Vous êtes sur la page 1sur 147

HUBUNGAN TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN TAHAP

KEPUASAN KERJA DAN TAHAP KOMITMEN KERJA DI


KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH DI BANDARAYA KUCHING,
SARAWAK

FLORENCE FLETCHER

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19:16 9 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪

JUDUL: HUBUNGAN TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN


TAHAP KEPUASAN KERJA DAN TAHAP KOMITMEN
KERJA DI KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH DI BANDARAYA
KUCHING, SARAWAK

SESI PENGAJIAN : 2006/2007

Saya FLORENCE FLETCHER

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti


Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi.
4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan


Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh


organisasi/ Badan di mana penyelidikan dijalankan.

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_____________________________________ ____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : LOT 582, JLN PALMA 9 PROF. MADYA. SYED MOHAMED
RPR BATU 6 SHAFEQ B. SYED MANSOR
98000 MIRI, SARAWAK

Tarikh : 13 APRIL 2007 Tarikh : 13 APRIL 2007

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan
Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling)”.

Tandatangan : …......………………………...........…
Nama Penyelia : PROF. MADYA SYED MOHAMED
SHAFEQ B. SYED MANSOR
Tarikh : 13 April 2007
HUBUNGAN TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN TAHAP
KEPUASAN KERJA DAN TAHAP KOMITMEN KERJA DI KALANGAN
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH DI
BANDARAYA KUCHING, SARAWAK

FLORENCE FLETCHER

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan


Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2007
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .........................................
Nama Penulis : FLORENCE FLETCHER
Tarikh : 13 APRIL 2007
v

DEDIKASI

Buat Ayah dan Ibu


Fletcher Malia dan Rudin Biset

Adik-adik, anak buah tersayang


Chelcia, Kedung, Fariza, Christinata,
Jemima Supang, Jasmine Baun, Carls (Solom)

Zamri Tom

Teman seperjuangan

yang banyak memberi sokongan dan dorongan


serta doa restu untuk terus tabah menghadapi perjuangan ini.
Keindahan hati dan ketulusan budi kalian
dikenang abadi dalam ingatan.
Kejayaanku adalah doa dan restu kalian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
Semoga kalian semua diberkati oleh-Nya
vi

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, kajian ini telah dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Prof. Madya Syed
Mohamed Shafeq B. Syed Mansor, selaku penyelia tesis ini yang telah banyak
memberikan tunjuk ajar, bimbingan, teguran, dorongan dan nasihat yang amat bermakna
kepada diri saya dari peringkat awal perancangan dan sehinggalah ke peringkat akhir
kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia,


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang
terlibat dalam memberikan kemudahan dan segala bantuan yang diperlukan dalam
menyempurnakan tesis ini.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih ditujukan kepada Zamri Tom di atas
panduan, cadangan dan bantuan edaran soal selidik serta kepada Bahakhi B. Mohammad
di atas panduan, tunjuk ajar dan bantuan dalam menyiapkan analisis SPSS. Seterusnya,
kepada rakan-rakan Meriam, Noorizah, Zubaidah dan Helen di atas bantuan dan
sokongan sepanjang tempoh penyiapan penulisan ini.

Akhir sekali terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara
langsung dan tidak langsung dalam membantu menyiapkan tesis ini.
vii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi


(Intrapersonal dan Interpersonal) dengan tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerja
di kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Bandaraya Kuching,
Sarawak. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 40 orang
guru telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan
seterusnya data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik
deskriptif dan analisis statistik inferens dengan bantuan Statistical Packages For Social
Sciences (SPPP versi 11.00 untuk windows). Soal selidik yang dibentuk mengandungi
item yang mengukur tahap kecerdasan emosi (soal selidik yang telah diubahsuai
daripada Inventori Kompetensi Emosi oleh Goleman pada tahun 1998), soal selidik yang
mengukur tahap kepuasan kerja dibina oleh Brayfield dan Rothe pada tahun 1951 dan
soal selidik yang mengukur tahap komitmen kerja yang telah dibina oleh Shafiq A. Alri
dan Syed W. Ahmad pada tahun 1987. Teknik statistik pemeratusan, kekerapan, min
skor dan sisihan piawai digunakan bagi mengukur tahap kecerdasan emosi, tahap
kepuasan kerja, manakala ujian-t, Anova dan korelasi Spearman digunakan bagi
menjawab hipotesis-hipotesis kajian. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa
tahap kecerdasan emosi responden, tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerja
responden adalah di tahap yang sederhana. Manakala, analisis insferensi mendapati
terdapat perbezaan signifikan di antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap kepuasan
kerja dan komitmen kerja. Selain itu, tahap kecerdasan emosi didapati berbeza
mengikut jantina dan taraf perkahwinan. Dapatan juga menunjukkan tidak wujud
perbezaan tahap kecerdasan emosi dari segi faktor umur, bangsa dan tahap pendidikan.
Implikasi dan cadangan hasil daripada dapatan kajian dibincangkan pada akhir bahagian
penulisan.
viii

ABSTRACT

The purpose of this study is to examine the relationship between the levels of
emotional quotient (Intrapersonal and Interpersonal), job satisfaction and work
commitment among the secondary guidance and counselling teacher in Bandaraya
Kuching, Sarawak. 40 teacher were randomly selected as a sample in this study. A set
of questionnaires was used to gather all data related to the study. Then the data were
analyzed based on descriptive and inferential statistic by using the “Statistical Package
for Social Sciences” (SPSS version 11.0 for windows). The questionnaires consists of
items that measure level of emotional quotient that been modified by Goleman in 1998,
items that measure level of job satisfaction constructed by Brayfield and Rothe in 1995
and items that measure level of job commitment (constructed by A. Alri dan Syed W.
Ahmad in 1987). Statistic techniques such as percentage, frequency, mean and standard
deviation were used to measure the level of emotional quotient, level of job satisfaction
and level of job commitment among respondent. T-test, Anova and Spearman
correlation were used to justify the research hypothesis. The results of the study showed
that that the levels of emotional quotient, level of job satisfaction, level of job
commitments were at moderate level. The inferential analyses showed that there were
significant relationship between the level of emotional quotient, job satisfaction and job
commitment. The findings also showed that there were significant differences between
level of emotional quotient related with gender and marital status. There was no
significant difference between the level of emotional quotient with level of age, races
and level of education among respondents. The implication and recommendation that
obtain from the finding were discussed at the final part of this research.
ix

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xix
DAFTAR SINGKATAN xx

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 6
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Hipotesis Kajian 9
1.6 Kesignifikan / Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop dan Batasan Kajian 13
x

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.8 Definisi Konsep dan Operasional


1.8.1 Kecerdasan Emosi 14
1.8.2 Kepuasan Kerja 18
1.8.3 Komitmen Terhadap Kerjaya 20
1.8.4 Guru Bimbingan Dan Kaunseling 21
1.9 Kerangka Konsep 22
1.10 Kesimpulan 23

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 24
2.2 Kerangka Teori
2.2.1 Kecerdasan Emosi 24
2.2.2 Kepuasan Kerja Dan Komitmen Kerja 28
2.2.2.1 Teori Dua Faktor Herzberg 29
2.2.2.2 Teori Perbandingan : 30
Model Facet Lawler
2.2.2.3 Teori Nilai Locke 32
2.3 Tinjauan Kajian Lepas
2.3.1 Kajian Dalam Negara 35
2.3.2 Kajian Luar Negara 38
2.4 Kesimpulan 40

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Penyelidikan 42
3.3 Prosedur Kajian 43
xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.4 Tempat Kajian 44


3.5 Populasi Dan Pemilihan Sampel Kajian 44
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Bahagian A: Maklumat Diri 46
3.6.2 Bahagian B: KecerdasanEmosi 46
3.6.2.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 48
3.6.3 Bahagian C: Kepuasan Kerja 48
3.6.3.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 50
3.6.4 Bahagian D: Komitmen Kerja 51
3.6.4.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 52
3.7 Cara Pemarkatan
3.7.1 Skala Kecerdasan Emosi 53
3.7.2 Skala Kepuasan Kerja Brayfield & 54
Rothe & Komitmen Terhadap Kerja
3.8 Analisis Data
3.8.1 Analisis Deskriptif 55
3.8.2 Analisis Inferensi 56
3.9 Kesimpulan 58

BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Deskriptif Maklumat Diri 59
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur 63
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 60
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 61
xii

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.2.4 Taburan Responden Mengikut 61


Tahap Pendidikan
4.2.5 Taburan Responden Mengikut 62
Taraf Perkahwinan
4.3 Analisis Deskriptis Keputusan
Tahap Kederdasan Emosi
4.3.1 Keputusan Tahap Kecerdasan Emosi 63
Dari Segi Intrapersonal
4.3.1.1 Keputusan Keupayaan Mengenal 63
Emosi Kendiri
4.3.1.2 Keuputusan Keupayaan Mengurus 65
Emosi Kendiri
4.3.1.3 Keuputusan Motivasi Kendiri 67
4.3.2 Keputusan Tahap Kecerdasan Emosi
Dari Segi Interpersonal
4.3.2.1 Keputusan Keupayaan Mengedalikan 69
Hubungan Yang Berkesan
4.3.2.2 Keuputusan Keupayaan Mengenal 72
Emosi Orang Lain
4.3.3 Rumusan Analisis Deskriptif Tahap 75
Kecerdasan Emosi
4.4 Analisis Deskriptis Keputusan Kecerdasan Emosi
Mengikut Tahap
4.4.1 Keputusan Kecerdasan Emosi 76
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut Tahap
4.4.2 Keputusan Kecerdasan Emosi Dari Segi 77
Intrapersonal Mengikut Tahap
4.4.3 Keputusan Kecerdasan Emosi Dari Segi 78
Interpersonal Mengikut Tahap
xiii

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.5 Analisis Deskriptis Tahap Kepuasan Kerja


Mengikut Tahap
4.5.1 Keputusan Tahap Kepuasan Kerja 78
4.5.2 Keputusan Kepuasan Kerja Mengikut Tahap 81
4.6 Analisis Deskriptis Tahap Komitmen Kerja
4.5.1 Keputusan Tahap Komitmen Kerja 82
4.5.2 Keputusan Komitmen Kerja Mengikut Tahap 84
4.7 Rumusan Analisis Deskriptis 85
4.8 Analisis Insferensi
4.8.1 Hubungan Antara Tahap Kecerdasan Emosi 86
(Intrapersonal, Interpersonal) Terhadap
Kepuasan Kerja Dan Komitmen Kerja
4.8.1.1 Hubungan Antara Tahap Kecerdasan 87
Emosi (Intrapersonal, Interpersonal)
Dengan Kepuasan Kerja
4.8.1.2 Hubungan Antara Tahap Kecerdasan 88
Emosi (Intrapersonal, Interpersonal)
Dengan Komitmen Kerja
4.8.1.1 Hubungan Antara Tahap Kecerdasan 88
Emosi (Intrapersonal, Interpersonal)
Dengan Kepuasan Kerja Dan
Komitmen Kerja
4.8.2 Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut
Demografi
4.8.2.1 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi 90
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut
Jantina
xiv

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.8.2.2 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi 91


(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut
Umur
4.8.2.3 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi 94
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut
Bangsa
4.8.2.4 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi 95
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut
Tahap Pendidikan
4.8.2.5 Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi 96
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut
Taraf Perkahwinan
4.8.2.6 Rumusan Perbezaan Tahap Kecerdasan 97
Emosi (Intrapersonal, Interpersonal)
Mengikut Demografi
4.9 Rumusan Analisis Deskriptis Dan Inferensi
4.9.1 Keputusan Tahap Kecerdasan 98
(Intrapersonal, Interpersonal), Tahap
Kepuasan Kerja Dan Komitmen Kerja
4.9.2 Keputusan Hubungan Tahap Kecerdasan 99
(Intrapersonal, Interpersonal) Dengan Tahap
Kepuasan Kerja Dan Komitmen Kerja
4.9.3 Keputusan Tahap Kecerdasan 100
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut
Demografi
4.9 Kesimpulan 100
xv

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 101


5.2 Perbincangan Hasil Kajian 102
5.2.1 Perbincangan Taburan Demografi 102
Responden
5.2.2 Perbincangan Tahap Kecerdasan Emosi 102
Responden
5.2.3 Perbincangan Keputusan Kecerdasan Emosi 104
Mengikut Tahap
5.2.4 Perbincangan Tahap Kepuasan Kerja 105
Responden
5.2.5 Perbincangan Tahap Komitmen Kerja 105
Responden
5.2.6 Perbincangan Hubungan Antara Tahap 107
Kepuasan Emosi Dengan Kepuasan Kerja
5.2.7 Perbincangan Hubungan Antara Tahap 107
Kecerdasan Emosi Dengan Komitmen Kerja
5.2.8 Perbincangan Perbezaan Tahap Kecerdasan 108
Emosi Mengikut Jantina
5.2.9 Perbincangan Perbezaan Tahap Kecerdasan 109
Mengikut Umur
5.2.10 Perbincangan Perbezaan Tahap Kecerdasan 110
Mengikut Bangsa
5.2.11 Perbincangan Perbezaan Tahap Kecerdasan 110
Mengikut Tahap Pendidikan
5.2.12 Perbincangan Perbezaan Tahap Kecerdasan 111
Mengikut Taraf Perkahwinan
xvi

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.3 Rumusan Perbincangan 112


5.4 Implikasi Kajian 114
5.5 Masalah Dan Limitasi Kajian 116
5.6 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan 116
5.7 Kesimpulan 117

BIBLIOGRAFI 118

LAMPIRAN
xvii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Instrumen Kecerdasan Emosi 47


3.2 Skor Jawapan Soal Selidik Bahagian B 48
3.3 Kedudukan Item Positif Dan Negatif Bagi 50
Soal Selidik Kepuasan Kerja
3.4 Kedudukan Item Positif Dan Negatif Bagi 50
Soal Selidik Komitmen Kerja
3.5 Nilai Kesahan Item Komitmen Kerja 52
3.6 Tahap EQ Berdasarkan Min Tiga Skor 54
3.7 Pemarkatan Item Positif Dan Negatif 54
Alat Ukur Kepuasan Kerja
3.8 Taburan Kepuasan Kerja Berdasarkan 54
Min Tiga Skor
3.9 Pekali Korelasi Mengikut Borg and Gall (1983) 57
4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur 59
4.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina 60
4.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Bangsa 61
4.4 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 61
Tahap Pendidikan
xviii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.5 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 62


Taraf Pendidikan
4.6 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 63
Keupayaan Mengenal Emosi Kendiri
4.7 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 65
Keupayaan Mengurus Emosi Kendiri
4.8 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 67
Motivasi Kendiri
4.9 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 70
Keupayaan Mengendalikan Hubungan
Yang Berkesan
4.10 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 73
Keupayaan Mengenal Emosi Orang Lain
4.11 Tahap Kecerdasan Emosi Intrapersonal 75
4.12 Tahap Kecerdasan Emosi Interpersonal 75
4.13 Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal, 75
Interpersonal)
4.14 Keputusan Tahap Kecerdasan Emosi 76
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut Tahap
4.15 Analisis Keputusan Kecerdasan Emosi 77
Intrapersonal Mengikut Tahap
4.16 Analisis Keputusan Kecerdasan Emosi 78
Interpersonal Mengikut Tahap
4.17 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 79
Kepuasan Kerja
4.18 Analisis Keputusan Kepuasan Kerja 81
Mengikut Tahap
xix

4.19 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 82


Komitmen Kerja
4.20 Analisis Keputusan Komitmen Kerja 84
Mengikut Tahap
4.21 Analisis Keputusan Tahap Kecerdasan Emosi, 81
Tahap Kepuasan Kerja Dan Tahap Komitmen
Kerja
4.22 Keputusan Ujian Korelasi Spearman Bagi 87
Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,
Interpersonal) Dengan Kepuasan Kerja
4.23 Keputusan Ujian Korelasi Spearman Bagi 88
Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,
Interpersonal) Dengan Komitmen Kerja
4.24 Keputusan Ujian Korelasi Spearman Bagi 88
Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,
Interpersonal) Dengan Kepuasan Kerja Dan
Komitmen Kerja
4.25 Keputusan Ujian-t Yang Menunjukkan 91
Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut Jantina
4.26 Keputusan Anova Yang Menunjukkan 92
Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut Umur
4.27 Keputusan Anova Yang Menunjukkan 93
Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut Bangsa
4.28 Keputusan Ujian-t Yang Menunjukkan 94
PerbezaanTahap Kecerdasan Emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut
Tahap Pendidikan
xx

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.29 Keputusan Ujian-t Yang Menunjukkan 96


PerbezaanTahap Kecerdasan Emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut
Taraf Perkahwinan
4.30 Rumusan Analisis Perbezaan Tahap 97
Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,
Interpersonal) Mengikut Taraf Perkahwinan
4.31 Analisis Keputusan Tahap Kecerdasan Emosi 98
(Intrapersonal, Interpersonal), Tahap Kepuasan
Kerja Dan Tahap Komitmen Kerja
4.32 Analisis Keputusan Hubungan Tahap 99
Kecerdasa Emosi (Intrapersonal,
Interpersonal) Dengan Kepuasan Kerja Dan
Tahap Komitmen Kerja
4.33 Analisis Keputusan Perbezaan Tahap 100
Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,
Interpersonal) Mengikut Demografi
5.1 Rumusan Tahap Kecerdasan Emosi 103
5.2 Analisa Keputusan Kecerdasan Emosi 104
(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut Tahap
xxi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep 22


2.1 Aliran Ciri Kecerdasan Emosi 28
2.2 Model Kepuasan Facet Lawler 31
2.3 Hirarkhi Keperluan Maslow 33
xxii

DAFTAR SINGKAT

EQ Emotional Qoutient (Kecerdasan Emosi)


Ho Hipotesis nol
IQ Intelligence Quotient (Kecerdasan Intelek)
IPT Institut Pengajian Tinggi
JPNS Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
p Signifikan
S Setuju
SP Sisihan Piawai
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
UIA Universiti Islam Antarabangsa
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UM Universiti Malaya
UTM Universiti Teknologi Malaysia
UPM Universiti Putra Malaysia
IKK Indeks Kepuasan Kerja
% Peratus
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kecerdasan emosi merupakan satu cabang ilmu yang masih baru dalam
disiplin psikologi. Namun emosi atau perasaan sebagai salah satu unsur yang
terdapat pada manusia sudah dikaji sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Emosi
manusia bukan hanya menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi dan
klinikal. Malah ia turut dilihat dalam pelbagai pespektif sains sosial dan
kemanusiaan seperti sosiologi, geografi, pendidikan, linguistik, sejarah dan
sebagainya. Pendek kata emosi yang dimiliki manusia menjadi subjek dalam
pelbagai disiplin pengetahuan. Justeru itu, tidak hairanlah menurut sebuah klise
yang diungkapkan oleh Plato iaitu “emosi hanya dimiliki oleh manusia, namun tidak
semua manusia memiliki kemanusiaan”.

Apabila kecerdasan emosi mula diperkenalkan kepada dunia banyak sarjana


dan pemikir yang mempersoalkan berkenaan keperluan dan signifikannya kepada
‘kepintaran manusia’. ‘Kepintaran’ menurut pandangan mereka merujuk kepada
kepintaran kognitif yang menggunakan simbol IQ. Namun selepas beberapa tahun
ia diperkenalkan secara giat dan komprehensif oleh sarjana-sarjana psikologi
2

daripada sekolah-sekolah psikologi terutamanya Harvard dan Yale, kepintaran


emosi menjadi kesedaran dan momentum baru kepada individu, institusi dan
masyarakat di seluruh dunia.

Kesedaran betapa pentingnya kepintaran emosi semakin meningkat akibat


daripada berlakunya banyak ‘penyakit mental’ yang dihadapi oleh negara-negara
maju seperti Amrika Syarikat, Jerman, Peranchis dan Britain. Pelbagai gejala sosial
daripada isu-isu keganasan hinggalah isu-isu sekolah dan keluarga menjadikan
masyarakat dunia sudah kehilangan ‘kemanusiaannya’. Justeru itu kepintaran tidak
lagi menjadi faktor dominan sebagai penentu kepintaran manusia. Manusia yang
pintar dan bijaksana pada dekad ini bukan sahaja memiliki IQ yang tinggi malah EQ
yang tinggi. Tanggapan ke atas kepintaran kognitif sebagai lambang kepintaran dan
kebijaksanaan seseorang sudah dianggap sebagai kurang relevan khususnya pada
zaman teknologi komunikasi maklumat ini.

Perkataan emosi adalah berasal dari perkataan Greek iaitu emover yang
bermaksud ‘untuk keluar’. Emosi dipamerkan oleh setiap individu dalam bentuk
tindakan dengan tujuan untuk memenuhi kepuasan diri individu itu sendiri dan ia
boleh dikatakan sebagai satu keadaan di mana perasaan yang ditunjukkan pada
proses fisiologi dan psikologi seseorang individu itu (Mahmood Nazar, 1990). Ia
adalah merupakan satu set tindak balas automatik, viseral dan komunikasi emosi
seperti ekspresi muka, perkataan, tingkahlaku dan isyarat yang dipamerkan oleh
individu itu.

Menurut Goleman (1996) kecerdasan emosi (EQ) adalah kebolehan


seseorang memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat
keputusan yang berkesan dalam kehidupan seharian. Dengan mempunyai EQ
seseorang dapat mengawal rasa kecewa, sedih dan perasaan negatif lain dengan
baik. Kecerdasan emosi juga membolehkan seseorang mengawal dorongan
(impulses) diri. Sekiranya seseorang menghadapi kesusahan, EQ dapat
membantunya agar tetap bermotivasi dan optimistik serta menaruh harapan untuk
tetap mencapai matlamat yang telah ditentukan.
3

Kecerdasan emosi juga merupakan empati dan mengetahui bagaimana


perasaan orang lain di sekeliling kita. Kecerdasan ini berupa kemahiran sosial yang
membolehkan seseorang dapat menyesuaikan diri dengan orang lain dan dapat
mengurus perhubungan interpersonal dengan baik serta dapat memujuk dan
memimpin orang lain. Menurut Goleman (1995) EQ adalah kebolehan untuk
mengawasi emosi diri dan emosi pihak lain, dapat membezakan kebaikan, dan dapat
menggunakan maklumat untuk membantu fikiran dan tindakan seseorang.

Menurut Thorndike (1920) kecerdasan emosi manusia adalah berkaitan


dengan konsep kecerdasan sosial. Ahli-ahli psikologi lain telah memecahkannya
kepada tiga fasa. Pertama, kecerdasan abstrak iaitu kebolehan untuk memahami dan
memanipulasi tindakbalas dan simbol matematik. Kedua, kecerdasan yang konkrit
iaitu kebolehan untuk memahami dan memanipulasi objek dan yang ketiga adalah
kecerdasan sosial iaitu kebolehan untuk memahami dan berhubung dengan manusia
(Ruisel, 1992). Thondike (1920 : 228) mendefinisikan kecerdasan sosial sebagai
kebolehan memahami dan mengurus manusia lelaki, perempuan dan kanak-kanak
untuk berhubung secara berkesan dalam hubungan sesama manusia. Beliau telah
mengkategorikan kecerdasan emosi kepada dua bahagian yang utama iaitu
interpersonal (emosi yang berhubungan dengan orang lain) dan intrapersonal (emosi
yang berkaitan dengan perhubungan dengan diri sendiri).

Kecerdasan emosi juga didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang


bertanggungjawab untuk mengawal satu dan pelbagai emosi, untuk
mendiskriminasikan emosi tersebut dan menggunakan maklumat untuk mengawal
pemikiran dan tindakan (Mayer & Salovey, 1993:433). Berdasarkan pendapat
Salovey & Mayer (1990) kecerdasan emosi interpersonal dan intrapersonal
dikategorikan kepada lima domain utama iaitu mengenal diri, mengurus emosi
kendiri, memotivasikan diri, empati dan mengendalikan hubungan yang berkesan.
Empati dan mengendalikan hubungan yang berkesan adalah dikategorikan dalam
kecerdasan interpersonal sementara tiga lagi iaitu mengenal diri, mengurus emosi
dan memotivasikan diri adalah di dalam kategori intrapersonal.
4

Guru adalah insan yang cukup istimewa lantaran tanggungjawab dan amanah
yang terpaksa dipikul untuk mendidik manusia menjadi insan yang berperibadi
mulia, berakhlak tinggi dan kamil. Guru merupakan role-model oleh itu sudah
semestinya guru menunjukkan contoh yang baik dan mereka haruslah mempunyai
kecerdasan emosi yang tinggi.

Perkembangan pesat yang berlaku dalam era globalisasi kini memperlihatkan


pelbagai pembaharuan dan inovasi telah berlaku bukan sahaja dalam bidang sains
dan teknologi, ekonomi, pengurusan dan perniagaan, malahan turut membawa
cabaran kepada bidang pendidikan. Cabaran besar yang dihadapi dalam kerjaya
pendidikan hari ini adalah untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan,
berwawasan, berketerampilan, memiliki sahsiah diri terpuji sebagaimana yang
terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam menyahut cabaran ini, sudah tentulah ia memerlukan warga pendidik


yang berpengetahuan luas, berkemahiran dan memiliki kekuatan emosi yang tinggi.
Secara tidak langsung cabaran ini turut dihadapi oleh guru Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah-sekolah dan kaunselor di institusi pengajian tinggi.

Perlantikan guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa pada tahun 1996
adalah satu usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan pelajar
yang seimbang, berjiwa besar dan bersemangat waja, berwawasan dan
berketerampilan. Perlantikan ini juga adalah untuk memenuhi keperluan pihak
sekolah dan pelajar supaya perkhidmatan dan kemahiran guru Bimbingan dan
Kaunseling dapat dimanfaatkan secara optimum untuk perkembangan dan
pembangunan pelajar. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
memainkan peranan penting dalam agenda pendidikan negara terutama bagi
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyahut cabaran 2020. Ianya
boleh dilakukan dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di
peringkat sekolah. Ini boleh dicapai melalui perancangan program perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang sistematik, perkhidmatan yang berkualiti
dan perlaksanaan program yang berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1993).
5

Sekolah-sekolah dianggap tidak lengkap dan tidak memberi perhatian


kepada perkembangan keseluruhan pelajar jika perkhidmatan ini tidak disediakan.
Kepentingan perkhidmatan ini tidak dapat disangkal lagi, memandangkan ianya
memberi kesan ke atas pendidikan dan perkembangan peribadi pelajar (Suradi,
1996). Menurut Gerler (dalam Rahimi et.al, 2003) perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling mempengaruhi secara positif kepada faktor-faktor yang berkaitan
dengan perkembangan pendidikan seperti tingkah laku di dalam kelas, sikap
terhadap sekolah, kedatangan ke sekolah dan pembuatan keputusan. Keadaan ini
menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah.
Lantaran itu, keperluan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
perlu diberikan perhatian dan sokongan oleh semua pihak.

Sejak kebelakangan ini peranan dan tanggungjawab guru-guru bimbingan


dan kaunseling semakin kompleks dan mencabar. Penggunaan teknologi maklumat,
internet, e-perdagangan dan pelaksanaan akan membawa cabaran-cabaran baru.
Oleh yang demikian, mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan, menguasai kemahiran-kemahiran kaunseling dengan baik, mematuhi
kod etika kaunselor serta memiliki tahap kemahiran sosial yang tinggi. Ciri-ciri ini
sangat penting dalam usaha untuk mencapai kepuasan dalam kerjaya, seterusnya
mampu memberikan komitmen yang jitu dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab.

Menyedari hakikat terhadap tugas dan tanggungjawab yang perlu


dilaksanakan oleh guru-guru bimbingan dan kaunseling, satu aspek yang tidak
kurang pentingnya dan perlu ditekankan ialah keupayaan mereka mengurus
kepintaran emosi dalam menghadapi cabaran kerjaya mereka. Kajian yang
dijalankan oleh Mohd. Najib (2002) telah membuktikan kepentingan kecerdasan
emosi (EQ) yang tinggi di kalangan guru-guru adalah amat penting dalam
melaksanakan proses perundingan dengan pelajar supaya pendidikan menjadi lebih
berkesan. Berdasarkan kenyataan tersebut dan juga suasana persekitaran pekerjaan
antara guru biasa dan guru Bimbingan dan Kaunseling memang terdapat persamaan
antara keduanya kerana mereka sama-sama terlibat di dalam proses interaksi
bersama pelajar. Kerjasama antara guru biasa dan guru Bimbingan dan Kaunseling
6

amat diperlukan dalam membantu perkembangan diri dan pencapaian akademik


pelajar. Bezanya guru biasa terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah manakala guru kaunseling di bilik kaunseling. Justeru itu sebagaimana
guru biasa, guru Bimbingan dan Kaunseling juga sewajarnya memiliki kecerdasan
emosi (EQ) yang tinggi bagi menghadapi cabaran kerjaya yang tidak kurang
hebatnya.

Dunia penuh persaingan ini memerlukan golongan berkemahiran,


bersemangat kental serta cerdas emosinya di samping mempunyai ilmu pengetahuan
dan memiliki kecerdasan intelek serta sosial sebagaimana yang diingini dalam
falsafah pendidikan negara. Tugas ini tidak semudah ucapan mahupun tulisan. Ini
ditambah lagi dengan cabaran budaya luar yang bebas masuk ke dalam jiwa pelajar.
Pengaruh barat yang mudah diperolehi dengan hanya dihujung jari mencabar guru
supaya bersaing untuk memenangi hati, jiwa serta tindak tanduk pelajar.

Perkembangan ini menyebabkan organisasi sekolah memerlukan guru-guru


yang mempunyai kemahiran berlainan bagi membolehkan mereka terus produktif
dalam persekitaran yang tidak menentu dan penuh dengan cabaran yang tidak
berkesudahan. Oleh yang demikian untuk menjadi guru Bimbingan dan Kaunseling
yang berdedikasi dan berkaliber seseorang guru itu harus bijak menguruskan
emosinya dan mestilah mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi sebagai bekalan
berhadapan dengan pelajar-pelajar yang pelbagai ragam.

1.2 Latarbelakang Masalah

Dalam kemajuan dunia moden, peranan seorang kaunselor semakin


bertambah dan mencabar. Seorang kaunselor bukan sahaja orang yang dapat
membantu kliennya dalam semua jenis keadaan mengenal diri sendiri, tetapi
haruslah menjadi seseorang yang membekalkan maklumat tentang pendidikan dan
7

pembelajaran sehingga orang yang dibantunya dapat membuat pemilihan dan


mengambil keputusan secara terbuka (Muhd. Mansur, 2000).

Cabaran itu turut dirasai oleh guru-guru kaunseling terutamanya diperingkat


menengah. Dalam konteks ini, mereka sebenarnya berhadapan dengan pelajar-
pelajar yang baru memasuki peringkat awal remaja hinggalah kepada yang
mencapai umur pertengahan remaja (13 tahun – 19 tahun). Kita sedia maklum
bahawa pada peringkat perkembangan inilah remaja menghadapi pelbagai cabaran
hidup seperti ungkapan yang sering digunakan iaitu Storm and Stress. Iaitu
dipenuhi dengan gelora dan tekanan. Pandangan tentang Storm and Stress adalah
konsep yang diketengahkan oleh Hall yang mengatakan zaman remaja adalah zaman
kacau bilau yang penuh dengan konflik dan keadaan hati yang berubah-ubah secara
tiba-tiba saja (Santrock, 2001).

Pada peringkat ini berlaku perubahan dari segi perkembangan biologi,


kognitif dan sosioemosi. Pada peringkat ini juga mereka mula terdedah kepada
persekitaran yang lebih kompleks, proses sosialisasi yang semakin mencabar iaitu
dari segi perhubungan dengan rakan sebaya dan gaya hidup sebagai remaja. Secara
tidak langsung, sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan identiti
remaja kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah dengan waktu
pembelajaran dan aktiviti gerak kerja ko-kurikulum. Sekolah juga sebagai medan
bagi pelajar-pelajar untuk mencipta kecemerlangan dalam pencapaian akademik,
kegiatan ko-kurikulum seperti bersukan, berpersatuan sebenarnya akan
mendedahkan mereka kepada kemahiran-kemahiran diri seperti kepimpinan,
keberanian dan sebagainya.

Menyedari hakikat itu, sememangnya jelas bahawa peranan guru-guru


kaunseling bukanlah boleh dianggap sebagai satu profession yang tidak mencabar
hanya kerana mereka tidak menghadapi beban tugas mengajar di dalam kelas.
Sebaliknya tanggungjawab yang dipikul sama sahaja dengan guru-guru lain iaitu
bermatlamat untuk membantu pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan diri dan
akademik. Medium pengajaran sahaja yang membezakan mereka di mana guru-
guru lebih kepada proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran di dalam kelas
8

sementara guru Bimbingan dan Kaunseling lebih kepada perkhidmatan tolong bantu
atau membantu pelajar sama ada dalam aspek perkembangan diri (sahsiah, motivasi,
kemahiran diri), pencapaian akademik dan bimbingan kerjaya. Tugas ini
dilaksanakan melalui sesi kaunseling individu, kaunseling kelompok, aktiviti
bimbingan kerjaya, penganjuran seminar dan bengkel motivasi, pentadbiran ujian
psikologi dan sebagainnya.

Justeru itu dalam menghadapi cabaran kerjaya ini guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling bukan sahaja perlu memiliki pengetahuan yang luas, kemantapan dalam
menguasai kemahiran-kemahiran kaunseling, tetapi juga perlu memiliki tahap
kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi. Aspek EQ adalah amat penting kerana mereka
juga berhadapan dengan pelbagai karenah dan masalah disiplin pelajar yang dirujuk
kepadanya. Mereka mungkin menghadapi kesukaran sewaktu mengendalikan kes-
kes pelajar yang dirujuk memandangkan ia bukanlah di atas kehendak mereka
sendiri. Tugas mereka semakin mencabar apabila pelajar-pelajar ini mempunyai
pandangan yang negatif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
Oleh itu mereka perlu bijak dalam mengatur dan menguruskan emosi diri mereka
dan juga emosi klien supaya proses kaunseling menjadi lebih efektif.

1.3 Penyataan Masalah

Terdapat banyak kajian yang dilakukan untuk melihat hubungan tahap


kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen kerja di kalangan pemimpin
dan juga guru-guru, tetapi tidak di kalangan guru bimbingan dan kaunseling. Oleh
itu kajian untuk mengenalpasti hubungan tahap kecerdasan emosi (Intrapersonal,
Interpersonal) dengan kepuasan kerja dan komitmen kerja guru Bimbingan dan
Kaunseling adalah diperlukan. Pengkaji juga mengkaji tahap perbezaan kecerdasan
emosi (Intrapersonal, Interpersonal) merentas demografi yang jantina, umur, bangsa,
tahap pendidikan dan taraf perkahwinan.
9

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut iaitu:

1.4.1 Mengenalpasti tahap kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal), tahap


kepuasan kerja dan tahap komitmen kerjaya di kalangan guru Bimbingan dan
Kaunseling di Bandaraya Kuching, Sarawak.

1.4.2 Mengenalpasti perbezaan kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal)


guru Bimbingan dan Kaunseling di Bandaraya Kuching, Sarawak dari segi
demografi (jantina,umur, bangsa, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan).

1.4.3 Mengenalpasti hubungan diantara tahap kecerdasan emosi (Intrapersonal,


Interpersonal), tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerjaya di
kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling di Bandaraya Kuching, Sarawak.

1.5 Hipotesis

Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) dengan kepuasan kerja dan komitmen kerja di
kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah di Bandaraya
Kuching, Sarawak.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling
sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak mengikut demografi.
10

Ho2.1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan
emosi (Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru-guru
Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah di Bandaraya
Kuching, Sarawak mengikut jantina.

Ho2.2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan
emosi (Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru Bimbingan
dan Kaunseling sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak
mengikut tahap umur.

Ho2.3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan
emosi (Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru Bimbingan
dan Kaunseling sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak
mengikut bangsa.

Ho2.4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan
emosi (Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru Bimbingan
dan Kaunseling sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak
mengikut tahap pendidikan.

Ho2.5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan
emosi (Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru Bimbingan
dan Kaunseling sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak
mengikut taraf perkahwinan.

1.6 Kesignifikan / Kepentingan Kajian

Di negara barat, kajian-kajian berhubung peranan kecerdasan emosi (EQ)


yang dijalankan sebelum ini lebih banyak tertumpu kepada hubungannya dengan
11

organisasi seperti di kalangan pegawai-pegawai pengurusan sumber manusia,


kesihatan, pengurusan peringaan dan industri. Di Malaysia, kajian tentang peranan
EQ masih agak berkurangan walaupun ada usaha beberapa orang pengkaji yang
ingin mengetahui isu ini seperti yang dijalankan oleh Yahaya dan Ng (2001), Mohd.
Najib dan rakan-rakan (2002), Liew dan rakan-rakan (2002) yang masing-masing
membuat kajian tentang peranan EQ dalam bidang pendidikan. Kajian berhubung
tahap EQ ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah,
guru-guru dan bakal-bakal guru di maktab perguruan dan pensyarah-pensyarah di
institusi pengajian tinggi awam. Dalam kebanyakkan kajian EQ selalunya dikaitkan
dengan pencapaian akademik pelajar, hubungan tahap EQ anak-anak dengan tahap
EQ ibubapa, perbezaannya berdasarkan ciri-ciri demografi seperti jantina, umur,
bangsa, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan. Kajian lepas seperti yang telah
dijalankan oleh Kelly dan Caplan (1993), Cooper dan Sawat (1997) dan Abraham
(2000) mengesahkan bahawa tahap EQ mampu mempengaruhi tahap kepuasan kerja
dan komitmen perkerja terhadap organisasi mereka. Walaubagaimanapun kajian
seumpama ini dalam konteks Malaysia masih kurang mendapat perhatian pengkaji-
pengkaji.

Justeru itu dalam kajian ini pengkaji ingin menjalankan satu kajian tentang
EQ guru-guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah. Objektif utama
kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi, tahap kepuasan kerja
dan komitmen terhadap kerja di kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling. Kajian
ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan
ciri-ciri demografi seperti jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan dan taraf
perkahwinan. Objektif seterusnya adalah untuk mengenalpasti hubungan tahap
kecerdasan emosi dengan tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerjaya guru-
guru Bimbingan dan Kaunseling.

Kajian oleh Mohd. Najib (2002), terhadap peranan EQ guru-guru berjaya


membuktikan bahawa EQ sangat penting kepada guru-guru dan juga guru-guru
pelatih di maktab perguruan dalam menggerakkan proses pendidikan, khususnya
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Melalui hasil kajian ini, beliau
menyarankan agar program pendidikan perguruan mengambilkira semua aspek
12

penting untuk melatih bakal guru yang berdedikasi dan profesional termasuklah
aspek berkaitan EQ bagi menghadapi cabaran kerjaya dalam alam pendidikan nanti.

Hal yang sama juga perlu ada pada guru-guru Bimbingan dan Kaunseling
dan kaunselor bagi memastikan kecemerlangan profesionalisme kaunseling tercapai
dan berterusan sepanjang masa. Keperluan terhadap perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling pada abad ini bukan saja relevan dan terbatas kepada dunia pendidikan
sahaja, malah kita dapat menyaksikan perkembangannya di dalam organisasi
pengurusan sumber manusia sama ada di peringkat jabatan perkhidmaan awam,
swasta mahupun industri. Perkembangan positif ini membuktikan bahawa pada
masa ini orang ramai mempunyai pandangan positif terhadap perkhidmatan
kaunseling. Maka, peranan guru-guru Bimbingan dan Kaunseling menjadi semakin
rancak dan mencabar untuk memenuhi tuntutan terhadap keperluan kaunseling.
Kecerdasan emosi menjadi sebahagian daripada elemen penting kepada mereka.
Jika kajian ini dapat membuktikan bahawa peranan EQ sangat penting di kalangan
guru-guru Bimbingan dan Kaunseling, maka kita perlu memberi tumpuan khas
kepada pembentukan EQ sebagaimana yang telah dibuktikan oleh guru-guru. Tidak
dinafikan bahawa guru-guru Bimbingan dan Kaunseling juga kadangkala
menghadapi tekanan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Oleh yang
demikian, mereka wajib berlatih mengawal emosi, belajar menyesuaikan diri
dengan masalah yang dihadapi, lebih bersifat empati, menerima dan memahami
klien serta dapat memberikan pendidikan emosi yang baik kepada pelajar-pelajar.
Yahaya (2001), menyatakan status EQ itu lebih penting daripada IQ kerana kejayaan
akademik seperti yang dipentingkan oleh dunia pendidikan bukan penjamin atau sijil
untuk berjaya dalam kehidupan.

Hasil kajian ini juga signifikan kepada KPM (Kementerian Pelajaran


Malaysia) kerana EQ juga merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan
dunia pendidikan kelak. Sepertimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (1993), bahawa perlantikan guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh
masa adalah satu usaha murni ke arah melahirkan generasi yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keperluan ini juga adalah bagi memenuhi
keperluan pihak sekolah dan pelajar supaya perkhidmatan dan kemahiran guru-guru
13

Bimbingan dan Kaunseling dapat dimanfaatkan secara optimum untuk


perkembangan dan pembangunan pelajar untuk melaksanakan pendidikan dan
perkembangan emosi. Pelajar-pelajar, guru-guru termasuklah guru-guru Bimbingan
dan Kaunseling juga wajar memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi.

Ringkasnya kajian ini mempunyai hubungan yang signifikan dengan guru-


guru Bimbingan dan Kaunseling dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling itu
sendiri, pihak pengurusan sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengurusan organisasi yang mengutamakan perasaan kakitangan, empati, memberi
motivasi, dapat menguruskan perasaan diri dan perasaan orang lain serta tahap
memiliki kemahiran sosial yang baik adalah sangat penting kerana elemen-elemen
ini juga dapat memberi kepuasan, seterusnya melahirkan semangat kerja yang
tinggi (komitmen jitu terhadap kerjaya). Kepuasan kerja dan komitmen yang di
berikan oleh guru-guru bimbingan dan kaunseling terhadap profesion ini tentunya
akan meningkatkan martabat dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di Malaysia.

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

Sejak kebelakangan ini kajian berhubung dengan kecerdasan emosi mula


mendapat perhatian daripada pengkaji-pengkaji. Kajian-kajian ilmiah sangat
diperlukan untuk mengesahkan kebenaran sesuatu fakta atau isu yang
diketengahkan. Seperti yang di ketahui topik EQ mendapat perhatian menyeluruh
disebabkan penghasilan buku oleh Goleman pada tahun 1995 yang membincangkan
peranan EQ dalam menentukan kejayaan seseorang, dimana menurutnya tahap IQ
yang tinggi bukanlah peramal mutlak kepada kejayaan dalam hidup.

Justeru itu, pengkaji juga ingin meneroka topik ini dan berharap hasil kajian
ini nanti akan memberikan sumbangan kepada guru-guru Bimbingan dan
14

Kaunseling khususnya dan bidang pendidikan amnya. Kajian terhadap kecerdasan


emosi (EQ) ini wajar dijalankan kerana profesion sebagai guru Bimbingan dan
Kaunseling juga tidak terlepas daripada cabaran dan memikul tanggungjawab yang
besar dalam melaksanakan aspirasi pendidikan negara. Kerjaya ini amat
memerlukan kekuatan emosi kerana guru Bimbingan dan Kaunseling berhadapan
dengan pelbagai bentuk masalah dan luahan emosi klien yang mendapatkan
khidmatnya.

Kajian yang dijalankan melibatkan pengumpulan data daripada guru-guru


Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah menengah di Bandaraya Kuching,
Sarawak. Oleh itu kajian ini hanya terbatas kepada guru Bimbingan dan Kaunseling
sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak sahaja. Pemilihan ini dibuat
kerana sekolah-sekolah ini terletak di dalam kawasan bandar dan mempunyai
jumlah pelajar-pelajar yang lebih ramai jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah
yang terletak di kawasan luar bandar. Jadi suasana pembelajaran mungkin berbeza
kerana pelajar-pelajar terdedah dengan interaksi sosial yang lebih mencabar.
Kebanyakkan sekolah mempunyai sekurang-kurangnya seorang kaunselor atau guru
Bimbingan dan Kaunseling. Pengkaji tidak melibatkan guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah rendah kerana perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling belum terlaksana sepenuhnya di sekolah rendah.

1.8 Definisi Konsep Dan Operasional

1.8.1 Kecerdasan Emosi (EQ)

Pengaruh emosi amat besar dalam mewarnai hubungan sesama manusia.


Emosi meliputi pelbagai perasaan seperti sayang, gembira, malu, sedih, kecewa,
bimbang dan sebagainya. Kelangsungan hidup manusia juga adalah dipengaruhi
15

oleh kewujudan emosi yang menentukan tingkahlaku manusia. Kecerdasan emosi


adalah dikaitkan dengan kemampuan mengawal emosi terutamanya dalam
persekitaran sosial.

Mayer dan Salovey (1997) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai satu


bentuk kebolehan memantau dan meregulasikan emosi diri dan emosi orang lain,
dapat membezakan antara keduanya dan boleh menguruskan maklumat itu untuk
mengarah pemikiran dan tindakannya.

Goleman (1998) melalui adaptasi model EQ oleh Mayer dan Salovey


mendapati bahawa EQ sangat penting dan berguna untuk memahami bagaimana
setiap kemahiran ini berperanan dalam sesuatu bidang pekerjaan. Sehubungan itu
Goleman mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai keupayaan dan mengenalpasti
emosi diri orang lain untuk memotivasikan diri dan mengurus emosi dalam
perhubungan berkesan.

Bar-On (1996) mendefinisikan model emotional intelligence yang


diperkenalkannya sebagai satu keupayaan yang berkaitan emosi dan pengetahuan
sosial yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk menghadapi cabaran
persekitarannya dengan berkesan.

Model kecerdasan emosi merangkumi lima aspek utama, iaitu:


i) Kesedaran terhadap diri (Self-awareness).
ii) Keupayaan mengurus emosi diri (Self-regulation).
iii) Motivasi (Motivation)
iv) Empati (Empathy).
v) Kemahiran sosial (Social skills).

i) Kesedaran Terhadap Diri (Self-awareness)

Kesedaran terhadap diri atau sedar emosi kendiri bermakna kebolehan


mengawal diri (perasaan) dalam sesuatu situasi. Kebolehan ini seterusnya
dapat membantu individu untuk membuat keputusan yang kongruen dengan
16

pegangan atau nilai dirinya. Secara tidak langsung ia juga membolehkan


seseorang individu itu membuat penilaian yang realistik. Individu yang
memiliki kelebihan ini akan sentiasa menyedari kekuatan dan kelemahan
dirinya, bersikap terbuka apabila menerima maklumbalas daripada orang
lain dan bersedia untuk belajar daripada pengalaman yang dilalui.
Keyakinan diri pula adalah satu sifat keberanian yang datang dengan penuh
kepastian hasil daripada keupayaan terhadap kesedaran kendiri iaitu
kebolehan, nilai dan matlamat diri.

ii) Keupayaan Mengurus Emosi Diri (Self regulation)

Keupayaan untuk mengawal emosi diri sebenarnya terbina atas sebab


kesedaran terhadap diri, penglahiran emosi dan niat. Individu yang dapat
mengawal emosinya mampu melaksanakan sesuatu tugas dengan mudah.
Seseorang individu itu harus sentiasa berhati-hati dan mengelakkan sikap
mudah berpuas hati dalam mengejar sesuatu matlamat. Keupayaan
mengurus emosi juga membantu individu memulihkan kesedihan emosi
dengan berkesan. Dengan itu individu yang berjaya mengurus emosi diri
akan cepat bebas daripada kitaran emosi yang kritikal.

iii) Motivasi (Motivation)

Motivasi diri merujuk kepada kecenderungan emosi yang menggerak dan


memandu ke arah pencapaian matlamat. Motivasi juga membantu kita
mengambil inisiatif dan berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam
menghadapi kesedihan dan kekecewaan. Individu yang tinggi tahap
motivasinya lebih mudah dalam membuat sesuatu penilaian yang realistik
dan tidak mudah berputus asa.

iv) Empati (Empathy)

Satu kebolehan seseorang itu mengenali dan memahami emosi orang lain
dan boleh memberi pertimbangan sewajarnya terhadap mereka. Orang lain
17

jarang mempamerkan gangguan emosi yang dialami secara terus terang.


Selalunya ia dapat disedari melalui isyarat-isyarat emosi seperti perubahan
nada suara dan ekspresi wajah. Kebolehan individu merasai situasi-situasi
emosi ini telah membangkitkan kesedaran emosi diri dan keupayaan mereka
menguruskan situasi emosi ini. Perasaan empati ini akan memudahkan
seseorang individu menjalin perhubungan dengan individu lain.

v) Kemahiran Sosial (Social Skills)

Kemahiran sosial melibatkan kebolehan mengurus emosi orang lain dalam


perhubungan dengan berkesan dan sentiasa bersedia dengan situasi-situasi
sosial serta interaksi yang mesra dengan orang lain. Kemahiran ini juga
memberi kelebihan kepada seseorang itu dari segi memujuk, berunding dan
menyelesaikan pebalahan dengan individu lain supaya kerjasama secara
berpasukan dapat di wujudkan. Individu yang dapat menguasai kemahiran
ini akan mencapai kepuasan dalam perhubungan sosialnya dan beroleh
kejayaan dalam bidang yang diceburinya.

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan model kecerdasan emosi yang telah
dibina oleh Mohd. Najib (2003). Model ini terbahagi kepada dua konstruk utama
iaitu Intrapersonal dan Interpersonal. Konstruk Intrapersonal mengandungi tiga
elemen EQ, iaitu keupayaan mengenal emosi kendiri, keupayaan mengurus emosi
kendiri dan motivasi kendiri. Sementara konstruk Interpersonal mengandungi dua
elemen EQ, iaitu keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dan
mengenal emosi orang lain.

Dalam kajian ini kecerdasan emosi merujuk kepada keupayaan individu


mengendalikan hubungan dengan orang lain (Interpersonal) dan mengendalikan
emosi yang berkaitan dengan perhubungan dengan diri sendiri (Intrapersonal).
18

1.8.2 Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja merupakan satu tindakbalas yang berlaku dalam situasi


kerjaya terhadap pekeja. Kepuasan dapat dicapai andainya keperluan fisiologi dapat
dipenuhi dan kurang dukacita dalam persekitaran pekerjaan mereka. Kepuasan kerja
dikaitkan dengan keadaan kerja dan ganjaran yang terhasil daripadanya secara
langsung dari sesuatu tugas atau kerja yang dilaksanakan. Menurut teori Herzbeg
kepuasan kerja dan ketidakpuasan kerja adalah di sebabkan oleh dua faktor yang
berasingan. Kedua-dua faktor tersebut dinamakan faktor pemuas (pendorong) dan
bukan pemuas (faktor kesihatan).

Locke (dalam Schultz dan Schultz, 2001) mendefinisikan kepuasan kerja


sebagai satu reaksi emosi individu terhadap sesuatu pekerjaan. Ini bermaksud
perasaan keseronokan dari segi emosi diperolehi berdasarkan kepada penilaian
individu ke atas pekerjaan dan pengalaman bekerja.

Ariffin (1997) menyatakan bahawa kepuasan kerja mempunyai pengertian


yang subjektif iaitu setiap pekerja memperolehi kepuasan kerja dengan cara yang
berbeza-beza. faktor yang menentukan kepuasan kerja adalah berbeza-beza
mengikut umur, jantina, jenis dan tahap pendidikan dan juga taraf pendidikan
seseorang.

Szilayyl dan Wallace (1980), menjelaskan bahawa kepuasan kerja terdiri


daripada aspek emosi, kognisi dan tingkahlaku. Dengan ini kepuasan kerja merujuk
kepada penilaian individu terhadap unsur-unsur tertentu di tempat kerja. Unsur-
unsur ini merangkumi sifat kerja itu sendiri, rakan sekerja dan penyeliaan serta
ganjaran atau gaji yang diperolehi.

Menurut MC Cormick dan Ilgen (1985), kepuasan kerja adalah satu set sikap
atau tindakbalas afektif seseorang pekerja terhadap kerjayanya. Tindakbalas afektif
ini adalah hasil daripada penilaian individu terhadap seluruh situasi kerja
19

berdasarkan jangkaan atau nilai kerjanya. Nilai kerja merujuk kepada apa yang
pekerja jangkakan atau inginkan daripada kerjanya (Mottaz, 1987).
Schultz dan Schultz (2001), menyatakan bahawa kepuasan kerja merujuk
kepada sikap individu tentang pekerjaannya iaitu samada secara positif atau negatif
terhadap kerjanya. Sikap positif terhadap kerja menunjukkan individu tersebut
mempunyai kepuasan terhadap kerjanya. Sebaliknya sikap negatif menggambarkan
individu yang merasai ketidakpuasan terhadap kerjanya.

Pendapat yang hampir sama diutarakan oleh Munchinsky (2000), kepuasan


kerja dirujuk sebagai darjah keseronokan yang diperolehi oleh seseorang daripada
tugas yang dilaksanakan. Dengan ini kerja melibatkan perasaan individu terhadap
tugas yang dilaksanakannya sama ada positif atau pun negatif dan ia berkait rapat
dengan sikap pekerja itu sendiri sama ada puas atau tidak puas.

Mahmood Nazar (2001) juga merujuk kepuasan kerja sebagai sikap dan
perasaan positif yang ada pada para pekerja terhadap kerja-kerja yang mereka
lakukan. Kepuasan kerja ini bergantung kepada beberapa faktor dan kepuasan kerja
amat berbeza di antara seorang pekerja dengan seorang pekerja yang lain. Faktor-
faktor ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan suasana kerja seperti keadaan
fizikal tempat kerja, suasana sosial dan juga kaitannya dengan faktor-faktor seperti
umur, kestabilan emosi, status sosial, kesihatan, aktiviti rekreasi dan pelbagai
aktiviti lain.

Berdasarkan definisi kepuasan kerja yang dijelaskan oleh pengkaji-pengkaji


berkenaan didapati definisi yang dikemukakan oleh Locke (1976) sangat
bersesuaian dengan kajian ini. Sebagaimana yang dinyatakannya bahawa kepuasan
kerja merupakan satu reaksi emosi yang positif bagi seseorang individu terhadap
kerjanya. Sekiranya individu tersebut memiliki tahap EQ yang tinggi maka
mudahlah baginya untuk memperoleh kepuasan daripada kerja yang dilakukan.

Dalam kajian ini kepuasan kerja merujuk kepada satu reaksi emosi yang
positif bagi seseorang individu terhadap kerjanya. Bermakna individu yang
20

mempunyai tahap EQ yang tinggi akan menunjukkan komitmen yang baik terhadap
kerjaya mereka.

1.8.3 Komitmen Terhadap Kerjaya

Corser dan Rakoff (1971) menjelaskan komitmen sebagai kecenderungan


dalaman yang positif di mana seseoang pekerja yang komited kerjayanya akan
berasa bangga dengan kerjaya yang diceburinya. Dalam kerjaya yang berstatus
tinggi, komitmen bukan sahaja tertumpu kepada kerjaya tetapi juga melibatkan
komitmen terhadap rakan sekerja.

Marshal dan Witjing (1982) mendefinisikan komitmen terhadap kerjaya


sebagai satu kehendak terus bekerja walaupun tanpa sebarang alasan seperti masalah
kewangan. Kehendak ini tidak terhalang walaupun terdapatnya tanggungjawab
kekeluargaan yang menyukarkan individu untuk keluar bekerja. Selain itu ia juga
memperlihatkan satu peneguhan terhadap rancangan kerjaya dengan cara
mendapatkan maklumat-maklumat lanjut yang lebih spesifik tentang kerjaya
tersebut. Dengan kata lain, ia merupakan komitmen tingkahlaku untuk mengejar
corak kerjaya tanpa gangguan.

Goleman (1998) mengemukakan pandangan terhadap komitmen dari sudut


organisasi sebagai satu reaksi emosional. Disini ia membawa maksud seseorang
individu itu mempunyai hubungan atau kelekatan yang kuat kepada matlamat
organisasi. Individu yang setia dan taat kepada matlamat organisasi bukan sahaja
akan menjalankan tugasnya dengan sedaya upaya, malah mereka sudi
mengorbankan kepentingan diri apabila diperlukan demi kepentingan organisasi.
Justeru itu, komitmen merupakan penggalak semulajadi iaitu individu melahirkan
perasaan patriot terhadap organisasi secara spontan.
21

Individu yang komited terhadap kerjaya mereka sanggup berhadapan dengan


apa jua rintangan dan cabaran yang dihadapi hasil daripada kekuatan emosi. Malah
cabaran ini akan meningkatkan lagi kematangan mereka dalam melaksanakan
amanah dan tanggungjawab terhadap kerjaya masing-masing. Selalunya individu
yang ingin mencapai kecemerlangan dalam kerjaya akan meletakkan matlamat yang
ingin dicapai sama ada matlamat jangka pendek mahupun jangka panjang. Apabila
matlamat ini tercapai, individu tersebut beroleh kepuasan dan sentiasa berusaha ke
arah pengembangan kerjaya untuk mengekalkan pencapaiannya.

Dalam kajian ini, komitmen kerja merujuk kepada kesanggupan individu


menghadapi apa jua rintangan dan cabaran kerja yang dihadapi hasil daripada
kekuatan emosinya. Dalam kajian ini juga komitmen terhadap kerja dihubungkan
dengan kecerdasan emosi (EQ). Bermakna individu yang mempunyai tahap EQ
yang tinggi akan menunjukkan komitmen yang baik terhadap kerjaya mereka.

1.8.4 Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah

Definisi konsep untuk kaunselor menurut Brammer (1985) adalah seseorang


yang telah menyempurnakan sesuatu rancangan latihan yang disediakan, memenuhi
keperluan perlesenan dan peperiksaan kecekapan dengan mematuhi tatasusila
tertentu dan dengan bersikap bertanggungjawab terhadap hasil-hasil pertolongannya.

Secara operasionalnya pula, dalam kajian ini guru bimbingan dan kaunseling
sekolah adalah merupakan pendidik yang telah mengikuti kursus atau pengajaran di
institusi yang telah diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling
dan kini berkhidmat sebagai guru bimbingan dan kaunseling pelajar atau guru
bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah di Sarawak.
22

1.9 Kerangka Konsep

Disini pengkaji mengemukakan model kajian yang dibina berdasarkan


objektif kajian seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Model kajian adalah
seperti dalam Rajah 2.4.

Rajah 1.1: Kerangka Kajian

Demografi
Jantina
Umur Pembolehubah
Bangsa Bebas

Tahap Pendidikan
Taraf Perkahwinan

PERBEZAAN

Pembolehubah Bersandar I
INTRAPERSONAL INTERPERSONAL
1. Mengenal emosi 1. Mengendalikan
kendiri
2. Mengurus emosi
EQ perhubungan
berkesan
kendiri 2. Mengenal emosi
3. Motivasi kendiri orang lain

HUBUNGAN

KEPUASAN
KERJA
Pembolehubah
Bersandar II
KOMITMEN
KERJA
23

1.10 Kesimpulan

Goleman (1995) menyatakan kecerdasan otak atau IQ hanya


menyumbangkan sebanyak 20% dalam menentukan kejayaan hidup. Manakala 80%
kejayaan adalah ditentukan oleh faktor EQ. Goleman juga menyimpulkan bahawa
tahap IQ yang tinggi mungkin berkait rapat dengan kejayaan akademik di universiti
tetapi prestasi mereka dalam pekerjaan belum pasti lagi. Berkemungkinan ianya
berkait rapat dengan tahap EQ mereka. Dengan itu EQ dikatakan boleh menentukan
masa hadapan individu.

Kejayaan tidak mungkin digapai oleh orang yang tidak pandai


menyelesaikan masalah. Masalah kecil diberikan perhatian berlebihan manakalah
masalah besar terus buntu. Orang yang tidak pandai menyelesaikan masalah adalah
orang yang tidak pandai mengawal emosi (HM Tuah Iskandar, 2003). Pada hari ini
pelbagai masalah yang timbul di kalangan masyarakat berpunca daripada
ketidakmampuan untuk menguruskan emosi dengan baik.

Kecerdasan emosi (EQ) merupakan suatu suatu kebangkitan diri seseorang


terhadap satu tindakbalas atau reaksi melalui sesuatu benda atau keadaan yang
dialami. Kecerdasan emosi akan membentuk nilai peribadi seseorang dan juga akan
membentuk nilai dikalangan masyarakat (Mohd. Najib, 2000).

Kenyataan-kenyataan yang diberikan membuktikan dengan jelas bahawa


peranan EQ sememangnya penting di dalam diri seseorang individu. Justeru itu,
kesedaran terhadap peranan EQ sebagai penentu keupayaan hidup perlu ditetapkan
di dalam jiwa generasi hari ini. Maka pengkaji amat berharap kajian ini dapat
memberi manfaat kepada pembaca melalui maklumat-maklumat yang diperolehi
sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks dan
mencabar.
BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan memaparkan tentang teori yang berkaitan bagi
dijadikan panduan dan rujukan kepada pengkaji dalam kajian ini. Selain itu bab ini
juga membincangkan tentang dapatan-dapatan kajian lepas yang telah dijalankan
oleh pengkaji-pengkaji lain dari dalam dan luar negara yang relevan dengan kajian
ini. Sorotan kajian-kajian lepas meliputi kajian seperti berikut:

i) Kajian dalam negara dan


ii) Kajian dari luar negara.
25

2.2 Kerangka Teori

2.2.1 Kecerdasan Emosi (EQ)

Mayer dan Salovey pada tahun 1990 telah membawa dimensi baru dalam
penilaian pendidikan dengan memperkenalkan istilah kecerdasan emosi (EQ)
kepada dunia. Ini menyebabkan ramai pakar mengatakan kegiatan manusia tidak
hanya bergantung kepada kecerdasan intelek (IQ) seseorang dan keputusan yang
mereka buat dalam banyak perkara juga bergantung kepada EQ. Secara umumnya
EQ boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu emosi perhubungan kendiri
(Intrapersonal) dan emosi untuk perhubungan dengan orang lain (Intrapersonal).

Intrapersonal boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu mengenal emosi


kendiri, mengurus emosi kendiri dan memotivasikan emosi kendiri. Manakala
Intrapersonal pula boleh dipecahkan kepada dua kategori, iaitu mengendalikan
perhubungan yang berkesan dan mengenal emosi orang lain (Mohd. Najib, 2002).

Sehubungan dengan itu pengkaji akan membincangkan perspektif


kecerdasan emosi berdasarkan penjelasan yang telah dikemukakan oleh Mohd.
Najib (2002). Beliau telah menjelaskan kategori-kategori tersebut dengan merujuk
contoh-contoh khusus kepada interaksi guru-guru dan murid-murid di sekolah.

Kategori pertama ialah keupayaan mengenal emosi kendiri supaya dapat


digunakan untuk mengawasi tingkahlaku bagi menjadikan ia lebih berfaedah kepada
diri. Ia boleh dipertingkatkan dengan mengurus dan memotivasikan diri melalui
perhubungan komunikasi yang baik dan kebolehan untuk menasihati serta membuat
perhubungan dengan orang lain secara berkesan. Lima ciri utama adalah menilai,
menyelaras deria, berinteraksi dengan perasaan, mengetahui kehendak dan memberi
tumpuan kepada perlakuan. Seseorang guru dalam menghadapi situasi pelajar akan
menilai tentang persepsi dirinya terhadap situasi tersebut, seperti bertanya kepada
diri adakah dirinya sedang marah, apakah pelajar sedar kita sedang marah, apakah
26

kita ingin marah dan apakah tindakan kita seterusnya sama ada ingin meneruskan
sifat marah dengan melakukan tindakan berdasarkan perasaan tersebut.

Kategori kedua adalah mengurus emosi. Bermaksud memahami orang lain


disekeliling dan menggunakan pemahaman tersebut untuk mengubahsuai dan
seterusnya mendatangkan faedah kepada diri sendiri. Seseorang guru dengan ini
dapat mengurangkan perasaan kecewa serta marah dan kelakuan agresif dan secara
tidak langsung membawa kepada pemikiran positif.

Kategori ketiga adalah mengenai memotivasikan diri dalam memulakan dan


menyempurnakan sesuatu tugas dan ini diperolehi melalui diri sendiri, sahabat,
keluarga, rakan-rakan, mentor dan persekitaran. Seseorang guru yang rajin mungkin
mendekati guru-guru yang lain yang juga rajin dan persekitaran tempat kerjanya
juga boleh melambangkan peringkat motivasi guru tersebut. Lebih penting ialah
apabila seseorang guru tahu dirinya sedang marah (kenal emosi kendiri), tahu cara
bagaimana untuk mengurangkan kemarahan mereka (tahu menguruskan emosi
kendiri), perlu membuang kemarahan tersebut (motivasi kendiri). Masalahnya ialah
guru tahu dia sedang marah, tahu bagaimana hendak mengurangkan kemarahan
tetapi tidak berusaha kearah itu. Paling menyedihkan ialah guru tahu untuk
mewujudkan suasana mesra dan terbaik untuk pelajar tetapi kurang bermotivasi
untuk berbuat demikian.

Kebolehan untuk mengendalikan perhubungan yang berkesan dengan orang


lain dapat mengelakkan diri individu tersebut daripada situasi yang genting bagi
menghasilkan perhubungan yang berkesan. Dari segi pendedahan diri, seseorang
cuba memahami pendirian orang lain dengan menyatakan sesuatu dalam bentuk
komunikasi yang baik dan boleh diterima oleh semua pihak. Guru bersetuju dengan
pendapat murid dengan menyatakan ‘baik’ atau ‘buruk’ dan begitulah sebaliknya.
Dari segi keteguhan diri seseorang boleh mengimbangi kepentingan dirinya dan
menyatakan serta memperjuangkan hak-haknya secara asertif. Seorang guru boleh
mempertahankan pendapatnya secara seimbang. Dari segi mendengar pula,
seseorang mendengar dan mengenalpasti perkara penting untuk meningkatkan
keberkesanan berhubung dengan orang lain. Guru harus sentiasa mendengar dengan
27

tekun dengan apa yang pelajar ingin perkatakan supaya dapat membantu guru
merancang atau melaksanakan tugas seterusnya.

Kriteria terakhir ialah melihat sebarang kritikan sebagai perkara yang positif
yang dapat membantu kita mengenal diri kita dari sudut pandangan orang lain dan
menjauhi diri dari cepat tersinggung. Seorang guru yang melihat kritikan sebagai
suatu rangsangan positif tidak akan cepat marah kepada murid atau guru serta ketua
dan ini boleh membantu meningkatkan martabat profesion guru itu sendiri. Secara
ringkasnya, keupayaan mengenal emosi orang lain akan meningkatkan tahap
kecerdasan emosi kita. Kaedah terbaik adalah dengan memahami kehendak orang
lain dan sentiasa membuat hubungan melalui pertukaran idea dan maklumat. Guru
harus sentiasa memahami kehendak muridnya melalui interaksi berterusan seperti
mendapat maklumat melalui penyoalan dan mendengar jawapan dengan teliti.
Kriteria kecerdasan emosi yang diterangkan boleh dijelaskan seperti dalam Rajah
2.1 di bawah.

Rajah 2.1: Aliran ciri kecerdasan emosi

Mengurus emosi
Mengendalikan emosi orang
sendiri lain

Motivasi diri

Mengenal emosi Mengenal emosi


orang lain
sendiri

(Sumber : Mohd. Najib, 2002)


28

2.2.2 Kepuasan Kerja Dan Komitmen Kerja

Perbincangan mengenai teoritikal kepuasan kerja dan komitmen kerja dalam


kajian ini akan dijelaskan berdasarkan beberapa teori motivasi yang berhubungan
dengan kepuasan dan komitmen kerja.

Menurut Davis (1981) motivasi adalah sesuatu kekuatan yang mendorong


pekerja ke arah melakukan sesuatu tindakan. Motivasi menunjukkan keinginan
terhadap keperluan seseorang seperti keinginan dalaman dan luaran. Perhubungan
keperluan individu ke arah prestasi kerja telah dirumuskan dalam Model Motivasi
Davis (1981). Keperluan individu boleh melahirkan tekanan dalam diri seseorang
untuk terus berusaha sedaya upaya untuk mencapai keinginan mendapatkan insentif-
insentif yang ditawarkan oleh pihak majikan. Model Motivasi ini menerangkan
keperluan individu akan menggerakkan seseorang untuk berusaha ke arah mencapai
motif mereka.

Terdapat beberapa teori motivasi yang dapat dihubungkaitkan dengan


kepuasan kerja pekerja. Antara teori yang dibincangkan ialah Teori Dua Faktor
Herzberg, Teori Perbandingan Model Kepuasan Facet Lawler dan Teori Nilai Locke
(dalam Schultz dan Schultz, 2001). Perbincangan berkaitan teori motivasi dengan
komitmen kerja merangkumi Teori Keperluan Maslow dan Teori Motivasi
Pencapaian MC Clelland.

2.2.2.1 Teori Dua Faktor Herzberg

Teori dua faktor Herzberg (1968), mengambilkira aspek motivasi dan


kepuasan kerja. Herberg mengkategorikan keinginan manusia kepada dua iaitu
keinginan motivator dan keinginan hygiene.
29

Motivator merupakan keinginan peringkat tinggi yang akan memotivasikan


pekerja ke arah prestasi yang tinggi. Ia berkaitan dengan ciri-ciri dalaman sesuatu
tugas seperti pencapaian, pengiktirafan, pekerjaan itu sendiri, tanggungjawab dan
kejayaan.

Hygiene adalah keinginan yang berkaitan dengan kesejahteraan individu.


Iaitu berkaitan dengan keinginan yang terdapat di luar kerja dan melibatkan
persekitaran kerja antaranya termasuklah:
a) Dasar pentadbiran organisasi.
b) Penyeliaan.
c) Gaji.
d) Hubungan antara perorangan dengan ketua.
e) Hubungan antara perorangan dengan orang bawahan.
f) Hubungan perorangan sesama peringkat.
g) Status pekerjaan.
h) Keadaan tempat kerja.
i) Jaminan kerja.

Dalam konteks pekerjaan, faktor motivator akan memberi kepuasan kerja


jika ia dipenuhi. Tetapi sekiranya ianya tidak dipenuhi, ia tidak pula menyebabkan
pekerja mengalami ketidakpuasan kerja. Sebaliknya hanya berada di peringkat
neutral. Walaubagaimanapun faktor hygiene jika tidak dipenuhi akan menyebabkan
individu mengalami ketidakpuasan kerja. Apabila ia dipenuhi ia akan membuatkan
individu merasa puas tetapi akan hanya berada di peringkat neutral. Dengan kata
lain, faktor hygiene ini akan hanya mempunyai sedikit pengaruh atau kuasa untuk
menghasilkan kepuasan kerja.

Herzberg mengatakan bahawa sesuatu kerja atau organisasi tidak harus


dicemari oleh sistem pentadbiran yang tidak cekap, sekatan-sekatan pada pemberian
ganjaran yang bersesuaian dan beberapa faktor yang boleh menghalang
perlaksanaan kerja dengan baik. Faktor-faktor negatif seperti ini boleh menghindar
proses kepuasan kerja yang ingin dicapai oleh manusia yang bekerja. Oleh itu, satu
faktor penting yang perlu diingat oleh pengurus serta pentadbir adalah memastikan
30

suasana tempat kerja berada dalam keadaan yang optimum supaya perkembangan
diri dapat dicapai oleh pekerja dengan cepat (Mahmood Nazar, 2001).

2.2.2.2 Teori Perbandingan : Model Kepuasan Facet Lawler

Berdasarkan Model Kepuasan Facet Lawler (1991), individu akan


membandingkan apa yang sepatutnya diperolehi daripada pekerjaan mereka seperti
ganjaran, penyeliaan dan sebagainya dengan apa yang sebenarnya mereka nikmati
atau alami. Ia juga melibatkan pengaruh beberapa ciri pekerjaan seperti kemahiran,
umur dan kesukaran. Model ini mengambilkira aspek ekuiti di mana kepuasan kerja
individu ditentukan dengan membandingkan input atau outputnya dengan jumlah
yang sepatutnya diterima seperti yang dijelaskan dalam Rajah 2.2. Perselisihan
antara apa yang individu percaya ganjarannya dengan persepsi mengenai apa yang
sepatutnya diperolehi menentukan kepuasan yang dialami. Rajah 2.2 berikut
menjelaskan model kepuasan Facet Lawler yang berkaitan dengan kepuasan kerja.
31

Rajah 2.2 : Model Kepuasan Facet Lawler

Kemahiran,
Pengalaman, Latihan,
Usaha, Umur, Persepsi
Senioriti, Pendidikan, peribadi input Persepsi jumlah
Kesetiaan Syarikat, tugas yang sepatutnya
Prestasi lepas, Prestasi diterima
sekarang (a)
Persepsi input
dan hasil yang
dibandingkan
Tahap kesukaran,
Jangkamasa, Jumlah,
Tanggungjawab

Persepsi ciri-ciri a = bÆ kepuasan


Persepsi hasil yang tugas a > b Æ ketidakpuasan
diterima orang dan a < bÆ rasa bersalah,
dibandingkan ketidakselesaan,
ketidakseimbangan
Persepsi jumlah
diterima
Hasil sebenar yang
(b)
diterima

(Sumber : Dipboye, Smith & Howell, 1994)

Model Kepuasan Facet Lawler ini menunjukkan perbezaan individu dengan


menekankan kepada persepsi peribadi dan kepercayaan subjektifnya. Berdasarkan
model, input tugas individu meliputi faktor-faktor seperti umur, kemahiran, latihan
dan kebolehan. Tuntutan tugas yang dipersepsikan mempengaruhi perasaan
individu mengenai jumlah hasil yang sepatutnya diterima berbanding dengan input
dan output organisasi yang dibandingkan.

Menurut Lawler, setiap individu mempunyai peta mental mengenai


tingkahlaku yang perlu dilakukan dan hasil yang boleh memuaskan keinginannya.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada model ini ialah individu menjangkakan
bahawa input akan seimbang dengan output. Jadi individu yang tinggi inputnya juga
akan menerima output (jangkaan) yang tinggi. Jika tidak mereka akan mengalami
ketidakpuasan dalam pekerjaan mereka. Individu juga percaya bahawa tuntutan
tugas yang dipersepsikan sukar akan menerima ganjaran yang tinggi. Sekiranya ini
tidak berlaku individu akan mengalami ketidakpuasan.
32

2.2.2.3 Teori Nilai Locke

Teori ini mengaitkan kepuasan kerja dengan setakat mana individu


mempersepsikan kerjanya itu dapat menyediakan keperluan, keinginan dan nilai
yang dikehendaki. Di sini individu dilihat mempunyai matlamat yang jelas untuk
dicapai. Beberapa matlamat tugas dikenalpasti seperti matlamat kerja yang
berkaitan dengan piawaian prestasi sesuatu kerja.

Menurut Locke (dalam Dipboye, Smith dan Hoowell, 1994), nilai sesuatu
aspek kerja itu boleh membantu dari segi kepuasaan yang dialami. Ini kerana
kepuasan kerja melibatkan keadaan emosi. Individu mencapai sesuatu tahap
kepuasan hasil daripada penilaian ke atas keupayaan kerja membolehkannya
mencapai nilai kerjanya. Individu memegang nilai dan pentingkan kerja mereka.
Dalam masa yang sama hirarki nilai individu adalah tidak statik dan berubah-ubah
mengikut keadaan.

1.9.2.4 Teori Hirarki Keperluan Maslow

Adalah sangat penting untuk mengetahui keperluan primer dan sekunder


seseorang individu tetapi ia tidak menerangkan yang mana satukah di antaranya
yang sangat penting pada sesuatu masa. Menurut pakar psikologi apabila keperluan
asas mencapai kepuasan, maka seseorang itu akan berusaha untuk memenuhi
keperluan pada peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya, jikalau seseorang tidak
mencapai kepuasan keperluan asas maka keinginan terhadap keperluan peringkat
atas akan ditunda.

Abraham Maslow (1970), telah menekankan hirarki keperluan dalam bentuk


piramid berdasarkan kepentingan daripada keinginan peringkat rendah kepada
33

keinginan peringkat tinggi. Keinginan peringkat rendah merupakan keinginan


keperluan fisiologi, keselamatan dan perlindungan serta keinginan kasih sayang dan
kepunyaan. Manakala keinginan peringkat tinggi pula terdiri daripada keinginan
terhadap penghormatan diri (pencapaian, kejayaan, kebebasan) dan keinginan
kesempurnaan diri (penghargaan, pengiktirafan). Usaha-usaha ke arah pencapaian
dan memenuhi keperluan tersebut dapat meningkatkan komitmen kerja di kalangan
pekerja seandainya keperluan ini diberi perhatian dalam suasana pekerjaan. Hirarki
Keperluan Maslow dapat dijelaskan seperti pada rajah 2.3.

Rajah 2.3 : Hirarki Keperluan Maslow

Tinggi
Penyempurnaan Diri

Penghormatan Diri

Keperluan Kasih Sayang


dan Kepunyaan
Keperluan Keselamatan

Keperluan Fisiologi
Rendah

(Sumber : Rahil & Habibah, 2002)

1.9.2.5 Teori Motivasi Pencapaian MC Clelland

MC Clelland (1961), mencadangkan empat keperluan yang penting dalam


konteks tingkahlaku dalam organisasi. Keperluan-keperluan tersebut adalah
keperluan untuk kuasa, keperluan untuk berkawan, keperluan untuk pencapaian dan
keperluan kebebasan. MC Clelland membahaskan keperluan pencapaian sebagai
34

perbezaan yang terdapat dalam diri individu yang boleh menggerakkan individu
untuk terus meningkatkan komitmen kerja. Individu yang mempunyai keperluan
untuk pencapaian yang tinggi akan meningkatkan komitmen bekerja untuk terus
bekerja dalam situasi kerja yang bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja yang
lain. Individu yang mempunyai tahap keperluan yang tinggi untuk pencapaian
sentiasa menyimpan keinginan untuk berjaya dan sentiasa takut terhadap kegagalan.
Berdasarkan kajiannya MC Clelland mengenalpasti tiga ciri utama individu yang
mempuyai keinginan motivasi pencapaian yang tinggi iaitu:

a) Individu sukakan persekitaran kerja yang membenarkan mereka


bertanggungjawab dalam penyelesaian masalah.
b) Menggemari risiko sederhana dan menetapkan matlamat yang sederhana
yang boleh dicapai.
c) Mereka perlukan pengiktirafan dan maklumbalas tentang kemajuan tugas
yang dilakukan. Juga sangat melibatkan diri (komited) dalam tugas yang
dilakukan.

2.3 Tinjauan Kajian Lepas

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian lepas yang telah dijalankan


oleh pengkaji-pengkaji berhubung dengan aspek kecerdasan emosi (EQ). Tinjauan
kajian ini meliputi kajian-kajian tempatan dan kajian luar negara. Kajian-kajian
tempatan yang telah dijalankan merangkumi bidang sosial, kepimpinan dan
pendidikan. Manakala kajian luar negara banyak menumpukan kepada aspek
pengurusan dan kepimpinan organisasi serta bidang pendidikan.
35

2.3.1 Kajian Dalam Negara

Zainuddin (2000) telah menjalankan satu kajian tentangg EQ yang bertujuan


untuk melihat hubungan antara EQ dengan kepimpinan. Kajian dijalankan ke atas
45 orang responden dari kalangan pemimpin-pemimpin pelajar Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), Skudai Johor. Hasil kajian mendapati tahap EQ pemimpin-
pemimpin pelajar secara keseluruhannya adalah tinggi, iaitu 73% daripada 45 orang
responden mempunyai tahap EQ yang tinggi. Selebihnya iaitu 26.7% daripada 45
orang responden mempunyai tahap EQ yang sederhana. Tidak terdapat seorang pun
dari jumlah responden berada pada tahap EQ yang rendah. Keputusan kajian
menunjukkan terdapat hubungan di antara EQ dan kepimpinan. Keseluruhan pelajar
UTM mempunyai tahap EQ yang tinggi terutamanya untuk sub-skala kesedaran diri,
mengawal diri dan empati. Manakala sub-skala yang lain walaupun mempunyai
nilai yang rendah tetapi masih lagi mempunyai EQ yang positif atau tinggi.

Mohd. Najib (2000) dalam satu kajiannya mengenai kestabilan emosi guru di
peringkat latihan perguruan yang telah dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan
Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Guru 2000 pada 4 Mei 2000 di Kota Kinabalu,
Sabah mendapati bahawa terdapat ketidakseimbangan dalam kategori kecerdasan
emosi. Tahap keupayaan motivasi kendiri dan mengenal emosi kendiri berada pada
tahap yang lebih tinggi berbanding keupayaan mengendalikan perhubungan.

Kajian yang dijalankan oleh Reimy Suriani (2001) di 10 buah fakulti yang
terdapat di UTM, Skudai yang mana bertujuan untuk mengenalpasti tahap
kecerdasan emosi dan permasalahan pelajar UTM, Skudai pula mendapati bahawa
tahap kecerdasan emosi seseorang tidak semestinya disebabkan oleh masalah yang
mereka hadapi. Beliau mendapati bahawa hubungan di antara kecerdasan emosi
dengan permasalahan pelajar adalah sangat lemah. Ini bermakna seseorang yang
mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi tidak semestinya mereka tidak
mempunyai masalah dan begitu juga seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan
emosi yang rendah tidak semestinya mereka mempunyai masalah yang tinggi.
36

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Prakas Rao (2001) iaitu melihat
perkaitan di antara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapati bahawa mahawiswa
dan mahasiswi UTM mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan dari aspek
pencapaian akademik pula didapati mahasiswa dan mahasiswi UTM mempunyai
tahap pencapaian akademik yang baik. Namum perkaitan antara kecerdasan emosi
dengan prestasi akademik mahasiswa dan mahsiswi UTM adalah sangat lemah.

Mohd. Najib, Azizi dan Yusof (2002) dari UTM, Skudai telah menjalankan
kajian berhubung dengan tahap kestabilan emosi di kalangan pensyarah di Fakulti
Pendidikan. Seramai 65 orang responden dari kalangan pelajar dan pensyarah yang
terlibat. Analisis utama kajian adalah untuk menguji instrumen, diikuti dengan
perbandingan tahap-tahap emosi antara pensyarah dan pelajar dan analisis temubual
untuk menerangkan kaedah kestabilan emosi. Keputusan bagi menguji instrumen
menunjukkan hampir kesemua responden memberikan maklumbalas yang baik
terhadap kategori-kategori dalam mengukur tahap EQ. Perbezaan hanya berlaku
dari segi kaedah dan cara responden menstabilkan emosi.

Mohd. Najib, Azizi dan Yusof (2002) turut menjalankan kajian perbandingan
kecerdasan emosi di antara pelatih perguruan di peringkat ijazah pertama dengan
ijazah lanjutan. Kajian ini melibatkan seramai 615 orang pelatih perguruan dari
tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu UTM, UKM, UM, UPM,
UIA, UPSI dan USM. Dapatan kajian menunjukkan kestabilan emosi berdasarkan
tanggapan pelajar terhadap diri mereka menunjukkan tahap baik iaitu pada nilai min
sekitar 4.0. Walaubagaimanapun masih terdapat segelintir pelajar yang menyatakan
mereka kekurangan dari segi mengenal emosi kendiri, memotivasikan diri sendiri,
mengenal emosi orang lain, menguruskan emosi orang lain terutama dari segi
mengurus emosi kendiri. Keputusan menunjukkan para pelajar harus meningkatkan
lagi keupayaan mengurus emosi kendiri. Perbandingan antara IPT mendapati
pelatih perguruan dari UM, UIA dan UPM mempunyai tahap kestabilan emosi yang
lebih tinggi.
37

Satu kajian tinjauan terhadap kecerdasan emosi murid-murid sekolah rendah


telah dilakukan oleh Liew, Gan dan Sia (2002). Tinjauan ini menghuraikan tahap
EQ di kalangan murid-murid Tahun Lima di sepuluh buah sekolah rendah di
kawasan Miri yang berjumlah 416 orang. Kajian ini ditadbir menggunakan soal
selidik yang diubahsuai daripada instrumen Goleman (1995). Hasil kajian
menunjukkan taburan EQ meliputi semua tahap iaitu 71.9% daripada jumlah sampel
berada pada tahap yang memuaskan atau tinggi, 21.4% di tahap kecerdasan
sederhana dan hanya 6.7% sahaja berada pada tahap EQ yang amat rendah. Dari
segi jantina pula, di dapati murid-murid perempuan iaitu 71.9% daripada 210 orang
mempunyai tahap EQ yang memuaskan berbanding dengan murid-murid lelaki iaitu
65.6% daripada 206 orang. Analisis dari segi konstruk EQ mendapati lebih kurang
50% daripada sampel menunjukkan kurangnya kemahiran dalam pengurusan emosi,
kemahiran sosial dan kawalan diri. Sampel kajian hanya menunjukkan tahap yang
memuaskan dalam konstruk motivasi dan kesedaran diri.

Kajian yang dijalankan Asliza Bt. Awang Kechil (2004) ke atas 81 orang
guru kaunseling di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Johor Bahru
menunjukkan terdapat hubungan perkaitan di antara tahap kecerdasan emosi dengan
tahap kepuasan kerja dan komitmen terhadap kerjaya. Dapatan menunjukkan
kecerdasan emosi guru-guru kaunseling sekolah-sekolah menengah di daerah Johor
Bahru adalah tinggi, tahap kepuasan kerja berada pada tahap yang sederhana dan
tahap komitmen terhadap kerjaya berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian
juga menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara kecerdasan
emosi dengan kepuasan kerja. Hasil kajian juga mendapati wujudnya hubungan
yang signifikan di antara tahap kecerdasan emosi dengan komitmen terhadap
kerjaya.
38

2.3.2 Kajian Luar Negara

Kajian yang dijalankan oleh Cooper dan Sawaf (1997) mendapati individu
yang mempunyai ketahanan emosi yang baik (salah satu komponen dalam EQ)
membolehkannya berupaya menguruskan emosi diri dan orang lain. Dengan ini,
mereka dapat memahami sebab wujudnya tekanan dan mampu mengurus tekanan
yang dihadapi. Individu yang mempunyai ketahanan emosi yang baik di tempat
kerja membolehkannya mencapai kepuasan terhadap kerjanya berbanding individu
yang tidak mempunyai ketahanan emosi.

Laporan oleh Centre for Creative Leadership (1994) mengemukakan bahawa


individu yang kurang kesedaran terhadap tahap EQ mereka tidak berkeupayaan
mengurus masalah peribadi, tidak berpuas hati dengan kepimpinan berkumpulan dan
tidak dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu perubahan.

Gardner dan Stough (2001) telah menjalankan kajian untuk melihat


hubungan di antara gaya kepimpinan dengan EQ di kalangan pegawai atasan (senior
level managers). Kajian keatas 110 orang pegawai ini telah menggunakan dua alat
ukur iaitu Swinburne University Emotional Intelligence Test untuk mengukur
kepimpinan transformasi dan Multifactor Leadership Questionaire bagi mengukur
kepimpinan transactional dan laissez-faire. Kepimpinan yang berkesan
diidentifikasikan sebagai individu yang menunjukkan tingkahlaku transformasi
berbanding dengan tingkahlaku transactional. Keputusan kajian menunjukkan EQ
mempunyai hubungan yang tinggi (r=0.675, p<0.01) terhadap semua komponen
kepimpinan transformasi, di mana konstruk mengenal atau memahami emosi
(luaran) dan konstruk mengurus emosi merupakan petunjuk terbaik bagi gaya
kepimpinan ini. Manakala, kepimpinan gaya laissez-faire berhubungan negatif
dengan keseluruhan skor EQ (r=-0.464, p<0.01).

Dalam bidang kaunseling, satu kajian berkaitan EQ telah dijalankan oleh


Constantine dan Gainor (2001). Kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan
antara EQ dan empati terhadap kesedaran dan pengetahuan pelbagai budaya.
39

Seramai 108 orang kaunselor terlibat dengan kajian ini. Responden dipilih secara
rawak berdasarkan senarai nama dari American School Counselor Association. Data
diperolehi melalui tiga set soal selidik iaitu Emotional Intelligence Scale (EIS),
Interpersonal Reactivity Index (IRI) dan Multicultural Counseling Knowledge and
Awareness Scale (MCKAS).

Hasil kajian mendapati kaunselor yang mempunyai tahap EQ yang paling


tinggi juga menunjukkan tahap pengetahuan kaunseling pelbagai budaya yang
tinggi. Pengetahuan kaunselor terhadap kaunseling pelbagai budaya adalah
signifikan dengan tahap empati.

Kajian EQ di kalangan Pegawai-pegawai Sumber Manusia turut menarik


perhatian James Poon (2002) yang menjalankan kajian ke atas 101orang pegawai
yang berkhidmat di Singapura. Ujian ditadbir menggunakan soal selidik The
Emotional IQ Test yang dibina oleh John Mayer, Peter Salovey dan David Caruso.
Tujuan kajian adalah untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan di
antara tahap EQ pegawai-pegawai yang berkelulusan dari universiti tempatan
dengan universiti luar negara. Menurut pengkaji, sesetengah majikan memberikan
peluang yang lebih baik kepada individu yang berkelulusan dari universiti luar
negara dalam permohonan sesuatu jawatan serta mereka ini dikatakan mempunyai
peluang yang lebih baik untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Pengkaji ingin
melihat adakah latar belakang pendidikan mempengaruhi tahap EQ mereka.

Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan yang signifikan di antara latar


belakang pendidikan dengan tahap EQ pegawai-pegawai. Tahap EQ individu yang
berkelulusan luar negara didapati lebih tinggi berbanding dengan individu yang
berkelulusan tempatan. Selain itu, hasil kajian ini mendapati tahap EQ pegawai
lelaki lebih tinggi daripada pegawai wanita terutama dalam keupayaan mengenal
emosi dan mengurus emosi mereka. Sementara pegawai yang berkelulusan luar
negara menunjukkan skor yang tinggi dalam keupayaan mengenal emosi dan
memahami emosi mereka.
40

2.4 KESIMPULAN

Bab ini telah membincangkan tentang kerangka teoritikal berasaskan


pelbagai konstruk dan teori bagi kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen
terhadap kerja. Kajian dalam dan luar negara yang berkaitan juga dibincangkan
dalam bab ini. Kajian-kajian tersebut meliputi sorotan kajian yang terdapat bukan
sahaja di dalam negara, bahkan luar negara.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Penyelidikan pendidikan ditakrifkan sebagai cara teratur untuk memperolehi


dan menganalisis maklumat untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah
pendidikan. Penyelidikan perlu dilakukan secara sistematik dan saintifik bagi
mempastikan fakta-fakta yang diperolehi untuk membuat keputusan merupakan fakta
yang tepat dan boleh dipercayai.

Bab ini akan membincangkan aspek-asperk berkaitan kaedah dan tatacara


yang digunakan dalam kajian ini. Perbincangan berfokus kepada rekabentuk kajian,
prosedur kajian, subjek kajian, tempat kajian, instrumen kajian, cara pemarkatan,
tatacara kajian, kebolehpercayaan dan kesahan alat ukur dan juga kaedah
penganalisisan data yang diperolehi dalam kajian ini.
42

3.2 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian adalah seperti satu peta yang memperlihatkan secara


terperinci bagaimana sesuatu penyelidikan itu akan dijalankan. Ia adalah satu rangka
rujuk (blueprint) mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan,
pengukuran dan analisis data, (Sabitha Marican, 2005).

Kajian ini berbentuk kajian penerangan secara deskriptif yang berbentuk


tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif untuk melihat hubungan tahap
kecerdasan emosi guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah dengan
kepuasan kerja dan komitmen terhadap kerja. Selain itu aspek demografi dari segi
jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan juga ditinjau dalam
kajian ini. Tinjauan ini dilakukan di kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling
sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak. Rekabentuk ini dipilih kerana ia
menjimatkan kos, tenaga dan masa pengkaji melaksanakan kajian.

Menurut Mohamed Najib Abdul Ghafar (1999), kajian deskriptif adalah


bertujuan untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara pembolehubah.
Kajian deskriptif dapat menerangkan keadaan sebenar yang berlaku dalam kumpulan
yang dikaji, menerangkan hubungkait antara faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran dan memberi kesimpulan yang lebih tepat mengenai permasalahan
dalam kumpulan yang dikaji.

Mohd. Najib (2001) menyatakan bahawa kaedah tinjauan adalah merupakan


satu kajian di mana pengkaji akan memungut data dalam satu masa tertentu sahaja
dan kebiasaannya menggunakan soal selidik. Oleh itu, kaedah ini akan
menggunakan soal selidik sebagai alat utama bagi mengumpul data secara
kuantitatif. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang
mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C dan D bagi mendapatkan data
kajian.
43

i) Bahagian A: Maklumat diri responden.


ii) Bahagian B: Set soalan yang mengukur kecerdasan emosi responden.
iii) Bahagian C: Set soalan yang mengukur tahap kepuasan kerja responden.
iv) Bahagian D: Set soalan yang mengukur tahap komitmen responden
terhadap kerjaya.

Dalam kajian ini kecerdasan emosi guru-guru Bimbingan dan Kaunseling


merupakan pembolehubah bebas bagi kajian ini manakala kepuasan kerja dan
komitmen terhadap kerjaya merupakan pembolehubah bersandar kajian. Dalam
kajian ini penyelidik akan melihat sama ada wujudnya hubungan antara kecerdasan
emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen kerja di kalangan guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah menengah. Pengkaji juga ingin melihat sama ada wujud
perbezaan tahap kecerdasan emosi responden mengikut demografi (jantina, umur,
bangsa, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan).

3.3 Prosedur Kajian

Kajian dimulakan dengan membuat rujukan di perpustakaan untuk


mendapatkan maklumat tentang kajian-kajian lepas tentang kecerdasan emosi yang
telah dijalankan.

Penyelidik telah mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pelajaran


Malaysia untuk mendapatkan kebenaran menjadikan guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah-sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak sebagai
responden kajian. Penyelidik dapat menjalankan kajian dengan mudah serta
mendapat kerjasama dari semua pihak terlibat termasuklah dari Jabatan Pelajaran
Negeri Sarawak dan juga sekolah-sekolah menengah di Bandaraya Kuching.
Kebenaran dari pihak pengetua juga telah diperolehi untuk menjadikan guru-guru
Bimbingan dan Kaunseling sekolah sebagai responden kajian.
44

Dengan kerjasama guru-guru terlibat soal selidik diedarkan kepada responden


dan penjelasan telah diberikan. Responden diminta menjawab keyataan-kenyataan
yang diberikan secara jujur.

Data yang diperolehi hasil daripada edaran soal selidik kemudiannya telah
dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS
versi 11.00 untuk windows). Hasil dapatan kajian yang diperolehi kemudiannya
dibincangkan dan dibuat cadangan bagi setiap elemen-elemen yang dibincangkan.
Kajian diserahkan kepada pihak penyelia pada tarikh yang telah ditetapkan.

3.4 Tempat Kajian

Kajian ini melibatkan pengumpulan data dari sekolah-sekolah menengah di


sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak. Kajian hanya dimulakan setelah mendapat
kelulusan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri
Sarawak (JPNS).

3.5 Populasi Dan Pemilihan Sampel Kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada semua guru Bimbingan dan


Kaunseling sekolah menengah di sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak. Bilangan
keseluruhan populasi ialah 45 guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di
sekolah-sekolah menengah di sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak. Seramai 40
orang guru Bimbingan dan Kaunseling telah dipilih secara rawak mudah sebagai
subjek kajian. Guru-guru ini terdiridaripada pelbagai latar belakang yang berbeza
45

dari segi jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan. Pengkaji
telah menyediakan 40 set soal selidik untuk diedarkan kepada subjek kajian.

Terdapat dua kriteria bagi menentukan sesuatu sampel yang baik iaitu
perwakilan dan kecukupan (Ary, 1985). Perwakilan bermakna sampel yang dipilih
mestilah mewakili populasi kajian. Bagi mendapatkan jumlah bilangan sampel
minimum yang digunakan dalam kajian ini, penyelidik merujuk kepada Jadual
Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (dalam Isaac &
Michael, 1984) yang mempunyai aras keyakinan 95% aras keyakinan. Berdasarkan
rumus tersebut sejumlah 40 orang guru Bimbingan dan Kaunseling telah dipilih
sebagai sampel kajian.

Bagi memilih sampel kajian pengkaji mendapatkan senarai nama guru


Bimbingan dan Kaunseling yang diperolehi dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Nama guru-guru kemudiannya ditulis di atas kertas dan catatan nombor di buat bagi
mendapatkan nombor X sebelum dibuat undian sebanyak 40 kali bagi mendapatkan
sampel kajian. Nama guru yang jatuh pada X, 1X, 2X, 3X, 4X, 5X, 6X, 7X, X8 dan
9X akan dipilih sebagai responden. Langkah ini diulangi sehingga semua mencukupi
40 orang. Responden dikumpulkan dan soal selidik diedarkan bagi tujuan kajian.

3.6 Instrumen Kajian

Mohd. Najib (1998), menyatakan bahawa instrumen menentukan jenis data


yang diperolehi dan ini akan mempengaruhi jenis analisis data. Instrumen yang akan
digunakan dalam kajian ini adalah jenis soal selidik kerana ianya bertujuan untuk
mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan. Responden dapat memberikan
tindakbalas yang baik dalam aspek yang ingin dikaji berbanding dengan kaedah
temubual. Soal selidik juga dapat membantu pengkaji mencapai objektif dengan
lebih berkesan dan lebih praktikal, serta dapat mengelakkan daripada berat sebelah
atau ‘bias’ kepada pihak temubual.
46

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik
yang mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A, B,C dan D.

Keputusan yang diperolehi melalui kajian Asliza (2004) menunjukkan indeks


kebolehpercayaan alfa bagi alat ukur ini adalah tinggi. Nilai alfa yang diperolehi
bagi soal selidik kecerdasan emosi dan kepuasan kerja ialah 0.92, sementara bagi
soal selidik komitmen terhadap kerja ialah 0.87. Anastasi (1982), menyatakan
sesuatu alat ukur yang mempunyai indeks kebolehpercayaan yang baik adalah di
antara 0.80 hingga 0.90. Berdasarkan kenyataan ini, maka indeks kebolehpercayaan
alat ukuran kajian ini adalah baik.

3.6.1 Bahagian A – Maklumat Diri

Bahagian A mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat


diri responden seperti umur, jantina, bangsa, tahap pendidikan dan taraf
perkahwinan.

3.6.2 Bahagian B – Kecerdasan Emosi (EQ)

Bahagian B mengandungi soalan-soalan yang mengukur tahap kecerdasan


emosi responden. Soal selidik ini dibina oleh Mohd. Najib pada tahun 1999. Ia
merupakan soal selidik yang telah diubahsuai daripada Inventori Kompetensi Emosi
oleh Goleman pada tahun 1998. Kajian yang telah dijalankan oleh Reimy Suriany
(2001) dan Asliza (2004) dalam kajian masing-masing bagi menguji indeks
kebolehpercayaan alat ukur ini mendapati ia berada pada indeks kebolehpercayaan
yang baik iaitu 0.86.
47

Alat ukur menguji EQ ini mengandungi 45 item, dimana ia dikategorikan


kepada dua konstruk utama iaitu Intrapersonal dan Interpersonal. Terdapat lima
kategori iaitu mengenal emosi kendiri, mengurus emosi kendiri, memotivasikan
emosi kendiri, mengendalikan perhubungan yang berkesan dan mengendalikan emosi
orang lain. Jadual penentuan alat adalah seperti dibawah:

Jadual 3.1: Instrumen Kecerdasan Emosi (EQ)

Konstruk Kategori No. Item Jumlah


Item
Intrapersonal Keupayaan mengenal emosi 1, 6, 11, 12, 13, 12
kendiri 14, 15, 17, 18, 19,
20, 21
Keupayaan mengurus emosi 1, 2, 3, 4, 5, 7, 9, 10
kendiri 10, 13,27
Motivasi kendiri 7, 22, 23, 24, 25, 8
26, 27, 28
Interpersonal Keupayaan mengendalikan 8, 10, 16, 19, 20, 20
hubungan yang berkesan 29, 30, 31, 32, 33,
34, 35, 36, 37, 38,
39, 42, 43, 44, 45
Keupayaan mengenal emosi 8, 10, 16, 18, 34, 12
orang lain 35, 37, 38, 39, 40,
41, 44
48

Bagi setiap penyataan responden diberi pilihan jawapan mengikut skala


Likert, iaitu:

Jadual 3.2 : Skor jawapan soal selidik Bahagian B

Jawapan Pilihan Nilai


Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

3.6.2.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Kajian yang telah dijalankan oleh Reimy Suriany (2001) dan Asliza (2004)
dalam kajian masing-masing bagi menguji indeks kebolehpercayaan alat ukur ini
mendapati ia berada pada indeks kebolehpercayaan yang baik iaitu 0.87. Anastasi
(1982), menyatakan sesuatu alat ukur yang mempunyai indeks kebolehpercayaan
yang baik adalah di antara 0.80 hingga 0.90. Berdasarkan kenyataan ini, maka
indeks kebolehpercayaan alat ukuran kajian ini adalah baik.

3.6.3 Bahagian C – Kepuasan Kerja

Bahagian C merupakan bahagian yang mengukur tahap kepuasan kerja. Alat


ukur yang digunakan ialah skala kepuasan kerja Brayfield dan Rothe. Alat ukur ini
49

dibina oleh Brayfield dan Rothe pada tahun 1951 bagi mengukur kepuasan kerja
keseluruhan. Menurut mereka melalui penskalaan sikap ataupun berdasarkan sikap
pekerja terhadap pekerjaannya, kita dapat mengetahui kepuasan kerjanya. Ini kerana
sikap dibentuk berdasarkan perasaan seseorang terhadap sesuatu objek. Berdasarkan
prinsip ini mereka telah membentuk Indeks of Job Satisfaction (IJS). Alat ukur ini
memenuhi kriteria sebagai alat ukur yang baik kerana:

i) Ia menyediakan indeks bagi kepuasan kerja yang menyeluruh dan


bukannya dalam beberapa aspek kerja sahaja.
ii) Ia boleh diaplikasikan dalam pelbagai jenis pekerjaan.
iii) Ia sensitif kepada pelbagai jenis sikap.
iv) Item-itemnya menarik minat, realistik dan berbeza supaya mudah
mendapat kerjasama daripada subjek.
v) Ianya ringkas dan senang dimarkatkan.
vi) Mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang baik.

Lee (1990) telah menggunakan alat ukur ini dalam kajiannya kerana
mendapati ianya bersesuaian digunakan mengikut konteks Malaysia dan ia banyak
digunakan oleh pengkaji-pengkaji tempatan seperti Norkiah (1981), Arifin (1982),
Chan (1984) dan lain-lain lagi.

Soal selidik ini mengandungi 18 item, dengan 9 item positif dan 9 item
negatif. Jadual 3.3 menunjukkan item-item positif dan negatif yang terdapat dalam
skala kepuasan kerja ini. Contoh-contoh item positif dan negatif adalah seperti yang
ditunjukkan dibawah:

Contoh item positif : “Pekerjaan saya adalah seperti hobi kepada saya”.
Contoh item negatif : “Saya selalu merasa jemu dengan pekerjaan saya”.
50

Jadual 3.3: Kedudukan item-item positif dan negatif bagi soal selidik Kepuasan
Kerja

Item Kedudukan Item Jumlah Item


Positif 1, 2, 5, 8, 9, 10, 11, 12,15 9
Negatif 3, 4, 6, 7, 13, 14, 16, 17, 8 9

Item-item ini adalah berbentuk soalan-soalan tertutup di mana subjek


dikehendaki memberikan jawapan berdasarkan kepada skala pemerengkatan Likert
yang mempunyai lima pilihan jawapan iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak
setuju dan sangat tidak setuju seperti dibawah.

Jawapan Pilihan Nilai


Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

3.6.3.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Kajian oleh Brayfield & Rothe (1951), indeks kebolehpercayaan alat ukur
kepuasan kerja melalui odd-even product moment ialah 0.77 dan apabila diperbaiki
dengan formula Spearman Brown indeks kebolehpercayaan meningkat kepada 0.87.
Menurut Kaplan & Saccuzzo (1993), indeks kebolehpercayaan ketekalan dalaman
sesuatu alat ukur dianggap baik di antara 0.70 dan 0.80. Maka boleh dikatakan alat
ukur ini mempunyai indeks kebolehpercayaan yang baik.
51

3.6.4 Bahagian D – Komitmen Kerja

Soal selidik pada bahagian D adalah untuk menilai tahap komitmen terhadap
kerjaya. Soal selidik ini telah dibina oleh Shafiq A. Alri dan Syed W. Ahmad pada
tahun 1987. Soal selidik ini kemudiannya telah diterjemah oleh Hoh (1990) melalui
kaedah Back Translation untuk digunakan dalam kajiannya. Soal selidik ini telah
diubahsuai oleh Mazwin (1994) dalam kajiannya supaya dapat digunakan dalam
menguji komitmen terhadap kerjaya. Soal selidik ini juga telah digunakan oleh
Asliza (2004) dalam kajiannya. Dengan itu untuk tujuan kajian ini pengkaji
menggunakan soal selidik ini untuk mengenalpasti tahap komitmen terhadap kerjaya.
Item-item dalam soal selidik ini terdiri daripada tujuh item positif dan satu item
negatif. Kedudukan item-item adalah seperti jadual dibawah:

Jadual 3.4 : Kedudukan item-item positif dan negatif soal selidik Komitmen
Kerja

Item Kedudukan Item Jumlah Item


Positif 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 7
Negatif 8 1

Contoh-contoh item positif dan negatif adalah seperti dibawah:

Contoh item “Saya akan mengklasifikasikan diri saya sebagai seorang


positif : pekerja yang bekerja dengan bersungguh-sungguh dan teliti”.
Contoh item “Pada bulan lepas, saya telah mengambil cuti untuk beberapa
Negatif : hari kerana saya berasa keberatan untuk bekerja”.
52

Soal selidik ini juga berbentuk skala pemeringkatan Likert dengan lima (5)
pilihan jawapan seperti yang terdapat di bawah:

Jawapan Pilihan Nilai


Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

3.6.4.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Indeks kebolehpercayaan alat ukur ini adalah 0.78, manakala kesahannya


telah dinyatakan oleh Mazwin (1994) seperti dalam jadual dibawah:

Jadual 3.5: Nilai kesahan item Komitmen Kerja

Item Nilai r
1 0.49
2 0.81
3 0.84
4 0.82
5 0.59
6 0.73
7 0.66
8 -0.34
k< 0.01
53

Berdasarkan jadual diatas didapati nilai kesahan item-item yang mengukur


komitmen kepada kerjaya berada dalam lingkungan –0.34 hingga 0.84 pada aras
kesignifikan 0.01. Maka indeks kebolehpercayaan dan kesahan alat ukuran ini
dikatakan berada pada tahap yang baik.

3.7 CARA PEMARKATAN

3.7.1 Skala Kecerdasan Emosi (EQ)

Tahap kecerdasan emosi diukur berdasarkan kepada lima kategori iaitu


mengenal emosi kendiri, mengurus emosi kendiri, memotivasikan kendiri,
mengendalikan perhubungan yang berkesan dan mengenali emosi orang lain.

Terdapat 45 item kesemuanya. Bagaimanapun beberapa item digunakan


untuk lebih daripada satu kategori. Dalam kajian ini EQ dibahagikan kepada tiga
tahap berdasarkan min skor yang diperolehi iaitu tahap tinggi, sederhana dan rendah.
Pembahagian tahap tersebut adalah seperti dalam jadual 3.6.

Jadual 3.6: Tahap EQ berdasarkan min tiga skor

Tahap Kepuasan Kerja Min Skor


Tinggi 3.68 – 5.00
Sederhana 2.34 – 3.67
Rendah 1.00 – 2.33
54

3.7.2 Skala Kepuasan Kerja Brayfield Dan Rothe (IKK) Dan Komitmen
Terhadap Kerja

Pemarkatan bagi alat ukur kepuasan kerja Brayfield dan Rothe dan alat
ukuran komitmen kerja adalah berdasarkan kepada sifat item yang sama ada positif
atau negatif yang berbentuk skala Likert lima pilihan jawapan. Pemberian markat
bagi item positif dan negatif adalah berbeza sepertimana yang dinyatakan dalam
jadual 3.7.

Jadual 3.7: Pemarkatan item Positif dan Negatif alat ukur Kepuasan Kerja

Jawapan Item Positif Item Negatif


Sangat Tidak Setuju 1 5
Tidak Setuju 2 4
Tidak Pasti 3 3
Setuju 4 2
Sangat Setuju 5 1

Dalam kajian ini pembahagian tahap kepuasan kerja adalah berdasarkan


kepada min skor yang diperolehi. Min skor kepuasan kerja dibahagikan kepada tiga
tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Tahap kepuasan kerja dijelaskan
dalam jadual 3.8.

Jadual 3.8: Tahap Kepuasan Kerja berdasarkan tiga min skor

Tahap Kepuasan Kerja Min Skor


Tinggi 3.68 – 5.00
Sederhana 2.34 – 3.67
Rendah 1.00 – 2.33
55

Pembahagian yang sama juga digunakan bagi mengukur tahap komitmen


terhadap kerjaya. Pembahagian tahap dan min skor tersebut juga dijelaskan seperti
dalam jadual 3.8.

3.8 Analisis Data

Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages


For Social Sciences (SPSS versi 11.00 untuk windows). Analisis statistik yang
digunakan ialah analisis deskriptif dan analisis insferensi.

3.8.1 Analisis Deskriptif

Statistik deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min skor.
Maklumat di bahagian A iaitu soal selidik yang berkaitan dengan latar belakang
responden (jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan) dianalisis
secara deskriptif dan diterangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan taburan
kekerapan dan peratusan.

Analisis deskriptif yang menunjukkan kekerapan dan peratusan setiap item


juga digunakan dalam menganalisis item-item soal selidik pada Bahagian B (item
kecerdasan emosi), Bahagian C (item kepuasan kerja) dan item pada Bahagian D
(item komitmen terhadap kerja). Penganalisisan data untuk menentukan tahap
kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen kerja serta penganalisisan tahap
kecerdasan emosi mengikut kategori turut ditentukan berdasarkan pengiraan
kekerapan, pemeratusan dan skor min yang diperolehi oleh responden. Hasil analisis
yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk jadual.
56

3.8.2 Analisis Inferensi

Analisis inferensi, korelasi Spearman digunakan untuk melihat hubungan di


antara tahap kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap kerja.
Analisis ujian-t dan Anova satu hala digunakan untuk melihat perbezaan tahap
kecerdasan emosi berdasarkan faktor demografi responden. Analisis ujian-t
digunakan ke atas data yang mempunyai taburan normal, tetapi jumlah sampel kajian
adalah kecil.

Korelasi Spearman digunakan untuk menguji koefisien dalam menentukan


arah kekuatan dan perkaitan di antara satu pembolehubah dengan satu pembolehubah
yang lain. Kaedah ini sesuai digunakan bagi data yang berbentuk pemeringkatan.
Pekali korelasi positif menunjukkan bahawa apabila satu pembolehubah meningkat,
maka pembolehubah yang satu lagi meningkat. Sementara pekali korelasi negatif
menunjukkan bahawa apabila satu pembolehubah meningkat, pembolehubah yang
satu lagi menurun. Magnitud atau kekuatan perhubungan berdasarkan satu julat
numerik, di antara -1.0 hingga +1.0. Nilai 0 pula menandakan tidak wujud hubungan
di antara pembolehubah (Miller, 1991). Bagi menginterpretasi kesignifikan
hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibaat dalam kajian sama ada
mempunyai korelasi tinggi atau rendah, maka nilai p dirujuk iaitu terdapat hubungan
signifikan apabila nilai p≤0.05 atau p p≤0.01.

Dalam kajian ini, interpretasi kekuatan sesuatu hubungan adalah berdasarkan


kepada tafsiran yang diberikan oleh Borg dan Gall (1983) seperti yang dijelaskan
dalam jadual 3.8.
57

Jadual 3.9: Pekali Korelasi mengikut Borg dan Gall (1983)

Pekali Korelasi Tafsiran


< dari 0.20 Sedikit atau sangat sedikit dan boleh diabai
0.20 – 0.40 Korelasi yang rendah, signifikan tetapi kecil
0.41 – 0.70 Korelasi yang sederhana, perkaitan yang kuat dan
teguh
0.71 – 0.90 Korelasi yang tinggi, perkaitan yang jelas dan nyata
> dari 0.90 Korelasi yang sangat tinggi, perkaitan meluas
(sumber : Borg & Gall, 1983)

Penganalisisan menggunakan ujian-t dan Anova bertujuan untuk menguji


hipotesis nol 2.2 hingga 2.5 bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan signifikan
dari kecerdasan emosi responden mengikut demografi (jantina, umur, bangsa, tahap
pendidikan dan taraf perkahwinan). Kesimpulannya, penggunaan kaedah statistik
yang bersesuaian dalam kajian ini akan dapat memastikan penolakan atau
penerimaan hipotesis kajian yang telah dibina (Mohd. Majid, 1999).

3.9 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan bahagian yang perlu


dalam sebuah metodologi kajian iaitu rekabentuk kajian, persampelan kajian,
instrumen kajian dan kebolehpercayaan dana analisis data kajian. Kaedah tinjauan
menggunakan soal selidik telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Kajian
ini melibatkan penganalisisan data secara deskriptif dan insferensi dan data telah
dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS versi 11.00
untuk windows). Kesimpulannya, pemilihan metodologi yang sesuai sangat penting
untuk menghasilkan dapatan kajian yang jelas, tepat dan saintifik. Bab seterusnya
akan membincangkan hasil keputusan yang diperolehi menerusi tadbiran soal selidik.
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bahagian ini memfokuskan perbincangan terhadap keputusan kajian hasil


daripada pengujian hipotesis-hipotesis yang dikemukakan. Perbincangan hasil
analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan
hasil analisis deskriptif iaitu berdasarkan taburan kekerapan, peratusan dan nilai
min. Bahagian kedua pula membincangkan hasil analisis secara inferensi seperti
ujian-t, Anova satu hala dan korelasi Spearman. Keputusan kajian dijelaskan dalam
bentuk jadual beserta penerangan yang sewajarnya. Perbincangan keputusan kajian
dalam bab empat ini meliputi analisis deskriptif dan analisis inferensi seperti
dibawah:

A) Analisis Deskriptif:

„ Analisis Deskriptif Keputusan Maklumat Diri.


„ Analisis Deskriptif Keputusan Tahap Kecerdasan Emosi.
„ Analisis Deskriptif Keputusan Kecerdasan Emosi Mengikut Tahap.
„ Analisis Deskriptif Tahap Kepuasan Kerja.
59

„ Analisis Deskriptif Tahap Komitmen Kerja.


„ Rumusan Keseluruhan Analisis Deskriptif.

B) Analisis Inferensi:

„ Analisis Inferensi Hubungan Tahap Kecerdasan Emosi Dengan


Tahap Kepuasan Kerja Dan Tahap Komitmen Kerja.
„ Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Demografi
(Jantina, Umur, Bangsa, Tahap Pendidikan, Taraf Perkahwinan)

4.2 Analisis Deskriptif Maklumat Diri

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur

Jadual 4.1: Taburan kekerapan responden mengikut umur

Pernyataan Kekerapan Peratus (%)


21 – 30 tahun 19 47.5
31 – 40 tahun 16 40.0
41 – 50 tahun 3 7.5
51 – 60 tahun 2 5.0
Jumlah 40 100.0

Jadual 4.1 menunjukkan responden yang paling ramai terdiri daripada guru
Bimbingan dan Kaunseling yang berumur dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun
iaitu seramai 19 orang (47.5%), diikuti oleh responden yang berumur di antara 31
hingga 40 tahun dan 41 hingga 50 tahun iaitu masing-masing seramai 16 orang
60

(40%) dan 3 orang (7.5%). Responden paling kurang adalah pada tahap umur 51
hingga 60 tahun iaitu seramai 2 orang (5.0%). Seramai 40 orang guru Bimbingan
dan Kaunseling dari sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak telah mengambil
bahagian dalam kajian ini.

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jadual 4.2: Taburan kekerapan responden mengikut jantina

Pernyataan Kekerapan Peratus (%)


Lelaki 18 45
Perempuan 22 55
Jumlah 40 100

Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden


mengikut jantina. Didapati majoriti responden kajian ini adalah perempuan iaitu
seramai 22 orang (55%), manakala selebihnya (45%) adalah responden lelaki.
Keputusan ini memperlihatkan bahawa guru Bimbingan dan Kaunseling perempuan
lebih ramai berbanding lelaki.
61

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa

Jadual 4.3: Taburan kekerapan responden mengikut bangsa

Pernyataan Kekerapan Peratus (%)


Melayu 28 70.0
Cina 5 12.5
India 2 5.0
Lain-lain 5 12.5
Jumlah 40 100

Taburan responden mengikut bangsa pula menunjukkan seramai 28 orang


(70%) adalah berbangsa Melayu, 5 orang (12.5%) berbangsa Cina, 2 orang India dan
5 orang (12.5%) adalah lain-lain (Bidayuh, Iban, melanau) sepertimana yang
dijelaskan dalam jadual 4.3.

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Jadual 4.4: Taburan kekerapan responden mengikut tahap pendidikan

Pernyataan Kekerapan Peratus (%)


Ijazah Sarjana Muda (Bimbingan & Kaunseling) 37 92.5
Sarjana (Bimbingan & Kaunseling) 3 7.5
Jumlah 40 100
62

Jadual 4.4 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden


mengikut tahap pendidikan. Analisis kajian mendapati bahawa hampir keseluruhan
responden iaitu seramai 37 orang (92.5%) memiliki tahap pendidikan peringkat
ijazah sarjana muda. Manakala, tiga orang responden (7.5%) memiliki tahap
pendidikan peringkat sarjana.

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan

Jadual 4.5: Taburan kekerapan responden Taraf Perkahwinan

Pernyataan Kekerapan Peratus (%)


Bujang 16 40.0
Berkahwin 24 60.0
Jumlah 40 100

Berdasarkan Jadual 4.5, didapati majoriti responden iaitu seramai 24 orang


(60%) telah berkahwin, manakala 16 orang (40%) responden belum berkahwin. Ini
menunjukkan 60% responden terdiri daripada guru yang telah berumahtangga.

4.3 Analisis Deskriptif Keputusan Tahap Kecerdasan Emosi

Bahagian ini membincangkan hasil analisis bagi setiap item kecerdasan


emosi responden. Daripada keputusan analisis kita akan mengetahui tahap
kecerdasan emosi di kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah
63

menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak. Analisis dibuat berdasarkan taburan


kekerapan, peratusan dan min yang diperolehi bagi setiap item.

4.3.1 Analisis Keputusan Tahap Kecerdasan Emosi Dari Segi Intrapersonal

Bagi bahagian Kecerdasan Emosi-Intrapersonal responden ditinjau


berdasarkan pernyataan yang melibatkan,
i. Keupayaan mengenal emosi kendiri
ii. Keupayaan mengurus emosi kendiri dan
iii. Motivasi kendiri.

4.3.1.1 Analisis Keputusan Keupayaan Mengenal Emosi Kendiri

Jadual 4.6: Taburan kekerapan responden mengikut keupayaan mengenal


emosi kendiri

Kekerapan dan
Item Pernyataan Peratusan Min SP
S TP TS
1 Saya sentiasa mengenali 29 8 3 3.80 0.97
perubahan psikologi yang 72.5% 20.0% 7.5%
berlaku pada diri saya.
6 Perubahan pada tingkahlaku 24 6 10 3.50 1.11
saya akan menyebabkan 60.0% 15.0% 25.0%
perubahan emosi saya.
64

11 Saya sedar saya berfikiran 8 9 23 2.33 1.12


negatif. 20.0% 22.5% 57.5%
12 Saya akan bercakap kepada 29 7 4 3.68 0.83
diri sendiri bila perlu. 72.5% 17.5% 10.0%
13 Saya tahu bila kemarahan 28 8 4 3.68 1.02
saya akan berlaku. 70.0% 20.0% 10.0%
14 Saya tahu untuk menaksir 22 14 4 3.43 1.01
sesuatu keadaan yang 55.0% 35.0% 10.0%
dialami.
15 Saya tahu menentukan jenis 28 10 2 3.70 0.76
pancaindera yang terbaik 70.0% 25.0% 5.0%
untuk digunakan dalam
sesuatu situasi.
17 Saya memahami maklumat 31 6 3 3.70 0.82
yang dapat mempengaruhi 77.5% 15.0% 7.5%
diri saya.
18 Saya dapat menggunakan 35 3 2 4.00 0.78
pengalaman lepas saya pada 87.5% 7.5% 5.0%
keadaan tertentu.
19 Saya tahu bila saya perlu 35 2 3 3.88 0.76
mempertahankan pendapat 87.5% 5.0% 7.5%
saya.
20 Saya tahu jesan sikap saya 32 6 2 3.80 0.72
ke atas orang lain. 80.0% 15.0% 5.0%
21 Saya tahu bila berlaku 32 6 2 3.78 0.70
komunikasi yang tidak 80.0% 15.0% 5.0%
sehaluan.
Purata 3.61 0.88

Jadual 4.6 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut keupayaan


mengenal emosi kendiri. Secara keseluruhannya, didapati responden menunjukkan
65

maklumbalas yang baik terhadap kesemua item dengan aras persetujuan yang tinggi
iaitu melebihi 70.0% kecuali bagi item 6, 11 dan 14.

Daripada analisis juga didapati nilai min setiap pernyataan adalah diantara
2.33 hingga 4.00. Item 18 mempunyai nilai min tertinggi iaitu 4.00, diikuti oleh
item 19, 1 dan 20 dengan nilai masing-masing 3.88 dan 3.80. Sementara item 6,14,
dan 11 mempunyai nilai min terendah iaitu 3.50, 3.43, dan 2.33. Min keseluruhan
item kecerdasan emosi bagi keupayaan mengenal emosi kendiri ialah 3.61, iaitu
pada tahap sederhana.

4.3.1.2 Analisis Keputusan Keupayaan Mengurus Emosi Kendiri

Jadual 4.7: Taburan kekerapan responden mengikut keupayaan mengurus


emosi kendiri

Kekerapan dan
Item Pernyataan Peratusan Min SP
S TP TS
1 Saya sentiasa mengenali 29 8 3 3.80 0.97
perubahan psikologi yang 72.5% 20.0% 7.5%
berlaku pada diri saya.
2 Saya cepat mententeramkan 29 5 6 3.73 0.99
perasaan bila saya 72.5% 12.5% 15.0%
menghadapi tekanan dalam
sesuatu situasi.
3 Saya lebih produktif bila 6 14 20 2.58 0.93
saya berada dalam keadaan 15.0% 35.0% 50.0%
marah.
4 Saya lebih produktif bila 6 11 23 2.45 0.99
saya dalam keadaan cemas. 15.0% 27.5% 57.5%
66

5 Saya cepat mententeramkan 26 3 11 3.48 1.15


perasaan saya yang sedang 65.0% 7.5% 27.5%
marah.
7 Memberitahu diri sendiri 35 1 4 4.03 0.83
untuk menerima sesuatu 87.5% 2.5% 10.0%
keadaan.
9 Bertindakbalas dengan 13 14 13 2.95 1.13
kenyataan yang negatif 32.5% 35.0% 32.5%
walaupun tanpa tekanan.
10 Berupaya mententeramkan 25 12 3 3.63 0.84
perasaan apabila saya 62.5% 30.0% 7.5%
menjadi sasaran kemarahan
orang lain.
13 Saya tahu bila kemarahan 28 8 4 3.68 1.02
saya akan berlaku. 70.0% 20.0% 10.0%
27 Membina tingkahlaku yang 31 5 4 3.88 0.85
baru dan lebih 77.5% 12.5% 10.0%
menguntungkan.
Purata 3.42 0.97

Jadual 4.7 merupakan jadual taburan kekerapan responden mengikut


keupayaan mengurus emosi kendiri. Analisis menunjukkan bahawa 87.5% (35
orang) responden bersetuju memberitahu diri sendiri untuk menerima sesuatu
keadaan. Ini diikuti dengan item 27 di mana 31 orang responden (77.5%) bersetuju
untuk membina tingkahlaku yang baru dan lebih menguntungkan dan item 1 dan 2
di mana responden bersetuju bahawa mereka sentiasa mengenali perubahan
psikologi yang berlaku pada diri dan cepat mententeramkan perasaan bila
berhadapan dengan tekanan dalam sesuatu situasi.

Item 3 menunjukkan seramai 20 orang guru bimbingan dan kaunseling tidak


bersetuju dengan pernyataan yang menyatakan meraka akan lebih produktif jika
berada dalam keadaan marah, 14 orang guru menyatakan tidak pasti dan 6 orang
67

bersetuju dengan pernyataan ini. Manakala item 4 menunjukkan bahawa 23


responden tidak bersetuju dengan pernyataan yang menyatakan bahawa mereka
lebih produktif apabila berada dalam keadaan cemas, 11 orang tidak pasti dan 6
orang bersetuju dengan pernyataan ini.

Berdasarkan kepada nilai min keseluruhan iaitu 3.42 dapat kita simpulkan
bahawa responden yang terlibat dalam kajian ini mempunyai tahap keupayaan
mengurus emosi kendiri yang sederhana dan ini menjelaskan bahawa mereka belum
mencapai tahap keupayaan mengurus emosi kendiri yang tinggi di dalam profesion
yang mereka ceburi ini.

4.3.1.3 Analisis Keputusan Motivasi Kendiri

Jadual 4.8: Taburan kekerapan motivasi kendiri

Kekerapan dan
Item Pernyataan Peratusan Min SP
S TP TS
7 Memberitahu diri sendiri 35 1 4 4.03 0.83
untuk menerima sesuatu 87.5% 2.5% 10.0%
keadaan.
22 Berusaha bersungguh- 33 4 3 4.00 0.91
sungguh untuk mendapatkan 82.5% 10.0% 7.5%
sesuatu yang diinginkan.
23 Saya cepat berdamai selepas 28 9 3 3.88 0.88
berlaku perselisihan 70.0% 22.5% 7.5%
faham.
24 Saya akan merancang untuk 31 7 2 3.90 0.84
melengkapkan tugas jangka 77.5% 17.5% 5.0%
panjang setiap masa.
68

25 Saya tetap melakukan tugas 35 2 3 3.90 0.78


yang diberikan walaupun 87.5% 5.0% 7.5%
ianya tidak menarik.
26 Memberhentikan atau 32 4 4 3.90 0.84
menukar sikap yang tidak 80.0% 10.0% 10.0%
menguntungkan.
27 Membina tingkahlaku yang 31 5 4 3.88 0.85
baru dan lebih 77.5% 12.5% 10.0%
menguntungkan.
28 Saya akan lakukan setiap apa 30 7 3 3.75 0.71
yang saya katakan. 75.0% 17.5% 7.5%
Purata 3.91 0.83

Jadual 4.8 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut motivasi


kendiri. Jika diperhatikan secara keseluruhan taburan penyataan ini, 100%
pernyataan mendapat respon yang sangat positif daripada responden di mana
kesemuanya mempunyai nilai peratusan melebihi 70%. Berikutan itu nilai min bagi
semua pernyataan adalah tinggi iaitu di antara 4.03 hingga 3.75.

Pernyataan dengan peratusan tertinggi adalah bagi item 7 iaitu 87.5% di


mana responden memotivasikan diri mereka dengan memberitahu diri mereka
sendiri untuk menerima sesuatu keadaan. Manakala pernyataan dengan peratus dan
min yang terendah adalah pernyataan bagi item 28 dengan 75% dengan nilai min
3.75 di mana seramai 30 responden bersetuju akan melakukan setiap apa yang
dikatakan, 7 orang tidak pasti dan 3 orang tidak bersetuju dengan pernyataan
tersebut.

Kesimpulan bagi taburan motivasi kendiri menunjukkan kesemua responden


sangat bersetuju dengan pernyataan yang diberikan dan mereka sentiasa berusaha
untuk memotivasikan diri mereka sendiri. Ini dapat dilihat pada angka min purata
keseluruhan iaitu 3.91. Ini menunjukkan guru-guru Bimbingan dan Kaunseling
69

yang dipilih sebagai responden kajian ini mempunyai tahap motivasi kendiri yang
sangat tinggi.

4.3.2 Analisis Keputusan Tahap Kecerdasan Emosi Dari Segi Interpersonal

Bagi bahagian kecerdasan emosi Intrapersonal responden ditinjau


berdasarkan pernyataan berikut:
i. Keupayaan mengendalikan hubungan yang berkesan dan
ii. Keupayaan mengenal emosi orang lain.

4.3.2.1 Analisis Keputusan Keupayaan Mengendalikan Hubungan Yang


Berkesan

Analisis keputusan keupayaan mengendalikan hubungan yang berkesan


dilihat berdasarkan 20 item seperti yang terdapat di dalam Jadual 4.9.
70

Jadual 4.9: Taburan kekerapan responden mengikut keupayaan


mengendalikan hubungan yang berkesan

Kekerapan dan
Item Pernyataan Peratusan Min SP
S TP TS
8 Mengendalikan perasaan 32 6 2 3.95 0.75
saya dengan berkesan 80.0% 15.0% 5.0%
apabila berhubung dengan
orang lain.
10 Berupaya mententeramkan 25 12 3 3.63 0.84
perasaan apabila saya 62.5% 30.0% 7.5%
menjadi sasaran kemarahan
orang lain.
16 Saya boleh berkomunikasi 30 6 4 3.83 1.01
dengan baik dengan orang 75.0% 15.0% 10.0%
lain.
19 Saya tahu bila saya perlu 35 2 3 3.88 0.76
mempertahankan pendapat 87.5% 5.0% 7.5%
saya.
20 Saya tahu kesan sikap saya 32 6 2 3.80 0.72
ke atas orang lain. 80.0% 15.0% 5.0%
29 Saya cuba keluar dari 31 5 4 3.95 0.90
perselisihan. 77.5% 12.5% 10.0%
30 Membina kesepakatan 33 3 4 4.08 0.92
dengan orang lain. 82.5% 7.5% 10.0%
31 Cuba menyelesaikan 25 10 5 3.63 0.87
pertelingkahan orang lain. 62.5% 25.0% 12.5%
32 Mahir berhubung dengan 28 10 2 3.78 0.73
orang lain dengan berkesan. 70.0% 25.0% 5.0%
33 Saya mudah memberi idea 29 7 4 3.80 0.85
jika diperlukan. 72.5% 17.5% 10.0%
71

34 Saya boleh mempengaruhi 20 15 5 3.43 0.78


orang lain secara langsung 50.0% 37.5% 12.5%
atau tidak.
35 Membina keyakinan dengan 25 13 2 3.65 0.70
orang lain. 62.5% 32.5% 5.0%
36 Saya akan membentuk 22 16 2 3.55 0.68
kumpulan sokongan. 55.0% 40.0% 5.0%
37 Saya akan menjadikan orang 32 6 2 3.95 0.75
lain lebih selesa. 80.0% 15.0% 5.0%
38 Saya akan memberikan 36 2 2 4.15 0.74
sokongan dan nasihat kepada 90.0% 5.0% 5.0%
mereka yang memerlukan.
39 Saya akan bertindakbalas 31 7 2 3.85 0.70
dengan baik berdasarkan 77.5% 17.5% 5.0%
perasaan orang lain.
42 Memperlihatkan rasa ehsan 32 5 3 4.00 0.93
pada orang lain. 80.0% 12.5% 7.5%
43 Perbualan yang mesra 33 4 3 4.03 0.83
dengan orang lain. 82.5% 10.0% 7.5%
44 Membantu kumpulan untuk 26 12 2 3.73 0.75
menguruskan emosi mereka. 65.0% 30.0% 5.0%
45 Mengesan ketidaksamaan 28 10 2 3.80 0.76
emosi dan perasaan orang 70.0% 25.0% 5.0%
lain melalui tingkahlaku
yang mereka tonjolkan.
Purata 3.06 0.63

Jadual 4.9 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut keupayaan


mengendalikan hubungan yang berkesan. Berdasarkan taburan dalam jadual ini kita
dapati kebanyakkan responden memberikan maklumbalas yang baik terhadap item-
item keupayaan mengendalikan hubungan yang berkesan dimana nilai min yang
72

diperolehi adalah di antara 3.43 hingga 4.15. Nilai min keseluruhan bagi keupayaan
mengendalikan hubungan yang berkesan di kalangan responden ialah 3.06.

Sebanyak 90% responden bersetuju mereka akan memberikan sokongan dan


nasihat kepada mereka yang memerlukan. Ini menggambarkan keadaan yang sangat
baik dari segi keupayaan responden dalam mengendalikan hubungan yang berkesan
dan cuma segelintir sahaja yang bertindak sebaliknya. Antara pernyataan lain yang
mendapat peratusan maklumbalas positif yang tinggi adalah item 19, 30, 37 dan 43.
Namun demikian item 34 mendapat 50% maklumbalas positif daripada responden,
37.5% tidak pasti dan 12.5% tidak setuju dengan pernyataan tersebut dan diikuti
item 36 dengan 55% responden bersetuju dengan pernyataan mereka akan
membentuk kumpulan sokongan, 40% tidak pasti dan 5% tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut.

Secara keseluruhan dapatan berdasarkan Jadual 4.9 menggambarkan bahawa


responden mempunyai tahap keupayaan sederhana dalam mengendalikan hubungan
yang berkesan dengan orang lain.

4.3.2.2 Analisis Keputusan Keupayaan Mengenal Emosi Orang Lain

Keputusan keupayaan mengenal emosi orang lain dilihat berdasarkan 12


item seperti yang terdapat di dalam Jadual 4.10 di bawah.
73

Jadual 4.10: Taburan kekerapan responden mengikut keupayaan mengenal


emosi orang lain

Kekerapan dan
Item Pernyataan Peratusan Min SP
S TP TS
8 Mengendalikan perasaan 32 6 2 3.95 0.75
saya dengan berkesan 80.0% 15.0% 5.0%
apabila berhubung dengan
orang lain.
10 Berupaya mententeramkan 25 12 3 3.63 0.84
perasaan apabila saya 62.5% 30.0% 7.5%
menjadi sasaran kemarahan
orang lain.
16 Saya boleh berkomunikasi 30 6 4 3.83 1.01
dengan baik dengan orang 75.0% 15.0% 10.0%
lain.
18 Saya dapat menggunakan 35 3 2 4.00 0.78
pengalaman lepas saya pada 87.5% 7.5% 5.0%
keadaan tertentu.
34 Saya boleh mempengaruhi 20 15 5 3.43 0.78
orang lain secara langsung 50.0% 37.5% 12.5%
atau tidak.
35 Membina keyakinan dengan 25 13 2 3.65 0.70
orang lain. 62.5% 32.5% 5.0%
37 Saya akan menjadikan 32 6 2 3.95 0.75
orang lain lebih 80.0% 15.0% 5.0%
selesa.
38 Saya akan memberikan 36 2 2 4.15 0.74
sokongan dan nasihat kepada 90.0% 5.0% 5.0%
mereka yang memerlukan.
39 Saya akan bertindakbalas 31 7 2 3.85 0.70
dengan baik berdasarkan 77.5% 17.5% 5.0%
perasaan orang lain.
74

40 Saya boleh memahami orang 33 5 2 3.90 0.67


yang mengalami tekanan 82.5% 12.5% 5.0%
perasaan.
41 Saya membantu orang lain 24 13 3
menguruskan emosinya 60.0% 32.5% 7.5% 3.65 0.80
44 Membantu kumpulan untuk 26 12 2 3.73 0.75
menguruskan emosi mereka. 65.0% 30.0% 5.0%
Purata 3.81 0.77

Jadual 4.10 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut keupayaan


mengenal emosi orang lain. Peratusan yang diperolehi bagi taburan pernyataan ini
secara keseluruhannya menunjukkan maklumbalas responden yang bersetuju dengan
kesemua item adalah melebihi 50%. Item 38 mempunyai nilai min tertinggi (4.15),
di mana 90% (36 orang) daripada mereka sanggup memberikan sokongan dan
nasihat kepada mereka yang memerlukan. Begitu juga bagi item 18 dengan nilai
min 4.00, sebanyak 87.5% maklumbalas bersetuju mereka dapat menggunakan
pengalaman lepas mereka pada keadaan tertentu. Item 8 dan 37 mempunyai nilai
min yang sama iaitu 3.95. Pernyataan 8 dan 37 mendapat 80% maklumbalas positif
di mana responden bersetuju mereka dapat mengendalikan perasaan mereka apabila
berhubung dengan orang lain dan mereka juga akan menjadikan orang lain lebih
selesa.

Item dengan nilai min yang terrendah bagi keupayaan mengenal emosi orang
lain adalah item 10, 35, 34 dan 41 di mana 62.5% bersetuju mereka berupaya
mententeramkan perasaan apabila mereka menjadi sasaran kemarahan orang lain
serta bersetuju untuk membina keyakinan dengan orang lain, 60% bersetuju mereka
akan membantu orang lain menguruskan emosinya dan 50% bersetuju mereka boleh
mempengaruhi orang lain secara langsung atau tidak.

Berdasarkan jadual 4.10 min purata keputusan analisis keseluruhan bagi


keupayaan mengenal emosi orang lain ialah 3.81. Dapatan menunjukkan responden
mempunyai tahap keupayaan mengenal emosi orang lain yang tinggi.
75

4.3.3 Rumusan Analisis Deskriptif Tahap Kecerdasan Emosi

Jadual 4.11: Tahap Kecerdasan Emosi Intrapersonal

Konstruk Kategori Min Tahap


Intrapersonal Keupayaan mengenal emosi 3.61 Sederhana
kendiri
Keupayaan mengurus emosi 3.42 Sederhana
kendiri
Motivasi kendiri 3.91 Tinggi
Purata 3.65 Sederhana

Jadual 4.12: Tahap Kecerdasan Emosi Interpersonal

Konstruk Kategori Min Tahap


Intrapersonal Keupayaan mengendalikan 3.06 Sederhana
hubungan yang berkesan
Keupayaan mengenal emosi 3.81 Tinggi
orang lain
Purata 3.44 Sederhana

Jadual 4.13: Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal dan Interpersonal)

Konstruk Kategori Min Tahap


Kecerdasan Intrapersonal 3.65 Sederhana
Emosi Interpersonal 3.44 Sederhana
Purata 3.55 Sederhana
76

Dapatan pada Jadual 4.11 menunjukkan responden mempunyai tahap


kecerdasan emosi Intrapersonal yang sederhana di mana keupayaan mengenal emosi
kendiri dan keupayaan mengurus emosi kendiri adalah pada tahap yang sederhana
manakala motivasi diri responden adalah pada tahap yang tinggi dengan nilai min
3.91. Keputusan analisis pada jadual 4.12 pula menunjukkan guru-guru Bimbingan
dan Kaunseling turut memiliki tahap kecerdasan emosi Interpersonal yang sederhana
di mana keupayaan mengendalikan hubungan yang berkesan responden berada pada
tahap yang sederhana manakala keupayaan mengenal emosi orang lain adalah pada
tahap yang tinggi dengan nilai min 3.81. Dapatan analisis keputusan secara
keseluruhan menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi (Intrapersonal dan
Interpersonal) guru-guru Bimbingan dan Kaunseling berada pada tahap sederhana
dengan nilai min putata 3.55.

4.4 Analisis Keputusan Kecerdasan Emosi Mengikut Tahap

4.4.1 Keputusan Kecerdasan Emosi (Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut


Tahap

Jadual 4.14: Analisis keputusan keseluruhan kecerdasan emosi


(Intrapersonal dan Interpersonal) mengikut tahap

Tahap Kekerapan (n) Peratus (%)


Tinggi 32 80.0
Sederhana 6 15.0
Rendah 2 5.0
Jumlah 40 100.0
77

Jadual 4.14 menunjukkan analisis keputusan kecerdasan emosi mengikut


tahap. Seramai 32 orang guru (80%) memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi,
6 orang (15%) pada tahap yang sederhana dan 2 orang guru (5%) memiliki tahap
kecerdasan emosi yang rendah.

4.4.2 Keputusan Kecerdasan Emosi Intrapersonal Mengikut Tahap

Jadual 4.15: Analisis keputusan kecerdasan emosi Intrapersonal mengikut


tahap

Tahap Kekerapan (n) Peratus (%)


Tinggi 31 77.5
Sederhana 7 17.5
Rendah 2 5.0
Jumlah 40 100.0

Jika dilihat berdasarkan analisis keputusan kecerdasan emosi Intrapersonal


pada Jadual 4.15 di atas,31 orang (77.5%) guru mempunyai kecerdasan emosi pada
tahap tinggi, 7 orang (17.5%) pada tahap sederhana dan 2 orang ((5%) pada tahap
rendah.
78

4.4.3 Keputusan Kecerdasan Emosi Interpersonal Mengikut Tahap

Jadual 4.16: Analisis keputusan kecerdasan emosi Interpersonal mengikut


tahap

Tahap Kekerapan (n) Peratus (%)


Tinggi 32 80.0
Sederhana 6 15.0
Rendah 2 5.0
Jumlah 40 100.0

Analisa keputusan kecerdasan emosi Interpersonal menunjukkan 32 orang


guru bimbingan dan kaunseling (80%) memiliki tahap kecerdasan emosi
Interpersonal yang tinggi, 6 orang (15%) sederhana dan 2 orang (5%) memiliki
tahap kecerdasan emosi interpersonal yang rendah.

4.5 Analisis Deskriptif Tahap Kepuasan Kerja

4.5.1 Analisis Deskriptif Keputusan Tahap Kepuasan Kerja

Bahagian ini akan membincangkan dapatan yang diperolehi daripada


responden berdasarkan tahap kepuasan kerja mereka. Responden ditinjau
berdasarkan 18 pernyataan yang menggambarkan sejauh mana kepuasan kerja yang
diperolehi oleh mereka.
79

Jadual 4.17: Taburan kekerapan responden mengikut kepuasan kerja

Kekerapan dan
Bil Pernyataan Peratusan Min SP
S TP TS
1 Pekerjaan saya adalah seperti 31 4 5 3.73 0.88
hobi kepada saya. 77.5% 10.0% 12.5%
2 Pekerjaan saya menarik dan 30 7 3 3.85 0.80
membuatkan saya tidak merasa 75.0% 17.5% 7.5%
jemu.
3 Saya rasa kawan-kawan saya 21 17 2 3.58 0.84
lebih berminat terhadap 52.5% 42.5% 5.0%
pekerjaan mereka.
4 Saya menganggap pekerjaan 5 5 30 2.13 1.02
saya tidak menyenangkan. 12.5% 12.5% 75.0%
5 Saya menyukai pekerjaan saya 15 15 10 3.20 1.07
lebih daripada masa rehat saya. 37.5% 37.5% 25.0%
6 Saya selalu merasa jemu 3 10 27 2.28 0.97
dengan pekerjaan saya. 7.5% 25.0% 67.5%
7 Saya berasa tidak begitu puas 6 8 26 2.43 1.01
dengan pekerjaan 15.0% 20.0% 65.0%
saya.
8 Saya menyukai pekerjaan saya 23 13 4 3.53 0.93
lebih daripada pekerjaan 57.5% 32.5% 10.0%
lain.
9 Pada masa sekarang, saya 29 8 3 3.88 0.94
berpuas hati dengan kerja 72.5% 20.0% 7.5%
saya.
10 Saya rasa saya tidak akan 13 20 7 3.13 0.94
dapat pekerjaan lain yang lebih 32.5% 50.0% 17.5%
menarik daripada pekerjaan
saya sekarang.
80

11 Saya berasa lebih gembira 20 15 5 3.38 0.90


dengan pekerjaan sekarang 50.0% 37.5% 12.5%
lebih daripada orang lain.
12 Dalam kebanyakan masa, saya 29 7 4 3.75 0.90
selalu bersemangat dalam 72.5% 17.5% 10.0%
menjalankan tugas saya.
13 Kerja saya setiap hari seolah- 23 5 12 3.50 1.22
olah tidak berhabisan. 57.5% 12.5% 30.0%
14 Dalam kebanyakan masa, saya 9 7 24 2.50 1.20
memaksa diri saya untuk pergi 22.5% 17.5% 60.0%
bekerja.
15 Saya begitu gembira dengan 30 9 1 3.85 0.67
kerja saya. 75.0% 22.5% 2.5%
16 Saya begitu kesal kerana 3 8 29 2.00 1.09
memilih pekerjaan ini. 7.5% 20.0% 72.5%
17 Saya memang tidak suka 3 7 30 1.90 0.96
dengan pekerjaan saya ini. 7.5% 17.5% 75.0%
18 Pekerjaan saya agak tidak 5 6 29 2.10 1.06
menarik. 12.5% 15.0% 72.5%
Purata 3.04 0.97

Jadual 4.17 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut kepuasan


kerja di mana nilai min yang diperolehi sekitar 1.90 hingga 3.88

Penyelidik mendapati bahawa tidak semua pernyataan yang diberikan


dipersetujui oleh responden. Kebanyakan responden memberikan maklumbalas
yang positif untuk pernyataan 1, 2, 11, 12, 13 dan 15 dengan peratusan melebihi
50%. Manakala bagi pernyataan lain peratusan yang diperolehi adalah tidak
memberangsangkan kerana responden kebanyakannya masih tidak pasti dan tidak
setuju dengan pernyataan terbabit. Contohnya pernyataan dengan nilai min terendah
1.90, 75% responden nampaknya tidak setuju dengan pernyataan “saya memang
tidak suka dengan pekerjaan saya ini”. Ini menunjukkan mereka sangat menyukai
81

pekerjaan yang mereka lakukan sekarang. Begitu juga pernyataan 16 di mana


72.5% responden tidak bersetuju dengan pernyataan “saya begitu kesal kerana
memilih pekrjaan ini”.

Secara keseluruhannya kepuasan kerja responden adalah pada tahap


sederhana dengan nilai min keseluruhan 3.04. Maksudnya mereka mempunyai
tahap kepuasan kerja yang sederhana.

4.5.2 Analisis Keputusan Kepuasan Kerja Mengikut Tahap

Jadual 4.18: Analisis keputusan kepuasan kerja mengikut tahap

Tahap Kekerapan (n) Peratus (%)


Tinggi 2 5.0
Sederhana 36 95.0
Rendah 2 5.0
Jumlah 40 100.0

Dapatan pada jadual 4.18, menunjukkan 95% responden mempunyai tahap


kepuasan kerja yang sederhana, 5% kepuasan kerja yang sederhana dan 5% lagi
memiliki tahap kepuasan kerja yang rendah. Kebanyakkan responden memiliki
tahap kepuasan kerja yang sederhana.
82

4.6 Analisis Deskriptif Tahap Komitmen Kerja

4.6.1 Analisis Keputusan Tahap Komitmen Kerja

Bahagian ini membincangkan tentang tahap komitmen kerja responden


Tahap komitmen terhadap kerjaya responden telah ditinjau berdasarkan 8
pernyataan utama yang dapat memberikan gambaran dan keadaan tahap komitmen
kerja mereka.

Jadual 4.19: Taburan kekerapan responden mengikut komitmen kerja

Kekerapan dan
Bil Pernyataan Peratusan Min SP
S TP TS
1 Saya akan mengklasifikasikan 33 6 1 4.10 0.74
diri saya sebagai seorang 82.5% 15.0% 2.5%
pekerja yang bekerja dengan
bersungguh-sungguh.
2 Jika diberi peluang untuk 24 6 10 3.65 1.17
memulakan semuanya sekali 60.0% 15.0% 25.0%
lagi, saya akan memilih
pekerjaan yang sangat saya
kehendaki.
3 Secara umum, pekerjaan saya 30 8 2 3.90 0.78
merupakan bidang pekerjaan 75.0% 20.0% 5.0%
yang sangat saya
kehendaki.
4 Secara umum, saya mendapati 31 7 2 3.93 0.76
pekerjaan saya sangat 77.5% 17.5% 5.0%
menarik.
83

5 Saya berasa bahawa saya 33 5 2 4.05 0.78


mempunyai komitmen yang 82.5% 12.5% 5.0%
tinggi terhadap pekerjaan saya.
6 Saya akan mengesyorkan 22 17 1 3.58 0.64
kerjaya ini kepada rakan-rakan 55.0% 42.5% 2.5%
saya.
7 Saya akan berusaha untuk 35 3 2 4.25 0.81
mendapatkan lebih banyak 87.5% 7.5% 5.0%
maklumat tentang bagaimana
boleh meninggikan lagi
kebolehan dalam pekerjaan
saya.
8 Pada bulan lepas saya telah 7 1 32 1.93 1.29
mengambil cuti beberapa hari 17.5% 2.5% 80.0%
kerana saya keberatan untuk
bekerja.
Purata 3.67 0.87

Jadual 4.19 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut komitmen


kerja. Daripada keseluruhan pernyataan, hanya 1/8 daripada pernyataan yang
mencatatkan peratusan maklumbalas negatif manakala pernyataan bagi item lain
sangat dipersetujui oleh responden dengan maklumbalas positif melebihi daripada
50% dan ke atas.

Jika dilihat pada nilai min yag diperolehi, maklumbalas responden


mencatatkan nilai min di antara 1.93 hingga 4.25. 87.5% (35 orang) responden
bersetuju mereka akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang
bagaimana boleh meninggikan lagi kebolehan dalam pekerjaan mereka, 3 orang
tidak pasti dan 2 orang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini diikuti
dengan pernyataan 1 dengan nilai min 4.10 di mana 82.5% bersetuju bahawa mereka
merupakan pekerja yang bekerja dengan bersungguh-sungguh, 6 orang tidak pasti
dengan pernyataan ini dan seorang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
84

Responden juga merasakan bahawa mereka mempunyai komitmen yang


tinggi terhadap pekerjaan mereka dengan peratus maklumbalas sebanyak 82.5% (33
orang) bersetuju dengan pernyataan item ini. Item 8 mempunyai nilai min terendah
iaitu 1.93, di mana 17% (7 0rang) bersetuju dengan pernyataan “pada bulan lepas
saya telah mengambil cuti beberapa hari kerana keberatan untuk bekerja”, 2.5%
(seorang) tidak pasti dengan pernyataan ini dan 80% responden tidak bersetuju
dengan pernyataan ini.

Kesimpulannya, dengan nilai purata min 3.67, dapatlah disimpulkan bahawa


responden kajian mempunyai tahap komitmen kerja yang sederhana.

4.6.2 Analisis Keputusan Komitmen Kerja Mengikut Tahap

Jadual 4.20: Analisis keputusan komitmen kerja mengikut tahap

Tahap Kekerapan (n) Peratus (%)


Tinggi 33 82.5
Sederhana 6 15.0
Rendah 1 2.5
Jumlah 40 100.0

Jadual 4.20 menunjukkan kebanyakkan responden memiliki tahap komitmen


kerja yang tinggi (82.5%), diikuti dengan tahap sederhana (15%) dan hanya seorang
responden (2.5%) berada pada tahap komitmen kerja yang rendah.
85

4.7 Rumusan Analisis Deskriptif

Berdasarkan dapatan pada Jadual 4.14 dapatlah disimpulkan seramai 32


orang guru (80%) memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi, 6 orang (15%) pada
tahap yang sederhana dan 2 orang guru (5%) memiliki tahap kecerdasan emosi yang
rendah.

Manakala jadual 4.18, menunjukkan 36 orang (95%) responden mempunyai


tahap kepuasan kerja yang sederhana, 2 orang (5%) kepuasan kerja yang tinggi dan
2 orang lagi (5%) lagi memiliki tahap kepuasan kerja yang rendah. Kebanyakkan
responden memiliki tahap kepuasan kerja yang sederhana.

Jadual 4.20 menunjukkan kebanyakkan responden memiliki tahap komitmen


kerja yang tinggi (33 orang), diikuti dengan tahap sederhana 6 otang (15%) dan
hanya seorang responden (2.5%) berada pada tahap komitmen kerja yang rendah.

Secara keseluruhannya di dapati tahap kecerdasan Emosi, kepuasan kerja


dan komitmen terhadap kerja responden kajian adalah pada tahap yang sederhana
seperti yang ditunjukkan pada jadual 4.21.

Jadual 4.21: Analisis keputusan tahap kecerdasan emos, tahap kepuasan


kerja dan tahap komitmen terhadap kerjaya

Pernyataan Min Tahap


Tahap Kecerdasan Emosi 3.55 Sederhana
Tahap Kepuasan Kerja 3.04 Sederhana
Tahap Komitmen Terhadap Kerjaya 3.67 Sederhana
Purata 3.42 Sederhana
86

4.8 Analisis Insferensi

Analisis inferensi digunakan untuk mendapatkan keputusan pengujian


hipotesis yang telah dibina oleh pengkaji. Antara statistik yang digunakan ialah
korelasi Spearman, Ujian-t dan Anova satu hala.

4.8.1 Analisis Hubungan Antara Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,


Interpersonal) Guru-guru Bimbingan Dan Kaunseling Dengan
Kepuasan Kerja dan Komitmen Kerja

Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) dengan tahap kepuasan kerja di kalangan
guru-guru bimbingan dan kaunseling sekolah-sekolah menengah di
Bandaraya Kuching, Sarawak
87

4.8.1.1 Analisis Hubungan Antara Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,


Interpersonal) Guru-guru Bimbingan Dan Kaunseling Dengan
Kepuasan Kerja

Jadual 4.22: Keputusan ujian korelasi Spearman bagi tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) dengan kepuasan kerja

Pembolehubah Kepuasan Kerja P


Kecerdasan Emosi 0.32* 0.04
(Intrapersornal)
Kecerdasan Emosi 0.37* 0.02
(Interpersonal)
* Signifikan pada aras p≤0.05
** Signifikan pada aras p≤0.01

Jadual 4.22 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di


antara Kecerdasan Emosi Intrapersonal dan Interpersonal dengan kepuasan kerja di
mana nilai signifikannya ialah 0.04 dan 0.02 iaitu lebih kecil dari aras signifikan
yang ditetapkan iaitu 0.05.
88

4.8.1.2 Analisis Hubungan Antara Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,


Interpersonal) Guru-guru Bimbingan Dan Kaunseling Dengan
Komitmen Kerja

Jadual 4.23: Keputusan ujian korelasi Spearman bagi tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) dengan komitmen kerja

Pembolehubah Komitmen Kerja P


Kecerdasan Emosi 0.56** 0.00
(Intrapersornal)
Kecerdasan Emosi 0.56** 0.00
(Interpersonal)
* Signifikan pada aras p≤0.05
** Signifikan pada aras p≤0.01

Jadual 4.23 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di


antara Kecerdasan Emosi Intrapersonal dan Interpersonal dengan komitmen kerja di
mana nilai signifikannya ialah masing-masing 0.00 iaitu lebih kecil dari aras
signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 dan 0.01.
89

4.8.1.3 Analisis Hubungan Antara Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,


Interpersonal) Guru-guru Bimbingan Dan Kaunseling Dengan
Kepuasan Kerja dan Komitmen Kerja

Jadual 4.24: Analisis Keputusan ujian korelasi Spearman bagi tahap


kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal) dengan
kepuasan kerja dan komitmen kerja

Pembolehubah Kecerdasan Emosi P


Kepuasan Kerja 0.37* 0.03
Komitmen Kerja 0.82** 0.00
* Signifikan pada aras p≤0.05
** Signifikan pada aras p≤0.01

Analisis keputusan pada Jadual 4.24 menunjukkan bahawa terdapat


hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan
komitmen kerja dimana nilai signifikan kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja
adalah 0.03 iaitu lebih kecil daripada 0.05 dan nilai signifikannya dengan komitmen
kerja adalah 0.00 iaitu lebih kecil dari aras signifikan 0.01 yang ditetapkan.

Hipotesis pertama telah diuji dengan menggunakan ujian korelasi Spearman


untuk melihat sama ada terdapat hubungan signifikan di antara tahap kecerdasan
emosi dengan tahap kepuasan kerja di kalangan guru Bimbangan dan Kaunseling di
Bandaraya Kuching, Sarawak. Keputusan yang diperolehi ditunjukkan seperti
dalam jadual 4.24 diatas.

Keputusan ujian korelasi Spearman dalam jadual 4.24 menunjukkan bahawa


terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan emosi dengan
kepuasan kerja responden. Berdasarkan tafsiran korelasi oleh Borg dan Gall (1983)
hubungan yang wujud antara kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja adalah
sederhana dan mempunyai perkaitan yang rendah. Ini bermakna tahap kecerdasan
emosi mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru-guru.
90

Hubungan kecerdasan emosi dengan komitmen yang diuji menggunakan


korelasi Spearman menunjukkan bahawa kecerdasan emosi berhubung secara positif
dengan komitmen terhadap kerjaya. Berdasarkan tafsiran Borg dan Gall (1983)
hubungan yang wujud di antara kedua-dua pembolehubah ini (kecerdasan emosi dan
komitmen terhadap kerjaya) adalah sederhana dengan perkaitan yang kuat dan
teguh. Keputusan ini menunjukkan tahap kecerdasan emosi yang tinggi cenderung
mempengaruhi tahap komitmen terhadap kerjaya di kalangan guru-guru bimbingan
dan kaunseling.

Dengan ini, hipotesis yang mengandaikan tidak terdapat hubungan antara


tahap kecerdasan emosi dengan tahap kepuasan kerja dan komitmen kerja di
kalangan guru Bimbingan dan Kaunseling adalah ditolak.

4.8.2 Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Demografi

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah-sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak
mengikut demografi (jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan, status
perkahwinan).
91

4.8.2.1 Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,


Interpersonal) Mengikut Jantina

Ho2.1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah-sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak
mengikut jantina.

Ujian-t digunakan untuk menguji sama ada wujud perbezaan dari segi tahap
kecerdasan emosi di kalangan guru Bimbingan Kaunseling lelaki dan perempuan.
Hasil analisis adalah seperti dalam Jadual 4.24 di bawah.

Jadual 4.25: Keputusan ujian-t yang menunjukkan perbezaan tahap


kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal) mengikut jantina

Jantina (n=40) Ujian-t p


Lelaki (n=18) 1.03 0.04
Perempuan (n=22)
Signifikan pada aras p≤0.05

Jadual 4.25 menunjukkan keputusan kajian perbandingan tahap kecerdasan


emosi (Intrapersonal, Interpersonal) di antara guru-guru lelaki dan perempuan.
Analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecerdasan emosi di
antara guru lelaki dan perempuan. Nilai signifikan yang diperolehi ialah 0.04 lebih
kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05. Oleh yang demikian Ho2.1
yang menyatakan tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi mengikut jantina
adalah ditolak pada aras kebarangkalian 0.05.
92

4.8.2.2 Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,


Interpersonal) Mengikut Umur

Ho2.2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah-sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak
mengikut umur.

Ho2.2 iaitu untuk melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi guru-guru


Bimbingan dan Kaunseling mengikut umur dianalisis menggunakan kaedah Anova
satu hala. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam Jadual 4.25.

Jadual 4.26: Keputusan Anova satu hala yang menunjukkan perbezaan tahap
kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal) mengikut umur

Umur Kekerapan Min Sisihan Piawai


25 – 29 18 2.56 0.34
30 – 34 12 2.53 0.45
35 – 39 5 2.49 0.37
40 – 44 2 2.76 3.13
45 – 50 1 2.69 0.00
51 -55 1 2.82 0.00
56 – 70 1 2.91 0.00
Jumlah 40 2.57 0.36
Anova (Sehala)
Df Nisbah F Sig. F
Antara Kumpulan 6 0.37 0.89
Dalam Kumpulan 33
Jumlah 39
Signifikan pada aras p≤0.05
93

Jadual 4.26 di atas menunjukkan perbandingan tahap kecerdasan emosi


(Intrapersonal, Interpersonal) berdasarkan tahap umur. Skor min bagi tahap
kecerdasan emosi mengikut tahap umur ialah antara 2.56 hingga 2.91. Berdasarkan
jadual Anova satu hala, analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
bagi tahap kecerdasan emosi mengikut tahap umur. Nilai signifikan yang diperolehi
ialah 0.89, manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Nilai signifikan
adalah lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan. Oleh demikian,
hipotesis nol ini adalah gagal ditolak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan signifikan tahap kecerdasan emosi mengikut umur guru-guru
Bimbingan dan Kaunseling.

4.8.2.3 Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,


Interpersonal) Mengikut Bangsa

Ho2.3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah-sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak
mengikut bangsa.

Analisis Anova satu hala juga digunakan untuk menguji hipotesis 2.3 iaitu
bagi melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling mengikut bangsa. Keputusan Anova satu hala ditunjukkan seperti pada
jadual 4.27.
94

Jadual 4.27: Keputusan Anova satu hala yang menunjukkan tahap kecerdasan
Emosi (Intrapersonal, Intrepersonal) bangsa

Bangsa Kekerapan Min Sisihan Piawai


Melayu 28 2.55 0.40
Cina 5 2.64 0.25
India 2 2.34 0.52
Lain-lain 5 2.71 0.13
Jumlah 40 2.57 0.36
Anova (Sehala)
Df Nisbah Sig.
F f
Antara Kumpulan 3 0.591 0.625
Dalam Kumpulan 36
Jumlah 39
Signifikan pada aras p≤0.05

Jadual 4.27 menunjukkan perbandingan tahap kecerdasan emosi


(Intrapersonal, Interpersonal) guru-guru Bimbingan dan Kaunseling dari segi
bangsa. Skor min bagi tahap kecerdasan emosi mengikut bangsa ialah di antara 2.55
hingga 2.71.

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari


segi tahap kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal) guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling mengikut bangsa. Daripada analisis nilai signifikan yang diperolehi
iaitu 0.625 adalah lebih besar daripada nilai signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05.
Ini bermakna tidak wujud perbezaan signifikan dari segi tahap kecerdasan emosi
guru-guru Bimbingan dan Kaunseling responden mengikut segi bangsa. Oleh yang
demikian Ho2.3 adalah gagal ditolak.
95

4.8.2.4 Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,


Interpersonal) Mengikut Tahap Pendidikan

Ho2.4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah-sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak
mengikut tahap pendidikan.

Jadual 4.28: Keputusan ujian-t yang menunjukkan perbezaan tahap


kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal) dengan tahap pendidikan

Tahap pendidikan Min Sisihan Ujian-t p


pendidikan Piawai
Ijazah Sarjana Muda 2.55 0.37 -3.018 0.285
(n=37)
Sarjana (n=3) 2.82 0.12
Signifikan pada aras p≤0.05

Jadual 4.28 menunjukkan keputusan kajian perbandingan tahap kecerdasan


emosi mengikut tahap pendidikan guru-guru Bimbingan dan Kaunseling. Dapatan
kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecerdasan
emosi mengikut tahap pendidikan. Analisis ujian-t menunjukkan bahawa nilai
ujian-t adalah -3.018. Ini menunjukkan satu hubungan negatif yang sangat lemah
wujud di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Manakala nilai signifikan 0.285
adalah lebih besar daripada aras signifikan 0.05. Oleh demikian, Ho2.5 adalah gagal
ditolak. Maka, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan tahap kecerdasan emosi mengikut tahap pendidikan di kalangan
responden kajian.
96

4.8.2.5 Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,


Interpersonal) Mengikut Taraf Perkahwinan

Ho2.5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) di kalangan guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah-sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak
mengikut status perkahwinan.

Jadual 4.29: Keputusan ujian-t yang menunjukkan perbezaan tahap


kecerdasan emosi (Intrapersonal, Interpersonal) dengan taraf perkahwinan

Tahap pendidikan pendidikan Ujian-t p


Bujang (n=16) -1.317 0.037
Berkahwin (n=24)
Signifikan pada aras p≤0.05

Jadual 4.29 menunjukkan keputusan kajian perbandingan tahap kecerdasan


emosi (Intrapersonal, Interpersonal) mengikut tahap pendidikan guru-guru
Bimbingan dan Kaunseling. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan bagi tahap kecerdasan emosi mengikut status atau taraf perkahwinan.
Analisis ujian-t menunjukkan bahawa nilai ujian-t adalah -1.317. Ini menunjukkan
satu hubungan negatif yang sangat lemah juga wujud di antara kedua-dua
pembolehubah tersebut. Manakala nilai signifikan, p=0.037 adalah lebih kecil
daripada aras signifikan 0.05. Oleh demikian, Ho2.5 adalah ditolak. Maka, dapatan
kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan
emosi dengan status perkahwinan di kalangan responden kajian.
97

4.8.2.6 Rumusan Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi


(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut Demografi (Jantina, Umur,
Bangsa, Tahap Pendidikan, Status Perkahwinan)

Jadual 4.30: Analisis keputusan perbezaan tahap kecerdasan emosi


(Intrapersonal, Interpersonal) mengikut demografi

Tahap Kecerdasan Emosi p Keputusan


(Intrapersonal, Interpersonal)
a) Jantina 0.04 Terdapat perbezaan
b) Tahap Umur 0.89 Tidak terdapat perbezaan
c) Bangsa 0.625 Tidak terdapat perbezaan
d) Tahap Pendidikan 0.285 Tidak terdapat perbezaan
e) Status Perkahwinan 0.037 Terdapat perbezaan

Jadual 4.30 di atas menunjukkan keputusan analisis perbezaan tahap


kecerdasan emosi mengikut demografi responden. Dapatan menunjukkan bahawa
tidak terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi mengikut tahap umur, bangsa dan
tahap pendidikan. Manakala wujud perbezaan tahap emosi mengikut jantina dan
status perkahwinan.
98

4.9 Rumusan Analisis Deskriptif Dan Inferensi

4.9.1 Analisis Keputusan Tahap Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,


Interpersonal), Tahap Kepuasan Kerja Dan Tahap Komitmen Kerja
Responden

Jadual 4.30: Analisis keputusan tahap kecerdasan emosi (Intrapersonal,


Interpersonal) , kepuasan kerja dan komitmen terhadap Kerjaya

Apakah Tahap Kecerdasan Emosi, Min Purata Tahap


Kepuasan Kerja Dan Komitmen
Terhadap Kerjaya?
Kecerdasan Emosi 3.55 Sederhana
Kepuasan Kerja 3.04 Sederhana
Komitmen Terhadap Kerjaya 3.67 Sederhana

Berdasarkan Jadual 4.30 dapatlah disimpulkan bahawa tahap kecerdasan


emosi responden adalah pada tahap yang sederhana.
99

4.9.2 Analisis Keputusan Hubungan Tahap Kecerdasan Emosi


(Intrapersonal, Interpersonal) dengan Kepuasan Kerja Dan Komitmen
Kerja

Jadual 4.31: Analisis Keputusan hubungan tahap kecerdasan emosi


(Intrapersonal, Interpersonal) dengan kepuasan kerja dan komitmen Kerja

Pembolehubah Kecerdasan Emosi P Petanda


Kepuasan Kerja 0.37* 0.03 Kolerasi yang lemah
Komitmen Kerja 0.82** 0.00 Korelasi yang kuat
* Signifikan pada aras p≤0.05
** Signifikan pada aras p≤0.01

Jadual 4.31 di atas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara


kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen kerja dimana nilai
signifikan kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja adalah 0.03 iaitu lebih kecil
daripada 0.05 dan nilai signifikannya dengan komitmen kerja adalah 0.00 iaitu lebih
kecil dari aras signifikan 0.01 yang ditetapkan. Berdasarkan jadual didapati bahawa
perbandingan di antara kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja mempunyai nilai
korelasi yang sangat lemah. Manakala kecerdasan emosi dan komitmen terhadap
kerjaya mempunyai korelasi yang kuat.
100

4.9.3 Analisis Keputusan Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi


(Intrapersonal, Interpersonal) Mengikut Demografi

Jadual 4.32: Analisis keputusan perbezaan tahap kecerdasan emosi mengikut


Demografi (jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan)

Ciri-ciri Demografi Keputusan


a) Jantina Terdapat perbezaan
b) Tahap Umur Tidak terdapat perbezaan
c) Bangsa Tidak terdapat perbezaan
d) Tahap Pendidikan Tidak terdapat perbezaan
e) Taraf Perkahwinan Terdapat perbezaan

Keputusan dalan Jadual 4.32 jelas menunjukkan bahawa tahap kecerdasan


emosi adalah berbeza mengikut jantina dan taraf perkahwinan. Tidak terdapat
perbezaan tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor umur, bangsa dan tahap
pendidikan.

4.8 Rumusan

Bab ini telah membincangkan hasil analisis ujian statistik dengan kaedah
deskriptif dan inferensi. Keputusan pengujian hipotesis yang telah dijalankan
mendapati bahawa empat hipotesis kajian ini ditolak manakala dua lagi tidak
ditolak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di
antara kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap kerjaya.
Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi adalah
berbeza mengikut jantina dan taraf perkahwinan. Tidak terdapat perbezaan tahap
kecerdasan emosi dari segi faktor umur, bangsa dan tahap pendidikan.
BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji membincngkan dan merumus keputusan kajian yang
diperolehi hasil daripada penganalisisan data yang telah dibuat berdasarkan objektif
dan pengujian hipotesis-hipotesis kajian ini. Bagi mengukuhkan dapatan kajian ini,
perbincangan dibuat dengan merujuk kepada dapatan kajian-kajian lepas dan
pendapat tokoh-tokoh berkaitan. Secara ringkasnya, perbincangan dalam bab ini
akan menunpukan kepada perkara-perkara berikut:
102

5.2 Perbincangan Hasil Kajian

5.2.1 Perbincangan Taburan Demografi Responden

Seramai 40 orang guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah


menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak terlibat dalam kajian ini. Daripada
jumlah itu seramai 22 orang adalah guru perempuan dan selebihnya iaitu seramai 18
orang adalah guru lelaki. Dapatan menunjukkan guru Bimbingan dan Kaunseling
perempuan adalah lebih ramai berbanding guru lelaki. Keseluruhan responden
merupakan guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa. Maklumat latar
belakang responden juga menunjukkan bahawa responden paling ramai berumur
lingkungan 21 hingga 29 tahun, sebahagian besarnya adalah dari kalangan bangsa
Melayu. Seramai 37 responden berkelususan Ijazah Sarjana Muda (Bimbingan dan
Kaunseling) manakala 3 responden mendapat pendidikan di peringkat Sarjana
(Bimbingan dan Kaunseling). Selain daripada itu kebanyakkan responden yang
terlibat dengan kajian ini adalah dari kalangan mereka yang sudah berumahtangga
(24 orang).

5.2.2 Perbincangan Tahap Kecerdasan Emosi Responden

Tahap kecerdasan emosi guru-guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah


menegah di Bandaraya Kuching, Sarawak berada pada tahap sederhana iaitu dengan
nilai min 3.55.
103

Jadual 5.1: Rumusan tahap Kecerdasan Emosi

Konstruk Kategori Min Tahap


Intrapersonal Keupayaan mengenal emosi kendiri 3.61 Sederhana
Keupayaan mengurus emosi kendiri 3.42 Sederhana
Motivasi kendiri 3.91 Tinggi
Purata 3.65 Sederhana
Interpersonal Keupayaan mengendalikan 3.06 Sederhana
hubungan yang berkesan
Keupayaan mengenal emosi orang 3.81 Tinggi
lain
Purata 3.44
Purata Keseluruhan (Intrapersonal,Interpersonal) 3.55 Sederhana

Berdasarkan dapatan yang ditunjukkan dalam Jadual 5.1, 2 daripada 3


kategori bagi konstruk Intrapersonal responden mempunyai nilai min pada tahap
sederhana iaitu keupayaan responden mengenal emosi kendiri dan keupayaan
mengurus emosi kendiri. Dapatan menunjukkan Motivasi kendiri responden adalah
pada tahap yang tinggi. Secara puratanya, konstruk Intrapersonal ini berada pada
tahap sederhana. Bagi konstruk Interpersonal, kategori keupayaan mengenal emosi
orang lain responden adalah tinggi (3.81) manakala keupayaan mengendalikan
hubungan yang berkesan adalah sederhana (3.06). Purata keseluruhan kedua-dua
konstruk adalah 3.55 pada tahap sederhana. Kesimpulannya tahap kecerdasan emosi
(Intrapersonal, Interpersonal) responden adalah sederhana.
104

5.2.3 Perbincangan Keputusan Kecerdasan Emosi (Intrapersonal,


Interpersonal) Mengikut Tahap

Jadual 5.2: Analisis keputusan kecerdasan emosi (Intrapersonal dan


Interpersonal) mengikut tahap

Tahap Kekerapan (n) Peratus (%)


Tinggi 32 80.0
Sederhana 6 15.0
Rendah 2 5.0
Jumlah 40 100.0

Keputusan menunjukkan seramai 32 orang guru (80%) memiliki tahap


kecerdasan emosi yang tinggi, 6 orang (15%) pada tahap yang sederhana dan 2
orang guru (5%) memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah.

Perkembangan dunia pendidikan yang semakin mencabar menyebabkan


organisasi sekolah memerlukan guru-guru yang mempunyai kemahiran berlainan
bagi membolehkan mereka terus produktif dalam persekitaran yang tidak menentu
dan penuh dengan cabaran yang tidak berkesudahan. Oleh yang demikian untuk
menjadi guru Bimbingan dan Kaunseling yang berdedikasi dan berkaliber seseorang
guru itu harus bijak menguruskan emosinya dan mestilah mempunyai kecerdasan
emosi yang tinggi sebagai bekalan berhadapan dengan pelajar-pelajar yang pelbagai
ragam. Kajian yang dijalankan oleh Mohd. Najib (2002) telah membuktikan
kepentingan kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi di kalangan guru-guru adalah amat
penting dalam melaksanakan proses perundingan dengan pelajar supaya pendidikan
menjadi lebih berkesan.
105

5.2.4 Perbincangan Tahap Kepuasan Kerja Responden

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja di kalangan


guru-guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah di Bandaraya Kuching,
Sarawak berada pada tahap yang sederhana. Menurut Locke (dalam Ishak, 2004)
kepuasan kerja merupakan satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil
daripada penghormatan atau pengalaman bekerja seseorang.

Locke (dalam Dipboye, Smith dan Hoowell, 1994) menyatakan nilai sesuatu
aspek kerja itu boleh membantu dari segi kepuasaan yang dialami. Ini kerana
kepuasan kerja melibatkan keadaan emosi. Individu mencapai sesuatu tahap
kepuasan hasil daripada penilaian ke atas keupayaan kerja membolehkannya
mencapai nilai kerjanya. Individu memegang nilai dan pentingkan kerja mereka.
Dalam masa yang sama hirarkhi nilai individu adalah tidak statik dan berubah
mengikut keadaaan.

Hasil kajian menunjukkan 95% responden mempunyai tahap kepuasan kerja


yang sederhana, 5% kepuasan kerja yang sederhana dan 5% lagi memiliki tahap
kepuasan kerja yang rendah. Majoriti responden memiliki tahap kepuasan kerja
yang sederhana.

5.2.5 Perbincangan Tahap Komitmen Terhadap Kerjaya Responden

Dapatan kajian turut menunjukkan tahap kepuasan kerja di kalangan guru-


guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak
berada pada tahap yang sederhana. Marshal dan Witjing (1982) menjelaskan
bahawa komitmen terhadap kerjaya sebagai satu kehendak untuk terus bekerja
walaupun tanpa sebarang alasan seperti masalah kewangan. Kehendak ini tidak
106

terhalang walaupun terdapatnya tanggungjawab kekeluargaan yang menyukarkan


individu untuk keluar bekerja. Selain itu, ia juga memperlihatkan satu peneguhan
terhadap rancangan kerjaya dengan cara mendapatkan maklumat-maklumat lanjut
yang lebih spesifik tentang kerjaya tersebut.

Selain daripada itu dapatan juga menunjukkan kebanyakkan responden


memiliki tahap komitmen kerja yang tinggi (82.5%), diikuti dengan tahap sederhana
(15%) dan hanya seorang responden (2.5%) berada pada tahap komitmen kerja yang
rendah. Ini bermaksud hampir kesemua responden komited terhadap bidang tugas
mereka. Di mana 82.5% responden mempunyai komitmen yang tinggi terhadap
kerja mereka.

Menurut MC Clelland (1961) terdapat empat keperluan yang penting dalam


konteks tingkahlaku dalam organisasi. Keperluan-keperluan tersebut adalah
keperluan untuk kuasa, keperluan untuk berkawan, keperluan untuk pencapaian dan
keperluan kebebasan. Beliau menekankan keperluan pencapaian sebagai perbezaan
yang terdapat dalam diri individu yang boleh menggerakkan individu untuk terus
meningkatkan komitmen kerja. Individu yang mempunyai keperluan untuk
pencapaian yang tinggi akan meningkatkan komitmen bekerja untuk terus bekerja
dalam situasi kerja yang bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja yang lain.

MC Clelland mengenalpasti tiga ciri utama individu yang mempuyai


keinginan motivasi pencapaian yang tinggi iaitu:

a) Individu sukakan persekitaran kerja yang membenarkan mereka


bertanggungjawab dalam penyelesaian masalah.
b) Menggemari risiko sederhana dan menetapkan matlamat yang sederhana
yang boleh dicapai.
c) Mereka perlukan pengiktirafan dan maklumbalas tentang kemajuan tugas
yang dilakukan. Juga sangat melibatkan diri (komited) dalam tugas yang
dilakukan.
107

5.2.6 Perbincangan Hubungan Antara Tahap Kecerdasan Emosi Dengan


Kepuasan Kerja

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara


kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja di kalangan responden.
Di mana nilai signifikan kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja adalah 0.03 iaitu
lebih kecil daripada 0.05. Ini bermakna tahap kecerdasan emosi mempengaruhi
tahap kepuasan kerja.

Hasil kajiian ini selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Abraham (2000)
yang mendapati kemahiran bersosial sebagai satu elemen dalam EQ menjadi
penggerak kepada manusia untuk mencapai kejayaan di tempat kerja. Hubungan
Interpersonal yang positif dengan orang lain akan dapat meningkatkan kepuasan
kerja seseorang dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan tekanan dalam
kerja. Individu yang mempunyai EQ yang tinggi dapat mengelakkan tekanan kerja,
seterusnya dapat memberikan kepuasan terhadap kerja dan komitmen baik terhadap
organisasi.

5.2.7 Perbincangan Hubungan Antara Tahap Kecerdasan Emosi Dengan


Komitmen Kerja

Hasil kajian ini juga mendapati wujudnya hubungan signifikan di antara


tahap kecerdasan emosi dengan komitmen terhadap kerjaya di kalangan responden.
Analisis menunjukkan nilai signifikan kecerdasan emosi dengan komitmen kerja
adalah 0.00 iaitu lebih kecil dari aras signifikan 0.01 yang ditetapkan.

Goleman (1998) menerangkan bahawa kesedaran terhadap diri iaitu sebagai


satu daripada komponen EQ merupakan tonggak kepada komitmen pekerja terhadap
organisasi. Pekerja yang menyedari tentang tujuan mereka akan mempunyai
108

kefahaman yang jelas berhubung dengan kesesuaian mereka dengan matlamat


organisasi. Apabila pekerja menyedari mereka sesuai atau serasi dengn sesuatu
organisasi itu maka secara langsung komitmen terhadap kerjaya menjadi tinggi.
Sebaliknya pekerja yang menganggap dirinya sebagai pelawat dan bukan sebahagian
daripada anggota organisasi akan menunjukkan tahap komitmen yang rendah.

Laporan oleh Centre for Creative Leadership (1994) mengemukakan bahawa


individu yang kurang kesedaran terhadap tahap EQ mereka tidak berkeupayaan
mengurus masalah peribadi, tidak berpuas hati dengan kepimpinan berkumpulan dan
tidak dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu perubahan. Ini secara tidak langsung
akan mempengaruhi komitmen dan kepuasan mereka terhadap kerja yang mereka
lakukan. Apabila pekerja tidak dapat mengurus masalah peribadi, tidak berpuas hati
dengan kepimpinan dan tidak dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu perubahan ini
akan mengakibatkan komitmen dan kepuasan kerja individu menurun.

5.2.8 Perbincangan Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Jantina

Jadual 4.16 (Bab 4) menunjukkan keputusan kajian perbandingan tahap


kecerdasan emosi di antara guru-guru lelaki dan perempuan. Analisis ini
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kecerdasan emosi lelaki
dan perempuan. Nilai ‘p’ yang diperolehi ialah 0.037, manakala aras signifikan
yang ditetapkan ialah nilai 0.05 (5%). Didapati nilai ‘p’ adalah lebih kecil daripada
aras signifikan yang telah ditetapkan dan ini menunjukkan kecenderungan ke arah
yang signigfikan. Oleh yang demikian hipotesis ketiga yang menyatakan terdapat
perbezaan kecerdasan emosi mengikut jantina.

Dapatan dalam kajian Liew er. Al (2002) mendapati bahawa tahap


kecerdasan emosi di antara lelaki dan perempuan adalah berbeza. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa murid-murid perempuan mempunyai kecerdasan emosi yang
109

memuaskan atau lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Kaum perempuan


dikurniakan ciri-ciri seperti keibuan dan lebih beremosi berkecenderungan
mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi berbanding lelaki.

Walaubagaimanapun dapatan kajian ini adalah berbeza daripada dapatan


kajian yang dijalankkan oleh Tan (2001), Yahaya dan Ng (2001)dan James Poon
(2002). Tan (2001) dalam kajiannya mendapati tahap kecerdasan emosi pekerja
lelaki dan perempuan adalah tidak berbeza. Begitu juga kajian oleh Yahaya dan Ng
(2001) yang mendapati bahawa tahap EQ di antara pelajar lelaki dan perempuan
adalah tidak berbeza.

Menurut Goleman (1998) lelaki dan wanita seolah-olahnya adalah sama dari
segi kebolehan meningkatkan tahap EQ masing-masing. Wanita berkecenderungan
menjadi cekap dalam aspek kemahiran sosial. Sementara lelaki adalah cekap dari
segi keupayaan mengurus emosi sendiri. Dengan ini lelaki dan perempuan adalah
sama dari segi mempertingkatkan dan menguruskan emosi kendiri.

5.2.9 Perbincangan Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Tahap


Umur

Berdasarkan keputusan kajian, tidak terdapat perbezaan yang signifikan


kecerdasan emosi dengan tahap umur. Ini bermaksud dalam kajian ini faktor umur
tidak memberi sebarang perbezaan ke atas kecerdasan emosi responden kajian.
Setiap individu tidak mengira umur berpeluang mempunyai tahap kecerdasan emosi
yang tinggi.

Dapatan ini berbeza dengan dapatan kajian oleh Meyer dan Salovey (1999).
Di mana hasil kajian mereka mendapati golongan dewasa mempunyai tahap EQ
yang lebih baik berbanding golongan remaja. Mereka juga mendapati semakin
110

lanjut usia seseorang, semakin meningkat tahap EQ. Ini di sebabkan EQ


berkembang seiring dengan peningkatan umur.

5.2.10 Perbincangan Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Bangsa

Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi


mengikut bangsa. Keputusan ini menjelaskan bahawa kecerdasan emosi bukan
terhad kepada satu kaum sahaja. Setiap individu tidak mengira bangsa berpeluang
untuk mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Keputusan ini mungkin
dipengaruhi oleh cara hidup yang di amalkan di negara kita. Kajian Asliza (2004),
juga menunjukkan tiada perbezaan tahap kecerdasan emosi mengikut bangsa di
kalangan guru-guru kaunseling di daerah Johor Bahru.

5.2.11 Perbincangan Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Tahap


Pendidikan

Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi


guru Bimbingan dan Kaunseling mengikut tahap pendidikan. Ini menjelaskan
bahawa individu yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, mempunyai tahap
kecerdasan yang tinggi dan sebaliknya.

Dapatan kajian ini adalah berbeza dengan dapatan yang diperolehi oleh
James Poon (2002). Di mana beliau telah menjalankan kajian ke atas pegawai-
pegawai yang bekerja di sebuah organisasi di Singapura. Tujuan kajian ialah untuk
melihat sama ada wujud perbezaan signifikan di antara tahap EQ pegawai-pegawai
111

yang bekelulusan dari universiti tempatan dengan universiti luar negara. Hasil
kajian menunjukkan wujud hubungan signifikan di antara latar belakang pendidikan
dengan tahap EQ pegawai-pegawai terlibat. Tahap EQ pegawai yang berkelulusan
luar negara di dapati lebih tinggi berbanding dengan individu berkelulusan universiti
tempatan.

Walaubagaimanapun kajian penyelidik mendapati tidak wujud perbezaan


tahap kecerdasan emosi dengan tahap pendidikan. Dapatan penyelidik ini mungkin
dipengaruhi oleh jumlah sampel kajian penyelidik yang sedikit.

5.2.12 Perbincangan Perbezaan Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Taraf


Perkahwinan

Dapatan kajian mengesahkan wujudnya perbezaan tahap kecerdasan emosi


di kalangan guru-guru kaunseling yang belum berumahtangga dengan yang sudah
berumahtangga. Skor min yang diperolehi oleh guru kaunseling yang belum telah
berumahtangga adalah 2.67, manakala yang belum berumahtangga adalah 2.47. Ini
menunjukkan skor min yang diperolehi oleh guru yang sudah berkahwin adalah
lebih tinggi berbanding yang belum berkahwin. Ini menjelaskan bahawa guru-guru
Bimbingan dan Kaunseling yang telah berkahwin mempunyai kecerdasan emosi
yang tinggi berbanding belum berkahwin.

Perbezaan tahap kecerdasan emosi ini wujud mungkin disebabkan oleh


faktor keluarga dan tanggungjawab. Bagi guru-guru Bimbingan dan Kaunseling
yang telah berkahwin tanggungjawab dan peranan mereka dalam keluarga secara
tidak langsung telah mematangkan mereka dalam menghadapi kehidupan. Beban
tugas dan tanggungjawab yang mereka pikul dalam mengharungi alam rumah
tangga menjadikan mereka lebih matang, tenang dan tabah berhadapan dengan
pelbagai masalah. Ini secara tidak langsung mematangkan fikiran dan emosi
112

mereka. Bagi mereka yang belum berkahwin tanggungjawab dan tumpuan mereka
lebih kepada memenuhi keperluan diri dan kepentingan diri menjadikan mereka
kadangkala mudah melatah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah dan
adakalanya boleh menyebabkan seseorang individu menghadapi ketidakstabilan
emosi dan cepat marah.

5.3 Rumusan Perbincangan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubugnan di antara tahap


kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap kerja di kalangan
guru-guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah menengah di Bandaraya
Kuching, Sarawak. Seramai 40 orang guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh
masa mengambil bahagian dalam kajian ini. Responden terdiri daripada 22 (55%)
orang guru perempuan dan 18 (45%) orang guru lelaki. Responden paling ramai
adalah berumur dalam lingkungan 25 hingga 29 tahun iaitu dengan jumlah 18 orang.
Sebahagian besar responden adalah berbangsa Melayu (70%), mendapat pendidikan
di peringkat ijazah sarjana muda (92.5%) dan telah pun berumahtangga (60%).

Secara keseluruhannya keputusan kajian menunjukkan responden


mempunyai tahap kecerdasan emosi yang sederhana. Dengan ini dapat dirumuskan
bahawa responden mempunyai keupayaan mengenali emosi kendiri, mengurus
emosi kendiri, berupaya memotivasikan diri sendiri, mahir berhubung dengan orang
lain dan berkebolehan dalam mengurus emosi orang lain. Guru Bimbingan dan
Kaunseling bukan saja perlu mengetahui dan menyedari kepentingan elemen
kecerdasan emosi ini, malah mereka juga perlu mengimplementasikan elemen ini
dalam menjalankan proses kaunseling sewaktu berinteraksi dengan klien. Banyak
kajian yang mendapati kaedah dan corak interaksi antara pelajar dengan pendidik
memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan dan pembangunan
diri pelajar. Pendidik harus bijak dalam memastikan elemen ini diaplikasikan dan
113

dalam masa yang sama mampu menggerakkan pelajar mencipta kecemerlangan


dalam akademik mereka (Sanitah, 2004). Peranan yang sama perlu dipikul oleh
guru-guru Bimbingan dan Kaunseling kerana mereka juga berinteraksi secara
langsung dengan para pelajar terutamanya untuk membantu pelajar membuat
perancangan yang tepat demi masa depan mereka kelak.

Dari segi tahap kepuasan kerja pula memperlihatkan bahawa responden


mencapai tahap kepuasan yang sederhana. Walaubagaimanapun keputusan ini
bukan bermaksud mereka gagal dalam melaksanakan tanggungjawab dengan baik
dan tidak berminat terhadap kerjaya mereka. Mungkin mereka belum dapat
mencapai apa yang diinginkan di dalam kerjaya mereka. Kepuasan kerja adalah
bersifat subjektif dan persepsi setiap individu adalah berbeza.

Dari segi komitmen terhadap kerja guru-guru Bimbingan dan Kaunseling


menunjukkan komitmen yang baik terhadap kerja mereka. Tahap komitmen berada
pada tahap yang sederhana. Mereka komited dalam melaksanakan kerja masing-
masing.

Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan tahap kecerdasan


emosi adalah berhubung secara positif dengan tahap kepuasan kerja dan komitmen
kerja. Dalam konteks ini sekiranya tahap kecerdasan emosi adalah tinggi, secara
tidak langsung kepuasan kerja akan wujud dan komitmen terhadap kerja juga baik
dan sebaliknya.

Dari segi perbandingan tahap kecerdasan responden mengikut jantina,


dapatan kajian ini mengesahkan wujudnya perbezaan tahap kecerdasan emosi di
antara lelaki dan perempuan. Kebanyakkan dapatan kajian menunjukkan golongan
wanita lebih sedar terhadap emosinya, berempati dan mahir berhubung dengan
orang lain. Bagaimanapun menurut James Poon (2002) golongan lelaki dikatakan
lebih berkeyakinan, optimistik dan dapat menguruskan tekanan dengan baik.

Perbandingan tahap umur menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap


kecerdasan emosi dari segi umur, bangsa dan tahap pendidikan di kalangan
114

responden. Setiap individu tidak mengira umur, bangsa dan tahap pendidikan
berpeluang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi dan sebaliknya.

5.4 Implikasi Kajian

Hasil kajian ini memberi implikasi kepada guru-guru Bimbingan dan


Kaunseling bahawa peranan kecerdasan emosi juga penting di dalam mengendalikan
proses kaunseling. Keupayaan mereka mengenal emosi, mengurus emosi,
memotivasikan diri, mahir berhubung dengan orang lain dan berupaya mengurus
emosi orang lain sememangnya relevan dan perlu diimplimentasikan di dalam
perkhidmatan tolong bantu. Proses interaksi bersama klien bergantung kepada
keupayaan guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menggerak dan membuat
penerokaan terhadap emosi dan pendedahan diri kliennya. Disamping itu, guru
Bimbingan dan Kaunseling juga perlu bijak mempamerkan emosinya kepada klien
bagi mewujudkan hubungan yang baik dan saling mempercayai antara satu sama
lain. Kejayaan mewujudkan hubungan ini akan memberikan kepuasan kepada
kedua belah pihak.

Dalam situasi tertentu, guru Bimbingan dan Kaunseling mungkin akan


berhadapan dengan masalah pelajar yang tidak mahu memberikan kerjasama serta
menunjukkan sikap negatif terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah. Dalam hal sedemikian, kecerdasan emosi memainkan peranan membantu
guru kaunseling menghadapi situasi tersebut. Adanya kecerdasan emosi yang
tinggi, guru Bimbingan dan Kaunseling akan berupaya mengawal emosi diri, belajar
menyesuaikan diri dengan masalah yang dihadapi, menunjukkan sikap lebih
berempati, dapat menerima dan memahami klien dengan baik serta memberikan
pendidikan emosi yang baik kepada pelajar.
115

Selain itu, kajian ini turut memberi implikasi kepada pihak pengurusan
sekolah. Dengan adanya pendedahan terhadap kepentingan EQ,maka pihak
pengurus sekolah boleh membuat penilaian terhadap pengukuhan dan pelaksanaan
elemen ini di sekolah khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
dalam aktiviti ko-kurikulum. Interaksi yang baik antara pihak pengurusan, guru-
guru, guru-guru Bimbingan dan Kaunseling serta pelajar-pelajar sangat penting
dalam usaha merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hasil kajian ini juga akan memberi implikasi kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia kerana EQ juga merupakan elemen penting dalam menentukan halatuju
dan kejayaan dunia pendidikan kelak. Aspek kecerdasan emosi telah termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kepentingannya sangat jelas malah ia
diletakkan berdiri sama pentingnya dengan aspek lain dalam kehidupan seperti
kecerdasan intelek dan kecerdasan spiritual (Sanitah, 2004). Melalui kajian ini
diharap akan dapat memberi gambaran kepada pihak kementerian terhadap
perlaksanaan dan penerapan aspek tersebut di sekolah terutamanya menerusi
peranan yang dimainkan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling.

Pengurusan organisasi yang mengutamakan perasaan kakitangannya,


berempati, memberi motivasi, dapat menguruskan perasaan diri dan orang lain serta
tahap kemahiran sosial yang baik adalah sangat penting kerana elemen-elemen ini
juga dapat memberikan kepuasan, seterusnya melahirkan semangat kerja yang tinggi
dan komitmen kerja yang jitu. Kepuasan kerja dan komitmen yang diberikan oleh
guru-guru kaunseling terhadap profesion ini tentunya akan meningkatkan martabat
dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia.
116

5.5 Masalah dan Limitasi Kajian

Kajian ini melibatkan sampel kajian yang kecil dan sedikit sebanyak
mempengaruhi dapatan kajian ini. Menurut Mohd. Najib (2003), sampel yang lebih
besar akan mengurangkan ralat kajian berbanding dengan sampel yang kecil
bilangannya. Pengkaji menghadapi masalah untuk mendapatkan jumlah sampel
yang ramai kerana borang soal selidik diedarkan melalui pos dan dalam pada masa
yang sama ada guru Bimbingan dan Kaunseling yang terlibat dengan pelbagai
program, dihantar berkursus dan sedang bercuti.

5.6 Cadangan-cadangan Kajian Lanjutan

Terdapat beberapa cadangan bagi pengkaji-pengkaji lain yang berminat


untuk mendalami aspek yang dikaji iaitu:

1. Kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan guru-guru Bimbingan dan


Kaunseling di sekolah-sekolah menengah di Bandaraya Kuching sahaja
dengan menggunakan persampelan yang kecil. Oleh itu penyelidik ingin
menyarankan agar penyelidik seterusnya dapat meluaskan lagi skop
kajian kepada guru-guru Bimbingan dan Kaunseling di peringkat negeri
(cotohnya, negeri Sarawak) dengan jumlah sampel yang lebih besar agar
maklumat yang lebih tepat diperolehi. Semakin besar saiz sampel
maklumat dan pola yang diperolehi juga akan lebih meyakinkan.

2. Penyelidik juga menyarankan agar subjek atau responden kajian yang


dipilih tidak terhad kepada guru-guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah
menengah sahaja. Penyelidik seterusnya boleh menjalankan kajian
dengan melibatkan guru-guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
117

rendah. Dengan ini penyelidik boleh menjalankan kajian secara


perbandingan antara guru-guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah
menengah dan sekolah rendah.

3. Penyelidik seterusnya juga disarankan untuk menjalankan kajian yang


berkaitan denga emotional competencies di kalangan guru-guru
Bimbingan dan Kaunseling.

4. Kajian-kajian akan datang juga boleh dijalankan untuk melihat kesan EQ


ke atas prestasi kerja dan tekanan kerja.

5.7 Kesimpulan

Hasil kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi memainkan peranan


yang penting dalam bidang pendidikan dan ia harus dilaksanakan dengan sebaik
mungkin. Dalam hal ini, warga pendidik termasuk guru Bimbingan dan Kaunseling
harus menekankan aspek kecerdasan emosi dalam melaksanakan tugas masing-
masing. Menurut Goleman (1995), pihak sekolah perlu mendidik para pelajar
tentang cara yang baik untuk mencapai tahap EQ yang tinggi agar dapat
menguruskan emosi dengan sempurna. Di samping itu, para pendidik harus menjadi
teladan dalam pembinaan EQ dengan memperlihatkan sifat-sifat seperti mengambil
berat dan bersopan ketika berinteraksi dengan para pelajar.

Daripada kajian ini kita dapat mengetahui bahawa kecerdasan emosi


berhubung secara positif dengan kepuasan kerja dan komitment terhadap kerjaya.
Goleman (1998) menjelaskan bahawa sesebuah organisasi yang mengamalkan
prinsip pengurusan berlandaskan EQ iaitu mementingkan humanistik membolehkan
pekerja terus kekal dalam organisasi dan juga akan memberi kepuasan kerja yang
maksimum kepada pekerja. Dengan ini, setiap pekerja akan memberi kerjasama dan
118

komitmen yang baik kepada organisai. Kajian-kajian telah membuktikan individu


telah menjadi matang dan cekap dalam menguruskan emosinya, memotivasikan
dirinya dan lebih berempati apabila mempunyai tahap EQ yang tinggi.
RUJUKAN

Abraham, R. (2000). Ther role of Job Control as a Moderator of Emotional


Dissonance and Emotional Intelligence: Outcomes and Relationship. The
Journal of Psychology. 134 (2).169-184.

Anastasi, A. (1982). Psychological Testing. New York: Mac Millan Publishing


Co. Inc.

Ary, R., Jacobs, L. And Razavieh. (1985). Introduction to Research in Education.


Third Edition. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Asliza Bt. Awang Kechil. (2004). Hubungan Tahap Kecerdasan Emosi dengan
Tahap Kepuasan Kerja dan Komitmen Terhadap Kerjaya : Satu Kajian Di
Kalangan Guru-guru Kaunseling Sekolah Menengah Di Daerah Johor
Bahru. Kajian Penyelidikan Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmi Zakariya (2005). Psikologi Kognitif.


Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Darul Ta’zim.

Ee Ah Meng (2000). Siri Diploma Pendidikan : Bimbingan Dan Kaunseling III


(Semester V). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bar-On, R (1996). The Emotional Quotient Inventory (EQ I): A Test Of Emotional
Intelligence. Toronto: Multi Health Systems.

Brayfield, A.H. and Rothe, H.F. (1951). An Index of Job Satisfaction. Journal of
Applied Psychology. 35, 307 – 311.

Casanova, C. (2002). Essentials of Emotional Intelligence for School Counselors:


Self-Awareness. http://www.guidancechannel.com/Archieves_w3.asp.
(4.2.2007)
Centre for Creative Leadership. (1994). http://www.yahoo.com/ (06.02.2007)

Chong Yee Khuin. (1996). EQ Sebenarnya Sangat Mudah. Taiwan: Sri Tai
Publishing Company.

Constantine, M.G and Gainor, K.A (2001). Emotional Intelligence and Emphaty:
Their Relation to Multi Cultural Counseling Knowledge and Awareness.
http://proquest.umi.com/pqdweb? (07.02.2007)

Cooper, R.K. (1978). Applying Emotional Intelligence in The Workplace. Training


and Development. 12 (51). 31 – 38.

Corser, R.L and Rakoff, G. (1997). Executive EQ: Emotional Intelligence in


Leadership and Organizations. New York: Grosset/Putnam.

Davis, K. (1981). Human Behavior at Work Organizational Behavior. New York:


McGraw-Hill Book Company.

Dipboye, R.L, Smith, C.S and Howell, W.C. (1994). Understanding Industrial and
Organizational Psychology. USA: Harcourt Brace College Publishers.

Dulewicz, V. And Higgs, M. (2000). Emotional Intelligence: A Review and


Evalution Study. Journal of Managerial Psychology. (15(4).341-372.

Gardner, L. And Stough, C. (2001). Examining the Relationship Between


Leadership and emotional Intelligence in Senior Level Managers.
http://www.emeraldinsight.com (08.01.2007)

Greenberg J. dan Baron R. A. (1997). Managing Behavior in Organizations.


Prentice Hall. Upper Sadler River.

Goleman, D. (1998). Working with Emotional Intelligence. New York: Bantam


Books.
Hairunnaja Najmuddin. (2004). Memahami dan Membimbing Remaja Nakal.
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

HM Tuah Iskandar. (2003). Membina Imaginasi Cemerlang. Petaling Jaya: Karya


Bestari Sdn. Bhd.

Isaac, S., and Michael, W. B. (1984). Handbook in Research and Evaluation. San
Diego: Edits Publisher.

Ishak Mad Shah. (2004). Pengenalan Psikologi Industri & Organisasi. Skudai:
Penerbit UTM.

James, Poon Teng fatt. (2002). Emotional Intelligence: For Human Resource
Managers. Management Research News. 25 (11). 57-74.

Kamus Dewan (1999), Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kaplan, R.M, and Sacuzzo, D.P. (1993). Psychological Testing: Principles,


Application and Issues. Carlifornia: Brooks/Cole.

Kelly, R. And Caplan, J. (1993). Psychology Testing: Principles, applications and


Issues. California: Brook/Cole.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1993). Panduan Perlaksanaan Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Menengah. Unit Bimbingan
dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lee, Meng Chun. (1990). Kepuasan Kerja Di Kalangan Pekerja Monotonous Dan
Sikap Mereka Terhadap Keseronokan Dalam Kerja (FUN): Kajian di
Sebuah Kilang. Latihan Ilmiah. UKM. Tidak Diterbitkan.
Liew, Phaik Guat Selina, Gan, Teck Hock dan Sia, Pong Won. (2002). “Tahap
Kecerdasan Emosi Murid-murid Tahun Lima di Kawasan Miri.
Projek Sarjana Muda UTM.

Mahmood Nazar Mohamed. 1990. Pengantar Psikologi – Satu Pengenalan Asas


Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Marshal, S.J. and Witjing, J.P (1982). Dimensionality of Women’s Career


Orientation. Sex Roles. 8 (2). 135-146.

Mazwin Omar. (1994). Hubungan Tekanan Kerja dan Tekanan Rumahrangga


dengan Komitmen Terhadap Kerjaya di Kalngan Wanita Profesional.:
Latihan Ilmiah UKM. Tidak Diterbitkan.

Mayer, J.D. and Salovey, P. (1997). What is Emotional Intelligence? In P.


Publication..

Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Najib Abd. Ghafar, Azizi Hj. Yahaya dan Yusof Boon. (2002). Kecerdasan
Emosi: Perbandingan Pelatih Pengurusan Ijazah Pertaman dan
Ijazah Lanjutan. Kajian Jangka Pendek (RMC). UTM. Tidak Diterbitkan.

Mohd Najib Abd. Ghafar, Azizi Hj. Yahaya dan Yusof Boon. (2002). Kestabilan
Emosi di Kalangan Pensyarah dan Pelajar Fakulti Pendidikan.
Kajian Jangka Pendek (RMC). UTM. Tidak Diterbitkan.

Mohd. Najib Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor : Penerbit Universiti


Teknologi Malaysia.
Mohd Najib Abd. Ghafar. (2003). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan.
Skudai: Penerbit UTM.

Muhd. Mansur Abdullah. (2000). Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah. Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Munchinsky, P.M. (2000). Psychology Applied to Work. Australia Wadsworth/


Thomas Learning.

Mohd Salleh Lebar (1999). Memahami Psikologi. Thinker’s Library Sdn. Bhd.

Reimy Suriany Md Said. (2001). Kecerdasan Emosi (EQ) dan Permasalahan


Pelajar UTM Skudai. Projek Sarjana Muda. UTM. Tidak Diterbitkan.

Sabitha Marican, (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Pearson Prentice Hall,
Malaysia Sdn. Bhd.

Salovey, P & Mayer, J.D (1990). Emotional Intelligence. Imagination, Cognition


and Personality.

Salovey and D. Sluyter (Eds.). Emotional Development and Emotional Intelligence:


Implications for Educators. New York: Basic Books.

Sanitah Mohd Yusof. (2004). Peranan EQ Dalam Bidang Pendidikan. dalam Mohd
Azhar abd.Hamid. Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Shah
Alam: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Santrock, John W. ( 2001). Adolescene. New York:McGraw Hill Companies, Inc.

Schultz, D.P. and Schultz, S.E. (2001). Psychology & Work Today: An Introduction
to Industrial and Organizational Psychology. New Jersey: Prentice Halls.
Suradi Salim. (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Szilayyi, Jr. A.D. and Wallace, M.J. (1980). Organizational Behavioral &
Performance. California: Goodyear Publishing Co. Inc.

Tan Chwee Hoon. (2001). Kesan Emotional Intelligence Ke Atas Keluasan Kerja
dan Komitmen Kepada Organisasi: Satu Kajian Kes di Kilang Elektronik,
Melaka. UKM: Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan.

Thorndike, R. K. (1920). Intelligence And Its Uses. Harper’s Magazine.


140, 227-335.

Universiti Teknologi Malaysia (2002). Panduan Menulis Tesis. Universiti


Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Yahaya Mahmood dan Donna, Ng Li Eng. (2001). Tahap dan Peranan Kecerdasan
Emosi (EQ) di Kalangan Pelajar-pelajar Remaja di Bangku
Sekolah. Jurnal Psikologi dan Pembangunan Manusia.

Zainudin Hj. Yusoff. (2000). Hubungan Kecerdasan Emosi dengan Kepimpinan:


Tinjauan di kalangan Pemimpin-pemimpin Pelajar Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai. Projek Sarjana Muda UTM. Tidak
Diterbitkan.

Vous aimerez peut-être aussi