Vous êtes sur la page 1sur 13

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Tujuan Kajian

1 2 3

3.0

Ciri-Ciri Penting Seseorang Pelajar Yang Dapat Menyumbang Kepada Kejayaan Dalam Suasana Pembelajaran Atas Talian 3.1 Pembelajaran atas talian akan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi 3.2 3.3 3.4 6

Memberi peluang memperolehi ilmu di luar buku dan bilik darjah 7 Memberi peluang kedua kepada pelajar Menyediakan asas yang kuat kepada modal insan negara 8 8

4.0

Cadangan Strategi Yang Boleh Digunakan Oleh Pelajar Untuk Berjaya Dalam Persekitaran Pembelajaran Atas Talian 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat Perancangan dan pengurusan masa yang berkesan Menguruskan tekanan Mengubah gaya hidup Motivasi kendiri 12 9 10 10 10

5.0 6.0

Kesimpulan Rujukan

12 14

OUMH1103

1.0

PENGENALAN Dalam arus perkembangan teknologi masa kini, pelbagai teknik dan corak

pembelajaran baru telah diwujudkan bagi membantu memaksimumkan penerimaan input dan keberhasilan pembelajaran sekaligus melangkau halangan masa, jarak dan had keupayaan biasa manusia. Seperti yang telah diketahui umum dengan menggunakan teknologi moden dalam pembelajaran terbuka dan jarak jauh, pengajaran dan pembelajaran telah memasuki satu alaf baru. Untuk pertama kalinya, dalam bidang pendidikan terutamanya bagi Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah bebas dari kekangan masa dan jarak serta boleh disampaikan pada bila-bila masa, dimana-mana dan kepada sesiapa sahaja. Sejarah telah membuktikan bahawa perindustrian dan perkembangan teknologi mampu mengubah sesebuah masyarakat. Perkembangan teknologi terutamanya evolusi internet telah mencabar konsep dan teori pendidikan tradisional, terutamanya konsep bilik darjah serta kaedah pengajaran dan pembelajaran (Hunt, 2004; Resnick dan Wirth, 1996.) OUM telah menggunakan kaedah blended learning dalam pengajaran dan pembelajarannya. Apakah yang dimaksudkan dengan blended learning?. Menurut Jan Welker dan Lisa Berardino, blended learning ialah pembelajaran secara gabungan ataupun pembelajaran pelbagai teknik. Pembelajaran gabungan ialah gabungan manamana peralatan pembelajaran elektronik sebagai tambahan tanpa mengabaikan pembelajaran bersemuka (face-to-face learning). Sebagai contoh dengan menggabungkan pembelajaran secara talian (on-line) yang menggunakan talian internet dengan pembelajaran bersemuka (face-to-face). Tujuan pembelajaran pelbagai teknik ialah untuk menyediakan pengalaman pengajaran yang paling efektif dengan gabungan kepelbagaian penyampaian. Oleh itu, pembelajaran pelbagai teknik ini digunakan untuk menerangkan pembelajaran yang melibatkan pelbagai aktiviti termasuk pembelajaran dalam kelas, epembelajaran secara langsung, pengurusan pengetahuan dan pembelajaran kendiri. Pembelajaran pelbagai ini juga didefinisikan sebagai gabungan pelbagai media penyampaian yang direka untuk memperlengkapkan antara satu sama lain dan memperkenalkan pembelajaran dan akses kendiri kepada pelajarnya.

OUMH1103

Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran terkini dijalankan dan membenarkan capaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarak di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh kerana e-pembelajaran ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai saluran (Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), atau teknologi portal yang menggabungkan sistem data dengan sistem maklumat yang lain (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada pelajar yang lebih ramai dan menarik kerana menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profesional. Kandungan pelajaran secara e-pembelajaran ini juga didefinisikan sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang terancang digabungkan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000). Di OUM, e-pembelajaran berperanan penting sejak ia dibuka kepada seramai 753 pelajar pada Ogos 2001 (pengambilan pertama OUM). Sebagai sebahagian daripada pedagogi yang diamalkan oleh universiti, e-pembelajaran telah membolehkan ia menampung sejumlah lebih 65,000 pelajar dari dalam dan luar negara. Sejak itu, OUM mendapati ianya sangat penting dan kualiti persekitaran pembelajaran yang terjamin setiap masa. E-pembelajaran yang suatu masa dulu merupakan bahan eksperimen ujikaji tapi kini telah beralih menjadi tunjang utama dalam pendidikan tinggi (Garrison & Anderson 2003).

2.0

TUJUAN KAJIAN 2.1 Untuk mengenalpasti ciri-ciri penting seseorang pelajar yang dapat menyumbang kepada kejayaan dalam suasana pembelajaran atas talian. 2.2 Untuk mencadangkan strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk berjaya dalam persekitaran pembelajaran atas talian.

OUMH1103

3.0

CIRI-CIRI

PENTING

SESEORANG

PELAJAR

YANG

DAPAT SUASANA

MENYUMBANG

KEPADA

KEJAYAAN

DALAM

PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Matlamat Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan semua guru di sekolah adalah berkelulusan ijazah menyebabkan program pensiswazahan bagi guru berkelulusan sijil atau diploma diwujudkan di universiti-universiti tempatan. Guru mahu tidak mahu, terpaksa melanjutkan pelajaran melalui program pensiswazahan ini untuk membolehkan mereka terus berkhidmat dan dapat memenuhi matlamat pendidikan negara. Kebanyakan guru yang melanjutkan pelajaran adalah berumur di antara 25 tahun dan ke atas serta seharusnya guru-guru ini telah pun mempunyai keluarga. Ini menunjukkan, mereka telah mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri/ibu atau pun suami/bapa. Namun, tujuan sebenar pendidikan ialah untuk mengumpul pengalaman pendidikan yang dikehendaki yang membolehkan seseorang itu melakukan perubahan yang maksimum dari segi fizikal, emosi, social dan juga ekonomi. Walau bagaimanapun disebalik itu terdapat juga beberapa cabaran yang perlu dilalui semasa mengikuti pembelajaran pelbagai ini. Selain menghadapi tekanan kerana sentiasa berdepan dengan tingkah laku pelajar dan komitmen yang tinggi di sekolah, guru-guru yang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat sarjana turut mengalami tekanan melalui perubahan mereka yang kembali menjadi pelajar. Dengan erti kata lain, perubahan di mana mereka ini memainkan dua peranan dalam satu masa iaitu berperanan sebagai guru dan juga pelajar. Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca tekanan adalah perubahan. Inilah situasi yang pastinya akan dialami oleh para guru yang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat sarjana kerana di samping tekanan kerja yang dihadapi di sekolah mereka turut mengalami tekanan belajar yang melibatkan bebanan tugasan dan juga pengurusan masa belajar. Beech (1992) mengatakan tekanan kerja yang berlebihan akan menyebabkan tindak balas tegangan terhadap emosi dan mental. Justeru itu, untuk mengelakkan pelajar bereaksi negatif terhadap beban tugas pembelajaran yang dihadapi 3

OUMH1103

setiap hari, Maslin Sulaiman (2002) menyatakan bahawa adalah perlu seseorang pelajar untuk menganalisis tugas dan membahagikan tugas secara terperinci untuk mengelakkan bebanan dan tekanan yang berlebihan. Maka di sinilah guru yang juga berperanan sebagai pelajar perlu bijak dalam menguruskan bebanan dan masa mereka bagi mengelakkan tekanan. Keadaan diri pelajar juga perlu bersedia untuk belajar. Dalam keadaan yang penat tentulah pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Ini sering terjadi apabila pelajar baru balik dari pejabat atau selepas membuat aktiviti luar(Ab.Rasid Mat Zin,1994). Menurut France Henri dan Anthony Kaye (dipetik dari Keegan D. 1993) terdapat 2 gangguan iaitu gangguan dalaman dan gangguan luaran. Faktor dalaman merujuk kepada perasaan marah, tekanan emosi dan takut dan manakala faktor luaran pula ialah keadaan yang panas, peralatan yang tidak mencukupi, bunyi bising dan sebagainya.

3.1

Pembelajaran atas talian akan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi

Pembelajaran atas talian memerlukan para tutor untuk mengubah kaedah pengajaran mereka daripada yang bercorak behaviorisma dan kognitivisma kepada konstruktivisma. Konstruktivis dikatakan berupaya mengubah sikap pembelajaran secara pasif kepada yang lebih aktif dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (hight order thinking skills). Kaedah ini juga tertumpu kepada penglibatan multisensori pelajar juga persekitaran pembelajaran yang interaktif dan eksploratori dapat membantu meningkatkan kemahiran yang dimaksudkan. Menjelang abad ke-21 ini teori konstruktivisme dikatakan semakin popular. Teori ini berperspektifkan psikologi dan falsafah dengan mengambil kira bagaimana seseorang individu membina atau membentuk apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka (Bruning, Schraw & Ronning, 1995). Konsep utama konstruktivisme ialah pengetahuan dibina oleh pelajar bukan hanya disebarkan oleh orang perseorangan (Driver, etal., 1994). Konstruktivisma percaya bahawa seseorang itu adalah aktif dan membina pengetahuan di dalam pembelajaran mereka dengan tujuan dan keinginan hendak tahu berdasarkan 4

OUMH1103

pengalamannya (Brooks & Brooks, 1993; Fosnat, 1989; Piaget, 1954). Pelajar digalakkan untuk menyoal antara satu sama lain di samping membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing.

3.2

Memberi peluang memperolehi ilmu di luar buku dan bilik darjah

Pembelajaran atas talian yang berasaskan masalah dan pembelajaran inkuiri sesuai kerana sebagai contoh tutor akan memberi tugasan, dimana setiap pelajar dikehendaki mencari maklumat dan bahan-bahan dari laman-laman web yang dicadangkan atau melalui pencarian mereka sendiri. Melalui laman web yang dilayari oleh pelajar, mereka akan memperolehi pengalaman dan ilmu baru yang di luar daripada apa yang biasa ditemui di dalam modul yang telah dibekalkan. Pengalaman yang diperolehi oleh setiap pelajar mungkin berbeza antara satu sama lain. Seterusnya mereka akan berbincang berdasarkan topik yang diberikan mengikut pandangan dan perspektif masing-masing berdasarkan fakta, hujahan dan bukti-bukti yang mereka kemukakan. Sekiranya keadaan seperti ini berlaku pembelajaran tentunya lebih aktif jika dibandingkan dengan pembelajaran yang hanya banyak bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh tutor atau pensyarah. Proses pembelajaran yang dilalui tentunya akan dapat melahirkna para pelajar yang kritis dan berfikir pada tahap tinggi. Seterusnya para pelajar ini akan keluar sebagai ahli komuniti yang mempunyai pemikiran yang kreatif, kritis, luas dan berupaya menyelesaikan pelbagai permasalahan yang akan timbul dalam masyarakat, terutama di era globalisasi yang sangat mencabar ini. Menurut De Lacey dan Leornard, Harvard Business School (2002), students not only learned more when online sessions were added to traditional courses but student interaction and satisfaction improved as well. Ini menunjukkan banyak kelebihan apabila seorang guru mempelbagaikan strategi dalam pengajaran dan pembelajarannya. Pelajar pula perlu bersedia untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan.

OUMH1103

3.3

Memberi peluang kedua kepada pelajar

Pembangunan sosial dan ekonomi penting untuk memastikan taraf hidup yang lebih selesa bagi rakyat sesebuah negara. Dengan kemajuan yang dicapai sekarang, didapati pelabur asing gemar melabur di Malaysia. Ini adalah kerana tenaga kerja di sini kebanyakannya terlatih, bertanggungjawab dan berpengatahuan. Keadaan ini merupakan satu galakan untuk menarik pelabur datang ke negara ini (Shireen Haron, Feb 1995). Sehubungan dengan itu, dengan adanya program pembelajaran atas talian ini ia dapat memberi peluang kepada mereka yang telah bekerja untuk meningkatkan kelayakan, kemahiran dan pengetahuan. Keperluan ini dapat memastikan perkembangan ilmu yang sihat demi pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik negara yang pesat (Mohd.Noor Saleh, 1994). Oleh sebab itu kaedah pengajian ini penting kerana ia akan memperbanyakkan lagi jumlah rakyat yang berpengetahuan dan berilmu. Ini selaras dengan perkembangan sektor awam dan swasta di mana tanggungjawabnya semakin besar dan kompleks. Sehubungan dengan itu, sektor ini memerlukan individu yang berdedikasi dan berilmu.

3.4

Menyediakan asas yang kuat kepada modal insan negara

Pembangunan modal insan ialah proses pembangunan sumber manusia yang mampu menyumbang secara aktif kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara (Khalijah Mohd Salleh, 2007). Bahkan, menurut dengan Alakal, Namiy (1994), manusia sebagai insan yang disempurnakan sifatnya

potensi diri dan kemahiran bertujuan untuk memahami, menguasai ilmu dan menonjolkan keupayaan seseorang serta mampu untuk meneroka kehidupannya dan menjauhkan anasir tidak elok dari menimpanya. Mendapatkan modal insan yang berkualiti sangat diperlukan oleh negara dalam mencapai matlamat negara maju sebagaimana yang disampaikan oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mei 2006 sempena Perutusan Hari Pekerja yang menegaskan: Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan

OUMH1103

modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat. Kalau dilihat dari sudut sejarah, bagaimana pembangunan modal insan ini pernah berjaya direalisasikan oleh baginda Nabi s.a.w dalam membentuk ummah dan negara. Pembangunan ini telah dimulakan dengan revolusi ilmu yang mencorakkan cara berfikir, tingkah-laku, akhlak, hukum agama, undang-undang dan aturan hidup. Guru di sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik murid-murid dalam melahirkan modal insan atau generasi yang berketrampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermoral tinggi. Sebagai seorang guru yang profesional mereka hendaklah sentiasa menambahkan pengetahuan dan kemahiran pengajarannya. Untuk mencapai hasrat ini guru digesa mempersiapkan diri mereka dengan segala ilmu pengetahuan selaras dengan arus perubahan teknologi.

4.0

CADANGAN STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH PELAJAR UNTUK BERJAYA DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

4.1

Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat

Belajar secara atas talian atau e-pembelajaran memerlukan pelajar melengkapkan diri dengan asas-asas kemahiran teknologi maklumat dan juga internet yang secukupnya sesuai dengan peredaran masa. Alat komunikasi dan bahan-bahan e-pembelajaran disampaikan melalui internet dan menerusi platform penghantaran atas talian OUM yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (my VLE). Dengan itu pelajar seharusnya berusaha untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan juga kemahiran dalam bidang teknologi maklumat, sekurang-kurangnya mahir mengendalikan sebuah komputer peribadi, bagaimana untuk melayari internet, bagaimana menggunakan Microsoft Internet Explorer (IE), membaca dokumen dalam Portable Document Format (PDF) dan menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya OUM (my VLE). Pelbagai cara boleh dilakukan oleh pelajar dewasa bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan juga kemahiran teknologi maklumat. Antaranya ialah dengan 7

OUMH1103

menghadiri kursus jangka pendek, bertanya dengan rakan yang lebih mahir dan meningkatkan tahap pembacaan dengan kemahiran yang berkenaan. Selain itu amalan penggunaan komputer yang berterusan juga amat digalakkan. Ini menjadikan kemahiran teknologi maklumat tidak tertumpu kepada teori semata-mata. Penggunaan yang kerap dapat membantu memahirkan lagi pelajar. Dengan meningkatkatnya kemahiran teknologi maklumat maka pembelajaran atas talian akan menjadi lebih menyeronokkan. Secara tidak langsung dapat membantu melonjakkan prestasi pelajar.

4.2

Perancangan dan pengurusan masa yang berkesan

Perumpamaan pernah mengatakan orang yang gagal merancang adalah merancang untuk menjadi gagal. Di sini jelas bermaksud dalam melaksanakan sesuatu terutamanya dua tugas dalam masa yang sama, perancangan teliti perlu dibuat. Sebagai pelajar dewasa yang bekerja mereka perlu menyediakan satu jadual yang sistematik. Pelajar harus mengatur masa untuk belajar dengan membahagikan masa untuk keluarga, kerja dan tugas yang lain.Sokongan ahli keluarga amat penting supaya pelajar dapat menetapkan masa untuk belajar dengan kerelaan ahli keluarga. Masa harus di kawal untuk memastikan penggunaan masa yang berkualiti untuk pembelajaran. Rancanglah masa dengan baik, senaraikan segala tugas, pekerjaan, temu janji dan masa untuk belajar dalam buku harian agar segala aktiviti berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara penting hendaklah diutamakan tanpa mengabaikan tugas sampingan. Tarikh akhir sesuatu perkara seperti tarikh menghantar tugasan hendaklah dikenalpasti lebih awal. Pakar-pakar motivasi sering memberi penekanan kepada aspek pengurusan masa bagi mencapai kecemerlangan dalam sesuatu bidang. Ini kerana masa merupakan sesuatu yang amat berharga. Pelajar dewasa perlulah melaksanakan sesuatu tugas berdasarkan kepentingannya. Ini bermaksud perkara yang utama dan penting perlulah didahulukan. Jadual yang disediakan juga hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Bagi pelajar dewasa yang melanjutkan pelajaran bersama pasangan masing-masing ataupun dengan rakan sekerja bolehlah saling ingat mengingati perkara-perkara yang penting dalam aktiviti e-pembelajaran.

OUMH1103

4.3

Menguruskan tekanan

Lessard (1998) mendapati stress bukan sahaja dialami oleh orang-orang dewasa, tetapi turut dialami oleh pelajar-pelajar universiti. Ini kerana universiti

merupakan persekitaran yang unik yang seringkali menuntut pelajar menyumbangkan pel bagai peranan disamping tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan. Bagi pelajarpelajar baru di dalam sistem pembelajaran di atas talian mereka akan mengalami gangguan stress yang berganda jika hendak dibandingkan dengan pembelajaran secara tradisional. Masalah akan datang dari segenap sudut dan aspek yang pasti akan menganggu perasaan dan emosi. Secara tidak langsung akan memberi stress atau tekanan perasaan kepada pelajar-pelajar. Menurut Wright (1967) kebiasaannya stress akan dialami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi serta perubahan fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami. Apabila berlaku stress, faktor fizikal dan rohani akan terganggu dan stress itu boleh menjadi negatif ataupun positif. Stress yang positif akan memastikan kita sentiasa berjaga-berjaga, mendorong kita agar lebih bermotivasi di dalam menghadapi cabaran atau rintangan serta membawa kita di dalam mencari jalan penyelesaian. Manakala stress atau tekanan perasaan negatif adalah masalah ataupun impak negatif yang boleh

menganggu pelajar-pelajar samada dari segi kesihatan mental dan fizikal, personaliti dan juga prestasi pembelajaran itu sendiri. Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari segi aspek negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap tahap kesihatan dan pencapaian akademik para pelajar. Bagi pelajar-pelajar baru kebiasaannya faktor yang selalu memberi tekanan dan menimbulkan stress ialah kesuntukkan masa di dalam menyiapkan kertas kerja yang diberi, kurang kemahiran di dalam perkakasan komputer,kurang mahir di dalam menggunakan sumber-sumber yang disediakan seperti kemudahan my VLE yang disediakan oleh pihak OUM, bebanan kerja di pejabat yang semakin bertambah dan sebagainya.

OUMH1103

4.4

Mengubah gaya hidup

Golongan pelajar dewasa bekerja yang mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran perlu memahami mengapa mereka berbuat demikian. Ini terdapat segelintir pelajar dewasa tidak memahami dengan jelas matlamat mereka. Mengubah gaya hidup adalah salah satu cara untuk mencapai kejayaan belajar secara atas talian. Disiplin diri amat penting supaya menyambung pengajian itu bukanlah satu usaha yang sia-sia. Pelajar dewasa hendaklah memahami selain bekerja mereka juga sekarang telah bergelar pelajar. Sikap yang negatif seperti berbual kosong, menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan juga kurang membaca perlu dielakkan. Ini kerana selain pembelajaran secara atas talian, sistem pembelajaran OUM juga merangkumi pembelajaran kendiri iaitu pelajar membaca modul yang disediakan. Kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan implikasi terutama semasa perbincangan atau menjawab soalan secara atas talian. Disamping menjalankan tugas hakiki sebagai pekerja, pelajar dewasa juga pada masa yang sama perlu sentiasa memahami tugas sebagai pelajar. Sistem pembelajaran terutamanya my VLE hendaklah sentiasa dipantau. Ini bagi membolehkan maklumat sentiasa dikemas kini.

4.5

Motivasi kendiri

Motivasi secara umumnya merupakan satu daya yang menggerakkan seseorang untuk mencapai sesuatu objektif. Chaplin (1985) mendefinisikan motivasi sebagai pemboleh ubah yang digunakan untuk menerangkan tentang faktor dalam organisasi yang membangkitkan, mengekalkan dan mengarah tingkah laku ke arah sesuatu matlamat. Ditinjau dari aspek belajar motivasi adalah satu tindakan untuk mencapai tujuan tertentu (Reber & Beech, 1982). Ini jelas menunjukkan pentingnya minat serta motivasi dalam belajar. Lee Shok Mee (1991) pula menegaskan bahawa minat pelajar memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kesediaan pelajar untuk belajar. Keadaan ini juga sama terhadap guru-guru yang melanjutkan pengajian mereka di peringkat sarjana di mana minat serta motivasi mereka yang tinggi dapat mendorong mereka untuk terus belajar.

10

OUMH1103

5.0

KESIMPULAN Era globalisasi telah membawa arus perubahan kepada gaya hidup serta sistem

sosial masyarakat dunia begitu juga di Malaysia. Oleh kerana kesan globalisasi tidak dapat dielakkan maka kita perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan yang dibawa oleh globalisasi itu sendiri. Sebagai usaha untuk penyesuaian dalam era globalisasi maka penguasaan ilmu pengetahuan baru dapat dicapai melalui pembelajaran sepanjang hayat. Melanjutkan pelajaran pada usia dewasa tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Oleh itu perkara utama yang perlu difikirkan ialah matlamat sebenar melanjutkan pelajaran. Pelajar perlu mengetahui dengan jelas kenapa mereka memilih untuk belajar secara atas talian ataupun e-pembelajaran. Perancangan yang teliti juga membolehkan sesuatu perkara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Belajar merupakan satu proses yang menyeronokkan. Secara tidak langsung motivasi diri sentiasa berada pada tahap terbaik dan kecemerlangan akan tercapai. (3000 patah perkataan)

11

OUMH1103

6.0

RUJUKAN

Dato Dr Zaiton Osman et al. (2012). Learning Skills for Open Distance Learners (2nd ed.). Seri Kembangan : Meteor Doc. Sdn. Bhd. Henry OLawrence (2006). The Influences of Distance Learning on Adult Learners. Journal of Technique, 47-49.

Abdul Aziz Ibrahim (1993). Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kejuruteraan Awam di Politeknik-politeknik Malaysia. Satu tinjauan. UTM: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Faridah Abd Wahab (2000). Satu Kajian Kes Di Kalangan Pelajar Wanita Yang Telah Berumahtangga Melanjutkan Pelajaran Di UTM: Mengimbangi Tanggungjawab Antara Keluarga Dan Pelajaran. Projek Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Tidak Diterbitkan.

Razmah Man & Yusup Hashim (2000). Potensi dan cabaran dalam pembelajaran maya dan elektronik, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.

Journal of educational Technology system,issue;volume 34, number1/2005-2006.pages 33-35.

12

Vous aimerez peut-être aussi