Vous êtes sur la page 1sur 13

KURSUS:

KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA


KUMPULAN: UPSI20 (A122PJJ)
PENSYARAH: EN ZULKAFLI BIN SULAIMAN TUGASAN: 01 TAJUK TUGASAN:

Untuk setiap topik berikut , nyatakan lima kepentingan mempelajarinya :

i. Sejarah dan kegunaan Statistik. ii. Pengumpulan Dan Pengurusan Data iii.Perwakilan Data iv.Sukatan Kecenderungan Memusat v. Sukatan Serakan

DISEDIAKAN OLEH : MARYANTI BINTI MUHARAM NO. MATRIK: D20102041343

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I1

ISI KANDUNGAN

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I2

PRAKATA

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, tugasan Asas Pengurusan Data (KRM 3043) dapat disiapkan. Bagi merealisasikan tugasan saya ini ,saya telah berbincang dan mendapat tunjuk ajar daripada tutor , dan bertukar tukar maklumat dengan rakan rakan PPG UPSI yang lain. Saya amat bersyukur kerana pengalaman sebagai guru selama 13 tahun dapat saya gunakan untuk menyiapkan tugasan saya ini. Bagi diri saya , saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tutor saya di atas bimbingan beliau membantu saya menyiapkan tugasan ini. Tidak ketinggalan rakan rakan PPG UPSI , dan guru guru di sekolah saya yang telah membantu , menyumbangkan idea , memberi galakkan dan dorongan untuk saya dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan akhirnya tugasan ini telah saya sempurnakan. Saya berharap tugasan saya ini akan dapat meningkatkan lagi pemahaman saya tentang Asas Pengurusan Data . Di samping itu ,saya berharap agar ilmu yang saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran saya di sekolah kelak. Insyallah.

Sekian, terima kasih.

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I3

TAJUK SOALAN TUGASAN 1

TUGASAN 1: (Individu)

Untuk setiap topik berikut , nyatakan lima kepentingan mempelajarinya :

i. Sejarah dan kegunaan Statistik. ii. Pengumpulan Dan Pengurusan Data iii.Perwakilan Data iv.Sukatan Kecenderungan Memusat v. Sukatan Serakan

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I4

i.

Sejarah dan Kegunaan Statistik

a. Sejarah
Statistik adalah kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun, menghurai, menganalisis data bernombor dan juga membuat kesimpulan daripada hasil penganalisisian data tersebut. Mengikut sejarah, statistik ini asalnya datang daripada perkataan state yang memberi makna sebuah negara atau pemerintah. Statistik digunakan pada mulanya oleh pemerintah untuk mengetahui dan mendapat maklumat tentang penduduk di bawah pemerintahnya. Maklumat seperti bilangan penduduk, jumalah anak dalam sesebuah keluarga, bilangan orang dewasa, jumlah padi yang dihasilkan dan sebagainya. Matlamat utama adalah supaya pemerintah dapat mengguanakan maklumat yang terkumpul ini untuk mengawal dan menguruskan pemerintahan negara. Bidang statistik boleh dibahagikan kepada dua bidang iaitu statistik perihalan dan statistik pentadbiran. Statistik perihalan merangkumi aspek mengumpul, membentang (dalam bentuk jadual, carta dan graf) serta meringkaskan data. Contohnya keputusan peperiksaan pelajar mengikut pencapaiannya. Maklumat ini seterusnya boleh disajikan dalam bentuk jadual, cerita atau graf supaya mudah difahami umum. Seterusnya nilai purata, sisihan piawai serta ukuran kedudukan boleh dihitung untuk menjelaskan lagi perihalan data. Statistik pentadbiran menggunakan data untuk membuat anggaran, keputusan, ramalan, ujian hipotesis dan sebagainya. Bahagian statistik ini memerlukan pengetahuan matematik yang agak kukuh. Contoh pencapaian pelajar boleh dikumpul untuk beberapa tahun dan analisis dilikukan dengan menggunakan pelbagai kaedah statistik yang sesuai bagi mendapatkan hasil bagi membuat keputusan atau ramalan tentang pencapaian pelajar. Keputusan yang diperoleh mungkin boleh digunakan untuk membuat polisi bagi menentukan atau mengubah syarat kemasukan pelajar ke universiti. Dua ahli statistik yang banyak menyumbang dalam perkembangan awal bidang ini ialah Karl Pearson (1857-1936) dan Ronald Fisher (1890-1962).

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I5

b. Kegunaan Statistik
Pelbagai kegunaan statistik di dalam kehidupan seharian kita sama ada dari persepsi pendidikan , sains social , ekonomi , perubatan , politk dan lain-lain lagi. Bagi fahaman individu statistik bermaksud angka yang direkodkan mengikut kategori tertentu. Contohnya statistik kemalangan jalan raya akan memberikan maklumat kekerapan kejadian kemalangan jalan raya yang dibahagikan kepada beberapa kategori tertentu seperti kemalangan maut , cedera parah , cedera ringan dan sebagainya. Melalui data yang dikumpul individu tersebut akan dapat membuat kesimpulan kadar kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di sesuatu tempat itu. 1.Pendidikan Di dalam pendidikan pula statistik boleh digunakan untuk mengumpul data bilangan pelajar yang mendapat gred tertentu. Melalui pengumpulan data ini guru boleh mengenalpasti bilangan pelajar yang lemah , sederhana , dan juga bilangan pelajar yang cemerlang. Maklumat ini boleh dibentang di dalam bentuk jadual , grafik , histogram/carta pai .Dari hasil statistik ini guru boleh merancang strategi dan menentukan kaedah untuk langkah berikutnya. Pengetahuan statistik juga dapat digunakan oleh guru untuk memahami kajian-kajian yang ditulis dalam bentuk empirikal. 2.Perubatan Pelbagai kategori dalam bidang perubatan yang melibatkan statistik. Antaranya ialah: i) Bidang Klinikal Asas dalam statistik digunakan bagi membuat diagnosis, prognosis dan memilih rawatan yang berkesan. Aplikasi statistik digunakan dalam menentukan menentukan diagnosis sesuatu penyakit itu. Setiap pesakit menunjukkan beberapa gejala dan tanda khusus berserta gejala dan tanda-tanda lain yang tidak khusus. Jadi teori kebarangkalian digunakan dalam menentukan penyakit bagi seseorang pesakit. ii) Bidang Kesihatan Masyarakat Data kesihatan dapat dijadikan sebagai panduan dan petunjuk kesihatan bagi sesuatu masyarakat atau penduduk di sesebuah kawasan. Seseorang pegawai perlu menentukan status kesihatan bagi penduduk sesebuah kawasan.kProses penentuan status kesihatan

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I6

dengan menggunakan petunjuk-petunjuk kesihatan memerlukan pengetahuan tentang statistik kehidupan. 3.Sains Sosial Bidang sains sosial pula statistik juga boleh digunakan untuk menganggar kadar jenayah untuk satu jangka masa , merekod dan mengelaskan kadar jenayah yang berlaku dalam di dalam sesebuah kawasan serta tempoh masa yang tertentu dan sebagainya. Melalui statistik kadar jenayah yang dibuat oleh pihak berwajib adalah mudah bagi masyarakat untuk mengambil langkah inisiatif untuk mengatasi masalah kadar jenayah di kawasan mereka. 4.Ekonomi Di dalam menjana ekonomi Negara data statistik mampu membantu peniaga membuat keputusan yang lebih berkesan .Contohnya para peniaga boleh mengumpul dan merekod jualan dan keuntungan sesuatau barangan jualannya. Melalui data ini para peniaga boleh membuat tindakan susulan bagi memperkembangkan perniagaannnya. Data statistik juga boleh digunakan di dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam mengawasi mutu sesuatu produk. Data boleh dikumpul dan direkod untuk memastikan kualiti produk sentiasa terjamin.

5.Politik Data statistik juga mampu membantu perkembangan politik sesebuah Negara. Sesebuah Negara akan membuat statistik bilangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bagi kerajaan yang memerintah akan memastikan politik tidak akan mereka tergugat dengan memastikan populasi dibawah naungannya tidak akan terjejas jika berlakunya sesuatu wabak Oleh penyakit itu yang buruk dan boleh data menyebabkan kelahiran, berubah saiz dan penduduk. kematian.

mereka

mengumpul

perkahwinan

Kesimpulannya statistik ini secara tidak lansung

memang amat berkait rapat dengan

kehidupan seharian kita. Di dalam kehidupan kita tanpa kita sedari kita sering mengumpul maklumat atau data dan menganalisis data tersebut serta membina kesimpulan terhadap maklumat yang diperolehi.

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I7

ii.

Pengumpulan Dan Pengurusan Data


Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan di dalam mengumpul dan mengurus data untuk statistik diskriptif . Data boleh dikumpul dengan pelbagai cara antaranya dengan menggunakan data kualitatif , data kuantitatif data selanjar dan data diskret.

1. Meringkaskan maklumat Terdapat pelbagai kaedah dan teknik didalam pengumpulan data antaranya adalah menggunakan data kualitatif , data kuantitatif data selanjar dan data diskret. Data ini dikumpul dan diringkaskan melalui pemerhatian ke atas pembolehubah kualitatif dan pembolehubah kuantitatif, data diskret dan data selanjar. Data tersebut dikumpul dan dipersembahkan di dalam bentuk jadual yang ringkas dan mudah difahami. 2. Meletakkan data di dalam kumpulan-kumpulan tertentu Data kualitatif adalah data yang diperolehi melalui pemerhatian yang dibuat ke atas pembolehubah kualitatif yang terdiri daripada angka-angka atau skor-skor yang tidak

mempunyai nilai kuantiti. Ia membolehkan data diasingkan mengikut kumpulan-kumpulan tertentu. Data telah dikelaskan mengikut kategori seperti , nama, jenis, kelas atau pangkat. Contohnya perbandingan jantina angka 1 dikelaskan sebagai lelaki (L) manakala angka 2 dikelaskan sebagai perempuan (2) iaitu boelh difahami sebagai 1=lelaki 2=perempuan. Ia boleh juga digunakan untuk gred peperiksaan seperti 1=A , 2=B , 3=C , 4=D dan lain-lain lagi. Data kualitatif adalah data yang menyukat kualiti dan bukan kuantiti. Ianya dapat menyampaikan maklumat tidak berangka.

3. Membuat bandingan dan perbezaan Berdasarkan data kepada pembolehubah kualitatif, pembolehubah kuantitatif, data diskret dan data selanjar adalah mudah untuk memahami dan membuat perbandingan antara 4. Menyenaraikan kelas-kelas dan kekerapan-kekerapan 5. Memudahkan memaparkan data di dalam bentuk graf atau carta pai

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I8

iii.Perwakilan Data
1. Memudahkan pengiraan dengan penggundalan 2. Membaca data dan mendapat maklumat dengan cepat dan tepat 3. Efektif kerana keputusan direkod dengan cepat dan tepat 4. Membina keputusan dan kesimpulan berdasarkan per 5. Lebih efisyen , kreatif dan menggalakkan kbkk

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I9

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I 10

iv.Sukatan Kecenderungan Memusat


Sukatan Kecenderungan memusat adalah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu taburan data. Sukatan Kecenderungan memusatmenghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah pada sesuatu kumpulan nombor. Terdapat tiga pengukuran atau statistic yang digunakan bagi Sukatan Kecenderungan Memusat iaitu Min , Median dan Mod. 1. Kepentingan mempelajari Min 2. Kepentingan mempelajari Median 3. Kepentingan mempelajari Mod

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I 11

v. Sukatan Serakan
Julat Varian sisihan

KRM3043 Asas Pengurusan Data

I 12

Vous aimerez peut-être aussi