Vous êtes sur la page 1sur 14

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi dipanjatkan syukur kehadirat Ilahi, kerana diatas limpah serta rahmat
kurniaanya dapatlah saya menyiapkan tugasan Pendidikan Agama yang diberikan
kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing saya iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Bin Mohd Arshad kerana memberikan saya
tugasan ini serta membantu saya dalam menyempurnakannya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya kerana sudi
membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya kerjasama
dan sifat bantu-membantu dapat menyumbang kepada penghasilan mutu kerja yang
mantap.
Berkenaan tugasan yang diberikan saya dapat menyimpulkan bahawa Konsep
Syahadah merupakan satu konsep yang penting serta wajib difahami serta di ketahui
dengan lebih lanjut. Sekiranya kita lihat pada masakini, faktor keruntuhan akhlak dalam
kalangan masyarakat umat Islam adalah kerana tidak menghayati erti serta hakikat
sebenar syahadah beserta konsepnya yang seharusnya wajib diketahui.
Justeru saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat cacat-celanya dalam saya
menyiapkan tugasan ini.Diharapkan agar kita beroleh Rahmat serta
keredhaaNya.Insya-Allah.

1
OBJEKTIF DAN HASIL PEMBELAJARAN
1.Memberi pengertian syahadah
2.Memahami konsep syahadah
3.Hubungan syahadah dalam kehidupan
4.Memberikan contoh aktiviti seharian kesan daripada konsep syahadah.

Pengenalan
Bersyukur kehadirat ilahi di atas limpah serta rahmat kurnia-Nya, dapatlah saya
menyiapkan tugasan yang diberikan.Pengertian syahadah merupakan suatu perkara
yang telah dibahaskan oleh para ulama, seperti yang kita ketahui bahawa terdapat
banyak kitab-kitab yang membahaskan perkara berkenaan syahadah. Syahadah bererti
ucapan adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya.
Jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai
seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah yang indah ini. Oleh itu kita sebagai
seorang hamba sahaya ini harus menyedari hakikat yang sebenarnya Allah S.W.T telah
menetapkan syarat seseorang untuk memeluk Agama Islam agar mengucap dua
2
kalimah syahadah ketika melafazkan niat untuk memeluk Islam. Ucapan itu
sememangnya satu janji dan pengakuan kita kepada Allah dengan menagakui bahaya
Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah.Dan pengakuan bahawa Nabi
Muhammad S.A.W adalah utusan Allah yang wajar diikuti ajarannya.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa sekiranya kita mengamalkan dan menghayati
konsep akidah iu sendiri kita akan dapat membentuk suatu cetusan minda berkenaan
kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T, jika kita merenung ke langit dam memandang
gumpalan awan yang berterbangan di langit, tidakkah terdetik di hati kita bahawa
betapa besarnya kuasa Maha Pencipta. Awan dan langit itu tidak bergantung atau
disokong oleh mana-mana tiang yang seperti yang kita ketahui bahawa bumi itu
mempunyai tarikan gravity,namun awan dan langit tidak pernah jatuh atau runtuh.
Pernahkah kita memerima berita atau pengkabaran bahawa seseorang mememui
gumpalan awan yang jatuh ke bumi, tentu sekali tidak pernah sama sekali.
Begitu juga dengan kejadian makusia dan kelahiran manusia, seperti yang kita pelajari
daripada ilmu sains, bayi yang dilahirkan itu berasal dari setitis mani bapa(seperma)
dan telur ibu(ovum).Daripada titisan itu Allah jadikan segumpal daging yang dimana
daging itu rerus membesar dan membentuk rupa paras dan organ didalamnya mula
membentuk,begitu juga anggota badannya mula membentuk.Setelah sempurna lalu
ditiupkan roh keatasnya maka terciptalah seorang bayi yang comel.Yang masih menjadi
pertanyaan ahli-ahli sains berkenaan bagaimana nyawa seseorang bayi dimasukkan
dan roh itu dijanakan.Semestinya sekiranya kita merenung dan berfikir berkenaan
perkara ini tentunya segalanya berbalik kepada kuasa Maha Pencipta yang tiada tolok
bandingnya.

3
HUBUNGAN DAN IMPLIKASI SYAHADAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Oleh:Mohamad Syafie Samsir

‘Syahadah’(‫ )الشهادة‬seperti yang disebutkan dan kita ketahui bahawa ia bererti satu
pengakuan dan ucapan yang sebenar-benarnya percaya terhadap keesaan tuhan yang
Maha Esa iaitu Allah S.W.T dan pengakuan yang sebenar-benarnya bahawa Nabi
Muhammad adalah utusan Allah. Terdapat pendapat lain yang mengatakan dari segi
bahasa bermaksud penyaksian, manakala dari segi istilah syarak bermaksud
penyaksian bahawa tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah dan Nabi
Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah.
Fiman Allah SWT :

Maksudnya :

4
“Tiadalah orang-orang musyrik itu berhak meramaikan masjid-masjid Allah sedang
mereka telah mengakui bahawa mereka sendiri tidak beriman, itulah orang-orang yang
pekerjaan mereka terbuang percuma sahaja, dan mereka kekal di neraka”

( at-Taubah : 17)

Seandainya syahadah lidahnya itu berlawanan dengan apa yang dipercayai oleh
hatinya maka syahadah itu dinamakan syahadah dusta (pengakuan dusta) kerana
mengkhabarkan sesuatu yang berlawanan dengan kepercayaannya. Ini dijelaskan oleh
Allah SWT dalam firmanNya :

Maksudya :
“Apabila orang-orang munafiq datang kepada kamu, mereka berkata : Kami mengakui
bahawa engkau sesungguhnya utusan Allah. Dan Allah mengetahui, bahawa kamu
sesungguhnya utusanNya, dan Allah mengakui bahawa sesungguhnya orang-orang
munafiq itu dusta.”
( al-Munafiquun : 1)

Pengucapan syahadah bukanlah hanya sekadar di bibir semata-mata, kalimah:

Maksudnya:Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah

5
Maksudnya: Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Konsep syahadah adalah satu konsep yang melengkapi seluruh aspek.Ini kerana,
ucapan pengakuan ini bukan hanya sekadar di bibir tetapi hendaklah disertai dengan
niat, bukti perbuatan dan sekaligus mengakuinya dengan hati.Andai hanya sekadar
dibibir maka janji itu hanya sekadar seperti melepaskan batuk di tangga,tiada
penghayatan dan iktikad sebenar.Syahadah juga merujuk pembahagian dua perkara
iaitu mentauhidkan Allah dan syariat Allah yang dibawa oleh Rasulnya iaitu Nabi
Muhammad s.a.w.
Islam adalah nama sebuah agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. Makna “Islam” itu sendiri digambarkan oleh Nabi Muhammad saw dalam banyak
sabda baginda. Imam al-Nawawi dalam Kitab hadis-nya yang terkenal, al-Arba’in al-
Nawawiyah, menyebutkan definisi Islam pada hadis kedua: “Islam adalah
bahawasanya engkau bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan
bahwa sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, engkau mewajibkan solat,
menunaikan zakat, melaksanakan ibadah Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji ke
Baitullah -- jika engkau berkemampuan melaksanakannya.” (HR Muslim). Pada hadis
ketiga juga disebutkan, bahwasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Islam
ditegakkan di atas lima perkara iaitu bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan
Muhammad adalah utusan Allah, mewajibkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan
haji ke Baitullah, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR Bukhari dan Muslim).
Menurut aqidah Islam,syahadah merupakan satu bentuk perjanjian antara kita dan Allah
S.W.T.Jika diteliti dalam kehidupan kita sebagai manusia, sememangnya kepercayaan
amat penting sesama manusia.Contoh termudah ialah antara suami isteri, sekiranya
antara mereka mempunyai kepercayaan yang kukuh maka rumahtangga yang dibina
akan berkekalan, sebaliknya jika tiada persefahaman dan kepercayaan antara satu
sama lain maka rumahtangga yang dibina akan retak dan berlaku perpecahan keluarga.
Seperti konsep syahadah dalam kehidupan, sebagai seorang hamba Allah S.W.T kita
seharusnya berpegang teguh pada perkara ini. Hubungan sesama manusia harus
dijaga maka seharusnya hubungan antara Allah juga harus dijaga. Bagaimana untuk
menjaga hubungan dengan Allah? Melalui amalan dan penghayatan terhadap Agama
Islam,maka hubungan manusia dengan Allah S.W.T dapat ditingkatkan. Seharusnya

6
kita harus sedar bahawa setiap yang berlaku dan setiap yang terjadi adalah daripada
Allah S.W.T, manusia hanya pengantara kepada manusia yang lain.
Bekenaan manusia sebagai pengantara, jika kita selami selain pengakuan terhadap
keesaan Allah,kita juga mengucap syahadah dengan mengakui bahawa Nabi
Muhammad adalah utusan Allah yang menjadi persuruhnya menyampaikan ajaran
Agama Islam.Sekiranya kita tidak percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh
Allah s.w.t, maka terbatallah syahadah kita. Ini kerana, apabila seseorang itu beriktikad
mengakui bahawa Allah S.W.T merupakan tuhan yang maha berkuasa maka sekaligus
wajib mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah S.W.T. Maka barulah
sempurna pengakuan syahadah yang dinyatakan.
Keimanan kepada kenabian Nabi Muhammad s.a.w adalah satu-satunya pintu
masuk bagi manusia untuk dapat mengenal Allah dengan sebenar-benarnya dan untuk
memahami cara beribadah yang benar kepada Allah tuhan yang benar. Kerana itulah,
dapat difahami, mengapa Nabi Muhammad saw sangat gigih menyeru umat manusia
untuk beriman kepada Allah SWT dan mengakui bahwa dirinya adalah utusan Allah
yang terakhir. Nabi Muhammad s.a.w juga sangat keras dalam menyangkal
kemusyrikan dan menolak adanya nabi lagi selepas baginda. Baginda dilarang keras
berkompromi dalam soal ketuhanan, seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Kafirun.
Sebab, tugas utama semua nabi adalah menyeru kepada manusia agar hanya
menyembah Allah semata juga telah dinyatakan didalam surah An-Nahal ayat 36.
Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta dan
Sirat al-Mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah dan terhad.
Manusia sering kali melakukan kesilapan. Oleh itu pengutusan para rasul menunjukkan
kebijaksanaanNya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk umat manusia.

Sebagai kesimpulannya, adalah tidak sepatutnya manusia mengingkari rasul Allah .


Firman Allah SWT :

Maksudnya :

7
“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajarnya ketika
mana mereka berkata : Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia.”

( al-An’am : 91)

Dan sekiranya kita menuruti dan mempercayai kerasulan Nabi Muhammad, terdapat
pelbagai implikasi dan kesan beriman sebenar-benarnya kepada kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w. Beriman dengan Nabi Muhammad SAW bererti mengimani secara
mutlak, tuntas dan sempurna bahawa segala apa yang dibawa dan diberitakan oleh
baginda adalah datangnya dari Allah SWT. Beriman dengan Rasulullah tidak boleh
sama sekali dengan cara mempercayai dan mengambil sebahagian dan meninggalkan
sebahagian dari ajarannya. Sikap yang sebegini bukanlah merupakan keimanan yang
mutlak terhadap kenabian Rasulullah SAW. Al Qur’an banyak menyatakan dalil-dalil
tentang kesan keimanan kepada nabi Muhammad SAW. Antaranya ialah Firman Allah
SWT :

Maksudnya :
“Dan taatilah Allah dan rasul, supaya kamu diberikan rahmat.”

( Ali ‘Imran: 132)


Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.”
( Ali ‘Imran : 31)
Firman Allah SWT :

Maksudnya :
8
“Apa yang diberikan rasul kepadamu terimalah dan apa yang dilarang bagimu maka
tinggalkanlah.”
( al-Hasyr : 7)

Dalam usaha meningkatkan keimanan seseorang individu itu perlulah benar-


benar mengakui bahawa pengakuan yang dilaksanakan mestilah memenuhi tuntutan
yang di nyatakan.Sekiranya dia masih ragu-ragu terhadap pengakuannya maka dia
masih belum mencapai takat keimanan yang sebenar. Ada kalanya seseorang yang
merasakan bahawa dia telah mencapai tahap dimana keimanannya sudah mantap,
namun seharusnya dia berusaha untuk memantapkan keimanan yang
dimiliki.Bagaimana untuk meningkatkan keimanan diri? Pelbagai amalan dan cara yang
telah disarankan oleh Agama Islam untuk meningkatkan iman dalam diri. Antaranya kita
menanamkan sifat yakin terhadap kekuasaan Allah, seperti yang diinyatakan dalam
Firman Allah S.W.T:

Maksudnya :
“Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan
mereka”, nescaya mereka menjawab: “Allah”.
( az-Zukhruf: 87)

Firman Allah SWT lagi :

Maksudnya :
“Dan jika kanu bertanyakan mereka tentang : Siapakah pencipta langit dan bumi ?
Nescaya mereka menjawab : Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang
Maha Mengetahui. ( az-Zukhruf : 9)

9
Maka sekiranya kita sebagai umat Islam seharusnya percaya bahawa Allah itu satu-
satunya tuhan yang layak disembah dan tiada kuasa lain yang lebih besar
darinya.Mengamalkan cara hidup Islam dengan menunaikan setiap tuntutan dan
kewajipan dengan hati yang ikhlas dan penuh keredhaan.Anak-anak diberi didikan
Agama Islam yang secukupnya supaya tidak melencong jauh dari batasan Islam yang
sebenar malah menturuti setiap hukum syarak yang telah ditetapkan.Menjadikan Islam
sebagai “A’ddin” yang hakiki. Maka selamatlah hidup diredhai oleh Allah S.W.T .

Seperti yang kita ketahui bahawa sekiranya kita berpegang teguh pada prinsip akidah
Islam dan Syahadah maka kita tidak akan terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.
Jika kita merenung jauh, apakah hubungan syahadah dalam kehidupan kita.Persoalan
ini telah lama timbul dan jawapan yang sebenarnya adalah kerana Allah S.W.T, andai
kita tidak berpegang teguh pada konsep syahadah yang sebenar maka kita akan lalai
dan memandang enteng hukum dan ketetapan Allah S.W.T.Kita lihat hubungan suami
isteri, sememangnya konsep syahadah digunakan dalam hidup berumahtangga.
Sekiranya seorang suami yang tidak mempercayai kesetiaan isteri dan begitu juga
sebaliknya maka ruma tangga yang dibina tidak akan bahagia kerana perasaan syak
wasangka yang timbul telah mengeruhkan keadaan. Begitu jua dalam urusan seharian,
seseorang majikan tidak akan dapat mendapat kepercayaan daripada kakitangan
bawahannya sekiranya dia sendiri tidak mempercayai dan menghargai kepercayaan
orang bawahannya.

\
10
KESIMPULAN
Syahadah merupakan satu pengakuan yang membawa seribu erti dan makna. Dalam
Agama Islam perkara ini merupakan perkara asas dan paling penting dalam
memperkatakan soal Iman dan kepecayaan. Seseorang itu tidak dapat mencapai tahap
keimanan yang sempurna sekiranya, dia masih ragu dan goyah memegang hukum
syahadah.Apatah lagi meragui bahawa kekuasaan Allah S.W.T bukan yang utama.
Jadi dapat kita perolehi dari segenap pandangan dalam menghalusi perkara ini. Adakah
kita ini benar-benar berada dilandasan iman yang betul atau masih ragu serta bimbang.
Oleh itu kita seharusnya merenung kedalam diri kita adakah kita ini sudah benar-benar
sempurna iman kita.
Sememangnya kita kadang-kala tidak sedar akan cara kehidupan kita yang memesong
jauh dari akidah Islam yang sebenar. Ada kalanya kita merasakan yang kita lakukan
adalah benar namun ia sudah melanggar syariat Islam. Umat akhir zaman merupakan
umat yang kuat cabarannya,jadi dalam menghadapi cabaran dunia akhir zaman ini, kita
seharusnya melengkapkan diri kita dengan persiapan yang mantap agarm tidak hanyut
dalam dunia yang sememangnya fatamorgana.
Selama menjalani kehidupan di dunia yang begitu mencabar ini, kita harus sedar akan
setiap langkah dan ancaman daripara orang kafir yang menunggu masa untuk
menyesatkan uma Islam.Mereka mengetahui bahawa seseorang Islam yang tidak
berdamping dan berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah sangat mudah untuk
dipesongkan dan disesatkan.
Maka marilah kita bersama-sama merenung kedalam diri kita berkenaan kekuatan dan
kelemahan yang kita harus pelihara dan kita pertingkatkan agar kehidupan sebagai
khalifah Allah di muka bumi ini akan terus bahagia dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

REFLEKSI
Apabila meneliti dan merenung kedalam pengertian syahadah yang sebenar, saya baru
menyedari bahawa setiap pengakuan dan ikrar yang dilafazkan bukanlah sekadar

11
dibibir sahaja.Ini kerana ia memerlukan keseluruhan bentuk pengakuan iaini mengakui
dengan lidah, beramal dengan perbuatan dan menyakini dengan hati.
Ketika menyiapkan tugasan ini saya menyedari bahawa, setiap yang kita janjikan harus
ditunaikan. Contohnya, dalam diri umat Islam apabila sudah mengucapkan kalimah
syahadah dia perlu menunaikan segala janjinya kepada Allah iaitu akan mematuhi
segala perintahnya dan meninggalkan larangannya.
Semasa mendapatkan maklumat berkenaan syahadah saya perlu meniliti terlebih
dahulu samada setiap bahan yang saya perolehi dakah benar-benar sahih dan betul.
Terdapat juga maklumat yang bukan berkenaan syahadah namun menyerupai
syahadah. Jika tidak diteliti dengan betul maka akan berlaku kesilapan yang mungkin
akan menyebabkan kesalahan dalam penyiapannya.Kebanyakan buku memberikan
konsep yang sama namun menampilkan contoh dan pandangan yang berbeza.
Secara tuntasnya, setiap yang berlaku adalah kerana kuasa Allah s.w.t. Sekiranya kita
cuba meraguinya maka akan tercalar iman kita.Tetapi kita boleh memperbaharui iktikad
kita dengan mengucapka ucapan syahadah dengan penuh kesedaran dan
keinsafan.Sesungguhnya Zaman akhir zaman ini banyak cabaran dan karenahnya.
Agak sedih sekiranya sesorang hamba Allah ini hanya tahu adanya tuhan dan tidak
mengetahui hakaikat sebenar tuhan dalam diri kita adalah satu perkara yang amat
mendukacitakan.

12
BIBILOGRAFI

Ramli Awang, 1997, Tasawwur Rabbani menurut Al-Quran dan Al-Sunnah, Al-HIDAYAH
PUBLISHER, SHAH ALAM.

Mustafa Haji Daud, 1995, Konsep Ibadat Menurut Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Imam Al-Ghazali,1995, Pedoman Amal Ibadat, Pustaka Ilmi, SELANGOR DARUL


EHSAN.

Fathi Yakan, 2004, Strategi Hidup Secara Islam Mengajak Umat Ke Jalan Allah,
Crescent News (KL) SDN.BHD., KUALA LUMPUR.

13
mpkt.edu.my/zawawi/sukatankpli.doc?PHPSESSID=c14056c720a0a1025b74dd79f7c7f
0a0 –
www.geocities.com/zuluitm2/HKR111Silibus.doc
www.e-infopsa.com/V3/_Muat%20turun%20modul/JKE/A1001%20-
%20PENDIDIKAN%20ISLAM%201/UNIT4.DOC

banihamzah.files.wordpress.com/2007/05/islamicworldview_ugm.doc
voucherflash.com/download/materi_tarbiyah/Tarbiyah.doc

LAMPIRAN

14

Vous aimerez peut-être aussi