Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Mata- mata pelajaran vokasional diperkenalkan bagi melahirkan pelajar berkemahiran dalam
bidang usaha yang relevan dan ber makna untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaaan,
memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di per ingkat yang lebih tinggi
Objektif-Objektif Program
• Memberi peluang yang luas kepada pelajar memilih mata pelajaran mengikut minat dan bakat
mereka
• Membekalkan kemahiran vokasional terutamanya kepada pelajar yang cenderung dalam
ketukangan tangan
• Memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah menengah akademik
• Sebagai persediaan aw al bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir dalam
perindustrian negara
Setiap sekolah boleh menaw arkan sehingga empat MPV (mengikut kesediaan sekolah) dengan
1-2 kelas bagi setiap mata pelajaran. Setiap kelas amali dikendalikan dalam jadual w aktu sekolah
(mengikut kesesuaian jadual) bagi 20-25 orang murid. MPV diperuntukkan 12 w aktu seminggu
kecuali mata pelajaran ‘Produksi Multimedia’ dan ‘Grafik Berkomputer’ yang dikendalikan dalam
masa 8 w aktu seminggu.
Pemilihan sekolah dibuat oleh satu jaw atankuasa terdiri daripada pegaw ai-pegaw ai dari Bahagian
KPM dan JPN berasaskan kepada kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu:
2
(i) Sekolah yang mempunyai kemudahan bengkel, bilik yang boleh diubah suai serta
ruang fizikal yang mencukupi untuk keperluan mata- mata pelajaran MPV tertentu.
(ii) Sekolah yang mempunyai guru yang layak dan ber minat mengajar MPV yang
ditaw arkan seperti Guru Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian untuk mata
pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian dan Tanaman Makanan. Walau
bagaimanapun, mulai tahun 2003 guru MPV akan ditempatkan di sekolah yang
memerlukan guru berkaitan.
(iii) Sekolah yang mempunyai ramai murid yang ber minat dalam bidang-bidang tertentu
MPV. Murid ini juga harus sekurang-kurangnya memperoleh ‘D’ dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam peperiksaan PMR. Bagi mur id yang
mengikuti mata pelajaran, Produksi Bahan Multimedia dan Grafik Berkomputer,
mereka harus mendapat sekurang-kurangnya ‘C’ dalam mata pelajaran matematik
dalam peper iksaan tersebut.
Lain-lain Kriteria
(iv) Sekolah yang berdekatan dengan pusat latihan seperti politeknik, SMT/V, Kolej
Komuniti, Pusat Giat Mara. Pusat latihan ini dapat membantu sekolah dalam
perkongsian kepakaran, latihan dan kemudahan.
(v) Sekolah yang mempunyai alam persekitaran /kaw asan perindustrian yang boleh
membantu MPV tertentu seperti kaw asan kilang perabot bagi mata pelajaran
‘Membuat Perabot’ atau kaw asan industri automobil bagi mata pelajaran ‘Menservis
Automobil’ dan ‘Menservis Motosikal’
(vi) Sekolah yang pernah/sedang mengendalikan Sekolah Ke Kerjaya akan
memudahkan pengendalian MPV.
(vii) JPN menentukan setiap daerah harus ada sekolah yang menaw arkan MPV dan
taburan penaw aran 22 MPV mengikut daerah harus memudahkan murid
mengambil mata pelajaran ini.
Pihak sekolah selain dar ipada dapat memenuhi syarat di atas harus mendapatkan kebenaran
bertulis daripada ibu/bapa murid yang mengambil MPV. Satu ujian minat/kecenderungan kepada
murid harus diadakan bagi memilih murid yang berpotensi. Satu taklimat/ceramah kepada murid
dan PIBG perlu dikendalikan.
3
Murid boleh mengambil satu atau lebih MPV dengan mata- mata pelajaran teras SPM. Mereka
juga boleh membuat kombinasi dengan mata pelajaran elektif lain seperti Perdagangan,
Pendidikan Seni atau Reka Cipta. Walau bagaimanapun, murid tidak boleh membuat kombinasi
dengan mata- mata pelajaran yang ada kaitan seperti:
Bahan-Bahan Kurikulum
Sekolah-sekolah yang menaw arkan mata pelajaran ini akan dibekalkan dengan bahan-bahan
berikut untuk setiap mata pelajaran
• Sukatan Pelajaran
• Huraian Sukatan Pelajaran
• Modul Pembelajaran (pengganti buku teks)
• Pada peringkat per mulaan, guru-guru mata pelajaran berkaitan seperti Kemahiran Hidup,
Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumah Tangga dan
Pertanian akan dipilih untuk mengajar mata-mata pelajaran tersebut.
• Guru-guru ini juga akan diberi latihan kemahiran lanjutan dari masa ke masa. JPN perlu
memohon peruntukan tambahan untuk latihan lanjutan ini.
• Bagi membantu guru-guru dalam mengendali ker ja amali, sekolah perlu mendapatkan tenaga
pengajar sambilan mahir daripada syarikat atau pusat latihan berdekatan
• Untuk rancangan masa panjang, institusi pengajian tinggi (selain dari maktab perguruan)
seperti Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra
Malaysia dan kolej. Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia akan dilibatkan dalam
penyediaan bakal-bakal guru.
4
SINOPSIS 22 MATA PELAJARAN
VOKASIONAL (MPV)
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan kemahiran asas kerja pembinaan batu
bata dan konkrit yang diperlukan dalam industri pembinaan terutamanya pembinaan rumah.
Murid mempraktikkan kerja menerap batu bata dan melepa bata serta kerja konkr it ter masuk kerja
simen fero. Murid perlu menguasai kemahiran melakukan kerja kemasan dengan menggunakan
cat emulsi dan jubin. Teknik memasang dan menanggalkan peranca (scaffolding) juga
didedahkan dengan menekankan kepada penjaminan keselamatan semasa bekerja. Murid yang
telah mengikuti mata pelajaran ini boleh menceburi pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang
pembinaan seperti penerap batu bata atau pelepa lantai/tembuk atau mengusahakan perniagaan
sendiri dalam bidang berkaitan.
Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mereka bentuk, membuat dan membaik
pulih perabot. Murid menguasai kemahiran menghasilkan kerja kayu pada tahap kemasan
sederhana melalui projek sepanjang pembelajaran. Antara produk yang dihasilkan ialah kerusi,
rak, meja kecil, bingkai gambar serta pelbagai hiasan dalaman yang menggunakan kayu seperti
panel dinding, kabinet dapur, siling dan tingkap. Antara kemahiran yang diberi ialah penggunaan,
penyenggaraan alat tangan kerja kayu dan mudah alih, penghasilan pelbagai jenis tanggam,
pembinaan projek melalui lukisan kerja. Peluang kerjaya murid yang boleh diceburi ter masuk
mengusahakan perniagaan sendiri atau bekerja di kedai perabot sebagai pembantu pembuat
perabot.
Mata pelajaran ini digubal untuk membekalkan murid dengan kemahiran dan ketrampilan dalam
bidang reka bentuk dan pembuatan tanda sebagai salah satu produk media komunikasi. Murid
didedahkan kepada beberapa aspek reka bentuk dengan tumpuan kepada penghurufan
(typography), penggunaan simbol-simbol grafik dan piaw aian w arna dalam menghasilkan kerja.
Murid boleh menguasai kemahiran menyediakan projek sebenar ber mula daripada penyediaan
lakaran pada kertas sehingga penyediaan papan tanda dan teknik pemasangannya. Pengalaman
pembelajaran murid ter masuk penghasilan lukisan tanda dalam 2D dan 3D kemahiran
menggunakan pelbagai teknik manual seperti cat, semburan serta penghasilan lukisan kerja pada
pelbagai media seperti kertas, kad, polisterin dan perspek. Penghasilan kerja grafik dengan
bantuan komputer (CAS - Computer Aided Signage) juga diperkenalkan. Melalui mata pelajaran
ini murid boleh menjadi pelukis atau pembantu pereka grafik di kilang grafik dan pengiklanan atau
mengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang berkaitan.
5
4. MATA PELAJARAN MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
Mata pelajaran ini berhasrat membolehkan murid membaiki peralatan elektrik domestik. Murid
dilatih menggunakan alat tangan dan peralatan ujian dengan menekankan langkah keselamatan
dan kaedah yang betul dan berkesan. Mur id menguasai kemahiran menguji, mengesan dan
mengenalpasti kerosakan serta menyenggara perkakas elektrik di rumah seperti seterika, cerek
elektrik, kipas, peti sejuk, alatan audio video. Prospek kerjaya murid ter masuk mengusahakan
kedai membaiki dan membekal alat elektrik atau bekerja sebagai operator di kilang elektronik.
Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang mempunyai kemahiran dalam bidang
pengendalian dan penyajian makanan. Dalam pembelajaran katering, murid mempraktikkan
kemahiran menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan pelbagai resipi
asas. Dalam pembelajaran penyajian, murid mengenal pasti peralatan menghidang,
menyediakan peranggu meja, menggubah bunga, melipat napkin dan mempraktikkan prosedur
melayan pelanggan. Dengan kemahiran yang diperoleh, murid boleh berkecimpung dalam bidang
katering atau masakan sebagai tukang masak, peramu saji atau pembantu katerer.
Mata pelajaran ini digubal untuk melahir kan murid yang mahir dan ber ketrampilan dalam bidang
pembuatan pakaian. Murid mereka dan melakar pakaian, mendraf pola dan membuat
penyesuaian serta menjahit pakaian seperti blaus, skirt, slek, baju kurung dan kebaya. Mereka
perlu menguasai kemahiran menggunakan alatan pembuatan pakaian; mengenal pasti, memilih
dan mengguna bahan jahitan dan hiasan pada pakaian; dan membuat anggaran perbelanjaan.
Dengan kemahiran asas ini, murid boleh menjalankan perniagaan sendiri sebagai tukang jahit,
pereka fesyen atau bekerja di kilang pakaian dan fesyen.
Mata pelajaran ini berhasrat melahirkan murid yang boleh menghasilkan anak benih tumbuhan
hiasan, menyenggara nurseri tumbuhan hiasan, merancang dan membina lanskap dengan
menggunakan teknologi semasa. Murid terlibat dalam kerja- kerja amali di tapak nurseri dan di
kaw asan perlandskapan. Murid perlu merancang, membina dan menyenggara kaw asan
landskap sekolah dan industri berkaitan semasa cuti penggal persekolahan. Di antara kemahiran
yang didedahkan kepada murid ialah mengenalpasti tumbuhan hiasan yang digunakan dalam
industri landskap; melakukan pembiakan tumbuhan; merancang; melukis pelan dan mereka
bentuk landskap; membina landskap lembut dan kejur; menyenggara kaw asan landskap; dan
mengurus perniagaan. Prospek kerjaya yang boleh diceburi oleh murid termasuklah
mengusahakan nurseri sendiri atau bekerja di syarikat nurseri atau landskap.
6
8. MATA PELAJARAN TANAMAN MAKANAN
Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mengusahakan tanaman makanan
seperti buah-buahan, sayur-sayuran, herba, ulaman dan cendaw an. Murid menjalankan kerja
amali mengenai kaedah penanaman yang meliputi penyediaan tapak atau kaw asan, pembajaan,
sistem pengairan, kaw alan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai dan penyimpanan
rekod ladang. Murid per lu terlibat dalam kerja-kerja amali dalam penanaman dan penjagaan
beberapa jenis tanaman seperti pisang, tembikai, saw i, pegaga, ulam raja dan cendaw an tiram.
Para lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran ini boleh mengusahakan ladang mini buah-
buahan dan sayur-sayuran atau bekerja di ladang berkaitan sebagai pembantu juruteknik
pertanian.
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan kemahiran dan pengetahuan dalam
kerja pemasangan dan penyambungan pelbagai jenis paip seperti PVC, G.I dan poli paip. Murid
juga menjalankan kerja menyenggara peralatan paip domestik seperti sinki, basin, show er dan pili.
Melalui mata pelajaran ini murid boleh bekerja sebagai juru kerja paip atau membuka perniagaan
sendiri.
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan asas teori dan amali dalam
bidang pendaw aian elektr ik. Murid mengamalkan langkah keselamatan dan menguasai
kemahiran mengenal pasti saiz dan sambungan kabel, menyambung litar asas, melukis dan
mentafsir gambarajah litar satu fasa, menggunakan alat penguji dan memasang litar domestik.
Melalui mata pelajaran ini mur id boleh bekerja dengan kontraktor pendaw aian atau membuka
perniagaan sendir i.
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam
pelbagai jenis ker ja kimpalan. Murid mengamalkan langkah keselamatan dan menjalankan kerja
kimpalan dengan menggunakan pelbagai jenis alatan tangan dan mesin. Kemahiran yang
dipelajari ter masuk proses pemotongan menggunakan gas oksi-asetelina, proses penyediaan
bahan dan sambungan serta mengimpal plat dan paip keluli berkarbon. Melalui mata pelajaran ini
murid boleh memulakan perniagaan sendir i atau bekerja di industri yang ter libat dengan kerja
kimpalan.
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang menservis kenderaan. Mur id mengamalkan langkah keselamatan dan menjalankan kerja
menggegas serta menggunakan pelbagai peralatan menservis. Murid menguasai kemahiran
menservis pelbagai sistem yang terdapat pada kenderaan iaitu sistem penyalaan, penyejukan,
pelinciran dan brek. Melalui mata pelajaran ini murid boleh memulakan perniagaan sendiri atau
bekerja dalam bidang kerja mekanik menservis kenderaan.
7
13. MATA PELAJARAN MENSERVIS MOTOSIKAL
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam
kerja mekanik motosikal yang merangkumi kemahiran mengesan kerosakan, menggantikan
komponen dan menguji kefungsian motosikal. Murid menguasai pelbagai kemahiran menservis
motosikal berkuasa 110 c.c. ke baw ah tanpa sistem kluc dan 250 c.c. ke baw ah dengan sistem
kluc. Murid juga menservis sistem brek, elektr ik dan elektronik, tayar, trans misi, dan bahan api.
Murid mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan. Melalui mata
pelajaran ini murid boleh memulakan perniagaan sendiri atau bekerja di bengkel menservis
motosikal.
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang menservis pelbagai peralatan penyejukan dan penyamanan udara. Murid mengamalkan
langkah keselamatan dan menjalankan kerja menggegas, penyambungan dan meraw at serta
mengecas pelbagai peralatan penyejukan dan penyamanan udara. Mur id juga mempelajari kerja
mengesan kerosakan pada peralatan penyejukan dan penyamanan udara. Melalui mata pelajaran
ini mur id boleh memulakan perniagaan sendiri atau mencerburi bidang kerja mekanik menservis
peralatan penyejukan dan penyamanan udara domestik.
Mata pelajaran ini membolehkan murid menguasai kemahiran memproses makanan. Murid
mengamalkan kemahiran dalam penyediaan, penyimpanan dan pembungkusan pelbagai
makanan iaitu konfeksionari, minuman, hasil fermentasi, hasil ikan, hasil daging dan tenusu serta
snek. Murid juga membuat pengiraan kos. Kemahiran asas dalam mata pelajaran ini
membolehkan mur id memulakan perniagaan sendiri atau bekerja di industri makanan ringan.
Dalam mata pelajaran ini murid menguasai kemahiran dan pengalaman menggunakan alat
solekan dan dandanan rambut dengan mengamalkan peraturan keselamatan. Kemahiran ini
merangkumi mencuci, menjaga, meraw at, menggunting, mengkrinting dan mew arna rambut.
Murid juga mempelajari kemahiran membela dan meraw at muka, solekan asas dan khas serta
membela dan menjaga kuku. Kemahiran asas dalam mata pelajaran ini membolehkan murid
membuka perniagaan sendiri atau bekerja di industri persolekan dan dandanan rambut.
Dalam mata pelajaran ini murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam mengurus dan
menyusun atur perabot serta menghias ruang dengan mengamalkan peraturan keselamatan.
Kemahiran ini merangkumi pemilihan skim w arna, reka bentuk corak dan penataan cahaya. Murid
mempraktikkan kemahiran teknik mengecat, memasang kertas penghias dinding, menggubah
bunga dan menggantung langsir. Mereka juga menghasilkan artikel hiasan dalaman yang kreatif.
Kemahiran asas dalam mata pelajaran ini membolehkan murid membuka perniagaan sendiri
dalam industri hiasan dalaman atau bekerja sebagai pembantu pereka hiasan dalaman.
8
18. MATA PELAJARAN ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Murid diber i pendedahan aw al kemahiran dan pengetahuan asas dalam pengasuhan kanak-
kanak. Murid diberi orientasi pekhidmatan taska dan tadika serta membuat pemerhatain terhadap
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Mata pelajaran ini merangkumi kemahiran
menyediakan per mainan secara kreatif dan selamat serta menyediakan makanan seimbang.
Kebersihan diri kanak-kanak dan persekitaran yang bersih dan selamat dititikberatkan. Murid
mempelajari pengurusan sumber dan kew angan serta mengamalkan perhubungan positif dengan
kanak- kanak, ibu bapa dan masyarakat. Melalui mata pelajaran ini murid boleh membuka
perniagaan sendir i atau bekerja di taska dan tadika.
Mata pelajaran ini bertujuan memberi murid pendedahan aw al dalam bidang perkhidmatan
penjagaan kesejahteraan w arga tua. Mur id mempelajari kemahiran membantu w arga tua dari segi
makanan, kebersihan diri, pergerakan, riadah dan rekreasi serta menyediakan persekitaran yang
selamat untuk menjaga kesihatan w arga tua. Mata pelajaran ini juga merangkumi kemahiran cara
menyayangi dan mengambil berat keperluan mental-emosi w arga tua, mengeratkan perhubungan
positif dan berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan w arga tua. Melalui mata pelajaran
ini murid boleh menceburkan dir i dalam industri perkhidmatan penjagan w arga tua dan bekerja
sebagai pembantu pusat kebajikan dan kesihatan atau membuka perniagaan sendiri.
Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mengusahakan ternakan ikan air taw ar,
ikan hiasan dan haiw an rekreasi. Mur id menjalankan kerja mereka bentuk perumah, kolam dan
akuarium serta membina sistem penapisan air dan pembuangan najis. Mereka melakukan kerja
pembenihan ikan serta membiak baka haiw an rekreasi dan tumbuhan akuatik. Murid juga
mempelajari cara memilih dan menyediakan makanan. Prospek kerjaya yang boleh diceburi oleh
murid ter masuklah mengusahakan pusat ternakan akuakultur atau haiw an rekreasi, membekal
benih dan aksesori atau bekerja di syarikat akuakultur dan haiw an rekreasi.
Mata pelajaran ini memberi pengetahuan teori, proses dan kaedah penghasilan bahan-bahan
multimedia yang menarik dan berkualiti. Pelajar menguasai pelbagai kemahiran yang antara lain
termasuk pengendalian komputer, perakam kamera video, kamera (still picture), alat perakam
audio dan alat pengimbas imej. Pelajar juga diberi kemahiran menukar format video dan audio
dari signal analog kepada digital dan sebaliknya. Penggunaan pelbagai perisian editor grafik,
video dan video serta alat pengarangan juga didedahkan. Selepas tamat pengajian, pelajar boleh
menceburi bidang pekerjaan yang bersangkutan dengan pengiklanan dan rakaman studio.
9
22. MATA PELAJARAN GRAFIK BERKOMPUTER
Mata pelajaran ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang pelbagai bentuk grafik serta
kaedah penghasilannya dengan menggunakan komputer. Pelajar juga memperoleh kemahiran
menggunakan dan mengendalikan komputer serta pelbagai perisian editor grafik yang relevan.
Selain itu, pelajar boleh menguasai kemahiran mengguna dan mengendalikan per kakasan lain
seperti pengimbas, pencetak, kamera digital. Bidang peker jaan yang pelajar boleh ceburi oleh
pelajar selepas tamat pengajian termasuklah pengiklanan dan studio rakaman.
Nota:
Tajuk “ Pengurusan dan Keusahaw anan” dimasukkan pada setiap mata pelajaran vokasional yang
mengandungi sub-tajuk “ Pengurusan di Tempat Kerja, Komunikasi dan Keusahaw anan.
10
JADUAL PELAKSANAAN MATA PELAJ ARAN VOKASIONAL
DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK HARIAN
(Tahun 2002 –2005)
Tahun Pelaksanaan
Bil. Mata Pelajaran Vokasional
2002 2003 2004 2005
(Fasa 1) (Fasa 2) (Fasa 3) (Fasa 4)
1. Pembinaan Domestik x
2. Membuat Perabot x
8. Tanaman Makanan x
9. Pemprosesan Makanan x
12
SEKOLAH AKADEMIK YANG MENAWARKAN MATA PELAJ ARAN VOKASIONAL
NEGERI KEDAH
3 SMK Dato’ Syed Ahmad, 06300 Kuala Nerang Padang Terap RJP LN
4 SMK Tunku Putera, 09100 Baling Baling LN TM
5 Kuala Muda /
SMK Sungai Pasir, 08000 Sungai Petani RJP LN
Yan
6 SMK Tunku Abdul Malik, Alor Merah, 05240 Alor Setar. Kota Setar KP LN
7 SMK Seri Mahawangsa, 06000 Jitra Kubang Pasu MP KP
8 SMK Simpang Kuala, 05400 Alor Setar Kota Setar SRT MP
9 SMK Tunku Panglima Besar, 09000 Kulim Kulim/ B. Baru KP LN
10 SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, 13200 Kepala Batas, Kepala Batas MPED KP
Seberang Perai.
S. Perai MP KP
11 SMK Simpang Empat ,14100 Simpang Ampat
Selatan
12 SMK Air Itam, Jalan Thean Teik, 11500 Pulau Pinang Pulau MPED RJP
13 SMK Sri Muda, 13000 Penaga, Seberang Perai S. Perai Utara MPED KP
14 SMK Raja Tun Uda, Jalan Tengah, 11950 Bayan Lepas Bayan Lepas MP KP
NEGERI PERAK
15 SMK Ulu Kinta, 31150 Ulu Kinta Kinta KP LN
16 SMK Alang Iskandar, 34300 Bagan Serai Kerian RJP KP
13
NEGERI SELANGOR
26 SMK Jalan Reko, Jalan Reko, 43000 Kajang H.Langat LN KP
27 SMK Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan Petaling LN KP
28 SMK Jugra, Jalan Jugra, 42700 Banting K.Langat RJP LN
29 SMK T.A. Rahman Putra, 45200 Sabak Bernam S.Bernam SRT RJP
30 SMK Taman Medan, Km 12 Jln. Klang Lama, 46000 P. Jaya Petaling KP LN
31 SMK Bukit Changgang, 42700 Banting K.Langat SRT KP
32 SMK Dato Hamzah, 42000 Pelabuhan Klang Klang SRT LN
33 SMK Meru Batu 7 Pekan Meru, 41050 Klang Klang SRT RJP
34 SMK Seri Selayang, 61800 Batu Caves Gombak SRT RJP
35 SMK Pengkalan Permatang, 45000 Kuala Selangor Kuala
MPED SRT
Selangor
W. P. KUALA LUMPUR
36 SMK Datok Lokman, 55100 Kuala Lumpur. Keramat MP LN
37 SMK Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur Sen tul MP LN
38 SMK Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur. Bangsar LN MPED
39 SMK Cheras, 56000 Kuala Lumpur. Pudu SRT KP
40 SMK Puteri Ampan Jalan Ampang, 5500 K.L. Keramat SRT KP
41 SMK(P) Air Panas, 53200 Kuala Lumpur. Sentul RJP KP
42 SMK Tinggi SetapaK Jalan Air Jernih, 53200 Kuala Lumpur. Bangsar PD LN
NEGERI SEMBILAN
43 SMK Labu 71900 Labu Labu PD LN
44 SMK Datuk Undang Abdul Manap, 73100 Johol Johol LN SRT
45 SMK Datuk Undang Jelebu, 71600 Kuala Klawang K. Kelawang TM -
46 SMK Undang Rembau 71309 Rembau Rembau LN -
47 SMK ZAABA,Kuala Pilah K.Pilah MP KP
48 SMK Pendeta Za'ba, 70400 Seremban. Seremban LN SRT
49 SMK Mambau, 70300 Seremban Seremban LN KP
50 SMK Datuk Undang Musa Al-Haj, 71600 Kuala Kelawang. K. Kelawang LN -
NEGERI M ELAKA
51 SMK Seri Pengkalan Alor Gajah Jasin RJP SRT
52 SMK Ade Putra, Masjid Tanah, 78300 Melaka Alor Gajah SRT KP
53 SMK Sungai Rambai, Sungai Rambai, 77400 Melaka Jasin PD TM
54 SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka. Alor Gajah KP LN
55 SMK Iskandar Shah, Jasin Jasin KP TM
14
NEGERI JOHOR
56 SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam, 86100 Batu Pahat. Batu Pahat SRT MP
57 SMK Dato’ Bentara DalaM Batu 2, Jalan Genuang, 85000
Segamat SRT KP
Segamat
58 SMK LKTP Belitong, 85000 Kluang. Kluang PD KP
59 SMK Parit Bunga, KM 5, Parit, Bunga, 8400 Muar. Muar SRT RJP
60 SMK Air Tawar, FELDA Air Tawar 2, 81920 Kota Tinggi. Kota Tinggi KP TM
61 SMK Bandar Tenggara, 81000 Kulai Kulai KP LN
62 SMK Tengku Aris Bendara, Batu 3, Jalan Mersing, 86000
Kluang RJP LN
Kluang.
63 SMK Telok Kerang, Pontian Pontian KP LN
64 SMK Seri Perling, Johor Bahru J.Bahru MP LN
65 SMK Anjung Batu, Mersing Mersing SRT KP
66 SMK Pekan Baru, Muar Muar LN KP
NEGERI PAHANG
67 SMK Sungai Lembing, 26200 Kuantan Kuantan SRT -
68 SMK Bukit Goh, 26050 Kuantan Kuantan MPED KP
69 SMK Dato Mahmud Mat, 26600 Pekan Pekan MPED PD
70 SMK Tengku Abdullah 26000 Pekan Pekan KP SRT
71 SMK Temerloh, 28000 Temerloh Temerloh SRT RJP
72 SMK Tengku Ampuan Afzan , 28100 Chenor Maran KP PD
73 SMK Padang Tengku, Kuala Lipis Lipis TM LN
74 SMK Seri Mahkota, Kuantan. Kuantan SRT LN
75 SMK Maran, Maran Maran RJP -
76 SMK Chanis, 26900 Bandar Tun Razak, Rompin SRT LN
NEGERI T ERENGGANU
77 SMK Geliga, 24000 Kemaman Kemaman MPED RJP
78 SMK Kompleks Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu Kuala T'ganu KP LN
15
NEGERI KELANTAN
82 SMK Pangkal Meleret , 18500 Machang Machang RJP LN
83 SMK Beris Panchor, 16320 Bachok Bachok RJP LN
84 SMK Pahi, Kuala Kerai K.Kerai SRT RJP
85 SMK Chetok, 17060 Pasir Mas P.Mas RJP TM
86 SMK Batu Gajah, 17510 Tanah Merah T.Merah KP LN
87 SMK Kadok, K. Bharu K.Bharu KP LN
88 SMK Puteri Kota Bharu K.Bharu RJP KP
NEGERI SARAWAK
89 SMK Penrissen, 93250 Kuching. Kuching LN -
90 SMK Lutong, 98100 Lutong,Miri. Miri RJP LN
91 SMK Jalan Oya, 96000 Sibu Sibu TM -
92 SMK Seri Patiambun, P.O. Box 317, 98700 Limbang Limbang RJP -
93 SMK Durin, 96000 Sibu. Sibu LN TM
94 SMK Song, Kapit Song RJP LN
95 SMK Bintulu, P.O. Box 97, 97007 Bintulu Bintulu LN KP
NEGERI SABAH
97 SMK Beaufort, Peti Surat 291, 89158 Beaufort Beaufort LN KP
98 SMK Taun Gusi, Peti Surat 81, 89158 Kota Belud Kota Belud SRT KP
99 SMK Gunsanad Peti Surat 85, 89007 Keningau Keningau KP LN
100 SMK Tenom, Peti Surat 195, 89908 Tenom. Tenom SRT TM
101 SMK Likas, Peti Surat 235, 88856 Kota Kinabalu. Kota Kinabalu SRT LN
16
SENARAI SEKOLAH YANG MENAWARKAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV)
DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK BAGI PERLAKSANAAN TAHUN 2003
7 SMK Syed Ibrahim, 06700 Pendang Padang Terap Pendang LN(1-25) KP(1-25)
9 SMK Kubang Rotan, 06250 Alor Setar Kota Setar SRT(1-25) KP(1-25)
16 SMK Paya Keladi, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara TM(1-25)
17
SMK Datuk Hj. Abd Kadir, 13200 Kepala
19 Seberang Perai Utara PM(1-25)
Batas
NEGERI PERAK
26 SMK Tat Beng, 34800 Trong Larut Matang Selama PD(1-25) RJP(1-25)
29 SMK Sri Istana Jln. Istana, 41000 Klang Klang PM(1-25) MPED(1-25)
18
NEGERI SEMBILAN
SMK Teriang Hilir, 72400 Simpang
40 Durian Jelebu SRT (1-25) MPED(1-25)
NEGERI M ELAKA
19
SMK Dato' Onn, Simpang Lima 83000
61 Batu Pahat MPED(1-25) KP(1-25)
Batu Pahat
NEGERI T ERENGGANU
20
82 SMK Jeram, 16800 Pasir Putih Pasir Putih SRT(1-25) RJP(1-25)
85 SMK Raja Sakti 16150 Kota Bharu Kota Bahru SRT(1-25) KP(1-25)
86 SMK Gual Periok, 17000 Pasir Mas Pasir Mas LN(1-25) TM(1-25)
87 SMK Alor Pasir, 17500 Tanah Merah Tanah Merah RJP(1-25) LN(1-25)
NEGERI SARAWAK
NEGERI SABAH
SMK Muhibbah, Jln. Cecily Utara,
96 90000 Sandakan Sandakan LN(1-25) KP(1-25)
W.P. LABUAN
21
SMK Membedai, P.S.81367, 87027
102 Labuan LN(1-25) SRT(1-25)
W.P. Labuan
KUNCI
PD - Pembinaan Domestik
MP - Membuat Perabot
TM – Tanaman Makanan
NOTA : Maklumat terperinci boleh diperolehi daripada Bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional, Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
22
SENARAI SEKOLAH YANG MENAWARKAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV)
NEGERI PERLIS
NEGERI KEDAH
Padang Terap/
6 SMK Kubor Panjang, 06760 Alor Setar, Kedah PD(1-25)
Pendang
Kuala
7 SMK Bakar Arang, 08500 Kuala Muda, Kedah APAK(1-25)
Muda/Yan
Kuala
8 SMK Sg. Layar, 08000 Sg. Petani, Kedah TM(1-25)
Muda/Yan
Kulim/Bandar
9 SMK Datuk Lela Pahlawan, 09400 P. Serai MA(1-25)
Baru
10 SMK Tunku Abd. Aziz, 06650 Alor Setar, Kedah Kota Setar LN(1-25)
11 SMK Pokok Sena, 06400 Pokok Sena, Kedah Kota Setar SRT(1 - 25)
23
Kuala
12 SMK Tunku Sulong, 08700 Gurun, Kedah RJP(1-25)
Muda/Yan
14 SMK Syed Abu Bakar, 09200 Kupang , Kedah Baling/Sik Pen. D(1-25)
##SRT
SMK WESTLANDS Jalan Khaw Sim Bee
22 Pulau Pinang GB(1-25) (Tahun
10400 PULAU PINANG
2003)
NEGERI PERAK
24
25 SMK Pantai Remis, 34900 Pantai Remis, Perak Manjung PMDR(1-25)
26 SMK Ulu Bernam, 36500 Ulu Bernam, Perak Hilir Perak TM(1-25)
## KP
34 SMK Raja Shariman, 32700 Bruas Manjung GB(1-25) (Tahun
2003)
## PD
35 SMK Abu Bakar Al Baqir, 34300 Bagan Serai Krian Pe.m(1-25) (Tahun
2003)
## GB
36 SMK Tun Abdul Razak, 36200 Selekoh Hilir Perak PM(1-25) (Tahun
2003)
## KP
37 SMK Kg. Pasir Puteh, 31650 Ipoh, Perak Kinta GB(1-25) (Tahun
2003)
## LN
SMK Dato' Sri Maharaja Lela, 36800 Kg. Gajah,
38 Perak Tengah GB(1-25) (Tahun
Perak
2003)
25
## RJP
SMK Raja Muda Musa, 33007 Kuala Kangsar,
39 Kuala Kangsar PM(1-25) (Tahun
Perak
2003)
41 SMK Seri Tapah, 35000 Tapah, Perak Batang Padang GB(1-25) Pe.m(1-25)
NEGERI SELANGOR
26
SMK Bagan Terap, 45300 Sungai Besar,
52 Sabak Bernam TM(1-25)
Selangor
54 SMK Bandar Baru Batang kali,44300 Btg kali Hulu Selangor MA(1-25)
55 SMK Jalan Bukit ,Jln. Bukit 43000 kajang Hulu Langat MPED(1-25)
NEGERI SEMBILAN
27
SMK Batu Kikir, 72200 Batu Kikir, Negeri MPPPU(1 -
65 Jempol
Sembilan 25)
NEGERI MELAKA
MPPPU(1-
73 SMK Seri Kota, Jalan Air Leleh, 75050 Melaka Melaka Tengah 25)
28
SMK Dato Bendahara, Jln Pegawai, 77000
78 Melaka Tengah KP(1 - 25)
Jasin, Melaka
## KP
SMK Tun Tuah, Kg. Lapan, Bachang, 75200
82 Melaka Tengah AHR(1-25) (Tahun
Melaka
2003)
NEGERI JOHOR
29
SMK Buloh Kasap, KM 8, Buloh Kasap, 85010
91 Segamat TM(1-25)
Segamat, Johor
## RJP
SMK Tengku Mahkota, Jalan Temenggung
93 Muar GB(1-25) (Tahun
Ahmad, 84000 Muar, Johor
2003)
## MP
SMK Bukit Gambir, Kg. Sg. Jaya, 84800 Bukit
94 Muar GB(1-25) (Tahun
Gambir, Johor
2003)
96 SMK Sri Kukup, 82300 Kukup, Pontian, Johor Pontian Pe.m(1-25) AHR(1-25)
NEGERI PAHANG
Cameron
102 SMK Kg. Raja, 39010 Tanah Rata, Pahang TM(1-25)
Highlands
30
104 SMK Pelabuhan, 26100 Kuantan Kuantan MP(1-25)
## TM
106 SMK Merapoh, 27210 Kuala Lipis, Pahang Lipis AHR(1-25) (Tahun
2003)
## RJP
107 SMK Chini , 26690 Chini Pekan AHR(1-25) (Tahun
2003)
## LN
108 SMK Mentakab, 28400 Mentakab, Pahang Temerloh GB(1-25) (Tahun
2003)
NEGERI TERENGGANU
Kuala
112 SMK Sg. Tong, 21500 Setiu, Terengganu MA(1-25)
Trengganu
## KP
116 SMK Saujana, 22110 Setiu, Terengganu Setiu AHR(1-25) (Tahun
2003)
31
SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Kuala
117 GB(1-25)
Terengganu, Terengganu Trengganu
Kuala
118 SMK Merchang, Kuala Terengganu, Terengganu PM(1-25)
Trengganu
NEGERI KELANTAN
119 SMK Dewan Beta, 15100 Kota Bahru, Kelantan Kota Bharu LN(1 - 25)
MPED(1 -
121 SMK Jeli, 17600 Jeli, Kelantan Jeli
25)
124 SMK Perempuan, 17000 Pasir Mas Pasir Mas PD(1 - 25)
125 SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan Pasir Mas GB(1-25)
NEGERI SARAWAK
Kuching
129 SMK Gedong, 94700 Serian, Sarawak SRT(1 - 25)
/Samarahan
32
Kuching/ MPED(1 -
130 SMK Serian, Jln Ilmu, 94700 Serian, Sarawak
Samarahan 25)
SMK Datuk Patinggi Hj. Abdul Gapor, Jln Tun Kuching/ Pe.m
134 Jugah, 93350 Stampin, 93350 Kuching, Sarawak LN(1-25)
Samarahan (1-25)
(Pendidikan Khas)
NEGERI SABAH
Pantai Barat
138 SMK Mat Salleh, Peti Surat 43, 89307 Ranau TM(1-25)
Utara
140 SMK Kinabutan, Peti Surat 60267, 91012 Tawau Tawau KP(1-25)
33
## PM
143 SMK Bukit Garam, WDT 12, Kota Kinabatangan Sandakan GB(1-25) (Tahun
2003)
## LN
SMK Agaseh, Peti Surat 60254, 91112 Lahat
144 Tawau GB(1-25) (Tahun
Datu, Sabah
2003)
W.P. LABUAN
149 SMK Pantai, P/S 81097, 87020 W.P Labuan W.P Labuan KP(1-25)
151 SMK Labuan, Peti Surat 81094, 87021 Labuan W.P Labuan PM(1-25)
34