Vous êtes sur la page 1sur 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : MEI 2013

HBHE 2103 : PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO. IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: 690307125125001 : 690307125125 : 0198697851 : nasibvideo@yahoo.com.my : OUM, TAWAU

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

ISI KANDUNGAN BIL 1 2 PENGENALAN LAPORAN DAPATAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA 2.1 Latar Belakang Program 2.2 Pengurusan Persediaan Aktiviti Gotong-Royong Ria 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5 2.2.6 2.2.7 Pengurusan PBSS Pelaksanaan PBSS yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS Kebangsaan Persekitaran Fizikal Sekolah Persekitaran Sosial (Iklim dan Budaya Sekolah) Penglibatan PIBG Kemahiran Kesihatan Diri Kemudahan Kesihatan TAJUK M/S 2 5

5 5 6 7 8 9 10 11 12 13 13 16 17 19

2.3 Perbincangan 2.3.1 2.3.2 3 PENUTUP BIBLIOGRAFI Kekuatan Pembudayaan Program PBSS Kelemahan Pembudayaan PBSS

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

1.

PENDAHULUAN

Sekolah merupakan premis kerajaan yang paling penting untuk melahirkan generasi yang mengisi segala keperluan dan hasrat negara untuk membangun, memajukan, mempetahan kedaulatan dan menaikkan imej negara kerana di sinilah doktor, arkitek, guru, pakar perundangan, perdana menteri dan sebagainya dilahirkan. Dari segi mata kasar kebanyakkan masyarakat sekolah hanyalah merupakan tempat untuk anak-anak menimba ilmu yang berkaitan mata pelajaran sebab itulah sekolah yang baik hanya dirujuk kepada kejayaannya untukmelahirkan murid atau pelajar yang tinggi pencapaian akademiknya. Walhal sekolah sebenarnya tempat bermulanya murid belajar tentang keperluankehidupan samaada berkaitan diri sendiri,keluarga, rakan taulan, masyarakat dan termasuklah hal penjagaan kesihatan dan keselamatan diri.

Di samping itu, sesebuah sekolah juga bertanggungjawab untuk menyediakan segala keperluan untuk mrid-murid belajar seperti tenaga pengajar, tenaga pengurusan, fasiliti pembelajaran dan termasuklah keselesaan dan keyakinan terdapat keselamatan. Sebagai langkah memenuhi keperluan ini Program Bersepadu Sekolah Sihat telah dilancarkan.

Program Bersepadu Sekolah Sihat telah dilancarkan pada tahun 1977 sebagai satu program yang menjurus kepada pencapaian polisi sekolah sihat, selamat, bersih dan memberi keselesaan dan keyakinan kepada keseluruhan warga sekolah terutamanya murid-murid. Ia merupakan kesinambungan daripada Program Pendidikan Kesihatan bagi golongan kanakkanak yang telah diperkenalkan pada tahun 1967. Ia bertujuan untuk mengukur status kesihatan kanak- kanak sekolah dan mengenalpasti masalah kesihatan kanak-kanak, ibubapa, guru dan komuniti.

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dilancarkan berdasarkan Konsep Ottawa Charter oleh World Health Organization (Ministry of Health Malaysia, 1996). Penilaian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati program tersebut dapat menggalakkan pembentukan persekitaran sekolah yang selamat dan sihat dan juga dapat mewujudkan kerjasama di antara sekolah dan komuniti

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

dalam mempromosikan gaya hidup sihat. Secara amnya, Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) diperkenalkan adalah berdasarkan rasional berikut :

1.1

Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu.

1.2

Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif serta kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa.

menjurus

1.3

Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah.

1.4

Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya.

1.5

Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan.

Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Berdasarkan pernyataan di atas, Program Bersepadu Sekolah Sihat perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.

Salah satu elemen perlaksanaan program ini ialah aktiviti pemantauan dan penilaian. Pemantauan dan penilaian program seringkali dilihat sebagai suatu kemestian bagi sesebuah organisasi yang ingin melihat kebaikan dan kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Menurut Tyler (1950), penilaian adalah satu proses menentukan sejauh manakah objektif sesuatu program dapat dicapai. Bagi Alkin (1969), Cronbach (1963) dan Stufflebeam et al. (1971), penilaian adalah proses pengumpulan dan penggunaan maklumat untuk membuat keputusan. Manakala Suchman (1967) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu usaha untuk mengenal pasti sama ada sesuatu program berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.

Terdapat organisasi yang memantau dan menilai program sama ada di peringkat awal, pertengahan atau di akhir sesuatu aktiviti. Pemilihan waktu pemantauan dan penilaian yang spesifik seperti ini seharusnya didasari oleh penelitian mendalam tentang maklumat yang mungkin diperoleh dalam usaha menambah baik sesuatu program. Di samping itu juga, 3

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

kaedah mengumpul data yang paling berkesan seharusnya diberi penekanan kerana kaedah yang tepat akan menghasilkan data yang relevan, yang boleh diguna pakai oleh organisasi. Kaedah pengumpulan data seperti temu bual, soal selidik, senarai semak, analisis dokumen dan pemerhatian di tempat kerja seringkali memberikan data yang berguna dalam bentuk atau perspektif yang berbeza. Sehubungan dengan itu, Pemantauan dan penilaian terhadap Program Bersepadu Sekolah Sihat dilakukan melalui penggunaan borang pemantauan dan penilaian PBSS 1.

Matlamat utama pemantauan dan penilaian terhadap Program Bersepadu Sekolah Sihat adalah untuk memastikan kesemua item yang dinilai telah dilaksana atau dipatuhi. Hasil pementauan dan penilaian akan menentukan jenis anugerah yang layak diterima oleh sesebuah sekolah.

Berdasarkan kepada kepentingan pemantauan dan penilaian terhadap sesuatu program dan juga kriteria-kriteria yang bakal dipantau dan dinilai kerana menurut Sax (1973) penilaian adalah satu proses yang mana penghakiman nilai atau keputusan dibuat berdasarkan pemerhatian-pemerhatian, latar belakang dan latihan yang diperolehi oleh seseorang penilai. Bagi Popham (1975) pula, penilaian merupakan satu cara untuk menentukan kepentingan atau faedah sesuatu perkara. Sementara Doll (1978) pula menyatakan penilaian sebagai suatu usaha meluas dan berterusan ke arah meninjau kesan daripada penggunaan kandungan dan proses pendidikan. Seterusnya Beeby (1978) pula menyatakan bahawa penilaian adalah proses pemulihan yang sistematik dalam mentafsirkan maklumat bagi tujuan membuat rujukan. maka penulisan yang seterusnya akan membincangkan mengenai laporan lengkap hasil pemantauan dan penilaian terhadap kriteria-kriteria yang ditetapkan bagi Program Bersepadu Sekolah Sihat di sekolah. Hasil pemantauan ini akanmembawakepada perbincangan terhadap kekuatan dan kelemahanyang dikenalpasti dan seterusnya membawa kepada beberapa cadangan penambahbaikan. Di akhir penulisan, perbincangan secara

ringkas dan padat akan dikemukakan sebagai rumusan akhir penulisan ini.

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

2.

LAPORAN DAPATAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 2013, SK BANDAR TAWAU.

2.1

Latar Belakang Program Bersepadu Sekolah Sihat

Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

2.2

Hasil Laporan Pemantauan Dan Penilaian

Hasil pemantauan dan penilaian yang dilakukan bersama-sama dengan Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat telah dicatat dan direkod dalam borang khas yang ditetapkan iaitu Borang Penilaian Untuk Anugerah Program Bersepasu Sekolah Sihat (PBSS 4). Hasil dapatan ini didokumentasikan melalui grafik-grafik berikut;-

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

2.2.1 Pengurusan PBSS

8 7 6 5 4 3 2 1 0

Markah Diperoleh Markah Penuh

Markah Penuh Markah Diperoleh

Rajah 2.1 : Dapatan Perbandingan Markah Penuh dengan Markah Diperoleh Bagi Penilaian Item Pengurusan Program Bersepadu Sekolah Sihat

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

2.2.2 Pelaksanaan PBSS yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS Kebangsaan

4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0

Markah Diperoleh Markah Penuh

Markah Penuh Markah Diperoleh

Rajah 2.2 : Dapatan Perbandingan Markah Penuh dengan Markah Diperoleh Bagi Penilaian Item Perlaksanaan PBSS Yang Ditetapkan Oleh Jawatankuasa PBSS Kebangsaan 7

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

2.2.3 Persekitaran Fizikal Sekolah

4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 Markah Ditetapkan Markah Diperoleh

Markah Diperoleh Markah Ditetapkan

Rajah 2.3: Dapatan Perbandingan Markah Penuh dengan Markah Diperoleh Bagi Penilaian Item Persekitaran Fizikal Sekolah

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

2.2.4 Persekitaran Sosial (Iklim dan Budaya Sekolah)

4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 Tanggapan Awal Landskap Penggunaan Kawasan Markah Ditetapkan Markah Diperoleh Program Bimbingan dan Kaunseling

Markah Diperoleh Markah Ditetapkan

Rajah 2.4 : Dapatan Perbandingan Markah Penuh dengan Markah Diperoleh Bagi Penilaian Item Persekitaran sosial

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

2.2.5 Penglibatan PIBG

2 1.8 1.6 1.4 1.2 1 0.8 0.6 0.4 0.2 0 Penglibatan PIBG Penglibatan Agensi Kerajaan Penglibatan Agensi Swasta Markah Ditetapkan Markah Diperoleh Penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan Penglibatan Individu Markah Diperoleh Markah Ditetapkan

Rajah 2.5 : Dapatan Perbandingan Markah Penuh dengan Markah Diperoleh Bagi Penilaian Item Penglibatan Komuniti

10

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

2.2.6 Kemahiran Kesihatan Diri

3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 Bilangan Ceramah Markah Ditetapkan Jumlah Kelab Markah Diperoleh Bilangan Pameran Kesihatan Kuiz Kesihatan

Markah Diperoleh Markah Ditetapkan

Rajah 2.6 : Dapatan Perbandingan Markah Penuh dengan Markah Diperoleh Bagi Penilaian Item Kemahiran Kesihatan Diri

11

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

2.2.7

Kemudahan Kesihatan

2 1.8 1.6 1.4 1.2 1 0.8 0.6 0.4 0.2 0 Bilik Sakit Peti Pertolongan Cemas Markah Ditetapkan Markah Diperoleh Bilik Pemeriksaan Kesihatan

Markah Diperoleh Markah Ditetapkan

Rajah 2.2.7 : Dapatan Perbandingan Markah Penuh dengan Markah Diperoleh Bagi Penilaian Item Kemudahan Kesihatan

12

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

2.3

Perbincangan

Secara keseluruhan hasil penilaian dan pemantauan mendapati, sekolah ini telah berjaya mencapai matlamat dan tujuan pengenalan Program Bersepadu Sekolah Sihat terutama aspekaspek yang melibatkan soal pengurusan dan perlaksanaan program seperti yang digariskan oleh Jawatankuasa PBSS Kebangsaan. Hasil markah keseluruhan yang diperoleh melalui data terkumpul menunjukkan sesolah ini layak dianugerahkan dengan anugerah perak berdasarkan markah 84.5 yang diperoleh. Sungguhpun begitu, beberapa aspek perlu diperbaiki agar pencapaian yang lebih baik diperoleh bagi tahun yang mendatang. Di samping itu juga, kekuatan-kekuatan yang ditunjukkan harus dikekalkan momentumnya serta dititik tambah agar matlamat pelaksanaan program ini dicapai dalam ertikata yang lebih bermakna.

2.3.1 Kekuatan Pembudayaan Program PBSS

Hasil pemantauan terhadap pembudayaan program ini di sekolah mendapati wujudnya kerjasama yang erat dalam kalangan guru-guru, ibubapa dan pihak pentadbiran dalam

menjayakan hasrat dan matlamat pengenalan program ini. Ini dibuktikan kejayaan pihak sekoah menubuhkan ahli jawatankuasa program, kekerapan mengadakan mesyuarat, jumlah ahli dan sistem pengurusan fail. Di samping itu juga, jawatankuasa yang dibentuk telah berjaya menetapkan dan menyebarkan polisi kesihatan sekolah berdasarkan catatan minit mesyuarat dan laporan yang diserahkan.

Pihak sekolah juga telah dapat melaksanakan program ini mengikut garis panduan perlaksanaan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS Kebangsaan. Ini dibuktikan dengan penubuhan jawatankuasa pelaksana, perekodan kedatangan murid, dokumen dokumen rasmi dan pemilihan mengikut kriterian bagi perlaksanaan dan pengendalian Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah, penubuhan Perkhidmatan Kesihatan, enydiaan perkhidmatan pergigian, pelaksanaan program 3K dan Pematuhan polisi Sekolah Kawasan Larangan Merokok.

13

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Hasil pemantauan juga mendapati, komitmen pihak pengurusan sekolah serta warganya terhadap kesihatan dan keselamatan amatlah tinggi. Papan tanda kesihatan seperti larangan merokok terpacak dan terlekat pada beberapa kawasan utama seperti pintu masuk, blok bangunan, kawasan rehat, gelanggang permaianan, kantin sekolah dan padang permainan. Di samping itu , pihak sekolah juga sentiasa mempertingkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kesihatan melalui program-program peningkatan kesedaran kesihatan melalui kuiz pengetahuan, menyediakan poster kesihatan di kawasan-kawasan strategik bagi

meningkatkan kesedaran murid-murid dan warga sekolah terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan keselamatan, memperbanyak dan mengedar broser mengadakansesi kaunseling terbuka. kesihatan dan

Dari sudut persekitaran fizikal sekolah pula, didapati kebanyakkan fasiliti-fasiliti seperti kantin, tandas, bilik khas, bilik darjah dan dewan diurus dan dikawal dengan baik. Soal penjagaan kebersihan, pematuhan prosedur kesihatan, penyediaan bahan sokongan kesihatan seperti sabun untuk membasuh tangan, tisu dan alat memasak amat dititikberatkan. Selain itu juga, hal-hal yang berkaitan kebersihan penyedia makanan seperti sijil kesihatan, pakaian, kebersihan kuku dan tangan semasa menyedia dan menghidang makanan turut diambil berat melalui buku rekod pemeriksaan harian yang dilakukan oleh guru bertugas mingguan

Kebersihan di mana-mana kawasan juga bergantung kepada usaha pihak sekolah untuk menyediakan kemudahan peralatan menjaga keberihan seperti tong sampah, sinki membasuh tangan, bakul plastik, pusat pelupusan dan sebagainya. Dalam hal ini, hasil pemantauan mendapati hal-hal yang berkaitan telah diselesaikan dengan cara yang baik dan memenuhi standart yang dikehendak. Di samping itu juga, terdapat orang-borang pemantauan keselamatan dan kebersihan peralatan dan tempat-tempat pelupusan sampahyang disedia dan telah dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa yang dilantik.

Dari aspek persekitaran sosial pula, hasil pemantauan mendapati pihak sekolah berjaya menyediakan tanggapan awal pihak luar terhadap kebersihan sekolah kerana tahap kebersihan di kawasan luar diutamakan dan diberi nafas baru. Penyediaan papan tanda larangan merokok, papan tanda jangan membuang sampah dan sebagainya menimbulkan rasa hormat warga sekolah dan warga luat terhadap kebersihan sekolah. Di samping itu juga, kebersihan 14

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

dalam longkang, jalan masuk dan kawasan berdekatan pagar sekolah turut dibersih dari sampah sarap dan pemotongan rumput sentiasa dijalakan.

Memandangkan keselamatan dan kesihatan diri turut dipengaruhi oleh faktor emosi dan mental, pihak sekolah ini telah berjaya menyediakan bilik kaunseling yang menarik dan memenuhi keperluan kaunseling kanak-kanak. Dengan adanya bilik ini,aktiviti kaunseling akan dapatberjalan dengan baik dan lancar. Selain itu juga, bagi melahirkan emosi dan mental yang sihat, landskap sekolah direka dengan kepelbagaian landskap agar ia menarik dan membantu sistem pengudaraanyang sihat dan menyegarkan. Pemilihan pokok bunga dan tumbuhan yang ditanam di kawasan sekilah juga diutamakan agar ia tidak mendatangkan kecederaan, keracunan dan gangguan kulit kerana terdapat tumbuhan yang berduri, bergetah dan beracun.

Kekuatan pembudayaan program PBSS ini juga turut dipengaruhi oleh penglibatan pelbagai komuniti baik dari dalam ataupun luar kawasan sekolah. Persatuan ibubapa dan Guru PIBG telah memainkan penting dalam memberi keyakinan terhadap komitmen kerjasama ibubapa dengan pihak sekolah. Hasil penilaian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kejayaan program dengan penglibatan pelbagai pihak yang positif terhadap pihak sekolah. Sebagai contohnya, kehadiran AJK PIBG dan ibubapa dalam program-program yang diadakan oleh AJK Program Bersepadu Sekolah Sihat sentiasa menggalakkan.

Selain itu juga, kekuatan pembudayaan program ini turut dibantu oleh usaha-usada kesedaran terhadap usaha menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Melalui program ceramah, pameran, kuiz dan kempen kesihatan dari pelbagai kelab kemahiran kesihatan diri dalam kalangan warga sekolah dapat ditingkatkan.

Kejayaan PBSS di sekolah ini juga turut disokong oleh kemudahan kesihatan yang tersedia di sekolah seperti bilik sakit, peti pertolongan cemas dan bilik peeriksaan kesihatan. Melalui fasiliti-fasiliti ini, penjagaan kesihatan lebih mudah dan bermakna dapat dilakukan. Pendek kata, kekuatan yang ada pada sekolah ini bukan sahaja bertumpu kepada kerjasama guru dan pentadbir tetapi juga bergantung kepada fasiliti kemudahan yang dimiliki.

15

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

2.3.2 Kelemahan Pembudayaan PBSS

Sungguhpun hasil penilaian menunjukkan sekolah ini memunyai kekuatan untuk membudayakan PBSS namun terdapat beberapa ruang kelemahan yang dikesan dan boleh diperbaiki. Sungguhpun begitu, penilaian ini mendapati kelemahan berlaku bukan dipengaruhi oleh sikap tetapi kemampuan untuk memenuhi keperluan.

Dalam aspek persekitaran fizikal sekolah, kelemahan-kelemahan bertumpu kepada hiasan luaran dan dalam fasiliti yang tidak mencapai standart ditetapkan, keusangan fasiliti, kerosakan dan penyediaan peralatan tambahan. Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini ia melibatkan kos tambahan yang perlu dipohon oleh pihak sekolah. Di samping itu juga, kesudian pihak kantin untuk menyumbang ke arah keseronokan dan ketenangan berada di kantin amatlah diharapkan.

Dalam aspek persekitaran sosial pula, masalah landskap yang tidak sesuaibdan hiasan dalaman dan luaran pintu masuk meruakan aspek yang pelu dititik beratkan. Sungguhpun untuk membaiki kelemahan ini memerlukan kos masa, tenaga dan wang ringgit namun satu program gotong royong ria akan diadakan. Melalui gotong royong ini persekitaran sosial sekolah akan lebih menarik dan menggalakkan kesihatan.

Dalam aspek penglibatan komuniti pula, kelemahan yang utama adalah kurangnya penglibatan komuniti luar dan agensi swasta dalam aktiviti dan jawatankuasa PBSS.

Mengatasi masalah ini adalah sesuatu yang diluar kemampuan pihak sekolah. Sungguhpun begitu, kerjasama pihak pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah akan membolehkan masalah ini dilakukan.

Kelemahan dalam aspek kemahiran kesihatan diri pula hanya berlaku diakibatkan oleh kegagalan jawatankuasa untuk mengadakan pameran kesihatan secara formal. Hal ini berlaku disebabkan faktor masa, kos dan ruang. Sungguhpun begitu, kerjasama pihak PIBG dan guru pastiakan dapat mengatasi masalah ini

16

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

3.

PENUTUP

Berdasarkan laporan dan keterangan di atas, proses penilaian dan pemantauan sesuatu program merupakan elemen yang penting untuk menilai kejayaan dan kelemahan program yang dijalankan. Aktiviti pemantauan dan penilai bukan setakat mengesan kelemahan dan kekuatan program tetapi juga untuk menjadikan program seterusnya lebih berjaya dan lancar. Ini adalah kerana, melalui penilaian banyakperkarayang dapat dicadang atau diperbaiki agar sekolah dapat mencapai anugerah emas iaitu sbuah sekolah yang benar-benar menjamin keselamatan, kebersihan dan kesihatan murid terjamin dan terjaga.

Program Bersepadu Sekolah Sihat merupakan platgormuntuk penjagaan kesihatan di luar baik di rumah, di kawasan kejiranan, taman dan sebagainya kerana asas pendidikan itu bermula dari sekolah. Kesedaran masyarakat terhadapat kesihatan bermula dan meningkat apabila warga yang terbentuk telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap polisi penjagaan kesihatan. Warga yang terbentuk ini sudah tentunya lahir dari sistem pendidikan negara kita sendiri.

Dewasa ini, terdapat pelbagai berita yang kita peroleh dari dunia televisyen, radio,intenet dan media cetak tentang kecederaan, keracunan, terhidu gas, jenayah dan salahlaku yang berlaku di premis pendidikan di negara kita. Berita-berita sebegini seharusnya telah dapat kita elakkan sekiranya dasar dan program yang berkaitan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan diamal dan dipatuhi. Tidaklah bermakna sekiranya pihak sekolah dapatmenyediakan segala fasiliti berkaitan tetapi pelaksananya gagal memenuhi tanggungjawab.

Sesungguhnya proses pendidikan di sekolah bukan setakat menguasai ilmu dan kemahiran sesuatu bidang imu semata-mata tetapi juga melibatkan pendidikan kesihatan diri muridmurid, warga pendidik dan ibubapa. Oleh sebab itu, penglibatan kesemua pihak yang berkaitan amatlah dituntut. Di samping itu, perancangan, perbincangan dan penilaian amatlah diperlukan dalam menjayakan sesuatu aktiviti atau program yang dirancang.

17

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Program Bersepadu Sekolah Sihat adalah salah satu program yang terdapat dalam program 3K (Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan) yang merupakan mekanisme terbaik untuk menjadikan sekolah benar-benar selamat. Kebimbangan, ketidakselesaan, ketakutan dankeraguan merupakan sifat-sifat yang boleh mempengaruhi kesihatanmental dan emosi. Sekiranya sifat-sifat ini wujud dalam kalangan warga sekolah akibat kegagalan perlaksanaan program ini maka sebenarnya kita telah gagal untuk melahirkan pelajar yang kamil seperti yang dikehendak oleh Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat Wawasan 2020. 2579 patah perkataan

18

HBHE 2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

BIBLIOGRAFI

Alkin, M. C. (1969). Evaluating theory development. Evaluation Comment 2:2-7. Beeby, C. E. (1978). The meaning of evaluation. Wellington: Depatment of Education. Cronbach, L. J. (1963). Course improvement through evaluation. Teacher College Record 64:672-683. Doll, R. C. (1978). Curriculum improvement: decision making and process. Boston: Allyn and Bacon Inc. Kementerian Kesihatan Malaysia (1996). http://psasir.upm.edu.my/11257/1/ FPSK_M_2003_11_A.pdf. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Panduan Pengurusan 3K. Putrajaya : Bahagian Teknologi Pendidikan. Popham, J. W. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Prentice Hall Inc. Sax, G. (1973). Principles of educational measurement and evaluation. California: Wadsworth Publishing Co. Inc. Stufflebeam, D. L., Foley, W. J., Gephart, W. J., Guba, E. G., Hammond, R. I., Merriman, H. O., et al. (1971). Educational evaluation and decision-making. Illinois: Peacock. Suchman, E. A. (1967). Evaluative research. New York: Russel Sage Foundation. Tyler, R. W. (1950). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: University of Chicago Press.

19