Vous êtes sur la page 1sur 24

QKM 3013 ORGANISASI/PENTADBIRAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN Tugasan 1 Individu Tugasan Mengumpul dan menyediakan satu laporan yang

ng lengkap mengenai Program-program kesihatan berkaitan Kurikulum Bersepadu Sekolah.

NITO ANAK TONY D20112055167 AT 05J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KUMPULAN : UPSI 02

PENSYARAH DR. GUNATHEVAN A/L ELUMALAI FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguhsungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Gunathevan a/l Elumalai kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Kandungan Bil 1 i. Perkara Program-program kesihatan yang dijalankan. 1. PROGRAM SEHARI BERSAMA PROSTAR SMKE 2 3 4 5 6 7 8 9 ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. i. Tarikh, tempoh, sasaran dan pihak luar yang terlibat. Carta organisasi. Bidang tugas setiap AJK. Belanjawan. Keberkesanan program Pandangan mengenai kerelevenan program yang dijalankan. 2 3 4 8 8 10 Muka surat 1

Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan. 11 Program-program kesihatan yang dijalankan. 2. PROGRAM SEHARI PENCEGAHAN DENGGI SMKE 12

10 11 12 13 14 15 16

ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Tarikh, jangkamasa, sasaran dan pihak luar yang terlibat. Carta organisasi. Bidang tugas setiap AJK. Belanjawan. Keberkesanan program Pandangan mengenai kerelevenan program yang dijalankan.

13 14 15 18 18 19

Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan. 20

Bahagian A i. 1. PROGRAM SEHARI BERSAMA PROSTAR SMKE

Pengenalan Kelab PROSTAR SMK Engkilili sememangnya sudah lama wujud di sekolah namun Kelab ini begitu asing dengan pelajar lain kerana kurangnya aktiviti yang berkaitan dengan PROSTAR di peringkat sekolah. Kebanyakan penyertaan ahli Kelab ini terus kepada peringkat Bahagian dan Negeri Sahaja. Oleh itu, Kelab ini ingin menyuburkan lagi namanya di peringkat sekolah agar dikenali serta mudah mendekati pelajar lain dalam usaha memastikan semua pelajar dapat mempraktikkan gaya hidup yang sihat dan bebas daripada gejala negative yang merugikan. Bagi merealisasikan impian ini, Kelab ini bersedia untuk mengorak langkah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat di peringkat sekolah. Pada tahun 2012 ini, Kelab PROSTAR ingin mengadakan aktiviti senamrobik dan sukaneka untuk menarik perhatian pelajar khususnya untuk sama-sama mendekati aktiviti yang berfaedah, menyihatkan tubuh badan serta mengeratkan silaturrahim antara Kelab ini dengan seluruh pelajar di sekolah amnya. Oleh itu, kami berharap cadangan kami dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian pihak yang sewajarnya untuk sama-sama membantu merealisasikan impian serta hasrat murni kami ini. Rasional Melahirkan ahli Kelab PROSTAR yang aktif melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling. Di samping itu, dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,, intelek, rohani dan sahsiah yang menyeluruh.

Objektif a. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli PROSTAR dengan warga sekolah. b. Menarik minat pelajar untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. c. Melatih ahli PROSTAR bersosial dengan semua orang untuk cuba mendekati dan memahami mereka. d. e. Melatih ahli PROSTAR mengendalikan sesuatu aktiviti dengan berkesan. Menyedarkan pelajar tentang isu-isu yang melibatkan remaja masa kini dan langkah-langkah menanganinya. ii. a. b. c. d. Tarikh, tempoh, sasaran dan pihak luar yang terlibat Tarikh: Tempoh: Tempat perlaksanaan: Kumpulan Sasaran: 23 Jun 2012 (Sabtu). 1 hari. Dewan Tiang Laju SMK Engkilili 50 orang yang terdiri daripada Ahli Kelab Prostar, Kelab Bimbingan & Kerjaya, Ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ahli SLAD, Ahli Kelab Pencegahan Jenayah Dan Ahli Kelab Usahawan Muda. e. Pihak luar yang terlibat: 1. 2. e. Dr. Musalnizam binti Mustalkah (Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman) En. Gabriel Alexis ak Kibes (Penyelaras PROSTAR Bahagian Sri Aman)

Aktiviti - aktiviti dalam program: 2

1. 2. 3. 4. 5. iii.

Senamrobik Poco-poco Pertandingan Chicken Dance Pertandingan Sukaneka Pertandingan Bola Tampar

Carta organisasi kelab PROSTAR sekolah PENAUNG (PENGETUA SEKOLAH)

GURU PENOLONG KANAN (HAL EHWAL MURID)

GURU PENASIHAT KELAB

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

BENDAHARI

SETIAUSAHA

PEN. SETIAUSAHA 7 ORANG AHLI JAWATANKUASA iv. a. Bidang tugas setiap AJK Ahli jawatankuasa program : En. Mhd Othman Bin Jaini (Penolong Kanan Pentadbiran) Pengerusi Bersama : Dr. Musalnizan Bt Mustalkah (Peg. Kesihatan Bhgn Sri Aman) Timb. Pengerusi I : En. Jamil Bin Mazuki ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Timb. Pengerusi II : En. Simong Ak Ambak (Penolong Kanan Kokurikulum) Penyelaras I : En. Kullin Ak Djayang (Guru Penasihat Kelab PROSTAR SMK Engkilili) Penyelaras II : En. Gabriel Alexis Ak Kibes (Penyelaras PROSTAR Bahagian Sri Aman) Setiausaha : Cik Sabtuyah Binti Jiffri (Guru Penasihat Kelab PROSTAR SMK Engkilili) Bendahari : En. Rozy Bin Abu Bakar 4

Penaung

(Guru Penasihat Kelab PROSTAR SMK Engkilili) Ahli-Ahli b. 1. Tugas setiap AJK Pegawai Kesihatan Daerah - Bertanggungjawab memberi nasihat dalam merancang, menyelaras dan memantau aktiviti di peringkat daerah dengan dibantu oleh Inspektor Kesihatan. 2. Pengetua Sekolah - Berperanan memberi sokongan dari segi penyediaan fasiliti dan pelepasan ahli kelab dalam melaksana atau menyertai kelab PROSTAR. 3. Guru Penasihat - Bertanggungjawab membimbing, merancang, menyelaras dan memantau aktiviti kelab PROSTAR Sekolah dan memberi maklumbalas aktiviti kelab serta permasalahan kepada Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah. 4. Ahli Jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah - Bertanggungjawab melaksana dan menjalankan aktiviti kelab serta memberi maklumbalas kepada guru penasihat. 5. Pengerusi/Timbalan Pengerusi - Mempengerusi mesyuarat AJK dan menghadiri Majlis Penutupan. 6. Penyelaras - Memaklumkan panduan dan syarat-syarat serta kategori pertandingan kepada sekolah-sekolah. 5 : Ahli Kelab PROSTAR (15 orang)

- Menyediakan borang penyertaan pertandingan. - Berhubung dengan setiap ketua AJK tentang perkembangan tugas mereka. 7. Setiausaha - Menyediakan surat panggilan mesyuarat. - Mencatat dan menaip serta mengedar minit mesyuarat. 8. Urusetia - Membuat pendaftaran semasa peserta melapor diri. 9. Protokol/Jemputan - Menulis surat jemputan kepada tetamu dan jemputan. - Menyambut ketibaan para tetamu. 10. AJK Pertandingan - Menyediakan tempat pertandingan. - Mendapatkan peraturan pertandingan dan penghakiman. 11. AJK Penghakiman - Menentukan cara atau syarat penghakiman. - Memberi taklimat kepada para hakim dan guru. 12. AJK Peralatan Dan Kelengkapan - Menyediakan peralatan dan kelengkapan. - Menyusun kerusi dan meja di dewan untuk majlis penutupan. 13. AJK Publisiti Dan Backdrop 6

- Membuat backdrop tentang program tersebut. 14. AJK Makanan Dan Minuman - Menyediakan makan dan minum bagi para guru, hakim, peserta dan AJK bertugas. - Mengagihkan makanan dan minuman kepada guru, hakim, peserta dan AJK bertugas. 15. AJK Siaraya - Menyediakan, meminjam dam memasang peralatan yang digunakan dalam setiap pertandingan. 16. AJK Hadiah - Menempah cenderahati untuk hakim dan jemputan. - Menyusun hadiah dan sijil untuk diserahkan pada majlis penutupan. 17. AJK Buku Program - Menyediakan buku program. 18. AJK Penutupan - Menyediakan aturcara penutupan. 19. AJK Kebersihan - Membersihkan tempat pertandingan dan penutupan sebelum dan selepas program. 20. AJK Pengacara - Mengacara Majlis Penutupan. 7

v. BIL. 1. 2. 3.

Belanjawan PERKARA Makan Tengahari Pembelian Peralatan Sukaneka Hadiah (hamper) Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Saguhati RM 70.00 x 3 RM 50.00 x 3 RM 40.00 x 3 RM 20.00 x3 RM 30.00 x5 210.00 150.00 120.00 60.00 150.00 150.00 PERBELANJAAN RM 5.00 x 72 orang JUMLAH (RM) 360.00 200.00

4. 5.

Cenderahati Pengadil Belanja Luar Jangka

JUMLAH KESELURUHAN

1400.00

vi. a.

Keberkesanan program Perlaksanaan Aktiviti TENTATIF PROGRAM

0730 0800

Semua peserta berkumpul Senamrobik daripada Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman 8

0900 1030 1100

Pertandingan tarian Chicken Dance Minum Pagi Pertandingan Sukaneka - Lari dan Tari Upih - Boling Kelapa - Anyam Ketupat - Masam-masam manis - Tasik Beracun - Musang Berjanggut - Si Pekak dan si bisu

1330 1430 1630 1730 b.

Rehat/ Makan Tengahari Pertandingan Bola Tampar Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Bersurai Peranan yang dilakukan oleh remaja bagi menangani wabak jangkitan HIV di kalangan remaja.

1.

Sedar akan bahaya HIV dan cara-cara ia merebak dan berjanji menghindari tingkahlaku di samping mengamalkan cara hidup berlandaskan akhlak yang mulia.

2.

Berusaha mewujudkan suasana mesra di dalam keluarga dan menyedarkan ahli keluarga akan bahaya HIV dan menghindari tingkahlaku berisiko serta mengamalkan cara hidup sihat. 9

3.

Mempengaruhi rakan sebaya supaya tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti berisiko: - Di dalam pergaulan seharian, kita seharusnya berusaha mempengaruhi kawankawan kepada cara hidup positif seperti bersukan, rekreasi dan lain-lain aktiviti yang berfaedah dan menghindari tingkahlaku berisiko seperti menghisap dadah, minuman keras dan seks luar nikah. - Merancang dan melaksanakan progam-program pendidikan AIDS di kalangan rakan sebaya seperti menyertai kempen-kempen kesedaran AIDS, mengatur ceramah-ceramah AIDS, pameran, drama/sketsa, sajak/puisi dan sebagainya. - Menjadi fasilitator bagi menggerakkan dan mempengaruhi remaja lain supaya turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS. Ini terutamanya boleh dilakukan melalui persatuan-persatuan atau di sekolah.

vii. 1.

Berikan pandangan anda mengenai kerelevanan program yang dijalankan. Memberi pendedahan kepada guru-guru penasihat dan pelajar tentang pengurusan dan operasional kelab melalui program fasilitator Kelab PROSTAR yang dianjurkan.

2. 3.

Membentuk jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Membuat penilaian dan memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli kelab sebagaimana yang dilakukan oleh kelab-kelab ko-kurikulum yang lain di sekolah.

4.

Mendapat khidmat nasihat pengurusan dan teknikal daripada pegawai penyelaras Kelab PROSTAR Daerah.

5.

Merancang takwim aktiviti dan melaksanakannya secara berkesan dan berterusan.

6.

Mewujud dan meningkatkan kerjasama dengan agensi luar yang berkaitan dalam melaksanakan aktiviti Kelab PROSTAR. 10

viii. a. 1.

Cadangan penambahbaikan dan lain-lain perkara yang berkaitan. Tingkahlaku peserta dan cara mengatasi: Bercakap tanpa berhenti mencelah bila berpeluang dan minta panda peserta yang lain.

2.

Pencelah mencadangkan supaya beliau hanya memberikan pendapat selepas peserta yang diajukan soalan selesai memberikan pandangan.

3.

The rambler (keluar dari tajuk perbincangan/aktiviti) ulangi soalan, aktiviti dan komen untuk membawa perbincangan kepada persoalan/aktiviti asal.

4.

Pembisik (mengganggu perbincangan/aktiviti kumpulan) ajak peserta berkongsi idea/kemahiran dengan semua ahli kumpulan bukan peserta di sebelahnya sahaja.

5.

Pendiam beri peluang untuk diskusi dua hala dan penglibatan. Cuba cari jalan untuk merangsang penglibatan peserta.

b.

Penutup

Semoga program seumpama ini akan dapat membantu ahli Prostar menjalinkan hubungan baik dengan rakan sebaya serta menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktiviti yang berfaedah sepanjang masa. Di samping itu juga, diharap ahli Prostar dapat mempraktikkan segala kemahiran kepimpinan dan juga cara menguruskan sesuatu aktiviti dengan baik. Diharapkan juga semoga program seumpama ini akan dapat diteruskan setiap tahun. Disediakan Oleh; (NITO ANAK TONY) Pelapor Program PROSTAR SMKE. 11

i.

Program-program kesihatan yang dijalankan. 2. PROGRAM SEHARI PENCEGAHAN DENGGI SMKE

Pengenalan Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endemik di beberapa buah negara seperti Afrika, Amerika Syarikat, Mediteranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat (WHO 2002). Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang mengakibatkan morbiditi dan mortaliti. Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih merupakan satu masalah kesihatan awam. Sejak lima tahun yang lalu, bilangan kes demam denggi yang dilaporkan di negara ini telah menunjukkan peningkatan iaitu daripada 4, 718 kes pada tahun 1999 kepada 15, 442 kes pada tahun 2003. Kadar insidens pula meningkat daripada 20.7/100, 000 penduduk pada tahun 1999 kepada 61.6/100, 000 penduduk pada tahun 2003 (KKM 2003). Mengikut statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia didapati seramai 668 murid dijangkiti demam denggi dari bulan Januari hingga September 2005 manakala 38 buah sekolah dikesan ada pembiakan nyamuk Aedes. Program Sehari Pencegahan Denggi SMKE dijalankan bertujuan memberi panduan agar pembiakan nyamuk Aedes tidak berlaku di sekolah. Program ini juga bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid supaya mengambil langkah-langkah pencegahan demam denggi secara menyeluruh dan bersepadu. Misi Tiada Aedes Tiada Denggi. Visi Melahirkan Generasi Yang Prihatin Terhadap Pencegahan Pembiakan Nyamuk 12

Aedes. Objektif 1. 2. Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat. Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi. 3. Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes. 4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif dan bebas pembiakan nyamuk Aedes. ii. a. b. c. Tarikh, jangkamasa, sasaran dan pihak luar yang terlibat. Tarikh: Tempoh: Sasaran: 06 Oktober 2012 (Sabtu). 1 hari. Semua warga yang tinggal di dalam kawasan sekolah terdiri daripada guru-guru, kerani-kerani, pembantu makmal, penyelia asrama, tukang kebun, tukang masak dan para pelajar yang tinggal di asrama sekolah. d. Pihak luar yang terlibat: 1. Dua orang pegawai kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman. 2. e. Dua orang pegawai daripada Majlis Daerah Lubok Antu.

Tempat yang dibersihkan: 1. Sekitar bangunan kelas. 13

2. 3. 4. f.

Sekitar rumah kediaman staf. Sekitar bangunan asrama. Sekitar tempat pembuangan sampah.

Aktiviti aktiviti dalam program: 1. 2. 3. 4. Pembersihan blok-blok bangunan kelas. Pembersihan bangunan-bangunan asrama pelajar. Pembersihan rumah kediaman para staf sekolah. Pembersihan tempat pembuangan sampah.

iii.

Carta organisasi PENGERUSI PENGETUA

NAIB PENGERUSI GURU PENOLONG KANAN HEM

SETIAUSAHA GURU KESIHATAN SEKOLAH

AHLI-AHLI

14

KETUA/PENGAWAS MURID

WADEN ASRAMA

GURU TINGKATAN

KETUA KELAS

PEGAWAI KESIHATAN

MAJLIS DAERAH

KONTRAKTOR PEMBERSIHAN

SEMUA STAF SEKOLAH SMKE

iv. a.

Bidang tugas setiap AJK Peranan Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah: 1. Merancang dan melaksana pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi. 2. Memberi garis panduan kepada guru bagi menyelaras aktiviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebgagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat. 3. Menyebar maklumat tentang bahaya Nyamuk Aedes dan Demam Denggi dalam pelbagai kaedah dan media. 4. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam 15

merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi. 5. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah kepada Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah. 6. Memantau, melapor dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib. b. 1. Tugas-tugas setiap AJK Kecil: Pengerusi/Naib Pengerusi - Mempengerusi mesyuarat AJK. - Berhubung dengan penyelaras tentang perjalanan program. 2. Penyelaras - Menyusun aturcara program. - Berhubung dengan setiap ketua AJK tentang perkembangan tugas mereka. - Memberi taklimat kepada AJK. - Menetapkan tarikh dan tempat pembersihan. - Menyediakan anggaran perbelanjaan. 3. Setiausaha - Mencatat dan menaip serta mengedar minit mesyuarat. - Bertanggung jawab dalam urusan surat-menyurat. 4. Urusetia - Memantau perjalanan dan kelancaran setiap tugas AJK. - Membuat laporan kepada Pengerusi/Penyelaras tentang masalah yang mungkin timbul. 5. Jemputan 16

- Menulis surat jemputan kepada tetamu. - Mengesahkan kehadiran para tetamu. 6. AJK Peralatan - Melantik AJK Kecil dari kalangan pelajar. - Menyediakan peralatan yang mencukupi untuk program pembersihan. - Mengembalikan peralatan yang dipinjam dan menyimpan ke tempat asalnya. 7. AJK Publisiti - Mengambil gambar yang sesuai untuk majalah sekolah. - Memasang kain rentang program. 8. AJK Makanan/Minuman - Menyediakan makanan dan minuman untuk para jemputan, staf sekolah dan para pelajar. - Mengagihkan makanan dan minuman kepada peserta program. 9. AJK Cenderahati - Menempah cenderahati untuk para jemputan. 10. AJK Buku Program - Menaip dan menyediakan buku program. 11. AJK Kebersihan - Memastikan peralatan bersih sebelum dan selepas digunakan. - Melantik AJK Kecil dari kalangan pelajar. 17

v. BIL. 1. 2. 3.

Belanjawan PERKARA Makan Tengahari Pembelian Air Minuman Peralatan: Tong Sampah Plastik Sampah Bakul Pungkis RM 7.00 x 30 RM 5.00 x 30 RM 4.00 x 30 RM 5.00 x30 RM 30.00 x4 210.00 150.00 120.00 150.00 120.00 250.00 PERBELANJAAN RM 5.00 x 500 orang JUMLAH (RM) 2500.00 500.00

4. 5.

Cenderahati Jemputan Belanja Luar Jangka

JUMLAH KESELURUHAN

4000.00

vi. a.

Keberkesanan program Kesan terhadap guru: 1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru mengenai cara menjaga kesihatan diri dari aspek rohani dan jasmani. 2. Meningkatkan kesedaran guru pentingnya kesihatan dalam kehidupan seharian. 18

3. b.

Meningkatkan amalan menjaga kesihatan diri sepanjang hayat.

Kesan terhadap pelajar: 1. 2. 3. Mengetahui dan memahami bahaya nyamuk Aedes dan Demam Denggi. Membantu menjaga kebersihan kawasan sekolah. Memaklumkan kepada guru sekiranya melihat/mengetahui ada tempattempat pembiakan Aedes. 4. Mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. 5. Memaklumkan kepada guru jika diri atau rakan-rakan demam.

vii. a.

Berikan pandangan anda mengenai kerelevanan program yang dijalankan. Pelajar di rumah: 1. Memberikan penerangan kepada keluarga berkaitan bahaya nyamuk Aedes dan Demam Denggi dan langkah-langkah pencegahannya. 2. 3. Membersih kawasan rumah bersama keluarga setiap minggu. Membuat pemeriksaan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar rumah. Menghapuskan tempat-tempat nyamuk Aedes dengan membersihkannya atau membubuh ubat jentik-jentik. 4. Elakkan berada di luar rumah pada masa nyamuk Aedes aktif menggigit iaitu pada awal pagi (5.00 8.00) dan lewat petang (5.00 7.00). Memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang jika perlu berada di luar rumah.

b.

Pelajar dalam masyarakat: 1. Memaklumkan kepada jiran dan masyarakat setempat tentang bahaya 19

nyamuk Aedes dan Demam Denggi. 2. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotongroyong, pameran dan sebagainya. 3. Melakukan aktiviti-aktiviti pencegahan pembiakan nyamuk Aedes seperti menanam semua jenis bekas terbuang yang boleh menakung air dan membubuh ubat jentik-jentik ke dalam bekas-bekas air simpanan dan sebagainya. 4. Memaklumkan kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital jika ada tanda-tanda demam. viii. Cadangan penambahbaikkan dan lain-lain perkara yang berkaitan. Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah perlu merancang aktiviti secara berterusan dan berkala untuk memastikan setiap aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah adalah: a. Mengadakan Mesyuarat JK Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah (Sekurang-kurangnya 4 kali setahun). b. Penyebaran maklumat program aktiviti pencegahan denggi kepada warga sekolah dan ibu bapa. c. d. Mengadakan gotong-royong bersama ibubapa dan agensi luar. Pemeriksaan mingguan kawasan sekolah seperti bilik darjah, bilik-bilik khas, tandas, kantin dan lain-lain kawasan sekeliling sekolah. e. f. Menghantar laporan bulanan ke Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah. Melaksanakan secara berterusan program aktiviti Pendidikan Pencegahan Denggi seperti kuiz, ceramah, pameran, sudut kesihatan dan minggu kesihatan. g. Mewujudkan kawasan angkat kepada murid untuk pembersihan kawasan. 20

Rujukan Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah (1997). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kullin D.J. (2012). Program Sehari Bersama PROSTAR SMKE. SMK Engkilili: Unit Bimbingan & Kaunseling. Kullin D.J. (2012). Program Sehari Pencegahan Denggi SMKE. SMK Engkilili: Unit Bimbingan & Kaunseling. Konsep Dan Manual Sekolah Selamat (2002). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Panduan Aktiviti Amalan Kebersihan Sekolah (1998). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Panduan Melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat (2002). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah (2006). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. PROSTAR (2001). Manual Latihan PROSTAR Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Vous aimerez peut-être aussi