Vous êtes sur la page 1sur 2

Kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara bagi memastikan remaja lepasan SPM mempunyai jati diri

selaras dengan kehendak Wawasan 2020. Jelaskan kepentingan menyertai program ini. 1. Kepesatan pembangunan negara yang semakin rancak pada hari ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang setanding dengan negara maju yang lain. 2. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mencari inisiatif baru untuk mengekalkan prestasi negara dengan menyediakan modul-modul yang berkualiti untuk pemimpin pada masa hadapan. 3. Selaras dengan usaha tersebut, kerajaan telah menyediakan Program Latihan Khidmat Negara untuk pemuda-pemudi yang bakal melaksanankan visi dan misi negara pada masa akan datang. 4. Program ini mewajibkan penyertaan kepada warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tidak kira bangsa atau jantina. 5. Persoalannya, apakah rasionalnya pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai Program Latihan Khidmat Negara? program ini dapat mengisi masa senggang para pelajar lepasan SPM yang kebanyakannya tidak dimanfaatkan secara berkualiti.

6.

7. Remaja hari ini telah cenderung untuk terjebak dalam masalah sosial seperti lepak, lumba haram, penyalahgunaan dadah, dan seks rambang. 8. Tempoh masa tiga bulan yang diperuntukkan bagi menjayakan program ini sememangnya amat sesuai bagi pelajar tersebut sementara menunggu keputusan peperiksaan. Masa tersebut sekurang-kurangnya diisi secara sistematik. 9. Selain itu, program ini dapat juga membina semangat jati diri golongan remaja.\

10. Seperti yang kita lihat pada hari ini, golongan remaja merupakan golongan yang paling banyak menyumbang kepada kadar jenayah negara. 11. Mereka mudah tenggelam dalam arus globalisasi kini yang sememangnya banyak memberikan cabaran. 12. Melalui program ini, remaja dapat membentuk jati diri agar menjadi insan yang lebih produktif.

13. Program ini bukan sahaja berkonsepkan ketenteraan malah kompenen-kompenen lain juga turut ditekankan seperti memupuk semangat kerjasama berpasukan serta memupuk perpaduan dalam kalangan remaja itu sendiri. 14. Program ini juga bertujuan untuk melatih mereka supaya mementingkan perpaduan kerana tunggak kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan itu sendiri. Di samping itu, disiplin diri dapat juga dibentuk melalui program ini. Program ini menyediakan pelbagai aktiviti yang berbentuk ketahanan fizikal serta keupayaan mental peserta. Melalui program ini juga peserta dilatih untuk menepati masa serta menjadikan disiplin sebagai tunjang utama dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana kerajaan berhasrat untuk melahirkan individu yang berdisiplin serta menepati masa bagi merangka pembangunan negara pada masa hadapan. Satu perkara lagi, melalui program ini juga semangat patriotisme dalam kalangan remaja lepasan SPM dapat dipupuk. Pelaksanaan program ini amatlah wajar dan tepat pada masanya. Oleh itu, Program Latihan Khidmat Negara menjadi wadah terbaik untuk menyuntik semangat cinta akan negara dalam sanubari para peserta. Semangat berkorban demi negara amatlah dituntut seperti kata pepatah biar putih tulang, jangan putih mata. Konklusinya, penyertaan lepasan SPM dalam Program Latihan Khidmat Negara amatlah wajar. Program tersebut dapat melatih peserta untuk bersikap lebih berdisiplin serta memiliki nilai-nilai mahmudah dalam diri. Golongan inilah yang akan menjadi pelapis negara pada masa akan datang. Kepekaan kerajaan terhadap masalah generasi muda pada hari ini adalah penting bagi melancarkan pentadbiran negara. Anjakan paradigma juga harus dilakukan agar Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Vous aimerez peut-être aussi