Vous êtes sur la page 1sur 8

BMK3043 SENI MENGARANG

TUGASAN 1

Anda dikehendaki mengulas sebuah artikel daripada jurnal berkaitan bahasa atau kesusasteraan Melayu.

NAMA PELAJAR : NOMBOR I.D. KUMPULAN :

NITO ANAK TONY D20112055167 : UPSI07 ENCIK GHAZALI BIN DIN

NAMA PENSYARAH : TARIKH AKHIR :

25 OKTOBER 2013

PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Ghazali bin Din kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Kandungan Bilangan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Perkara Tajuk Penulis Sumber Kumpulan sasaran Alasan kenapa kajian dijalankan Objektif kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Kesimpulan Rujukan Muka surat 1 1 1 1 1 1 2 2 4 5

Tajuk Penulis Sumber Kumpulan sasaran

: Bahasa Melayu Menongkah Zaman : Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong : Dewan Bahasa, Mei 2013 Jilid 13 Bil. 05 : Pengguna, penutur dan pencinta bahasa Melayu iaitu semua rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu itu sendiri.

Alasan kenapa kajian dijalankan : Bagi mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang telah termaktub dalam perlembagaan, usaha meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan tertinggi perlulah diterjemahkan dalam urusan harian masing-masing. Sesiapa pun tidak dihalang untuk bertutur atau menggunakan bahasa selain bahasa Melayu, tetapi perlulah bijak menggunakannya mengikut suasana atau situasi. Cabaran dimensi baharu ini bukanlah mudah untuk ditangkis jika strategi berkesan tidak dilakukan dengan sewajarnya. Tambahan lagi, saban waktu dihujani oleh persoalan yang menguji tahap kesabaran kita sebagai pencinta bahasa Melayu. Objektif kajian i. :

Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca bagi masyarakat pada masa kini.

ii.

Memperkembangkan bahasa Melayu untuk perubahan dan persaingan dengan bahasa lain.

iii. iv. v. vi.

Menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana penyebaran pelbagai ilmu dan falsafah. Menangani cabaran bahasa Melayu daripada dipinggirkan dan perlu diberi keutamaan. Meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan yang tertinggi setanding bahasa lain. Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu membawa kemodenan dan kemajuan. 1

vii.

Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. :

Kaedah kajian i. ii. iii. iv.

Bacaan atau pemerhatian terhadap artikel yang dikaji dengan teliti dan berulang kali. Semakan semula berdasarkan sejarah Bahasa Melayu pada zaman kegemilangannya. Pandangan atau pendapat daripada tokoh-tokoh, ahli-ahli dan pencinta bahasa Melayu. Rujukan daripada makalah-makalah yang ditulis oleh tokoh-tokoh bahasa tempatan dan orang asing mengenai bahasa Melayu.

v.

Tindak balas atau sambutan daripada institusi pengajian seperti universiti dan kolej swasta tentang penggunaan bahasa Melayu.

vi.

Pengesanan penggunaan bahasa Melayu oleh orang tempatan atau orang asing dan pada majlis rasmi atau tidak rasmi.

Dapatan kajian

Artikel ini memberi maklumat bahawa Bahasa Melayu sangat penting pada masa dahulu dan menjadi bahasa lingua franca bagi masyarakat pada masa itu. Sejajar dengan perkembangan semasa, Bahasa Melayu turut menerima perubahan dan terpaksa bersaing dengan Bahasa lain, contohnya Bahasa Inggeris. Artikel ini juga disokong oleh pelbagai penulis dan sumber. Diantaranya ialah, menurut Hassan Ahmad dalam pidatonya Cabaran Dunia Bahasa Melayu, sejumlah 84 bahasa digunakan di pelabuhan Melaka dan Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca. Bahasa Melayu juga menjadi wahana penyebaran pelbagai ilmu pengetahuan dan falsafah dengan wujudnya pusat intelektual terkemuka seperti di Pasai, Melaka, Acheh, Patani, Palembang, Banjar, Batam dan Riau. Selain daripada itu, artikel ini juga menyentuh mengenai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Bahasa Melayu pada masa sekarang. Kini, Bahasa Melayu seolah-olah dipinggirkan dan penggunaan Bahasa Inggeris lebih diutamakan dari segenap sudut. Artikel ini ditulis dengan menggunakan Penyataan Deduktif. Penyataan Deduktif bermaksud pemikiran dari sesuatu penyataan umum kepada satu kesimpulan yang bersifat khusus. 2

Contohnya, penulis artikel ini telah menyatakan masalah yang ingin ditonjolkan iaitu mengenai Bahasa Melayu yang terpaksa bersaing dengan Bahasa lain sejajar dengan perubahan globalisasi. Masalah timbul apabila rakyat Malaysia sendiri lebih selesa dan berbangga menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan berbanding dengan menggunakan Bahasa Melayu. Justeru, bagi mendukung Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan, usaha meletakkan Bahasa Melayu pada kedudukan tertinggi perlulah diterjemahkan dalam urusan harian masing-masing. Setelah menyatakan masalah, penulis artikel ini membuat generalisasi dengan menyokong isi artikel dengan pelbagai sumber maklumat. Sebagai contoh, diantaranya ialah, Hassan Ahmad, Asiah Idris, Dr James T. Collins, Rozali Rejab, Abang Patdeli Abang Muhi, Kamal Shukri Abdullah Sani dan A. Aziz Deraman. Isi kandungan artikel ini pula disokong oleh hasil tulisan dari sumber buku, jurnal, pidato dan hasil kajian oleh ahli akademik. Ini menunjukkan penulis artikel ini membuat kajian yang menggunakan pelbagai sumber untuk menghasilkan artikel yang berilmiah, berkualiti dan memberi informasi kepada pembaca. Selain daripada itu, penulis menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami oleh orang ramai. Penyampaian berjaya menarik perhatian pembaca. Pembaca artikel ini berfikir tentang apakah kesudahan nasib Bahasa Melayu sekiranya sebagai rakyat Malaysia sendiri tidak mempunyai semangat patriotik dan cintakan bahasa kebangsaan sendiri. Dari aspek kelemahan artikel pula, walaupun artikel ini ditulis dengan pelbagai sember maklumat, artikel ini masih boleh diragui dari aspek keesahan isi kandungan. Secara keseluruhannya, artikel ini disampaikan dengan menggunakan Penyataan Deduktif. Melalui Penyataan Deduktif, isi penyampaian lebih kepada kritikan sosial dan ia menggalakkan pembaca atau individu supaya berfikiran terbuka terhadap sesuatu isu. Penyampaian adalah dari aspek umum hingga ke aspek yang lebih khusus. Bagi pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan sejarah tentang zaman kesultanan Melaka dan isu kenegaraan, agak sukar bagi mereka memahami isi-isi penting yang cuba disampaikan oleh penulis. Penyampaian artikel ini pula lebih kepada maklumat kualitatif. Semuanya dalam bentuk penerangan dan tidak disertai oleh maklumat atau data kuantitatif. Tidak ada bukti atau hujah 3

secara saintifik dalam artikel tersebut. Contohnya, melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dari aspek kuantitatif, sebagai pembaca, kita tidak tahu dan pasti berapakah jumlah rakyat Malaysia yang fasih berbahasa Melayu dan juga bagaimana Bahasa Inggeris digunakan. Adakah dalam urusan rasmi, dalam kehidupan seharian dan sebagainya. Penyataan secara spesifik dan saintifik sangat penting supaya sebagai pembaca, kita jelas dan boleh membuat penilaian yang adil dan tidak berat sebelah. Selain daripada itu, penulis artikel dicadangkan agar menulis sumber rujukan delam helaian lain supaya memudahkan pembaca membaca sumber maklumat tersebut. Secara keseluruhannya, artikel ini berkualiti, memberi banyak maklumat kepada pembaca dan disokong oleh pelbagai sumber. Tajuk artikel sesuai dan berkesinambungan dengan isi kandungan. Penulis artikel ini membuat perbandingan tentang kepentingan penggunaan Bahasa Melayu pada masa dahulu dan pada masa sekarang. Jika dahulu Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca tetapi kini telah diambil alih oleh Bahasa Inggeris. Kesimpulan Secara keseluruhannya, artikel yang bertajuk Bahasa Melayu Menongkah Zaman hasil Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong menarik, bermaklumat, ilmiah dan disokong oleh pelbagai sumber. Ia menunjukkan penulis membuat kajian sebelum menghasilkan artikel tersebut. Artikel ini juga mudah difahami dan isi kandungan relevan dengan tajuk artikel yang dipilih. Tajuk artikel berjaya menarik pembaca untuk membaca artikel yang dihasilkan. Ia disampaikan secara berperingkat dari perkara umum kepada perkara yang lebih spesifik. Pembaca membaca dari isu yang mudah dan kemudian kepada isu yang lebih sukar. Artikel ini berbentuk ilmiah dan menggalakkan pembaca untuk berfikir secara terbuka dan boleh menerima sesuatu isu yang disampaikan. Walaupun demikian, artikel ini boleh diperbaiki dengan menggunakan dua cara penyampaian isi iaitu dengan Penyataan Deduktif dan juga dengan Penyataan Induktif. Justeru, artikel akan menjadi lebih menarik, dan bermutu dengan adanya bukti secara saintifik (kuantitatif). Ia menjadikan artikel ini mempunyai keesahan yang tidak boleh diragui oleh pembaca. 4

RUJUKAN Majalah Pelita Bahasa, Mei 2013 Jilid 25 Bilangan 05 Dewan Bahasa, Mei 2013 Jilid 13 Bilangan 05 Dewan Masyarakat Julai 2013 Jilid 51 Bilangan 07 Dewan Budaya, Ogos 2013 Jilid 34 Bilangan 08

Buku Kumpulan Karangan daripada Majalah Dewan Bahasa. (1981). Di sekitar Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Aris Hj. Osman. (1983). Perkembangan Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti. Negara Kita (1983). Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan. Institut Tadbiran Negara. Kuala Lumpur. Tengku Anuar. (1987). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Vous aimerez peut-être aussi