Vous êtes sur la page 1sur 20

APLIKASI ALAT BERFIKIR

11

SOALAN 1

12

AGO( AIMS, GOALS, OBJECTIVES)

Setiap sesuatu yang kita lakukan dalam kehidupan seharian pastinya mempunyai alasan dan sebabnya. Wujud pelbagai sebab yang menyebabkan kita memutuskan untuk melakukan sesuatu itu. Antara sebabnya ialah hobi, pengaruh daripada luar mahupun sekadar untuk mendapat pujian daripada orang ramai. Contohnya yang dapat diambil ialah kempen kebersihan sekolah anjuran Persatuan Pengakap di sekolah.

Tujuan kempen kebersihan ini dijalankan adalah untuk mendidik semua warga sekolah tentang pentingnya kebersihan di sekolah. Hal ini kerana sekolah yang bersih mampu memberikan keselesaan kepada semua warga sekolah. Sekaligus persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Tanggungjawab menjaga kebersihan tidak sepatutnya terletak di bahu para pekerja am mahupun pekerja daripada syarikat kontraktor kebersihan semata-mata. Warga-warga sekolah yang lain seperti pihak pentadbir, guru serta pelajar sepatutnya sedar bahawa kebersihan itu mencerminkan imej sekolah di mata pihak luar. Contoh, pihak sekolah akan mendapat malu sekiranya pihak luar melawat dan mengatakan kawasan sekolah kotor dan tidak sesuai untuk pembelajaran dan pengajaran. Hal ini lebih teruk jika perkara seperti ini menjadi bahan berita dalam media massa. Sudah pasti imej sekolah akan tercalar pada pandangan pihak pejabat pelajaran daerah, jabatan pelajaran negeri serta kementerian pendidikan.

Matlamat penganjuran kempen ini adalah bagi memastikan kawasan sekolah bebas daripada sampah sarap. Kita mengambil contoh di negara Singapura di mana rakyatnya sangat menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah di tempat-tempat awam. Di sana sekiranya seseorang itu tertangkap kerana membuang sampah di tempat awam, dia akan dikenakan tindakan dengan membayar denda sebanyak 500 Dolar Singapura serta merta. Walaupun denda seperti ini tidak dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia, tetapi sebagai manusia kita mempunyai naluri yang suka akan sesuatu perkara yang bersih dan indah. Kita tidak suka
13

sekiranya keadaan sekeliling kita kotor disebabkan sampah. Oleh itu, kita haruslah mengurangkan pembuangan sampah dengan sebaik mungkin. Pastikan sesuatu sampah itu dibuang di tempat yang disediakan. Tetapi sekiranya tidak terdapat tong sampah, carilah sehingga dapat dan bukannya dibuang sesuka hati.

Antara objektif penganjuran kempen ini ialah bagi mengelakkan daripada penyakit berjangkit. . Kebanyakkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah disebabkan kawasan persekitaran yang kotor. Kawasan persekitaran yang kotor mampu mengundang kehadiran pelbagai jenis makhluk perosak seperti tikus, lipas, lalat dan sebagainya. Sebagai contoh, sekiranya keadaan di sesuatu sekolah itu tidak bersih. Maka datanglah bermacam-macam penyakit seperti taun, demam, kudis dan sebagainya yang berpunca daripada keadaan sekolah yang tidak bersih. Sampah seperti botol, polisterin serta tin-tin buruk mampu menakung air. Kebiasaannya objek-objek seperti ini menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Nyamuk Aedes khususnya nyamuk betina merupakan agen kepada penyakit demam denggi yang mampu meragut nyawa. Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).Oleh itu, melalui kempen seperti inilah semua pihak akan mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah nyamuk aedes ini melalui gotong royong di kawasan sekolah untuk menghapuskan tempat pembiakkannya.Contoh lain pula Penyakit taun atau kolera merupakan
14

penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman), vibrio cholera. Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak. Penyakit taun merupakan penyakit saluran penghadaman (intestinal tract) yang disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae. Virus ini biasanya ditelan melalui air minuman yang tercemar kerana pengendalian yang tidak bersih atau melalui ikan yang tidak dimasak dengan betul terutamanya kerang. Simptom termasuk cirit-birit ( diarrhea ), perut tegang (abdominal cramps), mual, muntah, dan kekeringan. Penyakit Taun dirawat dengan rehidrasi dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.

Objektif lain penganjuran kempen ini ialah bagi mengeratkan hubungan sesama warga sekolah. Hubungan yang terjalin mampu membantu sekolah dalam melaksanakan visi dan misi sekolah dengan berkesan. Hal ini kerana sekolah merupakan satu organisasi yang di bawahnya mengandungi pecahan-pecahan seperti pihak pentadbir, guru-guru, pelajar serta pekerja-pekerja am sekolah. Oleh itu jika salah satu daripada pecahan ini tidak memberikan kerjasama, sudah pasti segala perancangan yang dirancangkan tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Kita haruslah sedar bahawa kekuatan sesebuah organisasi bergantung kepada kerjasam yang sedia terjalin antara pecahan-pecahan di dalamnya. Melalui kempen seperti ini, semua warga sekolah dapat mewujudkan interaksi secara lisan iaitu perbualan mahupun secara perbuatan seperti tolong-menolong dalam melaksanakan sesuatu. Contoh yang dapat dilihat ialah penganjuran program gotong royong sempena kempen kebersihan sekolah mampu menghimpunkan semua warga sekolah tanpa mengira status, bangsa, agama, warna kulit dan sebagainya dalam melaksanakannya. Selepas pengwujudan Dasar Kubudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia. Melalui program gotong royong, kita akan dapat melihat paduan tenaga kesemua warga sekolah bagi membersihkan kawasan sekolah. Lazimnya program gotong royong di sekolah-sekolah bukan sahaja melibatkan aspek kebersihan malahan turut melibatkan sama aspek keceriaan sekolah. Pelbagai aktiviti yang dilakukan semasa program ini berjalan seperti mencuci longkang, membuang sampah, membetulkan alatan sekolah yang sekolah antara kerusi dan meja, mengecat bangunan sekolah dan sebagainya. Kegiatan gotong
15

royong mampu mewujudkan rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama warga sekolah. Bak kata pepatah Melayu; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong.

Objektif seterusnya pula ialah bagi menerapkan budaya pembersih dalam diri semua warga sekolah. Menurut agama Islam, Selain dari keperluan untuk kebersihan ritual untuk waktu sembahyang seharian (Arab: "Salah") melalui Wuduk dan Ghusl, ada banyak lagi peraturan yang berkenaan dengan kebersihan yang menjadi perkara penting dalam hidup umat Islam. Isu-isu yang lain termasuk Peraturan makanan Islam. Pada umumnya, Al-Quran menasihati umat Islam untuk memegang taraf tinggi pada kebersihan diri dan dibersihkan secara ritual sebaik mana yang mungkin. - seperti di banyak negara Timur - bilik air selalu mempunyai saluran air yang diletakkan sebelah tandas, supaya seorang individu boleh membasuh diri mereka dengan sempurna. Kebersihan ini diwajibkan untuk menjaga kebersihan, walaupun mengunakan kertas tandas boleh diterima apabila seseorang tidak dapat membasuh diri mereka. Juga kerana kebersihan ritual, dan sekali lagi umum bagi kebanyakan kebudayaan Timur, umat Islam menanggalkan kasut ketika memasuki masjid dan rumah. Islam berpedapat bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman. Namun begitu, bukan sahaja agama Islam yang menitik beratkan kebersihan kepada semua penganutnya malah agama-agama lain seperti buddha, hindu, kristian dan sebagainya Oleh itu, melalui hari kebersihan sekolah yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap mampu menerapkan budaya pembersih menerusi program-program seperti ceramah kesihatan mahupun pameran yang berkaitan. Melalui pameran misalnya pihak Persatuan Pengakap boleh menjemput agensi-agensi kerajaan seperti jabatan kesihatan, jabatan alam sekitar dan lain-lain ke sekolah bagi memaparkan segala informasi-informasi tentang kebersihan serta kaitannya dengan kehidupan seharian. Dengan cara ini secara tidak langsung semua warga sekolah akan didedahkan dengan segala input mengenai kebersihan dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian sera menyebarkan kepada pihak-pihak lain. Hal ini akan menanamkan budaya pembersih dalam diri semua warga sekolah sekaligus mereka akan menjadikan amalan bukan sahaja di sekolah malah di mana-mana sahaja mereka pergi.
16

Secara konklusinya, semua perkara yang kita lakukan mestilah mempunyai matlamat utama sebagai penanda aras bagi kita melakukan sesuatu. Selain itu, terdapat beberapa matlamat lain yang boleh dijadikan sebagai objektif bagi kita. Kita haruslah sedar bahawa sesuatu perkara yang kita lakukan mempunyai banyak tujuan bergantung kepada hasrat seseorang itu.

Disediakan oleh

(MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN)

17

Soalan 2 Anda ditugaskan menyelamatkan 3 orang pelajar yang sesat dalam hutan belantara. Tugas menyelamat perlu dilakukan dalam masa 2 jam sahaja. Anda juga hanya dibenarkan membawa 2 peralatan sahaja daripada 6 iaitu lampu suluh, mancis, sebatang buluh, segulung benang, sebilah pisau, dan sehelai kain sarung.

Penyelesaian Berdasarkan kepada 6 pilihan peralatan yang dicadangkan, saya memilih 2 peralatan yang dirasakan amat perlu jika berada di hutan. Pertama, mancis dan kedua, sebilah pisau. Kedua-dua peralatan ini amat berguna jika kita bijak mengambil manfaat daripadanya.

Semasa berada di hutan, proses menyelamatkan 3 orang pelajar yang sesat itu mungkin berlarutan hingga ke waktu malam. Jadi, mancis itu dapat digunakan untuk menghidupkan unggun api pada waktu malam. Api yang dihidupkan pada waktu malam dapat menakutkan haiwan-haiwan liar yang ada pada waktu malam. Api yang dihidupkan dianggap sebagai ancaman musuh oleh haiwan tersebut. Oleh itu, keselamatan kita di hutan lebih terjamin dengan adanya unggun api yang dihidupkan daripada kayu-kayu yang ada di hutan. Tambahan lagi, api juga menghasilkan haba yang dapat membantu saya memanaskan tubuh badan dalam persekitaran yang sejuk dalam hutan pada waktu malam.

Mancis yang ada juga dapat saya gunakan untuk menghidupkan kayu-kayu. Asap yang dihasilkan daripada unggun api dapat menjadi panduan lokasi saya ketika berada di hutan. Asap yang terhasil menjadi petunjuk yang berkesan kepada pasukan penyelamat jika sekiranya saya tersesat dalam hutan. Oleh itu, mereka dapat mengesan lokasi saya dengan mudah. Jadi, saya tidak perlu menunggu dalam waktu yang lama untuk pasukan penyelamat yang datang untuk memberi bantuan mengesan kedudukan sebenar saya terutamanya dari udara. Oleh itu, banyak masa dapat dijimatkan dalam operasi menyelamat.

18

Selain itu juga, mancis yang ada juga dapat digunakan sebagai bahan api yang dapat menghidupkan ranting-ranting kecil. Tujuan ranting-ranting kecil ini dibakar bagi menjadi bahan bakar bagi memanaskan ikan yang dapat ditangkap dari sungai yang ada di hutan itu. Ikan yang dibakar dapat dimakan bagi meneruskan kehidupan di hutan sekiranya saya terperangkap dalam hutan itu dalam jangka masa yang lama. Secara tidak langsung, mancis telah meneruskan survival kehidupan saya di hutan. Saya juga tidak perlu berlapar dalam hutan kerana di hutan sukar untuk mencari sumber yang dapat dijadikan sebagai bahan makanan. Jadi, dengan tenaga yang diperolehi daripada makanan itu dapat saya gunakan untuk meneruskan perjalanan bagi mencari 3 orang pelajar yang masih terperangkap itu.

Api yang dihasilkan oleh mancis juga dapat digunakan untuk membuat obor bagi meneruskan perjalanan pada waktu malam. Obor yang dihasilkan dapat menjadi cahaya yang dapat memberikan pemandangan yang cerah pada waktu malam. Oleh itu, kita dapat mengelakkan diri kita daripada terjatuh ke dalam gaung, cerun bukit atau lubang lubang yang tidak terlihat pada pada waktu malam. Selain dapat mempercepatkan perjalanan, 3 orang pelajar yang sedang sesat itu mungkin akan menyedari kehadiran saya yang datang untuk membawa mereka pulang kerana api yang ternyala dari obor yang dihasilkan oleh mancis dapt dilihat dari jaraj jauh.

Pilihan kedua saya ialah pisau, rasional saya memilih pisau adalah kerana pisau dapat digunakan untuk mempertahankan diri dari binatang buas dalam hutan. Pisau dapat mencederakan haiwan liar yang cuba untuk menyerang kita. Selain itu, ia juga dapat membantu kita untuk untuk memotong ranting-ranting kayu yang menghalang perjalanan ketika di hutan. Pisau juga dapat memastikan kita berasa lebih selamat kerana ia dapat digunakan juga sebagai senjata. Walaupun pisau tidak dapat menjamin keselamatan kita secara mutlak, namun kita telah mengambil pendekatan yang lebih selamat dalam menjaga keselamatan kita ketika berada dalam hutan tersebut.

19

Saya juga dapat memanfaatkan pisau untuk menangkap ikan. Ketajaman yang ada pada hujung mata pisau dapat dijadikan lembing untuk menangkap ikan di sungai. Menangkap ikan sebagai sumber makana penting kerana ikan adalah satu-satunya sumber makanan yang mudah untuk didapati di hutan. Ia adalah salah satu daripada ikhtiar hidup ketika berada di hutan di mana semua benda yang ada pada kita dapat digunakan untuk meneruskan kehidupan di hutan belantara. Hal demikian kerana, saya tidak tahu berapa lamakah jangka masa yang akan diambil sehingga semua pelajar dapat ditemukan semula.

Pisau juga berperanan untuk menjadi salah satu sebab bagi meneruskan hidup di hutan kerana darinya kita dapat menggunakannya bagi membuat perangkap untuk binatang buas yang cuba untuk memasuki kawasan yang sedang diduduki kita. Pisau yang tajam dapat memotong akarakar kayu yang akan digunakan untuk membuat parangkap ketika berada dalam hutan. Perangkap yang dihasilkan dapat menjadi pelindung diri yang paling berguna ketika berada dalam hutan. Hal demikian kerana, sewaktu kita berehat dalam hutan perangkap inilah yang akan memerangkap haiwan liar yang cuba untuk mengancam kita sewaktu kita tidur atau berada dalam keadaan tidak sedar.

Tambahan lagi, pisau dapat memberikan kelebihan kepada mereka yang berada di hutan. Pisau dapat meninggalkan petunjuk kepada orang lain untuk menjejaki kita yang berada di hutan. Hal demikian kerana, kesan calar yang digores pada pokok-pokok di hutan dapat menjadi petunjuk kepada mereka untuk mengikuti petunjuk itu sehingga menemui kita. Selain itu, kesan-kesan calar yang digores pada pokok-pokok dapat menjadi petunjuk kepada kita untuk pulang ke tempat kita bermula. Oleh itu, kejadian sesat dalam hutan dapat dielakkan daripada berlaku kerana penggunaan pisau yang digores pada pokok dapat bertahan dalam jangka masa yang lama.

Penggunaan pisau dan mancis sememangnya pilihan yang tepat bagi 2 pilihan yang akan dibawa untuk cubaan menjejaki 3 orang pelajar yang sesat dalam hutan belantara. Kedua-dua peralatan
20

tersebut saling melengkapi antara satu sama lain bagi memberikan kita lebih kebolehan untuk meneruskan perjalanan dalam hutan belantara. Pelbagai manfaat yang akan kita perolehi daripada kebolehan kedua-dua alatan tersebut kerana kedua-duanya dapat dimanipulasi bagi menghasilkan sesuatu yang lebih daripada matlamat asal penciptaan alatan tersebut.

21

SOALAN 3 OLEH: MOHD SYAFIQ WAFIUDDIN

Encik Rozman telah meninggalkan pesan supaya anda berjumpa dengannya dengan segera di pasaraya Giant. Tanpa membuang masa anda terus ke tempat tersebut. Malangnya bila anda sampai di sana, Encik Rozman tidak kelihatan. Gunakan APC (Alternatives, Possibillities, Choices) untuk menentukan apa yang berlaku.

Apabila kita perlu membuat sesuatu keputusan atau mengambil sesuatu tindakan pada mulanya kita mungkin berpendapat bahawa kita tidak ada banyak pilihan. Namun begitu kalau kita berusaha mencarinya, kita akan mendapat lebih banyak pilihan daripada yang dijangka. Begitu juga dalam melihat sesuatu keadaan, biasanya akan terdapat penerangan-penerangan yang ketara. Walaupun begitu jika kita berusaha mencari lebih banyak kemungkinan sudah tentu terdapat penerangan-penerangan yang anda tidak terfikir sebelumnya.

Gunakan APC untuk menentukan apa yang berlaku. Refleksi, Adakah menggunakan APC telah menyedarkan kita bahawa kemungkinan tanggapan awal terhadap situasi di atas tidak semestinya benar? Adakah membuat APC mengelakkan kita bertindak mengikut emosi? Apakah kelebihan menggunakan APC dalam kehidupan seharian kita? Cuba ingatkan kembali peristiwa dalam kehidupan kita di mana penggunaan APC sudah tentu mengelakkan kita dari bertindak secara terburu-terburu. Sebagai menganalisis masalah dalam kemahiran kritis, sentiasa terdapat dua perspektif; positif dan negatif. Sebagaimana dengan permasalahan ini, kita perlu mengikut aliran

22

penyelesaian masalah yang sistematik berdasarkan tuntutan kronologi. Sehubungan dengan itu, saya akan sentiasa menghurai dalam menghurai; positif dan negatif bagi setiap satu elemen APC (Alternatives, Possibilities, Choices).

Alternatives- Alternatif. Takrif: 1) pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); hanya ada satu ~ hanya ada satu pilihan (jalan) sahaja; 2) satu pilihan antara dua kemungkinan. Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam memenuhi tuntutan alternatif ini, kita perlu menyenaraikan kesemua faktor dalam faktor ini, yang difikirkan bertepatan dengan situasi. Dalam pada itu juga, kita boleh membahagikannya kepada dua unsur perspektif tadi; positif dan negatif. Sebagai contoh untuk menghuraikan permasalahan berkaitan Encik Rozman (positif), kita boleh mengandaikan bahawa kita terlalu awal, atau Encik Rozman terkandas dalam perjalanan, atau kita sendiri yang sampai di tempat yang salah, dan banyak lagi alternatif lain. Ironinya, kita juga boleh membuat andaian negatif, misalnya, Encik Rozman sengaja memungkiri janjinya, atau Encik Rozman sekadar mahu mempermainkan kita, atau pesanan itu sendiri bukanlah berpunca dari Encik Rozman. Apa yang membezakan kedua jenis tanggapan ini ialah kawalan emosi seseorang dan kadar ketenangannya. Makanya, disinilah terletaknya kepentingan penggunaan elemen alternatif tadi, yang kemudiannya pula perlu melalui rentetan elemen lain sepert Possiblities dan Choices. Possibilities- Kemungkinan. Takrif: perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang me-nyelidiki ~ agama Islam dibawa dari negeri China. Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat. Sementelahan itu, sedutan untuk tesaurus pula menyatakan bahawa ianya bersinonim dengan barangkali, noleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan dan mentak. Dalam konteks Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) pula, ianya

23

lebih kepada sebuah pendekatan yang menyaring kesemua andaian yang difikirkan perlu dalam elemen alternatif. Dalam erti kata lain, pilihan-pilihan yang dipertimbangkan daripada pilihanpilihan yang telah disenaraikan. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan andaian bagi memudahkan pemilihan andaian, elemen seterusnya selepas kemungkinan, iaitu pilihan. Sebagai rujukan, boleh diimbas semula senarai andaian tadi, yang berpunca dari unsur positif dan negatif. Positif: kita sendiri yang terlalu awal, Encik Rozman terkandas dalam perjalanan dan kita telah sampai di tempat yang salah. Negatif: Encik Rozman memungkiri janji, Encik Rozman sengaja mempermainkan kita dan pesanan itu bukan berpunca dari Encik Rozman. Namun demikian, dalam menyaring kesemuanya ini, perlu diletakkan pula dalam hati kita, sesuatu yang dipanggil sebagai alasan, atau lebih tepat lagi kriteria yang mengangkat kredibiliti andaian tersebut berbanding andaian-andaian lain. Bagi saya, setelah diperhatikan semula kehendak situasi yang berbunyi, Encik Rozman telah meninggalkan pesan supaya anda berjumpa dengannya den gan segera di pasaraya Giant, yang kuat didalam hati saya Encik Rozman sekadar mahu mempermainkan saya atau pesanan itu sendiri bukanlah berpunca dari Encik Rozman. Hal ini kerana lokasi yang dinyatakan iaitu pasaraya sangatlah tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pertemuan bagi sesuatu kecemasan, berdasarkan nada dan intonasi kehendak situasi sebentar tadi. Secara tidak langsung, saya telah menyaringkan dua daripada enam andaian (walaupun kedua-duanya merupakan andaian negatif), justeru memudahkan saya untuk menentukan apa yang telah berlaku.

Choices- Pilihan. Takrif: 1) yg telah dipilih, hasil memilih: siapalah yg tahu agaknya di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri; 2) yg ter-baik (terpilih, terkemuka, dll): dihantarnya beberapa orang ~. Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat. Tesaurus: isih, saring dan

24

tapis. Proses terakhir yang sepatutnya berlaku dalam kawalan minda secara sedar, dimana proses ini lebih kepada aplikasi alternatif dan kemungkinan. Cumanya, elemen ini boleh dikatakan sebagai andaian terakhir, yang diangkat untuk dijadikan sebuah persepsi yang tepat berbanding dengan andaian-andaian lain. Sebagaimana proses-proses sebelum ini, proses mencabut andaian ini juga perlulah disertakan dengan kriterianya yang mencabar perhitungan logik andaian lain. Dalam erti kata lain, andaian yang mempunyai kredibiliti yang paling jitu. Melihatkan kepada situasi ini, saya lebih kepada Encik Rozman mungkin hanya sekadar mempermainkan saya. Hal ini kerana sekiranya pesanan ini didatangkan oleh dalang lain, pastinya ia melibatkan pencubaan yang lebih negatif; yang berniat untuk meragut kewibawaan saya yang masih statik, seperti seorang pencuri yang berniat untuk menyamun saya dan sebagainya. Inilah yang disebut APC.

25

Soalan 4 Pihak Kementerian Pendidikan mengarahkan semua guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah dikehendaki mengajar dalam bahasa Inggeris. Gunakan OPV (Other Peoples View) untuk mendapatkan pandangan yang berikut.

Pandangan Pengetua Pihak sekolah terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar untuk menghantar guru Bahasa Melayu pergi berkursus sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan yang lebih tinggi keutamaannya. Wang peruntukan tersebut sebenarnya boleh disalurkan kepada para pelajar dengan mengadakan kelas-kelas pemulihan bagi para pelajar yang tercicir. Guru bahasa Melayu juga dirasakan terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan subjek baru yang akan diajarnya kepada para pelajar. Hai ini demikian kerana, guru Bahasa Melayu hanya mempunyai major dalam subjek yang diajarnya.

Selain itu, beliau juga bimbang prestasi para pelajar dalam subjek bahasa Inggeris semakin menurun akibat daripada penggunaan guru Bahasa Melayu sebagai guru bahasa Inggeris. Prestasi para pelajar dalam peperiksaan awam menjadi kayu pengukur kepada kejayaan sesebuah sekolah. Beliau juga tidak sanggup untuk melihat guru Bahasa Melayu mengabaikan subjek yang sebelum ini diajari mereka. Hal demikian kerana, Bahasa Melayu merupakan matapelajaran wajib lulus dalam semua peperiksaan awam. Jika, guru bahasa Melayu terpaksa mengajar kedua-dua matapelajaran itu maka fokus mereka terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran(PNP) akan terganggu kerana guru tersebut terpaksa bertungkus-lumus membuat perancangan mengajar untuk kedua-dua matapelajaran itu.

26

Guru Guru Bahasa Melayu menganggap mereka telah menjadi mangsa kepada percaturan tidak bijak pihak Kementerian Pelajaran yang tidak menjalankan kajian yang betul-betul mantap tentang kesan yang akan diterima oleh guru-guru dan para pelajar akibat daripada cadangan itu. Sepatutnya, pihak Kementerian perlu menyediakan lebih ramai guru bahasa Inggeris bagi mengajar subjek tersebut yang dikatakan amat kurang dan berada ditahap yang amat memerlukan.

Manakala, guru Bahasa Inggeris pula menganggap rancangan kerajaan untuk menjadikan guru bahasa Melayu sebagai guru bahasa Inggeris akan meringankan beban mereka di sekolah. Walaubagaimanapun, guru-guru bahasa Inggeris juga merasakan pelantikan mereka itu sebagai satu penghinaan kepada mereka. hai ini demikian kerana, mereka terpaksa belajar bertahun-tahun untuk memperoleh ijazah pertama dalam bahasa Inggeris sedangkan guru bahasa Melayu hanya perlu mengikuti kursus selama sebulan bagi melayakkan mereka mengajar bahasa Inggeris.

Para guru bimbang para pelajar akan menjadi mangsa akibat daripada arahan pihak Kementerian Pelajaran ini. Kelemahan daripada pengajaran guru akan memberi kesan yang besar kepada para pelajar. Mereka mungkin tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana diajar oleh guru yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris. Kesannya, prestasi pelajar dalam peperiksaan-peperiksaan awam akan menurun sekaligus membantutkan usaha kerajaan untuk melahirkan pelajar yang mahir dalam bahasa Inggeris.

27

Pelajar Para pelajar akan merasakan suatu kejanggalan apabila melihat guru mereka yang selama ini mengajar bahasa Melayu tiba-tiba masuk untuk mengajar mereka bahasa Inggeris. Selain itu, mereka juga mungkin menganggap guru mereka seorang yang sangat berkebolehan kerana mampu untuk mengajar dua subjek yang berlainan kepada mereka iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Walaupun begitu, mereka akan menggunakan bahasa Melayu untuk berhubung dengan guru tersebut ketika proses pengajaran guru berlangsung. Tidak seperti sebelum ini, para pelajar diwajibkan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris sekiranya berada dalam kelas itu. Hal ini demikian kerana, mereka telah terbiasa untuk berhubung dengan guru tersebut dalam bahasa Melayu. Secara tidak langsung telah mengakibatkan proses pembelajaran pelajar itu menjadi cacat dan gagal untuk mencapai matlamat asalnya.

Para pelajar juga turut bimbang sekiranya guru tersebut tidak dapat mengajar mereka dengan baik. Mereka bimbang sekiranya prestasi mereka dalam peperiksaan semakin menurun dalam peperiksaan. Mereka juga bimbang sekiranya hanya mereka yang akan dipersalahkan atas kegagalan prestasi mereka.

28

Ibu bapa Ibu bapa berasa bimbang sekiranya prestasi anak mereka akan menurun sekiranya guru bahasa Melayu dijadikan sebagai guru bahasa Inggeris. Mereka menganggap guru bahasa Inggeris tidak berkelayakan untuk mengajar Bahasa Inggeris. Selain itu, mereka tidak yakin keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu mengajar Bahasa Inggeris kerana guru Bahasa Melayu tidak pakar dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu juga, ibu bapa bimbang terpaksa menghabiskan banyak wang untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen. Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, mereka terpaksa mengorbankan banyak wang untuk perbelanjaan anak mereka. Ia telah mengakibatkan ibu bapa berasa bimbang akan keperluan anak mereka pada masa akan datang kerana kos sara hidup semakin meningkat.

Ibu bapa juga menganggap tindakan itu tidak lebih daripada satu tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru bahasa Inggeris disesetengah tempat secara tergesagesa. Tindakan yang diambil tergesa-gesa itu mencerminkan ke tidak caknaan pihak Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan bahasa Inggeris di Malaysia.

29

Tokoh Perjuangan Bahasa Melayu

Tokoh perjuangan bahasa Melayu menganggap tindakan pihak Kementerian Pelajaran itu membantutkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu kerana guru Bahasa Melayu yang telah dianggap pejuang bahasa Melayu telah dipaksa untuk mengajar Bahasa Inggeris. Ia telah membantutkan usaha pencinta bahasa Melayu untuk melihat bahasa Melayu berkembang kerana guru bahasa Melayu terpaksa ditukar sebagai guru bahasa Inggeris.

Mereka juga merasakan tindakan itu sebagai terburu-buru kerana bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mempunyai sistem tatabahasa yang jauh berbeza antara satu sama lain. Tindakan pihak Kementerian Pelajaran ibarat seperti pepatah Melayu yang berbunyi,yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Tindakan mereka untuk memperkasakan bahasa Inggeris telah mengakibatkan kita telah mengabaikan bahasa Melayu secara tidak sedar.

30

Vous aimerez peut-être aussi