Vous êtes sur la page 1sur 9

7

PITOS 101 2013 TUGASAN INDIVIDU

Tajuk: Soalan 4
Dalam Pensejarahan Melayu Tradisional Terdapat Unsur-unsur Anakronisme. Dengan Memberikan Contoh-contoh yang Sesuai, Jelaskan Maksud Unsur Anakronisme Dan Mengapakah Unsur Ini Terdapat Dalam Pensejarahan Melayu Tradisional
Disediakan untuk: DR. KU BOON DAR
NAMA: SITI BARIRAH BT. ISHAK

KANDUNGAN

Pendahuluan

1 23 34 45

Pensejarahan Mwlayu Tradisional

Definisi Anakronisme dan Contoh-contoh

Pengaruh Anakronisme Dalam Pensejarahan Melayu Tradisional

Kesimpulan

Bibliografi

PENDAHULUAN

Sejarah secara asasnya mengkaji sesuatu peristiwa penting yang telah lama berlaku. Bagi mengkaji perkara-perkara ini, para sejarawan, arkeologis dan saintis bergantung kepada sumber-sumber bagi menghasilkan fakta. Dari sumber yang didapati, pelbagai pentafsiran dibuat oleh mereka yang terlibat dan hasilnya, fakta yang dikongsi dengan umum. Malangnya, tidak semua peristiwa memiliki sumber yang mencukupi, banyak ataupun tepat. Bagi sumber primer, kajian yang jitu terhadap objek-objek yang didapati membolehkan masyarakat tahu serba sedikit tentang masa kejadian, cara hidup, dan peraturan-peraturan. Begitupun, apabila melibatkan sumber kedua, ia boleh mendatangkan pertikaian kerana sebarang penulisan yang dibuat kebarangkalian dipengaruhi oleh si penulis tersebut. Perasaan, ideologi, agama, prinsip menjadi antara sebab yang mempengaruhi kecenderongan seseorang menulis menghasilkan karya sejarah. Bagi sejarah Malaysia, sumber yang terhad menyukarkan pentafsiran sejarah yang tepat. Kebanyakan sumber sejarah negara banyak bergantung kepada buku sejarah utama iaitu Sejarah Melayu. Kajian mendapati buku ini mengandungi unsur mitos, lagenda dan anakronisme yang sedikit sebanyak mengundang pelbagai pendapat para sejarawan dunia tentang kesahihan peristiwa yang dilaporkan di dalam buku tersebut. Tugasan ini akan mengupas maksud anakronisme beserta contoh-contoh peristiwa yang terdapat di dalam buku-buku sejarah dan kepentingannya dalam pensejarahan Melayu Tradisional.

PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL Kamus Dewan telah mendefinisikan pensejarahan sebagai karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah. Dari sini kita andaikan bahawa sebarang bentuk penulisan oleh sejarawan berkenaan sesuatu peristiwa disebut sebagai pensejarahan. Dalam konteks pensejarahan Malaysia, ia merujuk kepada penulisan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di negara ini. Rata-rata sejarawan khususnya sejarawan Malaysia bersetuju mengklasifikasikan sejarah Malaysia kepada dua iaitu tahap pertama pensejarahan Malaysia yang bermula pada zaman kesultanan Melayu, dan tahap kedua yang bermula dengan kedatangan penjajah Barat. Bagi tahap pertama, ia lebih dikenali sebagai pensejarahan Melayu Tradisional. Penulisan merangkumi zaman kesultanan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor-Riau, Kesultanan Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang dan Perak. Zaman ini bererti kekuasaan raja yang mutlak yang berkuasa penuh atas segala urusan di dalam kerajaan. Oleh itu, kebanyakan raja-raja Melayu sudah merasakan pentingnya ada rekod atau tulisan berkenaan baginda serta salasilahnya agar diketahui umum. Maka di sini lahirlah penulis-penulis yang terdiri daripada para pujangga, penulis dan alim ulama yang mula memainkan peranan penting dalam kegiatan penulisan dan kesusasteraan yang mana akhirnya lahirlah karya-karya Melayu. Kebanyakan karya tertumpu kepada kisah salasilah raja-raja, peraturan dan undang-undang kerajaan, hikayat, syair, gurindam dan pantun. Apa yang menariknya tentang penulisan ketika itu, kebanyakan penulisan dipengaruhi secara langsung oleh raja. Banyak ayat yang ditulis menyanjung, mengampu serta memartabatkan status raja. Oleh itu, pelbagai penggunaan bahasa yang hebat dan gah digunakan bagi mengagungkan raja. Akibatnya, berlaku pelbagai elemen dimasukkan ke dalam penulisan ini. Yang ketara adalah mitos, lagenda, hikayat dan anakronisme. Hasil daripada elemen-elemen di atas, pensejarahan Melayu Tradisional turut mengalami masalah khususnya dalam mentafsir peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman itu. Seperti mana kita tahu, sejarah perlulah berasaskan sumber yang benar dan tepat. Apa yang berlaku, dalam menulis sejarah tradisional Melayu, para pengkaji dan sejarawan menghadapi beberapa masalah kerana unsur-unsur mitos, lagenda, hikayat dan anakronisme yang disebutkan tadi. Kerana elemen ini juga ada sejarawan yang menolak sumber sejarah Tanah Melayu sebagai sumber Sejarah yang sah. Namun, masih ramai yang menerima sumber-sumber yang didapati. Namun begitu, bagi menghasilkan pensejarahan Melayu

Tradisional, kajian yang mendalam dan berterusan serta perbandingan hasil kerja sangat diperlukan bagi mendapat fakta yang lebih tepat dan diterima umum.

DEFINISI ANAKRONISME DAN CONTOH-CONTOH

Anakronisme adalah cantuman daripada dua perkataan iaitu ana dan chronus. Ana bermaksud bertentangan, manakala chronus bermaksud masa. Oleh itu, anachronus bererti bertentangan dengan masa. Secara amnya boleh disimpulkan bahawa anakronisme bermaksud berlaku berbezaan masa atau waktu bagi sesuatu peristiwa yang dilaporkan atau dinyatakan oleh dua atau lebih pengkaji atau sejarawan. Anakronisme boleh berlaku dalam pelbagai keadaan; sejarah, sastera, karya. Karya contohnya, di dalam satu babak, telah berlaku pertarungan antara beberapa pahlawan Melayu tetapi latar belakang pertarungan kelihatan tiang elektrik tersusun berbaris. Secara logiknya, zaman dahulu, tiang elektrik belum lagi wujud. Ini yang dimaksudkan dengan anakronisme. Dalam pensejarah Melayu Tradisional, terdapat beberapa peristiwa yang

mengandungi unsur-unsur anakronisme. Ada dua peristiwa penting yang dibincangkan oleh sejarawan. Contoh yang pertama berkisar tentang peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Melaka. Dalam Sejarah Melayu yang diterjemah oleh R.O. Winstedt, beliau menyatakan Sultan Mansur Syah sebagai sultan yang mengeluarkan perintah untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Manakala dalam Sejarah Melayu versi Shellabear, beliau menegaskan bahawa Sultan Mahmud Syah adalah sultan yang mengeluarkan perintah untuk meminang Puteri Gunung Ledang untuknya. Di sini telah wujud anakronisme dari segi masa. Ternyata perkara menimbulkan keraguan kerana kedua-dua sultan hidup dalam waktu yang sangat jauh jaraknya antara satu sama lain. Malahan, kedua-dua nama sultan ini memang wujud dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Maka wujudlah pertentangan fakta Sejarah khususnya dalam pentafsiran. Contoh kedua adalah berkenaan dengan percanggahan dalam satu peristiwa yang sama yang dilaporkan dalam teks Bustanus Salatin dan Hikayat Sultan Acheh Marhum. Percanggahan timbul atas peristiwa yang dilaporkan di mana satu peristiwa dilaporkan lebih awal berlaku berbanding dengan satu lagi yang dilaporkan berlaku agak lewat. Berkenaan peristiwa Sultan Acheh menghantar utusan ke Turki bagi mendapatkan bantuan ketenteraan menentang Portugis. Dalam Bustanus Salatin, utusan dikatakan dihantar pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah al-Kahar (pada pertengahan abad ke-16). Dalam

Hikayat Sultan Acheh Marhumpula dinyatakan utusan dihantar pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (pada pertengahan abad ke-17). Perbezaan yang begitu ketara iaitu lebih kurang seabad lamanya. Contoh ketiga melibatkan perbezaan sumber Sejarah dengan sumber yang sezaman yang lain. Dalam Sejarah Melayu ada disebutkan tentang perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan anak Bentara Majapahit iaitu Puteri Galoh Cendera Kirana. Dinyatakan juga tentang kehadiran Mangkabumi Majapahit iaitu Pateh Gadjah Mada ke majlis perkahwinan tersebut. Berlaku bertentangan masa di sini kerana Sultan Mansur Syah dikatahui umum memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga 1477, sedangkan mengikut Sejarah Jawa, Pateh Gadjah Mada telah mangkat pada tahun 1365. Ketiga-tiga contoh yang diberikan adalah contoh paling ketara di mana unsur anakronisme dikesan di dalam Sejarah Tanah Melayu. Unsur anakronisme sedikit sebanyak mengganggu gugat pensejarahan Melayu Tradisional.

PENGARUH ANAKRONISME DALAM PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Kenapa terdapat unsur anakronisme di dalam pensejarahan Melayu Tradisional? Sebenarnya ada beberapa sebab yang membawa kepada penerapan unsur anakronisme. Satu daripadanya adalah kerana pada zaman lalu, masyarakat Melayu masih tidak menitikberatkan bidang penulisan. Ramai antara mereka yang buta huruf. Yang celik pula tidak sedar akan kepentingan Sejarah. Malahan, mereka juga tidak memiliki ilmu yang berkaitan dengan Sejarah. Disebabkan itu, tidak ramai penulis yang tampil untuk merekodkan peristiwaperistiwa ketika itu. Kalau adapun, penduduk mendefinisikan cerita dalam bentuk lisan khususnya sastera dan cerita rakyat. Cerita-cerita rakyat ini berunsurkan mitos, lagenda, lipur lara, ungkapan, nyanyian rakyat dan teka-teki. Apabila cerita rakyat ditulis semula, ia telah mengundang kepada pelbagai pentafsiran yang berlainan antara seorang penulis dengan penulis yang lain. Sebab kedua adalah kebanyakan penulis pada masa dulu menulis atas arahan daripada raja. Penulisan tentang raja bertujuan memberitahu rakyat tentang salasilah raja. Akibatnya, banyak penulisan yang lebih mengagung-agungkan raja berbanding fakta sebenar. Setiap raja digambarkan sebagai seorang yang sangat hebat beserta memiliki kuasa magis yang bertujuan untuk menaikkan nama raja dan pembesar-pembesar raja. Keadaan ini memaksa mereka

menulis perkara yang berlebihan yang kadang kalanya tidak logik. Usaha untuk menaikkan nama raja membawa kepada pertindihan peristiwa yang melibatkan raja yang berbeza bagi satu peristiwa yang sama semata-mata untuk menunjukkan keagungan pemerintah yang diceritakan. Sebab yang ketiga dinyatakan oleh Cowan yang menegaskan bahawa naskhahnaskhah Melayu yang ditemui bukannya naskhah asli, sebaliknya merupakan naskhah salinan. Oleh itu, penulis yang membuat salinan ada kalanya menokok tambah ataupun membuang mana-mana baris yang dirasakan sesuai atau kurang sesuai. Contohnya, karya yang ditulis oleh Shellabear lebih panjang berbanding dengan karya yang ditulis oleh R.O. Winstedt. Sesetengah penyalin turut menyalin peristiwa mengikut selera dan cita rasanya sendiri tanpa memikirkan tentang objektif sebenar sejarah itu. Mereka mencampuradukkan satu peristiwa dengan peristiwa yang lain mengikut kehendak mereka sendiri dan memimggirkan keaslian peristiwa itu. Unsur anakronisme juga berlaku kerana terdapatnya penggunaan perkataan-perkataan Melayu klasik yang sudah tidak digunakan lagi pada masa kini. Bagi pengkaji yang kurang mahir dengan bahasa, ini menyukarkan mereka untuk memahami kisah sebenar sesuatu peristiwa itu. Penyalin mungkin mengalami masalah menterjemah perkataan tersebut yang akhirnya lahirlah perbezaan dari segi karya. Yang terakhir, penulisan zaman dahulu menitikberatkan pengajaran, iktibar dan penerapan nilai-nilai murni bagi masyarakat zaman tersebut dan juga generasi akan datang. Oleh itu, penulisan bertujuan menghiburkan pendengar melalui penggunaan bahasa yang baik, indah dan pemilihan peristiwa yang suka didengar. Contohnya peristiwa peperangan di mana dimasukkan nama-nama raja atau pahlawan bagi menunjukkan kehebatan mereka ataupun untuk menyindir mereka. Begitu hebat kesannya sehinggakan J.C. Bottom mendakwa Sejarah Melayu sebagai seni hiburan.

KESIMPULAN

Pensejarahan Melayu Tradisional banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur mitos, lagenda dan anakronisme. Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam buku-buku Sejarah seperti Sejarah Melayu, Bustanus Salatin, Hikayat Sultan Acheh Marhum, Hikayat Merong Mahawangsa Hikayat Siak, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Putroe Gumba Muih, masingmasingnya mengandungi unsur-unsur yang menyukarkan para pengkaji Sejarah untuk mendapatkan maklumat dan fakta yang lebih tepat dan sahih. Ada pengkaji yang masih menerima bahan-bahan ini sebagai sumber Sejarah, tapi ada juga yang menolaknya. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menolak bahan-bahan ini memandangkan bahan-bahan ini adalah satu-satunya sumber yang kita ada. Walaupun terdapat unsur seperti anakronisme, mitos dan lagenda, tetapi bukan semuanya cerita palsu. Hakikatnya, hikayathikayat ini masih mengandungi peristiwa-peristiwa penting. Cuma, kajian yang lebih teliti perlu dijalankan bagi merungkai perkara sebenar bagi membezakan yang benar dengan rekaan.

BIBLIOGRAFI

Muhd. Yusof Ibrahim. (1986). Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori Dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Azman Sharif. 2012. Tahap-tahap Pensejarahan Di Malaysia. (atas talian): azman-sharif.blogspot.com/2012/05/tahap-tahap-pensejarahan-di-malaysia.html (8 Mei 2012)

Hazman Azhar. 2013. Pengenalan Pensejarahan Malaysia. (atas talian): www.scribd.com/doc/140943436/Nota-SJH3102-Bab-1-Pengenalan-PensejarahanMsia

Lajoubert, M. 2010. Karya Sastera Melayu Moden Yang Berilhamkan Karya Sastera Melayu Lama. Jurnal Terjemah Alam Dan Tamadun Melayu (atas talian):

Journalarticle.ukm.my/1998/AlamTamadun.pdf

Naskah Melayu Yang Bercorak Sejarah Sebagai Sumber Sejarah Melayu. Pkpmsml.tripod.com/sejarah21b.html

Vous aimerez peut-être aussi