Vous êtes sur la page 1sur 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF KAJIAN DOKUMEN (T1A1)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO. IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: 690307125125001 : 690307125125 : 0198697851 : nasibvideo@yahoo.com.my : OUM, TAWAU

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

ISI KANDUNGAN BIL 1.0 2.0 3.0 PENGENALAN KATEGORI INDIVIDU BEKEPERLUAN KHAS CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS DAN PENGAJARAN YANG BERKESAN 3.1 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan Dan Cara Pengajaran 3.2 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran Dan Cara Pengajaran 3.3 Kanak-kanak Bermasalah Pertuturan Dan Cara Pengajaran 3.4 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Dan Cara Pengajaran. 5 6 7 8 TAJUK M/S 2 3 4

4.0

KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF 4.1 Keperluan Kesamarataan Hak Asasi 4.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti 4.3 Keperluan Sosial

10 10 11 12

5.0 6.0

KEPERLUAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF PENUTUP RUJUKAN

12 14 16

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0

PENGENALAN

Pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya.

Namun menurut John C (2010), permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat. Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan. Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup.

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Menurut Lokman (2009), mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal.

Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan maksud 2

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

merangumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Mohd Najib (2006) pula mengatakan Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.

2.

KATEGORI INDIVIDU BEKEPERLUAN KHAS

Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid pembelajaran. yang mengalami kecacatan yang penglihatan, bermasalah pendengaran dan di masalah bawah

Kategori

kanak-kanak

pembelajaran

tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, attention deficit hyperaktie disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Terdapat pelbagai kategori KBK dalam pengaturan inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah : 3

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

i. ii. iii. iv.

fizikal (cacat anggota) emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD) pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia) penguasaan kemahiran 3M

Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan perkembangan rakan sebaya yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak ini. Menurut Supiah Saad (2010), akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik darjah atau persekitaran pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat atau sekolah.

3.

CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS DAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian. Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku (book holders) ataupun buku teks elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

3.1

Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan Dan Cara Pengajaran

Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Mereka berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta pula tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yangrendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka.

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanakkanak yang mempunyai masalah penglihatan. Seseorang guru boleh mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini.

Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan bengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya. Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.

Dari sudut penjaran yang berkesan terhadap kanak-kanak in pula, guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Bahan bacaan yang disediakan juga hendaklah jelas seperti hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat.

Semasa menulis di papan putih pula, guru bolelah menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti hands-on. Di samping itu, guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dengan memastikan kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran.

3.2

Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran Dan Cara Pengajaran

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.

Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham 6

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah sebutan dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi , bahasa dan kognitif individu tersebut.

Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolahsekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guruguru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. Guru-guru juga perlu mengelak daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid. Oleh sebab itu, amatlah penting untu menyediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain.

Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini. Oleh itu, guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja.Sungguhpun begitu, pada hari ini komunikasi secara keseluruhan lebih digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.

3.3

Kanak-kanak Bermasalah Pertuturan Dan Cara Pengajaran

Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara dan masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan saya menjadi caya. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah.

Masalah bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak memponyai kaitan dengan sistem saraf pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang yang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan. Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi.

Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap ini juga boleh dibantu melalui terapi.

3.4

Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Dan Cara Pengajaran

Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar 8

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima,memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat.Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira.

Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi. Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.

Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada muridmurid ADHD. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas.Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut. Selain itu, Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid hihiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif di sampng tugasan yang ringkas.

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

4.

KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

4.1

Keperluan Kesamarataan Hak Asasi

Malaysia

mengamalkan

sistem

pendidikan

berpusat

dan

Kementerian

Pelajaran

bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar

10

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

4.2

Keperluan Pendidikan Berkualiti

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas .

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga 11

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

4.3

Keperluan Sosial

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

5.

KEPERLUAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar Pendidikan Khas (PK). Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-pelajar Pendidikn Khas boleh dilatih untuk berdikari di samping memperkembangkan potensi mereka. Sistem pendidikan di negara kita kini telah diubah suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung dalam Wawasan 2020. Ianya menjadi sasaran utama negara untuk menjadi sebuah negara maju yang mementingkan pembangunan insan selaras dengan pendidikan bersepadu yang digunakan. 12

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan adalah satu wacana yang penting bagi merealisasikan matlamat negara maju. Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik darjah. Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar tanpa mengira latar belakang. Manakala pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan prestasi pelajar. Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang kondusif perlu diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan khas khususnya. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu, perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau kurang upaya yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang diberi mengenai kesamarataan bagi penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah meningkat dan perkara ini tidak lagi menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu golongan ini seperti menjalankan ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan. Oleh yang demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan pelajaran, penyesuaian yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Menurut Zainudin (2004), golongan ini juga berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi terhadap ketidakupayaan mereka.

Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolahsekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan asessibiliti bilik darjah pendidikan khas bagi semua kategori. Satu garis panduan infrastuktur yang standard diperlukan agar semua bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai 13

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

infrastruktur yang sesuai serta memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas.

Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara amnya, ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter persegi (9 m 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Menurut Purkey dan Smith (1983), persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.

6.

PENUTUP

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas 14

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia di persada dunia.

15

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

RUJUKAN

Akta Pendidikan 1996 Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol. 24. No. 1 (pp. 3-6) Culatta, R.A. & Tompkins, JR(1999)...Fundamentals of Special Education. , Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students with disabilities: On district and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Corwin Press. Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87. Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanakkanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33. Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (2006). Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education. Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia. Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective school: A review. The Elementary School Journal, 83(4), 427452. Zainudin Mohd. Isa. (2004). Peranan masyarakat dalam mempertingkatkan kerjaya golongan berkeperluan khas. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, 2, 402406.

16

Vous aimerez peut-être aussi