Vous êtes sur la page 1sur 1

Refleksi nilai pendidikan Masalah tidak mengenal huruf yang dihadapi oleh kanak-kanak slow learner akan menjejaskan

kemahiran mereka dalam bacaan dan tulisan. Jika mereka tidak mengenali bentuk-bentuk huruf, mereka Oleh itu perlu ada kemahiran dan pendekatan atau kaedah yang tertentu untuk memudahkan pembealajaran selain menjadikan aktiviti pembelajaran menyeronokkan dan kreatif. Jika dibandingkan dengan pelajar normal, pelajar bermasalah pembelajaran cenderung tercicir dalam pelajaran dan sukar bagi mereka menamatkan persekolahan. Tambahan itu, muid bermasalah pembelajaran memerlukan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat supaya aktif mengikuti pengajaran guru. Oleh yang sedemikian, pengkaji berpendapat permainan bahasa dapat menarik minat murid dan mengelakkan murid mudah jemu dengan gaya pengajaran guru seperti penyampaian lisan.ini disokong oleh Noraini Idris dan Shukri Osman (2009). Pengajaran dan Pembelajaran.Kuala Lumpur : McGraw-Hill(Malaysia) Sdn,Bhd., kaedah permainan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid kerana berupaya mengurangkan rasa bosan pelajar terhadap pengajaran guru. Kajian lepas Kajian yang dibuat oleh hutt (1971), weister dan Mc Call (1976) menyatakan main dan penerokaan adalah sama kerana kedua-duanya merupakan tingkahlaku hasiluf dan motivasi instrisik bukan pengaruh persekitaran. Main dikawal oleh tingkahlaku tubuh badan dan dikira hanya melaksanakan tugas-tugas rangsangan. Kajian yang dibuat oleh subandi bin Kasidan (2012) terhadap murid pemulihan di tiga buah sekolah mendapati permainan bahasa dapat meningkatkan penguasaan pelajar yang buta huruf seperti mengenal fonem vokal utama dan fonem konsonan.Permainan bahasa yang diperkenalkan memerlukan pelajar memberi tumpuan pada tahap yang tinggi dan menghilangkan kebosanan pelajar dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa proses pembelajaran sedang dijalankan. Kajian corella ak stephen mendapati teknik permainan bahasa ini mampu memperbaiki kemahiran mengeja dan membaca dalam pengajaran bahasa Melayu. Teknik ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran bahasa yang ceria dan menyeronokkan serta sesuai dijadikan aktiviti untuk mempelajari bahasa Melayu. Aktiviti permainan bahasa adalah satu jenis aktiviti yang amat sesuai dengan sifat dan naluri semulajadi kanak-kanak yang sukakan hiburan, cabaran dan kepuasan. Permainan bahasa juga dapat memenuhi kehendak dan minat seseorang kanak-kanak tanpa terasa dipaksa untuk belajar. Pembelajaran secara santai ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.Perbezaan markah yang ketara antara kumpulan murid yang menggunakan teknik permainan bahasa iaitu dengan skor 85% dan tidak menggunakan permainan bahasa dalam pembelajaran mereka yang hanya mendapatkan skor tertinggi sebanyak 72%.

Vous aimerez peut-être aussi