Vous êtes sur la page 1sur 12

Perhatian negara-negara Asia Tenggara kepda masalah serantau membawa negaranegara itu berhadapan dengan dua situasi: (i)

keperluan bekerjasama - khususnya berkaitan dengan ekonomi (ii) pertentangan kepentingan (masalah-masalah sempadan, pergantungan dengan kuasa luar (besar), perbezaan ideologi dll. Ancaman kepada keselamatan Asia Tenggara: (1) agresi luar (baikpun kehadiran tentera luar ataupun dominasi ekonomi luar) (2) ketidakstabilan politik dan ekonomi dalaman - termasuk juga soal pertelingkahan kawasan/sempadan [masalah Irian, Timor-Timor, Papua New Guinea, tuntutan ke atas Sabah, dll], konflik dan sikap perkauman, prejudis agama, kebimbangan negara kecil terhadap negara/jiran besar dan nasionalisme sempit. (3) pengaruh ideologi asing, ancaman kuasa China, propaganda hak kemanusiaan, kepentingan mengekalkan kehijauan alam dll. Disamping itu keterlibatan tentera dalam politik atau kerajaan kebanyakan negara-negara di Asia Tenggara, memudahkan sesebuah negara itu condong kepada kuasa besar tertentu kerana dalam usaha meningkatkan kecanggihan peralatan tentera, pihak tentera akan bersandarkan kepada kuasa besar (pembekal) tertentu. Langkah-langkah mewujudkan keselamatan: (1) Perikatan/pakatan ketenteraan (kaedah yang popular) (2) mewujudkan dasar luar yang bebas. Kestabilan serantau boleh membawa kepada kerjasama ekonomi yang menerbitkan kemakmuran dan perasaan persamaan yang seterusnya membawa kepada stabiliti politik. Sikap Terhadap Kerjasama Serantau. Malaysia - perlu kerjasama kerana memikirkan soal keperluan keselamatan politik dan ekonomi serantau yang kaya dengan sumber galian dan pengeluaran (terutamanya selepas ditemui telaga minyak di kawasan pelantar benua yang membabitkan beberapa negara, kepentingan jalan laut dan keperluan Malaysia untuk mendapat sahabat berdekatan berikutan pengunduran kekuatan pertahanan SEATO, ANZUS, Pakatan Pertahan British-Malaya; dan keperluan kepada menerima sokongan negara jiran bagi meningkatkan legitimasi pembentukan Malaysia dikaca mata serantau. Singapura dan Filipina tidak melihat keperluan kerjsama serantau seperti Malaysia. Singapura dan Filipina adalah dua negara yang berpendapat bahawa kehadiran kuasa Amerika khususnya akan memberi kestabilan politik (keselamatan) kepada rantau ini. Walaupun kebanyakan pakatan kerjasama serantau mengemukakan pendirian untuk tidak bersandarkan kepada kuasa besar (atau setidak-tidaknya kehadiran kuasa besar melindungi satu negara tertentu), tetapi Filipina dan Singapura masih mengutamakan persandaran demikian. Singapura sedia menyertai pakatan serantau kerana ia sebagai negara kecil tidak mampu terasing - ia perlu mendapat peluang menjadi pusat penukaran barangan import eksport serantau terutamanya selepas Singapura keluar daripada Malaysia. Singapura juga tidak dapat terasing kerana ia akan tersepit sekiranya wujud sebarang pakatan bilateral Indonesia-Malaysia atau sekurang-kurangnya ada design lebih besar daripada pihak Indonesia atau Malaysia baikpun dalam aspek politik, ekonomi ataupun sosial.

Filipina seperti juga Singapura, memerlukan rantau Asia Tenggara untuk menempatkan lokasi dan identitinya supaya tidak menjadi terasing bersendirian (kerana peribadi budayanya yang terlalu kebaratan). Keperluan mencipta sendiri identiti negara memang menjadi keperluan psikologi (psychological imperative) negara-negara yang baru merdeka, tetapi bagi Filipina keperluan itu lebih dirasakan. Pembentukan MAPHILINDO adalah contoh yang sesuai bagi memaparkan keperluan Filipina tersebut kerana MAPHILINDO bukan sahaja membawa unsur politik tetapi juga unsur ras (iaitu ras Melayu) - begitu juga dengan usaha Filipina menonjolkan Rizal sebagai tokoh dunia Melayu. Walau bagaimanapun Filipina tidak dapat lari dari menjadi (i) forward defense (ii) economic/geographic frontiers kepada keperntinga tentera dan ekonomi (para pemodal) Amerika. Usahanya melancarkan Bank ASEAN dan Suruhanjaya Pemodalan adalah bagi membentuk laluan kepada kepentingan pelaburan dari Amerika ke Asia Tenggara. Indonesia baikpun dalam orde lama (Sukarno) dan orde baru (Suharto), keutamaan pakatan serantau adalah bagi mencetuksan ketahanan (reselience) nrantau atau negaranegara rantau ini. Kononnya dalam membentuk ketahanan itu, Asia Tenggara harus berkecuali (non-alignment) dan dasar luar Indonsia berdoktrin kepada "bebas-aktif", tetapi Indonesia yang menjadi anggota utama non-alignment, ia masih condong kepada blok Komunis (pada masa Sukarno) dan demokrasi Barat (pada masa Suharto). Penyertaan Indonesia dalam pakatan serantau disamping mementingkan pakatan itu membentuk ketahanan sendiri (serantau) - akhirnya akan membantu menonjolkan atau membuka peluang kepada Indonesia muncul sebagai tokoh utama (ketua) kepada negaranegara rantau ini (memandangkan ia sebuah negara yang penting di dunia ini - diukur dari segi bilangan penduduk dan kemampuan lainnya). Thailand sebuah negara yang bersedia sahaja menerima sebarang pakatan serantau kerana mempunyai dasar luar yang disifatkan sebagai pragmatif (iaitu selagi pakatan itu tidak merugikan, memberi jaminan keselamatan dan bantuan kepada pembangunan negara bangsanya). Pakatan itu diperlukan kerana Thailand tidak mahu berhadapan dengan ancaman dari Indochina dan pakatan serantau dapat digunakan oleh Thailand untuk menjadi jambatan penghubung dengan Burma kurang sedia mewujudkan hubungan bilateral dengan Thailand. Burma sedia menerima pakatan serantau terutamanya yang mengutamakan unsur ketahanan rantau atau unsur menghindarkan pengaruh atau campur tangan luar. Burma sudah mengamalkan dasar berkecuali (self-imposed neutrality) dan akan mengalu-alukan sebarang pakatan yang mengurangkan potensi campur tangan luar kepada halehwal dalaman sesebuah negara. Vietnam selepas kemerdekaan menunjukkan kecenderungan untuk menyertai pakatan serantau Asia Tenggara kerana ia berhadapan dengan sempadan China (yang mudah menjadi punca pertelagahan) dan ingin mendapat kerjasama bagi membangunkan negara yang ketinggalan akibat perang yang berpanjangan. Laos dan Cambodia menghendaki perkecualian dan dasar luar yang terbuka, tetapi kedudukan geografi dan bersempadan dengan kawasan perang (Vietnam) tidak membenarkan perkecualian daripada menjadi kenyataan.

Pengalaman (Dasar Luar) Malaysia: Sehingga 1957 dasar luar Tanah Melayu di tangan Britain. Selepas kemerdekaan, usaha keluar daripada pergantungan kepada Britain dan Komanwel diusahakan. Namun begitu pengaruh Komanwel terhadap dasar luar dan dalam (kerajaan) Tanah Melayu tidak boleh diperkecilkan. Pengaruh Komanwel dapat dilihat dalam soal perlembagaan, pendidikan, penstrukturan pentadbiran, kehakiman, perindustrian, perdagangan, matawang (terikat dengan Sterling blok) dan sebagainya. Komanwel juga membantu Tanah Melayu memasuki PBB dan organisasi organisasi anjuran PBB seperti United Nation Development Programs (UNDP), United Nation Conference on Trade and Development (UNCTAD), Food and Agricultural Organization (FAO), termasuk juga badan-badan lain seperti International Monetary Fund (IMF), International Bank for Reconstruction and Development (IBRD), Rancangan Colombo, General Agreement on Tariffs and Trade (GATT), International Air Transport Association (IATA), PATA, Economic Commission for Asia and the Far East (ECAFE) dll. Malah penyertaan Tanah Melayu dalam Komanwel membantu kepada kesedian Britain mewujudkan Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA) dan kemudiannya Perjanjian Pertahanan Lima Negara (1971) yang dianggotai Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura). Namun demikian, pergantungan Tanah Melayu kepada Komanwel telah mengasingkannya daripada kedudukan serantau Asia Tenggara. Atas gesaan Komanwel juga Tanah Melayu mula memberi perhatian kepada kepentingan serantau (malah kepada Britain khasnya, Komanwel dan Amerika amnya, Tanah Melayu yang terlibat dengan kerjasama serantau akan menjadikan Tanah Melayu sebagai "forward agent" kepada negara-negara itu dalam menghadapi atau memahami perkembangan di Asia Tenggara. Justeru itu tidak hairanlah kalau Indonesia dan Filipina menyifatkan pembentukan Malaysia sebagai satu corak neo-colonialism. Malah sebelum pembentukan Malaysia, keterlibatan Tanah Melayu dalam ASA (pakatan serantau antara Thailand, Filipina dan Malaysia) sudah dianggap oleh negara-negara lain (terutamanya Indonesia dan Burma) sebagai pakatan agen Barat (pro Barat). Usaha Tanah Melayu untuk menempatkan dirinya di rantau ini dan menunjukkan bahawa kemerdekaannya itu tulin maka prestasi dan kebebasan dasar luarnya perlu dibuktikan. Langkah pertama ialah menempatkan diri dalam kerjasama serantau. Langkah seterusnya mencetuskan jaminan keselamatan yang dikongsi bersama oleh negara-negara serantau (terutamanya setelah sokongan tentera luar diundurkan dengan tamatnya pangkalan tentera Butterworth dan Singapura). Keselamatan serantau semakin diperlukan apabila perkembangan di Vietnam semakin meruncing apabila Amerika melancarkan pengeboman besar-besaran dan kemudiannya diikuti oleh perjanjian Paris (1973) bagi menamatkan peperangan di Vietnam dan pengunduran tentera Amerika daripada Vietnam (1975) - disamping kejayaan China meletupkan bom nukliarnya yang mencetuskan persaingan langsung dengan Rusia [sebaliknya mengurangkan ancaman kedua China dan Rusia di Asia Tenggara] dan diikuti pula kesediaan China membuka perhubungan dengan dunia (demokrasi) Barat mengurangkan keperluan kepada SEATO dan ANZUS. Perjalanan ASA yang kurang bertenaga dan memandangkan sebarang pakatan serantau tanpa penyertaan Indonesia tidak akan efektif, maka dibentuk pula MAPHILINDO

(1963) tetapi pakatan ini tidak berjaya digerakkan kerana berlaku konfrontasi MalaysiaIndonesia. Selepas Konfrontasi dan perkembangan di Vietnam serta perubahan-perubahan dari segi pakatan ketenteraan seperti disebutkan di atas, maka usaha meningkatkan kerjasama serantau dilakukan. ASA yang tidak bertenaga itu diganti dengan ASEAN (1967). Walaupun ASEAN juga kurang bertenaga pada awalnya tetapi tidak ditamatkan kerana kewujudannya masih memberi manfaat terutamanya sebagai pentas perundingan antara negara di Asia Tenggara. Selepas satu dekad ASEAN muncul sebagai pakatan serantau yang penting untuk menjadi suara kolektif rantau ini menghadapi tindakan-tindakan organisasi atau kuasa luar yang boleh menjejaskan negara atau keseluruhan negara di Asia Tenggara. Malaysia kini melalui tahap ketiga dasar luarnya yang merintis kesempatan bagi melibatkan diri dalam isu-isu politik dunia yang tertentu (biasanya yang sederhana dan selektif). Pencapaian baik Malaysia sebagai penyuara yang vokal membantu Malaysia bukan sahaja dalam arena antara bangsa tetapi juga membantu membawa imej kestabilan dan kemajuan dalam negara (apa yang diistilahkan sebagai "parallel image" antara luar dan dalam negara).

MALAYSIA DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA PENGENALAN * Asas penting dalam hubungan antarabangsa bagi Malaysia ialah menjalinkan hubungan baik dengan jiran-jiran.

DASAR LUAR NEGARA Tujuan Dasar Luar Negara * persahabatan * keamanan * kemakmuran Faktor yang mempengaruhi dasar luar a. Ekonomi * Menjalinkan hubungan dengan Britain dan Amerika Syarikat kerana getah dan bijih timah. * Kedua-dua buah negara memberi modal di dalam pembinaan kilang dan bank serta menjadi pembeli barangan tersebut. b. Sejarah dan Penduduk * Hunbungan yang rapat dengan negara-negara Islam terjalin sejak zaman Kesultanan Melaka sehingga sekarang. * Mereka tidak mahu menjalinkan hubungan baik dengan Israel, sebaliknya mahukan hubungan rapat dengan negara-negara Islam. * Kerajaan perlu memberikan perhatian kepada perkara tersebut. c. Kedudukan dan Saiz Tanah Melayu * Kedudukan Tanah Melayu pada laluan antarabangsa utama di Selat Melaka dan saiznya yang kecil memerlukan ia bersikap menurut dan tidak menentang kehendak kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China. * Manakala negra-negara kecil dirantau yang sma (Asia Tenggara) perlu bekerjasama atau mencari tempat untuk bernaung iaitu melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). d. Kepimpinan * Apabila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 pemimpin negara pada masa tersebut belum mempunyai pengalaman yang banyak mengenai hubungan antarbangsa kerana mereka lebih menumpukan perhatian kepada perjuangan kemerdekaan. * Kuasa yang mengendalikan hubungan antarabangsa pasa ketika itu ialah penjajah British. Dasar Luar Tanah Melayu Menjelang Kemerdekaan a. Dasar Pro-Barat * Parti Perikatan telah membentuk satu dasar luar yang pro-Amerika Syarikat kerana dasar anti-komunisnya sesuai dengan keadaan Tanah Melayu ketika itu berada pada zaman darurat. * Pemimpin Tanah Melayu menganggap Amerika Syarikat bertanggung jawab untuk bertindak agar fahaman komunis tidak bertapak di Tanah Melayu. * Mereka juga berpendapat bahawa Amerika Syarikat akan bersimpati untuk menghulurkan bantuan kepada Tanah Melayu seperti mana yang diberikan kepada Thailand, Filipina dan Korea Selatan. b. Dasar Luar yang Rapuh * Manifesto Perikatan menunjukkan kurangnya pengalaman mereka di dalam hal ehwal

politik antarabangsa. * Sebenarnya Am,erika Syarikat membentu Thailand, Filipina dan Korea Selatan kerana negrea-negara tersebut nmempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. * Walaupun dasar luar Amerika Syarikat anti komunis tetapi ini tidak bermakna Amerika Syarikat bertanggungjawab membentu Tanah Melayu memerangi komunis kerana pertahanan Tranah Melayu pada masa tersebut menjadi tanggungjawab kerajaan British. Dasar Luar Zaman Selepas Merdeka a. Dasar Anti-komunis * Keganasan dan kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) memberi pengalaman dan pengajaran yang pahit kepada pemimpin-pemimpin Perikatan dan penduduk Tanah Melayu. * Tanah Melayu tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana negara komunis sehingga tahun 1968. * Sikap anti-komunis Tanah Melayu ini dilahirkan juga apabila ia bersetuju menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain pada tahun 1957. * Melaui perjanjian ini tentera Britain, Australia dan New Zealand ditempatkan di Tanah Melayu dan digunakan untuk menentang pemberontakan komunis. b. Dasar pro- Barat * Penentangan terhadap komunis menjadi faktor penting dalam pengubalan dasar luar Tanah Melayu. * Pengalaman semasa darurat dan pendirian Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra menjadi asas pembentukan dasar luar tersebut. * Tunku pernah menyatakan bahawa Tanah Melayu 'akan timbul dan tenggelam dengan Barat' * Inilah sebab utama selepas merdeka Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia di anggap pro-Barat. Buktinya; * Dasar luar Malaysia yang dianggap pro-Barat. Buktinya diplomatik peringkat awal hanya dengan negara-negara yang bukan komunis seperti Britain, Amerika Syarikat, Indonesia. Australia, Thailand, India dan Filipina. * Pada tahun 1958 Tunku Abdul Rahman melawat Republik Vietnam (Vietnam Selatan), sebuah negara anti komunis. * Dalam lawatan itu Tunku mengecam keras fahaman komunis. c. Hubungan dengan Indonesia * Hubungan awal dengan Indoneia di asaskan oleh konsep rumpun bangsa Melayu, bukan kerana sikap anti-komunis. * Bumiputera Malaysia dan pribumi Indonesia berasal daripada datu rumpun bangsa Melayu yang mempunyai bahasa dan budaya yang hampir sama. * Sebahagian besar penduduk di kedua-dua negara adalah beragama Islam. d. Hubungan dengan Thailand * Hubungan dengan Thailand juga terjalin sejak sebelim merdeka. * Tahun 1965 Perjanjian Kerjasama Sempadan ditandatangani dan terwujudnya Jawatankuasa Am sempadan Malaysia-Thailand. * Jawatankuasa ini masih berfungsi hinga sekarang. * Bertujuan bekerjasama memburu komunis di sempadan semasa darurat dahulu.

e. Hubungan dengan Filipina * Hubungan ini diasaskan oleh semangat kejiranan. Sikap anti-komunis dan perasaan seumpun bangsa Melayu. f. Perjanjian Pertahanan dengan Britain * Malaysia bersedia bekerjasama dengan negara-negara lain demi kepentingan negara. Contohnya Perjanjian Pertahanan negara 1957; * menentang ancaman komunis dan ancaman luar . * Australia dan New Zealand diberi taraf pemerhati. * Ketiga-tiga negara ini diberi kemudahan untuk menempatkan tentera masing-masing di Tanah Melayu. * Hubungan Tanah Melayu dengan Britain, Australia dan New Zealand juga dijalin melalui keanggotaaan mereka dalam komanwel British. KERJASAMA SERANTAU 1. Pendahuluan * tahun 1968 Tunku Abdul Rahaman membayangakn hasrat untuk membentuk satu pakatan Serantau di Asia Tenggara. * Pada zahirnya Tunku menyetakan pertubuhan ini akan menumpukan perhatian kepada soal sekonomi dan kemasyarakatan, tidak kepada soal politik dan ketenteraan. * Tetapi hasrat disebalik penubuhannya mempunyai kaitan dengan ancaman komunis iaitu satu isu politik. 2. Persatuan Asia Tenggara (ASA) a. Peingisyhtiharan Bangkok 1961 * Beberapa rundingan diadakan dengan negari-negeri bebas daripada pengaruh komunis di Asia Tenggara iaitu Thailand, Indonesia dan Filipina. * Akhirnya lahirnya Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada 31 Julai 1961. * Penubuhan ASA diikuti dengan Perisyhtiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961. * ASA dianggotai oleh tiga buah negeri iaitu Malaysia, Thailand fan Filipina. b. Tujuan Penubuhan (umum) * menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan kebudayaan, kemasyarakatan, sains dan pentadbiran. * Mengadakan kemudahan latihan dan penyelidikan untuk kepentingan bersama dan mempertingkatkan pengajian tentang Asia Tenggara. * Menjadikan ASA pertubuhan bebas yang tidak terikat kepada mana-mana blok kuasa. * kerjasma ekonomi * Adalah berbentuk pertukaran maklumat teknik dan pakar iaitu seperti promosi pelancongan, penerbangan awam dan perkapalan. * Usaha dalam bidang penerbangan dan perkapalan tidak begitu berhasil kerana syarikatsyarikat asing memiliki saham yang banyak dalam perniagaan di Asia Tenggara. * Kerjasama dalam bidang pendidikan * ialah pertukaran tenaga pengajar di antara universiti contohnya pertukaran tenaga pengajar antara Universiti Malaya dengan Universiti Filipina pada tahun 1965. * Dalam Bidang Kebudayaan dan Kesenian

* Kerjasama yang erat dijalankan melalui rombongan pertunjukan kebudayaan antara anggota ASA. * Tujuan politik * Meenjadikan ASA pertubuhan bebas yang tidak terikat d\kepada mana-mana blok kuasa. * Sungguhpun ASA tidak mempunyai tujuan politik tetapi hasrat yang tidak tersirat menunjukkan arah politik dan keselamatan iaitu apabila pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan berjalan lancar maka pengaruh komunis akan dapat dibendung. MAPHILIDO a. Sidang Kemuncak Tiga Negara * Berbagai usaha dijalankan untuk memulihkan hubungan yang renggang akibat konfrantasi yang dilancarkan oleh Indonesia dan Filipina terhadap penubuhan Malaysia. * Satu sidangf kemuncak antara Presiden Sukarno (Indonesia), Presiden Macapagal (Filipina) dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra (Malaysia). * Sidang ini diadakan di Manila dan hasilnya ialah penubuhan Maphilindo iaitu gabungan bahagian nama ketiga-tiga negara tersebut tetapi keanggotaannya kepada negara-negara lain di Asia Tenggara masih terbuka. b. Tujuan: * Taujuan utama penubuhan Maphilindo ialah menyelesaikan maslah bantahan Indonesia dan Filipina terhadap penubuhan Malaysia secara am,an. * Sungguhpun demikian ia menemui jalan buntu dan Maphilondo terkubur dengan kelahiran Malaysia pasa tahun 1963. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) a. Proses Penubuhan: * setelah konfrantasi berakhir, Persatuan Asia Tenggara cuba dihidupkan di antara Malaysia, Thailand, Filipina yang diikuti oleh Indonesia dan Singapura dan telah bersetuju menubvuhkjan ASEAN (Persatuan Negra-negara Asia Tenggara) di Bangkok pada Ogos 1967. b. Tujuan Penubuhan i. Sosio-ekonomi: * mempercepatkan pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan menerusi kegiatan bersama. * Meneruskan usaha mengenai pengajian Asia Tenggara. ii. Politik: * mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau berdasarkan keasilan dan kepatuhan undang-undang serta menerima prinsip piagam pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). c. Urusetia * Pada peringkat awalnya ASEAN tidak mempunyai satu urusetianya sendiri. * Dasar dan kegiatan ASEAN ditentukan oleh mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar ASEAN. * Jawatankuasa berikut ditubuhkan:

* Jawatankuasa Perdagangan dan Pelancungan * Jawatankuasa Industri Galian dan Tenaga * Jawatankuasa Makanan. * Jawatankuasa Pertanian dan Perhutanan * Jawtankuasa Kenderaan dan Perhubungan. * Jawatankuasa Kewangan dan Urusan Bank * Jawatankuasa kewangan dan Urusan Bank * Jawatankuasa Kegiatan Sosial dan Kebudayaan. d. Perisytiharan Kuala Lumpur. * Menteri-menteri Luar ASEAN yang bersidang di Malaysia pada 1971 telah bersetuju mengemukakan perisytiharan K.Lumpur pada 22 November 1971 yang menyatakan persetujuan menubuhkan: * satu kawasan 'Aman, Bebas dan Berkecuali' di Asia Tenggara (ZOPFAN) * Ini bermakna negara-negara di Asia Tenggara atau sekurang-kurangnya ASEAN bersetuju untuk tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar supaya mereka tidak campurtangan dalam hal ehwal Asia Tenggara. e. Kemajuan yang di capai i. Ekonomi: * Dari tahun 1967-75 ASEAN mencatatkan kejayaan yang sederhana dalam bidang ekonomi melalui usaha untuk menghapuskan cukai barangan tertentu yang dieksport di kalangan negara-negara anggota. * Tetapi usaha ini kurang berkesan kerana barangan yang terlibat seperti garam, cuka dan rotan tidak penting dari segi perdagangan. ii. Perusahaan: * usaha membahagikan perojek membuat barangan tertentu di kalangan enggota ASEAN juga tidak berjaya iaitu seperti kilang baja di Thailand dan enjin diesel di Singapura. iii. Kebudayaan: * kerjasama dikalangan negara-negara ASEAN sungguhpun menggalakkan terutama sekali melalui pesta filem dan pertunjukkan kebudayaan ASEAN. iv. Pendidikan dan Sukan * Pusat-pusat pengajian tinggi telah menyediakan beberapa tempat di universiti masingmasing untuk pelajar-pelajar dari negara ASEAN. * Kerjasama juga dibuat melalui bidang kesusasteraan dan sukan. f. Sidang Kemuncak ASEAN * Di adakan pertama kalinya di Bali, Indonesia pada Februari 1976. * Dihadiri oleh semua Ketua kerajaan ASEAN. * Sidang ini diadakan selepas kejatuhan Vietnam Selatan ke tangan komunis pada tahun 1975 yang membimbangkan negra-negara ASEAN. * Mereka khuatir tentang matlamat komunis Vietnam yang mungkin cuba menakluk negrara-negara lain di Asia Tenggara. * Ini diperhebatkan lagi dengan teori domino yang menyatakan sekiranya Vietnam Selatan jatuh ke tangan komunis maka negara-negara lain di Asia Tenggara akan turut jatuh satu demi satu. i. Keputusan Sidang Kemuncak ASEAN * Salah satu perkara penting yang dibincangkan ialah ancman daripada Vietnam.

* Beberapa keputusan penting yang dicapai ialah: * Ketua-ketua kerajaan ASEAN bersetuju memeterikan Persetiaan 0Permaufakatan dan Kerjasama di Asia Tenggara * Mengemukakan Perisytiharan Persetujuan ASEAN * Menubuhkan Urusetia ASEAN. ii. Urusetia ASEAN * Ditubuhkan di Jakarta pada Jun 1976 untuk mempertingaktkan kerjasama di kalangan negra-negra ASEAN. * Para pemimpin ASEAN secara berkumpulan mengadakan dialog dengan pemimpinpemimpin Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Kesatuan Aeropah dan negara-negara lain dari masa kesemasa. iii. Tujuan Penubuhan Urusetia ASEAN * Mewujudkan permuafakatan yang berterusan dan kerjasama di kalangan anggotaanggota ASEAN. * Menghormati kemerdekaan, kedaulatan, persetaraan, keutuhan wilayah dan keperibadian setiap negara. * Mengiktiraf hak setiap negara untuk wujud tanpa campur tangan luar, gerakan subversif dan paksaan. * Segala perselisihan hendaklah diselesaikan secara aman. iv. Pencerobohan Vietnam kle atas Kemboja * Pencerobohan Vietnam di Kemboja pada tahun 1978 menjadikan ASEAN lebih cergas. * Pada masa tersebut Kemboja diperintah oleh golongan komunis Khmer Rouge di pimpin oleh Pol Pot yang merampas kuasa daripada Lon Nol. * Mereka adalah kumpulan manusia yang zalim kerana membunuh beratus ribu rakyat Kemboja secara kejam dan berhubung rapat denmgan China komunis yang ketika itu sedang bertelingkah dengan Soviet Union. * Dalam pada itu Vietnam tidak percaya kepada China Komunis dan membuat ikatan yang kukuh dengan Soviet Union. * Akhirnya Vietnam menakluk sebahagian besar Kemboja dan menubuhkan kerajaan baru pimpinan Heng Samrin, seorang rakyat Kemboja. * Heng Samrin dianggap sebagai boneka di Vietnam beliau kemudiannya digantikan oleh Hun San. v. Reaksi ASEAN terhadap pencerobohan Vietnam 1. ASEAN tidak mengiktiraf kerajaan baru ini dan menganggap Kerajaan Demokratik Kemboja pimpinan Pol Pot sebagai kerajaan yang sah, walaupun kezaliman Pol Pot diketahui umum. Pada pendapat ASEAN pencerobohan Vietnam itu tidak dapat diterima langsung dengan itu juga kerajaan Heng Samrin dianggap tidak sah kerana diwujudkan selepas pencerobohan Vietnam. 2. ASEAN juga berpendapat jika kerajaan Heng Samrin diiktiraf maka ia seolah-olah merestui pencerobohan. Ini boleh menyebabkan negara-negara yang kuat dari segi ketenteraan akan berasa tidak bersalah jika menyelesaikan maslah dengan menggunakan kekerasan. 3. ASEAN juga memainkan peranan yang aktif dan berkesan untuk mengekalkan perwakilan kerajaan Demokratik Kampuchea di PBB. 4. Malaysia dan rakan-rakannya yang lain telah berusaha dan berjaya menubuhkan kerajaan campuran Kampuchea Demokratik (KCKD) yang terdiri daripada;

* golongan Khmer Rouge * Moulanika yang dipimpin oleh Putera Norodom Sihanouk * Barisan Pembebasan Kebangsaan Rakayat Kampucjea (BPKRK) adalah bukan pertubuhan komunis. Manakala KCKD telah ditubuhkan di K.Lumpur pada Jun 1982. Mereka terus menentang kerajaan boneka Vietnam di Kampuchea. 5. Sebelum KCKD ditubuhkan kerajaan Demokratik Kampuchea yang dipimpin oleh Pol Pot mewakili Kampuchea di PBB. Regim ini tidak diseukai ramai kerana ganas dan zalim. Untuk menentukan supaya pemerintahan Kampuchea boleh diterima oleh PBB, Malaysia dan anggota ASEWAN telah mengusahakan pemebtnukan KCKD yang menjadikan Putera Norodom Sihanouk sebai ketuanya. Dengan itu sokongan terhadap KCKD di PBB bertambah. 6. ASEAN juga sedang berusaha untuk mencari perdamaian di Kampuchea. Lain-lain Kegiatan i. Meningkatkan hubungan dagangan dengan menambhakan jumlah barangan yang tidak dikenakan cukai atau dikurangkan cukainya apabila diperdagangnkan di kalangan negranegara ASEAN. ii. Kerjsama dibidang carigali minyak antara Malaysia dan Thailand. iii. Langkah-langkah menggalakkan usahasama dalam bidang perindustrian. iv. Kerjasama dalam bidang perhutanan telah dilaksanakan dengan Kanada. v. Persidangan ketiga pengarang Suratkhabar ASEAN telah diadakan di Bali pada Oktober 1987. vi. Ahli-ahli kajipurba ASEAN telah menjalankan kajian dan galicari di Singapura pada tahun 1987. vii. Persetujuan untuk menajdikan tahun 1992 sebagai 'Tahun melawat ASEAN' juga telah dicapai. 5. Menghadapi Cabaran Luar. a. Hubungan dengan Indonesia i. Hubungan awal antara Tanah Melayu dengan Indonesia adalah baik apabila Tanah Melayu membuka pejabat perwakilan diplomatik di Jakarta sejak seblum merdeka. ii. Pada 31 Ogos 1957 taraf perwakilan Tanah Melayu telah dinaikkan menjadi keutaaan dengan Duta Besar Tanah Melayu pertama ke Indonesia iaitu Senu B. Abdul Rahman. iii. Pada 1959 dibuat perjajian persahabatan pertama dengan Indonesia. Pada akhir tahun tersebut rombongan pendidikan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir b. Ismail pergi ke Indonesia untuk emrundingkan soal penyatuan ejaaan antara Tanah Melayu dan Indonesia. b. Faktor Keretakan Hubungan dengan Indonesia i. Perasaan kurang senang Indonesia terhadap Tanah Melayu sejak tahun 1950an lagi, berpunca apabila pemimpin pemberontakan PRRI dibenarkan masuk dan kaluar Tanah Melayu dengan bebas. ii. Penangkapan 30 orang rakyat Indoensia dalam sebauh bot yang memasuki perairan Tanah melayu dalam tahun 1966 di P.Pinang. iii. Perkembangan politik dan ekonomi Indoensia sejak 1959 lagi tidak menyenangkan T.Melayu yang anti komunis, kerana Presiden Sukarno menjalinkan hubungan dengan kerajaan China Komunis.

iv. Pertolongan yang diberikan oleh Tunku Abdul Rahman bagi menyelesaikan krisis Irian Barat secara aman taelah disalah anggap oleh rakayt Indonesia> Mereka mendakwa Malaysia ingin mencampuri urusan politik dalam negara Indoenesia.

Vous aimerez peut-être aussi