Vous êtes sur la page 1sur 4

Pembangunan Modal Insan

2010

http://www.scribd.com/doc/27751198/Definisi-Modal-Insan

Definisi MODAL INSAN atau human capital The set of skills which an employee acquires on the job, through training and experience, and which increase that employee's value in the marketplace. http://www.investorwords.com/2359/human_capital.html Human capital refers to the stock of productive skills and technical knowledge embodied in labour. http://en.wikipedia.org/wiki/Human_capital Modal insan bermaksud: Mempunyai sakhsiah yang terpuji Menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip Berintegriti: ada wawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, pema ntaun dan adab dan akhlak terpuji (kertas kerja I Dr. Che Noraini Bt Hashim, Pensyarah UIAM pada konvensyen tersebut) Kepentingan Modal Insan Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mereka mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.

Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi. PM Malaysia (Petikan Perutusan Hari Kemerdekaan ke-48)

Pembangunan Modal Insan

2010

Modal Insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Oleh itu, pembangunan modal insane akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistic merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalu pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. (Rancangan Malaysia ke-9: RMK 9)

Tidak dapat kita nafikan modal insan merupakan satu-satunya jawapan untuk mengisi kelompongan-kelompongan nilai murni dikalangan rakyat Malaysia tatkala ini. Kejadian rasuah, pecah amanah, gangguan seksual dan jenayah lain terjadi kerana ketiadaan modal insan dikalangan masyarakat. Bukan hendak menuding jari ke mana-mana pihak, tetapi disebalik ambang kemerdekaan ke-51 negara pada 31 Ogos ini, di manakah kedudukan modal insan di Malaysia yang menjadi subjek utama untuk ditekankan di peringkat atasan.

Bagi umat Islam, apabila kita membincangkan tentang modal insan pasti sekali kita akan berbalik kepada pengisian dari sudut rohani. Dalam menghadapi zaman fitnah yang dahsyat ini, tarbiyyah(didikan) semestinya diperlukan oleh semua.Pengisian rohani bukan saja perlu diterapkan kepada sesetengah golongan sahaja bahkan ianya juga perlu diterapkan pada setiap diri seseorang yang bergelar insan.Isu pembuangan bayi yang biasa terpampang di muka hadapan akhbar akhir-akhir ini bukti betapa ceteknya pengisian rohaniah dalam diri rakyat Malaysia.

Namun, modal insan bukan sahaja khusus untuk masyarakat Islam malah kepada seluruh manusia. Pemimpin perlu mengambil serius mengenai isu ini kerana negara yang kuat lahir dari pemimpin yang berkaliber. Perlu diingat bahawa untuk mengubah nasib orang lain, diri sendiri perlu dimulai dahulu.
2

Pembangunan Modal Insan

2010

DEFINISI MENURUT ISLAM Istilah modal insan pada mulanya dipercayai pertama kali dibincangkan oleh Arthur Cecil Pigou (1877-1959) dalam karyanya, A Study in Public Finance pada tahun 1928. Kemudiannya diikuti tokoh-tokoh seperti Jacob Mincer dalam artikelnya Investment in Human Capital and Personal Income Distribution pada tahun 1958 dan Gary Becker dalam Human Capital pada tahun 1964. Pada aspek yang tertentu, idea mereka menyamai idea Karl Marx (1818-1883) iaitu konsep labor power.

Bagi definisi Barat, pembangunan modal insan didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan kebolehan orang yang diguna dalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain, mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Menurut perspektif mereka, mereka begitu memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia dari sudut pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat.

Sebaliknya, pada perspektif Islam, modal insan dilihat tidak sekadar mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosional bahkan melibatkan pembangunan spiritual. Islam melihat modal insan sebagai suatu konsep yang amat luas dan lebih terperinci tanpa terdapat lompang-lompang yang tidak dihuraikan. Definisi yang komprehensif ini dapat menjelaskan betapa pentingnya sumber ini kepada sesebuah negara khususnya umat Islam.

Definisi modal insan dalam Islam sangat berbeza daripada Barat yang asasnya adalah fahaman kapitalis. Islam mengenal pasti pembangunan sumber manusia sebagai elemen terpenting dalam modal insan kerana sumber yang utama ialah individu. Modal insan tidak seharusnya dilihat dari sudut latihan, kemahiran, kepakaran, profesional, kelebihan maklumat dan sebagainya malah harus mempunyai ciri-ciri pembangunan ke atas insan yang menerapkan sifat-sifat amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif, cergas dan bertamadun.

Pembangunan Modal Insan

2010

Keperluan dunia semata-mata tidak akan memberi kelebihan ke atas pembangunan modal insan kerana tujuan penciptaan manusia ialah jelas seperti maksud Surah AzZariyat ayat 56; Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.

Hasil akhir yang cemerlang adalah tonggak utama pembangunan modal insan dalam Islam kerana Islam telah menyediakan satu sistem hidup yang lengkap dari mula lahir hinggalah ke akhir hayat. Konsep pembangunan sumber manusia dalam Islam adalah proses menyeluruh untuk membentuk insan yang berguna. Manusia yang lahir kelak akan menerima janji daripada Tuhannya iaitu ; Sekiranya penduduk sesuatu negeri itu bertakwa nescaya Kami akan membuka kepada mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. (Surah Al-Araf ayat 96)

Modal insan yang diketengahkan oleh Islam bukan hanya melahirkan individu yang pakar, mahir ataupun profesional dalam bidang masing-masing tetapi penuh dengan nilai-nilai positif seperti amanah, jujur dan sebagainya. Pembentukan nilai-nilai ini tidak sekadar memenuhi kehendak organisasi malah untuk masyarakat dan negara.

Vous aimerez peut-être aussi