Vous êtes sur la page 1sur 36

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

PENGENALAN
SMS atau khidmat pesanan ringkas dan Chatting di laman sosial seperti Yahoo Messenger, Facebook, Skype dan Twitter adalah antara fenomena kegilaan masyarakat masa kini. Masyarakat tidak kira dari pelbagai kelompok usia, menggunakan teknologi ini untuk bersosial dan menyampaikan maklumat selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi zaman ini. Kewujudan media baru yang menggabungkan teknologi Internet, audiovisual dan telefon ini bukan sahaja memberi banyak kemudahan untuk menyampaikan maklumat dan bersosial, malah hubungan dan interaksi diseluruh pelusuk dunia dapat dijalinkan dengan mudah ,cepat dan pantas. Namun disebalik keghairahan masyarakat menggunakan teknologi baru ini, suatu perkara yang mungkin terlepas pandang ialah adab sopan, kemurnian dan kesantunan bahasa dalam proses berkomunikasi. Sejajar dengan budaya Melayu yang sentiasa mementingkan serta menjaga adap, sopan dan ketertiban dalam berkomunikasi bahasa SMS dan chatting dilihat sebagai menolak kemurnian bahasa. Melalui bahasa SMS dan chatting yang dikontotkan dan penggunaan akronim serta cara berkomunikasi yang amat ringkas kadangkala boleh menyebabkan kekeliruan dan memberi tafsiran berbeza dari seorang pengirim kepada penerima mesej. Semua ini mengundang kepada pencemaran bahasa Melayu. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa ini. Antaranya ialah masalah globalisasi. Kamus Dewan, mendefinisikan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil daripada segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Era globalisasi ini mula berkembang di seluruh pelusuk dunia. Perkembangan ini membawa banyak kesan positif walaupun kesan negatif yang diperoleh melalui perkembangan ini tidak dapat dinafikan. Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat daripada perkembangan globalisasi ini. Hal ini kerana perkembangan ini membawa kepada penggunaan laman maya dan telefon bimbit secara berleluasa dan ini membawa kepada perbualan secara maya atau chatting dan penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan tetapi sebenarnya mencemarkan bahasa.
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

Kesantunan Berbahasa
Secara umumnya komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu komunikasi lisan dan tulisan. Komunikasi lisan ialah komunikasi yang terjadi apabila adanya pertuturan antara dua individu atau lebih manakala komunikasi tulisan pula ialah komunikasi yang melibatkan media perantara sama ada media cetak ataupun media elektronik. Antara bentuk media cetak ialah yang biasa digunakan dalam komunikasi tulisan termasukah risalah, akhbar, majalah dan buku. Media elektroniknya pula seperti laman sosial dan blog, serta khidmat pesanan ringkas (SMS). Bahasa ialah sistem komunikasi yang diwujudkan oleh manusia untuk memudahkan mereka berinteraksi antara satu sama lain secara berkesan. Dalam setiap bahasa di dunia ada diwujudkan pelbagai aturan dan peraturan untuk dipatuhi dan diamalkan oleh penuturnya. Antara aturan dalam bahasa termasuklah sistem sapaan yang diamalkan oleh masyarakat bahasa. Salah satu aspek penting dalam sistem sapaan ialah kesantunan berbahasa. Kamus Dewan mendefinisikan kata santun sebagai halus (budibahasa atau budi pekerti), beradab, sopan. Oleh itu kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti atau kesopanan. Kesantunan bahasa scara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia, dan menunjukkan penghormatan kepada lawan bicaranya. Prof. Emerius Dato Dr Asmah Haji Omar dalam bukunya Setia Dan Santun Bahasa (2002) meumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa iaitu : 1) Peraturan linguistik 2) Peraturan sosiolinguistik, dan 3) Peraturan pragmatic Kepatuhan kepada ketiga-tiga peraturan ini secara besepadu menjadi asas kesantunan bahasa. Penggunaan bahasa pula secara umumnya dapat dibahagi kepada dua suasana atau urusan iaitu rasmi dan tidak rasmi.
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

Terdapat kajian yang memperlihatkan bahawa banyak yang tidak mengendahkan kesantunan bahasa semasa menulis berbanding dengan semasa bercakap. Situasi ini terjadi kerana untuk berlaku sopan semasa menulis, kita perlulah menyusun kata-kata sopan dan menggunakan strategi-strategi linguistik tertentu. Hal ini dikatakan lebih mudah dilakukan dalam bahasa lisan. Atas sebab inilah kesantunan bahasa melalui siber dan sistem pesanan ringkas (SMS) kurang diamalkan oleh pengguna mengakibatkan pencemaran bahasa berlaku.

Budaya Dan Bahasa


Era teknologi maklumat adalah pemangkin kepada pembangunan dan menjadi satu keperluan bagi setiap individu. Penggunaan internet dan telefon bimbit kini dijadikan sebagai alat pemudah cara serta satu cara hidup. Masyarakat Melayu juga tidak ketinggalan dalam perkembangan positif ini. Kini terdapat banyak lelaman di internet mengenai pengajian Melayu. Dunia Melayu di internet semakin meluas. Perkembangan positif ini terus mengisi ruang siber melalui e-mel dan chat sebagai wahananya. Penggunaan kedua-dua unsur wahana ini dalam bahasa Melayu secara tidak langsung membantu melestarikan bahasa Melayu kerana pada masa sekarang telah ramai pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan komunikasi ini. Kesan penggunaan yang serba mudah dan serba luas ini, banyak istilah baru terhasil sebagai kemudahan ekspresi. Misalnya perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a'kum (assalamualaikum), w'lam (wa'alaikumsalam), dowang (mereka), wokay (baiklah), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Perkembangan ini sangat menarik jika ditinjau dari aspek pelestarian bahasa. Ia membuktikan kedinamikan bahasa Melayu yang kekal relevan dalam zaman siber ini. Ini merupakan satu sikap positif dan terpuji. Bahasa Melayu tetap digunakan dengan beberapa pengubahsuaian bagi memudahkan perbualan. Namun demikian manipulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri akibat dari pencemaran bahasa. Kesan jangka panjang terhadap bahasa Melayu tidak seindah perkembangan ini. Jika dibiarkan sahaja, pencemaran bahasa akan menjadi satu kebiasaan. Sekiranya konvensi menerima kebiasaan ini bagi pengunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Sebaliknya pengguna-pengguna internet seharusnya mencari jalan untuk memastikan
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

bahasa Melayu tetap terpelihara. Laras internet sebaiknya disimpan sahaja di dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terselah dan kekal relevan. Biarlah ia berkembang mengikut tempat dan penggunaannya.

Bahasa Dalam Komunikasi Siber


Mulai tahun 1975, komputer peribadi mula diperkenalkan dan digunakan untuk menulis dan mencetak sahaja. Sekitar tahun 1985, usaha ke arah pembangunan sistem komunikasi moden berjaya memperkenalkan sistem internet. Daripada itu komunikasi baru pun lahir dan terciptalah wadah komunikasi yang digelar alam siber. Media siber atau disebut juga media baharu merupakan media yang paling popular kini. Perkembangannya adalah seiring dengan perkembangan internet. Media siber terdiri dari pelbagai media yang terdapat dalam internet, baik media rasmi mahupun tidak rasmi seperti laman web, portal dan blog serta laman sosial seperti Facebook, Yahoo Mesengger, Myspace, Twitter, Skype dan Friendster. Melalui media ini pelbagai maklumat dapat disebarkan secara interaksi maya ke seluruh dunia dalam masa yang singkat dan murah. Penggunaan siber yang meluas diseluruh dunia melibatkan penggunaan pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu dan tahap atau kualiti bahasa yang digunakan juga adalah pelbagai seperti bahasa baku, bahasa perbualan, dialek dan bahasa rojak. Bahasa baku biasanya digunakan dalam media rasmi terutamanya dalam laman web rasmi organisasi atau institusi, baik kerajaan mahupun swasta seperti Radio Televisyen Malaysia, TV3, Berita Harian, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perpustakaan Negara. Bahasa perbualan, dialek, dan bahasa rojak merupakan bahasa yang tidak baku dan basahan sifatnya. Bahasa ini lazimnya digunakan dalam blog peribadi dan laman sosial. Penggunaan bahasa dalam media ini sukar dikawal kerana tiada peraturan bahasa yang mengikat penggunaan bahasa dalam media ini. Kualiti penggunaan bahasa banyak bergantung pada kesedaran dan tahap pengetahuan bahasa pengguna media tersebut. Sifat media siber yang pantas dan segera, menyebabkan ada aspek tertentu yang tidak diberikan perhatian, khususnya dari segi kandungan bahan dan penggunaan bahasa Melayu yang baik. Dalam hal ini,

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

soal kebenaran dan kepalsuan maklumat memerlukan kebijaksanaan yang tinggi daripada pengguna internet. Begitu juga dari segi penggunaan bahasa Melayu, baik ejaan mahupun tatabahasanya. Dalam media siber juga munculnya golongan yang dianggap sebagai wartawan atau penulis segera. Mereka menyalurkan idea melalui penggunaan bahasa Melayu yang kurang sempurna dan tanpa pengalaman atau pengetahuan dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Dari segi penggunaan bahasa dalam media siber, sememangnya tiada undang-undang khusus yang boleh digunakan dan dikuatkuasakan. Hal ini perlulah diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan. Walaupun tiada sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap pesalah bahasa, sekurang-kurang pesalah bahasa itu boleh dipantau dan diberikan nasihat yang sewajarnya, terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan norma-norma ketimuran, seperti penggunaan bahasa kasar atau kesat untuk mengatakan pihak-pihak tertentu, baik dalam blog mahupun laman sosial. Penggunaan bahasa dalam media siber ini sememangnya turut melambangkan citra bangsa dan ketamadunan sesebuah negara. Media siber yang luas penyebarannya itu sepatutnya digunakan sebaik mungkin untuk menyebarkan maklumat dan hal-hal yang bermanfaat untuk kebaikan bersama. Secara umumnya, penggunaan bahasa dalam media siber boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa dari segi kualitinya melalui bantuan dan bimbingan secara berhemah dan konsisten oleh pihak-pihak yang arif tentang bahasa. Media siber yang bersifat fungsional dan memiliki kelebihan tersendiri, seperti sunting segera memungkinkan pembetulan dapat dilakukan dalam jangka masa singkat dan mudah seandainya penulis berkenaan benar-benar ingin berusaha memelihara kemurnian bahasa Melayu yang digunakan. Bahasa yang digunakan dalam komunikasi siber tidak terhad kepada satu bahasa sahaja, misalnya bahasa Inggeris seperti yang digambarkan oleh banyak pihak. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi siber, adalah tinggi, namun bahasa-bahasa lain, sama ada bahasa besar (misalnya bahasa antarabangsa atau dunia seperti bahasa Sepanyol) ataupun kecil (misalnya dialek, seperti dialek Melayu Kelantan) ikut digunakan dengan pesatnya. Sehubungan ini, tidak salah jika dikatakan bahawa
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

multilingualisme (keanekabahasaan) adalah dasar penggunaan bahasa yang terdapat dalam komunikasi siber. Selain multilingualisme ini, penggunaan bahasa dalam media siber ini ikut mengundang wacana atau perbincangan awam tentang impak negatif, yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Antara topik penting dalam wacana ini ialah kehilangan penggunaan huruf besar, penyalahgunaan (atau kreativiti dalam penggunaan) tanda baca, ejaan yang salah (atau bergaya seperti kum untuk asalamualaikum dalam bahasa Melayu) dan segala macam yang lainnya. Perbuatan memendekkan kata-kata atau pun ayat sering melahirkan makna yang berbeza jika dinilai oleh "seorang bukan siber" yakni mereka yang baru saja berjinak-jinak dengan alam internet. Bagi "orang-orang siber" pula, bahasa yang diubahsuaikan itu akan menjadi satu kebiasaan sehinggakan terbawa-bawa kepada perbualan ataupun penulisan di luar alam siber iaitu di alam realiti. Misalnya terdapat kata gantinama yang telah diubahsuaikan menjadi dowrang (mereka), sayer (saya), dier (dia), korang (kamu), nko (engkau) dan nyer (nya), nie (ini). Begitu juga dengan kata tanya yang diubahsuaikan menjadi asal (mengapa), biler (bila), camner (bagaimana), maner ( mana) dan naper (kenapa). Amat menyedihkan pula istilah-istilah agama seperti dipermainkan misalnya alah (Allah), A'kum (Assalamualaikum) dan w'lam (Wa'alaikumsalam).

Keadaan ini selanjutnya membawa kepada terhasilnya ayat-ayat tidak gramatis kerana menyeleweng daripada hukum-hakam tatabahasa. Misalnya ayat-ayat - "Leh sayer kenal2 dengan awak?" (Bolehkah saya berkenalan dengan awak), "A'kum semuer. Kat maner nie? " (Assalamualaikum semua. Awak berada di mana?), "Skang nie pon dah ader benda tuu." (Sekarang ini pun sudah ada alat itu). Situasi itu menjadi genting apabila pengguna-pengguna internet gagal membezakan penggunaan bahasa di internet dan di luar internet. Ini berlaku apabila mereka menggunakan istilah, pemendekan dan ayat-ayat di ruang siber dalam perbualan sesama teman dan guru. Masalah pemahaman akan timbul kerana komunikasi menjadi kurang jelas. Namun kesan yang amat ditakuti adalah penyelewengan bahasa semakin berleluasa dari alam maya ke alam realiti. Pada pragmatiknya, kita dapat melihat satu percubaan menarik dalam penggunaan bahasa Melayu. Namun demikian kesan sikap berlebihan mengakibatkan penyelewengan bahasa menjadi di

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

luar kawalan. Pada tahap permulaan berlaku pemendekan istilah yang masih mudah difahami seperti tak (tidak), saja (sahaja), duk (duduk), gini (begini), gitu (begitu), mau (mahu) dan reti (mengerti). Pada tahap pertengahan pula berlaku penyerapan kata kepada bahasa lisan seperti digunakan dalam perbualan biasa misalnya amik (ambil), antar (hantar), bace (baca), mane (mana), same (sama), kecik (kecil), ape (apa) dan hotak (otak). Perkembangan selanjutnya memaparkan pemelatan kata-kata, mungkin dengan tujuan meriahkan suasana perbualan atau sekadar menambahkan kemesraan misalnya caye (percaya), camni (macam ini), camtu (macam itu), teypon (telefon), keng-kawan (kawan-kawan), cedap (sedap), amik atti (ambil hati), pompan (perempuan) dan mepek (merepek). Kemudian lahir kata-kata bersifat irama seperti seryuz (serius), lepaz (lepas), wajibz (wajib), sayer (saya), biler (bila), kiter (kita), jumper (jumpa), luper (lupa) dan nyer (nya). Proses pelahiran istilah internet bahasa Melayu mencapai kematangan apabila istilah spesifik berputik seperti om (orang), ngan (dengan), je (sahaja), ur (awak), lak (pula), kerker (ketawa kecil), hmmm (sedang berfikir) dan ha x 9999999 (ketawa terbahakbahak). Akhir sekali lahir penggunaan simbol-simbol seperti :) (mimik muka senyuman), :( atau (mimik muka sedih / masam), :P (mimik muka yang mengejek), :))) (mimik muka sedang ketawa), :O (mimik muka terkejut) dan n (menandakan berakhirnya perbualan). Demikian proses evolusi bahasa Melayu internet. Sejarah menonjolkan betapa bahasa Melayu telah berkembang daripada status kuno kepada moden setelah melalui beberapa proses penyerapan daripada bahasabahasa Sanskrit, Arab, Cina dan Inggeris. Proses peristilahan telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu agar tidak beku, sebaliknya terus dinamis. Alaf baru ini meneruskan proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya. Bahasa Melayu Internet tidak perlu melalui proses peristilahan ataupun konstruksi kata dan ayat oleh pakar bahasa. Kini istilah-istilah baru dapat dihasilkan oleh orang perseorangan. Pengikirafan diberikan atas dasar musyawarah iaitu difahami dan digunakan secara konvensi oleh pengguna-pengguna internet.

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

Bahasa Dalam Komunikasi SMS (Short Messaging Sevices)


Sistem Pesanan Ringkas atau lebih dikenali dengan singkatan SMS (short message service) merupakan satu khidmat yang begitu popular dikalangan pengguna telefon selular di Malaysia. SMS telah dilancarkan secara komersial di negara ini untuk pertama kalinya pada tahun 1995 dan terus berkembang sehingga kini. Pada peingkat awal perkembangannya, SMS hanya dapat dibaca melalui skrin telefon dan dikirimkan dari satu telefon ke satu telefon yang lain. Ia seterusnya berkembang menjadi dari telefon ke skrin televisyen dan yang terkini ke skrin komputer melalui khidmat interaktif internet secara dua hala melalui laman sosial Facebook atau Twitter. Ini sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat, saban tahun memasarkan produk seperti Blackberry dan iPhone yang membolehkan pengguna mengakses internet, e-mail, BBM (Blackberry Messenger) dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan pengguna media ini berinteraksi sesama mereka, aspek bahasa telah diabaikan. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saluran SMS. Bahasa SMS boleh dikategorikan sebagai bahasa tidak baku kerana mempunyai unsur-unsur campuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa daerah atau dialek. Selain itu penggunaan singkatan, gabungan kata, simbol emotikon dan kaomoji juga digunakan dalam bahasa SMS yang mana ianya memberi impak yang tidak elok kepada perkembangan bahasa Melayu. Bila dilihat secara terperinci, bahasa SMS sebenarnya mempengaruhi kehidupan kita seharian kerana hampir setiap penduduk mempunyai sekurang-kurang satu telefon bimbit tidak mengira usia. Di zaman ini juga ramai anak-anak yang masih bersekolah rendah malah yang masih tadika juga mempunyai telefon bimbit dan berhubung melalui SMS. Ada yang lebih gemar menghantar mesej ringkas ini berbanding berbual di telefon. Ada yang begitu sibuk menaip kekunci telefon bimbit tidak mengira tempat termasuklah di masjid! Ada yang menggunakan SMS untuk melamar dan bercerai! Dalam kaitan yang sama bahasa SMS yang sentiasa di ekonomikan kerana ruang menerima pesanan ringkas tidak boleh menampong lebih 160 perkataan sekali penghantaran, membuatkan penghantarnya sentiasa
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

meminimum perkataan yang akan dihantar untuk mengurangkan kos yang dicas. Sekaligus jika di lihat dari sudut terminologi bahasa dan nahu ianya secara terang menjadi satu kesalahan bahasa. Apatah lagi jika menggunakan pengekronim bahasa seperti OMG, ASAP yang kadangkala tidak difahami akan membawa maksud yang berlainan dan disalahtafsirkan oleh penerima mesej berkenaan. Bahasa SMS yang menggunakan kod sama seperti kod BRAILE untuk orang cacat penglihatan dan kod MORSE untuk telegraf. Apakah kod BRAILE dan kod MORSE merosakkan bahasa baku sedangkan ianya juga simbol dan singkatan perkataan, serta melanggar peraturan nahu? Ia boleh merosakkan bahasa baku kalau ia digunakan dalam konteks komunikasi rasmi seperti dalam surat, buku, akhbar, karangan dan media cetak yang rasmi. Tetapi jika ianya hanya digunakan dalam konteks telefon bimbit, komunikasi tidak formal atau tidak rasmi atau komunikasi di antara orang yang boleh memahami kod yang diberikan. maka ianya tidak wajar dianggap sebagai merosakkan bahasa baku. Apatah lagi kalau bahasa SMS itu dipengaruhi oleh faktor fizikal telefon bimbit di mana ruang penulisan mesej hanya terhad kepada 160 aksara (huruf) bagi sesuatu mesej dan dipengaruhi oleh faktor ekonomi, di mana setiap satu mesej dikenakan bayaran tertentu. Maka rugilah bagi seseorang yang menghantar satu mesej tetapi dihantar dua kali dan membayar cas dua kali sedangkan ia boleh menghantar mesej yang sama sekali gus dengan memendekkan perkataan dan menggunakan simbol dalam mesejnya. Lantaran, proses singkatan perkataan, penggunaan simbol seperti emotikon, kaomoji dan kod tertentu dalam SMS adalah satu yang mesti berlaku dan dianggap satu yang semulajadi. Kini bahasa SMS seperti diterima pakai walaupun jika dibaca mengikut ejaan, ia bukan bahasa kita langsung. Contohnya: Ko katne? (kau ada di mana?), mn ko nk gi? (ke mana kau mahu pergi?) xde sbb I nak pegi (tidak ada sebab untuk saya pergi), camne blh jd? (macam mana boleh terjadi?) dan banyak lagi contoh yang menyeramkan. Hairannya bahasa ini lebih luas digunakan berbanding bahasa rasmi kita dan ini jugalah yang membimbangkan sesetengah pakar bahasa dan ahli akademik. Mereka merasakan bahasa SMS sebagai pencemar bahasa. Belum mampu mereka mengatasi masalah penggunaan bahasa pasar dan rojak, kini ada virus bahasa maya pula yang melanda kita.

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

10

Bahasa SMS dan chatting ini sememangnya sudah diterima pakai oleh umum, namun dari sudut bahasa, ianya secara tidak langsung menolak kemurnian bahasa itu sendiri. Umpamanya jika seseorang bertanya kepada pengirim mesej dengan berbunyi begini: `Ni sape ek' atau `mane ko dapat no aku ni' secara intonasinya jika di terjemahkan dalam bahasa lisan sudah terlalu kasar bunyinya. Malah amat tidak sopan lagi bila pensyarah menerima mesej yang kurang manis bunyinya seperti ini. `ni sape ni ek' Melalui SMS itu jelas menunjukkan sikap kurang ajar yang ada dalam diri seorang pelajar berkenaan, namun disebalik tafsiran berkenaan mungkin pelajar itu tidak bermaksud untuk bersikap kurang ajar. Salah tafsir atau maksud yang tidak sampai kerana ayat yang terlalu pendek juga berlaku. Mengambil contoh kejadian di FKPM (Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Shah Alam) iaitu apabila seorang pensyarah menerima mesej dari pelajarnya dan dia menjawab mesej berkenaan dengan begitu pendek sehingga menyebabkan kekeliruan kerana salah pentafsiran terhadap mesej berkenaan. Mesej berbunyi begini: `Encik ari ni klas jam 8 pg di DK 16 kan...' Jawab pensyarah: Ya...btl' Apa yang terjadi apabila pensyarah tiba dikelas seorang pelajar pun tidak menghadiri kelas pagi itu. Ruparupanya pelajar mentafsirkan mesej pensyarah sebagai Ya Batal... Senario ini adalah antara masalah pentafsiran dan salahfaham mesej kerana ayat yang dihantar terlalu pendek dan adakalanya kurang difahami penerima. Selain itu, bahayanya bahasa SMS ini bila tulisan dan ayatnya tidak menggambarkan maksud sebenar dan boleh disalahertikan. Contohnya, Aku geram betul dengan dia ni yang mungkin mempunyai dua maksud yang berbeza sama ada sedang marah terhadap seseorang atau mengidamkan seseorang. Itulah sebabnya, bahasa SMS bila dibawa ke mahkamah atas kes jenayah atau ugut, boleh diulas dan dianalisis dalam pelbagai cara.

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

11

Siti Rohana Mohd Thani, pensyarah di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, mengatakan bahasa SMS dan chatting yang sentiasa memendekkan ayat akan membuat masyarakat tidak lagi tahu mengeja perkataan yang sebenarnya. Jika ianya menjadi budaya yang diterima pakai semua golongan, beliau bimbang golongan pelajar dan murid-murid sekolah khususnya akan terpengaruh menulis dalam bentuk SMS dan chatting dalam kerja sekolah dan tugasan di Universiti. Rohana juga berkata jika gejala ini tidak dibendung dan tidak dipandang serius oleh pihak tertentu khususnya DBP dan kementerian yang berkenaan kemungkinan pelajar akan malas menulis dan tidak akan berminat dalam bidang penulisan lagi. SMS mengundang kreativiti penciptaan perkataan. Salah satu kreativiti ini ialah penggunaan homophone atau perkataan yang mempunyai persamaan bunyi. Di dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan yang dicipta berdasarkan bunyi sesuatu, misalnya: mengetok, berasal dari bunyi ketok pada pintu atau kayu= tok tok tok berdetik, berasal dari bunyi detikan jam = tik, tik, tik rintik, berasal dari bunyi jatuhan hujan pada atap = tik tik tik

Ejaan melampau dan ejaan kreatif dalam SMS


Yang boleh merosakkan bahasa juga ialah kerana ejaan melampau dan bukanya singkatan SMS ialah dier = dia giler = gila Ada perkataan yang disingkatkan tetapi mempunyai ejaan melampau : saper = siapa cni = sini cna=sana Tetapi cni boleh dianggap bahasa kolokial yang mencerminkan hubungan intim antara pengguna. Maka cni atau bunyinya cini atau cana adalah bahasa slanga yang pelat tetapi manja.
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

12

Penggunaan singkatan
Lima kategori singkatan yang boleh diterima pakai adalah singkatan lazim, singkatan gugur vokal atau konsonan, singkatan lazim kolokial, singkatan perwakilan bunyi dan singkatan kata ganda, sementara dua kategori lagi boleh mencemar bahasa. 1) Pengguguran huruf vokal dalam perkataan, samada pada sukukata awal atau sukukata akhir serta huruf

konsonan. Contohnya makan = mkn, sekolah = skolah, sklah, berjalan = brjln. kasut = ksut. kabinet = kbnet. kereta = kreta, (keta, gugur huruf konsonan), dan kerusi = krusi Mengikut sejarah perkembangan bahasa, huruf vokal datang kemudian daripada huruf konsonan. Malah perkataan yang dieja dengan konsonan boleh berdiri sendiri dan boleh difahami oleh penuturnya. hal ini bukan sahaja berlaku dalam bahasa Inggeris tetapi juga dalam bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi di awal sejarah Melayu. Di dalam tulisan jawi, perkataan dieja dengan menggunakan huruf konsonan. Huruf vokal tidak begitu dominan dalam penulisan jawi kecuali huruf alif, wau dan ya. Tulisan jawi berasal dari tulisan bahasa Arab. Di dalam bahasa Arab, terdapat penanda atau harakat yang merupakan simbol bermakna seperti baris atas (berbunyi a, baris bawah (berbunyi ie), baris depan (berbunyi u), baris dua atas (berbunyi an) , baris dua bawah (berbunyi en), baris dua depan (berbunyi un) dan simbol syaddah atau berganda. Simbol ini boleh didapati di dalam kitab suci Al-Qura tetapi di dalam tulisan jawi bahasa Melayu; simbol ini tidak kelihatan tetapi pembaca atau penutur bahasa Melayu yang boleh memahami jawi faham akan cara sebutan sesesuatu perkataan itu. Misalnya: makan dieja dengan mim kaf nun jalan dieja dengan jim lam nun mereka dieja dengan mim ra kaf

Seseorang yang boleh membaca tulisan jawi lazimnya memahami sesuatu perkataan walaupun tidak ada penanda atau simbol. Dengan itu, fenomena pengguran huruf vokal dalam bahasa SMS bukanlah satu yang
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

13

baru. Dalam ertikata lain, pengguguran huruf vokal dalam bahasa SMS yang digunakan secara tidak rasmi dan untuk tujuan komunikasi peribadi tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa baku. Penggunaan huruf vokal sebenarnya bertujuan mengindahkan bahasa dan membantu meningkatkan keberkesanan dalam komunikasi. Bayangkan jika tidak ada huruf vokal seperti a, e, i, o. u, mungkin kita tidak dapat bezakan beberapa perkataan seperti di bawah ini kecuali ia ditulis dalam konteks ayat yang jelas. rmh = rumah atau rumah? blk = bilik atau balik? ktk = ketuk atau katak?

2)

Akronim, iaitu perkataan yang dpendekkan dengan mengambil satu huruf atau satu sukukata atau

gabungan huruf yang mewakili sesuatu perkataan atau frasa. khususnya organisasi, nama orang, jawatan, nama jawatan, nama tempat. Lazimnya, akronim ini sudah diterima pakai dalam kamus atau akhbar tempatan. Jika akronim digunakan dalam bahasa SMS, maka ia tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa baku. Contohnya:1. Nama organisasi MAIS Majlis Agama Islam Selangor KUIS Kolej Ugama Islam Selangor MAS Malaysia Airline Systems AROBA Ampang Road Old Boys Association 2. Nama Kementerian KP Kementerian Pelajaran JPM Jabatan Perdana Menteri PDRM Polis DiRaja Malaysia 3. Nama jawatan PM Perdana Menteri Pres. Presiden SU Setiausaha Timb. Timbalan KSU Ketua Setiausaha ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

:-

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

14

4. Nama orang (jarang berlaku) TM Tun Mahathir Mohamad DSAI Dato Seri Anwar Ibrahim TGNA Tuan Guru Nik Aziz

Di dalam bahasa Inggeris terdapat satu bentuk akronim yang menarik tetapi jarang digunakan dalam kod bahasa SMS bahasa Melayu. Ia terdiri dari beberapa huruf yang dipendekkan. Contohnya :-

BTW = by the way IMHO = in my humble opinion FYI = for your information

HAND = have a nice day F2T = free to talk SIT = stay in touch

Terdapat beratus lagi akronim seperti ini dalam bahasa Inggeris yang terkumpul dalam chat dan forum. Ia kemudiannya diimport ke dalam bahasa SMS. Malah penggunaan akronim seperti ini telah diguna bersama dalam bahasa Melayu melalui komunikasi lisan dan SMS. Kini di dalam kod bahasa bahasa Melayu sudah terdapat beberapa perkataan seperti:

TK = terima kasih AKUM, SLM = assalamualaikum

3)

Gabungan sukukata dari beberapa perkataan yang dijadikan singkatan dan digunakan dalam SMS.

Sebahagian perkataan ini telah diterima sebagai bahasa baku dan pastinya ia tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa Melayu. Tetapi apabila ia digunakan dalam SMS, sebahagian pengguna akan tetap menggurkan huruf vokalnya. Misalnya: pawagam = panggung wayang gambar, ditulis pwgm, pwgam dalam SMS kugiran = kumpulan gitar rancak, ditulis kgran, kgrn dalam SMS tandas = tempat najis disimpan, di tulis tnds dalam SMS jam = jalan matahari, ditulis jm dalam SMS

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

15

Terdapat juga perkataan lain yang digabungkan sukukatanya tetapi gabungan ini dibuat secara konsisten. Misalnya balora = balai orang ramai, ditulis blora, blra dalam SMS Di negara kita, tidak banyak perkataan yang dipendekkan melalui gabungan ini, walaupun ia suatu yang kreatif tetapi harus terkawal. 4) Perkataan kata ganda yang didapati dalam bahasa SMS. Mislanya: tiba-tiba = tetiba, ttba, tiba2, tba2

Perkataan ini menarik perhatian kerana terdapat beberapa perkataan berganda dalam bahasa Melayu. Contohnya kadang-kadang, masing-masing, kadang-kadang = kadang2, kdg2, kupu-kupu = kupu2, kpu2

5) Perkataan yang berdasarkan kepada kolokial, iaitu ejaan dan bunyi perkataan yang lazim di dapati dalam bahasa lisan. Antara perkataan bersifat lazim kolokial dari aspek hubungan intim dan kadangkala berbunyi pelat seperti di bawah ini: amek = ambil camne = macam mana cite,ceta = cerita cni = sini gi = pergi jom = mari ko = kaukorang = (kau orang) kamu nek = naik

Antara perkataan bersifat lazim kolokial dari aspek dialek atau bahasa daerah ialah: p, pi = pergi (Kedah) boh = cukup (Kelantan) mote = rambutan (Kelantan) poi = pergi (Negeri Sembilan) Merujuk kepada kategori ini, jika perkataan ini digunakan dalam bahasa SMS, ia tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa baku.

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

16

6) Perkataan SMS yang melampau. Perkataan dalam kategori ini bukan singkatan atau kependekan atau ringkasan tetapi perkataan yang dieja dengan gaya sendiri dan menyalahi sistem ejaan asal. Malah perkataan ini menjadi panjang dari perkataan yang asal. Contohnya : giler = gila, boleh ditulis sebagai gla atau dikekalkan bagi mengelak ia membawa maksud gula = gla namer = nama, boleh ditulis sebagai nma jadik = jadi, boleh ditulis sebagai jd nasik = nasi, boleh ditulis sebagai nsi dier = dia, boleh dikekalkan kerana terlalu pendek untuk dipendekkan lagi

Tetapi ada juga perkataan dalam kategori ini tidak berubaha dari segi bilangan huruf dalam perkataan tetapi salah ejaan. Contohnya : gune = guna kejer = kerja die = dia mate = mata Perkataan seperti di atas ini kelihatan seperti ada unsur kreativiti dalam bahasa SMS tetapi ia tidak merosakkan jati diri dalam bahasa SMS itu sendiri; apatah lagi kalau ia digunakan dalam tulisan rasmi, ia akan merosakkan bahasa Melayu baku. Ia bukan singkatan ejaan. 7) Singkatan yang diMelayukan. Kategori perkataan ini boleh dianggap lebih rosak dari bahasa rojak dan boleh membawa kepada proses pidgin, di mana bahasa asal bercampur aduk dan diMelayukan menjadi satu bahasa lain yang melanggar sistem nahu, ejaan, dan semantik . Jika ia dibiarkan berleluasa dalam bahasa SMS seperti boleh mentranformasikan bahasa pidgin kepada bahasa Kreol. Kita boleh lihat ungkapan ini di dalam bahasa SMS: Sy lebiu, Ilebiu = Saya love you, I love you Dia gi ofis, dia g opis = dia pergi office/pejabat aku kol ko nanti = aku call engkau nanti, aku telefon engkau nanti babai = bye-bye, selamat jalan/tinggal ko swic fon ko leh x? = kau switch phone kau boleh tak?; kau hidupkan telefon kau boleh tak?

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

17

Kalau kita lihat beberapa perkataan di atas yang diMelayukan dan ada yang dipendekkan. Perkataan seperti ini sebenarnya boleh mencemarkan jati diri bahasa Melayu dan merosakkan bahasa baku jika tidak dikawal kreativiti pengguna dalam menggunakan bahasa Melayu. Kita boleh meMelayukan perkataan luar jika memang jelas kita tidak perkataan yang membawa maksud yang sama dalam bahasa Melayu. Misalnya: innovative, innovation = innovatif, inovasi positive = positif carbon dioxide = karbon dioksida,

Banyak lagi perkataan dari bahasa Inggeris yang dipinjam dan diserap dalam bahasa Melayu setelah dibahaskan oleh pakar bahasa dan akhirnya menjadi satu konvension untuk diterima pakai dalam bahasa baku dan dimasukkan daftar perkataan dalam kamus DBP. Oleh itu, menukar office kepada opis atau ofis adalah tidak wajar kerana kita sudah perkataan pejabat dalam bahasa Melayu yang boleh diringkaskan dalam bahasa SMS sebagai pjbt. Begitu juga dengan perkataan lain yang termasuk dalam kategori ke lapan ini. 8) Perkataan dalam bahasa SMS yang membawa makna baru dalam komunikasi tidak rasmi. Lazimnya perkataan ini digunakan oleh kanak-kanak dan remaja. Perkataan ini melanggar sistem nahu, ejaan dan semantik perkataan sedia ada. Misalnya bapak giler, boring giler, ooohhh bapak terror. Perkataan bapak di sini bermaksud teramat sangat bukan bapa yang kita faham dari sudut kekeluargaan kemungkinnan perkataan bapak dipinjam maksudnya kerana konotasi bapa membawa ciriciri ketua, pemimpin, yang memutuskan, dan yang lebih tahu. Begitu juga dengan perkataan seperti di bawah yang lari dari ejaan dan semantiknya. Contohnya ; korang summer = kamu semua, x yah ko nk cari glemor = tak payahlah kamu nak cari glamour/kemasyuran Kategori ini boleh merosakkan bahasa baku dan sudah pasti mengikis jati diri bahasa Melayu. 9) Kod bahasa SMS yang menggunakan symbol, emotikon, kaomoji serta representasi yang mengambarkan konotasi bunyi dan perasaan. Misalnya terdapat bahasa SMS yang menggambarkan bunyi dan seperti :Muaah = Mencium Waa, wargh = Menangis Eeeeee = Menjerit Oww, aduhhh, adoiii = sakit
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

18

Hmmmm.. = berfikir Hehe/haha/keh keh = ketawa Dan terdapat emotikon seperti di bawah ini terdiri dari simbol yang menjadi representasi kepada sesuatu makna sesuatu: [:-)] [:-(] [:-D] [:-] [;-)] [:-V] [:-*] [-O] [:-o] [:-Q] Gembira Sedih Ketawa Marah Bergurau, kenyi mata Menjerit Ciuman Menguap Terkejut Saya tidak faham [:-(] [:-&] [:-(] [:-X] [X=] [:-P] [:'-(] [:-/] [:-] [:-Y] Hairan Kelu Lidah Amat Sedih Bibir terkunci Harapan, doa Mengejek Menangis Ragu-ragu Bosan, tidak peduli Komen Sampingan

Kalau di buang braket ini [ ], maka emotikon di atas akan bertukar menjadi simbol visual yang menggambarkan perasaan pada wajah; misalnya :-) = Gembira , :-( = Sedih . :-D = Ketawa Kaomoji pada peringkat awalnya, merupakan emotikon yang berkembang dalam komunikasi siber di Jepun. Tidak seperti emotikon lainnya, kaomoji cenderung lebih mudah difahami oleh penutur kerana menggunakan tanda baca atau huruf yang sangat umum. Walau bagaimanapun, kaomoji tetap berfungsi sebagai medium komunikasi yang akan mewakili ekpresi perasaan penutur yang digambarkan melalui simbol. Dalam situasi ini, penyingkatan tetap wujud dan kaomoji digunakan untuk menyatakan keadaan emosi tertentu seseorang ketika berhubung. Contoh kaomoji :(^_^) Gembira (-_-;) Sedih atau menangis (T_T) Merajuk atau kecewa (^@^) Bangga atau senang hati

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

19

Perkataan atau istilah khusus untuk mewakili perasaan, digantikan dengan simbol tertentu untuk memudahkan komunikasi kerana dunia siber itu sendiri berorientasikan imej segera, cepat dan mudah, tanpa mengambil kira kedudukan penggunaan bahasa, khususnya bahasa Melayu. Terdapat banyak lagi emotikon yang tidak disenaraikan di sini tetapi ia adalah suatu yang lazim di kalangan pengguna yang berkomunikasi dalam chat dan forum. Penggunaan emotikon dalam Internet telah diimport ke dalam bahasa SMS. Inilah antara keunikan dan kreativiti dalam bahasa SMS. Ia memberikan satu bentuk literasi visual bukan teks yang boleh difahami oleh penggunanya. Begitu juga dengan perkataan yang dieja dalam pelbagai bentuk dalam bahasa SMS sebenarnya hanya sesuai dalam konteks komunikasi bahasa SMS. Ia tidak boleh digunakan dalam bahasa rasmi atau bahasa baku dalam penulisan rasmi. Sekiranya ia digunakan dalam penulisan rasmi, maka barulah boleh kita katakan bahawa ia boleh mencemarkan bahasa baku. Kalau dalam komunikasi lisan, samada interpersonal atau pengucapan awam, terdapat dua bentuk bahasa yang digunakan iaitu bahasa lisan (verbal) dan bahasa badan (non verbal seperti gestures, postures dsb). Begitu juga dalam bahasa SMS terdapat simbol dan emotikon dalam bahasa SMS yang mewakili sesuatu makna dalam mesej yang disampaikan.

Pencemaran Bahasa Siber Dan Sms


Pensyarah Kewartawanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, Dr Rahmat Ghazali menegaskan bahawa kewujudan media baru adalah penciptaan teknologi terkini yang memudahkan untuk berinteraksi dengan cepat diserata pelusok dunia. Ianya dilihat sebagai satu perkembangan teknologi terkini yang sangat memberi manafaat kepada manusia sejagat. Namun beliau juga berpendapat terdapat sudut negatif dalam media baru khususnya sms dan ruang sembang maya atau chatting ini. Beliau berpendapat penggunaan ayat-ayat yang tidak ditapis dan ayat sosial yang sewenang-wenangnya digunakan dalam internet dan sms mencemarkan budaya Melayu yang terkenal dengan bahasa yang indah dan berlapik. Beliau memberi komen mengenai bahasa dalam ruangan chatting yang kadangkalanya amat keterlaluan sehingga terlalu bebas membicarakan apa sahaja termasuk seks dan bahasa lucah. Ketiadaaan `gatekeeper' atau badan penapisan
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

20

dalam internet ini katanya membuatkan penyembang dengan berani menulis kata-kata yang kurang manis dan tidak bersopan dalam ruang sembang maya. Beliau mengatakan penggunaan bahasa yang kurang bersopan secara tidak langsung mencemarkan budaya berkomunikasi dikalangan masyarakat Melayu.

Penggunaan bahasa rasmi atau tidak rasmi menerusi internet dan SMS perlu dititik beratkan. Dalam bahasa rasmi, struktur ayat dan nahu dijaga dengan kemas. Dalam bahasa tidak rasmi atau tidak formal, terdapat kelonggaran dalam struktur ayat dan nahu apabila seseorang berkomunikasi samada secara lisan atau tulisan. Dalam bahasa tidak rasmi, terdapat 3 pola:

a. bahasa alih kod (code switching) b. bahasa rojak (mixed code) c. bahasa slanga atau bahasa basahan atau dialek

Apakah ketiga-tiga pola itu berlaku dalam bahasa rasmi melalui tulisan? Jika tidak berlaku, apakah wajar kita menghukum bahasa SMS sebagai bahasa yang boleh merosakkan bahasa baku sedangkan ia berlaku dalam bentuk bahasa tidak rasmi.

Terdapat beberapa contoh bahasa yang sering digunakan semasa berkomunikasi sekaligus mencemarkan bahasa itu sendiri samada melalui siber atau SMS. 1) Bahasa alih kod Bahasa alih kod (code switching) tidak sama dengan bahasa rojak. Bahasa alih kod ialah bahasa yang bercampur dengan lebih dari satu bahasa dan bahasa yang tidak banyak melanggar peraturan nahu, struktur ayat dengan mengunnakan frasa, unit, dan ungkapan yang boleh dijangka (predictable). Ia digunakan dalam perbualan dan tulisan untuk komunikasi tidak rasmi. Bahasa alih kod adalah lebih baik sedikit dari bahasa rojak kerana ia dapat menjimatkan ruang dan wang jika pengamalnya tahu meringkaskan perkataan dalam mesej yang dihantar. Bahasa alih kod ini

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

21

biasa didengari semasa perbualan tidak rasmi dan dilihat pada bahasa SMS. Ianya suatu trend yang lazim tetapi tidak digalakkan kerana untuk jangka panjang ia boleh menjejaskan keberkesanan dalam komunikasi lisan samada rasmi atau tidak rasmi. Apabila sesuatu perbuatan itu menjadi tabiat, maka sukar bagi pengamal itu untuk meninggalkannya. Contohnya:I want to go sanalah = (Saya hendak pergi ke sanalah) I want to go adalah satu frasa, unit yang ditulis dalam bahasa Inggeris di mana perkataan dalam unit ini tidak terpisah dari bahasa yang sama; sanalah juga adalah satu frasa atau unit dalam bahasa Melayu yang mana perkataan sana dan lah tidak terpisah oleh bahasa Inggeris. Tht prnces is bad, suka kcu org = (Puteri itu tidak senonoh, suka kacau orang) Tht princess is bad adalah satu frasa, unit; suka kcu org adalah satu frasa atau unit. 2) Bahasa rojak Bahasa rojak bererti bahasa yang bercampur aduk dengan lebih dari daripada satu bahasa dan bahasa yang melanggar peraturan nahu, struktur ayat serta diluar jangkaan bahasa yang baik (unpredictable). Ia digunakan dalam perbualan dan tulisan untuk komunikasi tidak rasmi. Kamus Dewan mendifinisikan bahasa rojak sebagai bahasa percakapan yang bercampur aduk. Sedar atau tidak, masyarakat di Malaysia sendiri memandang enteng akan penggunaan bahasa rojak kerana ia seperti sudah menjadi satu identiti, atau gaya percakapan yang lebih bersifat Malaysia. Kenapa begitu? Kerana Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, agama dan bahasa. Penggunaan bahasa yang bercampur ini merupakan hasil daripada percantuman kaum-kaum di Malaysia sendiri. Contoh bahasa rojak : I kan nak go sanalah = (Saya hendak pergi ke sanalah) Pu3 2 kn x senonoh, suka kcu ppl = (Puteri itu tidak senonoh, suka kacau orang) 2nang dier ni bks bfrn bdk 2 = (Tunang dia ini bekas kawan lelaki budak itu) 3) Bahasa slanga atau bahasa basahan atau dialek
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

22

Kamus Dewan edisi Keempat mendefinisikan basahan ialah sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Malah, penggunaan perkataan basahan sendiri dalam peribahasa membawa takrifan sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yang tidak baik. Biasanya, bahasa basahan yang digunakan ialah bahasa pasar, dialek, dan bahasa yang bercampur. Jadi, bahasa basahan merupakan penggunaan bahasa seharian atau bahasa pasar yang sepatutnya merupakan satu kesalahan, tetapi masyarakat tidak lagi menganggapnya sebagai satu kesalahan kerana sudah menjadi kelaziman bagi mereka.

Isu dan Permasalahan Bahasa Di Ruang Siber Dan SMS


1) Penggunaan internet dan SMS adalah secara globalisasi di mana penggunaan pelbagai bahasa digunakan termasuklah bahasa Melayu. Kepelbagaian bahasa ini kadang kala menyebabkan pencemaran bahasa apabila bahasa yang pelbagai diadukkan menjadi satu. Contohnya bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Inggeris Cyg, blh i jumpe u tonite? 2) Penggunaan bahasa yang tidak seragam kerana penduduk negara ini terdiri dari pelbagai kaum. 3) Penjimatan ekonomi atau kos kerana penggunaan ruang yang terhad untuk penghantaran SMS dengan kadar cas berbeza menyebabkan pengguna lebih gemar menggunakan singkatan perkataan. 4) Penggunaan bahasa ringkas atau singkatan dan bahasa rojak membawa implikasi besar dalam kehidupan manusia kerana ia membabitkan komunikasi harian serta membabitkan jati diri setiap bangsa diwakili. Pakar bahasa dan motivasi, Dr Rubiah K Hamzah, berkata bahasa ringkas dan rojak digunakan lebih meluas berbanding bahasa sebenar kerana penerimaannya lebih selari dengan aliran kini sehinggakan remaja kurang berminat untuk berkomunikasi melalui bahasa terutama bahasa Melayu yang memiliki tatabahasa dan frasa lebih tersusun. Bahasa singkatan menjadi amalan harian memandangkan ia sentiasa didengar, dilihat dan dipertontonkan terutama dalam teknologi semasa. Amalan seharian yang diguna pakai ini menjadi ikutan remaja diperturunkan daripada ibu bapa sehingga mereka mengadaptasikan sebagai bahasa ringkas dalam perbualan siber.
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

23

5) Remaja akan sentiasa peka menggunakan setiap perkara yang didengar, ditonton dan dilihat setiap hari termasuk penggunaan bahasa ketika mereka menggunakan teknologi seperti ruang sembang siber, SMS dan blog. Secara tidak langsung ia mempengaruhi komunikasi secara maya apabila pengguna mahu menggunakan bahasa ringkas atau rojak untuk berhubung antara satu sama lain. 6) Penggunaan ayat dalam ruang sembang siber seperti Yahoo Messenger, GoogleTalk dan MSN Messenger mengurangkan pengayaan bahasa dalam jiwa remaja. Boleh dikatakan teknologi memperkenalkan bahasa yang kurang tersusun dari segi tatabahasa, frasa dan banyak aspek lain memandangkan ia tidak diambil berat dalam bidang terbabit. Penggunaan bahasa SMS dan chatting menjadikan remaja kita kurang berminat untuk berkomunikasi melalui bahasa Melayu yang memiliki tatabahasa dan frasa tersusun. Ini juga boleh mempengaruhi gaya perbualan terutamanya remaja sehinggakan sudah hilang sopan dan lenggoknya 7) Menggunakan singkatan atau gabungan kata. Contohnya on9 (online), gudn8 (good night), 2moro (tomorrow), korang (engkau orang), sapa (siapa), otw (on the way), b4 (before), wat per (buat apa), camne (macamana), kalo (kalau). 8) Menggunakan bahasa rojak atau pasar, slanga dan dialek yang menyebabkan pencemaran bahasa. Tanpa disedari akibat terlalu biasa dengan perbualan harian di ruang siber, pelajar yang mengaplikasikan bahasa teknologi malas untuk mengarang esei panjang apabila merasakan ia menyusahkan mereka. Kadangkala mengarang esei menggunakan bahasa siber atau sms yang banyk menggunakan singkatan. Ini juga berkaitan dengan pengaruh dari rakan sebaya teutamanya remaja kerana mereka sendiri tidak pasti akan identiti mereka sendiri. Maka, mereka lebih mudah menerima dan mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan mereka kerana ingin dikatakan mengikut arus, trend dan tidak dilabel sebagai kuno atau berada di zaman ais. 9) Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa rojak, SMS, bahasa lucah dan sebagainya adalah mereka yang kurang kesedaran, kurang teliti dan peka dengan bahasa yang digunaka semasa berinteraksi. Ianya tidak terbatas kepada kalangan orang yang berpendiikan rendah sahaja, malah
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

24

orang yang mempunyai pendidikan tinggi juga sering melakukan perkara yang sama. Selalunya mereka ini menulis hanya berdasarkan penggunaan bahasa harian mereka terutamanya bahasa basahan iaitu bahasa pasar. 10) Dari segi penggunaan bahasa dalam media siber dan SMS, sememangnya tiada undang-undang khusus yang boleh digunakan dan dikuatkuasakan. Hal ini perlulah diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan. Walaupun tiada sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap pesalah bahasa, sekurangkurangnya pesalah bahasa itu boleh dipantau dan diberikan nasihat yang sewajarnya, terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan norma-norma ketimuran, seperti penggunaan bahasa kesat dan kasar untuk mengatakan pihak-pihak tertentu, baik dalam blog mahupun laman sosial. Mereka perlu sedar bahawa kebebasan itu bukanlah kebebasan mutlak. Pengguna media siber juga terikat dengan peraturan atau akta tertentu, seperti Akta Multimedia, ISA dan OSA. 11) Penulis blog dan pengendali laman web kerap menjadi tumpuan kerana keteledoran mereka bertindak melanggar hukum dan susila masyarakat. Artis di negara kita juga tidak dapat mengelak diri daripada perang siber yang dapat mengancam masa depan mereka. Ini terjadi akibat penyebaran fitnah, memaki individu tertentu dan hasutan kepada masyarakat menerusi laman sosial mahupun di blog. Bagi sesetengah individu, kehadiran media siber boleh dianggap bagai si bisu yang mendapat suara. Mereka menulis apa-apa sahaja dan mengekspresikan segala cerita dan rasa dalam diri tanpa berfikir panjang.

Kesan Pencemaran Bahasa Di Ruang Siber Dan SMS


1) Pencemaran bahasa Melayu terutamanya di kalangan remaja yang banyak mrggunakan perkhidmatan sms dan internet akan menyebabkan bahasa Melayu menjadi kian terhakis. 2) Bahasa menjadi rosak apabila bahasa tersebut disalah gunakan dan menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri.Selain itu, bahasa melambangkan sesuatu bangsa. Jika rosak sesebuah bahasa maka akan rosaklah bangsa tersebut. Akhirnya bangsa tersebut akan hilang identitinya sendiri.
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

25

3) Apabila bahasa rosak dan tercemar tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut. 4) Persepsi buruk akan timbul kepada pelajar ataupun pelancong yang mempelajari bahasa Melayu. Mereka akan mempertikaikan mengapa bahasa yang digunakan oleh penduduk negara tersebut di laman sosial tidak sama seperti yang mereka pelajari. Impaknya, akan menimbulkan persepsi buruk terhadap bahasa tersebut. Mereka akan menceritakan persepsi buruk tersebut kepada rakan- rakan dan ahli keluarga mereka. Tuntasnya, apabila pencemaran bahasa berlaku mereka tidak lagi menimbulkan minat untuk belajar bahasa tersebut. Oleh yang demikian, bahasa juga akan mencerminkan sesebuah negara. 5) Dengan meningkatnya bahasa kasar dan lucah di alam siber, remaja akan terpengaruh dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang sering digunakan di alam siber. Remaja dan seseorang individu cenderung untuk menggunakan bahasa kasar dan lucah tersebut bersama rakan-rakan yang lain dalam perbualan seharian. Malah sesuatu perkataan atau a yat tersebut akan menjadi trend dalam perbualan seharian remaja. Yang lebih mendukacitakan apabila ayat-ayat kasar dan berbaur lucah tersebut turut dilemparkan kepada ibu bapa sendiri. Ini secara tidak langsung melahirkan remaja yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati ibu bapa. Apa yang lebih mengejutkan ialah budak-budak yang masih lagi bersekolah rendah turut biasa untuk menggunakan ayat-ayat kasar atau perkataan berunsur lucah tersebut. Hal ini memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan dan perkembangan minda kanak-kanak. Jika hal ini tidak dibendung, adalah tidak menghairankan jika kes gejala sosial juga turut berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang belum lagi menginjak remaja. 6) Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

26

sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair

Langkah-langkah untuk Menangani Masalah


1) Pengetahuan dan kemahiran komputer perlu disebarkan dengan meluas dalam kalangan generasi muda dan semua lapisan masyarakat. Ini boleh dilakukan dengan bermula di sekolah dengan cara menanamkan rasa cinta kepada bahasa Melayu. Cara yang paling berkesan adalah melalui epembelajaran iaitu kaedah dan pendekatan pembelajaran menggunakan komputer, dalam talian, internet, perisian, telesidang dan sebagainya yang mencorakkan budaya belajar yang dinamik dan tidak lagi terikat dengan sistem konvensional yang amat bergantung kepada guru dan bilik darjah. 2) Koridor raya Multimedia sebagai penggerak kemajuan dan revolusi multimedia termasuk teknologi maklumat dan komunikasi, perlu bersifat optimis dan mempunyai dedikasi bagi mengangkat kedudukan dan meningkatkan peranan bahasa Melayu dalam dunia siber. Ini boleh dilestarikan melalui penyebaran maklumat melalui 7 bidang utama aplikasi Koridor Raya Multimedia yang meliputi kerajaan elektronik,pendidikan (sekolah bestari), kesihatan (teleperuatan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (laman web perdagangan antarabangsa), pemasaran tanpa sempadan, Keenterian Sains dan Alam Sekitar(penyelidikan dan pembangunan), dan kad pelbagai guna (perbankan). 3) Perisian komputer perlu dimajukan dalam bahasa Melayu bagi mengisi agenda pembangunan negara dan agenda pembangunan bahasa kebangsaan dalam era siber. Langkah ini telah dilakukan oleh negara
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

27

yang telah mencapai taraf kemajuan yang pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi seperti Jepun, Korea, China, Perancis, dan Jerman. 4) Penggubalan dan pelaksanaan dasar yang menyeluruh dapat mencorakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa siber. 5) Mewujudkan rangkaian pengkomputeran yang menggunakan bahasa Melayu seperti membina dan membangunkan laman web, internet, e-mel dan perisian analisis data yang mesra pengguna dan rangkaian yang mudah di akses dalam bahasa Melayu. 6) Pemodenan bahasa Melayu sebagai bahasa komersial dan bahasa teknologi maklumat dan komunikasi perlu dibuat bagi memperkaya dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu sesuai dengan era siber. 7) Peranan guru sebagai pendidik supaya menanamkan rasa cinta pada bahasa dan memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi dalam penggunaan komunikasi lisan sehari-hari atau semasa berkomunikasi melalui siber atau SMS. 8) Demi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat kepada pentingnya penggunaan bahasa yang betul, pihak-pihak yang berkuatkuasa haruslah sentiasa menganjurkan dan mengadakan seminar-seminar, bengkel, ceramah dan forum kepada masyarakat dan pelajar khususnya agar kesedaran dan tanggungjawab sentiasa tertanam pada setiap individu masyarakat. Seminar ataupun bengkel-bengkel haruslah mengandungi pengisisan di mana masyarakat didedahkan dengan contoh-contoh dan jenisjenis kesalahan bahasa yang sering dilakukan dengan harapan agar kesalahan-kesalahan bahasa tersebut dapat dielakkan. Aktiviti-aktiviti seperti ini pastinya akan membuka mata dan ruang minda masyarakat untuk lebih mencintai bahasa kita dan menghargainya. 9) Tidak dapat dinafikan bahawa tindakan pihak-pihak berwajib adalah perlu dan penting dalam menangani masalah pencemaran bahasa yang semakin menular. Namun begitu, tanpa penglibatan penuh dan sokongan padu daripada setiap individu masyarakat pastinya usaha yang dijalankan oleh pihak tertentu adalah sia-sia. Oleh itu, setiap individu juga berperanan penting dalam menangani masalah ini. Sebagai individu yang turut menggunakan bahasa Melayu adalah tidak wajar sekiranya
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

28

meletakkan tanggungjawab di bahu sebelah pihak sahaja dan menonton tanpa berbuat apa-apa. Adalah tanggungjawab seseorang individu itu untuk memastikan penggunaan bahasa yang betul dan tiada kesalahan bahasa yang dilakukan. Penting untuk berfikir dahulu sebelum menulis sesuatu ayat atau perkataan. Hal ini dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan bahasa yang salah dan turut memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat amnya.

Rumusan
Bahasa ialah sistem komunikasi yang diwujudkan oleh manusia untuk memudahkan mereka berinteraksi antara satu sama lain secara berkesan. Penggunaan bahasa pula secara umumnya dapat dibahagi kepada dua suasana atau urusan iaitu rasmi dan tidak rasmi. Terdapat kajian yang memperlihatkan bahawa banyak yang tidak mengendahkan kesantunan bahasa semasa menulis berbanding dengan semasa bercakap. Ini dapat dilihat melalui kesantunan bahasa yang semakin hilang melalui komunikasi melalui siber dan SMS. Kesantunan amat penting tidak kira di mana individu itu berada kerana setiap anggota masyarakat di dunia ini pasti menganggap kesantunan yang diamalkan mencerminkan budaya sesuatu masyarakat. Hakikatnya hubungan antara bahasa dengan komunikasi tiada sempadan. Tanpa bahasa, komunikasi tidak dapat dilakukan dan tanpa keperluan untuk berkomunikasi, bahasa menjadi tidak beguna. Yang paling penting adalah keberkesanan komunikasi itu sendiri. Pada era teknologi ini, komunikasi menjadi lebih mudah dengan adanya teknologi maya seperti internet dan penggunaan SMS melalui telefon bimbit. Namun begitu ada antara pengguna yang tidak menggunakan teknologi yang ada ini dengan cara yang betul dan mengakibatkan pencemaran bahasa dan ini tidak baik untuk generasi akan datang kerana akan merosakkan bahasa dan mereka tidak akan mengenali bahasa Melayu sebagai bahasa yang indah. Generasi akan datang perlu dipupuk dengan perasaan cintakan bahasa supaya Bahasa Melayu akan terus kekal seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

29

Rujukan
Asmah Haji Omar. (1988). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan.(2007).Santun Berbahasa.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Penyelidikan Bahasa.(2008). Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu.Kualalumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka Evelyn Lim.(2005). Jom, C U mlm ni.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Indirawati Zahid(2005)Kesantunan Berbahasa.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa

Nuraiji Yusoff, Hishamudin Isam, Faizah Ahmad, Phat a/l Awang Deng, Rohaya Md. Ali, Nor Hafizah Ibrahim, Mashetoh Abd. Mutalib, Yusniza Yaakub. (2007). Bahasa Melayu untuk pengurusan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Nuriah Mohamed. (1998). Sosiolinguistik bahasa Melayu di Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan, Universiti Utara Malaysia. (2007). Siri Modul Kendiri PJJ Bahasa Melayu Pengurusan. Sintok: Pengarang. Raminah Hj. Sabran, & Rahim Syam. (1985). Kajian bahasa untuk pelatih maktab perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rozita Radhiah Said(2010)Bahasa Dalam Komunikasi SMS.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Teo Kok Seong(2010)Bahasa Dalam Komunikasi Siber.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Teo Kok Seong. (2003). Bentuk panggilan sebagai penyataan hubungan sosial. Dalam Pelita Bahasa, 15 (2), 12-14

ZaidiIsmail.(2008).Di Sebalik Kata.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

30

LAMPIRAN

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

31

Kembali angkat martabat bahasa Melayu 2011/03/14


PENERIMAAN bahasa Melayu atau bahasa Malaysia sebagai antara bahasa utama di dunia jelas terlihat dengan penyertaan masyarakat dunia mewakili 54 negara dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM), edisi kelima tahun ini. Lebih membanggakan lima negara baru iaitu Slovenia, Estonia, Finland, Tajikistan dan Latvia memasuki senarai peserta terbaru. Perkembangan ini membuatkan hati saya berasa bangga namun apa yang menyedihkan rakyat negara kita seakan cuba meminggirkan peranan bahasa kita yang pernah menjadi lingua franca pedagang di zaman keagungan Kesultanan Melaka. Dalam zaman siber ini, penggunaan bahasa Melayu yang mengikut tatabahasa mahupun nahunya semakin dihakis oleh bahasa slanga dalam sistem pesanan ringkas (SMS). Laman sosial yang semakin ramai ahlinya turut terkena tempias gejala bahasa ringkas. Sepatutnya bahasa ringkas ini tidak digalakkan dikarang di dalam laman sosial mahupun telefon bimbit hingga menghilangkan makna dan mencetuskan perbalahan sehingga ada yang membuat laporan polis. Orang Inggeris pasti marah jika kita menulis ucapan terima kasih atau thank you sebagai TY saja. Mereka lebih selesa menyebut perkataan thanks secara ringkas, kerana maknanya hampir kepada bunyinya. Dalam SMS, kita pasti terkilan apabila pesanan panjang yang dihantar hanya dijawab k atau tq saja, seolah-olah si penerima tidak menghormati individu yang menghantar pesanan itu. Apa yang pasti jika peserta pidato melawat ke beberapa negeri di negara ini, mereka pasti pening melihat ada papan tanda yang mempunyai empat bahasa. Seolah-olah bahasa rasmi negara ini ada empat bahasa. Sebaiknya sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengiktiraf Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan dan menerima sebulat suara dan hati bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi kita. Jika semua pihak asyik ingin mempolitikkan segala isu, kita risau suatu hari nanti semua bangsa dan etnik ingin bahasa mereka turut terpapar di setiap papan tanda. Penggunaan bahasa rasmi amat perlu, kerana ia bukan saja dapat difahami secara menyeluruh malah banyak kos menulis papan tanda bakal dibelanjakan semata-mata untuk memuaskan hati semua bangsa dan etnik. Biarkan bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi negara, kerana bahasa kita diiktiraf oleh masyarakat dunia sejak zaman-berzaman. Jangan disebabkan politik dan kemodenan teknologi maklumat bahasa Melayu dinodai dan dijadikan persaingan. Jika orang asing boleh mempelajari bahasa Melayu, malahan berpidato dalam bahasa ibunda kita mengapa ada yang menganggap bahasa kita boleh sesuka hati diringkaskan. Hormatilah bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Gunakan bahasa Melayu untuk perkara rasmi. Jika ingin gunakan bahasa Melayu gunakan dengan betul. AZIANA MOHAMAD ARIPIN, Banting, Selangor.
Sumber : Berita Harian (Ruangan Surat), 14 Mac 2011
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794
28 Jun 2010

32

EKSTRA!
PERISTIWA BAHASA

Boleh SMS asal tak rosak bahasa


Apabila e-mel gunakanlah bahasa yang bertatasusila dan indah
Oleh Mohd Gani Ahmad Penulis tamu

TEMAN saya, Encik Safuwan, melahirkan kekhuatirannya yang amat sangat akan kelakonan berbahasa Melayu anaknya yang sedang menuntut di menengah satu. Menurutnya, si anak terjejas kerana sering menggunakan bahasa SMS atau khidmat pesanan ringkas. Beliau khuatir kebiasaan menyingkat-nyingkatkan ejaan akan menjejas kelakonan anaknya berbahasa ketika mengarang dan menjawab soalan; terutama sekali pada masa menghadapi ujian semester dan peperiksaan hujung tahun. Kekhuatiran beliau itu dapat difahami. Memang dalam menghadapi ujian dan peperiksaan, seseorang calon itu tidak ada masa berfikir lama. Senjata yang ada ialah kebiasaan berbahasa yang harus diluahkan dalam kertas jawapan sahaja. Biasanya, calon tidak sempat berfikir panjang, jadi tabiat dan kebiasaanlah yang akan menguasai minda ketika menjawab soalan. Awal Januari 2010, saya menghubungi Encik S Johari melalui telefon bimbitnya, namun saya tidak menerima jawapan. Jadi, saya pun menghantar SMS melalui telefon bimbitnya itu, beliau juga tidak menjawabnya. Apabila beliau menemui saya di rumah keesokan harinya, beliau berkata: 'Saya tidak suka di-SMS. Tak fahamlah saya akan bahasa SMS. Saya lebih selesa bercakap melalui telefon. Sebenarnya, SMS atau Short Message Service atau terjemahan dalam bahasa Melayunya, Khidmat Pesanan Ringkas. Namun saya lebih selesa dengan istilah yang diguna pakai oleh Dr Asmah H Omar, dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, 2008, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, iaitu Sistem Mesej Singkat, yang dapat mengekalkan kependekan SMS. Dari sudut bahasa Melayu memang banyak kosa kata yang boleh diringkaskan ejaannya. Sejak dulu lagi, pengguna bahasa Melayu yang kreatif sifatnya telah banyak membina kekata singkat yang boleh diguna pakai dan sesuai dengan laras SMS ini. Dari sudut ilmu bahasa; ada istilah yang disebut klitik: Aku menjadi ku; engkau menjadi kau; kamu menjadi mu. Kependekan lain: itu menjadi tu; ini menjadi ni; doktor menjadi dok; profesor menjadi prof dan tuan menjadi tn. Umpamanya kekata yang selama ini disebut singkat: Tidak dijadikan tak; hendak disebut nak; emak menjadi mak, ayah menjadi yah; bapa menjadi pa atau bapak menjadi pak; datuk menjadi tuk dan yang sebagainya. Sejak tahun 1950-an pula, pengguna bahasa Melayu dan Indonesia banyak mencipta akronim: Menteri luar menjadi menlu; cerita pendek menjadi cerpen; encik guru menjadi cikgu, dan dalam laras SMS-nya pula dieja cg sahaja. Dalam panduan penggunaan kependekan yang terdaftar dalam Kamus Dewan atau Kamus Besar Bahasa Indonesia; kependekan ini merupakan kependekan baku: Sebagai menjadi sbg; dengan menjadi dgn; dan lain-lain menjadi dll; peribahasa menjadi prb; untuk menjadi utk; yang menjadi yg; sejenis menjadi sj; dalam menjadi dlm. Dari menjadi dr; daripada menjadi drpd; dan sebagainya menjadi dsb; kepada menjadi kpd; lawan menjadi lwn; misalnya menjadi mis. Pada pendapat saya, semua kependekan ini bolehlah dijadikan panduan atau dasar untuk mencipta kependekan yang lain ketika ber-SMS. Antara formula yang nampaknya wajar ialah perkataan yang berhuruf lima boleh digugurkan huruf vokal, antara contohnya: balik dan bilik menjadi blk; kolek menjadi klk; pasir dan pasar menjadi psr; kasar menjadi ksr; dasar menjadi dsr; datar menjadi dtr; gitar menjadi gtr; sukar menjadi skr; cinta menjadi cnt; gemar menjadi gmr; geram dan garam menjadi grm. SMS merupakan fenomena baharu diperkenal kepada masyarakat dunia; sekitar tiga dekad yang lalu, maka timbullah beberapa masalah yang dihadapai penggunanya. Para ahli bahasa Melayu telah mengorak langkah dengan mengadakan beberapa kali seminar mengenainya. Hasilnya sebuah buku Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) telah disusun oleh Zaidi bin Ismail, 2008, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Memang bahasa SMS ini agak menyulitkan tetapi berbentuk kreatif, menjana minda untuk berfikir dan lebih peribadi sifatnya. Yang penting ialah sikap pengguna bahasa sendiri; yang harus meningkatkan pengetahuan tentang bahasa laras komunikasi ini dan berhati-hatilah ber-SMS supaya tidak merosakkan bahasa. Apabila bere-mel atau menulis surat melalui elektronik/komputer, yang lebih luas ruangannya, kita harus kembali menggunakan bahasa yang benar, berkesan, bertatasusila dan indah; dan tidak lagi menyingkat-nyingkatkan ejaan perkataan seperti ketika ber-SMS.

Sumber : Berita Harian Singapura Cyberita (Ruangan Ekstra), 28 Jun 2010


SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

33

Facebook, Twitter Ancam Bahasa Melayu


Posted on the September 20th, 2010 under Sosial, Tempatan by admin

Penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial seperti Facebook dan Twitter telah mengancam penggunaan Bahasa Melayu yang baik di kalangan masyarakat hari ini. Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak Jiso Rutan berkata penularan ragam bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa sembang internet berleluasa dan sukar untuk dibendung di kalangan pengguna laman web sosial. Sehubungan itu, DBP mempergiatkan usaha untuk menggalakkan dan menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu di negara ini, termasuk mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada Oktober setiap tahun, katanya kepada pemberita selepas sidang media mengenai majlis pelancaran BBK peringkat negeri Sarawak di Kuching hari ini. Jiso berkata BBK merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat pelbagai kaum di negara ini tentang kepentingan bahasa kebangsaan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Sementara itu, Setiausaha kerajaan negeri Sarawak, Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani menyifatkan penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial merupakan satu cabaran dan rintangan memartabatkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu turut berdepan dengan cabaran dalam bahasa , seperti bahasa-bahasa yang lain. Sehubungan itu, kita perlu mempergiatkan usaha untuk memupuk dan mempromosikan penggunaan bahasa Melayu agar ia (bahasa pasar) tidak mengambil alih kepentingan bahasa Melayu, katanya. Sempena sambutan BBK peringkat negeri, Morshidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa BBK 2010 Kebangsaan berkata DBP Sarawak akan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa dan sastera selama sebulan dengan penglibatan seluruh lapisan masyarakat pada Oktober ini. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijadual melancarkan BBK peringkat negeri Sarawak pada 1 Okt di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak. Antara aktiviti yang bakal diadakan termasuk Syarahan Eksekutif bertajuk Kebudayaan dan Kesusasteraan Dalam Pembinaan Modal Insan Cemerlang, Malam Senandung Puisi 1Malaysia, Sayembara Bahasa Berirama, pementasan teater, khemah Bahasa dan kuiz BBK di Radio Televisyen Malaysia (RTM), katanya. Selain itu, pelbagai aktiviti akan diadakan di peringkat daerah, termasuk Bejemok Bahasa di Samarahan, Berambih Bahasa di Sri Aman, Pededun Bahasa di Mukah, Bedudun Bahasa di Limbang, dan Pameran BBK di Miri. Bernama Sumber: malaysiakini.com, 20 September 2010
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

34

SMS, laman sembang internet ancaman kepada bahasa

Posted on Tuesday, January 05 @ 03:59:27 PST by

tokdalang

Oleh Hariyati Ariffin

KEWUJUDAN media baru khususnya khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sembang maya (chatting) menggabungkan teknologi internet, audio visual dan telefon, memberi kemudahan kepada masyarakat pelbagai lapisan untuk berinteraksi dan menyampaikan maklumat serta memudahkan kehidupan seharian mereka. Namun, ia tidak dapat lari daripada disalahgunakan segelintir masyarakat sehingga menyebabkan berlakunya jenayah siber yang secara tidak langsung merendahkan maruah budaya, bahasa dan jati diri serta pembinaan negara bangsa kerana ketaksuban terhadap ciptaan ajaib di alaf ini. Dalam penulisan SMS dan laman sembang maya adalah tergolong dalam media baru yang dikatakan menjadi cara hidup paling popular masyarakat masa kini untuk berinteraksi dan bersosial, yang boleh dilakukan di mana saja. SMS misalnya, tidak dinafikan sebagai medium yang bukan saja cepat, malah mudah dan amat senang untuk menyampaikan maklumat. Ia menjadi budaya baru masyarakat masa kini tidak kira yang tua atau muda. Namun, kita terlepas pandang mengenai isu bahasa, khususnya di negara kita yang digunakan dalam menyampaikan maklumat berkenaan. Jika dilihat dan dikaji secara serius dari segi penggunaan bahasanya, ia merosakkan kemurnian bahasa sehingga ada kalanya apabila ayat yang terlalu diminimumkan itu dihantar melalui SMS menjadi kurang difahami atau disalah tafsirkan maksudnya. Satu kajian kes yang diambil di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (FKPM UiTM) mengenai salah tafsir menerima maklumat SMS daripada seorang pensyarah sehingga menyebabkan pelajar tidak menghadiri kelas. Pelajar menghantar SMS kepada pensyarah mengenai kelas pada hari berkenaan. SMSnya berbunyi begini: "Encik, ari ni ada kelas di DK 2 kan jam 8 pagi'. Jawapan pensyarah selalunya pendek dan berbunyi begini: Yabtl" Tafsiran yang dibuat pelajar mengenai SMS itu ialah 'Ya, kelas tu batal', sedangkan maksud pensyarah ialah beliau mengiyakan soalan pelajar tadi. Dengan tafsiran kelas dibatalkan, akhirnya bila pensyarah datang kelas jam 8 pagi, seorang pelajar pun tiada dalam kelas kerana SMS disampaikan pada semua rakan sekelas, mengatakan pensyarah membatalkan kelas pada hari itu. Banyak kes mengenai salah tafsir SMS ini. Namun keghairahan menggunakan SMS sebagai aliran berkomunikasi masa kini untuk menyampaikan maklumat dan pesanan menyebabkan masyarakat tidak berapa menghiraukan masalah yang bakal timbul kerana kesilapan tafsir atau maknanya. Pensyarah Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, Siti Rohana Mohd Thani berkata SMS secara terang merosakkan penggunaan bahasa bukan saja daripada segi ejaan, malah sudut nahu dan terminologi bahasa itu sendiri. Beliau berkata, daripada sudut bahasa umpamanya ejaan aku menjadi ko, pergi dipendekkan menjadi 'g' saja, puan di tulis 'pn', pun juga 'pn'. Banyak lagi perkataan yang dieja secara ringkas dan mengelirukan. Malah ada juga perkataan dipendekkan yang hanya difahami di kalangan golongan tertentu. Siti Rohana berkata, walaupun secara umumnya ayat pendek dan akronim yang dicipta `pakar' bahasa, SMS sudah diterima pakai umum, namun keterbiasaan menulis secara ringkas dan pendek akan membuat masyarakat, khususnya pelajar dan murid tidak mahir mengeja sesuatu perkataan dengan betul. Bukan itu saja, katanya, masyarakat juga menjadi kurang mahir untuk menulis. Jika ia menjadi budaya yang diterima pakai semua golongan, beliau bimbang golongan pelajar dan murid, khususnya terpengaruh menulis dalam bentuk SMS dalam kerja sekolah dan tugasan di universiti. Lebih membimbangkan jika bahasa SMS menular pula kepada penulisan rasmi. Beliau berkata, adalah penting masyarakat mengagungkan bahasa dan menggunakan bahasa lisan dan penulisan dengan betul kerana bahasa adalah jiwa bangsa dan bila kita lalai mengenai maruah bahasa yang menjadi kebanggaan bangsa, kita akan lupa asal usul kita. "Pepatah ada mengatakan 'bahasa menunjukkan bangsa' dan apabila rosak bahasa itu rosaklah juga bangsanya. Jika gejala ini tidak dibendung dan tidak dipandang serius pihak tertentu, khususnya Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

35

berkaitan. Jika tidak, umumnya malas menulis dan tidak akan berminat dalam bidang penulisan lagi dan tidak mustahil bahasa mungkin tidak lagi dipandang sebagai sesuatu nilai budaya dan akan terus tenggelam menjadi sebuah sejarah saja," katanya. Sementara itu dalam kertas kerja bertajuk 'Perkembangan Pesat Media Alternatif: Cabaran dan Ancaman Dalam Pembentukan dan Pemupukan Jati Diri' yang ditulis Mohd Yusof Othman dari Institut Islam Hadari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjelaskan, bahasa bukan sekadar alat untuk berkomunikasi, malah ia jauh daripada itu. Mohd Yusof berpendapat bahasa adalah pembentuk budaya, pembangunan citra, pembina sahsiah diri dan jati diri. Kertas kerja itu juga menyentuh bahawa media alternatif atau media baru ini tidak dinafikan amat penting dalam membentuk perspektif dan minda masyarakat awam, tetapi sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan penuh berhemah dan penuh amanah serta kejujuran demi menyampaikan maklumat, ia akan menjana lebih banyak kemusnahan daripada kebaikan. Dalam kaitan yang sama Dr Rahmat Ghazali, pensyarah Kewartawanan FKPM, UiTM Shah Alam bersetuju SMS atau yang dipanggil ayat dan perkataan kontot ini secara terang merosakkan kemurnian bahasa Melayu. Beliau mengambil contoh perkataan 'Assalammualaikum' yang di pendekkan menjadi 'Ass' dan 'Salam'. Jika dilihat secara maknanya ia sudah lari daripada maksud sebenar. Selain itu perkataan dari sudut maknanya juga mencemar kemuliaan agama. Namun begitu beliau berkata perkataan 'Ass' dan 'salam' adalah perkataan pendek bagi 'assalammualaikum' dan nampak kurang sesuai dari segi maknanya. Namun yang jelasnya ia diterima pakai masyarakat masa kini khususnya dalam bahasa SMS dan laman sembang maya. Seperti Rohana, Dr Rahmat juga bersetuju bahawa kebimbangan pendidik dan pengkaji bahasa sekarang ialah penularan gaya menulis SMS dan 'chatting' dalam penulisan rasmi khususnya kepada pelajar dan murid. Beliau berkata kebiasaan menggunakan perkataan pendek dan akronim di dalam SMS memungkinkan ia menular dalam penulisan khas terutama dalam tugasan dan kerja sekolah pelajar. Sebagai pensyarah kewartawanan beliau juga amat bimbang fenomena memendekkan ayat ini menular di kalangan pelajar dalam bidang penulisan yang secara langsung akan mengurangkan kualiti penulisan dan kecekapan mengeja. Menyentuh mengenai laman sembang maya pula Dr Rahmat, berkata laman sembang maya amat membebaskan penulisan sosial dengan erti kata lain kebebasan untuk menulis apa saja dalam ruang sembang maya itu tanpa ada tapisan. Katanya, aspek penulisan sosial ini dilihat amat tidak sihat jika bahasa dan cara berkomunikasi melalui maya terlalu bebas membicarakan pelbagai persoalan tanpa had. Amat ketara ialah perbincangan mengenai seks yang terlalu bebas dalam ruang sembang maya serta penggunaan perkataan kurang manis yang menjadi kebiasaan kepada pengguna laman sembang maya. Dr Rahmat juga berpendapat penulisan sosial ini secara tidak langsung akan mengundang pada gejala kurang sihat yang berleluasa seperti seks bebas, pergaulan bebas dan masalah pembuangan anak. Katanya, rata-rata penyembang di dalam laman sembang maya ini, menggunakan laman itu untuk bersosial dan tidak mustahil segelintir cuba mengambil kesempatan terhadap laman ini untuk tujuan tertentu. Beliau berkata, kajian yang dibuat seorang pelajar kewartawanan FKPM UiTM Shah Alam mengenai laman sembang maya dalam Yahoo messenger mendapati ada satu trend ketara terhadap eksploitasi seks dalam ruang itu. Katanya, ruang sembang dan laman bersosial seperti Friendster, facebook, adalah wadah pengiklanan untuk mengiklankan diri dan lebih bersifat menawarkan diri untuk tujuan tidak sihat seperti seks. Beliau berkata daripada kajian itu mendapati 62 peratus penyembang adalah lelaki yang memberi nombor telefon untuk dihubungi bagi tujuan bersosial dan selebihnya adalah perempuan. Dr Rahmat juga berkata kajian itu mendapati 45 peratus chatters atau penyembang suka membicarakan mengenai seks. Kesimpulannya, tidak dinafikan kemunculan media baru khususnya SMS dan laman sembang maya membawa satu fenomena baru dalam cara berkomunikasi. Kemudahan ini membolehkan manusia semakin bebas membicarakan pelbagai isu dan mudah untuk disampaikan dalam waktu yang singkat dan memberi manfaat kepada masyarakat untuk bersosial dengan lebih mudah. Natijahnya kesan daripada teknologi baru yang disalahgunakan ini bukan saja menggadaikan maruah bahasa tetapi juga menjatuhkan harga diri bangsa Melayu Oleh itu, sudah tiba masanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Pendidikan dan kepemimpinan tertinggi duduk semeja membincangkan mengenai kes terpencil yang menjadi akar umbi kepada jenayah siber, merosakkan bahasa, penyalahgunaan media baru dan masalah lain yang boleh menjurus kepada masalah pembinaan jati diri dan pembinaan negara bangsa. B/H Penulis ialah pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Sumber: http://www.detikdaily.net, 5 Januari 2011

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi Siber Dan SMS SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan 209794

36

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Vous aimerez peut-être aussi