Vous êtes sur la page 1sur 14

1

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

PENDAHULUAN
Miskonsepsi merupakan kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang. Kanak-kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan mengikut kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulangulang sehingga ada orang yang memperbetulkan konsep mereka. Masalah ini sangat serius dan saya sebagai seorang bakal guru bertanggungjawab untuk mengenalpasti faktor berlakunya miskonsepsi-miskonsepsi dan seterusnya berikhtiar untuk mengambil langkah bagi mengatasi miskonsepsi ini daripada berlaku lagi pada masa akan datang. Bermulanya 23 Julai 2012 sehinggalah 21 September 2012, saya bersama-sama lima orang lagi rakan seperjuangan saya iaitu Nur Salsabila, Nor Fazana, Mohamad Safwan, Afifuddin dan Mohd Azizi telah menjalani sesi praktikum fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air. Jadi, saya telah mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan tugasan individu bagi subjek MTE 3114 yang mana memerlukan saya untuk menjalankan kritikal analisis terhadap miskonsepsi yang dihadapi oleh anakanak murid saya dalam subjek Matematik. Skop yang telah saya kaji meliputi tiga topik kecil iaitu topik Geometri, Ukuran dan juga Pengendalian Data. Untuk menjalankan kritikal analisis ini, saya telah mengambil 19 spesimen iaitu murid-murid 4 Cemerlang. Sebelum memulakan analisis, saya telah menjalankan beberapa kajian tentang topik geometri, ukuran dan pengendalian data serta miskonsepsi-miskonsepsi yang kerapkali dilakukan oleh murid dalam mempelajari ketiga-tiga topik ini. Bagi miskonsepsi melibatkan topik geometri, saya telah mengenalpasti dua miskonsepsi yang dilakukan oleh murid kelas 4 Cemerlang. Manakala bagi topik ukuran, dua miskonsepsi juga yang saya berjaya kesan. Bagi topik pengendalian data saya telah mengenalpasti satu miskonsepsi. Saya juga telah menjalankan kritikal analisis mengenai apakah faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya

miskonsepsi-miskonsepsi tersebut dan cara untuk mengatasi miskonsepsi tersebut.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

DAPATAN ANALISIS DOKUMEN- LEMBARAN KERJA PELAJAR TAHUN 4 CEMERLANG

1.0

MISKONSEPSI MENGENAI GEOMETRI

CONTOH 1

Berdasarkan gambar rajah di atas, saya mendapati miskonsepsi yang telah dilakukan oleh dua orang murid saya yang telah saya kenalpasti ialah

masalah kefahaman yang kurang mengenai bahasa Matematik. Bagi sesetengah murid, kelemahan dalam Matematik mungkin disebabkan oleh kurang membaca, menulis dan bercakap. Dalam Matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang sebahagiannya belum pernah dengar di luar bilik matematik ataupun mempunyai erti yang berlainan. . Sebagai contoh, seperti yang telah dipaparkan di atas, kedua-dua murid saya tidak dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bentuk sfera. Natijahnya, murid berkenaan menganggap bola berbentuk bulat. Begitu juga dengan bentuk kubus. Mereka juga menganggap dadu berbentuk segi empat walhal pada dasarnya, dadu merupakan objek tiga dimensi dan berbentuk kubus. Dan pada pandangan peribadi saya, faktor berlakunya miskonsepsi ini berkemungkinan besar disebabkan oleh pengetahuan sedia ada murid tentang istilah bentuk dua matra dan tiga matra yang telah mereka pelajari secara tidak sengaja dari kecil.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

PEMBETULAN

1.

2.

a) Circle / bulat b) Oval / bujur c) Sphere / sfera d) Hemisphere / hemisfera

a) Square / Segiempat sama b) rectangle / Segiempat tepat c) cuboid / kuboid d) cube / kubus

Oleh yang demikian, saya telah mengkaji cara untuk mengatasi miskonsepsi ini daripada berlaku.saya sebagai bakal guru berazam untuk menggunakan objek maujud ataupun alat bantu mengajar yang konkrit bagi mengajar topic bentuk dua matra dan tiga matra supaya murid mendapat gambaran yang jelas. Selain itu, objek maujud sangat penting kerana saya berpendapat bahawa jika guru menggunakngaan objek maujud, murid dapat menyelidik sendiri ciri-ciri bentuk dua dimensi dantiga dimensi. Oleh yang demikian, murid tidaklah berasa keliru untuk menentukan yang mana adalah merupakan objek tiga matra dan yang manakah pula yang dimaksudkandengan bentuk dua matra.miskonsepsi ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar dan objek maujud dengan efisien.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

CONTOH 2

Miskonsepsi kedua yang telah saya kenalpasti ialah miskonsepsi yang juga melibatkan topik geometri iaitu murid saya tidak dapat membezakan sepenuhnya ciriciri yang terdapat pada bentuk yang berbeza. Sebagai contoh, murid menyangka bahawa bentuk rhombus itu ialah bentuk segi empat kerana mereka telah terbiasa dengan bentuk segi empat yang sangat common dalam kehidupan seharian mereka. Walhal pada dasarnya, kedua-dua bentuk tersebut mempunyai empat sisi yang sama panjang namun demikian bentuk rhombus mempunyai empat sisi selari manakala segiempat bersudut 90 darjah. Begitu juga dengan segiempat sama dengan trapezium. Kedua-duanya mempunyai dua sisi yang sama panjang yang bertentangan namun apa yang membezakannya ialah trapezium mempunyai dua sisi bertentangan yang selari.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

PEMBETULAN

3.

2.

a) Trapezium / trapezium b) Rhombus / rombus c) Square / segiempat sama d) Rectangle / segiempat tepat

a) Trapezium / trapezium b) Rhombus / rombus c) Square / segiempat sama d) Rectangle / segiempat tepat

Saya mendapati bagi mengatasi miskonsepsi ini guru haruslah memberi penekanan kepada murid bahawa bukan semua bentuk segi empat adalah dinamakan segi empat. Terdapat beberapa segiempat istimewa yang diberikan nama yang istimewa seperti trapezium dan rhombus. Guru perlu memberi penjelasan yang jelas kepada pelajar bahawa segiempat yang mempunyai dua garis selari yang bertentangan dinamakan trapezium manakala segiempat yang mempunyai empat garis selari dinamakan rhombus.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

CONTOH 3

Miskonsepsi ketiga yang saya telah kenalpasti ialah kekeliruan untuk mengenal pasti antara segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki. Saya mendapati bahawa murid saya gagal untuk melukiskan bentuk segi tiga sama kaki dengan tepat. Mereka berdua telah melukiskan segi tiga sama kaki sebagai segi tiga sama sisi. Murid saya berpendapat bahawa kedua-dua segi tiga tersebut adalah sama. Keadaan ini sangat jelas sekali menunujukkan murid saya gagal untuk membayangkan bentuk yang betul.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

PEMBETULAN

Oleh yang demikian, saya berazam untuk membuat transformasi pengetahuan bagi membetulkan miskonsepsi tersebut. Pada fikiran saya, saya boleh menayangkan atau mempamerkan gambar segi tiga sama sisi kepada murid-murid saya dan meminta murid saya untuk menyatakan nam bentuk tersebut. Sya perlu membimbing murid saya ketika murid memberikan respon kepada soalan saya. Saya boleh mengulagi proses yang sama apabila menayangkan bentuk segi tiga samakaki. Dan yang paling penting sekali, saya perlu cuba untuk menanamkan kata kunci bagi mewakili kedua-dua segitiga agar murid lebih jelas dan faham.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

2.0

MISKONSEPSI MENGENAI TOPIK UKURAN

CONTOH 4

Bagi topik ukuran pula, saya telah mengenalpasti satu miskonsepsi yang sangat lazim ditemui di dalam buku latihan murid. Miskonsepsi yang saya maksudkan ialah miskonsepsi kelemahan dalam pengiraan. Setelah menjalankan kajian yang sangat terperinci untuk mengetahui punca sebenar mengapa kerapkali berlakunya miskonsepsi ini, saya telah menemui jawapannya. Saya mendapati ada murid yang memahami konsep Matematik tetapi tidak konsisten dalam pengiraan . daripada pemerhatian saya, mereka melakukan kesilapan dalam membaca symbol atau teknik penyelesaian operasi yang salah. Murujuk kepada gambar rajah hasil kerja murid saya diatas, jelas sekali bahawa mereka melakukan kesilapan dalam pengiraan operasi tolak. Mereka tidak meminjam daripada rumah puluh. Murid saya terus membuat pengiraan tanpa mengambilkira nilai digit.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

PEMBETULAN

Sebungkus gula mempunyai berat 1520 g. Sebungkus tepung mempunyai berat 367 g kurang daripada gula tersebut. Apakah berat sebungkus tepung, dalam kilogram?

1520 367

1153

Jawapan : 1153

Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah saya perlu memberi penekan kepada murid saya mengenai pentingnya mengambilkira nilai tempat dan juga nilai digit dalam pengiraan. Tidak kisahla sama ada mereka ingin melakukan operasi penambahan atau operasi penolakan. Nilai digit sangat penting dan perlu diambilkira sewajarnya. Selain itu, bagi menarik minat murid , saya boleh juga menggunakan alat bantu mengajar jadual nilai tempat bagi memberi gambaran yang jelas kepada murid tentang besarnya nilai puluh berbanding nilai sa.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

10

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

3.0

MISKONSEPSI MENGENAI PENGENDALIAN DATA

CONTOH 6

Miskonsepsi bagi topik pengendalian data yang telah murid saya lakukan ialah murid saya tidak dapat memindahkan maklumat daripada piktograf kepada nombor. Saya telah mengenalpasti punca berlakunya situasi ini. Murid saya tidak memberi fokus kepada petunjuk yang saya beri di bawah piktograf iaitu petunjuk satu gambar pokok mewakili sepuluh batang pokok. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memindahkan maklumat dengan betul kerana mereka mengabaikan petunjuk tersebut. Selain itu, saya berpendapat bahawa murid saya tidak tahu untuk menjawab soalan c, sebab itulah mereka hanya menulis jawapan sesuka hati. Mereka tidak pandai membaca piktograf yang diberi.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

10

11

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

PEMBETULAN Number of trees planted in Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa in 5 months. Bilangan pokok yang ditanam dalam Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa dalam 5 bulan. January Januari February Februari represents 10 trees March Mac April April May Mei

mewakili 10 batang pokok

a) Which month has the most number of trees planted? Bulan yang manakah mempunyai bilangan pokok yang paling banyak ditanam? _______________May_______________________________________ b) Which months has the same number of trees planted? Dalam bulan yang manakah mempunyai bilangan yang sama bagi pokok yang ditanam? _______________January and March___________________________ c) Find the total number of trees planted in the five months. Hitung jumlah bilangan pokok yang ditanam dalam lima bulan itu. ____________130 trees______________________________________

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

11

12

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

Saya telah mengenalpasti cara untuk mengatasi miskonsepsi ini. Setelah saya mengkaji segala hasil kerja murid saya, saya dapati sangat ramai murid yang menghadapi miskonsepsi ini. Saya perlu memberikan penekanan kepada mereka setiap kali mereka diberi soalan yang melibatkan piktograf supaya peka terhadap petunjuk yang diberi . saya juga perlu mengingatkan mereka semua bahwa petunjuk adalah sangat penting untuk memindahkan maklumat daripada piktograf.

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

12

13

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

PENUTUP
Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, saya sangat berpuas hati kerana banyak input baru yang saya peroleh yang sangat bermanfaat kepada saya sebagai bakal guru. Pertama sekali, saya telah dapat mengenalpasti beberapa miskonsepsi yang kerap berlaku dalam topik geometri, ukuran dan juga pengendalian data. Selain itu, saya juga dapat mempelajari beberapa sebab miskonsepsi terbebut boleh berlaku serta turut merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengatasinya. Saya tutur berasa teruja memandangkan saya telah berjaya menjalankan analisa ini terhadap murid saya dan dapat mengenalpasti apa sebenarnya yang menghalang mereka daripada mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. Menerusi tugasan ini juga, saya dapat merancang pelbagai alat bantu mengajar yang kreatif yang sesuai untuk membinbing murid memahami konsep dalam topic ini. Akhir kata, saya berharap dengan setinggi-tinggi harapan agar semua pendidik serra bakal pendidik termasuklah diri saya peka terhadap miskonsepsi dalam Matematik yang dihadapi oleh kebanyakan murid. Sama-samalah kita melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang semaksima mungkin menjelang 2012

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

13

14

MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

BIBLIOGRAFI

Mike Askew (2005). Teaching Primary mathematics London :Hoddler Arnold

Website retrived on 29th Aug 2012 from


http://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_ukuran http://azimatmate.blogspot.com/2011/07/matematik-ukuran-jarak.html http://www.col.org/stamp/JSMath6.pdf http://www.scribd.com/doc/56449705/definisi-istilah-geometrik http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_definition_of_data_handling_in_mathematics_term

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)

14

Vous aimerez peut-être aussi