Vous êtes sur la page 1sur 18

PENGENALAN

Setelah 54 tahun mengecap kemerdekaan, rakyat Malaysia dapat menarik nafas lega dan bersyukur dengan segala kenikmatan fizikal yang telah dikecapi sehingga kini. Segala kemakmuran yang diperolehi ini adalah hasil daripada kerjasama di antara pemimpin dan rakyat jelata yang sama sama berganding bahu membangunkan negara terutama dari segi ekonomi, sosial dan juga politik. Peranan rakyat adalah sangat signifikan kerana mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin yang dipercayai dan mampu menggalas tanggungjawab memastikan negara mencapai kemakmuran tidak kiralah dari sudut fizikal mahupun spiritual.

Pemimpin yang silih berganti telah melalui satu proses pemilihan yang sama di mana rakyat mengundi melalui sistem yang dipanggil pilihanraya. Proses ini dijalankan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 untuk memilih pemimpin yang mewakili parti politik yang dirasakan mampu merealisasikan segala kehendak rakyat jelata. Sehingga hari ini sistem pilihanraya masih dikekalkan kerana melalui proses tersebut, rakyat tidak dapat mempersoalkan kreadibiliti pemimpin yang dilantik secara majoriti. Sistem pemilihan eksekutif seperti ini dianggap sebagai berkesan bagi melambangkan kedaulatan negara kerana rakyat diberi kuasa secara langsung untuk membuat pemilihan siapakah pemimpin yang boleh diharapkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa pilihanraya merupakan salah satu asas berkerajaan sendiri dan mengisi kemerdekaan sesebuah negara. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, pilihanraya merupakan satu proses dan sistem yang membolehkan rakyat di sesebuah Negara yang
1

mengamal sistem demokrasi memilih pemimpin dan parti yang akan membentuk kerajaan. Umum sedia maklum bahawa pilihanraya merupakan salah satu asas utama dalam pengamalan sistem demokrasi bagi negara-negara yang telah merdeka. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, peruntukan untuk mengadakan pilihanraya telah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1948 yang menjanjikan pilihanraya kepada Tanah Melayu pada satu masa yang sesuai. Ternyata ia bukan disebabkan oleh National Convention Perikatan UMNO-MCA tetapi merupakan kesedaran semua pihak orang Melayu yang telah terlibat dalam gerakan nasionalisme, politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

Setiap kali berlangsungnya pilihanraya, pelbagai isu yang jarang jarang disebut sebelum ini akan berbangkit sehinggakan wujudnya perang mulut mahupun penggunaan jentera media untuk menjatuhkan moral pemimpin lawan. Namun demikian jarang sekali berlaku pergaduhan mahupun krisis yang teruk seperti di negara negara luar yang berkelakuan ekstrem. Kali terakhir berlakunya pilihanraya umum di Malaysia adalah pada tahun 2008 di mana ianya merupakan pilihanraya kali ke 12. Pilihanraya umum ketika itu dilihatkan mempertaruhkan banyak isu yang melibatkan pihak kerajaan dan pembangkang. Tidak dapat dinafikan bahawa isu isu yang diutarakan melambangkan kelemahan kelemahan yang bukan sahaja wujud di dalam pentadbiran negara yang lalu bahkan turut menggambarkan ketidaksempurnaan di dalam sistem pilihanraya atau elektoral di Malaysia.

Kelemahan kelemahan yang masih wujud di dalam proses pilihanraya di Malaysia masih lagi dapat ditangani sedikit demi sedikit. Namun demikian ianya akan menemui jalan sukar tanpa

kerjasama daripada kedua dua belah pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Setelah 12 kali menghadapi proses pilihanraya rakyat Malaysia dan pemimpin khususnya perlu bersikap lebih matang supaya dapat menangani gejala gejala kurang sihat semasa proses pilihanraya berlaku. Dengan cara ini pihak yang berkuasa dapat mengurangkan kelemahan kelemahan yang sedia ada supaya setiap pengundi dapat menjalankan tanggungjawab masing masing.

SISTEM ELEKTORAL DI MALAYSIA

Sejarah telah membuktikan bahawa kuasa rakyat menjadi senjata utama dalam menentukan kepimpinan di dalam sesebuah negara di dunia. Jika wujudnya persepakatan, kuasa rakyat juga mampu menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memegang tampuk pemerintahan. Di Malaysia ianya tidak terkecuali kerana sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar demokrasi dan kerajaan berparlimen rakyat mempunyai hak dan kuasa untuk memilih siapakah pemimpin yang mereka harapkan. Melalui kaedah ini masyarakat atau rakyat bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pilihan calon pemimpin mereka.

Sebagai sebuah negara demokrasi, Malaysia mengamalkan sistem pilihanraya untuk memilih calon dan parti yang sesuai untuk mewakili rakyat di Parlimen. Melalui perspektif takrifnya pilihanraya boleh dikaitkan dengan perbuatan memilih tetapi mempunyai perbezaan dengan perbuatan melantik. Menurut K. Ramanathan (1988), dalam konteks yang lebih luas pilihanraya boleh didefinisikan sebagai pemilihan umum ke atas seseorang untuk memegang sesuatu jawatan. Pemilihan ini dibuat berdasarkan undian terhadap sesebuah perkumpulan atau dari segi bahasanya adalah constituent body. Manakala menurut Syed Ahmad Hussein (1994) pula, pilihanraya diertikan sebagai satu proses di mana ahli masyarakat memilih dan mengesahkan wakil wakil untuk merangka dasar dan keputusan politik.

Pilihanraya adalah alat atau kaedah bagi memilih wakil rakyat dengan cara yang adil dan bebas. Ia turut menjadi bukti bahawa demokrasi adalah subur di sesebuah negara. Fungsi pilihanraya adalah untuk menguatkan kestabilan dan legitimacy dalam satu organisasi dan komuniti politik.
4

Di samping itu, pilihanraya juga diadakan adalah untuk mengekalkan pucuk kepimpinan dalam proses pilihanraya dan pemilihan calon calon bagi mengisi jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan melalui parti yang mendapat kemenangan majoriti. Pilihanraya yang diadakan di Malaysia adalah untuk memilih wakil rakyat untuk menjadi pembuat undang undang samada di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen. Pilihanraya berlaku di dalam dua bentuk iaitu pilihanraya umum yang dijalankan 5 tahun sekali dan pilihanraya kecil sekiranya terdapat ahli perwakilan yang meninggal dunia atau meletak jawatan (A. Rashid Rahman, 1994).

Menurut Syed Ahmad Hussein (1994) pula, pilihanraya turut diertikan sebagai satu proses di mana mereka yang diperintah itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar dan undang - undang masyarakat atau dalam perkataan yang lebih mudah, pilihan raya ialah satu proses di mana ahli masyarakat memilih dan mengesahkan wakil-wakil untuk membuat dasar dan keputusan politik. Lazimnya, pilihan raya dan perwakilan nasional adalah berdasarkan unit geografi iaitu perwakilan yang berdasarkan kependudukan dan taburan kependudukan. Dengan kaedah ini dapat meminimumkan penguasaan pemimpin di dalam satu satu kawasan dan ini membolehkan mereka memantau kebajikan serta keperluan masyarakat setempat secara lebih khusus.

Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Persekutuan yang demokrasi di mana terdapat sebuah parlimen dan 13 buah Dewan Undangan Negeri (DUN). Pilihanraya ini diselia oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) di mana ianya berfungsi untuk kajian dan persempadanan semula bahagian bahagian pilihanraya Parlimen dan Dewan

Undangan Negeri pada setiap 8 tahun sekali selepas persempadanan semula yang terdahulu (Tun Mohamed Suffian, 1984). SPR juga berperanan menjalankan urusan pendaftaran serta semakan daftar pemilih di samping bertanggungjawab menjalankan pilihanraya umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pilihanraya kecil jika wujudnya kekosongan kerusi.

Secara realitinya pentadbiran negara diterajui oleh Parti Barisan Nasional (BN) yang telah dipilih oleh rakyat dengan gabungan beberapa parti komponennya iaitu MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya. Sehingga hari ini Barisan Nasional berjaya membentuk sebuah kerajaan yang mantap melalui penggabungan kuasa politik. Di Malaysia kuasa pemerintahan dipegang oleh Barisan Nasional sejak pilihanraya selepas kemerdekaan lagi. Sehingga kini rakyat masih lagi menaruh kepercayaan kepada parti ini untuk memerintah negara. Meskipun pada pilihanraya 2008, lima buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor dapat ditawan oleh pembangkang, tetapi kepimpinan Barisan Nasional tetap releven di hati kebanyakan rakyat Malaysia (Mohd Noor Yazid, 2008).

KELEMAHAN KELEMAHAN SISTEM ELEKTORAL DI MALAYSIA

Walaupun sudah 12 kali Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengendalikan pilihanraya samada secara umum atau kecil, tetapi masih banyak lompang lompang kelemahan yang dapat dikesan bukan sahaja oleh pihak pembangkang malahan juga kalangan rakyat yang celik minda politiknya. Tidak dapat dinafikan bahawa proses pilihanraya sangat penting untuk menentukan masa depan negara di tangan pemimpin yang benar dan boleh dipercayai. Rakyat jelata masih lagi berharap supaya Malaysia mempunyai pemimpin yang ikhlas mengambil berat dan bijak dalam menangani pelbagai situasi atau krisis yang mungkin timbul secara tiba tiba misalnya krisis kewangan, polemik antara kaum, perbalahan antara parti politik dan sebagainya.

Namun demikian, sebagai manusia biasa sudah pasti tidak lepas daripada melakukan kesilapan ataupun wujudnya kelemahan dalam mengendalikan sesuatu perkara atau melaksanakan sistem sistem tertentu. Begitu juga dengan perlaksanaan sistem pilihanraya atau elektoral di Malaysia ini di mana masih timbul kelemahan di sana sini meskipun sudah banyak kali dilakukan. Kelemahan ini sebenarnya bukan dianalisa oleh pihak kerajaan tetapi dari kaca mata pihak pembangkang yang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai check and balance dalam institusi ini. Meskipun dilihat sebagai perkara yang negatif tetapi demi kepentingan rakyat khususnya, kerajaan perlu mengambil perkara ini sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka kepada masyarakat dan negara.

Seiring dengan perubahan zaman, dunia teknologi telah banyak membantu dalam pelbagai perkara termasuk berperanan sebagai penyimpan informasi atau data berkenaan para pengundi
7

yang layak mengundi di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, kelemahan dalam pengurusan data masih wujud sehinggakan masih wujud nama pengundi yang telah lama meninggal dunia. Isu ini bukanlah satu perkara baru yang wujud di dalam SPR bahkan pihak pembangkang telah lama memainkan isu tersebut untuk mencari kelemahan pihak kerajaan. Walaupun pihak kerajaan mungkin menganggap perkara ini bukanlah perkara yang luar biasa tetapi lama kelamaan jika dibiarkan akan menyebabkan ketidakadilan dan ada yang mengambil kesempatan dengan mewujudkan pengundi hantu untuk kepentingan politik peribadi. Terdapat beberapa kriteria yang merujuk kepada pengundi hantu iaitu pengundi yang berumur lebih 120 tahun, beralamatkan rumah yang mengandungi lebih dari 20 orang, pengundi tersebut tiada kaitan dengan pemilik alamat yang didaftarkan ataupun pengundi yang didaftarkan lebih daripada sekali (Wikipedia, 2009). Di dalam PRU ke 12 juga isu ini sangat popular sehinggakan pihak pembangkang mengambil inisiatif dengan membuat kawalan ketat sepanjang pilihanraya berlangsung.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masih wujud beberapa kelemahan di dalam sistem elektoral di Malaysia. Salah satu daripadanya adalah bila dikaitkan dengan undian secara pos terutama di kalangan anggota tentera, polis dan juga mereka yang berada di luar negara. Selama hari ini pihak pembangkang begitu lantang sekali dalam mengkritik dan berusaha untuk meminta pihak SPR menghapuskan undi pos kerana ianya merupakan satu bentuk penipuan yang tidak dapat dibuktikan secara fizikal. Ini kerana sehingga hari ini ada pihak pihak terutama bekas pegawai pegawai tentera yang telah membuat pengakuan bahawa berlakunya penipuan semasa undian dilakukan. Wujudnya pihak pihak tertentu atau hidden hand yang cuba memanipulasikan kaedah undian pos untuk memberi kemenangan kepada pihak yang tertentu.
8

Meskipun sehingga kini belum ada siasatan yang dijalankan oleh SPR tetapi undian secara pos dianggap sudah tidak releven dan perlu diadakan satu perubahan untuk memberi situasi menang menang kepada semua pihak.

Paling ketara setiap kali menjelang pilihanraya setiap parti politik akan berkempen untuk membantu mereka memenangi pilihanraya. Melalui media masa para calon akan membahaskan manifesto masing masing untuk memenangi hati para pengundi. Ketika inilah para calon yang bertanding akan menabur pelbagai janji dan melakukan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan diri dengan para pengundi. Pihak kerajaan menggunakan media secara besar besaran samada televisyen mahupun surat khabar untuk berkempen manakala pihak pembangkang dinafikan haknya untuk menggunakan salurannya yang sama kecuali internet. Hal ini merupakan kelemahan sistem yang paling ketara sehingga menimbul rasa ketidakadilan di kalangan para pembangkang.

Isu ini telah menunjukkan kelemahan di dalam sistem elektoral di Malaysia sehinggakan wujudnya ketidakadilan kepada parti yang merupakan pembangkang kepada kerajaan. Akses kepada media merupakan satu perkara yang sangat penting kerana manifesto atau berita berita yang hendak disampaikan kepada penyokong parti dapat diketahui oleh semua pihak. Dalam masa yang sama pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberikan tempoh yang agak singkat untuk mereka berkempen. Di sini jelas menunjukkan kelebihan berpihak kepada pihak kerajaan kerana setelah 12 tahun memerintah negara mereka mampu mempengaruhi para media untuk berpihak kepada mereka sedangkan pihak pembangkang tidak mempunyai akses kepada mana

mana media perdana kecuali melalui penggunaan Internet. Hanya blog dan juga laman laman sosial yang lain seperti Facebook, Twitter, laman web dan lain lain dapat memberi ruang kepada mereka untuk berhubung dengan masyarakat. Berbeza dengan negara negara luar yang mempunyai kebebasan media dan kedua dua belah pihak mendapat hak penggunaan yang sama. Kelemahan ini masih berlaku dan mungkin akan berterusan sekiranya tidak diambil tindakan yang sewajarnya.

Walau bagaimanapun, kelemahan kelemahan yang wujud di dalam sistem elektoral di Malaysia masih lagi mempunyai ruang dan peluang untuk diperbaiki. Umum mengetahui bahawa segala kuasa dan pengaruh untuk memperbaiki kepincangan ini terletak bukan sahaja di tangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahkan juga kerajaan yang memerintah turut berperanan untuk mengubah sistem pilihanraya sekiranya ada kemahuan. Inilah yang dipersoalkan oleh pihak pembangkang dan pro pembangkang kerana isu ini sudah lama dibahaskan.

10

MENGATASI KELEMAHAN SISTEM ELEKTORAL DI MALAYSIA

Kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengambil inisiatif yang pragmatik untuk mengatasi kelemahan kelemahan yang wujud semasa sistem elektoral dijalankan. Ini kerana wujudnya kritikan kritikan bukan sahaja daripada pihak pembangkang malahan juga respon daripada golongan golongan terpelajar yang menjadi pemerhati bebas sistem elektoral yang dijalankan di Malaysia. Sistem elektoral di Malaysia masih ditakuk lama di mana wujudnya kelemahan kelemahan yang sama setiap kali pilihanraya berlangsung. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kritikan kritikan yang kurang enak didengar sehingga menimbulkan perbalahan terutama di antara pihak pemerintah dan juga pembangkang.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah membuat cadangan untuk mengatasi kelemahan sistem undian melalui pos yang seringkali menjadi polemik di kalangan kebanyakan masyarakat yang mengikuti perkembangan politik Malaysia. Beberapa kelemahan teknikal akan ditukar dan diganti dengan satu konsep undian yang diberi nama Pengundian Awal. Sistem ini dijangka akan dimulakan pada pilihanraya umum yang ke tiga belas. Berdasarkan sistem ini, proses pengundian akan dipermudahkan di mana pengundi yang terbabit tidak perlu memasukkan kertas undi di dalam sampul. Sebaliknya, pengundi terbabit layak mengundi awal melalui proses pengundian biasa sepertimana di Thailand (Berita Harian, 2010).

Tidak dapat dinafikan setiap kali menjelang pilihanraya, isu pengundi hantu seringkali menjadi isi perbahasan di kalangan masyarakat terutama pihak pembangkang. Sepertimana yang telah berlaku pada pilihanraya kali yang ke 11 pada tahun 2004, polemik berkaitan isu pengundi hantu
11

menimbulkan kekacauan dan salah faham. Punca berlakunya salahfaham mengenai isu tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor tertentu iaitu persempadanan semula kawasan pilihanraya, wujudnya dua senarai daftar pengundi, masih terdapat lagi nama si mati di dalam daftar pengundi, berlaku pemindahan nama pengundi tanpa dimaklumkan terlebih dahulu dan juga terdapat pengundi yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya itu akibat senarai daftar pengundi yang belum diwartakan (Wikipedia, 2011).

Walau bagaimanapun, permasalahan ini mungkin dapat diselesaikan melalui penggunaan teknologi yang lebih sofistikated dan dinamik. Penciptaan portal atau laman sesawang atau perisian yang lebih komprehensif dalam menyenaraikan para pengundi yang benar benar sah identitinya dapat membantu dalam sistem pilihanraya di masa hadapan. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) boleh berkerjasama dengan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mahupun melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lebih dekat supaya dapat mengemaskini data berkenaan dengan pengundi yang telahpun meninggal dunia. Jadi tidak timbul persoalan mengapa pengundi yang telah lama meninggal dunia masih tersenarai sebagai pengundi yang sah di dalam sistem.

Walhal perkara itulah yang paling dipersoalkan pembangkang hingga menampakkan kelemahan yang nyata di dalam system electoral di negara kita sejak sekian lama. Sebagai negara yang sudah lama mengecapi pembangunan dan mempunyai fasiliti serta gunatenaga mahir dalam bidang teknologi tidak mustahil dapat mewujudkan perisian yang mampu memadam secara automatik data pengundi yang telah tiada supaya tidak berlaku sebarang pertindihan data yang

12

seringkali berlaku di dalam sistem Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setiap kali menjelang pilihanraya.

Selain daripada itu, penggunaan dakwat kekal sepertimana yang telah lama diminta oleh pakatan pembangkang dapat membantu meningkatkan kebolehpercayaan di kalangan masyarakat dan sekaligus mengatasi kelemahan dalam sistem elektoral. Dakwat kekal ini mengandungi kandungan argentum nitrat sebanyak 4 peratus untuk digunakan oleh pengundi biasa manakala pengundi awal akan menggunakan dakwat kekal yang mengandungi 7 peratus kandungan argentum nitrat. Tujuannya adalah untuk memastikan dakwat itu kekal lebih lama pada kulit dan kuku pengundi (Utusan Malaysia, 2011). Dengan kaedah penggunaan dakwat kekal ini dapat mengelakkan penipuan sewaktu membuang undi kelak. Melalui laporan arus perdana baru baru ini, pilihanraya yang ke 13 bakal menyaksikan perubahan di dalam sistem elektoral di mana penggunaan dakwat kekal mungkin akan diperkenalkan dan diimplementasikan secara menyeluruh. Kesungguhan yang bakal dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) khususnya mampu mengatasi kelemahan di dalam sistem elektoral di Malaysia (Berita Harian, 2011).

Walau bagaimanapun, dalam mengatasi kelemahan dan kepincangan yang seringkali wujud di dalam sistem elektoral Malaysia perkara yang paling utama adalah dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja (Royal Commission of Inquiry). Suruhanjaya ini merupakan satu badan tertinggi yang bersifat bebas di mana berperanan untuk menyiasat kelemahan kelemahan yang mungkin wujud dan kemudian mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak. Menurut Wikipedia (2011), Suruhanjaya Diraja mempunyai bidang kuasa yang lebih luas
13

daripada seorang hakim tetapi dihadkan oleh syarat rujukan suruhanjaya di mana ianya ditubuhkan oleh Ketua Negara atas nasihat kerajaan eksekutif dan ahlinya dilantik melalui surat paten. Ramai pihak terutama parti pembangkang yang menyarankan agar suruhanjaya ini ditubuhkan supaya sistem elektoral di Malaysia akan lebih telus dan adil untuk semua pihak. Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan Suruhanjaya Diraja yang bersifat bebas dapat menjernihkan kembali perselisihan di antara parti sehingga menimbulkan permusuhan.

Ternyata fakta fakta yang telah diutarakan sebelum ini mampu mengatasi kelemahan kelemahan yang ada pada sistem electoral di negara kita. Sedikit sebanyak jika tidak keseluruhannya dapat memperbaiki dan sekaligus menyaksikan kematangan di dalam sistem elektoral yang bakal masuk kali ke 13 tidak lama lagi. Mungkin sedikit perhatian dan kesungguhan yang ditunjukkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dapat membuktikan komitmen mereka yang sebenarnya kepada kepentingan rakyat jelata atau pengundi. Bukan sekadar menjadi pak turut ataupun hanya boneka kepada pihak tertentu sehingga boleh menimbulkan kebencian mahupun keresahan di hati masyarakat.

14

KESIMPULAN

Realitinya proses pilihanraya di Malaysia masih belum mencapai kesempurnaan dari segi teori dan perlaksanaannya. Kelemahan kelemahan yang wujud di dalam sistem pilihanraya atau elektoral ini membuatkan kebanyakan rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan khususnya kerana didakwa menimbulkan ketidakadilan kepada pihak pihak yang lain terutama pihak pembangkang yang berperanan sebagai check and balance kerajaan Malaysia. Masih ramai yang kurang mempercayai pemimpin pemimpin kerajaan yang pada pandangan pihak pembangkang bersikap tidak telus dan menjaga kepentingan sendiri. Kepimpinan kerajaan dikritik kerana wujudnya pelbagai isu yang menyebabkan mereka dituduh sebagai penyebab kepada kelemahan sistem pilihanraya di Malaysia.

Walau bagaimanapun kerajaan masih bersikap terbuka dalam beberapa perkara walaupun dikritik oleh pihak pembangkang. Ini termasuklah tuduhan sesetengah pihak yang beranggapan media arus perdana dikawal oleh kerajaan iaitu kepimpinan Barisan Nasional (BN), tetapi parti pembangkang masih mendapat ruang kebebasan media apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih memberikan permit yang diperuntukkan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dalam menghebahkan manifesto dan menjana propaganda mereka menerusi akhbar parti masing masing. Kelemahan yang wujud di dalam sistem pilihanraya atau elektoral di Malaysia masih ditahap yang rendah. Cuma apa yang diperlukan adalah pemantauan secara khusus daripada semua pihak yang terlibat terutama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menjadi nadi utama dalam perjalanan pilihanraya dalam negara.

15

Seperti yang telah dinyatakan, peranan Suruhanjaya Pilihan (SPR) wajar ditingkatkan supaya dapat memperbaiki kelemahan kelemahan yang tampak ketara di mata rakyat. Sudah tiba masanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak sepertimana misi yang telah menjadi pegangan suruhanjaya tersebut iaitu mendukung sistem demokrasi berparlimen dan menjamin hak rakyat untuk memilih wakil mereka. Sehubungan dengan itu, suruhanjaya tersebut perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani kelemahan yang terdapat dalam sistem elektoral di Malaysia. Dengan cara yang demikian permasalahan yang timbul sepanjang tempoh pilihanraya di lakukan dapat diselesaikan. Hasilnya dapat mengurangkan rasa tidak puas hati di kalangan para pro parti pembangkang dan kepemimpinan mereka.

Boleh dikatakan semua warganegara Malaysia terutamanya para pengundi mendambakan proses electoral atau pilihanraya dapat dijalankan secara telus, adil dan teratur. Selama ini kita masih mendengar tentang kritikan yang dilemparkan oleh kebanyakan pihak setiap kali bermulanya pilihanraya sehinggalah ianya selesai bak kata pepatah rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Oleh sebab itulah, pihak pihak yang berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) khususnya mencari alternative penyelesaian terhadap kelemahan - kelemahan yang wujud di dalam proses electoral selama ini. Jika tidak, makin ramai rakyat Malaysia yang akan terus mengkritik dan lebih teruk lagi jika ada yang berani memulau proses electoral yang akhirnya akan merugikan semua pihak.

16

BIBLIOGRAFI

A. Rashid Rahman. (1994). The Conduct of Elections in Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Berita Harian, (2008). Pilihan Raya. Dawama, No. 22, pp. 5

Berita harian, (2010). Sistem undi pos ditukar kepada pengundian awal. Rujuk laman web http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/5-field-issues/413-bicararakyat-jasa-sistem-undi-pos-ditukar-kepada-pengundian-awal.html

Berita Harian, (2011). Peraturan Penggunaan Dakwat Kekal Diketahui 1 Februari Depan. Rujuk laman web -

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peraturanpenggunaandakwatkekaldiketahu i1Februari/Article/index_html

Graham Brown, (2005). Playing (Non) Ethnic Card: The Electoral System and Ethnic Voting Patterns in Malaysia. Crise Working Paper, University of Oxford, No. 21

K. Ramanathan (1988). Konsep Asas Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

K. Ramanathan, (2003). Institusi Politik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Noor Yazid, (2008). Keputusan Pilihan Raya Umum 2008: Mungkinkah Terbentuknya Sistem 2 Parti Di Malaysia. Seminar Politik Malaysia, Shah Alam: Universiti Teknologi MARA

17

Syed Ahmad Hussein (1994). Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Tun Mohamed Suffian Hashim (1984). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Utusan Malaysia, (2011). Dakwat kekal, undi awal pasukan keselamatan. Rujuk laman web http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia &sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Wikipedia,

(2011).

Suruhanjaya

Diraja.

Rujuk

laman

web

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Diraja

Wikipedia,

(2011).

Pilihanraya

Umum

Malaysia

2008.

Rujuk

laman

web

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008

Wikipedia,

(2009).

Pengundi

Hantu.

Rujuk

laman

web

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengundi_hantu

18

Vous aimerez peut-être aussi