Vous êtes sur la page 1sur 22

PEMBENTUKAN KATA

Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses mengolah unsurunsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: (i) bentuk kata tunggal, (ii) bentuk kata terbitan, (iii) bentuk kata majmuk, dan (iv) bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itu melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan. Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata. Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan awal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen (daripada cerita pendek), Gapena (daripada Gabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar rancak). Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar. Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tatacontohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu an, -wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran kan dan i. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN--an, ke--an, pe-an, dan peR--an yang membentuk kata nama; dan meN--kan, beR-..-kan, meN--kan, meN--i, dan mempeR--kan yang membentuk kata kerja. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.

Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar, contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan, menjadikannya vocal e pepet. Misalnya, lakilalakilelaki. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada kata kerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar, contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai. Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus; melalui pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda. PROSES PEMBENTUKAN KATA Pada umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan bentukbentuk kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda. KATA TUNGGAL Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian termasuk dalam kumpulan kata tunggal. Kata tunggal terbahagi kepada dua: kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal dua suku kata atau lebih. Di samping itu, terdapat juga kata tunggal yang tidak pernah menerima sebarang imbuhan seperti ini, itu, sini, dan sana. Namun begitu, kebanyakan kata tunggal boleh diperluas untuk menjadi bentuk terbitan.

(i)Kata tunggal satu suku kata Contoh pola gabungan konsonan-vokal dua kata tunggal bahasa Melayu ialah seperti berikut:

NO. POLA 1. KV 2. VK 3. KVK 4. KKVK 5. KVKK 6. KKKV 7. KKKVK

ru bah brek bank straw

CONTOH ya yu am cat dan draf gred seks teks skru skrip Spring

(ii) Kata tunggal dua suku kata NO. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. POLA V + KV V + VK V + KVK VK + KV VK + KVK KV + V KV + VK KV + KVK KV + KVK KVK + KV CON TOH apa ela air aur alas ekor abdi inti embun indah doa ria diam kuih buku guru mulut pukul binti sendi

KATA TERBITAN

Kata terbitan berawalan Awalan dapat hadir dalam kata nama terbitan, kata kerja, dan kata adjektif terbitan seperti: BIL. AWALAN CONTOH CONTOH 1. Kata nama pepedagang pelari pelpelajar pempembuat pembuka penpenderma pendatang pengpenggubak pengganti Pengepengelap pengebom jurujururawat juruwang keketua kelipat mahamahasiswa maharaja tatatatacara tatatertib dwidwibahasa dwifungsi 2. Kata kerja memenyikat merasa memmembasuh membilang BIL. AKHIRAN CONTOH CONTOH menmendakwa mendaki 1. Kata nama mengmengajar mengikut ..-ah sultanah ustazah mengemengecat mengetam ..-an jualan pameran memper- memperisteri memperhamba ..-at muslimat hadirat beberupa berasa ..-in hadirin muslimin belbelajar belunjur ..-man seniman budiman didibasuh digilap ..-wan jutawan karyawan diperdiperoleh dipercepat 2. Kata kerja tertertulis terjebak ..-kan naikkan bukakan 3. Kata ..-i sertai duduki adjektif sesemanis sesejuk teterendah teringin terterbersih terbesar

Kata terbitan berakhiran Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan seperti:

Kata terbitan berapitan

Apitan hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti: BlL. 1. APITAN Kata nama pe-..-an pem..-an peng..-an ke-..-an Kata kerja CONTOH perasaan pembalakan pengajaran keindahan CONTOH pemalsuan pembekuan pengesahan kelainan

2.

3.

me-..-kan men-..kan ber-..-an di-..-kan diper-..-kan memper-..kan ke-..-an Kata adjektif ke-..-an

menaikkan menjadikan bermaafan disampaikan diperlihatkan

memainkan mentafsirkan bersalaman dibukukan diperbahaskan

memperhatikan memperlakukan kehausan kepanasan kemelayuan kecinaan

Kata terbitan bersisipan Sisipan ialah bentuk imbuhan yang menyisipi bahagian tengah kata dasar. Bil. 1. Sisipan Kata nama ..-el-.. ..-er-.. Kata adjektif ..-em-.. ..-in-.. Contoh telepak serabut Contoh telunjuk keruping

2.

gementar semerbak sinambung

KATA MAJMUK Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap seperti: Contoh 1 Kata dasar 1 air ambil meja ketua Kata dasar 2 mata alih tulis menteri Kata majmuk air mata ambil alih meja tulis ketua menteri

tanggung antara

jawab bangsa Contoh 2

tanggungjawab antarabangsa

Kata dasar 1 antara apa apa apa bagai barang beri bumi dari dari duka hulu jawatan kaki ke kerja mana Mata olah pada Pesuruh setia suka suruhan tanda tanggung warga

Kata dasar 2 bangsa bila kala lagi mana kali tahu putera hal pada cita balang kuasa tangan pada sama kala hari raga hal jaya usaha rela jaya tangan jawab negara

Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan antarabangsa apabila apakala apalagi bagaimana Barangkali Beritahu Bumiputera darihal Daripada Dukacita Hulubalang Jawatankuasa Kakitangan Kepada Kerjasama Manakala Matahari Olahraga Padahal Pesuruhjaya Setiausaha Sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab Warganegara

Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi ia dieja atau ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah: Kata Majmuk kuat kuasa kemas kini anak tiri ibu bapa Apitan peN....an meN...kan meN...kan ke...an Ejaan Penguatkuasaan Mengemaskinikan Menganaktirikan Keibubapaan

kuat kuasa campur aduk

di...kan peR...an

Dikuatkuasakan Percampuradukan

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah. Imbuhan berRmeNpeN-an -kan Kata Majmuk garis pusat ambil alih cari gali daya serap urus niaga Kata Majmuk Terbitan bergaris pusat mengambil alih pencari gali daya serapan urus niagakan

PENGGOLONGAN KATA
Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Dalam buku ini perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi-konstruksi yang dibentuk oleh perkataan-perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituenkonstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Dengan demikian perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa ini disebut frasa-frasa utama. Frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif ialah frasa-frasa endosentrik; tiap-tiap satu boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi setiap frasanya. Frasa nama, misalnya, mempunyai kata nama sebagai unsur intinya. Frasa sendi nama, sebaliknya, bukan frasa endosentrik tetapi frasa eksosentrik kerana tidak terdapat satu unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya; malah frasa sendi nama mengandungi dua unsur wajib, iaitu kata sendi nama dan frasa nama. Perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa kerja pula ialah kata kerja (KK), dan perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa adjektif ialah kata adjektif (KA). Ini dapat dilambangkan seperti berikut:

a)

FN | KN | Kedai FK | KK | Berjalan FA | KA | Cantik

b)

c)

Selain unsur-unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif, terdapat juga unsur pilihan, iaitu unsur-unsur bukan inti yang mendahului ataupun mengikuti unsure-unsur inti itu. Contohnya seperti sebuah dan runcit seperti dalam rajah: d) FN | KN | kedai FK | KK | berjalan FA | KA | awal

Sebuah e)

runcit

Sedang f)

cepat

Masih

sangat

Kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh disebut golongan kata utama kerana inti bagi frasa-frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Selain golongan ini, boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif, iaitu kata tugas yang bersifat heterogen.

Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu: i) ii) iii) iv) kata nama kata kerja kata adjektif kata tugas

KATA NAMA Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Contoh: i) kata nama khas hidup a)manusia - Nina, Ahmad, Raja Azlan Shah b)bukan manusia - Tompok, Si Belang, Comel ii) kata nama khas tak hidup -Kuala Lumpur, Proton Saga, Gunung Kinabalu Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Contoh: i) kata nama am abstrak - mimpi, roh, idaman, serapan

ii) kata nama am konkrit - tangan, rumah, sungai, kambing Kata Ganti Nama Kata ganti nama dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri dibahagikan lagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga. i) kata ganti nama tunjuk - kata nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua iaitu itu dan ini.

ii) kata ganti nama diri - kata nama yang menjadi pangganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Terbahagi kepada dua iaitu: a) kata ganti nama diri tanya-menanya hal benda, perkara atau manusia. b) kata ganti nama diri orang =pertama-saya, aku, beta, patik, kami dan kita =kedua-saudara, kamu, awak, engkau, dan anda =ketiga-ia, dia, beliau, mereka dan nya. Kata Kerja Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. i) kata kerja transitif pula dibahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif makan mengambil menendang melihat memperisteri Kata kerja transitif pasif dimakan, ku makan, kau makan diambil, ku ambil, kau ambil ditendang, ku tendang, kau tendang dilihat, saya lihat, kamu lihat diperisteri, kau peristeri

ii) kata kerja tak transitif dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. a) kata kerja tak trasitif tak berpelengkap - bangun, tumbang, menangis, tersenyum, menjerit, terpegun, melancong. b) kata kerja tak transitif berpelengkap

- beransur, tinggal, menjadi, ada, berbuat, berbantalkan. Kata Adjektif Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna: i) kata adjektif sifat/keadaan - baik, jahat, cerdik, pandai, lemah, kasar, nakal, sibuk, tenang, segar, tegap, berani ii) kata adjektif warna - putih, kuning, hijau, ungu, hitam, kelabu, biru, merah iii) kata adjektif ukuran - panjang, pendek, kecil, nipis, tebal, tinggi, cetek, dalam iv) kata adjektif bentuk - bulat, leper, bujur, lonjong v) kata adjektif pancaindera a) rasa- sedap, manis, lazat, masam, pahit b) pandang- cantik, molek, hodoh, ayu, buruk c) dengar- merdu, mersik, nyaring, bising d) bau- harum, wangi, hapak e) sentuh- halus, licin, keras kasar, lembut vi) kata adjektif waktu - segera, spontan, lewat, awal vii) kata adjektif cara - cepat, laju, deras, perlahan viii) kata adjektif perasaan - cinta, rindu, asyik, ghairah, saying, berahi ix) kata adjktif jarak - jauh, dekat, nyaris, hampir Kata Tugas Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis iaitu yang terkandung dalamnya golongangolongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik. Frasa nama Kata bilangan ramai dua beberapa Penjodoh bilangan orang ekor Kata nama penonton askar kucing

tiap-tiap kebanyakan Frasa adjektif Kata penguat sungguh amat paling kurang

calon penduduk

Kata adjektif indah bahagia tinggi baik

Kata tugas boleh dikenalpasti sebagai yang berikut: i) kata hubung- dan, atau, tetapi ii) kata seru- wah, amboi, aduh iii) kata tanya- bila, berapa, mengapa iv) kata perintah- sila, tolong, harap v) kata pangkal ayat- hatta,maka, syahadan vi) kata bantu- akan, sudah, pernah vii) kata penguat- sangat, amat, paling viii) kata penegas- juga, lah, tah, pun ix) kata nafi- tidak, bukan x) kata pemeri- ialah, adalah xi) kata sendi nama- di, dari, dalam xii) kata pembenar- ya, benar, betul xiii) kata bilangan- dua, segala, beribu-ribu, masing-masing xv) kata pembenda- -nya

ANALISIS RENCANA
JURUTERBANG MAUT PESAWAT BERTEMBUNG DI UDARA Berdasarkan petikan ini, terdapat banyak pembentukan dan penggolongan kata di dalamnya. Antaranya ialah: 1.Kata nama khas tak hidup-Warsaw, Poland, Pertunjukan Udara Radom (perenggan satu, dua dan lima). 2. Kata tugas, kata bilangan-dua buah kapal terbang (perenggan satu). 3. Kata terbitan berapitan, awalan kata kerja-berlanggar, pertunjukan, bertembung, menyiarkan, pergerakan, dibatalkan, perlanggaran, disertai (perenggan satu, dua, tiga, empat dan lima). 4. Kata terbitan berawalan, awalan kata nama-juruterbang, berkuasa, jurucakap, memberitahu, melakukan, bersilang, dilaporkan (perenggan satu, tiga, empat dan lima). 5. Kata nama am hidup manusia-penonton (perenggan lima). 6. Kata nama khas hidup manusia-Grzegorzewski Wieslaw (perenggan tiga). 7. Kata sendi nama-di, daripada (perenggan satu, dua, lima dan enam). 8. Kata adjektif jarak-jauh (perenggan lima). 9. Kata terbitan berakhiran-rakaman (perenggan dua).

KEDAH GUNA KELEBIHAN BERMAIN DI TEMPAT SENDIRI Berdasarkan petikan ini, terdapat banyak pembentukan dan penggolongan kata di dalamnya. Antaranya ialah: 1. Kata nama khas tak hidup-Kedah, Terengganu, Piala Malaysia, Stadium Darul Aman, Alor Star, Langkawi, Liga Super, Piala FA, Pengerusi Pembangunan Sukan dan Pelancongan Kedah (perenggan satu, dua dan lima). 2. Kata terbitan berapitan, apitan kata kerja-menggunakan, menumpaskan, mengatasi, memberikan, perlawanan, percaturan, menurunkan (perenggan satu, dua, dan lima). 3. Kata sendi nama-di (perenggan satu, dua dan lima). 4. Kata nama khas hidup manusia-Datok Othman Aziz, Mohd. Azraai Khor Abdullah (perenggan dua dan tiga). 5. Kata adjektif terbitan, awalan kata adjektif-terbaik (perenggan dua). 6. Kata terbitan berapitan, apitan kata nama-keputusan (perenggan tiga). 7. Kata terbitan berawalan, awalan kata nama-jurulatih, gelaran (perenggan tiga dan tujuh). 8. Kata hubung pancangan keterangan-sebelum, selepas (perenggan tiga dan tujuh). 9. Kata adjektif ganda, penggandaan penuh-pemain-pemain (perenggan enam). 10. Kata adjektif ganda, penggandaan separa-berhati-hati (perenggan enam). 11. Kata nama am hidup manusia-penyokong (perenggan enam). 12. Kata ganti nama ketiga-mereka (perenggan tujuh). 13. Kata ganti tunjuk-ini (perenggan tujuh). 14. Kata terbitan berawalan, awalan kata kerja-memburu (perenggan tujuh).

INSTITUT PERGURUAN IPOH, 31150, HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN

NAMA: ROSLIZA BINTI SALLEH KUMPULAN: KPLSPM (BM/PJ/KS) NAMA PENSYARAH: PN. NORMAH BINTI KAMARODZAN TARIKH HANTAR: 28 SEPTEMBER 2007

PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Bahasa Melayu 2 ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada insan-insan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kepada pensyarah Pn. Normah, terima kasih diucapkan kerana banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar tentang tugasan dan tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu membantu saya, hanya Allah yang dapat membalas budi kalian. Kepada ayah dan ibu di rumah, terima kasih kerana banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan padu untuk saya terus berusaha dalam bidang profesion perguruan ini. Sesungguhnya, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengecewakan kedua orang tua saya. Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang anak untuk membalas jasa mereka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada teman sebilik saya, Noor Fadhilah bt Bakri kerana telah meminjamkan komputer riba untuk saya menyiapkan tugasan ini dan bersama-sama bersengkang mata setiap malam demi memastikan kerja kursus saya ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak. Semoga ikatan ukhwah antara kita tetap mekar sehingga ke akhir hayat. Insyaallah. Sekian, terima kasih. Wassalam.

-ROSLIZA-G1-

Vous aimerez peut-être aussi