Vous êtes sur la page 1sur 6

Antara

kesannegatif perniagaan pasar malam ialah:

1. Kesesakan lalulintas ~Tapak pasar malam di Indera Mahkota yang terletak di laluan masuk ke kawasanperumahan Indera Mahkota 1 telah menyekat laluan orang ramai. Sikappengunjung-pengunjung yang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan telahmemburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kesesakan teruk pada laluan ini.Keadaan bertambah teruk ketika waktu kemuncak aktiviti perniagaan iaitu bermuladari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam. 2. Pencemaran ~ Kekurangan tong-tongsampah di kawasan pasar malam, menyebabkan bekas-bekas makanan dan minumandibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi longkang ataubahu-bahu jalan. Keadaan ini diburukkan dengan sikap peniaga dan pengunjungpasar malam yang tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan kawasansekitar. Oleh sebab itu, selepasberakhirnya aktiviti pasar malam ini, kawasan ini dipenuhi longgokan sampahsarap dengan pemandangan yang menyakitkan mata! Bau busuk juga menyelubungikawasan itu. 3. Wabak penyakit ~ Longgokan sampah-sarap dikawasan pasar malam ini telah menggalakkan pembiakan lalat, tikus dan tempattumpuan anjing-anjing liar mencarikan makanan. Keadaan tidak sihat ini bolehmengundang kepada perebakan penyakit kepada penduduk sekitar.

Selain itu, terdapat gerai-gerai penjualan makanan yangtidak menutup makanan jualan dengan sempurna. Makanan yang terdedah dandihinggapi lalat boleh menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan. Kesan-kesan negatif seperti pencemaran dan wabak penyakitdapat dihindar, jika kita sama-sama menghargai kebersihan. Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang bebas daripencemaran. 4. Hargatanpa kawalan ~ Apabila kurangnya pemantauan dari pihak PBT, peniaga sewenang-wenangnyamenaikkan harga barangan. Contohnya, peniaga gerai minuman telah menaikkanharga air minuman dari RM1.50 kepada RM2.00 untuk minuman yang mahu diisi dalamplastik. Tambahan pula tiadanya tanda harga dipaparkan di sesetengah gerai,menyebabkan pengunjung tidak tahu harga sebenar barangan yang dijual. Pengunjungmerasa tertipu apabila terpaksa membayar lebih sedangkan barangan yang dibelitidak berkualiti.

Kegiatan perniagaan pasar malam


yang berlokasi di Indera Mahkota 1,Kuantan, Pahang pada setiap hari Jumaat dari jam 5 petang hingga 10 malam telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan ekonomi di sekitarnya. Antaranya ialah :

1. Menyediakan peluang pekerjaan ~ Berbagai pekerjaan disediakan di lokasi pasar malam ini. Antaranya peniaga makanan/minuman, peniaga buahbuahan/sayur-sayuran, penjual daging/ayam dan peniaga pakaian/kasut. Kebanyakan peniaga ini terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan kawasan pasar malam. 2. Meningkatkan taraf hidup/pendapatan ~ Hasil pendapatan antara RM600 hingga RM1000 yang diperolehi daripada perniagaan di pasar malam ini telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarganya. Dengan ini taraf hidup mereka telah berjaya ditingkatkan. 3. Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan ~ Lokasi pasar malam yang berdekatan dengan kawasan perumahan merupakan satu kelebihan kepada penduduk sekitar. Penduduk boleh mendapatkan barang keperluan dapur seperti ikan, daging dan ayam dengan mudah. Kunjungan sekali seminggu pada hari Jumaat ini memang dinanti-nanti oleh penduduk di kawasan Indera Mahkota kerana berbagai juadah/makanan dijual. 4. Menyediakan barangan segar ~ Kebanyakan pengunjung pasar malam gemar membeli di sini kerana barangan yang

dijual seperti sayur-sayuran dan buahbuahan merupakan hasil yang baru dipetik dari kebun atau ladang. Sayur-sayuran kampung seperti pucuk paku, ulam-ulaman (pegaga, pucuk ketereh, dan daun kaduk) dan kangkung adalah hasil tanaman peniaga sendiri yang dipasarkan di pasar malam ini. Begitu juga dengan hasil laut seperti ikan, udang dan sotong dijual dalam keadaannya yang masih segar. Sebagai salah seorang penduduk di Indera Mahkota ini, saya rasa amat beruntung dan bersyukur kerana dapat menikmati kemudahan pasar malam di sini.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :

1. Menyediakan Kemudahan Asas ~ Bagi mengelakkan pencemaran sampah-sarap di kawasan perniagaan pasar malam, pihak PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan boleh meletakkan lebih banyak tong-tong sampah di sekitar pasar malam ini. Dengan ini, bungkusan plastik minuman dan makanan akan dibuang ke dalam tong sampah itu. 2. Pengawalan harga ~ Pihak berwajib seperti PBT mesti selalu meronda atau melakukan pemantauan mengejut ke kawasan pasar malam untuk memastikan harga barangan dapat dikawal dan tidak dinaikkan sewenangwenangnya oleh peniaga. Di samping itu, pegawai PBT juga boleh mengadakan pemeriksaan terhadap lesen perniagaan dan memastikan semua peniaga telah menerima suntikan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan. Ini bertujuan memastikan barangan yang dijual terutama makanan dan minuman adalah selamat kepada pembeli. 3. Kempen kesedaran ~ Setiap pengunjung pasar malam seharusnya mempunyai kesedaran untuk menjaga persekitaran pasar malam supaya bersih, bebas daripada pencemaran sampah-sarap. Melalui kempen yang disiarkan di televisyen, seperti kunjungi gerai yang bersih boleh menyemaikan dalam diri pengunjung supaya berhati-hati ketika membeli makanan di pasar malam. Dengan cara ini, kes keracunan makanan mungkin dapat dikurangkan. Sebenarnya, kita perlu bekerjasama bagi memastikan kawasan pasar malam dan sekitarnya bersih. Muafakat membawa berkat!

Antara faktor

yang mempengaruhi perniagaan pasar malam ialah:


1. Governan ~ Pihak kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah menyediakan tapak pasar malam di kawasan perumahan. Contohnya, di Indera Mahkota, tapak pasar malam yang di sediakan oleh MPK ialah di kawasan perumahan Indera Mahkota 1, yang terletak berhampiran Dewan Gelanggang Badminton.Dengan adanya tapak ini, gerai-gerai perniagaan pasar malam

dapat disusun dengan baik. Ini juga memudahkan urusan jual beli dilakukan. 2. Modal ~ Modal bagi memulakan perniagaan pasar malam tidaklah besar. Biasanya peniaga hanya mengeluarkan wang simpanan sendiri sebagai modal pendahuluan. Ini menyebabkan perniagaan pasar malam mudah dimulakan dan diuruskan. Oleh kerana kos overhednya rendah, maka peniaga pasar malam dapat menjual barangan dengan lebih murah. 3. Pasaran Tempatan ~ Kebanyakan lokasi pasar malam terletak di kawasan tumpuan penduduk seperti kawasan perumahan yang bersaiz besar. Contohnya di Indera Mahkota, lokasi pasar malam di Indera Mahkota 1, menyebabkan perniagaan pasar malam di sini dikunjungi penduduk-penduduk sekitar iaitu komuniti Indera Mahkota 1 hingga Indera Mahkota 16. Jumlah penduduk yang besar ini menawarkan permintaan yang tinggi terhadap barangan yang dijual di pasar malam di Indera Mahkota. 4. Kesesuaian waktu berniaga ~ Perniagaan pasar malam di Indera Mahkota memang sering ditunggu-tunggu oleh penduduk di sini kerana waktu perniagaannya dari jam 5.00 petang pada setiap hari Jumaat amat bersesuaian dengan masa tamat bekerja di pejabat. Lokasi pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat-pejabat swasta yang terletak berhampiran dengan tapak pasar malam ini, memudahkan lagi pekerjanya mengunjungi pasar malam selepas tamat masa bekerja pada jam 5 petang. Sebagai salah seorang komuniti di Indera Mahkota, saya merasa bertuah dan bersyukur kerana adanya tapak pasar malam yang berhampiran kediaman saya.

Vous aimerez peut-être aussi