Vous êtes sur la page 1sur 18

PENGENALAN KAWAD KAKI

TUJUAN KAWAD 1. Untuk membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia. 2. Membentuk anggota supaya berkerjasama dalam satu kumpulan. 3. Huraian adalah seperti berikut: a. Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib didalam organisasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dan panduan tatatertib adalah berdasarkan kawad-kawad yang diperbaiki berkali-kali. kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira dimana tempatnya maka upacara perbarisan akan dilaksanakan demi kepentingan untuk menyatukan semua anggota sebagai satu keluarga. b. Apabila mengajar kawad kaki hendaklah menerangkan tujuan berkawad bukanlah sebagai satu hukuman mendera, tetapi untuk membina tatatertib satu-satu kumpulan. c. Kawad yang baik dan tinggi mutunya bukanlah dipelajari diatas padang kawad semata-mata dan kemudian dilupakan atau sebagai keramaian sahaja. d. Adalah menjadi tugas utama bagi tiap-tiap anggota supaya mempercayai diri sendiri dan bertatatertib pada setiap masa. sekiranya berkelakuan tidak senonoh dan buruk semasa rekrut atau selepasnya maka kejatuhan atau kekalahan akan dialamai oleh pasukan itu.

1. Kawad kaki mengandungi 5 elemen: Kawad statik Kawad dinamik Kawad asas Kawad formasi Kawalan kehormatan 2. Elemen kawad kaki dibahagikan 3 tahap: Tahap 1 (kawad statik + kawad dinamik) Tahap 2 (kawad asas + kawad formasi) Tahap 3 (kawalan kehormatan)

BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI PBSMM 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Baris / Skuad. Baris .Sedia. KeKanan .Lurus. Pandang. Depan . Buka Barisan .Gerak . Tutup Barisan. Gerak. Bergerak ke kanan Bertiga-tiga , Kekanan Pusing. Skuad akan menghadap ke Hadapan , Ke kiri Pusing. Bergerak ke kiri Bertiga-tiga , Kekiri Pusing. Bergerak ke kanan Bertiga tiga , ke belakang Pusing . Bergerak ke kiri Bertiga tiga , ke belakang Pusing . Skuad akan Menghadap keHadapan , Ke kanan Pusing. Skuad akan Menghadap ke belakang , ke belakang Pusing. Bergerak kekanan bertiga-tiga , ke kanan pusing . Skuad akan menghadap ke belakang , ke kiri pusing. Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri pusing . Skuad akan menghadap ke belakang , ke kanan pusing.

18 19 20 21 22 23 24 25 26

Skuad akan menghadap ke hadapan , ke belakang pusing. langkah , kekanan gerak . langkah , ke kiri gerak . langkah , ke hadapan gerak . langkah , ke belakang gerak . Dari kiri , cepat jalan . Tukar langkah semasa berjalan tukar langkah. 3x Tukar langkah ,dengan langkah berlagak tukar langkah . 3x Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga , kebelakang pusing. Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang pusing.

27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37

Dari kiri / kanan , kanan belok . Dari kiri / kanan , kiri belok. Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga , kekanan / kiri pusing. Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan / kiri pusing. Hormat , ke hadapan hormat. Hormat selaku terima sijil , hormat kehadapan hormat. Hormat , kekanan hormat. Hormat , kekiri hormat. Tukar langkah perlahan , perlahan jalan . Tukar langkah masa jalan perlahan , tukar langkah . 3x Bergerak kekanan/kiri , kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang... pusing. 38 39 40 41 42 43 44 45 46 Dari kiri / kanan , kanan belok. Dari kiri / kanan , kiri belok. Bergerak kekanan / kiri kekanan / kiri pusing. Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan / kiri pusing. Tukar langkah cepat , cepat jalan . Skuad henti . Hentakkaki Skuad henti . Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah Cepat jalan .(14-1-2) 47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)

Kawad Statik 1. Sedia


Hukumannya : "Skuad ..............Sedia" Perbuatan : Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.

Gerakan 1

Gerakan 2

2. Senang diri
Hukuman : "Senang ..................Diri" Perbuatan : Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan

letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak. Kesalahan Biasa : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Siku bengkok; Lutut tidak tegap dan tiada bertahan; Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci; Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan; Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan; Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu. Bahu jatuh dan badan mengenjut.

Gerakan 1

Gerakan 2

Kedudukan tangan yang betul

3. Rehatkan diri
Hukuman : "Rehatkan ................Diri" Perbuatan: Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak berubah. Kesalahan biasa : 1. 2. Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan; Menggeliat dan bercakap-cakap.

Ingatan : Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja. Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.

Rehatkan diri

4. Masuk Baris
Arahan masuk baris : "Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad". Hukuman : "Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak" Perbuatan : Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia. Kesalahan Biasa : 1. 2. 3. 4. Datang berbaris tidak berlari Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari. Bercakap-cakap; Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.

5. Membetulkan barisan
Hukuman: " Ke kanan ............ Lurus" Perbuatan: Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki pendek pendek sehingga barisan lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan. Hukuman : "Luruskan ............ Barisan" Perbuatan : Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.

Hadapan lurus

Ke kanan lurus

Pandang depan
Apabila semua ahli PBSM berbaris dengan lurus iaitu dalam keadaan tangan kanan ke paras bahu rakan sebelah sambil memusingkan muka ke kanan, pemimpin memberi arahan, Pandang depan!. Semua ahli perlu memandang hadapan, menjatuhkan tangan dan berdiri dengan keadaan sedia dan diam. Hukuman: Baris! Pandang depan!

Gerkan pandang depan

6. Berpusing ke kanan
Hukumannya : Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Keduadua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: 1.Tangan tidak rapat ke badan 2.Hentak kaki tendang kuda. 3.Membongkok 4.Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah

Pusing ke kanan

7. Berpusing ke kiri
Hukumannya, Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. 3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah

Pusing ke kiri

8. Menghadap kehadapan/ belakang


Hukumannya : Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing". Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. 3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah. 6. Badan melonjak ketika berpusing

Pusing ke belakang

9. Keluar baris
Ahli-ahli dalam keadaan sedia perlu berpusing ke kanan dan mengangkat kaki kiri ke paras lutut lalu hentakkannya rapat ke kanan. Selepas itu terus melangkah tiga langkah ke hadapan dan keluar dari barisan Hukumannya: Keluar baris!

10. Bersurai
Berpusing ke kanan, beri hormat dan jatuh tangan. Terus bergerak dengan kaki kiri. Hukumannya: Baris bersurai, bersurai!

Gerakan bersurai

Refleksi
Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja kursus ini dalam masa. Saya ingin menunjukkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah PBSM yang membimbing saya sepanjang tugasan ini. Saya menghadapi banyak masalah dan rintangan tetapi dia telah memberikan saya banyak tunjuk ajar yang membantu saya dalam melengkapkan kursus saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan saya yang telah memberi bantuan kepada saya dan memberi saya cadangan semasa saya menghadapi masalah. Mereka telah membantu saya dan memberi cadangan walaupun mereka sibuk dengan tugasan masing-masing. Bimbingan mereka telah membantu saya dalam menyelesaikan tugasan saya. Saya sangat menghargainya. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya dan kawan-kawan saya sekali lagi untuk bantuan yang telah mereka berikan kepada saya sepanjang kursus ini.

Vous aimerez peut-être aussi