Vous êtes sur la page 1sur 24

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

TAJUK : PENILAIAN KURIKULUM BERKESAN MENJAMIN KEMANTAPAN PENDIDIKAN

PERINCIAN FOTO TARIKH LOKASI 14 NOVEMBER 2013 (KHAMIS) DEWAN PEPERIKSAAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASOH 2, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN. JENIS KAMERA NIKON D3100 UKURAN SAIZ FAIL SPEED FILTER ISO FLASH 10.31 CM X 17.37 CM 3.2 MB 3400 FPS 52 MM 120 TANPA FLASH

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

1.1

Pendahuluan

Gambar foto di sebelah menunjukkan Peperiksaan SPM bagi Matapelajaran Sejarah Kertas 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2, Jempol, Negeri Sembilan sedang dijalankan. Peperiksaan ini mengambil masa selama 3 jam iaitu bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Foto ini sempat dirakam semasa saya berurusan dengan seorang guru di sekolah tersebut dan kebetulan peperiksaan ini sedang dijalankan. Saya hanya sempat mengambil beberapa foto dengan kebenaran ketua pengawas peperiksaan semasa peperiksaan ini dijalankan bagi memastikan ia tidak mengganggu tumpuan calon menjawab soalan.

Berdasarkan kepada apa yang dapat diperhatikan secara kasar daripada foto ini, proses penilaian bagi sesebuah kukurikulum memerlukan pentadbiran dan pengawasan yang rapi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan kualiti penilaian yang dilakukan. Daripada foto ini juga dapat diperhatikan bahawa persediaan bagi menjalankan sesebuah penilaian kurikulum memerlukan ruang yang selesa dari segi pencahayaan, pengudaraan, bunyi dan sebagainya bagi memastikan calon dapat memberi tumpuan yang baik semasa menjawab soalan serta tidak diganggu atau dipengaruhi oleh faktor persekitaraan. Kedudukan setiap calon juga dititikberatkan semasa proses penilaian sesebuah kurikulum dijalankan. Hal ini bagi memastikan tidak terdapat sebarang kemungkinan calon meniru semasa penilaian dijalankan. Apa yang jelas disini ialah kesahan sesebuah penilaian ditekankan dan proses penilaian sukar dilaksanakan dengan berkesan sekiranya perancangan yang rapi gagal dilaksanakan. Daripada foto ini juga dapat diperhatikan, di hadapan dewan peperiksaan disediakan satu papan putih di mana pada papan tersebut maklumat seperti masa penilaian bermula dan berakhir, kod matapelajaran, nama matapelajaran dan sebagainya dinyatakan bagi memastikan calon lebih peka kepada perkara penting bagi penilaian yang dijalankan. Calon juga diberikan penerangan berkaitan kertas soalan yang diagihkan, etika semasa menjawab peperiksaan dan sebagainya sebelum peperiksaan dimulakan. Ini adalah bertujuan mengelakkan berlaku perkara-perkara yang mengganggu kelancaran semasa penilaian sedang dijalankan dan mengelakkan daripada calon melanggar etika dan undangundang peperiksaan.

Menerusi pemerhatian kepada waktu dan tempoh penilaian ini dijalankan pula jelas menunjukkan bahawa waktu dan tempoh penilaian dijalankan juga amat penting dirancang

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

supaya ia benar-benar bersesuaian dengan sesebuah kurikulum. Apa yang dapat dirungkai daripada waktu dan tempoh penilaian ini dijalankan ialah, bagi penilaian yang memerlukan calon membuat penulisan ataupun esei yang panjang seperti bagi penilaian Matapelajaran Sejarah Kertas 3 ini, waktu pagi adalah amat sesuai kerana tahap kesediaan calon dari segi mental dan fizikal berada pada tahap tinggi pada ketika ini. Dari segi tempoh masa pula, peruntukan 3 jam dilihat memadai dengan tahap kesukaran penilaian yang dijalankan. Penetapan tempoh masa sesebuah penilaian adalah berdasarkan kepada bilangan dan kesukaran soalan yang hendak diuji dan ia telah ditetapkan oleh pakar-pakar bagi sesebuah kurikulum atau matapelajaran supaya setiap calon dapat menjawab semua soalan yang diarahkan dengan baik dan memenuhi kehendak soalan.

1.2

Penilaian Kurikulum

Sesuatu usaha bagi mencapai sesuatu tujuan tidak akan diketahui tanpa adanya penilaian terhadap usaha tersebut. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan yang melibatkan perlaksanaan sesebuah kurikulum. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Penilaian juga merupakan suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi

pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di kelas dan makmal dicapai.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh

secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Secara ringkasnya penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum. Jadi jelaslah bahawa penilaian adalah amat

penting dalam sesebuah sistem pendidikan di mana keupayaan sesebuah kurikulum dalam membentuk pelajar ke arah pencapaian jasmani, emosi, rohani dan intektual yang dicitacitakan dapat diukur.

Daripada foto yang dirakamkan tersebut juga dapatlah difahami bahawa proses penilaian bagi melihat dan mengukur sejauh mana kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan yang mereka perolehi dari proses P&P sepanjang mereka berada berada di tingkatan 4 dan 5. Daripada penilaian seperti peperiksaan SPM ini juga, pelajar akan berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bersesuian dengan minat dan kebolehan mereka berdasarkan pencapaian yang diperolehi oleh mereka. Jika keputusan yang diperolehi adalah cemerlang, maka peluang mereka akan terbuka luas dan sebaliknya bagi pelajar yang mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan.

Oleh hal yang demikian proses penilaian yang dijalankan khususnya yang melibatkan peperiksaan besar seperti peperiksaan SPM ini haruslah dirancang, disusun dan dikendalikan dengan baik supaya aspek-aspek yang boleh membawa kepada kelemahan bagi peperiksaan yang dijalankan dapat diatasi.

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

Sepertimana yang telah sedia maklum juga, penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti rajah 1.1 berikut.

Rajah 1.1: Prosedur Penilaian

Berdasarkan kepada rajah 1.1 di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktivitiaktiviti utama dalam penilaian. Untuk menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah terlebih dahulu melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah, sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan untuk membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka.

Daripada foto yang disertakan dan rajah 1.1 dapatlah dikaitkan bahawa proses yang terlibat dalam sesebuah peperiksaan seperti peperiksaan SPM adalah mengikut peringkatperingkat sama seperti dalam rajah 1.1. Pada peringkat awal iatu peringkat persediaan, soalan akan dirangka dan disediakan oleh penggubal soalan yang pakar supaya ianya bersesuaian untuk menilai dan mengukur kebolehan pelajar. Pada peringkat seterusnya iaitu peringkat pentadbiran, ujian atau peperiksaan akan ditadbir dengan sebaiknya mengikut etika-etika yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kecurangan yang dilakukan oleh calon serta membawa kepada kemerosotan kualiti penilaian yang dilakukan. Seterusnya pada peringkat pemeriksaan dan pengukuran, jawapan-jawapan yang telah dikumpulkan akan diperiksa oleh

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

mereka yang pakar bagi memastikan gred yang diperolehi sesuai dengan jawapan yang dikemukakan oleh calon. Pada peringkat ini banyak proses yang terlibat seperti prores penyelarasan, semakan semula dan sebagainya bagi memastikan gred yang diberikan tidak berlaku bias dan sebagainya. Pada peringkat keempat pula iaitu peringkat analisis, markah yang diperolehi oleh setiap calon akan dianalisis bagi melihat sejauhmana pencapaian keseluruhan pelajar dan membuat semakan semula jika perlu serta bagi penambahbaikan untuk peperiksaan pada masa akan datang. Akhir sekali iaitu pada peringkat interpretasi dan tindakan, segala output yang diperolehi daripada analisis yang dijalankan akan dibuat tindakan susulan bagi meningkatkan lagi mutu penilaian pada masa akan datang.

1.2.1 Tujuan Penilaian Kurikulum

Secara khusus, dalam konteks pendidikan, pengujian dan penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar bagi peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar, memberikan umpan balik atau perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh maklumat yang tepat tentang penyelenggaraan

pembelajaran dan keberhasilan belajar bagi peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri. Justeru itu, tujuan pengukuran dan penilaian secara khususnya dalah seperti berikut:

(i)

Untuk mendapat maklum balas

Maklum balas yang diperolehi adalah penting bagi guru untuk meninjau setakat mana objektif pelajaran telah dicapai oleh pelajar dan menentukan kemajuan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran. Memberi penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau tidak. Memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk memperbaiki pengajaran selanjutnya.

Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung.

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

Oleh itu guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang pelajar dalam bilik darjah tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti pelajar yang cergas, dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.

Bagi pelajar-pelajar pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar pelajar berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat. Setengahsetengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka.

(ii)

Untuk memperbaiki kurikulum

Maklumat daripada penilaian sangat penting untuk meninjau semula objektif dan kurikulum sekolah. Hasil dari penilaian yang telah dijalankan digunakan bagi memperbaiki kelemahan sedia ada dengan mengubahsuai kurikulum mengikut kehendak masyarakat, keperluan serta kemampuan murid-murid. Penilaian juga membantu pemilihan kandungan kursus dan kaedah pengajaran

(iii)

Sebagai penggerak atau motivasi

Ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak bagi pelajar-pelajar. Dengan adanya ujian, pelajar-pelajar cenderung untuk memberi perhatian kapada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebahagian besar pelajar akan hanya mula mengulang kaji bahan-bahan pelajaran lampau apabila diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga keadaan pelajar-pelajar di kelas yang akan menempuh peperiksaan mendesak mereka belajar bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan. Pengujian yang berdasarkan objektif-objektif pendidikan dapat memaksa guru dan pelajar berusaha mencapai terhadap objektif-objektif itu.

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

(iv)

Sebagai alat mencari punca kelemahan

Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan pelajar dalam pembelajaran. Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan. Selain itu, untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti. Seterusnya untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut maklumat dan objektif yang ditentukan.

(v)

Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan pelajar

Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan pelajar-pelajar tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhir tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6, Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Tingkatan 3, Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan Tingkatan 5, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah bertujuan untuk menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah pelajar-pelajar kuasai. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan

memfokuskan kepada pemberian anugerah atau pengiktirafan kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.

Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal. Guru akan dapat membezakan pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.

(vi)

Untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau pelajar-pelajar.

Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, perlu baginya mengadakan

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

penilaian dan menguji pelajar-pelajarnya bagi meninjau sejauh manakah mereka telah menguasai sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-aspek yang akan dipelajari.

Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar sebelumnya di dalam bilik darjah? Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek atau kemahiran yang menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar dan mengenal pasti punca masalah tersebut berlaku.

Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang khusus atau pemerhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar berkenaan supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Dengan cara ini aktiviti serta isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan pelajar berkenaan.

Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan, pelajar-pelajar yang menghadapi masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus perdana persekolahan.

(vii)

Bagi pensijilan atau pengkelasan

Pelajar-pelajar di peringkat UPSR, PMR dan peringkat SPM akan menerima sijil-sijil yang berkenaan setelah lulus peperiksaan-peperiksaan tersebut. Dalam situasi sekolah, adalah jelas satu lagi peranan pengujian ialah untuk pensijilan. Gred-gred pada sijil-sijil tersebut bergantung kepada pencapaian murid-murid dalam peperiksaan tersebut. Pelajar-pelajar juga dapat dibahagikan kepada kumpulan atau kelas mengikut keputusan ujian dan kebolehan. Guru juga perlu untuk mebuat laporan tentang kemajuan pelajar kepada ibubapa dan prestasi sekolah kepada orang ramai.

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

Selain daripada sekolah, ujian-ujian yang dijalankan dimaktab, politeknik dan universiti juga memainkan peranan pensijilan. Para pelajar serta siswa-siswi akan

dianugerahkan diploma atau ijazah kerana telah lulus ujian-ujian tertentu. Diploma dan ijazah juga merupakan satu bentuk sijil yang diberi sijil kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan mengikut prestasinya.

(viii) Bagi membuat ramalan

Penilaian juga berguna untuk meramalkan kejayaan pelajar pada masa akan datang atau sebagai alat prediksi. Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa memilih calon-calon bagi sesuatu kursus, latihan atau ujian yang bertujuan membuat ramalan seperti Ujian Kelayakan Latihan Perguruan, ujian yang dijalankan oleh pihak politeknik setempat, ujian kelayakan yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam untuk memilih para jurutera (penerbangan) pelatih, ujian yang dijalankan oleh Angkatan Tentera semasa memilih para pelatih juruteknik dan sebagainya.

Di dalam bilik darjah, guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk membuat ramalan tentang kecenderungan dan kebolehan pelajar. Contoh dari penilaian ini adalah ujian bakat skolastik atau ujian potensi akademik. Hasil daripada ujian prognostik akan digunakan oleh guru dalam perancangan kaedah, bahan-bahan pengajaran dan alat-alat bantu mengajar.

1.2.2 Perancangan Penilaian Kurikulum

Mengapa sesuatu penilaian itu perlu dirancang sebelum dilaksanakan? Apakah kepentingan untuk merancang penilaian? Bagaimana untuk merancang sesuatu penilaian? Sesuatu penilaian itu perlu dirancang dengan baik untuk memastikan penggubalan penilaian dan soalan yang dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sejajar dengan objektif pembelajaran dan pendidikan. Perancangan ini boleh dianggap sebagi plan perancangan blueprint terhadap penilaian dan ujian yang bakal dijalankan sama ada untuk mengambilkan penilaian pada sepanjang sesi pembelajaran atau untuk topik-topik tertentu sahaja. Penilaian merupakan proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran penilaian boleh dijelaskan sebagai proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Penilaian yang tepat dan berkesan adalah bergantung kepada pembinaan ujian yang baik yang merangkumi ciri-ciri utama seperti kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran (Lee & Mok, 1989).

Melalui pernyataan di atas, jelaslah bahawa perancangan bagi sesuatu penilaian lebih-lebih lagi bagi peperiksaan SPM perlulah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira segala aspek sebelum ia dilaksanakan. Hal ini sejajar dengan objektif sesebuah penilaian itu dilakukan.

1.2.3 Ciri-Ciri Utama Penilaian Kurikulum Yang Baik

Penilaian bergantung kepada data yang diperolehi dari keputusan pengujian. Keberkesanan penilaian bergantung kepada segala proses pengujian yang disediakan mengikut prinsipprinsip tertentu dan diuruskan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Dengan kata lain, penilaian yang tepat adalah hasil daripada perancangan dan perlaksanaan pengujian dengan cara yang betul, khasnya dalam proses pembinaan ujian. Sesuatu ujian yang baik pula dan bermutu tinggi mengandungi beberapa ciri.Ciri tersebut ialah keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran.

(i)

Keesahan Keesahan ialah ciri asas bagi semua ujian penilaian. Keesahan bermaksud benar dan

tepat. Keesahan dalam sesuatu ujian menunjukkan setakat mana sesuatu ujian dapat mengukur apa yang sepatutnya ia mengukur. Ini bermaksud, ciri keesahan ini merujuk kepada setakat mana sesuatu ujian dapat memenuhi objektifnya. Ujian yang mempunyai ciri keesahan ini boleh dikatakan ujian yang sah, kerana ia dapat menjamin bahawa ujian itu benar-benar menguji perkara-perkara yang harus diuji dan tidak lain daripada itu.

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

Ciri keesahan ujian penilaian dalam pengujian mengandungi beberapa jenis yang bergantung kepada tujuan menguji. Di antaranya ialah keesahan isi, keesahan gagasan, keesahan ramalan, dan keesahan serentak (Mok Soon Sang, 2009). Menurut Butler dan McMunn (2006), sesuatu ujian adalah reliable apabila markah yang ditunjukkan adalah konsisten dalam masa dan situasi yang berbeza. Jawapan lebih yang diberikan mempunyai markah yang lebih kurang sama tidak kira bila ujian tersebut dijalankan dan pelajar memperolehi markah yang lebih kurang sama tidak kira soalan apa yang ditanya dari ujian tersebut. Sesuatu ujian itu adalah sah apabila dapat mengukur apa yng hendak diukur.

Arahan awal untuk sesuatu ujian adalah sah jika ramalan tentang pelajar adalah benar. Bagi mencapai kesahan yang tinggi, penggunaan pelbagai metod dalam pengujian dan lihat kepada konsistensi keputusan ujian tersebut (McMillan, 2007).

(ii)

Kebolehpercayaan

Ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian penilaian adalah merujuk kepada pencapaian yang ketekalan. Ini bermakna seseorang calon yang mendapat markah sebanyak 90% di dalam suatu ujian dan juga mendapat markah yang sama atau hampir sama jika ujian itu diberikan selepas beberapa hari atau seminggu, maka ujian itu dikatakan memperolehi ciri kebolehpercayaan.

Pada lazimnya, adalah sangat sukar bagi kita membentuk satu ujian yang mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pencapaian murid dalam situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti bilangan soalan, emosi, kesihatan calon, keadaan persekitaran, tempat ujian dan cara memeriksa. Oleh itu, untuk meningkatkan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian dapat ialah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanya semakin banyak bilangan soalan, maka semakin tepat mengukur ketekalan pencapaian pelajar itu, kerana pertambahan soalan itu akan dapat mengurangkan peluang pelajar untuk meneka jawapan.

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

(iii)

Keobjektifan

Ciri seterusnya adalah ciri keobjektifan. Ciri ini merujuk kepada kebolehan pemeriksa untuk memberikan markah yang sama kepada jawapan-jawapan yang sama mengikut skema pemarkahan yang telah ditetapkan. Ia bermakna kandungan dan format bagi ujian haruslah seakan sama. Kepiawaian dalam soalan boleh mengurangkan kesilapan dalam keputusan ujian (Tahir, 2012). Sekiranya keseragaman pemberian markah tinggi, maka semakin tinggi tahap keobjektifan soalan tersebut. Oleh itu, tahap keobjektifan soalan bergantung kepada ketepatan pemeriksa memeriksa jawapan calon. Keobjektifan bagi soalan adalah tinggi sekiranya dua pemeriksa memberi markah yang sama pada skrip jawapan yang sama mengikut skema.

Jika dilihat berdasarkan penyataan diatas, ujian jenis ujian objektif dan ujian jenis respons terhad adalah jenis ujian yang mempunyai tahap keobjektifan yang tinggi. Ujian objektif merujuk kepada ujian pendek yang melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempat-tempat kosong dan lain-lain gerak balas ringkas (ahmadashfaq, 2009). Kedua jenis ujian ini mempunyai keobjektifan yang tinggi adalah kerana jawapan bagi soalan yang ditanya hanyalah satu sahaja dan pemberian markah tidak dipengaruhi oleh emosi atau pendapat pemeriksa tersebut.

Berbanding ujian jenis subjektif respon bebas seperti soalan esei, tahap keobjektifan bagi ujian jenis ini adalah rendah kerana jawapan yang diberi adalah pelbagai dan semua pemeriksa boleh memberikan markah yang tidak sama kepada jawapan yang diberi.Ini kerana soalan yang diberikan tiada satu sahaja jawapan yang betul seperti ujian objektif. Oleh itu, dua orang pemeriksa boleh memberikan markah yang berbeza bagi jawapan yang berbeza dari soalan yang sama. Namun, jawapan yang berbeza ini tidak semestinya salah dan markah masih diberi kepada calon. Ini tidak mewujudkan kepiawaian dalam jawapan yang diberikan oleh calon peperiksaan dan menyebabkan ciri keobjektifan bagi ujian jenis ini adalah rendah.

Namun, tahap keobjektifan ini boleh ditingkatkan melalui beberapa cara. Antaranya adalah dengan menyediakan skema pemarkahan secara analitik iaitu isi-isi penting diberikan markah yang berpatutan dan dijadikan sebagai panduan dalam jawapan seterusnya.Ini adalah bagi ujian subjektif yang menggunakan soalan esei yang mana isi-isi penting diberikan sendiri oleh calon dan juga penerangan yang mengikut kefahaman sendiri calon.

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV tahap keobjektifan juga boleh ditingkatkan melalui mesyuarat

Seterusnya

penyelarasan atau latihan pemeriksaan yang diadakan sebelum ujian dilaksanakan. Ini akan dapat memberikan satu pemahaman yang sama kepada setiap pemeriksaan terhadap jawapan yang akan disemak sekaligus memberikan markah yang sama kepada jawapan dengan konteks yang sama. Oleh itu, markah yang diberikan juga akan lebih selaras antara pemeriksa yang berbeza.

Tahap keobjektifan yang tinggi bagi satu ujian adalah penting kerana ianya dapat mengelakkan ketidakadilan berlaku semasa penandaan kertas jawapan oleh pemeriksa. Ini kerana, melalui skema pemarkahan yang disediakan sebagai salah satu cara meningkatkan keobjektifan, pemberian markah akan lebih terarah kepada jawapan yang sama bagi soalan tersebut. Keobjektifan yang tinggi mempengaruhi kepada kebergantungan bagi ujian yang dijalankan (Gronlund dan Linn, 1998). Selain menyediakan skema jawapan, keobjektifan ini juga ditingkatkan dengan pembinaan struktur ayat yang betul dan teratur bagi setiap item. Ini bagi memudahkan setiap calon memahami kehendak soalan dengan kefahaman yang sama. Dengan meningkatkan keobjektifan ini, kebergantungan soalan dapat ditingkatkan tanpa perlu mengorbankan keesahan ujian yang dijalankan (Gronlund, 1998).

(iv)

Kebolehtadbiran

Ciri seterusnya adalah kebolehtadbiran yang mana ciri ini melihat kepada praktikaliti ujian tersebut. Ia melibatkan dari proses penyediaan soalan sehinggalah kepada proses pemberian markah. Ia juga merujuk kepada kelicinan perlaksanaan ujian semasa di dalam dewan peperiksaan yang mana ianya mestilah tidak menyusahkan calon peperiksaan itu sendiri. Tahap kebolehtadbiran yang tinggi mampu memberikan hasil pencapaian pelajar yang tinggi kerana pelajar berasa selesa untuk menjawab soalan tanpa sebarang gangguan dari luar.

Kebolehtadbiran ini dilihat dari beberapa aspek iaitu pemberian arahan yang jelas. Arahan ini disampaikan oleh pengawas peperiksaan kepada calon dan dapat difahami oleh calon dengan baik. Masa bagi ujian dijalankan juga haruslah mencukupi bagi calon untuk menjawab soalan. Ia bersesuaian dengan keperluan soalan yang perlu dijawab oleh calon. Selain itu, markah yang diberikan bagi setiap item dalam ujian haruslah sesuai dengan tahap pengujian soalan tersebut. Pemberian markah ini juga boleh membantu calon untuk

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

menganggar sejauh mana jawapan harus diberikan. Semasa peperiksaan berlangsung, kebolehtadbiran dilibat dari segi semasa pengedaran kertas soalan dan kertas jawapan, penyusunan kerusi dan meja yang selesa dan bersesuaian dan juga setelah peperiksaan selesai yang mana melihat kepada proses pengutipan kertas jawapan dan juga kertas soalan. Kelancaran dan kelicinan proses ini dilihat dan dipastikan bagi memberikan kemudahan kepada calon peperiksaan.

Kebolehtadbiran ini boleh ditingkatkan melalui beberapa cara. Ia bermula dengan pembinaan item soalan yang mana item haruslah diberikan masa yang mencukupi untuk calon memberikan jawapan. Item dengan aras kesukaran yang tinggi memerlukan masa yang lebih lama bagi calon untuk memberikan jawapan yang terbaik. Calon perlu mengetahui masa yang ada untuk menjawab soalan bagi merancang pengagihan masa tersebut. McMillan (2007), dalam penulisannya menyatakan adalah lebih baik sekiranya calon diberi lebih masa untuk menjawab soalan sewaktu peperiksaan. Ini bagi mengelakkan calon terburu-buru ketika menjawab. Rasa terburu-buru ini boleh mewujudkan perasaan gementar pada calon. Ini secara tidak langsung akan menghalang calon untuk memberikan jawapan yang terbaik berdasarkan kebolehan mereka. Oleh itu, item yang dibina haruslah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan bagi ujian tersebut. Dari segi penyediaan tempat peperiksaan pula, penyusunan meja dan kerusi mestilah mengikut peraturan yang benar dengan jarak antara meja yang bersesuaian. Selain memastikan keselesaan calon, ia turut memastikan calon tidak meniru semasa peperiksaan sedang dijalankan. Ia juga memudahkan pihak pengawas peperiksaan untuk membuat pemeriksaan atau mengawal keadaan tempat peperiksaan. Selain itu, pengedaran dan pengutipan kertas jawapan juga mestilah dilakukan dengan sistematik dan melancarkan lagi proses pemeriksaan. Untuk mengelakkan peniruan, penyusunan tempat duduk yang sistematik dan juga penggunaan lebih dari satu bentuk soalan seperti aneka pilihan, padanan dan betul/salah dapat menyukarkan pelajar untuk meniru (McMillan, 2007). Keadaan tempat peperiksaan turut mempengaruhi kebolehtadbiran. Persekitaran dewan peperiksaan atau bilik haruslah dapat membantu meningkatkan prestasi calon. Faktor seperti pencahayaan yang mencukupi, pengudaraan yang lancar dan juga suhu yang bersesuaian haruslah dititikberatkan. Selain itu, keadaan sekeliling dewan peperiksaan hendaklah tidak terlalu bising kerana ianya boleh mengganggu konsentrasi calon untuk

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

menjawab soalan. Sebagai pemeriksa, papan tanda PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN. SILA SENYAP boleh diletakkan diluar kawasan dewan peperiksaan bagi memastikan tiada bunyi bising dari luar semasa peperiksaan berlangsung (McMillan, 2007).

Akhir sekali, pengawas yang bertugas memberikan arahan kepada pelajar hendaklah memberikan arahan dengan jelas dan dapat difahami oleh calon. Sekiranya kesemua proses pengujian dari peringkat awal pembinaan soalan hingga peringkat akhir pemeriksaan kertaskertas jawapan dapat dilakukan dengan lancar dan kos yang rendah, ujian tersebut dikatakan mempunyai ciri kebolehtadbiran yang tinggi.

Berdasarkan kepada foto yang disertakan menunjukkan bahawa dari segi aspek kebolehtadbiran bagi peperiksaan SPM yang sedang dijalankan ini adalah sangat baik dan memenuhi ciri-ciri kebolehtadbiran yang tinggi. Perkara ini adalah amat perlu ditekankan kerana ciri kebolehtadbiran yang rendah akan menjejaskan kualiti penilaian yang dilakuka dan objektif penilaian diadakan tidak dapat dicapai dengan baik.

(v)

Kemudahtafsiran

Ciri yang terakhir bagi ujian yang baik adalah kemudahtafsiran. Ciri ini merujuk kepada tahap hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan jelas mengikut objektif penilaian.Keputusan ujian haruslah mudah dikumpulkan dan pemeriksa dapat membuat pentafsiran untuk mendapatkan gambaran yang jelas dan tepat mengenai hasil pencapaian calon tersebut.

Kebolehtafsiran sesebuah ujian itu secara amnya melihat kepada hasil dapatan daripada pemarkahan calon. Markah yang diperolehi haruslah boleh dikira secara statistik yang mana nilai min, sisihan piawai, skor piawai z dan t-test boleh diperolehi melalui nilai markah calon. Nilai statistik yang ditafsirkan ini boleh memberi gambaran dan jawapan terhadap tujuan ujian dijalankan. Ujian yang mempunyai kebolehtafsiran yang tinggi adalah apabila nilai-nilai statistik ini dapat dikumpulkan dengan mudah daripada data-data yang dikumpulkan seperti markah pemeriksaan calon.

Hasil keputusan ujian calon yang dikumpulkan dan seterusnya ditafsirkan akan dapat memberi gambaran mengenai pencapaian pelajar dalam kelas. Ini sekaligus dapat

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

memberikan gambaran mengenai kekuatan dan kelemahan pelajar dari segi akademik mereka. Guru juga dapat menentukan samada objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai atau tidak. Sekiranya pelajar dapat memberikan jawapan yang betul, bermakna pelajar faham mengenai subjek yang dipelajari sekaligus membuatkan objektif pengajaran tercapai.

Begitu juga dengan kesesuaian strategi, alat/bahan bantu mengajar dan kesesuaian aras kesukaran untuk menguji isi pelajaran yang digunakan juga boleh ditafsirkan. Kesesuaian alat dan strategi ini akan membantu dalam meningkatkan lagi pencapaian pelajar. Guru juga boleh menggunakan hasil dapatan ini untuk membuat perbandingan antara jenis ujian yang digunakan dari segi kesesuaian dan keberkesanannya. Kesesuaian ini mungkin dipengaruhi oleh kesesuaian subjek dan juga peringkat usia pelajar. Guru boleh mencuba untuk mencari jeins ujian yang terbaik bagi menguji pelajar secara sepenuhnya. Oleh itu, adalah penting bagi satu-satu ujian penilaian itu untuk mempunyai tahap kebolehtafsiran yang tinggi kerana ianya dapat memberikan banyak maklumat kepada guru dan pelajar sendiri.

Ciri kemudahtafsiran bagi peperiksaan SPM yang sedang dijalankan berdasarkan kepada foto ini akan dapat dikenalpasti setelah pemeriksaan terhadap skrip jawapan setiap calon dan setelah dianalisis dengan terperinci. Berdasarkan kepada perancangan atau jangkaan daripada Kemeneterian Pendidikan Malaysia, keputusan bagi peperiksaan SPM ini akan dapat diketahui sekitar bulan Mac 2014 dan melalui keputusan yang diperolehi itu ciri kebolehtafsiran peperiksaan SPM bagi Matapelajaran Sejarah Kertas 3 ini akan dapat dikenalpasti. Samada penambahbaikan untuk peperiksaan pada masa akan datang perlu dilakukan atau tidak juga bergantung kepada pengenalpastian yang dibuat tersebut.

1.3

Penambahbaikan Kurikulum Setelah Penilaian

Setelah sesebuah penilaian terhadap kurikulum dilakukan dan daripada keputusan analisis yang diperolehi, maka cadangan samada penambahbaikan kurikulum perlu dilakukan atau sebaliknya akan diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab di peringkat atasan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan penambahbaikan pendidikan dengan menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan pembangunan negara abad ke 21. Perubahan corak sistem pendidikan masa kini amat mencabar dari aspek peranan pendidikan serta persekitaran yang perlu dihadapi oleh organisasi pendidikan di Malaysia. Hal ini dilakukan bagi memenuhi segala aspek penting dalam memastikan sistem pendidikan negara kita dan kurikulum yang disediakan setanding dengan negara-negara luar. Penambahbaikan terhadap kurikulum akan dilakukan setelah penilaian terhadap kurikulum tersebut dilakukan. Namun begitu, proses perlaksanaan penambahbaikan kurikulum ini menghadapi cabaran-cabarannya yang tersendiri dan memerlukan pendekatan yang khusus untuk melaksanakannya. Berikut adalah beberapa cabaran dalam pelaksanaan transformasi pendidikan di Malaysia.

(i)

Pentadbir pendidikan

Kejayaan pelaksanaan penambahbaikan kurikulum banyak bergantung kepada bagaimana pentadbir pendidikan melibatkan seluruh organisasi dalam membuat keputusan, merancang, menilai dan melaksanakan program-program kurikulum baharu. Penambahbaikan dalam kurikulum merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pentadbir pendidikan. Walaubagaimanapun, pentadbir pendidikan adakalanya terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran yang berhubungkait dengan proses penambahbaikan pendidikan. Antaranya sistem pendidikan Malaysia yang bersifat berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir dan guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan.

Tugas besar yang menanti pentadbir pendidikan seperti Guru Besar adalah untuk menjayakan penambahbaikan kurikulum dan pembaharuan pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Senario ini menuntut para pentadbir pendidikan untuk memahami dasar dan wawasan pendidikan, memiliki kompeten dan menjiwai profesyen kepengetuaan. Cabarannya adalah untuk menterjemahkan penambahabaikan kurikulum ke dalam tindakan melaksanakannya di sekolah. Usaha ini amat perlu bagi memastikan kelestarian kepimpinan dan kualiti serta kecemerlangan pendidikan terlaksana. Guru Besar dan sekolah perlu bersedia

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV tanggungjawab menterjemahkan segala proses dan aktiviti

untuk

melaksanakan

penambahbaikan tersebut.

(ii)

Paradigma guru dalam menghadapi penambahbaikan kurikulum

Penambahbaikan dalam kurikulum melibatkan sikap dan pemikiran guru. Persoalannya, sejauh manakah guru mempunyai pemikiran dan sikap yang positif terhadap sebarang usaha inovasi yang dirancang dan sejauh manakah dasar-dasar yang digubal dapat dihayati dan dilaksanakan dalam bilik darjah? Paradigma guru perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari, ketaatan kepada komitmen, individu kepada perkongsian, rutin kepada inovatif dan kreatif, reaktif kepada proaktif dan dari pasif kepada progresif.

Persepsi umum guru bahawa setiap penambahbaikan kurikulum bermakna penambahan beban tugas dan tanggungjawab dalam pengajaran. Cabaran guru ialah menghayati dan menguasai struktur kurikulum dan pendekatan mengajar yang melibatkan pelajar menakul selain dari membaca, menulis dan mengira. Konsep pedagogi bestari mengutarakan pelbagai kaedah pengajaran berpusatkan pelajar seperti pembelajaran konstruktivisme, kontekstual dan pembelajaran masteri. Amalan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi aspek penentu keberkesanan kurikulum. Tenaga pengajar mestilah mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang terancang, menggunakan pelbagai teknik yang berpusatkan pelajar dan penilaian dijalankan berterusan ke atas amalan pengajaran dan pembelajaran. Globalisasi yang berasaskan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat.

Penambahbaikan kurikulum menuntut guru kepelbagaian kepakaran. Guru perlu mantap dalam penguasaan pengetahuan kandungan pedagogi. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru perlu diberi latihan yang selaras dengan hasrat dan keperluan kurikulum. Penambahbaikan kurikulum akan mengubah persekitaran dan norma pendidikan berlaku di dalam dan luar bilik darjah. Peranan

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

guru semakin ditekankan dalam pembentukan individu yang holistik sifatnya dan mencapai aspirasi dan hasrat pendidikan negara.

(iii)

Persekitaran pembelajaran

Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha penambahbaikan kurikulum dan pendidikan. Bahan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada keberkesanan kurikulum sekolah. Bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah cukup, boleh digunakan, berasaskan teknologi seperti ICT dan juga bersifat mesra pengguna. Bahan ini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yang optimum dalam pengajaran mereka. Sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik, pembelajaran yang menyeronokkan bagi pelajar serta meningkatkan kecemerlangan akademik.

1.4

Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapatlah difahami bahawa penilaian terhadap sesebuah kurikulum atau sistem pendidikan yang berkesan akan dapat menjamin kualiti pendidikan yang terbaik. Proses dalam membuat penilaian ini memerlukan penelitian yang khusus dari peringkat awal lagi dalam memasikan objektif pendidikan tercapai. Melalui penilaian terhadap kurikulum juga penambahbaikan yang perlu juga dapat dikesan bagi memastikan pendidikan yang disediakan terus mantap.

Melalui foto yang disertakan pelbagai huraian berkaitan penilaian kurikulum atau pendidikan dapat diterjemahkan. Penilaian yang baik adalah penilaian yang memenuhi segala prosedur dan etika yang telah ditetapkan. Tanpa sebarang bentuk penilaian dilakukan maka sejauhmana kemampuan dan kualiti sesebuah kurikulum atau pendidikan tidak akan dapat diketahui dan ini sekaligus menjadikan kurikulum dan pendidikan yang disediakan tidak memberi apa-apa makna.

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

Rujukan

Abdul Ghafar, M. N. (2011). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Universiti Teknologi Malaysia. Ahmadasyfaq (2012). BMM-3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Dicapai dari Ahmada syfaq.blogspot.com dicapai pada November 21, 2013. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Satu Pendidikan Jasmani. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Butler, S. M. & McMunn, N. D. (2006). A Teachers Guide to Classroom Assessment: Understanding and Using Assessment to Improve Student Learning. 1st Edition. United Stated: Josseybass. Gronlund, N. E. dan Linn, R. L. (1998). Measurement and Assessment in Teaching 7th Ed. Prentice-Hall: London. Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur. Longman. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Reka Bentuk Kurikulum. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Lee. S.M. dan Mok. S.S. (1989). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. McMillan, J. H. (2007). Classroom Assessment : Principle and Practice for Effective Standards-Based Instruction. 4th Edition. United States: Peason. Mok Soon Sang (2009). Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran.Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Mohd. Daud Hamzah (1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.Company. Musa, N. (2011). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Open University Malaysia.

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV T. (2011). Ujian. Dicapai dari http://www.amaljaya.com/guru/wp-

Nordin,

content/uploads/2011/09/3-ujian.pdf pada November 21, 2013 Ruddell, R.B. 1974. Reading-Language Instruction: Innovative Practices. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall.

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

KANDUNGAN

PERKARA

HALAMAN

PERINCIAN FOTO

1.1

PENDAHULUAN

1.2

PENILAIAN KURIKULUM

1.2.2 TUJUAN PENILAIAN KURIKULUM

1.2.2 PERANCANGAN PENILAIAN KURIKULUM

10

1.2.3

CIRI-CIRI UTAMA PENILAIAN KURIKULUM YANG BAIK

11

1.3

PENAMBAHBAIKAN KURIKULUM SETELAH PENILAIAN

17

1.4

KESIMPULAN

20

RUJUKAN

21

RAJAH RAJAH 1.1 : PROSEDUR PENILAIAN 5

LAMPIRAN

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

November 25, 2013

MBE 22503 : PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV

LAMPIRAN

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB120124

Vous aimerez peut-être aussi