Vous êtes sur la page 1sur 27

Penilaian Berasaskan Sekolah

Pengenalan

1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). 2. PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. dan kebolehpercayaan skor

4. PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri daripada 2 bentuk iaitu: a. Kerja Kursus b. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) Rasional Penilaian Berasaskan Sekolah Rasional penilaian berasaskan sekolah terdiri daripada rasional berikut; 1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh 2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid lebih awal dan berterusan 3. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru 4. Dapat merancang dan pengubahsuaian pengajaran guru 5. Tindakan susulan dapat dijalankan serta merta

Pernyataan Dasar Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan.

Pelaksanaan PLBS, PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus.

Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan. PBS dilaksanakan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Calon yang beragama Islam wajib melaksanakan PAFA. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) mesti dilaksanakan mengikut buku Panduan PLBS. Jawatankuasa Induk PBS peringkat negeri, bahagian / daerah / gabungan dan sekolah perlu ditubuhkan. Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak sekolah. Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab pihak sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan.

Semua rekod dan bahan pentaksiran yang diperigkatkan sulit, perlu disimpan dengan selamat selama 6 bulan selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan. Calon yang ingin mendapatkan pengecualian kerja kursus hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Negeri

Ciri-Ciri Penilaian Berasaskan Sekolah 1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2. PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu: a. Kerja Kursus/Peka b. PLBS

1.

Kerja kursus / PEKA Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran LPM membekalkan dokumen pentaksiran LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Penskoran dan pelaporan oleh sekolah Markah dihantar kepada LPM Sekolah mengeluarkan sijil

2.

Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. LPM membekalkan panduan LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras Penskoran dan pelaporan oleh sekolah Sekolah mengeluarkan sijil

Konsep Penilaian Berasaskan Sekolah Konsep penilaian berasaskan sekolah terdiri daripada konsep berikut; a. Dirancang b. Ditadbir c. Diskor d. Dilaporkan e. Kerangka f. Dimoderasikan g. Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. h. Pelaporan positif. Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut: Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran,

penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan. Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens. Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran. Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina. Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dimoderasikan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti. Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan. Pelaporan positif. Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

PERANCANGAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Perancangan Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik. 2. Penataran Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar program PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang pelaksanaan PBS. 3. Pelaksanaan Pentaksiran Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam Manual Pengendalian PBS 4. Penyelarasan Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor. 5. Pemantauan Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 6. Pengesanan Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaikia program itu. 7. Pelaporan Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan. Pelaksanaan Jadual Pelaksanaan

Mata Pelajaran PAFA PEKA SAINS PLBS BM & BI

Tahun 1-6 3-6 1-6

Tarikh Pelaksanaan 4 Feb 31 Julai 3 Mac 31 Julai Jan - November

Petugas Pentaksiran Terdiri daripada: 1. Pentaksir Kebangsaan (PK) 2. Pentaksir Negeri (PN) 3. Ketua Pentaksir Kawasan (KPKW) 4. Pentaksir Kawasan (PKW) 5. Ketua Pentaksir Sekolah (KPS) 6. Pentaksir Sekolah (PS) 1. Pentaksir Kebangsaan(PK) Dilantik oleh LPM guru terlatih opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran disahkan dalam jawatan berpengalaman

Pentaksir Negeri(PN) Dilantik oleh JPN guru terlatih opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran disahkan dalam jawatan berpengalaman dengan mata pelajaran berkaitan

Ketua Pentaksir Kawasan(KPKw) Dilantik oleh JPN guru cemerlang / guru terlatih opsyen berkaitan mata pelajaran berpengalaman disahkan dalam jawatan

Pentaksir Kawasan(PKw) Dilantik oleh JPN guru cemerlang / guru terlatih opsyen berkaitan mata pelajaran berpengalaman disahkan dalam jawatan

Ketua Pentaksir Sekolah(KPS) Dilantik oleh Guru Besar / Jawatankuasa Pentaksir Kes Khas guru terlatih opsyen mata pelajaran berkaitan jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun dilantik dalam jawatan

Pentaksir Sekolah (PS) Dilantik oleh Guru Besar / Jawatankuasa Pentaksir Kes Khas guru terlatih opsyen mata pelajaran berkaitan jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun dilantik dalam jawatan

Tugas Pentaksir Kebangsaan(PK) Sebelum pentaksiran:

Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai mata pelajaran di LPM Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama Pentaksir Negeri (PN) Merancang jadual / aktiviti pemantauan dan penyelarasan Membuat pemantauan dan penyelarasan peringkat kebangsaan

Semasa Pentaksiran: Berjumpa Pengetua sekolah memaklumkan kehadiran semasa lawatan ke sekolah. Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah

Selepas Pentaksiran: Mengumpul dan menyatukan laporan daripada semua PN Mengemukakan cadangan dan tindakan susulan kepada LPM

Tugas Pentaksir Negeri(PN) Sebelum Pentaksiran: Menghadiri mesyuarat penyelarasan kebangsaan Menyelaras tugas Pentaksir Kawasan (PKw) Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat negeri Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa

Semasa Pentaksiran: Melawat sekolah Melaksanakan penyelarasan skor peringkat negeri

Selepas Pentaksiran: Menjadi penasihat kepada jawatankuasa Pentaksir Kes Khas Sekolah Mengumpul dan menyatukan laporan daripada PKw dan menghantar kepada PK Tugas Pentaksir Kawasan(PKw) Sebelum Pentaksiran: Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri

Memberi taklimat kepada PKw dan PS

Semasa Pentaksiran: Menyelaras pentaksiran oleh PS Bertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui proses pentaksiran yang lengkap Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah

Selepas Pentaksiran: Mengumpul dan menyatukan laporan dan menyerahkannya kepada PN Menyelesaikan kes-kes khas

Tugas PentaksirSekolah(PS) Sebelum Pentaksiran: Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon

Semasa Pentaksiran: Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi Mentaksir calon Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain yang berkaitan. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/ kawasan dalam urusan penyelarasan

Selepas Pentaksiran: Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh PN/PKw Menyerahkan skor kepada SUP Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKw

Memastikan borang penskoran individu yang berpindah sekolah dihantar ke sekolah baru Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon Menyelesaikan kes-kes khas

GRED SEMPADAN SKOR PBS Gred Sempadan Skor adalah julat skor yang menggambarkan pencapaian gred dalam PBS bagi mata pelajaran berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pelaporan PBS dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu: a. Peringkat sekolah b. Peringkat Majlis Peperiksaan Malaysia 1. 2. Peringkat sekolah Pelaporan skor Borang Markah Individu dan Kelompok / Keseluruhan / Induk Penyataan / Sijil Pencapaian Kerja Kursus Peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Slip keputusan

Penyataan keputusan Pelaporan Pencapaian PBS calon yang dicatatkan dalam slip keputusan dan penyataan adalah seperti berikut:

KOD CAPAIAN 1 2 3 4

TAHAP PENCAPAIAN CEMERLANG KEPUJIAN MEMUASKAN MENCAPAI SEBAHAGIAN TAHAP PENGUASAAN MINIMUM

5 6

TIDAK MELAKSANAKAN KERJA KURSUS DIKECUALIKAN

Penilaian Berasaskan Projek Brosur

RUBRIK PENILAIAN BROSUR MENGIKUT SKALA : 1. Lemah ( 0 - 5 markah ) 2. Sederhana ( 6 - 8 ) 3. Cemerlang ( 9 - 10 )

1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat) 2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian. 3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum. 1. Reka bentuk dan paparan yang salah 2.Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik. 3.Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar. . 1Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah 2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki. 3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan

1.Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi. 2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat. 3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

- Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. Rubrik Penilaian Brosur 1. Lemah (0-5) 2.Sederhana (6-8) 3. Cemerlang (9-10)

Kreativiti dan keaslian 1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat) 2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian. 3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi 1.Reka bentuk dan paparan yang salah 2.Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik. 3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa 1.Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah 2.Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki. 3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi 1.Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi. 2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat. 3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

Power Point

Definisi: -pakej persembahan grafik yang lengkap

Matlamat: Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat tempatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict POWER POINT Objektif : Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

Ciri-ciri : Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa

Definisi

Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti background format, drawing, colour, transitions dan animations, drawing tools dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

Matlamat

Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat tempatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

Objektif Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

Ciri-Ciri Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut: -Hasil ciptaan sendiri -Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri -Berasaskan Windows -Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

ASPEK PENILAIAN

Cara penyampaian maklumat

Keistimewaan persembahan

Warna, pengurusan ruang dan kreativiti

Kelengkapan laporan

Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd

Keberkesanan kesinambungan persembahan

Ketepatan isi kandungan

Masa terhad untuk persembahan.

1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti 2. Keberkesanan kesinambungan persembahan 3.Ketepatan isi kandungan 4.Kelengkapan laporan 5.Cara penyampaian maklumat 6.Keistimewaan persembahan 7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd 8. Masa terhad untuk persembahan.

Penilaian Eviden Pengurusan Evidens Pentaksiran Berasaskan Sekolah Evidens murid yang telah dikumpul perlu diurus dengan baik dan sistematik. Pengurusan evidensmurid di sekolah hendaklah memudahkan semua pihak yang terlibat dan dapat membantu menjayakan pelaksanaan PBS di sekolah. Evidens boleh didapati daripada pelbagai sumber. Guru atau pentaksir bertanggungjawab untuk memastikan evidens yang mencukupi dan sesuai untuk membuat pertimbangan atau keputusan terhadap penguasaan murid dalam perkara yang ditaksir. Ciri-ciri evidens yang dikumpul: a. Sah Evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan/ pencapaian standard yang telah ditetapkan b. Autentik Murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri Kecukupan Adakah evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid c. Semasa Evidens dapat membuktikan murid dapat membuat mengikut standard semasa d. Tekal Evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan

Pengurusan EvidensPentaksiran Sekolah Evidensialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. Antara contoh evidens murid ialah: a. Penulisan i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat tercatat; dan ii. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan b. Bahan cetakan (bulletin) i. Satu proses hasil kerja murid menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan

ii. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain c. Persembahan i. Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempertengahkan bakat yang mereka ada serta diberikan perhatian d. Foto i. Gambar atau bayangan merupakan benda buatan manusia, biasanya dua dimensi, yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek biasanya objek fizikal atau benda hidup yang dijalankan e. Grafik i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambarfoto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar f. Artifak i. Salinan bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama. g. Laporan i. Suatu penulisan yang berformat dan telah direncanakan untuk paparan dan tatapan satu tugasan h. Model i. Berbentuk fizikal yang mencirikan evidens yang boleh diketengahkan untuk menjadi contoh antara yang terbaik i. Produk i. Barangan atau rupa bentuk fizikal mana-mana objek atau perkhidmatan yang berkualiti atau yang dihasilkan j. Rakaman

i. Merupakan perekodan/pelaporan dalam bentuk audio atau visual k. Bahan ICT i. Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan sebarang bentuk dan teknologi Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)

Penyediaan Fail Murid Terdapat dua fail yang disediakan untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalah seperti berikut: a. Fail Perkembangan Murid (FPM) Fail Perkembangan Murid (FPM) adalah untuk menyimpan evidens murid. Hanya evidens terbaik dalam band tertinggi yang dicapai oleh murid disimpan dalam fail untuk tujuan aktiviti penjaminan kualiti. b. Fail Showcase (FS) Fail showcase adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih dalam band. Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. i. aliran kelas (contoh: semua kelas tahun 1); atau ii. kelas; atau iii. mata pelajaran; atau iv. murid Nota: Penyediaan fail murid boleh dirujuk pada Perkara 9.1.2, muka surat 49. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS) seperti perkara (a) dan (b) di atas di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedah pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan JK PBS Sekolah. Pengurusan evidens murid dilaksanakan oleh guru dengan kaedah seperti berikut: a. Buku Latihan jika digunakan hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS. b. Lembaran Kerja dan Artifak yang bersesuaian hendaklah diserahkan kepada murid setelah direkodkan dalam aplikasi SPPBS. Guru hendaklah memberi maklumbalas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan dan pengayaan pembelajaran.

c. Evidens yang terbaik dan terpilih dalam band boleh dijadikan bahan showcase. d. Evidens yang menunjukkan rekod prestasi perkembangan murid mengikut tahun semasa.

Pengurusan Evidens Pentaksiran Pusat Evidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti dalam bentuk produk atau proses yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Antara contoh evidens murid ialah: a. Penulisan i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat tercatat; dan ii. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan b. Bahan cetakan (bulletin) i. Satu proses hasil kerja murid menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan ii. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain c. Persembahan i. Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempertengahkan bakat yang mereka ada serta diberikan perhatian d. Foto i. Gambar atau bayangan merupakan benda buatan manusia, biasanya dua dimensi, yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek biasanya objek fizikal atau benda hidup yang dijalankan e. Grafik i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambarfoto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh

merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar f. Artifak i. Salinan bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama. g. Laporan i. Suatu penulisan yang berformat dan telah direncanakan untuk paparan dan tatapan satu tugasan h. Model i. Berbentuk fizikal yang mencirikan evidens yang boleh diketengahkan untuk menjadi contoh antara yang terbaik i. Produk i. Barangan atau rupa bentuk fizikal mana-mana objek atau perkhidmatan yang berkualiti atau yang dihasilkan j. Rakaman i. Merupakan perekodan/pelaporan dalam bentuk audio atau visual k. Bahan ICT i. Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan sebarang bentuk dan teknologi Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT) Pengurusan evidens murid dilaksanakan oleh guru dengan kaedah seperti berikut: a. Penyimpanan. i. Evidens murid disimpan ditempat yang selamat dan bersistematik secara tersusun dalam tempoh 3 hingga 6 bulan dan diserahkan kepada murid selepas aktiviti Penjaminan Kualiti dan kemasukan markah dalam Sistem Pentaksiran Pusat Lembaga Peperiksaan ii. Evidens disimpan dalam bentuk hardcopy atau softcopy atau dalam bentuk apa sekalipun sebagai bahan bukti. b. Pelupusan i. Evidens dilupus berdasarkan Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Pusat dengan cara mengembalikan evidens kepada murid untuk simpanan mereka.

Pengurusan Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Guru merekod penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum menggunakan borang dan aplikasi SPPBS.

Pengurusan EvidensPentaksiran Psikometrik Evidens adalah terhad dan disimpan oleh guru bimbingan dan kaunseling di tempat yang selamat secara bersistematik dan tersusun.

Definisi Rubrik Rubrik merupakan alat penilaian untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar di atas kertas, projek, esei, dan tugas lain. Standard rubrik membolehkan anda menilai berdasarkan kriteria tertentu, membuat pemarkahan dengan lebih mudah dan lebih telus. Rubrik ini adalah usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten. Hal ini membolehkan guru dan pelajar sama-sama untuk menentukan tahap kriteria yang rumit dan subjektif dan juga memberikan landasan untuk penilaian diri, refleksi dan rakan sebaya. Hal ini bertujuan untuk penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian dan menunjukkan cara untuk meneruskan pembelajaran selanjutnya iaitu mengajar. Pengajar yang bergantung pada rubrik untuk menilai prestasi murid cenderung untuk berkongsi rubrik dengan pelajar pada waktu tugas tersebut dibuat. Flash Pamela menyatakan bahawa apabila pelajar diberitahu tentang pemarkahan kriteria dari awal, mereka dapat terlibat dalam proses kerja menuju kejayaan. Selain membantu pelajar memahami bagaimana tugas tersebut berkaitan dengan

kandungan kursus, sebuah rubrik dapat meningkatkan kuasa pelajar dalam kelas, melalui transparansi. Selain itu, rubrik mengurangkan jumlah masa guru menghabiskan untuk memberi markah pada kerja pelajar.

Rubrik terdiri daripada dua jenis iaitu rubrik umum dan rubrik khusus. Rubrik umum adalah untuk menilai kemahiran atau subkemahiran yang umum. Contohnya bertutur dengan jelas dan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Manakala rubrik khusus pula adalah untuk menilai subkemahiran yang terkecil. Contohnya bertutur dengan menggunakan sebutan baku yang betul. Komponen Sebuah Rubrik Rubrik merangkumi satu atau lebih dimensi prestasi yang dinilai, definisi dan contoh- contoh yang menggambarkan telah diukur dan menetapkan skala untuk setiap dimensi. Dimensi umumnya disebut sebagai kriteria, skala penilaian sebagai peringkat, dan definisi sebagai descriptor. Herman, Aschbacher, dan Winters membezakan unsur-unsur berikut bagi rubrik skor: Definisi dan contoh untuk memperjelaskan makna dari setiap sifat atau dimensi satu skala nilai-nilai untuk mengukur setiap dimensi

Standard kejayaan untuk meningkatkan prestasi yang telah ditetapkan dan disertai dengan model atau contoh-contoh dari tiap-tiap tahap Satu atau lebih sifat atau dimensi yang menjadi dasar untuk mengukur respon pelajar.

Sejak 1980-an, banyak rubrik ditunjukkan dalam format grafik, biasanya grid. Pengajian keberkesanan rubrik sekarang mempertimbangkan kecekapan grid, sebagai contoh, senarai berasaskan teks kriteria

Langkah-Langkah Untuk Membina Rubrik Rubrik membantu pelajar menjadi pengukur diri sendiri dan pekerjaan orang lain serta mengurangkan jumlah guru menghabiskan masa menilai kerja pelajar. Berikut ini adalah langkah-langkah untuk membuat dan menggunakan rubrik untuk menulis tugas. 1) Langkah pertama ialah menyuruh pelajar melihat model kerja baik dengan "tidak begitubaik". Seorang guru dapat memberikan tugasan sampel high variable bagi pelajar untuk

meninjau. 2) Langkah kedua adalah senarai kriteria untuk digunakan dalam rubrik dan mungkin untuk perbincangan tentang apa yang dianggap sebagai pekerjaan yang berkualiti. Guru perlu bertanyakan maklum balas pelajar selama proses pendaftaran membolehkan guru untuk mengukur pengalaman global penulisan pelajar. 3) Langkah ketiga dalam membuat rubrik adalah untuk mengartikulasikan system pemarkahan. Kategori hierarki ringkas ini harus menggambarkan tahap pelajar (berkisar pemarkahan. Kategori hierarki ringkas ini harus menggambarkan tahap pelajar (berkisar dari buruk menjadi baik). Mereka dapat didasarkan pada pembahasan sampel pekerjaan yang baik dengan yang tidak terlalu baik. Dengan penggunaan sejumlah pemarkahan konservatif membolehkan rubrik senang digunakan oleh pengguna 4) Langkah keempat dalam membuat rubrik adalah dengan amalan pada model. Pelajar boleh menguji sampel rubrik tentang tugas-tugas yang diberikan oleh pengajar. Amalan ini dapat membangun rasa percaya diri pelajar dengan mengajar mereka bagaimana pengajar akan menggunakan rubrik di atas kertas mereka. Hal ini juga dapat memudahkan pelajar / guru kesepakatan tentang kebolehpercayaan rubrik. 5) Langkah kelima adalah bertanyakan kepada diri dan rakan sebaya. 6) Langkah keenam adalah untuk menyemak semula kerja berdasarkan maklum balas itu. Sebagai pelajar yang sedang mengerjakan tugas mereka, mereka boleh berhenti sesekali untuk membuat penilaian diri dan kemudian memberi dan menerima penilaian dari rakan- rakan mereka. Semakan harus berdasarkan pada maklum balas yang mereka terima. 7) Langkah ketujuh dan terakhir adalah dengan menggunakan penilaian guru, yang bermaksud menggunakan rubrik yang sama kepada para pelajar yang digunakan untuk menilai pekerjaan mereka.

Penggunaan Rubrik Rubrik sering digunakan dalam penilaian alternatif dalam pendidikan, tetapi telah mendapat ruang sebagai cara mendirikan penilaian tertulis atau standard penilaian untuk formal, ujian esei yang dikendalikan oleh profesional seperti ujian penilaian guru tertentu yang terdapat dalam siri praksis. Dalam penilaian alternatif, rubrik yang dirancang untuk mencerminkan proses dan output dari penyelesaian "masalah kehidupan nyata". Kebiasaannya dalam bentuk matriks dengan yang dipersetujui bersama perundingan kontrak atau kriteria untuk berjaya. Rubrik ini menfokuskan pada tujuan lain, yang harus terikat dengan standard pendidikan yang diasaskan oleh masyarakat, dan harus menggunakan had atau skala untuk menilai prestasi.

Kelebihan utama bagi guru kelas adalah terletak pada kekuatan dan kejayaan rubric klarifikasi di dalam kelas, menetapkan misi dan visi yang jelas untuk pencapaian. Dengan berkongsi penilaian rubrik dengan pelajar, mereka dapat mengetahui apa yang diharapkan dan dengan itu mereka tahu apa yang dianggap sebagai pekerjaan yang berkualiti. Dengan rubrik, pemarkahan menjadi lebih objektif, konsisten, dan teguh serta tetap. Selain itu, rubrik menjadikan penilaian lebih efisien. Waktu yang dihabiskan mengembangkan pemarkahan rubric akan dibuat bagi kemudahan dan kelancaran sistem pemarkahan yang sedia ada.

Kepentingan Menggunakan Rubrik Salah satu kelebihan utama menggunakan rubrik adalah rubrik memberi gambaran yang jelas untuk setiap penilaian yang dibuat. Dengan menggunakan rubrik, guru mampu mengkhususkan garis panduan yang diharapkan dalam setiap aspek-aspek sesuatu projek. Sepanjang tempoh pelajar mengikuti rubrik, mereka tidak akan keliru dengan apa yang diharapkan daripada mereka. Hal ini akan mengurangkan tekanan baik bagi pelajar mahupun guru. Pemahaman lebih mendalam tentang harapan juga boleh menyebabkan peningkatan kualiti pelajar lebih tinggi. Kelebihan lain menggunakan rubrik adalah dapat mengurangkan masa penilaian yang mereka sediakan. Walaupun disiplin ilmu seperti High School Inggeris mungkin mempunyai lebih daripada beberapa sistem penilaian, semua disiplin ilmu dan kelas tersebut terpaksa berhadapan dengan tekanan dalam menanda kertas contohnya ujian ataupun peperiksaan. Rubrik membantu dalam menfokuskan perhatian guru terhadap aspek tertentu yang ada dalam rubrik, yang mana dapat membantu guru memendekkan separuh masa penilaian pelajar. Walaupun peningkatan dalam penggunaan rubrik untuk pelajar dan guru, beberapa perkara tambahan juga perlu ada dalam rubrik tersebut seperti menggunakan alat alat penilaian yang berbeza untuk memberi manfaat yang lebih. Salah satu manfaat tersebut melibatkan komunikasi antara ibu bapa dan guru. Sebuah rubrik yang ditulis dengan baik tidak hanya membenarkan pelajar untuk melihat bagaimana mereka dinilai, tetapi rubrik ini juga membolehkan ibu bapa mengetahui penilaian terhadap anak-anak mereka. Dalam jangka pendek, rubrik dapat membantu mengurangkan gangguan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Dalam jangka masa panjang, rubrik dapat membantu untuk meningkatkan standard kredibiliti dan efektif dari kelas atau sesuatu kursus yang disertai. Akhirnya, rubrik membantu dalam meningkatkan komunikasi antara pelajar dan guru di sekolah. Dengan menggunakan rubrik untuk tahap kelas dan penilaian kurikulum yang luas, sekolah dapat meluaskan ruang komunikasi di antara pelajar dan guru yang mana sebelum ini mungkin tidak berlaku keadaan sedemikian. Hal ini dapat menggalakkan kepada percambahan idea dalam

topic yang dibincangkan dan tidak hanya khusus dengan apa yang diajarkan di dalam kelas tertentu, tetapi juga bagaimana kurikulum tersebut diajar. Para guru kemudianya boleh mengutarakan lebih banyak idea dan komen dalam apa yang sedang dinilai dalam kelas mereka, serta pengajaran yang disampaikannya. Falsafah perbincangan antara guru ini sangat stimulatif dan berkesan, dan membantu dalam meningkatkan kualiti profesion guru.

Persamaan Dan Perbezaan

Persamaan Set kriteria yang digunakan adalah untuk tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar kriteria-kriteria yang digunakan adalah konsisten berdasarkan pada pengukuran pelajar Standard rubrik adalah lebih mudah dan lebih telus. Tujuan rubrik adalah untuk menilai prestasi pelajar Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh guru/pensyarah. Pemarkahan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu cemerlang, baik, sederhana dan lemah. Penilaian adalah berpusatkan guru/pensyarah.

Perbezaan rubrik di IPT lebih menekankan kepada pendekatan kognitif berbanding di sekolah penilaiannya secara terus rubrik di sekolah menilai kriteria pelajar lebih spesifik berbanding rubrik di IPT yang mana rubrik di IPT hanya menekankan kepada keupayaan pelajar rubrik di sekolah selalunya berlandaskan format yang disediakan oleh sekolah berbanding di IPT yang menekankan pada inovasi dalam sesebuah projek amali

Kelebihan Dan Kelemahan

Kelebihan mengurangkan jumlah masa guru menghabiskan untuk memberi markah pada kerja pelajar

rubrik memberi gambaran yang jelas untuk setiap penilaian yang dibuat kriteria-kriteria yang ada menggambarkan prestasi pelajar yang sebenar

Kelemahan Penilaiaan terhadap pelajar kadang-kadang tidak tepat. Penilaian berpusatkan pada guru Kriteria-kritea yang ada adalah secara formal. Kualiti penilaian tidak bergantung sepenuhnya terhadap pengetahuan pelajar Tahap pengaplikasian pelajar adalah terhad berdasarkan kriteria yang ditetapkan Kebolehpercayaan terhadap penilaian adalah tidak sepenuhnya.

Vous aimerez peut-être aussi