Vous êtes sur la page 1sur 18

JM MT3311D1

September 8, 2011

1.0 PENGENALAN 1.1 STATISTIK


Statistik (atau perangkaan) adalah sains dan aplikasi dalam membangunkan pengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal. Statistik berasaskan teori statistik iaitu salah satu daripada cabang matematik. Dalam teori statistik, kerawakan dan ketidakpastian dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian. Statistik termasuk perancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian yang tidak menentu. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang ada, sesetengah orang menggolongkan statistik sebagai cabang teori keputusan. Perkataan statistik berasal dari perkataan Latin moden frasa statisticum collegium (syarahan mengenai keadaan semasa), yang mana perkataan bahasa Itali perkataan statista, yang bererti "negarawan" atau "ahli politik".Statisitik ialah satu cabang matematik mengenai kaedah memungut,merekod,mewakilkan,menganalisis serta mentafsirkan data atau fakta(Lim Swee Hock,Koo Seng Her,Samadi Hashim & Chong Geok Chuan,2003).

1.1 GRAF 1.1.1 GRAF BAR


i. Bar Mudah Bar kompaun

Graf Bar Mudah 1) Graf bar mudah boleh dilukis secara mendatar atau menegak. 2) Graf bar mudah biasanya digunakan untuk membuat perbandingan antara pemboleh ubah bagi suatu tempoh tertentu. 3) Bar-bar boleh dibina secara terpisah dengan seragam atau digabungkan antara satu sama lain

ii.

Graf Bar Kompoun 1) Graf bar kompaun dikenali juga sebagai graf bar bandingan. 2) Graf ini digunakan untuk memaparkan sesuatu pemboleh ubah tertentu bagi

JM MT3311D1
satu tempoh tertentu.

September 8, 2011

3) Graf ini dapat menunjukkan perbandingan sesuatu pemboleh ubah secara individu dalam suatu kumpulan bar mengikut tempoh tertentu 4) Graf Bar Kompaun

Panduan Melukis Graf Bar


Graf bar mudah 1. Tentukan graf bar yang dikehendaki setelah membaca petikan yang diberi dengan teliti. 2. Pindahkan data ke bentuk jadual untuk memudahkan melukis grafik. 3. Lukis dua paksi, iaitu paksi mendatar (horizontal) untuk mewakili pemboleh ubah bebas dan paksi menegak bagi menunjukkan nilai ataupun kuantiti. 4.Bar-bar yang dilukis itu hendaklah dipisahkan antara satu sama lain dengan kadar yang sesuai dan seragam. Bar yang pertama dan yang terakhir hendaklah dilukis terpisah daripada garis paksi supaya kelihatan lebih jelas dan kemas. 5. Saiz atau lebar bar hendaklah sesuai; tidak terlalu kecil dan tidak pula terlalu besar / lebar. Jarak antara bar sebaik-baiknya separuh (1/2) daripada saiz bar. Graf bar Kompaun 1. Kaedah mendapat maklumat sama seperti graf bar mudah, terdapat perbezaan dari segi melukis. 2. Satu kelompok bar digabungkan dalam satu kumpulan semasa dilukis. 3. Walau bagaimanapun, bar-bar itu boleh dirapatkan sekiranya bar itu menggambarkan nilai-nilai pemboleh ubah dalam satu tempoh masa yang sama, misalnya untuk menunjukkan jumlah kaum tertentu di sesebuah negeri pada tahuntahun tertentu atau yang seumpamanya. 4.Skalanya juga harus sesuai supaya graf yang akan terhasil kelihatan kemas dan seimbang, iaitu tidak terlalu besar sehingga hampir memenuhi . seluruh muka surat ataupun terlalu kecil; hanya memenuhi sebahagian kecil daripada halaman.

JM MT3311D1

September 8, 2011

1.1.2 GRAF GARISAN


Merupakan satu siri titik nilai atau kuantiti yang diplot mengikut koordinat segi empat dan kemudian disambung supya membentuk satu garisan yang bersinambungan. Sistem koordinat merujuk kepada sepasang garisan lurus yang saling bertemu, yang dikenali sebagai paksi yang dilukis pada sudut tepat Garisan atau paksi menegak dikenali sebagai paksi Y manakala garisan atau paksi mengufuk/mendatar dikenali sebagai paksi X Paksi X dan Y membahagikan dataran kepada 4 bahagian atau sukuan yang dikira mengikut pisingan jam bermula dengan sukuan atas sebelah kanan.

JM MT3311D1

September 8, 2011

Paksi Asas Sistem Koordinat

Graf garisan selalu digunakan untuk menerangkan data statistik, fizikal, penduduk, ekonomi dan sebagainya secara grafik

Gras garisan dapat memudahkan pentafsiran, menunjukkan proses kemajuan, perkembangan atau anjakan sesuatu aktiviti atau perkara di dalam tempoh masa tertentu.

Lazimnya paksi menegak (Y) akan menerangkan bilangan atau jumlah sesuatu perkara/fenomena yang ingin ditunjukkan/diterangkan

Paksi mendatar/mengufuk (X) pula akan menerangkan temph masa tertentu seperti hari, bulan.

JM MT3311D1 KOMPONEN UTAMA GRAF GARISAN

September 8, 2011

Terdapat 5 komponen utama iaitu Tajuk, Skala, Angka Skala, Garisan Grid dan Titik Plotan.

Tajuk mestilah ringkas, padat dan tepat/ Tajuk biasanya diletakkan di sebelah atas atau di luar kawasan graf Tajuh seharusnya dapat menjawab soalan APA, DI MANA dan BILA Skala penting bagi memastikan graf yang dihasilkan dapat menjelaskan semua maklumat

Kesilapan memilih skala akan menyebabkan sebahagian daripada maklumat hilang, menjadi kurang jelas dan sebagainya.

Skala mengufuk dan menegak yang diplot perlu mempunyai angka skala dan petunjuk yang menjelaskan skala dan simbol yang digunakan

Penggunaan angka skala yang berbeza akan menghasilkan bentuk graf garisan yang berbeza.

Garis Grid diplot bagi memudahkan rujukan terhadap nilai atau angka skala yang digunakan

Bilangan garisan grid perlu diminimumkan untuk memudahkan kita melihat nilai pada sebarang titik di atas garisan yang diplot

Titik plotan dilukis bagi menunjukkan nilai-nila tertentu di sepanjang garisan graf bagi mewakili tempoh masa atau nilai tertentu.

JM MT3311D1

September 8, 2011

70 60 50 40 30 20 10 0 1950 Batuk A Tajuk B Angka Skala Paksi Y C Petunjuk Skala Untuk Paksi Y D Garisan Grid E Titik Plotan F Angka Skala Paksi X G Petunjuk 1960 kering 1970 1980 1990 2000

Jenis-jenis Graf Garisan Terdapat pelbagai jenis/bentuk graf garisan. Antara graf garisan yang selalu digunakan ialah: i. Graf Garisan Mudah ii. Poligraf iii. Poligraf 3 paksi iv. Graf Majmuk Menokok 6

JM MT3311D1 v. Graf Logaritma vi. Lain-lain bentuk GRAF GARISAN MUDAH Graf mudah yang mengandungi satu garis Mempunyai 2 paksi menegak dan mengufuk

September 8, 2011

Lazimnya paksi menegak untuk nilai dan paksi mendatar untuk tempah masa (tahun, bulan dll)

Garisan dihasilkan dengan menyambung titik-titik koordinat yang menunjukkan perhubungan pembolehubah paksi menegak dan paksi mendatar

Nilai unit selalunya bermula dengan sifar Ia sering digunakan untuk menunjukkan jumlah, perkembangan, pertumbuhan atau kemajuan sesuatu fenomena seperti aktiviti ekonomi, pengeluaran, import dan sebagainya.

Graf Garisan Mudah

25 20 15 10 5 0 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004

JM MT3311D1 LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN GRAF GARISAN

September 8, 2011

Tidak terdapat langkah yang khusus untuk menghasilkan jenis-jenis graf garisan Pengalaman dan kebolehan seseorang untuk melukis, mengnalisis data dan mempersembahkan data tersebut ke bentuk grafik akan menentukan mutu graf yang di hasilkan.

Secara umum beberapa langkan yang boleh dijadikan panduan asas untuk menghasilkan graf garisan ialah: i. Menganalisis data/maklumat yang diberikan

ii. Menentukan unit dan pembolehubah yang diperlukan iii. Menentukan skala yang sesuai (nilai min/mak) iv. Lukis paksi menegak dan mendatar (bergantung kepada saiz kertas) v. Membina garisan-garisan vi. Melukis simbol dan petunjuk vii. Membina tajuk rajah viii. Menulis sumber ix. Melukis bingkai (jika perlu)

x. Membuat semakan/pembetulan/kemasan terhadap rajah yang


dihasilkan

1.1.3 CARTA PAI


Carta pai ini berbentuk bulatan penuh 3600 Setiap bulatan dibahagikan kepada beberapa komponen berdasarkan kepada data yang diberikan. Sudut setiap komponen dikira dengan formula berikut: Sudut = Jumlah sektor Jumlah keseluruhan Jejari bulatan pula dikira dengan formula berikut: x 3600

JM MT3311D1 Jejari = Jumlah keseluruhan

September 8, 2011

Kebiasaannya susunan pembahagian sudut sektor-sektor bermula daripada jumlah terbesar kepada yang kecil

Jumlah peratus hendaklah ditulis pada setiap sektor (jumlah jarang ditulis kecuali kes-kes tertentu)

Setiap sektor akan dilorek atau diwarna secara berbeza-beza untuk memudahkan data/maklumat dikenalpasti antara satu dengan yang lain

Jumlah keseluruhan akan dinyatakan di bahagian bawah carta pai Untuk menghasilkan carta pai yang berkesan, bilangan komponen biasanya tidak lebih daripada 5 kecuali kes-kes tertentu sahaja.

Jenis-jenis carta pai Carta pai mudah Carta pai berbanding (2 atau lebih) Carta pai bertindih Carta pai bertingkat Lain-lain Setiap jenis carta pai mempunyai fungsi, kebaikan dan kelemahan masingmasing Jenis data, saiz kertas, masa yang diperuntukan untuk menghasilkan carta pai, kategori kumpulan pengguna dan kehendak soalan akan menentukan jenis carta pai yang akan dipilih. CARTA PAI MUDAH Mempunyai 1 bulatan penuh 3600. Panjang jejari bergantung kepada jumlah keseluruhan 9

JM MT3311D1 Langkah-langkah menghasilkan carta pai mudah 1. Mengenalpasti sektor-sektor 2. Menentukan sais jejari 3. Menentukan sudut setiap sektor 4. Melukis bulatan penuh 3600 5. Membahagikan bulatan kepada sektor-sektor 6. Melorek/mewarna setiap sektor 7. Menulis peratus setiap sektor 8. Menulis jumlah keseluruhan dibawah bulatan

September 8, 2011

contoh

13%

13%

17%

12,345 kg

57%

1.2 DATA
# Data adalah maklumat-maklumat berbentuk angka yang dikumpulkan setelah membuat kajian tentang sesuatu perkara. # Untuk membolehkan data dibaca dan mudah difahami, data-data perlu disusun semula dalam bentuk jadual. 10

JM MT3311D1

September 8, 2011

2.0 SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT


Kita sering menggunakan nilai berangka untuk mewakili sesuatu set data. Supaya: a) Dapat memberi gambaran keseluruhan tentang set data itu. b) Dapat digunakan untuk membuat perbandingan dengan data data lain dalam satu set itu atau set lain yang serupa. Nilai berangka ini dikenali sebagai ukuran kecenderungan memusat ataupun purata. Terdapat tiga jenis purata iaitu mod, min dan median.

21.MOD
Mod ialah item atau nilai yang paling berulang bagi sekumpulan data. Contoh: a) 2,4,3,3,3,5,5,5,6,6,5,5 Mod=5 b) 10,80,90,70,60 Tidak mempunyai mod

2.2 MIN
Min ialah nilai purata yang diperoleh apabila jumlah nilai data dibahagi dengan bilangan data. Jumlah nilai data bahagi bilangan data Contoh: 11

JM MT3311D1 Azman Heliz Gopal Jefri Faridah 70 80 65 55 75

September 8, 2011

Penyelesaian:70+80+65+55+75 bahagi 5 = 69

2.3 MEDIAN
Median ialah nilai yang berada di tengah tengah data setelah dat disusun mengikut tertib. Contoh Carikan median bagi setiap kumpulan data yang berikut: a)7,3,15,9,2,6,3,4,10 2,3,3,4,6,7,9,10,15 Median=6 susun data ikut tertib menaik

b)25,46,21,33,30,42 21,25,30,33,42,46 30+33=632 susun data ikut tertib menaik

Median=31.5

12

JM MT3311D1

September 8, 2011

3.0 Analisis Data


Jumlah Penggunaan Kredit Pelajar PPISMP Pendidikan Khas Semester 3 Jumlah Penggunaan Kredit(RM) RM20 RM30 RM40 RM50 Lain-lain Jumlah Bilangan Pelajar 19 28 14 10 15 86

Data = 10,14,15,19,28 Mod = RM30 Min = 10+14+15+19+28 5 = 17.2 Median = Lain-lain

13

JM MT3311D1

September 8, 2011

Graf Bar Mudah

Jumlah Penggunaan Kredit Dalam Kalangan Pelajar PPISMP Pendidikan Khas SEM 3
30 29 28 27 26 25 24 23 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 10 20 30 40 50 LAIN-LAIN Penggunaan Kredit (RM)

B i l n a g n P e l a j a r

14

JM MT3311D1

September 8, 2011

Carta Pai

Penggunaan Kredit Pelajar PPISMP Pendidikan Khas SEM 3

17% 12%

22%

20 30 40 50

16%

33%

Lain-lain

15

JM MT3311D1

September 8, 2011

Graf Garisan

Penggunaan Kredit Dalam Kalangan Pelajar PPISMP Pendidikan Khas SEM 3


30 29 28 27 26 25 24 23 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 10 20 30 40 50 Lain lain

4.0 Kesimpulan Konklusinya, penggunaan kredit yang paling banyak digunakan oleh pelajarpelajar PPISMP Pendidikan Khas Semester 3 adalah sebanyak RM 30. manakala jumlah penggunaan kredit yang paling kurang pula adalah RM 50. Berdasarkan dua jenis graf serta carta pai yang kami pilih, kami mendapati graf bar mudah sangat sesuai digunakan bagi mentafsirkan data yang kami kumpulkan.

16

JM MT3311D1 5.0 REFLEKSI KUMPULAN

September 8, 2011

Terlebih dahulu kami memanjatkan syukur kehadrat Illahi kerana dengan izinnya dapat juga kami menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Soalan Kerja Kursus Pendek kali ini berkisar tentang statistik asas seperti yang telah kami pelajari semasa di bangku sekolah dulu. Tugasan kali ini telah merapatkan hubungan silaturahim antara kami. Hal ini kerana, kami tidak pernah berada dalam satu kumpulan sebelum ini. Dalam melakukan tugasan ini,kami mendapati semangat kerjasama adalah sangat penting. Bagai isi dengan kuku. Hal in kerana, tanpa kerjasama, kami tentu tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana, kami perlu berbincang bagi mendapatkan data serta menyelesaikannya. Selain itu,tugasan ini telah mengingatkan kami tentang tajuk statistik yang telah kami pelajari semasa di bangku sekolah dulu. Jadi,segala yang kami plajari tidaklah siasia. Malah,soalan ini juga dapat memantapkan ingatan kami tentang statistik yang telah lama kami pelajari. Tambahan pula, soalan tugasan ini meminta kami membuat persembahan daripada data yang telah kami tinjau daripada rakan rakan. Tajuk tinjauan kami ialah penggunaan kredit oleh pelajar kelas Pendidikan Khas semester 3 selama sebulan. Jadi,secara tidak langsung,ia member pengalaman baru tentang proses ini. Iaitu mengumpul data. Hal ini kerana,semasa di alam persekolahan , kami perlu menjawab soalan tanpa melakukan tinjauan khusus seperti tugasan ini. Melalui tugasan ini, kami dapat melihat sediri jumlah penggunaan kredit rakan rakan seperjuangan dalam sebulan. Selain itu,kami juga dapat mengetahui berapa ramai antara mereka yang banyak menghabiskan kredit untuk pasangan dan lain lain. Tuntasnya,banyak kebaikan yang diperolehi melalui tugasan ini, justeru,kami berharap tugasan seperti ini dapat diteruskan agar profesion ini mampu melahirkan anak didik yang bijak dalam semua bidang. Sekian,wassalam.

17

JM MT3311D1 6.0 RUJUKAN

September 8, 2011

Graf ,www.malaysian-ghost-research.org/education/files/nota/t2/Bab4-Graf.pdf dilayari pada 24/08/2011 Graf bar ,http://www.slideshare.net/Pa3STPM/kuliah-graf-bar-mudahkompaun-pp dilayari pada 6/09/2011 (Lim Swee Hock,Koo Seng Her,Samadi Hashim & Chong Geok Chuan,2003,Matematik Tingkatan Tiga,Darul Fikir:Kuala Lumpur).

18

Vous aimerez peut-être aussi