Vous êtes sur la page 1sur 16

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

A. PENDAHULUAN Pada hari ini, para pendidik telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini juga telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders. Di
1

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini. B. KONSEP PROFESION Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956). Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ).
2

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

C. MAKSUD ETIKA Etika mengikut bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan,(Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995). Etika juga boleh dianggap sebagai prinsip moral atau set prinsip moral, ( Kamus Oxford, 1994). Dari perspektif islam pula etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan AlQuran dan ketakwaan kepada Allah.

Oleh itu, Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: a. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. b. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. c. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. d. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

e. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. D. AKAUNTABILITI KEGURUAN i. Konsep Akauntabiliti Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. ii. Akauntabiliti Keguruan Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. iii. Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap
4

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. 3.2 Diri Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. iv. Akauntabiliti Guru Terhadap Sekolah Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas
5

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah. v. Akauntabiliti Guru Terhadap Masyarakat Dan Negara Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsipprinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

vi.

Akauntabiliti Guru Terhadap Profesion Keguruan

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. E. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU DALAM MENGAMALKAN AKAUNTABILITI Ada murid yang belajar hanya dari guru di sekolah, disuapi ilmu dan didik habis-habisan. Ada yang hanya belajar dari katak yang melompat atau angin yang menghembus pelan lalu berubah menjadi badai yang memporak-perandakan kota dan desa. Ada yang belajar dari buah manggis yang jatuh di samping bulan yang tergantung di langit tanpa tangkai. Ada guru yang banyak berkata tanpa berbuat. Ada yang lebih pandai berbuat daripada berkata. Ada yang mengadunkan kata dan perbuatan. Yang istimewa di antara mereka adalah apabila kita melihatnya terus akan mengingatkan kita kepada Allah, ucapannya akan menambah amalan kita dan amalnya membuatkan kita semakin cinta akhirat. Inilah guru yang sukar di cari ganti, tetapi ianya dapat diasus di setiap peringkat. Guru merupakan asas kepada sesuatu pembangunan, dalam erti kata yang lain guru ialah insan yang berperanan dan bertanggungjawab dalam mendidik di setiap peringkat masyarakat. Dalam merempuh arus pembangunan di seluruh pelusuk dunia ini, pelbagai cabaran yang harus diredah oleh guru bagi mendidik masyarakat supaya tidak terjerumus ke dalam kegelapan kejahilan. Oleh itu peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin rumit. Dari segi bahasanya, peranan seorang guru bermaksud bidang tugas yang dipegang olehnya. Manakala tanggungjawab seorang guru pula membawa maksud kewajipan yang dipikul olehnya. Oleh yang demikian guru bukanlah hanya
7

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

berperanan

dalam

mendidik

masyarakat

sejagat,

bahkan

ianya

juga

bertanggungjawab atas setiap yang dididiknya. Sebagai seorang guru, kita haruslah mengetahui segala peranan dan tanggungjawab kita. Ini kerana ramai yang bergelar guru tetapi mengabaikan setiap tanggungjawab. Di sini marilah kita menghayati setiap peranan dan tanggungjawab guru.

i.

Guru Sebagai Tenaga Pendidik Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia juga dilatih

untuk menguasai segala kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan segala ilmu kepada seluruh masyarakat khususnya kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlulah memainkan peranan bagi menyampaikan ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada pelajarnya. Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti:

Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang dapat mewujudkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan sempurna.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru haruslah menyedari tugas dan amanah yang telah diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran pada setiap

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

zaman. Untuk menghadapi cabaran ini, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri mereka dari masa ke semasa. Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan semasa.
ii.

Guru Sebagai Pengarah Pembelajaran Di dalam kelas, guru berperanan sebagai pengarah pembelajarana. Segala

gerak kerja yang berlaku haruslah dirancang dengan sempurna. Walaupun begitu, guru-guru juga perlu untuk merangka aktiviti yang baru bagi mengelakan kebosanan. Hal mengenai ini sering kali berlaku kepada pelajar-pelajar yang di peringkat menengah. Bagi mengelakan masalah ini, segala pembelajaran tidak harus di lakukan sepenuhnya di dalam kelas, bahkan ianya akan menjadi lebih seronok sekiranya di lakukan di luar kelas.
iii.

Guru Sebagai Ibu Bapa Kepada Pelajar Ibu bapa merupakan guru yang paling utama dalam membentuk akhlak anakanak mereka ketika mana bersama dengan mereka . setelah musim persekolahan bermula, kebanyakan pelajar menghabiskan masa mereka di sekolah. Oleh yang demikian gurulah yang berhak bertindak sebagai ibu bapa mereka yang kedua. Sekolah juga merupakan sebuah institusi sosial yang melatih generasi muda supaya berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Hal ini dapat dicapai sekiranya

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

guru-guru memberi perhatian yang bersungguh-sungguh bagi menangani gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Dalam menangani masalah sosial pelajar ini semua pihak perlu merasa ini adalah tanggunjawab bersama. Pihak sekolah dan guru-guru perlu memainkan peranannya manakala masyarakat dan ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan tugas berat ini. Namun demikian, kebelakangan ini terdapat petanda peranan sekolah dalam menangani masalah akhlak dan moral terlalu lemah. Ini disebabkan oleh kelemahan-kelemahan guru dan ibu bapa seperti hubungan interpersonal yang renggang, guru yang kurang bermotivasi dan berdedikasi, hubungan guru dan murid yang tidak harmoni, kurang keperihatinan yang ditunjukkan oleh guru-guru terhadap masalah murid, tekanan sosial dan emosi yang tinggi yang dihadapi oleh murid di sekolah, Masalah sosial yang membabitkan murid sekolah semakin meningkat dan membimbangkan kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya dengan masyarakat setempat. Banyak masalah murid dan masalah masyarakat dengan sekolah khususnya yang bersabit dengan halhal personal murid dan hal pendidikan masyarakat setempat tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh pihak sekolah. Pengasingan sekolah daripada masyarakat semakin menjadi-jadi berikutan dengan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah menguatkuasakan perintah dan amaran-amaran keras terhadap ibu bapa yang dianggap sebagai penceroboh. Hubungan yang terlalu formal yang dikuatkuasakan oleh pengetua atau guru besar di setengah-setengah sekolah menjadikan sekolah seolah-olah satu institusi sosial yang berjauhan antara dua pihak. Ini menyebabkan banyak konflik dan masalah yang timbul di antara guru-guru, murid, ibu bapa dan masyarakat setempat.
iv.

Guru Sebagai Pendisiplin


10

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

Guru juga insan yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Sejak kewujudan institusi persekolahan di negara ini, tiaptiap buah sekolah sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah perlu melantik seorang guru yang bertindak sebagai guru disiplin. Tugas guru disiplin ini adalah untuk memastikan tiap-tiap pelajar di sekolah tersebut mengikut undangundang yang ditetapkan. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan akan dipantau oleh guru disiplin. Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Denda yang setimpal akan dikenakan sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan. Isunya sekarang, adakah tugas guru disiplin sekarang dihormati dan menjadi batu penghalang kepada pelajar untuk melakukan sesuatu kesalahan?. Kehadiran guru disiplin di sekolah seolah-olah tidak dihiraukan oleh pelajar hatta pihak sekolah sendiri. Sekolah lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. sesetengah sekolah sanggup untuk memperuntukan sejumlah wang ke arah kecemerlangan akademik dengan mengabaikan masalah-masalah displin pelajar. Pihak pentadbir akan mendabik dada sekiranya sekolahnya terdapat ramai pelajar mendapat A dalam peperiksaan ataupun 100% lulus dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Sekolah tidak mengambil kira nilai-nilai yang ditonjolkan oleh setiap pelajarnya asalkan matlamatnya tercapai iaitu mendapatkan sebanyak mungkin pelajar mendapat A. Masalah pelajar tidak menghormati guru disiplin semakin runcing apabila terdapat campurtangan ibu bapa yang lebih menyebelahi pelajar. Terdapat satu kes pada penghujung tahun 1996, seorang guru disiplin dihadap ke muka pengadilan kerana merotan seorang murid yang melakukan kesalahan disiplin. Seolah-olah di sini guru disiplin tidak dihiraukan di sekolah. Dengan demikian guru disiplin akan merasa tugas dan komitmen yang disumbangkan untuk mengawal disiplin dan salah laku pelajar adalah sia-sia dan tidak memberi kesan . Oleh itu

11

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

unit displin di sekolah-sekolah sekarang ini tidak dapat menolong untuk membenteras gejala sosial dengan sewajarnya.
v.

Guru Sebagai Contoh Model Hidup Guru adalah sebagai contoh hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh

teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. Pada masa kini, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat perindustrian yang maju dalam teknologi telah mengalami perubahan sosial yang pesat. Oleh itu guru di sekolah juga hendaklah memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang bagi mencapai kemajuan. Ini bermakna, pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar mengikut arus pembaharuan semasa. Ini selaras dengan wawasan negara, yang mementingkan kemajuan teknologi maklumat supaya konsep pendidikan negara bercorak ke arah bercirikan teknologi secara saintifik. Dalam kata lain tanggungjawab guru ini menjadi semakin berat dan komplek kerana rakyat masa depan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dari segi pemikiran dengan nilai teknologi tinggi semata-mata, tetapi perlu diseimbangkan dengan nilai moral dan etika yang murni. Jika kita lihat untuk mengimbangi faktor ini sukar untuk dicapai. Selaras dengan kemajuan teknologi. Kini masalah keruntuhan moral pelajar semakin menjadi-jadi. Baru-baru ini di dalam akhbar tempatan turut menyuarakan pendapat dan rungutan ibu bapa mengenai masalah anak dan komputer. Seorang bapa mengadu tingkahlaku anaknya berubah menjadi liar dan berperangai tidak senonoh berikutan dengan pertambahan pengetahuan dan maklumat dari internet yang tidak bertapis. Pelajar mudah mendapatkan sebarang maklumat sama ada sesuai atau tidak dengan cara yang lebih mudah di zaman kemajuan teknologi maklumat kini. Penerapan nilai murni dan ketahanan jiwa pelajar perlu disemai oleh guru sebagai pendidik di sekolah di samping ibu bapa di rumah. Sekiranya ia
12

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

tercicir dari landasan untuk mencapai hasrat ini maka akan timbul masalah di kalangan pelajar seperti wujudnya pelbagai masalah yang menjurus mereka ke arah keruntuhan akhlak remaja masa kini. Sehubungan dengan itu guru perlu berpaling kepada tugas-tugas yang lebih mencabar dan menguji kewibawaan guru tersebut di samping tugas utamanya sebagai penyampai ilmu pengetahuan.

vi.

Guru Sebagai Kaunselor Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian

pendidikan tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang bermasalah. Pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah pelajar. Namun persoalannya, mampukah program seumpama ini menangani atau sekurang-kurangnya mengurangi masalah pelajar dari sudut akademik, peribadi ataupun tingkahlaku pelajar ?. Jika dikaji dengan mendalam, unit kaunseling yang beroperasi di sekolah telah wujud sejak tahun 1964 lagi, tetapi lebih dikenali sebagai perkhidmatan bimbingan kerjaya. Bimbingan kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) pula mula dikenali dalam tahun 1980 an. Kewujudan PRS ini seolah-olah tidak memberi sebarang makna kerana peranannya agak kabur dan tidak ditonjol sepenuhnya. Kewujudannya seperti kelab dan persatuan kokurikulum yang lain di sesebuah sekolah. Buktinya, sehingga hari ini masih lagi terdapat pelajar-pelajar yang terbabit dengan pelbagai masalah sosial atau kes
13

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

salah laku seperti kes juvana yang menyebabkan pihak polis terpaksa campur tangan terutamanya di sekolah yang terletak di kawasan-kawasan bandar. Beritaberita ini sering di dedahkan di dada-data akhbar. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh majalah MASSA, Mac 1997, jumlah tangkapan pelajar dalam pelbagai salah laku meningkat iaitu pada tahun 1994 jumlah tangkapan 3247 pelajar, tahun 1995 jumlah tangkapan 4192 pelajar dan pada tahun 1996 jumlah tangkapan meningkat lagi dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak 4601 pelajar. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis Bukit Aman Kuala Lumpur, jumlah tangkapan kes juvana mengikut pecahan umur 10 tahun hingga 18 tahun dari tahun 1993 hingga 1995 amat membimbangkan. Dalam tahun 1995, bilangan pelajar yang ditanggap kerana kes juvana sahaja dari umur 10 tahun hingga 18 tahun adalah seramai 4,192 orang. Ini belum lagi dicampur dengan jumlah pelajar yang terbabit dengan kesalahan tingkahlaku. Walaupun tidak semua tangkapan kes juvana melibatkan pelajar sekolah tetapi secara rambangnya tahap umur 10 tahun hingga 18 tahun melayakkan mereka dikategorikan sebagai pelajar. Sekiranya mereka tidak terkandas dalam peperiksaan, dibuang sekolah atau malas belajar mereka masih di alam persekolahan. Menyedari hakikat inilah, Kementerian Pelajaran mengambil keputusan untuk mewujudkan perkhidmatan kaunselor sepenuh masa yang bersifat proaktif dan bertaraf profesional di setiap sekolah menengah secepat yang mungkin. Walaupun begitu, kewujudan kaunselor sepenuh masa masih lagi belum cukup untuk mengurangkan permasalahan ini. Bagi langkah berjaga-jaga semua guru di setiap peringkat haruslah di beri khusus sebagai kaunselor. Hal ini bagi meperbanyakkan kaunselor di setiap sekolah. Guru-guru haruslah sentiasa memantau segala gerak kerja murid-muridnya supaya mereka tidak terjerumus ke dalam alam yang tidak berfaedah. Mewujudkan ramai kaunselor di tiap-tiap buah sekolah amat dialu-alukan. Bagaimanapun, selain daripada menumpukan perhatian di dalam mewujudkan
14

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

kaunselor di sekolah-sekolah, perkara penting yang perlu di beri perhatian ialah kemudahan untuk kaunselor menjalankan tugas mereka. Guru-guru perlu di beri kefahaman mengenai tugas kaunselor agar pihak guru dan kaunselor dapat bekerjasama antara satu sama lain. Kehadiran guru kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tuampuan sepenuhnya kepada pelajar. Sebelum ini guru biasa ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran guru kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka. Kesimpulan Sebagai seorang guru yang berada di alam yang serba canggih ini kita haruslah bergerak pantas seperti mana alam ini bergerak. Seorang guru yang ketinggalan akan menyebabkan kecuaian terhadap muridnya. Bagi cadangannya di sini, saya menyarankan kepada seluruh warga yang bergelar pengajar supaya menimba segala ilmu pendidikan supaya kita tidak terleka seperti katak yang berada di bawah tempurung. Guru merupakan seorang pendidik yang di beri amanah supaya membimbing masyarakat ke jalan yang berilmu bukanlah sebagai pembimbing kejalan keduniaan semata-mata. Ingatlah wahai guru-guru sekalian bahawa setiap yang kumu pimpin akan disoal kelak.

15

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3108

Rujukan Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan . Tanjung Malim : Quantum Books. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum . Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.

Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

16

Vous aimerez peut-être aussi