Vous êtes sur la page 1sur 12

ISI KANDUNGAN

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

KANDUNGAN Isi Kandungan Penghargaan Pendahuluan Definisi Tauhid Tauhid Al-Uluhiyyah Tauhid Ar-Rububiyyah Kesimpulan Rujukan

M/S 1 2 3 4 7 9 11 12

PENGHARGAAN

Allahamdulillah.. Tugasan projek ini dapat kami laksanakan dengan sempurna serta lancar dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Dengan mengambil kesempatan ini, ingin kami rakamkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama pihak-pihak yang telah memberi sumbangan yang sungguh bermakna ini kepada kami sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Sokongan penuh pensyarah kami, Ustazah Sadiqa dalam penghasilan tugasan ini amat kami hargai. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada sahabat-sahabat kami yang terdiri daripada ahli kumpulan kami sendiri serta rakan sekelas kami yang banyak memberi kerjasama dalam menghasilkan tugasan ini. Akhirnya, tugasan kami telah berjaya disiapkan hasil daripada usaha-usaha pelbagai pihak yang sudi membantu kami dalam melaksanakan tugasan ini. .

PENDAHULUAN
Tauhid adalah pegangan pokok dan sangat diperlukan bagi kehidupan manusia kerana tauhid menjadi landasan bagi setiap amal yang dilakukan. Hanya amal yang dilandasi dengan tauhidullah, menurut tuntunan Islam, yang akan menjadikan kehidupan manusa yang lebih baik dan member kebahagiaan yang hakiki di alam akhirat nanti. Allah Taala berfirman dalam Al-Quran surat An Nahl ayat 97 : Maksudnya : Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. Tauhid bukan sekedar mengenal dan mengerti bahwa pencipta alam semesta ini adalah Allah Taala, bukan sekadar mengetahui bukti-bukti rasional tentang kebenaran kewujudan-Nya, dan keesaan-Nya Nya, dan bukan pula sekedar mengenal Asma dan SifatNya. Iblis mempercayai bahwa Tuhannya adalah Allah, bahkan mengakui keesaan dan kemahakuasaan Allah dengan meminta kepada Allah melalui Asma dan SifatNya. Kaum jahiliyah yang dihadapi oleh Rasulullah juga meyakini bahawa Tuhan Pencipta, Pengatur, Pemelihara dan Penguasa alam semesta ini adalah Allah. Namun, kepercayaan dan keyakinan mereka itu belumlah menjadikan mereka sebagai makhluk yang berpredikat muslim, yang beriman kepada Allah. Tambahan pula, kebanyakkan umat di akhir zaman masih lagi tidak memahami apakah hakikat tauhid yang benar-benar boleh mendapatkan keredhaan Allah Taala. Jadi memang tidak dinafikan bahawa masih ramai umat Islam yang sudah terpesong dengan ajaran tauhid yang ditetapkan mengikut landasan syariat Islam.

Maka disinilah wujudnya persoalan mengenai tauhid yang akan dibincangkan dalam tugasan yang kami laksanakan pada kali ini, terutamanya tentang perbezaan antara Tauhid Al-Uluhiyyah dan Tauhid ArRububiyyah.

DEFINISI TAUHID
PENGERTIAN BAHASA
Menurut pengertian bahasa, Tauhid itu mempunyai berapa maksud, dan semua maksudmaksud tersebut secara umumnya berkaitan dengan kepercayaan kepada tuhan yang esa. Pertamanya dari segi bahasa tauhid membawa maksud menetapkan sesuatu itu Esa dan tiada tuhan yang layak disembah selain-Nya. Keduanya, tauhid mambawa maksud mengakui bahawa sesuatu itu Esa atau mengEsakan-Nya dengan pelbagai cara sama ada perbuatan, percakapan dan perakuan. Dan akhir sekali, Tauhid ini dapat didefinisikan sebagai mangakui atau mengiktikadkan bahawa Allah itu Esa.

PENGERTIAN ISTILAH
Dari segi istilah pula, Tauhid diertikan dengan pelbagai maksud yang dapat mengambarkan frasa Tauhid itu secara konseptual. Justeru, ini memudahkan kita memahami konsep Tauhid dengan lebih jelas sebelum mendalami perkara-perkara yang berkaitan dengannya secara lebih terperinci. Antara istilah-istilah yang diguna pakai ialah tauhid merupakan sesuatu ilmu untuk menetapkan akidah yang didasarkan kepada dalil-dalil yang jelas dan terang. Kemudian ulama Mutakallimin atau ulama Tauhid pula menyatakan bahawa Tauhid membawa maksud suatu ilmu yang membahaskan Esa-Nya Allah dengan segala sifat-sifat yang wajib bagi-Nya dan segala sifat-sifat yang harus bagi Allah. Selain itu, ilmu ini juga membahaskan tentang kerasulan nabi yang diutuskan oleh Allah kepada manusia yang mencakupi sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi rasul. Akhir sekali, secara konsepnya ilmu tauhid ini membawa istilah yang memandu manusia untuk mengakui bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Kemudian ianya disusuli dengan
4

tindakan yang meliputi pengetahuan, pengakuan, penetapan dan keyakinan yang sebenar berpandukan dalil-dalil yang menyakinkan sama ada dalil akli mahupun dalil naqli.

DEFINISI TAUHID
APA ITU TAUHID?
Tauhid bererti mengesakan Allah S.W.T dan tiada sekutu bagi-Nya. Hal ini secara jelasnya dapat diterangkan dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud: Katakanlah (Muhammad), dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah temp meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas : 1-4) Ilmu tauhid juga merupakan ilmu yang membicarakan segala masalah ketuhanan, kenabian, kitab-kitab suci, malaikat dan hal-hal ghaib. Ilmu tauhid bersumberkan Al-Quran dan hadis-hadis sahih. Ilmu ini juga disebut sebagai : Ilmu Sifat Ilmu Kalam Ilmu Aqaid Ilmu Usuluddin

Ilmu tauhid amat penting kerana ilmu ini merupakan ajaran pertama yang dibawa oleh para utusan Allah S.W.T sejak Nabi Adam a.s. lagi serta merupakan ajaran teras yang disampaikan oleh setiap rasul keapada umat masing-masing.

Pengetahuan tentang tauhid dapat mendekatkan diri kepada Allah melalui kegiatan ibadah.
5

MAKNA KALIMAH TAUHID


Kalimah tauhid La ilaha illallah bermaksud tiada Tuhan selain Allah. Sungguhpun ringkas, kalimah ini mempunyai pengertian yang luas dan mendalam bagi kehidupan seorang muslim. Kalimah ini sebenarnya bererti aku mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah SWT sahaja manakala selain daripada-Nya sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Aku berikrar dengan hatiku, menyatakan dengan lidahku dan aku membuktikan dengan perbuatanku.

FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI TAUHID


Mengenal Allah serta mengesakan-Nya; Memantapkan iman dan memurnikan aqidah; Mengelakkan diri daripada bersikap pak turut dalam hal ketuhanan; Menyelamatkan diri daripada sebarang khurafat dan syirik; Mendorong diri kearah ketaatan dan perhambaan kepada Allah; Sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah .

DEFINISI TAUHID AL-ULUHIYYAH


TAUHID AL-ULUHIYYAH..
Al-Uluhiyyah pula berasal dari kalimah al-Ilah. Al-Ilah ( )bermaksud yang berhak disembah di mana kepadanya ditujukan segala ibadah (pengabdian diri). Paksi kepada tauhid Uluhiyyah ialah dua kalimah syahadah yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah Kalimah ini telah menafikan secara mutlak ketuhanan yang lain selain Allah S.W.T. sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Dan kami tidak mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya; Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kepada Aku. (Al-Anbiya:25) Tauhid al-Uluhiyyah (yakni mengesakan Allah sebabai Ilahi) adalah kemuncak Tauhid. Tidak sah iman kepada Allah melainkan dengan kukuhnya tauhid ini di dalam hati di samping tauhid Rububiyyah (iaitu mengakui Allah sebagai Rabb).

AMALAN TAUHID ALULUHIYYAH

Melalui amalan qalbiyyah (hati) manusia diajar untuk berdoa, zikir, bertawakal, takut serta gerun dan sebagainya hanya kepada Allah S.W.T

Melalui amalan Qauliyyah (lidah), manusia mengakui hanya Allah S.W.T. yang berhak disembah , berzikir dan sebagaiya hanya kerana Allah.

Melalui amalan Badaniyyah (anggota) seperti bersolat, puasa, tidak menyembah berhala, dan lainlain. Amalan anggota tubuh badan hanya kerana Allah S.W.T. sahaja.

DEFINISI TAUHID AL-RUBUBIYYAH


TAUHID AL-RUBUBIYYAH
Ar-Rububiyyah berasal dari kalimah ar-Rabb. Ar-Rabb ( ( ( )bermaksud yang memiliki, yang menguasai dan yang mentadbir. Tauhid Rububiyyah bermaksud mengesakan Allah sebagai ar-Rabb, iaitu keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah S.W.T. yang mentadbirkan semua benda dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir yang lain melainkan Allah yang Maha Esa dan Kuasa. Firman Allah S.W.T : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi;dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di lautan dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yangAllah turunkan daripada langit lalu Allah hidupkan dengan tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk(kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; Sesungguhnya (pada semua itu) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu)menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah,ayat 164)

Termasuk juga dalam pengertian tauhid Rububiyyah ialah beriman dengan Qadarullah (yakni ketentuan dan ketetapan Allah) iaitu meyakini bahawa setiap yang berlaku di alam ini adalah terbit dari ilmu Allah, iradah (kehendak)Nya dan juga qudrah (kekuasaan)Nya.

10

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat ditafsirkan bahawa tauhid Al-Uluhiyyah merupakan tauhid yang mengesakan Allah S.W.T. sebagai yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. Sesiapa yang menolak atau menyekutukan ajaran tauhid Al-Uluhiyyah dianggap sebagai mensyirikkan Allah S.W.T. Manakala, tauhid Ar-Rububiyyah pula dijelaskan sebagai pengakuan dengan sepenuh hati secara mutlak bahawa Allah S.W.T yang mentadbirkan semua perkara di seluruh alam ini dan tiada pentadbir selain daripada Allah S.W.T. Sebagai umat Islam, kita hendaklah mengakui dengan sepenuh hati bahawa Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana tanpa ada satu pun dapat menandingi-Nya. Sesungguhnya, permasalahan mengenai kewujudan Allah adalah mudah, jelas, terang dan nyata. Kewujudan Allah terbukti dengan dalil yang banyak dan pelbagai.

11

RUJUKAN

1. Mohd Akram B. Dahaman, 2010. Akidah Teras Pembangunan Muslim, Prinsip-Prinsip


Asas Islam (CTU 101). Iman Kretif Enterprise, Perlis.

2. Zatil Bte Deramah & Rohana Bte Awang, 2003. Siri Ensiklopedia Remaja Islam.
Sabunai Media. Sdn. Bhd.

3. Ramlan Bin Ahmad & Nor Aishah Bte. Raduan, 2005. Tasawwur Islam, Tingkatan 4.
Cerdik Publications Sdn. Bhd.

4. http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/07/pengenalan-ilmu-akidah-dan.html 5. http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008_08_01_archive.html 6. http://hasan98.tripod.com/tauhid.htm

12

Vous aimerez peut-être aussi