Vous êtes sur la page 1sur 7

Masalah pembahagian harta pusaka adalah salah satu daripada isu semasa

dalam masyarakat yang sepatutnya diberikan perhatian oleh para pewaris yang terlibat.
Ini kerana, harta pusaka yang tidak diselesaikan pembahagiannya akan menimbulkan
masalah pemilikan harta dalam kalangan pewaris khususnya hartanah, wang dan
sebagainya. Ia menyebabkan urusan pembangunan hartanah terbantut, menghalang
urus niaga dan wujud tanah-tanah terbiar.
Ramai di kalangan masyarakat kita yang masih mempunyai sikap yang agak
negatif apabila membincangkan isu pembahagian harta pusaka ini. Apabila seseorang
anak cuba mengajak ahli keluarga untuk membincangkan perkara tersebut, maka akan
ada di kalangan ahli keluarga yang lain yang membantah atas alasan kepentingan dan
emosi semata-mata.
Sememangnya isu berkaitan harta pusaka sangat sensitif dalam kalangan
masyarakat di negara kita terutama masyarakat Melayu Islam, sedangkan harta pusaka
yang bakal ditinggalkan kepada para waris, sangat-sangat perlu dirancang sebelum
pemilik harta meninggal dunia.
Hal ini kerana, terlalu banyak masalah yang bakal timbul sekiranya harta pusaka
tidak dirancang terlebih dahulu. Bukan sahaja kepada para waris, bahkan juga kepada
si mati. Antara contoh masalah yang telah berlaku adalah seorang suami telah
meninggal dunia dan kemudian meninggalkan ayah dan ibu, seorang isteri dan 2 anak
lelaki. Kemudiannya si suami meninggalkan harta yang banyak tanpa sebarang wasiat
dan seterusnya timbullah perselisihan faham di antara si isteri dengan kedua-dua ibu
bapa si mati di atas pembahagian hak harta pusaka ini kerana bolotkan harta dan juga
si isteri ini beranggapan ibu dan ayah si mati ini ingin membolot harta suaminya
sehingga terputusnya hubungan kekeluargaan di antara isteri dan juga ibu bapa si mati.
Sepatutnya perbalahan seperti ini tidak berlaku di dalam sesebuah keluarga
kerana ianya sudah ditetapkan di dalam perundangan Islam yang mengikut syariat
Islam. Perkara ini berlaku adalah kerana kurangnya ilmu agama terhadap hukum faraid
dan sikap yang terlalu tamakkan harta. Pembahagian harta pusaka ini akan lebih
mudah jika ianya mengikut syariat Islam kerana Allah telah menetapkan nilai-nilai
pembahagian harta pusaka di dalam al-Quran iaitu pada surah an-Nisa ayat 11 dan 12.
Melalui situasi masalah ini, jika ianya dibahagikan mengikut syariat Islam iaitu mengikut
sistem faraid, ibu dan bapa si mati akan mendapat 1/6 setiap seorang daripada harta
tersebut. Ini berlandaskan ayat 11 Surah An-Nisa yang bermaksud: "Dan bagi ibu bapa
(si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam daripada harta yang ditinggalkan
oleh si mati." Berdasarkan ayat ini, ayah dan ibu si mati mempunyai hak sebanyak 1/6
daripada harta si mati.
Sementara itu, bahagian yang berhak diwarisi si isteri pula digariskan di dalam
ayat 12 Surah An-Nisa yang bermaksud: "Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula
seperempat dari harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak, tetapi
kalau kamu mempunyai anak maka bahagian kamu ialah seperlapan dari harta yang
ditinggalkan". Memandangkan si isteri mempunyai anak, bahagian yang akan
difaraidkan kepadanya adalah 1/8. Kemudian, bagi anak lelaki pula mendapat 2/3
daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid bapanya. Perbalahan seperti ini tidak
akan berlaku sekiranya pembahagian harta pusaka ini diikuti dengan sebaiknya kerana
banyak hikmat dan kebaikan yang diperoleh melalui pembahagian ini.
Perlu diingat kepada semua waris yang bakal menerima bahagian pusaka iaitu
sebelum harta pusaka itu diagih mengikut nilai bahagian faraid yang telah ditentukan
maka perlu dipastikan bahawa harta pusaka itu telah bersih daripada segala hutang
(hutang dengan Allah dan hutang dunia), bersih daripada harta amanah yang dipegang
si mati dan bersih daripada tuntutan wasiat.
Para waris akan dibebankan dengan proses perundangan yang kompleks,
pentadbiran pusaka yang rumit, perselisihan dan pertelingkahan keluarga,
pembahagian yang tidak mengikut syarak, tuntutan pihak-pihak ketiga, generasi waris-
waris yang berlapis-lapis dan sebagainya.
Kepada si mati, pastinya dia akan diazab di alam barzakh disebabkan
kecuaiannya tidak belajar dan tidak mengajar waris-warisnya tentang kepentingan
pembahagian faraid, sehinggakan tanpa disedari waris-warisnya memakan hak orang
lain. Lebih-lebih lagi hak anak-anak yatim yang mana ia merupakan salah satu dari
dosa besar.
Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran:
W-O>-474 -OE44O^-
4O^` W 4 W-O7O4lE>
E+1)lC^- UjO-C) W 4
W-EOU7> +O4O^` -O)
7g4O^` _ +O^^) 4p~E
6ONO -LOO):E ^g
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan
janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu
makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana
sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
(Surah An-Nisa: 2)

Seandainya merancang pembahagian harta pusaka itu tidak penting, maka
tiadalah kaedah-kaedah perancangan pusaka seperti wasiat, hibah, amanah, takaful
dan sebagainya. Perkara-perkara ini amat ditekankan oleh Islam supaya semua urusan
dapat diselesaikan dengan mudah dan mengikut syariat Islam tanpa ada perbalahan
dan ketidakpuasan hati daripada pelbagai pihak.

Wasiat misalnya, umat Islam amat-amatlah digalakkan untuk menyediakannya.
Firman Allah S.W.T:
=Ug-7 7^OU4 -O) 4O=EO
N7E4 OE^- p) E4O>
-OOE= OOg4O^-
^}uCEg4OUg 4-)4O^~-4
NOuE^) W EO O>4N
4-+^- ^g
kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat
dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas
orang-orang Yang bertaqwa.
(Surah al-Baqarah: 180)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan
untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah
kepalanya. Sahih Bukhari (Vol. IV p.1)

Kemudian, pada masa sekarang telah banyak isu mengenai pembahagian harta
pusaka ini timbul dalam kalangan masyarakat di negara ini. Antaranya isu melalui Arkib
Utusan Malaysia Online pada 05/05.2009 ialah berlakunya perbalahan di antara ahli
keluarga kerana lewat membahagikan harta pusaka tersebut. Kemudian banyak
perkara si mati yang belum dilangsaikan dan telah diabaikan oleh ahli keluarga seperti
hutang dan tuntutan yang telah diwasiatkan oleh waris sebelum meninggal dunia.
(sumber: Arkib Utusan Malaysia Online 05/05.2009)

Tanggapan di kalangan masyarakat Melayu bahawa pengurusan harta pusaka
hanya boleh diselesaikan melalui hukum faraid sahaja adalah antara penyebab utama
berlakunya kelewatan pembahagian yang membawa kepada pertelingkahan sesama
waris.
Kelewatan urusan pembahagian harta pusaka itu bukan sahaja akan mendorong
berlakunya krisis dalam institusi kekeluargaan tetapi ia akan menyebabkan harta itu
terutamanya hartanah akan menjadi statik dan tidak memberikan pulangan ekonomi
yang sepatutnya.
Keadaan akan menjadi lebih serius lagi apabila pihak-pihak yang bertelagah
mengambil jalan singkat dengan mengambil keputusan menjualkannya bagi
membolehkan hasil jualan diagih-agihkan sesama mereka.
Apabila perkara ini berlaku, ia sebenarnya tidak akan menyelesaikan
permasalahan utama malah ia akan membawa kepada masalah jangka masa panjang
yang lebih serius, bila mana hak milik harta itu berpindah ke tangan pihak ketiga dan
wujudnya salah faham sesama mereka yang tidak berpuas hati dengan ganjaran yang
diperoleh.
Segala kemelut ini mampu ditangani dengan berkesan sekiranya masyarakat
Melayu itu sendiri membuat perancangan awal dengan mengurus tadbir harta mereka
secara teratur dan sistematik sebelum meninggal dunia.
Seterusnya, harta pusaka ini mestilah diagihkan setelah selesai menguruskan
segala urusan si mati yang masih belum di selesaikan lagi sebelum ianya diagihkan
kepada yang berhak menerimanya. Apabila seseorang itu meninggal dunia, harta
peninggalannya tergantung kepada lima perkara mengikut turutan. Antara turutan-
turutannya adalah seperti berikut:
1. Digunakan untuk menyelesaikan urusan jenazahnya seperti mandi, kafan dan
pengebumian jenazah.
2. Membayar hutang si mati samada hutang kepada manusia mahupun hutang
kepada Allah SWT termasuk menyelesaikan gadaian atau harta yang
dipinjamnya dari orang lain.
3. Menunaikan wasiat si mati, jika beliau ada berwasiat dengan syarat tidak lebih
daripada 1/3.
4. Menyelesaikan masalah harta sepencarian.
5. Membahagikan harta pusaka kepada waris-waris si mati.

Selain itu, jika si mati masih belum menunaikan fardu haji sedangkan ia telahpun
mempunyai kemampuan berbuat demikian, maka wajiblah diwakilkan kepada orang lain
supaya menunaikan fardu haji bagi pihaknya dengan syarat pihak yang menjadi wakil
itu telahpun menunaikan fardu haji.
Seorang perempuan dari Khas'am pernah bertanya Rasulullah SAW tentang
kedudukan ayahnya yang sudah tua yang tidak mampu lagi menunaikan fardu haji,
adakah beliau boleh menunaikan fardu haji bagi pihaknya. Ujar baginda SAW: Ya;
(Hadis ini dikeluarkan oleh malik, Asy-Syafii, Asy-Syaikhain, Abu Dawud Dan Nissa'i).
Dalam sebuah hadis yang lain menjelaskan seorang perempuan bertanya
Rasulullah SAW tentang ibunya yang bernazar hendak menunaikan fardu haji tetapi
belum sempat ia berbuat demikian, ia sudah meninggal, adakah boleh ia menunaikan
fardu haji untuk ibunya itu. Rasulullah SAW memberi kebenaran kepada perempuan itu
berbuat demikian.
Sehubungan dengan itu, wang si mati hendaklah digunakan bagi menunaikan
fardu haji bagi pihak arwah ibu saudara, kerana ibadat haji itu dikira hutang dengan
Allah yang mesti dilangsaikan terlebih dahulu, kemudian yang selebihnya hendaklah
dibahagikan sebagaimana dalam sistem pembahagian pusaka.
Perkara-perkara seperti ini perlu diteliti terlebih dahulu oleh ahli-ahli keluarga
ataupun waris supaya harta yang ditinggalkan itu bersih daripada hutang dan
sebagainya. Perkara ini juga sering menjadi masalah atau isu semasa yang menjadikan
harta pusaka itu tidak dapat diagihkan dengan adil dan amanah. Perkara seperti ini
banyak berlaku adalah kerana tamakkan harta, sombong, dan juga tidak memahami
ilmu agama Islam yang telah ditetapkan oleh Allah. Allah Taala telahpun menceritakan
secara terperinci di dalam al-Quran mengenai pembahagian dan nilai hak-hak yang
sepatutnya diperolehi oleh insan yang berhak menerimanya.

Vous aimerez peut-être aussi