Vous êtes sur la page 1sur 18

FAKULTI PENDIDIKAN & BAHASA

SEMESTER JANUARI 2013 ( SMP KHAS )

HBAE 2103

CORAK DAN REKAAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

690117035428001 690117035428 0133874204 munira5478@yahoo.com SHAH ALAM LEARNING CENTRE

HBAE 2103

1.

PENGENALAN Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek

pemahaman, penghayatan dan kritikan. Objektif utama dalam Falsafah Pendidikan Negara juga telah mengenal pasti akan kepentingan mewujudkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam aspek pembangunan sahsiah dan pengembangan pendidikan seperti yang telah digariskan dalam Wawasan 2020.Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Justeru itu, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak daripada zaman kanak-kanak lagi. Guru-guru pendidikan seni visual sendiri perlu kreatif dan sentiasa mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran baharu dalam usaha menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individu kreatif. Storm & Storm (2002) menyatakan kepentingan kreativiti dalam masyarakat telah lama disedari. Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sebuah negara. Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada 1

HBAE 2103

kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Peranan utama utama sebagai Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus. Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan muridmurid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses P & P. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah: 1) Menguruskan rutin bilik darjah. 2) Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian. 3) Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah. 5) Mengurus aktiviti kumpulan. 6) Mengurus karya dan hasil kerja murid. 7) Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual. 8) Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik. 9) Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni yang menyeronokkan. 10) Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Guru Pendidikan Seni Visual juga berperanan sebagai pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan dalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah 2

HBAE 2103

untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada muridmurid mengenai suasana di tepi pantai. Guru perlu membimbing murid-murid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru melalui nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual.. Sikap menghormati pandangan murid juga perlu ada pada seorang guru Pendidikan Seni Visual. Bimbingan dan dorongan sebegini akan membantu murid-murid memahami dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Guru juga berperanan sebagai motivator pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar semasa P & P Seni Visual, perlulah berperanan memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya dengan melalui teknik memberi komentar yang positif, mewujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid, memberi kebebasan memilih alat dan bahan. Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. Guru sebagai pemudah cara, kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid- murid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat poster bagi menyambut hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyediakan wording yang sesuai untuk membuat kain rentang tersebut. Mereka hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah 3

HBAE 2103

disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas dalam menghasilkan poster. Guru sebagai Inisiator yang menbawa maksud individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan. Kesungguhan dalam melaksanakan P & P, pasti memberi semangat kepada murid-murid untuk turut berusaha menghasilkan karya seni terbaik. Usaha-usaha yang wajar dilakukan ialah merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid, merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P., memberi kefahaman melalui dinamika kumpulan, membantu murid dalam memperkembangkan ilmu seni, menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid dan seterusnya menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik perhatian murid. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

2.

ISI KANDUNGAN

Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Perlakuan Berdasarkan pemerhatian terhadap lima orang pelajar tahun 5, didapati kelima-lima pelajar terbabit telah memilih serta menyesuaikan warna mengikut kehendak mereka untuk tujuan tertentu. Warna adalah memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam penghasilan karya seni. Warna dapat diperolehi di mana-mana sahaja. Warna juga mempengaruhi personaliti dan juga psikologi individu. Personaliti seseorang itu boleh serta dapat ditonjolkan melalui penggunaan warna kegemaran. Dalam bidang psikologi seni, warna dapat mempengaruhi emosi seseorang. Warna yang terang dan cerah dapat menimbulkan perasaan riang dan gembira. Manakala warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram serta sedih. Dalam seni visual, warna dijadikan sebagai alat komunikasi yang sangat berkesan. Ianya mudah ditafsirkan. Selain itu warna juga boleh menjadikan sesuatu gubahan itu lebih menarik atau sebaliknya. Berdasarkan hasil corak seperti yang dilampirkan, di dapati pelajar ramai memilih warnawarna yang lembut seperti warna biru, hijau, kuning cair dan merah muda sebagai warna bagi 4

HBAE 2103

catan corak mereka. Warna biru menggambarkan ketenangan dan kedamaian, manakala hijau menggambarkan kesegaran, alam sekitar, kematangan dan kegembiraan. Dan bolehlah

dikatakan mereka berada dalam situasi yang tenang tanpa sebarang tekanan.

Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni dan mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran merupakan perlakuan dalam tujuan membuat corak dan rekaan. Pelajar-pelajar tahun 5 ini telah memilih bahanbahan dari alam semulajadi seperti ubi kentang, bendi, daun kering, bawang merah dan pelbagai bentuk daun hidup untuk menghasilkan corak mereka. Daripada bahan-bahan ini murid dapat mengolah dan mengubahsuai untuk dijadikan satu corak yang menarik. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Merujuk dari hasil kerja mereka didapati kedua-dua cara mendapatkan corak digunakan iaitu corak terancang dan juga tidak terancang. Manakala jenis susunannya juga berlainan pada setiap murid.

HBAE 2103

Selain itu, membuat corak dan rekaan juga dapat memberikan pelajar mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya kordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni mereka. Pelajar dapat membuat pengamatan dengan membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Melalui corak, pelajar belajar mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu hasil kerja iaitu mengetahui sesuatu proses penghasilan hasil seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Tujuan penghasilan corak dari sudut kognitif adalah memberi peluang kepada pelajar

menjana idea mereka. Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Corak dan bahan apa yang perlu digunakan serta teknik yang sesuai dan menarik yang digunakan. Seterusnya kita lihat dari sudut fizikal pula. Corak dan rekaan boleh melatih pelajar dari segi psikomotor mereka terutama motor tangan mereka. Ini kerana mereka akan menggunakan tangan dan mata dalam membentuk corak daripada bahan semulajadi seperti ubi kentang, lobak dan sebagainya untuk menghasilkan corak yang lebih menarik.

Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Persepsi Persepsi merupakan tanggapan seseorang terhadap sesuatu perkara setelah orang itu mengalami sendiri perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara

berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986) menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan. Persepsi adalah satu proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada 6

HBAE 2103

persekitarannya. Hasil corak dan rekaan yang dibuat oleh lima orang pelajar tahun lima ini, di dapati ada pelajar secara tidak langsung menggunakan prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, penegasan, kepelbagaian, kesatuan dan kontra dalam penghasilan corak. Harmoni merujuk kepada susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara tertentu sama seimbang atau berhubung kait. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu objek ataupun imej yang dihasilkan. Selain itu ianya memberi gambaran yang kemas, selesa, sempurna, menyeronokkan dan seimbang. Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna. Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah. Walau bagaimanapun unsur kontra wujud dalam hasil kerja pelajar-pelajar ini, Di mana fungsi kontra ini telah menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan

kebosanan dan kesan pergerakan, disamping mewujudkan unsur penegasan. Ianya berlaku bila mana penggunaan imej corak kecil dikalangan yang besar ataupun penggunaan bahan yang berlainan saiz dan juga bentuk..

Kontra dari segi bentuk dan warna

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: a. Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) b. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.

HBAE 2103

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan. Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan. Selain daripada menyedari prinsip seni reka, Corak dan rekaan juga meningkatkan daya kreativiti di kalangan murid-murid. Corak dan rekaan banyak membantu pelajar mencipta dan mencetuskan idea mereka masingmasing. Kebebasan

menggambarkan corak mereka sedikit sebanyak membantu mereka melahirkan idea mereka. Pemilihan warna yang sesuai, teknik yang sesuai dan menarik membantu mereka menghasilkan corak yang menarik mengikut kreativiti mereka. Maka, boleh dikatakan di sini bahawa antara tujuan adan fungsi corak adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meluahkan idea mereka menerusi corak dan rekaan warna mengikut kebebasan mereka. Mereka juga dapat belajar dan membuat peniruan dengan keadaan yang sebenar, mengolah dan menghasilkan corak mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri. Melalui kemahiran membuat corak dan rekaan, kita membantu kanak-kanak meningkatkan pengamatan mereka apabila mereka meneliti corak-corak yang dihasilkan melalui motif-motif yang diminta. Kanak-kanak akan cuba mengkaji dan melihat hubungkait antara motif-motif dan rekaan serta corak yang dibuat. Kepekaan pengamatan mereka dapat dilihat andainya corak tersebut menepati dengan motif yang diminta. Contohnya, jika ditugaskan mereka untuk membuat rekaan dan corak bermotifkan flora, kita dapat melihat bagaimana mereka akan melihat alam semula jadi ini sebagai sebuah motif dan hasil tersebut adalah berdasarkan kepada pengamatan mereka kepada flora. Contoh yang lain pula ialah apabila sesuatu rekaan 8

HBAE 2103

dan corak itu bermotifkan hidupan laut, maka, kepekaan kanak-kanak kepada hidupan laut dapat ditonjolkan seperti corak tapak sulaiman yang berbentuk bintang. Bentuk tersebut adalah berdasarkan pengamatan mereka seterusnya dilahirkan kepada corak yang menarik. Dapat dinyatakan disini, melalui pembelajaran membuat corak dan rekaan amat membantu kanak-kanak meningkatkan daya pengamatan mereka untuk menghasilkan corak yang lebih menarik dan kreatif. Melalui jenis-jenis susunan corak, ia membantu murid untuk membuat corak yang menarik berdasarkan susunan terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspresi mereka. Pemikiran mereka dapat dikritiskan melalui hasilan serta pengamatan mereka di dalam melaksanakan aktiviti mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan aktiviti tersebut, kanak-kanak akan membuat penerokaan serta mengkaji motif-motif yang ingin digunakan, setrusnya mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk dijadikan corak dan seterusnya membuat lakaran yang sesuai. Melalui pemikiran pula mereka membuat keputusan yang tepat untuk memilih dan seterusnya mebuat sesuatu rekaan.

Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Pengetahuan Budaya Kita tahu, sejak daru dahulu lagi, corak-corak terhasil adalah daripada pengamatan pereka-perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak-corak dari alam flora seperti bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua adalah berdasarkan pengamatan orang dulu-dulu didalam membuat sesuatu corak dan rekaan. Maka tidak dapat disangkalkan lagi bahawa mempelajari seni corak dan rekaan amat membantu kanak-kanak di dalam meningkatkan kepekaan pengamatan mereka. Brown (1980), mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaanperbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis. Dalam penghasilan corak dan rekaan, unsur utama yang menjadi corak itu unik adalah dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarmakan dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan geometri. Pelajar-pelajar biasa melihat contoh corak daripada pemerhatian dan pengalaman mereka seperti kain batik sarung, kain tenunan songket, corak di wau dan 9

HBAE 2103

sebagainya. Daripada pemerhatian dan pengalaman ini, pelajar dapat mengenal dan membuat corak-corak tradisional mudah dan seterusnya mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraftradisional. Sebagai contoh, dalam susunan reka corak kain songket terdapat tiga jenis kumpulan iaitu susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur dan juga susunan bercorak. Hasil corak dan rekaan murid ini walaupun tidak sepenuhnya mengikut susunan reka corak kain songket tetapi ada motif-motif yang diselitkan seperti batu bata dan ulangan selang seli. Selain itu susunan bercorak juga ada diselitkan seperti ruang zig-zag disebut corak siku keluang, bahagian berpetak disebut corak disebut tapak catur dan ruang tegak disebut corak berdiri.

Dengan mengenal dan menghayati corak-corak tradisional mudah ini, pelajar seterusnya dapat menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

10

HBAE 2103

3.0

MAKLUMAT SOKONGAN ( HASIL KAJIAN ) Dalam memenuhi kehendak tugasan ini, pengkaji telah memilih untuk menjalankan

aktiviti menghasilkan karya seni tampak berupa aktiviti mencapan bagi murid darjah 5 yang melibatkan responden seramai 5 orang iaitu 3 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan.Rasional pengkaji dalam pemilihan teknik seni capan ini bagi membolehkan penilaian secara subjektif melalui pengamatan dan kaedah analitik pemarkahan dengan beberapa kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan. Antara matlamat utama dalam melaksanakan aktiviti PSV ini untuk mengenal pasti aktiviti membuat corak dan rekaan dapat membentuk perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid selaras dengan matlamat aktiviti yang dijalankan. Ringkasan pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: Tajuk Aktiviti Tahap Pelajar Subjek/Teknik Objektif Keterangan/Deskripsi Menghasilkan Corak dan Rekaan Pelajar Tahap 2 Darjah 5 Pendidikan Seni Visual [Kaedah mencapan -Corak dan Rekaan] Aktiviti ini mensasarkan objektif berikut: Menghasilkan corak dan rekaan melalui teknik mencapan menggunakan bahan seperti daun, sayuran dan ubi kentang Menghasilkan karya seni yang mencerminkan ekspresi pelajar, perlakuan dan pengetahuan budaya Pengetahuan mencampurkan warna dalam menghasilkan karya Memupuk dan menyerlahkan kreativiti pelajar dalam

menghasilkan corak dan rekaan Bahan Set warna air, berus, alat memotong dan kertas lukisan. Manakala bahan cetakan adalah ubi kentang, daun dan kacang bendi. Pengujian/ Penilaian Merumus perhubungan antara perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya mempengaruhi hasil corak dan rekaan pelajar

Bidang kegiatan membuat rekaan

dan corak memberi peluang kepada murid

memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil 11

HBAE 2103

daripada kegiatan lain seperti binaan,kraf dan sebagainya. Corak boleh dihasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak merupakan struktur susunan ulangan motif yang dibuat samada secara terancang dan tidak terancang yakni bebas. Seringkali corak dihasilkan daripada motif alam semula jadi, bahan buatan manusia, organic, geometri dan juga rupa barangan kraf tradisional. Teknik corak pula terdiri daripada dua jenis iaitu yang dibuat secara terancang dan tidak terancang atau bebas. Manakala jenis-jenis susunan corak pula terdiri daripada ulang sekata, berselang-seli, batu-bata, bertimbal, berpusat, bertindih dan susunan beralun. Aktiviti yang dijalankan didahului dengan penerangan secara ringkas oleh guru dengan penerangan tentang objektif yang hendak dicapai dan juga beberapa contoh karya pelajar terdahulu di samping penerangan tentang teknik mewarna, campuran warna dan penggunaan medium untuk mencorak dan membuat rekaan dengan motif bebas.

Penggunaan Bahan Penggunaan pelbagai medium atau bahan dititikberatkan dalam menghasilkan karya. Guru memberikan motivasi agar pelajar menggunakan gabungan sekurang-kurangnya dua bahan berlainan. Penggunaan Warna Dalam penghasilan karya yang unik dan segar, pengunaan warna yang segar dan menarik merupakan aspek penting dalam menarik perhatian pengajar dalam proses penilaian. Gabungan warna prima dan sekunder juga turut diterangkan dengan ringkas. Gubahan dan Ekspresi Karya Aspek yang terpenting adalah dalam menzahirkan luahan dalaman melalui karya pelajar dengan memberikan penerangan aspek bagaimana mengubah corak dan rekaan pelajar. kaedah mencorak secara bertindih, berselang-seli dan medium yang digunakan dalam penghasilan karya pelajar yang

gabungan bentuk

unik. Ini dilaksanakan untuk menerbitkan keyakinan pelajar dalam perhubungan sosial iaitu berkomunikasi dan berkongsi dihasilkan. 12 luahan dan ekspresi karya yang

HBAE 2103

Kreativiti Komponen akhir ialah kreativiti pelajar dalam menghasilkan karya. Para pelajar digalakkan untuk menggunakan daya imaginasi dalam menyerlahkan lagi karya yang dihasilkan seperti contoh teknik susun atur corak terancang dan tidak terancang.

Melalui teknik capan, berbagai-bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayur-sayuran) dan juga capan bahan buatan manusia seperti garfu, tudung pen, duit syiling dan sebagainya. Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi berbagaibagai jalinan pada hasil capan. Sebelum menghasilkan corak dan rekaan menggunakan teknik capan ini, guru dan murid telah berbual-bual tentang corak dan rekaan yang mereka tahu dan faham. Hasil daripada perbualan itu, Ada pelajar menyatakan pernah tengok corak dan bunga-bunga kerawang di wau bulan, baju batik, kertas pembalut dan juga di kain batik sarung ibu mereka. Di sini jelas menunjukkan bahawa sebelum murid meneroka dan

membuat corak, murid telah ada pengetahuan sedia ada mengenai corak dan rekaan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka. Perlakuan merujuk kepada tingkah laku para pelajar dalam menunjukkan tindak balas yang positif semasa penerangan sebelum aktiviti dijalankan dengan beberapa pelajar mengajukan beberapa soalan untuk mendapatkan penjelasan terutama dalam aspek apa yang ditakrifkan dengan motif bebas. Ini menunjukkan reaksi positif psikomotor dan kognitif dalaman pelajar sebelum melaksanakan aktiviti. Sifat aktif juga ditunjukkan melalui pemerhatian pengkaji terutama melalui interaksi kalangan pelajar dalam menentukan bentuk karya yang hendak dihasilkan memalaui pertukaran idea di kalangan mereka terutama dalam mengaplikasi teknik capan secara bertindih, berselang-seli mahupun andaian tentang corak yang akan dihasilkan. Walau bagaimana pun, corak dan rekaan kanak-kanak dikaitkan dengan makna dan simbol. Simbol dalam karya seni adalah makna yang terkandung dalam sebuah karya seni. Ia boleh wujud berupa garisan, bidang, ruang dan warna. Daripada pemerhatian yang telah dibuat pada hasil karya murid, didapati murid-murid ini menyukai warna yang terang dan sedikit gelap seperti warna merah, hijau tua, coklat dan oren. Warna juga mempunyai komposisi tertentu sebagai peranan dalam berkarya. Dalam perkembangan dunia seni lukis 13

HBAE 2103

barat, pelukis menggunakan warna sebagai menimbulkan objek yang dilukis. Dalam catan relisma warna digunakan sebagai memperkenalkan objek yang dilukis agar menepati bentuk asal. Warna-warna di campur agar menimbulkan rupa objek sebenar. Warna juga digunakan sebagai alat representasi pelukis dalam menterjemahkan makna. Oleh yang demikian, warna mempunyai peranan sebagai menentukan komposisi artistik dalam sesebuah karya. Antara lain tujuan warna ialah: 1. Bagi menimbulkan kesan nilai estetik melalui penggunaan antara warna. 2. Memberi kualiti ruang dalam satah gambar dalam karya seni. 3. Memberi kesan penampilan objek yang dilukis. 4. Menghasilkan kesan suasana dan idea yang tersirat. 5. Memberi kesan ekspresi dari perasaan dan emosi diri pelukis. 6. Untuk menarik perhatian secara langsung terhadap penumpuan objek dari segi komposisi dan organisasi pengkaryaan.

Kepentingan

warna

dapat diperhatikan dalam kehidupan seharian manusia.

Misalnya warna digunakan di dalam seni bina bagi meningkatkan kesan ruang (Azhar et. al, 2004). Menurut Ryan dan Conover (2004) warna dapat berkomunikasi dengan serentak dalam pelbagai cara seperti estetika, budaya, emosi dan persendirian.Dalam kehidupan kita seharian warna mempunyai peranan yang sangat penting. Secara umumnya peranan warna dalam pengkaryaan seni visual sangat penting dan dititik beratkan. selain perkara yang dibincangkan, paling penting mengetahui tentang teori warna dan psikologi warna. Walau bagaimana pun manusia mempunyai latar budaya yang berbeza mengikut budaya masing-masing (Silayoi dan Speech, 2004). Misalnya, merah dikaitkan dengan kebudayaan orang-orang Cina dan hijau mempunyai perkaitan dengan Islam (Azhar et al, 2004). Persepsi yang jelas dapat dilihat adalah melalui corak yang dihasilkan terutama dari perspektif susun atur cetakan capan yang dihasilkan menunjukkan para pelajar jelas tentang apa yang dimaksudkan ekspresi seni. Susunan corak dan rekaan yang tersusun dan teratur menggambarkan keadaan emosi dan psikologi pelajar yang tenteran dan stabil.. Hasil karya pelajar juga menunjukkan keterampilan yang ketara dalam aspek pengetahuan budaya para pelajar. Manipulasi corak yang dihasilkan melalui corak yang tidak menggunakan satu kaedah ciptaan iaitu kepelbagaian susun atur corak yang dihasilkan dalam 14

HBAE 2103

bentuk condong, sendeng, melintang dan silang bertindih menggambarkan latar belakang budaya yang sihat dan bewarna-warna. Ini boleh dikaitkan dengan keharmonian dan perkembangan positif dalam jiwa para pelajar. Adunan warna yang pelbagai dalam penghasilan karya juga boleh dilihat sebagai elemen positif iaitu lambang keberanian pelajar menggabungkan beberapa warna dalam menghasilkan warna sekunder yang lain agar karya mereka nampak unik, segar dan menarik.

15

HBAE 2103

4.

KESIMPULAN Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan

warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup). Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif. Secara tidak langsung dapat menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi. Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Disamping berperanan dalam pendidikan dapat memupuk sifat kecintaan pada seni dan estetika.

(4,1265 patah perkataan)

16

HBAE 2103

RUJUKAN Boon, P.Y. dan Ragbir Kaur. (1998). Psikologi 2. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Cronbach,L.J.(1970). Essential of Psycological Testing (3rd ed) New York: Harper & Row. Crow & Crow (1983): Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Gardner, H. (1983). Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic Books Gay,L.R (1985). Educational and Evaluation and Measurement.Competencies for analysis and application 2nd ed. Charles E.Merril. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001);Penilaian Kendalian Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (Nov.2003): Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata pelajaran MPV. Pusat Perkembangan Kurikulum. Mohd Azhar Abd. Hamid.(2001). Kritis dan Kreatif. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd. Azhar Abd.Hamid (2004) Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis.Johor.Universiti Teknology Malaysia Popham,W.J (1975) .Educational Evaluation. New Jersey:Printice Hall Inc. Popham,W.J (2000). Testing: What every parent should know about school tests. London: Allyn & Bacon. Stoner (1984); The Function of Executives Cambridge, Harvard University Press: Strategy, Quality and Resources Philadelpia. Open University Press. Torrance, E.P. (1974). The Torrance tests of creative thinking: Technical- norms manual Bensenville, IL: Scholatic Testing Torrance, E. P. 1973. Creative Learning and Teaching. New York: Dodd Mead.

17

Vous aimerez peut-être aussi