Vous êtes sur la page 1sur 25

Puan Azra Haida binti Baharom

LATAR BELAKANG
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat [Akta 711] telah diluluskan di Parlimen pada 6 Mei 2010 dan telah mula berkuatkuasa pada 15 Disember 2010. Akta ini akan dilaksanakan oleh semua agensi penguatkuasaan. (Seperti SPRM, PDRM, Kastam, Imigresen, JPJ dan mana-mana agensi yang mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan)

BHEUU adalah penyelaras bagi semua penguatkuasaan bagi pelaksanaan Akta ini.

agensi

Bersambung.
2

.sambungan

Salah satu Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA); Melengkapkan kekurangan pada Akta-Akta lain dalam melindungi pemberi maklumat.

Untuk memerangi rasuah dan salah laku lain (kelakuan tidak

wajar) dengan menggalakkan dan memudahkan Pemberi


maklumat membuat pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta;

Melindungi orang yang membuat pendedahan daripada tindakan yang memudaratkan; dan

Mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat.

TAKRIFAN PENTING

SEKSYEN 2
mana-mana Kementerian, jabatan, agensi atau badan lain yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan termasuk suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi Kementerian, jabatan, agensi atau badan itu, yang diberi fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau yang mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan;
Bersambung
6

sambungan

badan awam termasuklah


(a) Kerajaan Malaysia; (b) Kerajaan sesuatu Negeri; (c) Pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa berkanun yang lain; (d) Mana-mana jabatan, perkhidmatan atau pengusahaan Kerajaan Malaysia, Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu pihak berkuasa tempatan; dan (e) Mana-mana syarikat atau syarikat subsidiari yang terhadapnya atau

yang dalamnya mana-mana badan awam sebagaimana yang


disebut dalam perenggan (a), (b), (c) atau (d) mempunyai kawalan atau kepentingan; badan swasta ertinya suatu jawatan atau entiti selain badan awam;
Bersambung
7

PEMBERI MAKLUMAT (Whistleblower)

Individu yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada

agensi

penguatkuasaan

berdasarkan

kepercayaannya

yang

munasabah bahawa telah/sedang/akan berlakunya kelakuan tidak wajar.

Bersambung.
8

.sambungan
Pemberi maklumat boleh terdiri daripada mangsa atau orang yang mempunyai pengetahuan tentang sesuatu kelakuan tidak wajar sama ada i. ii. menerusi pengetahuannya sendiri; menerusi maklumat yang diperoleh daripada orang yang mempunyai pengetahuan tentang kelakuan tidak wajar; atau mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sesuatu kelakuan tidak wajar; atau

iii.

Sumber dari mana-mana agensi penguatkuasaan seperti PDRM, SPRM, Kastam, Imigresen, dsb.

i)

mana-mana orang munasabah;

yang

mempunyai

pengetahuan

yang

ii)

membuat pendedahan kepada mana-mana penguatkuasaan (no wrong door policy);

agensi

iii) jika agensi penguatkuasaan tiada kuasa penyiasatan, salurkan kepada agensi yang lain; iv) tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang bertulis; dan v) Tidak mendedahkan maklumat kepada pihak lain sebelum atau selepas menyalurkan maklumat kepada agensi penguatkuasaan.

10

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


KELAKUAN TIDAK WAJAR ?

Apa-apa kelakuan yang jika terbukti, menjadi suatu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah

11

Kesalahan tatatertib bermaksud tindakan yang melanggar tatatertib dalam badan awam atau badan swasta. Kesalahan tersebut hendaklah diperuntukan oleh undang-undang atau dalam suatu tatalaku, kod etika atau pekeliling atau suatu kontrak kerja.

12

Kesalahan Jenayah bermaksud kesalahan yang diperuntukan oleh


mana-mana undang-undang Jenayah negara, contohnya Kanun Kesiksaan, Akta pencegahan Rasuah dsb.

13

APAKAH MEKANISME PENDEDAHAN KELAKUAN TIDAK WAJAR?


Pemberi maklumat hadir ke manamana agensi penguatkuasaan untuk membuat pendedahan atau membuat temu janji di suatu tempat yang telah dipersetujui oleh pegawai penguat kuasa. Membuat pendedahan melalui surat, e-mel, SMS yang memberikan maklumat yang jelas tentang nama, identiti dan alamat pemberi maklumat dan bagaiman dia boleh dihubungi. Pendedahan melalui e-mel, surat layang, SMS dan mekanisme lain yang tidak dapat dikenal pasti identiti pemberi maklumat tidak boleh menerima perlindungan di bawah Akta 711.
14

Elemen yang perlu dipertimbangkan oleh agensi penguatkuasaan

selepas menerima sesuatu pendedahan kelakuan tidak wajar:


Bidang kuasa untuk menyiasat; dan

Sekiranya tidak mempunyai bidang kuasa, pendedahan kelakuan tidak wajar tersebut dipanjangkan ke agensi

penguatkuasaan yang mempunyai bidang kuasa (dengan


persetujuan pemberi maklumat). Bersambung.
15

.sambungan
Jika hasil siasatan mendapati

(i) Tiada kesalahan dibuktikan, pemberi maklumat hendaklah dimaklumkan dan tiada tindakan lanjut;
(ii) Jika ada kesalahan tatatertib, agensi penguatkuasaan hendaklah mengemukakan kepada jabatan yang berkenaan atau majikan tempat orang yang diadukan itu laporan hasil siasatan dan syor yang dibuat ; dan

(iii) Jika suatu kesalahan jenayah didapati telah dilakukan, laporan dan syor ke atas siasatan itu hendaklah dikemukakan kepada pendakwa raya untuk diputuskan sama ada untuk mendakwa atau tidak.

16

Antara perlindungan yang diperuntukkan di bawah Akta 711: Perlindungan maklumat sulit;(maklumat, identiti, alamat, pekerjaan dan yang berkaitan dengan pemberi maklumat)

Kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah; dan


Perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan.

Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan juga diperluaskan kepada mana-mana orang yang mempunyai hubungan dengan pemberi maklumat. Mana-mana orang yang membocorkan maklumat sulit boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

17

Pemberi maklumat turut terlibat dalam kelakuan tidak wajar itu; Membuat kenyataan palsu; [ Membuat kenyataan palsu merupakan satu kesalahan di bawah Akta 711 ini (Seksyen 21) dan boleh didenda tidak melebihi RM 25,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali (Seksyen 25) ] Pendedahan tersebut merupakan perkara yang remeh temeh; Perkara yang didedahkan mempersoalkan merit dasar kerajaan;

Pendedahan dibuat bagi mengelak daripada dibuang kerja/ tindakan tatatertib lain; atau
Pemberi maklumat melakukan apa-apa kesalahan di bawah akta ini seperti mendedahkan maklumat sulit, memusnahkan bahan bukti atau mengarahkan orang lain melakukan perkara yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini.
18

Tindakan yang memudaratkan termasuklah: a) Tindakan yang menyebabkan kecederaan, kehilangan atau kerosakan; b) Ugutan atau gangguan; c) Gangguan terhadap pekerjaan sah atau mata pencarian; dan d) Suatu ancaman untuk mengambil mana-mana tindakan yang

disebut dalam perenggan (a) hingga (c).

19

Jika hasil siasatan mendapati:

(i) Tiada kesalahan dibuktikan, pemberi maklumat hendaklah dimaklumkan dan tiada tindakan lanjut; (ii) Jika ada kesalahan tatatertib, agensi penguatkuasaan hendaklah mengemukakan kepada jabatan yang berkenaan atau majikan tempat orang yang diadukan itu laporan hasil siasatan dan syor yang dibuat ; dan
(iii) Jika suatu kesalahan jenayah didapati telah dilakukan, laporan dan syor ke atas siasatan itu hendaklah dikemukakan kepada pendakwa raya untuk diputuskan sama ada untuk mendakwa atau tidak.
20

Apabila pemberi maklumat mendapat ancaman atau diambil tindakan yang memudaratkan, beliau boleh meminta agensi penguatkuasaan memohon remedi daripada mahkamah bagi mendapatkan: Ganti rugi atau pampasan;

Injunksi; atau
Apa-apa relif lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

21

Ganjaran boleh diberi kepada pemberi maklumat bagi pendedahan kelakuan tidak wajar atau tindakan yang memudaratkan yang membawa kepada pendakwaan orang yang diadukan yang telah melakukan kelakuan tidak wajar atau tindakan yang memudaratkan.

22

Penguatkuasaan dan Perlaksanaan Akta ini dapat Menggalakkan dan memudahkan orang ramai untuk mendedahkan sebarang perbuatan rasuah lain salah laku sama ada di sektor awam atau swasta.

Memenuhi hasrat kerajaan untuk memerangi rasuah dan mengurangkan kadar jenayah seperti disasarkan dalam NKRA tercapai.

23

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG JABATAN PERDANA MENTERI ARAS 4-7, BANGUNAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG PRESINT 3 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62692 PUTRAJAYA TEL FAKS LAMAN WEB E-MEL FACEBOOK : 03-8885 1000 : 03-8885 1088 : www.bheuu.gov.my : whistleblower@bheuu.gov.my : BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JPM
24

Sekian, Terima Kasih

25

Vous aimerez peut-être aussi