Vous êtes sur la page 1sur 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3108)

BIOGRAFI
Kepemimpinan Guru Encik Mohd Farhan Bin Che Jaafar PK HEM SK ANAK-ANAK ANGKATAN TENTERA

NAMA K/P PELAJAR KURSUS AMBILAN NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: MOHD EKHZAN BIN MAT YASIN : 891110 - 03- 5493 : PISMP MATEMATIK SEM 8 : JANUARI 2010 : CIK OOI SIEW TIN : 31 JULAI 2013

(EDU 3108) |i

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN BIODATA PERHARGAAN KRONOLOGI PENDIDIKAN GURU KRONOLOGI KERJAYA GURU 1.0 2.0 PENGENALAN PENULISAN ESEI BIOGRAFI 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 3.0 4.0 5.0 Latar Belakang Guru Asas Kepimpinan Dan Jenis-Jenis Kepimpinan Guru Kepimpinan Di Sekolah Dan Cabaran Kepimpinan Akauntibiliti Yang Di Pegang, Peranan Guru Tersebut Peringkat Perkembangan Yang Di Lalui Oleh Beliau Jangkaan Guru Pada Masa Akan Datang

i ii iii iv v 1

1 2 4 5 6 7 7 9 10

KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN

( E D U 3 1 0 8 ) | ii

BIODATA

NAMA : MOHD EKHZAN BIN MAT YASIN NO. I/C : 891110-03-5493 UMUR : 23 TAHUN ASAL : KOTA BHARU, KELANTAN KURSUS : PISMP SEMESTER 8 AMBILAN : JANUARI 2010 KUMPULAN : MATEMATIK/PJ/BI ALAMAT : IPG KAMPUS DARULAMAN, KPP L1/A2/14

( E D U 3 1 0 8 ) | iii

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillahi Rabbil Alamin, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini. Berkat usaha dan pertolongan beberapa pihak termasuklah pensyarah pembimbing dan rakan-rakan, tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing untuk subjek EDU 3108 iaitu Cik Ooi Siew Tin di atas jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang semester ini terutama ketika menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang baik daripada beliau, saya tidak akan mampu untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya. Selain itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan praktikum yang sama-sama berbincang dan membantu saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kalam, sekali lagi saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu saya sepanjang saya melaksanakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ribuan kemaafan juga dipohon sekiranya saya ada melakukan kesalahan baik secara sedar ataupun tidak sepanjang proses interaksi yang berlangsung dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi ini.

Sekian, terima kasih.

(EDU 3108) |1 1.0 Pengenalan Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah

perumpamaan yang sangat sinonim dengan kepimpinan dan guru. Sememangnya seorang pemimpin itu mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar terhadap kumpulan atau individu yang berada di bawahnya. Contohnya dalam kontek pentadbiran pendidikan memerlukan ketokohan pemimpin untuk mentadbir dan mengetui organisasi sekolah. Penentuan terhadap kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah itu bergantung kepada tonggak kepimpinan atasan organisasinya. Sekiranya sesebuah sekolah itu di lengkapi dengan pelbagai kemudahan serta frasarana yang cukup hebat namum pentadbiran pemimpinnya lembap dan tidak sistematik maka ia juga mampu menyebabkan sekolah tersebut gagal dalam

pengurusannya. Jadi, kepimpinan yang cekap memainkan peranan penting dalam kepimpinan pendidikan. Oleh itu, untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah atau pun juga seorang pemimpin di mana-mana peringkat seperti Jabatan Pendidikan Daerah, Negeri dan juga Persekutuan memerlukan ketokohan kepimpinan. Hanya individu yang mempunyai ciri ketokohan akan mampu menggalas tugas ini dengan baik dan berjaya 2.0 Penulisan Esei Biografi 2.1 Latar Belakang Guru

Encik Mohd Farhan Bin Che Jaafar merupakan seorang guru yang sedang berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera, Tok Jalai, Jitra. Beliau telah di lahirkan di sebuah perkampungan di Ipoh pada tahun 1981. Sumber pendidikan pertama yang di ikuti oleh beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Lasah di Sungai Siput, Perak. Sekolah ini terletak dalam perkampungan orang asli. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian di sebuah sekolah rendah di Sungai Layar dan akhir sekali, beliau menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Bagi pendidikan menengah pula, beliau telah menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail, Sungai Petani dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di sana. Setelah tamat pendidikan menengah

(EDU 3108) |2 pada tahun 1998, pada tahun 1999 beliau telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian perguruan di Institut Perguruan Darulaman selama tiga tahun. Sekolah pertama beliau mula bertugas adalah di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1 pada tahun 2003 hingga tahun 2007. Seterusnya beliau telah ditukarkan ke negeri Kedah ini pada 1 Januari 2008 di Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar. Manakala pada 1 Mac 2010, beliau ditukarkan pula ke Sekolah Kebangsaan Kepala Batas selama setahun sebelum berkhidmat di sekolah ini sehingga sekarang. Begitulah serba sedikit latar belakang ringkas tokoh pemimpin di Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera. 2.2 Asas Kepimpinan Dan Jenis-Jenis Kepimpinan Guru

Bertepatan dengan tugas Cikgu Farhan yang bergelar sebagi guru dan pemimpin di sekolah ini sangat sesuai untuk menghuraikan aspek Kepimpinan. Kepimpinan dan sekolah tidak dapat dipisahkan kerana di sekolah terdapatnya pemimpin yang menjalankan tanggungjawabnya untuk memimpin sebuah organisasi seperti murid dan guru. Seperti yang terkandung di dalam hadis : Ingatlah wahai Muhammad ketika Tuhan berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Berdasarkan firman ini jelas menerangkan bahawa setiap orang sememangnya telah di lahirkan sebagai seorang pemimpin namun tidak semua itu mampu menjadi seorang pemimpin yang baik dan di hormati. Menurut definisi Kamus Dewan edisi ke-empat menerangkan perkataan kepimpinan berasal daripada kata akar pimpin. Sumber itu juga menyatakan bahawa perkataan pemimpin adalah bererti orang yang memimpin, membimbing, menuntun, mengepalai dan melatih. Dalam kamus Dwibahasa, perkataan leadership bererti kepimpinan, bimbing, sifat-sifat seorang pemimpin dan kepimpinan. Berdasarkan kesemua definisi yang di terjemahkan oleh beberapa sumber ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin itu ialah seorang yang dinamakan pemimpin dengan seorang atau beberapa orang yang dinamakan pengikut. Mengikut pandangan dan pendapat yang di utarakan oleh Cikgu Farhan beliau berpendapat kepimpinan ini adalah satu proses mempengaruhi individu dan

kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Contohnya bagi situasi di sekolah ini

(EDU 3108) |3 beliau yang bertugas sebagai seorang guru Hal Ehwal Murid bertindak sebagai pemimpin untuk memimpin beberapa individu seperti kerani dan juga kumpulan murid di sekolah ke arah mencapai matlamat organisasi. Dalam proses

melaksanakan kepimpinan ini, seorang pemimpin itu perlu menguasai asas kepimpinan bagi meningkatkan profesionalisme keguruan. Kepimpinan seseorang pemimpin itu dapat dilihat daripada dua aspek. Pertamanya, dari segi bakatnya dan yang kedua pula dari segi pengurusan dan pentadbirannya. Seorang pengurus atau pentadbir ini adalah berbeza dari sudut peranannya kerana seorang pengurus perlu mengurus dan memimpin untuk mencapai sesuatu matlamat manakala seorang pemimpin pula perlu mengambil kira semua aspek untuk mencapai sesuatu

matlamat, jika tidak ianya akan menjadi pentadbir yang digelar kuku besi atau autokratif. Apabila seseorang pemimpin itu menguasai aspek asas kepimpinan ini, maka perkara seterusnya yang perlu di kenalpasti adalah jenis-jenis kepimpinan. Bagi guru-guru di sekolah pula mereka boleh menggunakan pelbagai jenis kepimpinan mengikut kesesuaian keadaan persekitaran. Pada pandangan Cikgu Farhan, beliau menerangkan bahawa terdapat beberapa jenis kepimpinan guru seperti gaya kepimpinan demokratik, autokratik dan juga lepas bebas (leizssez-faire). Namun, kebanyakan pemimpin di sekolah ini biasanya perlu mengamalkan demokrasi yang mengambil pendapat majoriti berbanding autokratif yang meminta pandangan sahaja tetapi di tentukan oleh pemimpin. Seperti beliau yang bertugas sebagai seorang Penolong Kanan (PK) Hal Ehwal Murid, haruslah bersikap demokratif manakala kepimpinan autokratif pula biasanya digunakan oleh Guru Besar (GB) dan PK

Pentadbiran. Hal ini kerana Guru Besar sentiasa mengambil pandangan serta pendapat guru tetapi keputusannya perlu berlandaskan pekeliling dan peraturan sekolah. Bagi contoh gaya kepimpinan lepas-bebas (leizssez-faire) pula kita boleh lihat pada kepimpinan yang di tunjukkan oleh PK Kokurikulum pada situasi Hari Sukan Sekolah baru-baru ini di mana kita tidak mempunyai khemah. Maka, beliau sendiri yang akan mencari seterusnya masalah ini selesai. Ini menunjukkan pemimpin perlu leise-fair iaitu pemimpin perlu bebas tidak hanya mengarah dan menyuruh sahaja. Tindakan PK Kokurikulum sekolah kita ini boleh menjadi role model kepada guru yang lain terutamanaya apabila memegang sebarang jawatan tinggi lain seperti wakil rakyat di mana mereka juga perlu turut turun padang dalam

(EDU 3108) |4 sebarang aktiviti. Dengan kesesuian ini, maka proses kepimpinan dalam organisasi akan dapat di jalankan dengan baik dan lancar. 2.3 Kepimpinan Di Sekolah Dan Cabaran Kepimpinan

Dalam aspek kepimpinan di sekolah, seorang pemimpin itu sangat berpengaruh untuk menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi pimpinannya. Menurut Fenwick,(2008) budaya sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh sikap pemimpinnya. Pemimpin yang akan menentukan matlamat dan hala tuju sekolah tersebut. Pemimpin yang bersemangat tinggi , sedar tanggungjawab beliau kepada kakitangan, murid, ibubapa dan masyarakat. Mereka juga sudah tentu akan memainkan peranan untuk membentuk budaya kerja yang cekap dan seterusnya budaya sekolah yang cemerlang. Pandangan ini turut di sokong oleh Cikgu Farhan di mana beliau turut membuat penambahan pendapatnya dengan menjelaskan bahawa terdapat pemimpin yang dilahirkan secara semulajadi, tetapi ada juga pemimpin yang dihasilkan kerana kehendak pekerjaan atau dengan kata lain birokratif . Sebagai contoh, seorang guru yang mempunyai DG29 dan telah dinaikan pangkat seperti PK Kokurikulum, jadi secara tidak langsung mereka perlu menjadi pemimpin dan menjalankan tanggungjawab tersebut. Tanpa pemimpin, kita tidak boleh membuat kerja berpasukan. Seorang pemimpin itu perlu ada ciri-ciri kepimpinan. Sejak dari sekolah lagi kita telah dipupuk menjadi pemimpin seperti pengawas, ketua darjah dan sebagainya. Antara ciri kepimpinan yang perlu ada adalah mempunyai cita-cita dan keazaman yang tinggi. Yang paling beliau suka adalah integriti, di mana setiap kerja perlu ada integriti seperti amanah, jujur dan bertanggunjawab. Sebagai seorang pemimpin juga tidak boleh terlepas dari menghadapi pelbagai cabaran semasa bertugas. Mengikut Cikgu Farhan, beliau menghadapi pelbagai cabaran seperti dari aspek profesion keguruan di mana cabaran utamanya adalah untuk menaikkan unitnya iaitu di sekolah ini beliau bertindak sebagai Guru Penolong Kanan HEM. Dengan tugas ini, beliau perlu memastikan disiplin, keselamatan, kebajikan murid berada di tahap sekolah yang berkualiti. Jika sebelum ini beliau pernah berhadapan dengan pelbagai kes-kes yang melibatkan bantuan serta campurtangan pihak polis. Kes-kes sebegini merupakan satu cabaran kepadanya untuk mengurangkan kejadian-kejadian yang tidak di ingini dari berlaku di sekolah. Cabaran lain pula yang sering di hadapi oleh beliau adalah dari aspek

(EDU 3108) |5 perubahan pendidikan yang semakin berkembang. Sebagai seorang pemimpin, beliau sentiasa perlu memantapkan lagi ilmu agar dapat menjalankan

tanggungjawab ini dengan baik. Dengan pengalaman yang di kongsikan oleh beliau ini menunjukkan bahawa tugas seorang pemimpin itu sangat rumit. Oleh itu, seorang pemimpin itu perlu sentiasa bersedia dan mampu menggalas apa jua cabaran yang mendatang. 2.4 Akauntibiliti Yang Di Pegang, Peranan Guru Tersebut

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu organisasi. Oleh itu, seorang pemimpin itu perlu mempunyai satu nilai iaitu akauntibiliti. Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti ini di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Melalui takrifan ini, seorang pemimpin itu sepenuhnya perlu

bertanggungjawab terhadap apa jua tindakan yang berlaku kepada pengikutnya. Kenyataan ini di sokong penuh oleh Cikgu Farhan di mana beliau telah memberi penegasan terhadap beberapa aspek akauntabiliti sebagai seorang pemimpin. Antara aspek akauntabiliti yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah setiap guru itu perlu ada etikanya. Dia perlu menjadi role model kepada semua masyarakat di sekelilingnya merangkumi aspek sikap, keperibadian, pandangan dan sebagainya lagi. Menurut pendapatnya, seorang guru yang mampu menjaga kod etika perguruan, ia sudah mampu menjadi seorang guru yang sempurna. Sebagai seorang guru dan pemimpin di sekolah, beliau perlu berpegang terhadap akauntabiliti kepada pelajar iaitu dengan menjaga keselamatan dan kebajikan terhadap murid. Beliau juga perlu bersikap adil terhadap semua murid tanpa mengira kaum, jantina dan agama serta mana-mana murid yang datang berjumpanya harus dirahsiakan kerana ia mampu menjatuhkan maruahnya. Seterusnya adalah tanggungjawab terhadap ibu bapa. Sebagai PK HEM beliau perlu menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa kerana banyak urusan yang perlu melibatkan mereka seperti urusan wang pelajar dan sebagainya. Beliau juga perlu jujur dengan mereka seperti memaklumkan apaapa masalah berkaitan dengan anak-anak mereka di sekolah. Yang ketiga adalah tanggungjawab terhadap masyarakat. Seperti semua sedia maklum, semua guru tidak boleh menyebarkan ajaran yang merosakkan murid namun mereka perlu menjadi role model kepada murid. Beliau juga menggalakkan guru-guru untuk menghormati masyarakat di sini kerana di sini terdapat pelbagai kaum seperti kaum

(EDU 3108) |6 Siam, Iban dan sebagainya. Akhir sekali tanggungjawab terhadap rakan sejawat di mana seorang guru tidak seharusnya memburuk-burukkan rakan sejawatnya yang lain kerana kita berada dalam satu kapal yang sama. Oleh itu, sikap akauntabiliti ini sangat penting sekali untuk di terapkan dalam diri setiap guru dan pemimpin di sekolah. Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti, beliau memainkan peranan yang sangat penting di sekolah. Peranan utama yang di pertanggungjawabkan kepadanya sebagai pendidik adalah untuk mengekalkan apa yang ada dalam profesion keguruan ini dan beliau juga perlu bersandar kepada Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurutnya lagi, sebelum ini kita telah di dedahkan dengan pelbagai aspek dalam falsafah, namun tugas seorang guru itu belum cukup lengkap lagi kerana tugas seorang guru itu bukan sahaja menyampaikan isi pelajaran, namun guru juga perlu menyediakan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini perlu di pamerkan agar ia mampu menjadi ikutan dan tauladan kepada murid. 2.5 Peringkat Perkembangan Yang Di Lalui Oleh Beliau

Dalam membentuk diri menjadi seorang pemimpin ini, mana-mana individu perlu melalui pelbagai peringkat perkembangan yang akan membentuk dan mendidik dirinya sebagai ketua. Menurut Whitehead,(1977) dalam bukunya yang bertajuk Leadership in a Free Society menerangkan beberapa fasa yang akan di lalui oleh seorang pemimpin seperti fasa ikut serta atau ikut ambil bahagian, fasa kepercayaan, fasa memperoleh tinjauan dan beberapa fasa lain lagi. Kenyataan ini di sokong sendiri oleh Cikgu Farhan di mana beliau sendiri turut mengalami kesemua fasa-fasa ini. Baginya, sepanjang menjadi seorang pemimpin ini beliau mula nampak perkembangan terhadap dirinya. Dengan memulakan tugas sebagai seorang guru pemegang diploma perguruan, beliau memulakan tugasnya di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1. Sepanjang menjadi guru permulaan di sekolah tersebut, beliau sentiasa mencari peluang untuk belajar menimba ilmu daripada guru-guru yang berpengalaman di sekolah tersebut. Kebetulan, pada masa tersebut beliau telah diberi kepercayaan oleh Guru Besar untuk memegang jawatan sebagai guru SPBT dan setiausaha sukan. Peluang ini gunakan olehnya dengan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman dan pengetahuan. Seiring dengan perkembangan

(EDU 3108) |7 pengalamanya, beliau telah diberi pula kepercayaan untuk menjadi Guru Disiplin. Sepanjang menjalankan tugas sebagai Guru Disiplin, beliau banyak belajar tentang hal ehwal murid daripada Penolong Kanan di sekolah itu. Kesemua perkembangan yang di lalui sepanjang memegang tugas sebagai pendidik ini telah banyak mendidik serta membentuk dirinya sendiri untuk menjadi seorang pemimpin. Apa yang lebih penting lagi, seorang pemimpin itu perlu lebih komited terhadap tugas dan apabila kita mampu mempamerkan keupayaan yang baik, maka orang di sekeliling kita akan mula mempercayai diri kita. Seterusnya, bagi menjana peringkat perkembangan kerjayanya lagi beliau masih berpegang terhadap prinsip-prinsip utamanya iaitu bersungguh-sungguh dalam menjalankan segala amanah yang diberi. Semasa di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, beliau telah dilantik oleh Guru Besar untuk menjadi Penolong Kanan Kokurikulum. Berbekalkan pengalaman menjadi Setiausaha Sukan terdahulu, beliau mampu menjalankan amanah sebagai Penolong Kanan. Oleh kerana terdapat peningkatan terhadap prestasi beliau sepanjang memegang jawatan tersebut, beliau telah dicadangkan cemerlang pada tahun tersebut. Setelah itu, beliau terus ditukarkan ke sekolah ini dan dinaikkan pangkat untuk mengisi jawatan sebagai Penolong Kanan HEM. Dengan perjalanan perkembangan dirinya ini menyebabkan segala kerjanya mendapat perhatian daripada pentadbir sebelum ini. 2.6 Jangkaan Guru Pada Masa Akan Datang

Apabila bergelar sebagai seorang pemimpin ini, beliau perlu menanamkan sikap berpandangan jauh dalam dirinya. Seseorang pemimpin mestilah memiliki wawasan yang jauh ke hadapan melihat apa yang tidak dapat dilihat orang lain dan menjangka apa yang tidak dijangka orang lain. Ciri-ciri ini jelas terdapat dalam diri Cikgu Farhan apabila beliau sendiri menyatakan beberapa hasrat serta perancangan masa depannya. Bagi meningkatkan kualiti yang ada dalam diri sebagai seorang guru, beliau telah mengambil peluang keemasan untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda memandangkan semasa beliau tamat pengajian sebelum ini hanyalah di peringkat diploma perguruan sahaja. Kini, beliau masih lagi, menyambung pengajian tersebut di IPG Kampus Darulaman dalam pengkhususan Matematik.

(EDU 3108) |8 Manakala dari aspek pengurusan di sekolah pula beliau turut melibatkan diri dalam pelbagai program yang di tawarkan di peringkat Kementerian seperti beliau telah ditawarkan untuk mengikuti kursus KSSR bagi subjek Sejarah memandangkan subjek tersebut bakal dimasukkan ke dalam silibus mata pelajaran teras mulai tahun hadapan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Walaupun tidak ramai guru yang berminat untuk melibatkan diri dalam program ini, namun sebagai pemimpin yang dahagakan pengalaman beliau telah menawarkan diri untuk menyertai program yang di buka oleh pihak kerajaan ini. Selain itu, beliau juga mempunyai impian dan harapan iaitu ingin berkhidmat sebagai pegawai yang bertugas di Bahagian Kegiatan Guru (PKG). Beliau telah membuat permohonan ini dan permohonanya ini sudah pun di luluskan untuk berkhidmat di situ. Bagi perancangan jangka masa lama beliau juga turut berhasrat untuk menyambung lagi pengajiannya di peringkat Master apabila berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah nanti. Dari sini jelas menunjukkan bahawa beliau mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang berpandangan jauh kehadapan serta sentiasa mencari peluang untuk memperkembangakan lagi kebolehannya sebagai seorang pemimpin. Oleh itu, tidak hairan jika beliau sendiri tidak pernah mengenal erti putus asa untuk memperkembangkan lagi potensi dirinya sebagai seorang guru dan juga pemimpin. 3.0 Kesimpulan Secara keseluruhnya, aspek kepimpinan yang di tunjukkan oleh Cikgu Farhan ini sangat bagus dan terpuji kerana beliau sendiri mampu menunjukkan kreadibilitinya sebagai seorang guru dan pemimpin yang berjaya. Dalam hal ini, beliau bukan sahaja bertugas sebagai tenaga pengajar di sekolah ini tetapi beliau juga mempunyai bebanan tugas yang lebih berat berbanding rakan-rakan sejawatnya yang lain iaitu sebagai seorang pemimpin mereka. Kemampuan yang di tunjukkan melalui kepimpinannya inilah yang akan mencorakkan perjalanan organisasi di bawah pimpinannya. Ianya bertepatan dengan cogan kata yang sering di ungkapkan olehnya apabila menyentuh isi kepimpinan. Cogan kata yang di maksudkan adalah Kepimpinan Cemerlang Menghasilkan Pelajar Cemerlang.

(EDU 3108) |9 4.0 RUJUKAN

Fenwick W. English. (2008). The Art Of Educational Leardership. USA. Sage Publication, Inc Hajah Noresah bt. Baharom (ed). (2005). Kamus Dewan , Edisi Keempat, Cetakan Pertama. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka Joyce M. Hawkins; Abdul Majid Baharom. (1997). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar : Inggeris-Melayu-Melayu-Inggeris, edisi kedua. Shah Alam. Oxford University Press Kamarol Baharen Mohd johan, Eddy Luaran. (2010). Peranan Kepimpinan Guru Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Dalam Iklim Bilik Darjah. Di petik daripada http://education.uitm.edu.my/v1/images/stories/publication/kamarol/peranan.p df Sapora Sipon, Justina Esther Gubud. (2009). Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Guru : Ke Arah Perkembangan Profession Perguruan. Sarvinder Singh, Ahmad Bin Esa, Dr. (2008). Isu-Isu Semasa Kepimpinan Dalam Pendidikan : Kepimpinan dalam menghadapi isu-isu semasa pendidikan. Di petik daripada http://eprints.uthm.edu.my/2712/1/21._PKPGB_2008_1.pdf Thomas North Whitehead. (1977). Leadership in a Free Society. Arno Press

( E D U 3 1 0 8 ) | 10

LAMPIRAN

Vous aimerez peut-être aussi