Vous êtes sur la page 1sur 8

AMALI 1

Tajuk : Haba Peneutralan Tujuan : Menentukan haba peneutralan di antara asid kuat dan bes kuat. Bahan: 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 asid sulfurik (H2SO4) 1.0 mol dm-3 natrium hidroksida (NaOH) 1.0 mol dm-3 asid nitrik (HNO3) 1.0 mol dm-3 kalium hidroksida (KOH)

Radas: 25 cm3 pipette. Termometer (0oC 110oC) + 0.2oC Silinder penyukat 100 cm3 Bikar 2 buah cawan plastik Air suling Kepingan asbestos

Prosuder :

1. 25 cm3 larutan asid hidroklorik dimasukkan ke dalam cawan plastik dengan menggunakan pipette. Suhu awal larutan asid hidroklorik diukur dan direkodkan dalam jadual. 2. 60cm3 larutan natrium hidroksida ditambah ke dalam cawan plastik yang dikacau dengan cara menggerakkannya di atas kepingan asbestos. mengandungi larutan asid hidroklorik dengan menggunakan silinder penyukat. 3. Campuran Dengan menggunakan termometer, perubahan suhu campuran diperhatikan dan suhu tertinggi yang dicapai dicatatkan dalam jadual. 4. Radas dibersihkan dengan menggunakan air suling dengan diulang sebanyak 3 kali. 5. Langkah di atas diulang dengan menggunakan larutan-larutan berikut: a) 25cm3 larutan asid sulfurik dan 60cm3 larutan natrium hidroksida . b) 25cm3 larutan asid nitrik dan 60cm3 larutan kalium hidroksida. Langkah Berjaga-Jaga 1. Suhu awal bagi larutan asid hidroklorik, larutan asid sulfurik dan larutan asid nitrik hendaklah diambil selepas termometer dibiarkan seketika (beberapa saat) sebelum suhu awal diambil. Hal ini untuk membolehkan kita mengukur suhu yang mantap. 2. Campuran larutan perlu dikacau perlahan-lahan sebelum bacaan suhu diambil supaya suhu larutan sekata. 3. Suhu campuran tindak balas yang diambil mestilah merupakan suhu maksimum yang dicapai semasa tindak balas. Perkara ini dapat diperoleh dengan membiarkan termometer di dalam cawan plastik selama beberapa saat. Suhu maksimum direkodkan dalam jangka masa itu untuk mendapatkan suhu yang maksimum. 4. Gunakan dua cawan plastik secara berlapis untuk mengelakkan kehilangan haba ke persekitaran. 5. Basuh radas yang hendak digunakan kembali menggunakan air suling dengan diulangi tepat.. 6. Tutup kipas supaya keputusan eksperimen lebih tepat. sebanyak tiga kali bagi memastikan keputusan eksperimen yang lebih

Gambarajah

Termometer

Penutup

Cawan plastik

Campuran larutan asid kuat dan bes kuat

Kepingan asbestos

Keputusan Suhu Awal Larutan Asid / oC (+0.2oC) 30 30 3 Suhu Tertinggi Campuran Larutan Asid dan Bes / oC (+0.2oC) 31 31 Perubahan Suhu, T / o C (+0.2oC) 1 1

Campuran Larutan 25 cm3 larutan asid hidroklorik + 60cm3 larutan natrium hidroksida 25cm3 larutan asid sulfurik + 60cm3 larutan natrium hidroksida

25cm3 larutan asid nitrik + 60cm3 larutan kalium hidroksida Perbincangan

30

31

Peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan bes untuk menghasilkan garam dan air. Dalam tindak balas peneutralan antara asid dan alkali, hanya ion hidrogen daripada asid dan ion hidroksida daripada alkali berpadu untuk membentuk molekul air. Semua tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik, iaitu membebaskan haba dan bersimbol H bertanda negatif H+(ak) + OH-(ak) H2O (ce) H = negatif

Haba peneutralan ialah haba yang dibebaskan apabila 1 mol ion H + bertindak balas dengan 1 mol ion OH- untuk menghasilkan 1 mol air pada keadaan piawai. Berdasarkan eksperimen; a) 25 cm3 larutan asid hidroklorik + 60cm3 larutan natrium hidroksida, Haba yang dibebaskan, H = m x c x T dimana; m = jisim larutan T = perubahan suhu Maka = 25 g + 60 g = 85 g = 31 oC 30 oC = 1 oC c = muatan tentu larutan = 4.2 Jg-1oC-1

H = m x c x T
= 85 g x 4.2 Jg-1oC-1 x 1 oC = 357 J = 3.57 kJ Bilangan mol HCl (ak) yang digunakan = MV /1000 = 1.0 x 25 cm3 / 1000 = 0.025 mol

Bilangan mol NaOH (ak) yang digunakan = MV /1000 = 1.0 x 60 cm3 / 1000 = 0.06 mol Daripada persamaan; HCl
(ak)

+ NaOH(ak) NaCl(ak) + H2O(ce) boleh disimpulkan

bahawa 0.025 mol ion H+ bertindak balas dengan 0.025 mol ion OH- untuk menghasilkan 0.025 mol molekul air. Maka, pembentukan 1.0 mol molekul air H2O membebaskan = 3.57 kJ x (1/ 0.025 mol) = 142.8 kJ Oleh itu, haba peneutralannya, H = -142.8 kJmol-1 b) 25cm3 larutan asid sulfurik + 60cm3 larutan natrium hidroksida Haba yang dibebaskan, H = m x c x T dimana; m = jisim larutan T = perubahan suhu = 25 g + 60 g = 85 g = 31 oC 30 oC = 1 oC c = muatan tentu larutan = 4.2 Jg-1oC-1

Maka

H = m x c x T
= 85 g x 4.2 Jg-1oC-1 x 1 oC = 357 J = 3.57 kJ Bilangan mol H2SO4(ak) yang digunakan = MV /1000 = 1.0 x 25 cm3 / 1000 = 0.025 mol

Bilangan mol NaOH(ak) yang digunakan = MV /1000 = 1.0 x 60 cm3 / 1000 = 0.06 mol Daripada persamaan; 2H2SO4 (ak) + NaOH(ak) NaSO4(ak) + 2H2O(ce) boleh disimpulkan bahawa 0.025 mol ion H+ bertindak balas dengan 0.025 mol ion OHuntuk menghasilkan 0.025 mol molekul air. Maka, pembentukan 1.0 mol molekul air H2O membebaskan = 3.57 kJ x (1/ 0.025 mol) = 142.8 kJ Oleh itu, haba peneutralannya, H = -142.8 kJmol-1

c) 25cm3 larutan asid nitrik + 60cm3 larutan kalium hidroksida Haba yang dibebaskan, H = m x c x T dimana; m = jisim larutan T = perubahan suhu Maka = 25 g + 60 g = 85 g = 31 oC 30 oC = 1 oC c = muatan tentu larutan = 4.2 Jg-1oC-1

H = m x c x T
= 85 g x 4.2 Jg-1oC-1 x 1 oC = 357 J = 3.57 kJ Bilangan mol HNO3(ak) yang digunakan = MV /1000 = 1.0 x 25 cm3 / 1000 = 0.025 mol 6

Bilangan mol KOH(ak) yang digunakan = MV /1000 = 1.0 x 60 cm3 / 1000 = 0.06 mol Daripada persamaan; HNO3(ak) + KOH(ak) KNO3(ak) + H2O(ce) boleh disimpulkan bahawa 0.025 mol ion H+ bertindak balas dengan 0.025 mol ion OHuntuk menghasilkan 0.025 mol molekul air. Maka, pembentukan 1.0 mol molekul air H2O membebaskan = 3.57 kJ x (1/ 0.025 mol) = 142.8 kJ Oleh itu, haba peneutralan, H = -142.8kJmol-1

Kesimpulan Haba tindak balas peneutralan antara asid kuat dan bes kuat adalah tetap iaitu -142.8kJmol-1 Soalan susulan 1. Tuliskan persamaan lengkap dan persamaan ion bagi setiap tindak balas. a) 25 cm3 larutan asid hidroklorik + 60cm3 larutan natrium hidroksida HCl (ak) + NaOH(ak) NaCl(ak) + H2O(ce) H+(ak) + OH-(ak) H2O(ce) b) 25cm3 larutan asid sulfurik + 60cm3 larutan natrium hidroksida 2H2SO4 (ak) + NaOH(ak) NaSO4(ak) + 2H2O(ce) 2H+(ak) + OH-(ak) 2H2O(ce) 7

c) 25cm3 larutan asid nitrik + 60cm3 larutan kalium hidroksida HNO3(ak) + KOH(ak) KNO3(ak) + H2O(ce) H+(ak) + OH-(ak) H2O(ce)

2. Bandingkan haba peneutralan bagi ketiga-tiga tindak balas. peneutralan berbeza atau sama? Jelaskan.

Adakah haba

Haba bagi ketiga-tiga tindak balas adalah sama kerana ianya melibatkan tindak balas antara asid kuat dan bes kuat. OH-. Setiap haba peneutralan melibatkan penghasilan satu mol air daripada perpaduan antara satu mol H + dengan satu mol

Vous aimerez peut-être aussi