Vous êtes sur la page 1sur 24

BMK 3012 WARISAN JAWI

7.

TULISAN JAWI DAN PENDIDIKAN : SATU ANALISA

NITO ANAK TONY (TUGASAN 2 - INDIVIDU) D20112055167

PENSYARAH DR. AHMAD YUNUS BIN KASIM

PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Ahmad Yunus Bin Kasim kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Kandungan Bil. 1 2 Perkara Pendahuluan Huraian Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Darjah I-VI, 1994, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995 3 Panduan menterjemah Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah dan Penyebatian dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM 4 5 6 7 8 9 10 11 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konsep Pendekatan Kaedah Teknik Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu Padanan Huruf Jawi dengan Rumi Bentuk Kaligrafi Tulisan Jawi Penutup 6 8 9 9 11 12 14 19 4 Muka surat 1 3

PENDAHULUAN

Pengajaran dan Pembelajaran Jawi dalam Pendidikan Agama Islam ataupun Bahasa Melayu perlu dihayati dan dianalisis mengikut pandangan tokoh-tokoh pendidik terhadap permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran Jawi di sekolah. Profesor Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh pernah mengatakan bahawa: Pengajaran ejaan Jawi dan Rumi dalam masa yang serentak tidaklah seharusnya menimbulkan masalah pembelajaran, sama dengan pengajaran dua bahasa serentak ... mengajar ejaan Jawi sepenuhnya perlu awal-awal lagi di samping mengajar pula muridmurid membaca al-Quran. Kebenaran yang terdapat di sekolah sehingga sekarang ialah pengajaran pelajaran Jawi dilaksanakan dalam Pendidikan Agama Islam yang diamanahkan kepada guru-guru agama (Pekeliling TKPP II/41 Disember 1984 dan surat KP [PPK] 015/10 Jilid V[58] Disember 1984 dan kini pelaksanaan j-QAF). Perkara ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa tidak tahu mengajar Jawi, baik di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah dan di maktab perguruan. Namun demikian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah menetapkan bidang kemahiran penguasaan Jawi dimasukkan semula ke dalam kurikulum. Kenyataan tersebut seperti: Kemahiran membaca hendaklah meliputi kebolehan membaca tulisan Rumi dan tulisan Jawi. Pelajaran Jawi mula diperkenalkan kepada murid-murid Tahap 2 di Tahun 4. Penekanan pada Tahun 4 adalah mengenal huruf, membaca dan menulis ayat mudah. Pelajaran Jawi akan diperkukuhkan lagi dengan aktiviti seperti menjawab soalan kefahaman berdasarkan petikan karangan yang dibaca dan menukarkan skrip Rumi kepada skrip Jawi. Penekanan pada Tahun 6 pula adalah pengukuhan dan penggunaan Jawi serta pengajaran yang disatukan dengan pelajaran bahasa Malaysia. Beberapa Persoalan Dasar Mengenai Kurikulum Bahasa & Program 3M pada 30-31 1981 di UKM. Sukatan Pelajaran: KBSR; Panduan Khas Pelajaran Jawi Tahun 3 dan 4, 1985:147. Mac,

2 Penetapan bidang kemahiran penguasaan kemahiran Jawi ini tidak dilaksanakan dalam sistem pendidikan terutama di peringkat latihan perguruan. Dekad 80-an dan 90-an merupakan zaman kebangkitan semula keprihatinan ahli masyarakat terhadap tulisan Jawi. Penggunaan tulisan Jawi telah diberi perhatian semula. Pembelajaran dan penggunaan tulisan Jawi bukanlah terhad kepada hal-hal agama Islam semata-mata namun tulisan ini pernah menjadi medium utama untuk bahasa Melayu itu sendiri (Syed Mohamad Naquib 1972, Omar Awang 1978, Ismail Hamid 1984, Matlob dalam Utusan Melayu, 23 Ogos 1993). Kegigihan mengembalikan kegemilangan tulisan Jawi ini nyata dilaksanakan melalui usul-usul dari Konvensyen Tulisan Jawi, 1984 di Terengganu; Seminar Tulisan Jawi, 1991 di Pusat Islam, Kuala Lumpur; Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan anjuran UUM dan Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, November 1993; dan Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi dalam Pendidikan anjuran IPSI, Utusan Melayu, Bank Rakyat, PENJAWIM dan Perpustakaan Negara Malaysia, 1997 dan akhir sekali adalah seminar j-QAF pada bulan Mac 2004. Resolusi yang diambil daripada seminar tulisan Jawi tersebut ialah meningkatkan latihan guru dalam bidang pedagogi pengajaran Jawi. Hal ini termasuklah peningkatan sumber dan media bahan bacaan Jawi, kedudukan tulisan Jawi dalam sukatan pelajaran di institut perguruan dan peningkatan penggunaan tulisan Jawi dalam pendidikan dan penggunaan rasmi. Hasil daripada resolusi ini, pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telahpun mengambil keputusan segera. Antaranya, Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan KBSR/KBSM 6/90 telah menetapkan bahawa tulisan Jawi boleh diajar di Tahun 1 mulai Disember 1990. Keputusan ini dengan sendirinya memansuhkan amalan tulisan Jawi yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam selama satu waktu seminggu atau 30 minit. Seterusnya, pihak PPK telah mewujudkan kursus bagi guru yang mengajar Jawi di mana mereka didedahkan dengan sistem ejaan Jawi baharu. Selain itu, pihak PPK juga telah menubuhkan panel penggubal Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Darjah I-VI yang menerbitkan buku Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Darjah I-VI dan Huraian Sukatan Pelajaran Jawi Tahun I-VI yang sekarang digunakan oleh guru-guru PAI di sekolah rendah dan peserta kursus P&P 14 Minggu Jawi di IPSI. PPK juga telah memperkenalkan kepada guru-guru bahasa Melayu bagaimana IPSI singkatan bagi Institut Perguruan Sultan Idris.

3 menggunakan sukatan pelajaran ini dalam pelajaran BM. Aktiviti terakhir PPK ialah mengadakan Bengkel Pemurnian Bahan P&P Jawi pada 6-11 Oktober 1997 di PPK, Jalan Duta, Kuala Lumpur dan siri kursus pelaksanaan j-QAF di sekolah. Huraian Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Darjah I-VI, 1994, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995 Pada kata-kata aluan Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah ini menyatakan pelajaran Jawi menjadi satu komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pelajaran ini diajar mulai Tahun 1 dengan membuat penekanan dan tumpuan terhadap aspek bacaan dan tulisan. Ia diatur mengikut prinsip yang bermula daripada mengenal, menyebut dan membaca kepada menulis dan mengarang dalam tulisan Jawi. Kemahiran yang dinyatakan dalam sukatan ini perlu dikuasai oleh murid bagi membolehkan mereka mempelajari Pendidikan Islam dan al-Quran dengan berkesan dan boleh membaca buku yang bertulisan Jawi serta boleh menggunakannya dalam kehidupan harian. Tujuan sukatan pelajaran ini untuk memberikan panduan kepada guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. Harapan agar para guru boleh menghayati semangat dan kehendak sukatan pelajaran ini untuk memastikan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Dalam buku ini juga dimasukkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dengan tujuan kemahiran Jawi yang dipelajari selari dengan kehendak falsafah itu. Matlamat pelajaran Jawi yang disediakan dalam buku sukatan ini adalah seperti berikut: Matlamat Pelajaran Jawi: Adalah melengkapkan murid dengan kemahiran membaca dan menulis Jawi bagi membolehkan mereka mempelajari pelbagai bidang ilmu khususnya Pendidikan Islam. Pernyataan matlamat ini menunjukkan penguasaan tulisan Jawi adalah pelengkap keterampilan berbahasa seseorang murid. Tanpa kebolehan membaca dan menulis Jawi, penguasaan bahasa seseorang murid dianggap tidak sempurna. Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah, 1994.

4 Objektif pelajaran Jawi adalah bagi membolehkan murid: i. ii. iii. iv. v. Mengenal, menyebut, membaca dan menulis huruf Jawi; Membaca dan menulis perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan; Menulis teks yang direncanakan; Menulis semula teks Rumi kepada Jawi; Mengarang dalam tulisan Jawi.

Lihat objektif 1, 2, 3 dan 5 adalah sama dengan objektif 1 hingga 11 mengenai pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (1995). Hanya objektif nombor 4 iaitu transliterasi Rumi kepada Jawi bertujuan bagi melihat keterampilam murid dalam mengapilkasikan kemahiran menulis Jawi namun bunyi huruf atau sebutannya tetap sama kecuali kata serapan daripada bahasa Arab. Maknanya strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti bahasa boleh diaplikasikan bagi mengajar Jawi. Selain itu, pendidik Jawi perlu menguasai bentuk-bentuk tulisan Jawi yang unik ini. Begitu juga dengan kemahiran membaca, senarai kemahiran menulis membawa maksud bahawa murid perlu menguasai kemahiran pratulisan, tulisan mekanis dan penulisan karangan. Murid hendaklah mengeluarkan idea melalui penulisan dengan menggunakan ayat, tanda baca, ejaan, bahasa yang betul dan tulisan yang jelas dan cantik bentuknya. Maka perbezaan dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi ialah menguasai bentuk-bentuk huruf Jawi. Jadi apabila aspek ini mampu dikuasai maka tidak ada masalah lagi bagi murid tersebut. Panduan menterjemah Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah dan Penyebatian dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM Teliti, fahami dan hayati hasil-hasil daripada kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran sistem ejaan supaya pendidik Jawi memahami panduan yang perlu diikuti. Ini Ibn Khaldun: Mukadimah, 1995, Kuala Lumpur: DBP.

5 kerana masalah utama pelajaran Jawi ialah sistem ejaan maka idea-idea dan dapatan-dapatan tersebut amat sesuai kepada pendidik Jawi dijadikan panduan. Masalah menguasai sistem ejaan dalam mempelajari sesuatu bahasa merupakan masalah sejagat yang diikuti oleh pengkaji dan ahli bahasa seperti Zaba (1928), Beeston (1969), Badri (1978), Amat Johari Moain (1991, 1993) dan Che Siah (1995). Maka abjad Jawi adalah adaptasi daripada abjad bahasa Arab dan tulisannya berbentuk kursif seperti bentuk tulisan abjad bahasa Arab, jadi kesukaran menguasai sistem ejaan ini banyak dipengaruhi oleh kesukaran penguasaan sistem ejaan abjad bahasa Arab (Wilkinson 1915, Zaba 1928, Mohamad Naim 1971, Badri 1978, Ismail Hamid 1984, Kang Gang Seok 1984, 1990, Lufti Abas 19845, Amat Johari Moain 1991, 1993 dan Che Siah 1995). Ahli bahasa dan pendidikan bahasa telah mencadangkan beberapa teknik pengajaran yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran sistem ejaan khasnya sistem ejaan Jawi. Razak Hamid dan Mokhtar Mohd. Dom (1971), Lufti Abas (1984), Muhani Abd. Ghani (1988), Matlob (1989), Hamdan Abdul Rahman (1992), Utusan Melayu (1993) dan Che Siah (1995) berpendapat bahawa teknik ulangan, latihan yang intensif dan hafalan, dan pendedahan sampelan boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran Jawi. Stubbs dan Hilary Hillern (1982) menyatakan bahawa mendidik orang membaca dan menulis memerlukan perancangan yang teliti sama ada dalam bentuk eksplisit, konteks bebas atau dalam suasana yang tidak dijangka. Dalam pengajaran ejaan, mereka menyarankan pengajaran dengan contoh dan latihan yang banyak dan intensif. Bagi kesediaan menulis, Newman (1972) dan Ibn Khaldun, Mukadimah-Terjemahan (1995) berpendapat bahawa ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Misalnya, seseorang itu perlu menguasai penulisan huruf tunggal dari segi bentuk dan jarak, memiliki azam dan kemahuan yang kuat untuk menulis kursif. Ringkasnya, sekiranya guru dan pensyarah mengajar perkaedahan menulis Jawi, hakikat ini perlu dikuasai oleh mereka kerana Jawi juga berbentuk kursif (Muhammad Naim 1971). Ahli-ahli psikolinguistik Lufti Abas (1984) dan Simanjuntak(1987) berpendapat bahawa kesukaran mengajar sistem ejaan perlu diatasi dengan perancangan yang rapi seperti mengajar bahasa kedua. Guru perlu mendedahkan sistem fonologi sesuatu bahasa. Kesukaran ini

6 memerlukan huraian fonetik melalui transkripsi fonetik dan dirancang berperingkat-peringkat. Pendedahan dibuat sehingga pelajar boleh melihat persamaan dan perbezaan antara aturan ejaan Jawi dan aturan ejaan Rumi (Lufti Abas, 1984). Pendidik sendiri perlu peka dengan persamaan dan perbezaan antara Jawi dan Rumi. Guru perlu menyedari bahawa kesalahan Jawi adalah aturan Rumi; latihan yang banyak perlu dilakukan bagi aturan ejaan Jawi yang agak berbeza, berbeza dan sangat berbeza dengan Rumi (Lufti Abas, 1984). Ahli pendidik bahasa juga berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, seseorang pelajar perlu menguasai struktur dan sistem bahasa yang dipelajarinya. Proses yang sama juga perlu dalam penguasaan Jawi di mana pelajar-pelajar perlu menguasai sistem ejaan Jawi. Sistem ejaan adalah aspek bahasa yang penting dan perlu dikuasai oleh sesorang pelajar untuk membolehkannya menguasai bahasa dengan cekap. Perkara ini berkait rapat dengan pendapat Juriah Long (1993) yang mengatakan bahawa guru sebagai model bahasa dan agen pengajaran bahasa dalam bilik darjah sepatutnya menguasai sistem ejaan serta struktur bahasa yang diajar kepada pelajar sebab pembelajaran bahasa di sekolah merupakan lanjutan pemerolehan bahasa di rumah. Guru menjadi model bahasa dan pengajar bahasa mempunyai kaitan yang rapat dan bermakna dengan perkembangan bahasa murid. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk untuk mencapai sesuatu maksud, rancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai sesuatu matlamat atau kejayaan atau rancangan yang dilaksanakan secara bersepadu. Berdasarkan pengertian ini, maka dalam pelaksanaan proses P & P ilmu dan kemahiran akan berlaku gabungan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Oleh itu, pelaksanaan strategi P & P Jawi sama dengan P & P BM, PAI dan Pendidikan Moral. Antara strategi yang dapat digunakan ialah strategi 5P iaitu proses pengajaran dan pembelajaran yang terangkum di dalamnya unsur-unsur penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan, penilaian dan unsur yang terbaru ialah pemikiran kritis dan kreatif atau disebut dengan akronim KBKK Kamus Dewan, 1993:1305.

7 menjadikannya 6P. Dalam pelaksanaan P & P bahasa yang menggunakan unsur-unsur 6P di atas, pendidik mestilah memilih mana-mana pendekatan, kaedah dan teknik untuk penyampaian isi pelajaran pada satu-satu sesi proses P & P Jawi. Strategi 6P dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila penyampaiannya memenuhi prosedur pelaksanaan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Penerangan tentang 5P telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam buku Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM Sekolah Bestari 1998. Antaranya ialah: (i) Kaedah-kaedah pengurusan pelajaran secara kumpulan sama kebolehan; kumpulan berbeza kebolehan; kumpulan kecil; kumpulan berpasangan; kumpulan rakan sebaya, dan individu. (ii) BSPP dan 4P iaitu bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran; pemilihan, pembinaan, penggunaan dan penyesuaian bahan sumber dan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan. (iii) Penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran lisan, membaca dan menulis tulisan Jawi yang paling berkesan, menarik, seronok dan kemas kini. (iv) Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran serta aplikasi dalam bilik darjah.

Penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Jawi adalah sama dengan P & P BM, PAI dan Pendidikan Moral. Namun pendekatan-pendekatan mengajar bahasa yang berikut dapat diaplikasikan iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Pendekatan Analisis Pendekatan Sintesis Pendekatan Bentuk Dasar Pendekatan Bacaan Bergred Pendekatan Berasaskan Model

(vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi)

Pendekatan Pengalaman Berbahasa Pendekatan Drama Pendekatan Proses Pendekatan Akhbar Dalam Darjah (ADD) Pendekatan Majalah Dalam Darjah/Kelas (MDD) Pendekatan Modul Pengajaran Kendiri

Sebelas pendekatan pengajaran dan pembelajaran Jawi yang dinyatakan di atas lebih merupakan pendekatan yang mesti digunakan oleh pendidik tulisan Jawi apabila mengajar Jawi di sekolah. Pelatih guru dapat mengaplikasikan pendekatan ini semasa latihan pengajaran mikro dan makro kemudian mempraktikkannya semasa latihan mengajar bahasa di sekolah. Namun sebelas pendekatan tersebut telah dipraktikkan oleh peserta kursus pengajaran dan pembelajaran 14 Minggu (Jawi) IPSI, di beberapa buah sekolah di Daerah Batang Padang, Perak dan Hulu Selangor dan peserta program Pensiswazahan Sarjana Pengurusan Sumber ITM di sekolahsekolah sekitar Shah Alam dan Klang, Selangor Darul Ehsan. Kesannya adalah positif. Konsep pendekatan Pendekatan bererti cara atau langkah yang diambil untuk memulakan sesuatu tugas. Ia adalah satu set prinsip sebagai panduan untuk guru menyelesaikan masalah pengajaran. Pendidik mempunyai pegangan umum mengenai apa yang harus diajar dan cara mengajar bahasa iaitu cara bagaimana bahasa diajar dan dipelajari (Corder, 1975). Prinsip-prinsip umum ini berdasarkan teori-teori ilmu linguistik dan psikolinguistik yang menentukan orientasi pengajaran ataupun pendekatan pengajaran. Pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian saling berhubung mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Pendekatan tersebut mesti menunjukkan suatu pandangan mengenai hakikat bahasa iaitu teori pembelajaran dan pengajaran bahasa. Pendekatan pengajaran bahasa ini menghasilkan pula beberapa kaedah pengajaran.

9 Kaedah Kaedah bererti cara membuat sesuatu atau peraturan yang bersistem atau yang biasa mengikut prinsip-prinsip cara mengajar. Ia merupakan prosedur mengajar yang terbentuk melalui pengajaran tertentu. Perlu diingatkan bahawa sesuatu kaedah yang diaplikasikan itu tidak dapat bercanggah dengan pendekatan namun haruslah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti. Kaedah ini bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah dan peringkat yang teratur diikuti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu mengajar bahasa (Mangantar Simanjuntak, 1982:72). Teknik Penggunaan kaedah ini pula akan melahirkan pelbagai teknik pengajaran bahasa apabila sesuatu isi pelajaran bahasa tersebut disampaikan. Teknik adalah cara yang paling berkesan bagi mencapai sesuatu objektif segera. Teknik yang diaplikasikan oleh guru ketika mengajar bahasa kepada kumpulan sasaran akan melahirkan aktiviti iaitu perlakuan murid mengikut arahan dan kehendak guru. Ia adalah perbuatan yang berkaitan dengan cara sesuatu bahan tersebut terhasil seperti bagaimana menulis sebuah karangan. Ringkasnya, pendekatan itu adalah eksiomatik, kaedah adalah prosedur dan teknik adalah pelaksanaan kaedah dalam kelas. Abjad huruf Jawi merupakan adaptasi daripada bahasa Arab maka adalah lebih baik jika kita meninjau cadangan-cadangan daripada ilmuan-ilmuan Islam. Antaranya pandangan daripada Ibnu Khaldun dan Al-Qibsi (dalam buku Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun dan Al-Qibsi) terjemahan Ramzi Omar, 1994, Kuala Lumpur: DBP. Secara umum, Ibnu Khaldun dan Al-Qibsi pada kurun ke-8 Hijrah menyenaraikan beberapa pendekatan, kaedah dan teknik mengajar bahasa Arab iaitu: Pendekatan mengajar bahasa peringkat asas seperti: (i) (ii) (iii) talaaqin/talqin hafazan muhakah percubaan/eksperimen

10 (iv) (v) (vi) (vii) (viii) penggunaan deria pengulangan/ulangan/latih tubi meniru/mengajuk pengalaman sanjungan dan hukuman

Pendekatan, kaedah dan teknik mengajar bahasa peringkat pertengahan seperti: (i) (ii) (iii) balaghah/retorik hafaz, ulang dan praktikkan percakapan kemudian salin semula atau imlak teknik mengajar syair seperti hafaz syair, mengasingkan diri ke tempat-tempat menarik, sebatikan diri dengan karya-karya agung, berada dalam lapang dan cerdas, dan lupakan syair yang dihafaz dan cipta syair sendiri. Pendekatan, kaedah dan teknik selepas peringkat permulaan dan pertengahan seperti: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) perbahasan atau dialog pengembaraan ilmiah penggunaan buku teks teknik panjang dan teknik pendek atau ringkas teknik individu dan kumpulan penyertaan pelajar dalam operasi pendidikan pendidikan akhlak tunjuk cara atau demonstrasi pendekatan penilaian, sanjungan dan hukuman

11 Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu Butiran-butiran tentang huruf Jawi, kelompok huruf Jawi dan kedudukan huruf-huruf ini apabila diaplikasikan dalam penulisan bagi rujukan pengajar, pembaca dan pengguna berdasarkan buku Pedoman Mengeja dan Menulis Jawi (Hamdan, 1999), Daftar Ejaan Rumi Jawi (DBP, 1994/1995/1999) dan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi Sebutan Jawi (DBP, 2000). Buku tersebut hanya memberi tumpuan terhadap perlaksanaan strategi pengajaran seperti berikut: (i) Huruf-huruf Jawi (a) (b) (ii) 37 huruf 29 huruf Hijaiyah

Kelompok huruf Jawi (a) (b) (c)

(iii)

Perlambangan vokal [ a ] , [ e ] , [ o ] , [ i ] , dan [ u ]

(iv)

Perlambangan diftong [ ai ] , [ au ] dan [ oi ]

(v)

Perlambangan konsonan

dan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi Sebutan Jawi, 2000: 70-74/32.

12 Padanan Huruf Jawi dengan Rumi Skrip Jawi mengandungi kesemua 29 huruf dalam abjad Arab dan enam huruf tambahan iaitu lima huruf tambahan pada awalnya seperti , , , dan mengikut yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu dengan satu huruf lagi yang ditambah hasil persetujuan Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu pada 1984 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustakan dalam Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan, 1986 iaitu huruf sebagai padanan untuk huruf v dengan nama /va/. Abjad tersebut adalah seperti berikut: Padanan Rumi a b t s (th) j h kh d z (dh) r z Huruf Jawi (bentuk tunggal) /

13 Padanan Rumi s sy (sh) s (s) d (d) t (t) z (z) awal: a, i, u/ akhir: k, () gh f k, q, (q) k l m n w, u, o h v k (k) y Huruf Jawi (bentuk tunggal)

14 Padanan Rumi ye c ng p g ny Bentuk Kaligrafi Tulisan Jawi Maklumat yang terdapat pada bahagian ini dapat dimanfaatkan ketika melaksanakan program pengayaan untuk memenuhi sukatan pelajaran Jawi tahun 6 di peringkat KBSR seperti berikut: a. Khat Manual (Tulisan Tangan) Tulisan Jawi atau Khat merupakan sejenis tulisan yang elastik, fleksibel dan berirama, senang dan boleh dikembangkan dalam pelbagai variasi. Huruf demi huruf mengandungi nilai keindahan, gaya estetik yang boleh digubah dengan senang dan menarik. Bentuk tulisan ini berkembang mengikut zaman, negeri dan daerah seperti khat al-Andalusia di Sepanyol, khat Baghdad di Iraq, khat Farisi di Parsi (Iran), khat Kufi di Kufah dan khat ini banyak variasi seperti khat Tionghua dari China (Kamil Al-Baba, 1983; C. Israr, 1985; Sirajuddin, 1985). Contoh Bentuk dan Jenis Khat Tulisan Jawi: (i) Khat Kufi/Kou Khat kufi berasal dari Kufah ialah bentuk khat yang paling tua dalam sejarah dan berkembang pada zaman khalifah Ali bin Abi Talib. Khat Kufi kelihatan berbentuk segi atau murabaah yang banyak digunakan sebagai hiasan dinding masjid, gapura, menara azan, kubah Huruf Jawi (bentuk tunggal)

15 dalam bentuk ukiran timbul, hiasan buku, majalah, poster, sepanduk dan ayat suci atau wahyu alQuran yang pertama ditulis dalam bentuk khat kufi (Che Siah Che Man, 2007: 22). (ii) Khat Nasakh Khat ini telah disempurnakan dalam bentuk yang indah oleh kaligrafer Arab iaitu AlWazir Abu Aly Muhammad Ibn Muglah dan saudaranya Abu Abdullah al-Hassan. Mereka telah mencipta kaedah dan aturan penulisan khat Nasakah dengan menentukan ukuran panjang dan jarak huruf, gaya dan iramanya dengan rapi. Khat yang senang dibaca dan jelas ini digunakan bagi penulisan ilmiah. Khat Nasakh dengan Khat Thulus mengandungi sedikit perbezaannya telah digunakan bagi menulis ayat suci al-Quran, al-Hadith dan kitab-kitab agama (Che Siah Che Man, 2007: 23) (iii) Khat Thulus Khat ini selalu digunakan bagi penulisan mushaf al-Quran, judul kitab dan hiasan (Che Siah Che Man, 2007: 23). (iv) Khat Farisi Khat jenis ini yang dikembangkan oleh ahli-ahli khat Arab di Persia telah melahirkan gaya tersendiri dengan bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Khat ini banyak digunakan bagi penulisan buku-buku sastera, nama dan judul karangan pada majalah, surat khabar dan lainlain. Khat ini juga banyak digunakan di Persia, Pakistan dan Turki. Tulisan Urdu biasanya ditulis bersama dengan khat ini (Che Siah Che Man, 2007: 23). (v) Khat Riqah Khat ini dikenali sebagai khat Riqre atau tulisan rahsia. Khat jenis ini ditulis dengan cepat, mendekati seperti kepantasan jurutrengkas. Maka khat ini banyak digunakan di Institusi Pengajian Tinggi seperti Universiti al-Azhar, Darul Ulum Kaherah dan dalam hubungan rahsia ketenteraan serta logistik pada zaman kegemilangan Islam di Eropah iaitu Abassiyah dan Uthmaniah (Che Siah Che Man, 2007: 24)

16 (vi) Khat Diwani Khat ini berkembang daripada bentuk Riqah yang menjadikan hurufnya jalin-berjalin atau musalsal. Tulisan ini telah digunakan di pejabat kerajaan. Semasa kerajaan Islam di Mesir berada di bawah kekuasaan Sultan-sultan Khedewy sekitar tahun 1220 H dan selepasnya, khat ini digunakan bagi penulisan surat-surat rasmi, surat keputusan, surat perjanjian, surat penghargaan, piagam dan sebagainya. Semasa itu, pejabat kerjaan dinamakan Dewan Malaky. Maka surat surat yang dikeluarkan dari Diwan Malaky dikenali sebagai surat-surat Diwani dan tulisannya dikenali sebagai khat Diwani. Ahli-ahli khat Diwani yang terkenal ialah Syeikh Hamdullah alAnsary, Jalaludin dan Al-Hafizh Usman (Che Siah Che Man, 2007: 24) (vii) Khat Diwani Jali Khat ini lebih bervariasi dan lebih rumit bentuk penulisannya namun lebih artistik dan indah. Ia penuh dengan tanda syakal yang selalu digubah dalam bentuk-bentuk yang menarik dan indah seperti bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya serta menjadikannya hasil seni kaligrafi yang mengkagumkan. Karya khat Diwani Jali yang indah telah dihasilkan oleh ahli kaligrafi terkenal iaitu Muhammad Izat dari Istanbul, Hasyim Muhammad al-Baghdadi, Sayid Ibrahim dan Al-Mata Aly (Che Siah Che Man, 2007: 25). (viii) Khat Raihani Bentuk khat ini mirip dengan khat Thulus namun huruf-hurufnya agak melebar panjang dan dipenuhi dengan tanda-tanda syakal atau bunga-bunga hiasan (Che Siah Che Man, 2007: 25). b. Pendigitalan Tulisan Jawi Penggunaan perisian Winword versi Arab telah memperkenalkan 70 jenis bentuk khat yang telah dicipta. Perisian ini telah banyak membantu pengguna komputer menyediakan teksteks Arab atau Jawi. Pada mulanya, pengguna menghadapi masalah dalam penyediaan teks Jawi kerana beberapa huruf Jawi tidak terdapat dalam abjad atau teks versi Arab. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, dalam komputer sudah disediakan enam jenis bentuk atau fonts iaitu:

17 (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Jawi Biasa Jawi Nasakh 1 Jawi Nasakh 2 Jawi Parsi Jawi Kufi 1 Jawi Ringkas Projek Jawi Digital terdiri daripada kandungan dan bahan utama Jawi digital iaitu: J A W I = = = = Jawi Arab (bahasa Melayu) Warisan Melayu Ilmu dan Islam seperti:

Contoh teknologi pelayar internet pelbagai bahasa Tango oleh Alis Technologi (http://www.alis.com)

Contoh Bahan Jawi Multimedia di pasaran seperti: CD SmartJawi oleh Soft IT Enterprise Laman web Jawi yang berkaitan: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) www.hijau.com.my/jawinet www.fsktm.um.edu.my/~jawinet www.islam.gov.my www.qatrunnada.net www.iked.com.my http//www.infoilmu.net/ejawi/

Pakar rujuk seperti:

18 cscm_58@yahoo.com kamar@islam.gov.my rohana@fsktm.um.edu.my sitisiah@yahoo.com shaharudin@qatrunnada.net janudin@yahoo.com Jawi digital sedang dibangunkan oleh semua Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat IPTA, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan PENJAWIM. Salah satu daripada Sistem Jawi Digital yang dibangunkan sepenhunya ialah aplikasi Jawi di internet telah dimulakan oleh PENJAWIM dalam tahun 1997. Antaranya adalah: (i) Aplikasi Jawinet: * * * * (ii) (iii) Pelayar Internet Jawi Mel Elektronik Jawi Pemproses Kata Jawi Transliterasi Jawi-Rumi

Projek Jawi Digital sepenuhnya: Jawinet Jawi Multimedia CD Jawi Pendidikan dan latihan secara digital Jawi Ria (Media TV) Pusat Penyelidikan dan Pembangunan: Jawi Raya (Pusat Kecemerlangan) Sistem Operasi Jawi Papan Kekunci Jawi

19 Kelab Jawi

Penutup Selepas meneliti Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Darjah I-VI 1994 maka para pengajar Jawi perlu dapat menterjemahkannya ketika mengajar Pendidikan Agama Islam atau Bahasa Melayu. Jadi untuk tujuan ini, pengajar, pelatih guru dan pengguna tulisan Jawi yang lain perlu menghayati dan memahami tentang sukatan tersebut. Daripada hasil kajian, pandangan dan saranan ahli-ahli bahasa dan pendidik-pendidik bahasa boleh dirumuskan bahawa pengajar Jawi seperti pensyarah, guru dan pelatih perlu menjadikan pandangan-pandangan tersebut sebagai panduan mengajar Jawi. Dalam buku Sukatan Pelajaran Diploma Perguruan Malaysia Pengkhususan Pengajian Melayu dicadangkan strategi berikut sebagai panduan menyampaikan isi pelajaran iaitu perbincangan, tunjuk cara, seminar, kajian kes, bengkel, forum penyelesaian masalah, pengajaran melalui modul, penggunaan pusat sumber, penggunaan makmal bahasa, penggunaan video atau slaid, penggunaan multimedia, penggunaan kamus, penbelajaran melalui pengalaman, dan sistem pembelajaran bersepadu. Disarankan juga agar strategi pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara bersepadu dan berfokus kepada pelajar. Daripada pendekatan, kaedah dan teknik (PKT) yang disarankan oleh Ibnu Khaldun dan Al-Qibsi pada kurun ke-8 Hijrah ini, bolehlah dirumuskan bahawa pengetahuan tentang strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pendidikan Jawi secara amnya adalah amat penting. Itulah sebabanya para pendidik atau guru perlu menjalani latihan mengajar yang bertujuan agar para guru boleh mempraktikkan dan membiasakan diri dengan pendekatan, kaedah dan teknik sama ada bagi pengjaran lisan, membaca atau menulis. Pemilihan dan penggunaan strategi PKT yang sesuai, tepat dan menarik akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok, ceria dan berkesan. Di negara kita, penulisan seni khat Jawi semakin mendapat perhatian. Terdapat ramai penulis khat di Malaysia antaranya Ustaz Mohd. Yusuf Abu Bakar, Presiden Persatuan Seni Khat Kebangsaan, dan Ustaz Mohd. Asrak Hj. Osman serta ramai lagi penulis khat di setiap negeri di negara kita. Bidang ini juga semakin mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia

20 yang disalurkan melalui Jabatan Moral dan Agama Islam. Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Jawi, seni khat ini boleh disebarkan melalui program pengayaan kemahiran menulis Jawi seperti mereka cipta surat-surat, sijil atau mata wang, menganjurkan kursus-kursus dan pertandingan. Bentuk kaligrafi Jawi atau khat, Jawi melalui komputer dan projek Jawi Digital yang dinyatakan di sini semata-mata untuk maklumat dan pengetahuan pembaca terutama para pengajar tulisan Jawi supaya mendapat sumber rujukan Jawi terkini dan bahan yang dapat digunakan untuk aktiviti pengayaan.

Bibliografi A. Razak Hamid dan Mokhtar Mohd. Dom (1977). Belajar Jawi. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti. Abdullah Hj. Ishak (1991). Tulisan Jawi dan Hubungannya dengan Pelajaran dan Pendidikan Islam di Malaysia dalam Islamika IV: 184, 1991. Amat Johari Moain (1996). Sejarah Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Aminah Harun (1989). Tulisan Jawi dalam Pelita Bahasa, Jilid 1-2, 1989-1990. Che Siah Hj. Che Man (2007). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Musa, Prof. Dr. (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Dahaman dan Manshoor Hj. Ahmad (1996). Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (1972). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah dengan Panduan Guru dan Lampiran Kaedah Mengajar Bacaan Rumi; Kaedah Mengajar Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Bahasa Panduan Khas Kurikulum Baru Sekolah Rendah Pelajaran Jawi Tahun 3, 4. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Darjah I-VI, 1994. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (1994-1996), Dewan Bahasa dan Pustaka. Lufti Abas (1984). Faedah-faedah dan Kaedah Pengajaran Jawi. Dewan Bahasa. 28(7):422445. Matlob (1989). Rahsia Belajar Jawi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Vous aimerez peut-être aussi