Vous êtes sur la page 1sur 1

KENYATAAN MEDIA SPRM

Alamat Tel. E-mel Web : Unit Komunikasi Korporat, Aras 7 Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62007 Putrajaya : 03-8886 7018 Faks: 03-8888 9528 : komunikasi@sprm.gov.my : www.sprm.gov.my / SPRMMalaysia
(twitter)

Tarikh

: 8 Februari (JUMAAT)

Guru Besar Dituduh Minta Dan Terima Rasuah.


SHAH ALAM - Seorang Guru Besar yang berkhidmat di sebuah Sekolah Kebangsaan di Kajang, Selangor, dituduh melakukan dua kesalahan rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

WEBLINK/MAKLUMBALAS BERHUBUNG:
www.sprm.gov.my

Abdul Samad Bin Abdul Ghani, didakwa melakukan dua kesalahan dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 16(a)(B) ASPRM 2009 apabila pada 08.11.2011 di Sekolah Kebangsaan Kajang Utama (SKKU) dimana sebagai seorang agen kepada SKKU iaitu Guru Besar Gred DGA38 (KUP) SKKU telah secara rasuah meminta suapan RM3000.00 daripada Puan Zainun Binti Hussain sebagai dorongan untuk menyambung kontrak kantin SKKU untuk tahun 2013.

NOTA KEPADA PENGARANG Kerjasama pihak tuan/ puan dalam membuat hebahan ke atas perkara ini amat dihargai.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 apabila pada 14.11.2011 di Sekolah Kebangsaan Kajang Utama (SKKU) sebagai seorang agen kepada SKKU, iaitu, Guru Besar Gred DGA 38 telah secara rasuah memperoleh suapan RM3000.00 daripada Puan Zainun binti Hussain, sebagai dorongan bagi menyambung kontrak kantin SKKU untuk tahun 2013.

Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua pertuduhan yg dibacakan keatasnya. Hakim Mat Ghani Abdullah menetapkan jaminan sebanyak RM 5,000.00 bagi kedua dua pertuduhan dan 21 Mac sebagai tarikh sebutan semula.

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh diwakili oleh Peguambela Mohd Hazman Harun.

1. Zulfikri Manaf (013-3877389) 2. Maizatul Akmal (019-6996907)

Sekiranya sabit kesalahan dibawah akta ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

TAMAT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan sebuah agensi penguatkuasaan yang ditubuhkan melalui penggubalan Akta SPRM 2009 (Akta 694) bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi SPRM. SPRM turut disokong oleh mekanisme check and balance dalam memastikan SPRM bertindak selaras dengan kehendak perundangan negara dan aspirasi masyarakat. Suruhanjaya ini dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR). Anda Boleh Lakukan Perubahan: PERANGI Rasuah