Vous êtes sur la page 1sur 29

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat kami menyelesaikan tugasan amali penyediaan menu hidangan sepinggan lengkap ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Cik Nur Amilin Binti Abdul Halim,tenaga pengajar kursus Kaedah Mengajar (KPD 4046) di atas kesudian beliau menyampaikan ilmu dan memberi tujuk ajar kepada kami dalam penyediaan menu hidangan sepinggan lengkap.Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembantu Cik Nur Amilin iaitu En. Fuad dan En. Hazwan kerana sudi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam amali memasak. Penghargaan ini ditujukan juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses penyediaan laporan amali memasak Menu Hidangan Sepinggan Lengkap ini berjalan.

1.0

PENGENALAN
Pengambilan makanan mengikut diet yang seimbang merupakan satu kaedah yang

boleh menjamin kesihatan fizikal, mental, dan emosi yang baik untuk jangka masa yang panjang. Penting bagi kita mengambil diet yang dapat membekalkan nutrien seperti karbohidrat, lemak, protein,vitamin, dan garam mineral. Setiap individu biasanya mengambil tiga jenis makanan utama, iaitu sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Hidangan sepinggan lengkap pula ialah satu hidangan yang seimbang dan mengandungi semua jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral terdapat dalam satu hidangan dengan kadar yang berpatutan. Biasanya hidangan ini disediakan dalam satu pinggan dan satu mangkuk. Contohnya nasi ayam, di mana nasinya dihidangkan di dalam pinggan dan kuahnya pula dalam mangkuk yang berasingan. Hidangan sepinggan lengkap boleh dihidangkan sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan. Kelebihan hidangan ini ialah mempunyai khasiat yang mencukupi, mudah disediakan dan dimasak, menjimatkan masa dan tenaga serta boleh dihidang secara peranggu meja atau berpek. Jenis hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan mengikut cara timur, cara barat dan budaya setempat. Hidangan sepinggan lengkap cara timur sangat popular di negara kita. Hidangan seperti nasi lemak, mee goreng, nasi goreng dan sebagainya sentiasa dihidang sebagai sarapan atau bekalan ke sekolah, pejabat atau semasa berkelah. Budaya makanan kita telah banyak dipengaruhi oleh makanan cara barat contohnya burger, piza, sandwic, makaroni dan sebagainya. Budaya setempat juga banyak mempunyai makanan istimewanya seperti negeri Johor terkenal dengan lontong dan laksa Johor, negeri Kelantan pula popular dengan nasi kerabu, negeri Perlis dengan laksa Perlis dan sebagainya.

2.0

PENERANGAN MENU
Dalam tugasan kali ini, kami dikehendaki membuat perancangan menu dan seterusnya

melakukan amali memasak secara berkumpulan yang bertemakan menu hidangan sepinggan lengkap. Banyak faktor yang mempengaruhi menu yang kami pilih iaitu jenis hidangan, kegemaran, perbelanjaan, sumber makanan semasa, kemudahan fizikal, sumber masa dan tenaga, kepelbagaian dan keperluan. Menu yang dirancang mengambil kira dari segi makanan, warna, saiz, rasa tekstur dan kaedah memasak. Pemilihan makanan mestilah sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Kami memilih menu sarapan pagi iaitu nasi lemak ayam berempah, kuih karipap, sandwic telur dan air kopi sebagai pelengkap hidangan. Masa yang diperuntukkan untuk menyediakan menu tersebut adalah selama dua jam tiga puluh minit. Nasi lemak ayam berempah adalah menu utama dan merupakan hidangan sepinggan lengkap yang telah kami sediakan. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Menu nasi lemak adalah salah satu menu hidangan sepinggan lengkap kerana kebiasaannya ia dihidangkan

dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Ia dapat membekalkan nutrien seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan garam mineral. Bagi penyediaan ayam berempah pula, ayam ini diperap dengan bahan-bahan seperti serbuk kari, serbuk kunyit, garam, bawang putih, bawang merah, serai dan juga halia selama 30 minit supaya ramuan tersebut sebati dengan ayam tersebut. Penambahan ayam goreng dalam menu nasi lemak adalah untuk menunjukkan kelainan dan penambah selera terutama bagi yang menggemari nasi lemak yang memilih sebagai menu sarapan pagi. Di samping itu, kami turut menyediakan kuih karipap dan juga sandwic telur sebagai menu sampingan. Bahan utama untuk penyediaan inti kuih karipap yang kami gunakan ialah ubi kentang. Bawang merah ditumbuk bersama udang kering dan ditambah dengan serbuk kari semasa penyediaan inti. Bahan utama untuk penyediaan sandwic telur pula adalah roti, telur, lada sulah, timun dan juga tomato. Akhir sekali, kami menyediakan air kopi sebagai pelengkap kepada hidangan sepinggan lengkap pada waktu sarapan pagi.

3.0

PEMBAHAGIAN TUGAS (SEBELUM/SEMASA /SELEPAS)


PERKARA NAMA Norina TUGAS Memastikan setiap ahli berpakaian kemas, memakai apron dan tag nama. Norhayati Norlaila Nur Hanani Suryanti Balqis Zahurin Peh Kok Hua Menyediakan semua peralatan untuk memasak. Menyediakan bahan-bahan untuk membuat kuih karipap

SEBELUM

Menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi lemak Memasak air dan merebus telur. Mengambil gambar sebelum,semasa dan selepas memasak

Balkis -

Membasuh dan membersihkan beras Memasak nasi bersama santan dan air (mengikut sukatan)

Penyediaan SEMASA nasi lemak Norhayati -

Mengisar bahan-bahan untuk penyediaan sambal Menumbuk bahan-bahan untuk memerap ayam berempah

Norina Zahurin -

Menggoreng kacang dan ikan bilis Menumis Sambal Memerap ayam untuk dijadikan
4

ayam berempah Menggoreng ayam setelah diperap selama 30 minit. Memotong timun dan mengupas telur.

Norlaila

Nur Hanani Peh Kok Hua Penyediaan karipap Suryanti Menyediakan pastri. Memastikan tepung diuli sehingga menjadi doh yang lembut Mencanai pastri dan menerap dengan penerap bulat Membubuh inti, melipat dan membuat kelim tepi karipap. Peh Kok Hua Menggoreng karipap sehingga berwarna keemasan. Norhayati Penyediaan Sandwic Norlaila Norhayati Norlaila Penyediaan Air Kopi Melecek telur yang sudah masak sehingga hancur Mencampurkan telur dengan sedikit mentega,lada sulah dan garam. Balkis Membuat sandwic telur Menyediakan inti karipap.

Nur Hanani Suryanti

Membancuh dan menyediakan air kopi

Peh Kok Hua

Mengelap meja dan memastikan meja kerja kemas.

SELEPAS

Norlaila Norhayati Nur Hanani Zahurin

Menyediakan peralatan untuk menghias dan menghidang.

Membasuh peralatan yang telah digunakan.

Suryanti

Menyimpan peralatan di tempat asal.

Balqis Norina Peh Kok Hua

Mop lantai yang basah. Menyapu lantai Membuang sampah ke dalam tong sampah besar.

4.0 Menu:

BORANG A 1. Nasi Lemak Ayam Berempah 2. Sandwich Telur 3. Karipap Ubi 4. Air Kopi O Kaedah Memasak Alatan Alatan masak periuk senduk kayu sudip kuali

Bil Menu 1 Nasi Lemak Ayam Berempah

Ramuan Utama Nasi Lemak - 250 gm beras - 300 ml santan - 1 helai daun pandan - camt. garam Ayam Berempah

Haba Lembab (merendidih)

- 3 ketul ayam Haba Kering (menggoreng dengan - 4 ulas bawang merah minyak penuh) - 4 ulas bawang putih - 2.5cm halia - sepeket serbuk kari - 3/4 cawan kunyit serbuk - 1 batang serai - camt. garam Sambal Tumis 20 tangkai cili kering 1 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 1/2 biji bawang besar (dimayang) - 50 ml air - 25 gm asam jawa (dijadikan jus) - camt. garam - 10 g gula - Sedikit belacan Hiasan (lain-lain) 1 biji timun 1 biji telur ayam 25 g ikan bilis 25 g kacang tanah Haba Kering (menggoreng tohor)

Alatan dapur - mangkuk bertutup - paring knife - papan pemotong - mangkuk kecil - penapis - pinggan

Haba Lembap(merebus)

Haba Kering (menggoreng tohor)

Sandwic telur

- 4 keping roti - 2 biji telur ayam - camt. serbuk lada sulah - 1 biji tomato - camt. garam

Persediaan sejuk

Alatan masak - periuk Alatan dapur - mangkuk kecil - chef knife - papan pemotong - sudu Alatan masak - kuali - senduk kayu

Karipap

Pastri - 1 cawan tepung gandum - camt. garam - 35- 60 g mentega sejuk beku Inti 1 biji kentang 1 camt. serbuk kari 1 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 50 g udang kering cawan air 1 camt. garam 1 camt. gula 1 camb. minyak

Alatan dapur - lesung - chef knife - papan pemotong - peeler - mangkuk besar - penggelek - acuan karipap

Haba Kering (menggoreng tohor)

Air kopi O

- 3 sudu serbuk kopi - 3 sudu gula - 50ml air

Alatan dapur - teko - sudu kecil

4.1 BORANG B : Borang Perancangan Kerja : Senarai harga bahan-bahan Bahan kering Beras Serbuk kunyit Halia Ikan bilis Cili kering Bawang merah Bawang putih Bawang besar Asam jawa Belacan Kentang Marjerin Minyak Telur Kopi Gula halus Tepung Roti Kacang Udang kering Serbuk kari Garam Serbuk lada hitam JUMLAH Kuantiti 250 g 1 pkt 100g 25 g 20 tangkai 200g 50g 50g 25 g pkt 2 biji 35 g 1 pkt 4 biji 60 g 200 g 500 g 8 keping 60 g pkt 1 pkt Kos Seunit (RM) 2.00/kg 0.70/pkt 3.20/kg 20.00/kg 4.00/kg 2.40/kg 3.00/kg 1.50/kg 3.50/kg 1.00/pkt 2.00/kg 4.80/pkt 2.20/pkt 0.25/biji 4.00/kg 2.40/kg 2.90/kg 2.50/bgks 2.00/kg 2.00/pkt 0.70/pkt Jumlah Kos ( RM) 0.50 0.70 0.32 0.50 0.35 0.48 0.15 0.08 0.09 0.25 0.24 0.70 2.20 1.00 0.24 0.48 1.45 1.00 0.12 1.00 0.70 0.10 0.10 12.75 Bahan basah Santan Daun pandan Timun Tomato Ayam Serai Kuantiti 300 ml 1 helai biji 1 biji 3 ketul 2 batang Kos seunit (RM) 2.00/ltr 0.05/helai 0.40/biji 0.40/biji 9.00/kg 0.30/ikat Jumlah Kos (RM) 1.20 0.05 0.20 0.40 5.60 0.20

JUMLAH

7.65

a) Jumlah kos bahan mentah

= Kos bahan kering + kos bahan basah = RM 12.75 + 7.65 = RM 20.40


9

4.2.

BORANG C : Susunan kerja Masa Susunan Kerja Catatan

2.30 -2.45 p.m (15 minit)

1. AJK peralatan setiap kumpulan mengeluarkan peralatan dan perkakas yang akan digunakan untuk meletak bahan-bahan.

Merebus 3 biji telur Mendidihkan air Meja kerja perlulah kemas dan bersih

2.45 3.15 p.m (30 minit)

MISE-EN PLACE 1. Beras dibasuh dengan bersih 2. Ayam yang hendak diperap dibasuh dengan bersih 3. Lada kering di mesin untuk penyediaan sambal tumis 4. Bahan-bahan yang perlu dimesin ialah Bawang merah, bawang putih, halia dan serai. 5. Untuk membuat inti karipap, ubi kentang dibuang kulit dan dipotong dadu 6. Bawang merah dan udang kering ditumbuk 7. Timun dan tomato dihiris nipis 8. Menyukat tepung untuk membuat pastri karipap 9. Telur yang sudah masak dikupas kulitnya dan dilecek dengan garfu Beras dibasuh dengan bersih Telur yang sudah masak diangkat dan ditoskan.

10

NASI LEMAK AYAM BEREMPAH MENYEDIAKAN NASI LEMAK 1. Masukkan beras di dalam periuk 2. Masukkan santan dan air mengikut sukatan. 3. Masukkan sedikit garam dan daun pandan ( disimpul) 4. Masakkan di atas dapur

MENYEDIAKAN AYAM GORENG BEREMPAH 1. Ayam yang dibasuh tadi , dimasukkan di dalam mangkuk dan gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit. 2. Serbuk kari dan bahan-bahan yang dimesin tadi digaul bersama ayam untuk diperap. 3. Goreng ayam setelah diperap selama setengah jam Ayam diperap di dalam mangkuk tertutup (1/2 jam)

MENYEDIAKAN SAMBAL TUMIS 3.15-4.30 p.m (1 jam 15 minit) 1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali 2. Setelah minyak panas,masukkan bahanbahan yang ditumbuk seperti bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan 3. Setelah naik bau,masukkan cili kering yang telah dimesin 4. Masukkan air dan sedikit air asam jawa, garam dan gula 5. Setelah sambal agak pekat, masukkan bawang besar 6. Padamkan api setelah sambal masak.

Ikan bilis dan kacang tanah digoreng AJK kebersihan memastikan dapur sentiasa bersih

11

KUIH KARIPAP MENYEDIAKAN INTI KARIPAP 1. Panaskan kuali bersama minyak. 2. Setelah panas, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan bancuhan serbuk kari dengan air sehingga berbau wangi 3. Masukkan ubi kentang,garam,air dan gula. 4. Biarkan campuran itu masak sehingga ubi kentang empuk dan campuran menjadi pekat 5. Setelah masak padamkan api. Pastikan ubi kentang empuk sebelum api dipadam Tambahkan air sekiranya inti belum empuk

MENYEDIAKAN PASTRI 1. Masukkan tepung gandum di dalam mangkuk besar. 2. Masukkan sesudu mentega dan sedikit garam 3. Panaskan sedikit minyak dan masukkan ke dalam tepung tadi. 4. Masukkan air dan uli tepung sehingga menjadi doh yang lembut. 5. Pastri dicanai sehingga 2 mm tebal.Terap dengan penerap bulat. 6. Bubuh inti, lipat, dan kelim tepinya. 7. Panaskan minyak dan goreng karipap hingga warna keemasan. 8. Hidangkan.

Adunan perlulah lembut dan mudah dibentuk. ( tidak melekat ) Karipap yang dibentuk sedia untuk digoreng

12

SANDWIC TELUR MENYEDIAKAN SANDWIC TELUR 1. Campurkan separuh mentega,serbuk lada sulah,garam dengan telur yang sudah dilecek tadi dan gaul rata 2. Sapu mentega pada sebelah permukaan roti 3. Letak inti pada sekeping roti dan ratakan. Letak timun di atasnya 4. Tindihkan roti bermentega pada roti yang berinti 5. Tekan dan potong kulit roti. Potong ikut bentuk yang disukai. Gunakan pisau pemotong roti Menggoreng ayam yang diperap tadi

MENGHIAS DAN MENGHIDANG 4.30 4.50 p.m ( 20 minit ) 1. Hias dan hidangkan nasi lemak ayam goreng berempah, kuih karipap,sandwic telur dan air kopi. Membancuh air kopi mengikut sukatan Menggunakan alatan hidangan yang sesuai.

4.50 5.00 p.m ( 10 minit)

MENGEMAS DAN MEMBASUH PERALATAN 1. Cuci dan lap alatan yang digunakan Mengemas dan membersihkan unit kerja

Gunakan air sabun

13

4.3 No 1 2 3 4 5 6 7

BORANG D: Alatan dan susun atur meja Alatan selain alatan memasak yang sedia ada di unit Kuali Periuk (Besar) Periuk (Kecil) Pan Leper Pengisar (Blender) Alat Penimbang Penyukat (Scales) Penyukat Isipadu Cecair (Liquid Volume Measure) Jug Penyukat meratakan Pisau dapur (Chef Knife) Utility Knife Paring Knife Pisau Roti (Serrated Knife) Pengupas Ubi (Vegetable Peeler) Bil 2 1 2 1 1 Teko Kopi 1 Centre Piece 3 Dinner Folk 1 1 1 1 1 1 Dinner Spoon (Camca Teh) Tea Spoon Alas Meja Napkin Meja Kad Menu 2 2 2 1 2 1 1 1 Alatan Menghidang Dulang Dinner Plate Appetizer Plate Cawan dan Piring (Coffee Cup and Saucer) Bil 1 2 2 2

8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Spoons : Slotted,Perforated,and Solid 3 Chinois Senduk Nasi Sudip Kuali Papan pemotong/Landas Cencang Papan canai Torak 1 1 1 2 1 1
14

21 22

Lesung Batu dan Anak Lesung Mangkuk kecil

1 10

4.3.1 Peranggu Meja / Alatan Menghidang

3 1

5 2 7 6 4 8

11

10

Rajah 1 : Alatan Peranggu Meja. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Dinner Plate Cawan dan Piring (Coffee Cup and Saucer) Centre Piece NapkinMeja Appetizer Plate Alas Meja Dinner Spoon
15

8. Dinner Folk 9. Kad Menu 10. Teko 11. Dulang

5.0 BIL 1

MASALAH/KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI MASALAH / KELEMAHAN CARA MENGATASI ahli kumpulan perlu

Ruang meja kerja yang sempit tidak sesuai Bilangan

untuk menampung bilangan ahli kumpulan dikurangkan atau dibahagikan kepada yang ramai. 2 Roti Sandwic yang keras semasa dihidangkan dua sesi amali yang berbeza. Menutup roti tersebut dengan plastik lutsinar supaya roti kekal lembut semasa dihidangkan. 3 Kelim karipap terbuka semasa proses Memastikan karipap dikelim dengan kemas sebelum digoreng. Elakkan menggunakan acuan kelim sebaliknya menggunakan tangan ketika proses kelim tepi karipap. 4 Dapur yang tidak dapat berfungsi Pembantu makmal perlu memastikan gas dapur dapat berfungsi sebelum amali pelajar. 4 Peralatan di makmal memasak lengkap yang kurang Mempelbagaikan peralatan pada masa hadapan supaya amali memasak dapat dilakukan dengan lebih baik. memasak dijalankan oleh

menggoreng.

16

6.0

KESIMPULAN

Setelah menjalani aktiviti memasak selama 210 minit, dapat disimpulkan bahawa untuk menyediakan menu sepinggan lengkap, sikap kerjasama antara setiap ahli kumpulan perlu dititikberatkan. Hal ini kerana tanpa kerjasama yang baik, perancangan masa dan aktiviti tidak boleh berlaku seperti yang telah diaturkan. Sikap tolak ansur antara ahli kumpulan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan hidangan yang terhasil adalah seperti yang dirancang. Selain itu, setiap ahli perlu bijak memainkan peranan masing-masing

mengikut perancangan di samping perlunya sikap tolong-menolong di antara ahli.

Selain membina nilai murni antara ahli kumpulan, aktiviti memasak ini juga dapat memberi pendedahan awal kepada setiap ahli mengenai situasi yang mungkin berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Kelemahan yang bakal berlaku mungkin dapat diramal terlebih dahulu dan kaedah penyelesaian yang pelbagai dapat digunakan ketika berada di sekolah. Aktiviti ini juga telah mendedahkan lagi secara terperinci mengenai penyediaan borang-borang dan dokumen yang perlu disediakan sebelum memulakan aktiviti memasak. Perancangan mengenai menu dan persediaan awal memberi gambaran awal situasi sebenar di sekolah nanti.

Setiap ahli juga dapat mempraktikkan kaedah yang digunakan ini ketika mengajar di sekolah masing-masing. Aktiviti memasak yang dijalankan ini juga dapat memberi idea kepada setiap ahli mengenai aktiviti yang boleh dilakukan kepada bakal murid pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, pengurangan menu perlu dilakukan apabila melakukan aktiviti ini di sekolah di mana menu perlulah menepati masa yang diperuntukkan untuk subjek, mengikut tahap kebolehan murid-murid dan juga perlu bersesuaian dengan bilangan ahli setiap kumpulan di dalam kelas nanti.

Akhir kata, aktiviti ini amat membantu setiap ahli kumpulan untuk menyiapkan diri menghadapi bakal murid di sekolah nanti selain dapat menambahkan keakraban hubungan antara ahli pada masa ini.

17

7.0 LAMPIRAN A) Peralatan Memasak

a) Penyukat Isipadu Cecair

b) Kuali dan sudip kuali

c) Periuk (Kecil)

d) Lesung Batu dan Anak Lesung

e) Periuk (Besar)

f)

Papan pemotong (Cutting Board) dan Utility Knife

18

LAMPIRAN A) Peralatan Memasak

B) Pengupas Ubi

C) Acuan Karipap

D) Torak dan Papan pencanai

E) Pengisar

F) Jug Penyukat meratakan

G) Pisau Roti (Serrated Knife)

19

LAMPIRAN B) Penyediaan Nasi Lemak

a) Bahan-bahan untuk membuat nasi

b) Santan dimasukkan mengikut sukatan

lemak

c) Air dimasukkan mengikut sukatan

d) Daun pandan dimasukkan

e) Sedikit garam ditambah


f) Nasi yang sudah siap dimasak

20

LAMPIRAN B) Penyediaan Ayam Berempah

a) Bahan-bahan untuk memerap ayam

b) Ayam dibersihkan terlebih dahulu

c) Serbuk kunyit,serbuk kari dan bahan yang telah dikisar dimasukkan

d)Sedikit garam ditambah

e) Ayam digaul sehingga sebati dan diperap selama 30 minit

f)

Ayam digoreng sehingga kekuningan

21

LAMPIRAN B) Penyediaan Nasi Lemak : Sambal

a) Bahan-bahan untuk membuat sambal

b) Cili kering direbus sebentar

c) Cili kering dikisar


d) dimasukkan Cili kisar dimasukkan setelah bawang ditumis ili setelah menumis bawang

d) Air asam jawa dimasukkan.

e) Sambal yang telah siap dimasak

22

LAMPIRAN B) Penyediaan Nasi Lemak : Telur, Kacang,Timun dan Ikan Bilis

a) Kacang sedang digoreng

b) Timun dipotong dengan potongan Rondelles

c) Ikan bilis sedang digoreng

d)Ikan bilis yang telah siap digoreng

d) Telur yang telah siap dikupas kulitnya

e) Kacang yang telah siap digoreng

23

LAMPIRAN C) Penyediaan Karipap

a) Bahan-bahan untuk membuat karipap

b) Bawang ditumbuk bersama dengan udang kering

c) Bahan yang telah ditumbuk ditumis sehingga naik bau. Bancuhan kari dimasukkan

d)Sedikit air ditambah supaya kentang menjadi empuk.

d) Inti dimasak sehingga kentang empuk dan campuran menjadi pekat

e) Kentang yang telah siap dimasak .


24

LAMPIRAN C) Penyediaan Pastri Karipap

a) Minyak disatukan bersama dengan tepung

b) Sedikit air dan sesudu mentega

dimasukkan ke adunan tadi

c) Adunan tepung diuli sehingga sebati

d)Uli sehingga adunan menjadi lembut e)

d) Doh yang telah menjadi lembut

f) Doh dijadikan bentuk bulat yang kecil

25

LAMPIRAN C) Penyediaan Pastri Karipap

g) Pastri dicanai sehingga 2mm tebal

h) Inti dimasukkan ke dalam pastri.

i) Karipap yang telah dibentuk

j)Karipap digoreng sehingga kekuningan.

D)

Penyediaan Air Kopi

a)

Penyediaan air kopi

b) b) Air b) Air kopi yang telah siap dibancuh

26

LAMPIRAN E) Penyediaan Sandwic

a) Bahan-bahan untuk membuat sandwic

b) Telur direbus terlebih dahulu

c) Telur dilecek sehingga hancur

d) Sedikit garam dan lada sulah ditambah kepada telur yang telah dilecek.

e) Telur diletakkan pada roti yang telah disapu marjerin terlebih dahulu

f) Sedikit tomato dan timun dilletakkan

27

LAMPIRAN E) Penyediaan Sandwic

g) Bahagian tepi roti dipotong

h) Proses penyediaan Sandwic

f) Sandwic yang telah siap dipotong kepada bentuk segi tiga

g) Sandwic yang telah siap

28

LAMPIRAN F) Hidangan Sepinggan Lengkap

a) Nasi Lemak Ayam Berempah

b)

Karipap dan Sandwic

c) Hidangan menu sepinggan lengkap

d) Sesi penilaian dilakukan

e) Sesi penilaian dilakukan

f) Cik Amilin memberi sedikit komen

29

Vous aimerez peut-être aussi