ibu bapa, pastikan tempat tinggal ibu bapa selamat daripada sebarang ancaman. Dalam zaman sekarang ini, banyak berlaku kes rompakan terhadap golongan tua. Anak-anak wajar menasihati ibu bapa agar tidak membiarkan pintu rumah sentiasa terbuka kerana ditakuti pencuri akan masuk ke rumah. Selain itu, anak-anak juga patut menasihati ibu bapa agar berhati-hati semasa berada di jalan raya kerana kemalangan boleh berlaku tanpa diduga.

Kerja Amal
Laporan Kerja Amal 1 Bidang Berkaitan Perkembangan Diri Tajuk: Gambar Sijil Penyertaan / Surat Akuan Laporan Kerja Amal 2 Bidang Berkaitan Kekeluargaan Tajuk: Gambar Sijil Penyertaan / Surat Akuan Laporan Kerja Amal 3 Bidang Berkaitan Alam Sekitar Gambar Sijil Penyertaan / Surat Akuan Laporan Kerja Amal 4 Bidang Berkaitan Alam Sekitar Gambar Sijil Penyertaan / Surat Akuan

Rumusan / Lampiran

Vous aimerez peut-être aussi