Vous êtes sur la page 1sur 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PULAU PINANG,11700,BUKIT COOMBE,PULAU PINANG

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISONAL 2013 ANJURAN TAHUN 3 SAINS 1

PJM 3112: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

NAMA PELAJAR NO. K/P KUMP.AKADEMIK NAMA PENSYARAH TUTOR PERIBADI

: AMEELIA NAZIRAH BINTI MOHD SHAFIEE : 910908-08-5888 : PISMP T3 PENGAJIAN MELAYU : EN AZHAR BIN ZAKARIA : PN ARBAKYAH BT HASSAN

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISONAL 2013 ANJURAN TAHUN 3 SAINS 1

Pada tarikh 20 Februari 2013 sehingga bersamaan hari Rabu, satu penelitian dan pemerhatian terhadap Karnival Permainan Tradisional 2013 Anjuran Tahun 3 Sains 1 telah dilakukan bagi mengenalpasti berkenaan pengurusan dengan pertandingan permainan tradisonal yang telah dijalankan di samping untuk memenuhi tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah bagi subjek ini. Penelitian dan pemerhatian terhadap pengurusan dan pengelolaan pertandingan permainan tradisional telah dijalankan pada pukul 10.00 pagi di M-Square telah dilaksanakan ketika waktu kuliah bagi subjek mata pelajaran PJM 3112. Antara kelas yang telah terlibat dalam memberi kerjasama bagi membantu menjayakan pertandingan tersebut adalah pelatih guru daripada kelas Tahun 3 Pengajian Sosial dan Tahun 3 Matematik 3 yang mana kesemua pelajar pelatih guru bagi kedua-dua kelas ini merupakan peserta dalam menjayakan pertandingan tersebut. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada buku program, pertandingan tersebut telah dijalankan pada seawal pukul 9.00 pagi dan diakhiri pada jam 3.00 petang. Pengerusi Majlis yang telah berjaya menjayakan dan menceriakan suasana pertandingan tersebut ialah Muhammad Hafizzi Siman. Pertandingan permainan tradisional yang telah dijalankan ini mengandungi 9 jenis permainan tradisional yang terdiri daripada 4 jenis permainan dalaman dan 5 jenis permainan luaran. Antara permainan dalaman yang telah dijalankan adalah terdiri daripada congkak, ceper, baru seremban, dan baling getah. Manakala bagi permainan luaran pula adalah terdiri daripada lari dalam guni, ketinting, bowling kelapa, tarik upih dan gasing. Antara peralatan yang telah digunakan dalam pertandingan tersebut ialah upih kelapa, guli, gasing, guni, kelapa muda, botol air, getah, congkak, tali, batu, tikar, pita pelekat, dan beberapa peralatan lain yang telah digunakan bagi tujuan hiasan.

Hiasan tempat di lokasi tempat pertandingan telah dilakukan dan dihias dengan baik dan memuaskan. Pihak penganjur telah menggunakan buluh untuk menghiasi pintu gerbang yang terletak di laluan kecil bersebelah dengan M-Square, serta menggunakan beberapa sofa yang kelihatan ekslusif dengan susunan yang teratur bagi menampakkan keceriaan karnival permainan tradisional tersebut. Tepak sirih dan beberapa hiasan yang berunsur budaya tradisional melayu seperti corak-corak bunga awan larat telah digunakan dan dilekatkan di sekitar kawasan pertandingan adalah sangat menarik, ceria dan memuaskan. Dari aspek keselamatan pula, pihak penganjur iaitu kelas sains 1 telah menyediakan beberapa individu yang mengawasi setiap tapak permainan. Walaupun begitu, keselamatan tidaklah begitu dititik beratkan kerana ketika waktu kemuncak pertandingan dijalankan, misalnya lokasi permainan gasing, tiada pihak pemantau yang memerhatikan pelatih guru ketika itu dan mereka diberikan kebebasan untuk bermain tanpa melihat kepada aspek-aspek keselamatan yang telah ditetapkan. Penambahbaikkan yang ingin saya cadangkan kepada pihak penganjur agar dapat melaksanakan pertandingan yang lebih baik pada masa akan datang adalah daripada aspek keselamatan dan pemantauan pihak yang terlibat. Hal ini kerana berdasarkan pemerhatian saya aspek keselamatan kurang dititikberatkan dan pemantauan pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi lokasi-lokasi permainan tertentu dijalankan namun bukanlah secara kerap. Selain daripada itu, lokasi bagi permainan congkak juga tidak begitu strategik dan adalah lebih baik sekiranya lokasi permainan congkak itu dipindahkan ke kawasan yang berlantai di M-Square daripada kawasan berumput. Selain daripada itu, hiasan di kawasan M-Square yang menggunakan Sofa yang agak eksklusif telah memakan kawasan yang agak banyak yang mana kawasan tersebut juga boleh dijadikan sebagai tempat bagi permainan dalaman seperti congkak. Karnival Permainan Tradisional yang telah dianjurkan oleh kelas Tahun 3 Sains 1 telah dijalankan dengan baik dan teratur. Kerjasama daripada pelbagai pihak dalam menjayakan pertandingan tersebut juga penyumbang kepada kejayaan dan kelancaran

pertandingan tersebut. Penelitian dan pemerhatian yang telah dilakukan ini sedikit sebanyak telah memberi gambaran kepada saya untuk melaksanakan pertandingan permainan tradisional yang lebih baik pada masa akan datang. Peluang yang diberikan untuk memantau pengurusan dan pengeloaan pertandingan ini membuka mata untuk melihat aspek-aspek yang penting bagi menjamin kelancaran dan keselamatan pertandingan yang dijalankan. Secara kesimpulannya, dapat diharapkan peluang penelitian dan pemerhatian yang telah dijalankan dapat membantu saya untuk melaksanakan satu bentuk pertandingan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Lokasi pertandingan permainan tradisional.

Percubaan pertama kali bagi permainan bowling kelapa.

Permainan dalam guni yang digemari oleh kebanyakkan perserta.

Vous aimerez peut-être aussi