Vous êtes sur la page 1sur 17

LAPORAN MINI RESEARCH

STATISTIK DALAM PENYELIDIKAN (KBV12203) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

KECELARUAN PERSONALITI BAGI PESAKIT HOSPITAL

SHAIDATUL FAREHA BINTI ABD RAHMAN (GB120181) FAIZATUL ASHIKIN BINTI RAMLI (GB120243) LATIFAH BINTI MAMAT (GB120245) WAN AMANINA BINTI WAN ARIFIN (GB120240)

SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

PENSYARAH: DR JOHNSON LIM

1 1.0 Pengenalan

Di dalam bidang pendidikan, personaliti telah menjadi pengaruh yang besar terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak seseorang itu. Sama ada pelajar itu bersahsiah baik atau sebaliknya adalah bergantung pada personaliti yang dimiliki. Menurut Santrock (1997), ada di antara pengkaji menyatakan bahawa perlakuan- perlakuan ini dipengaruhi oleh kecelaruan personaliti antisosial. Beliau berpendapat, kecelaruan personaliti antisosial mampu memberikan akibat buruk kepada diri dan orang lain. Walaupun pelbagai alasan telah dinyatakan, namun pelajar tidak mengetahui maksud sebenar tentang kecelaruan personaliti. Kecelaruan personaliti adalah merupakan sebahagian daripada kecelaruan psikologi yang terbina atau wujud apabila sifat personaliti seseorang itu menjadi tidak stabil dan salah suai (maladaptive) di dalam diri sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Santrock (1997) iaitu personality disorder are psychological disorders that develop when personality traits become inflexible and, thus maladaptive. Individu yang mempunyai kecelaruan ini kebiasaannya tidak mengetahui dan tidak mengenal pasti sama ada mereka mengalami kecelaruan personaliti atau pun tidak. Pelajar tidak mengetahui mereka mengalami masalah dan menunjukkan sebarang perubahan di dalam jangka masa tertentu (Plotnik, 1999).

2.0

Latar Belakang Kajian

Berita Harian pada 8 Januari 2006 pula melaporkan bahawa seorang pelajar sebuah politeknik telah ditahan polis kerana didapati mencuri motosikal. Kegiatan tersebut dilakukan kerana atas dasar kesempitan wang dan untuk menanggung perbelanjaan pengajian. Pelajar lelaki tersebut adalah berusia 19 tahun dan dalam jurusan kejuruteraan mekanikal. Pelajar tersebut dikatakan sanggup menjual bahagian enjin motosikal yang dicurinya dengan harga murah iaitu RM190 sebuah. Anak kepada seorang pensyarah di sebuah maktab perguruan di Perlis itu telah ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Taman Suria di Jitra untuk menjual sebuah enjin motosikal kepada pelanggannya. Ketua jabatan Siasatan Jenayah daerah kubang Pasu, Asisten Superintendan Shaik Osman Abdul Hamid pula mengesahkan kejadian tersebut. Kes tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan kerana mencuri. Berdasarkan daripada sorotan, perangkaan dan kajian yang telah dilakukan di atas, didapati banyak gejala yang telah berlaku termasuk gejala salahlaku yang memberikan kesan kepada masyarakat dunia. Lebih membimbangkan lagi, ia berkaitan dengan kecelaruan personaliti yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia terutama pelajar. Pelbagai kes yang telah berlaku sama ada bahaya pada diri atau bahaya pada masyarakat. Oleh yang demikian, wajar buat kajian dilakukan yang berkaitan dengan salahlaku dan kecelaruan personaliti.

2 3.0 Objektif

1. Menentukan faktor tidak bersandar bagi jantina dan umur pesakit hospital sekitar Kanada terhadap kecelaruan personaliti. 2. Menentukan faktor tidak bersandar bagi jantina dan jenis kecelaruan personaliti hospital sekitar UK terhadap kecelaruan personaliti.

4.0

Kajian Literatur

4.1

Teori Kecelaruan Personaliti

Perubahan personaliti adalah mengikut pengaruh mana yang lebih kuat, sama ada baka keturunan, didikan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, pendidikan disekolah, sosiobudaya, pemakanan, simbol status dan media massa. Diantara tanda orang yang menalami kecelaruan personaliti adalah seperti menghadapi tekanan jiwa, masalah bimbang, resah, cepat marah, atisosial ataupun terlibat dalam penyalahunaan dadah. Faktor-faktor harian, kemiskinan dan layanan ibu bapa juga ada hubungkait dengan kecelaruan personaliti. Individu yang mempunyai kecelaruan jenis ini kebiasannya tidak dapat mengenalpasti sama ada mereka mempunyai masalah atau tidak. idividu ini juga sedikit sebanyak akan memperlihatkan perubahan. Kecelaruan personaliti juga boleh diukur berdasarkan peringkat umur dan jantina. Perbezaan umur menggambarkan jumlah kecelaruan personaliti yang berbeza. Contohnya, umur di awal waktu, seperti kanak-kanak tidak ramai menunjukkan kecelaruan personaliti, tetapi meningkat setelah berada dari awal 15 tahun hingga ke 40 tahun. Smith, et al (2003) juga menyatakan terdapat 10 jenis kecelaruan personaliti. Pertama adalah kecelaruan personaliti pinggiran (borderline) yang merupakan perasaan hati (mood) atau perasaan kronik yang tidak stabil serta dorongan untuk merosakkan hubunan dan diri sendiri. Seterusnya, kecelaruan personaliti histrionic adalah keperluan kronik untuk perhatian dan mencari kebenaran dengan sifat dramatic, menggoda dan sifat kebergantungan. Kecelaruan personaliti narcissistic adalah kekerapan yang lebih dan ketidaksedaran terhadap keperluan orang lain, sifat exploitasi dan sombong. Kecelaruan personaliti paranoid pula adalah merupakan kronik dan ketidakpercayaan terhadap orang lain yang mempunyai daya kuasa. Seterusnya, kecelaruan personaliti ketidaksiuman (schizoid) yang merupakan ketidaksukaan yang kronik kepada hubungan interpersonal dan kedinginan emosi dan sifat sosial.:berfikiran menyeleweng serta pertuturan yang tidak teratur. Kecelaruan personaliti kebergantungan ( dependent) bersifat mementingkan diri sendiri, keperluan untuk jagaan dan ketakutan atas penolakan. Kecelaruan personaliti gangguan-paksaan (obsessive-compulsie) lebih bersifat tegas dalam aktiviti dan perhubungan serta memerlukan kesempurnaan yang ekstrem.

3 Menurut Plotnik (1999), terdapat enam jenis kecelaruan personaliti yang asas iaitu kecelaruan personalit schizotypal, kecelaruan gangguan-paksaan (obsessive-compulsie), kecelaruan personality antisocial, kecelaruan personaliti paranoid, kecelaruan personaliti histrionic dan kecelaruan personaliti kebergantungan (dependent). Menurut Westen (2002) pula terdapat 10 jenis kecelaruan personaliti sebagaimana yagn disenaraikan dalam Jadual 4.1 dibawah.

Jadual 4.1 : Jenis-Jenis Kecelaruan Personaliti DSM-I Kecelaruan personaliti Paranoid Schizoid Huraian Sangsi dan curiga Pemisah daripada hubungan sosial, keterbatasan terhadap penjelasan (expression) emosi Schizotypal Sansat tidak selesa dalam hubungan yang rapat, pemikiran atau persepsi yan menyeleweng Tidak menghiraukan dan melanggar hak oran lain Antisosial (antisocial) Desakan dan ketidakstabilan dalam hubungan interpersonal, Pinggiran (borderline) Histrionic Narcissistic Avoidant konsep diri dan emosi Keperluan perhatian dan emosi yan melampau Kehebatan, memerlukan kekaguman dan kurang empati Keganasan dan penyekatan sosial.

5.0

Rekabentuk Kajian

Data kajian diambil dari statistik hospital Kanada 1999/2000. Data ini hanya sah untuk tahun 1999/2000 sahaja. Ini berdasarkan maklumat dari hospital yang menunjukkan jumlah pesakit kecelaruan personaliti mengikut jantina berdasarkan peringkat umur. Namun untuk pelbagai jenis kecelaruan personaliti pula, data diambil dari statistik UK 2009/2010. Data ini hanya sah untuk tahun 2009/2010 sahaja.

4 6.0 Analisis data

Data akan dianalisis dengan menggunakan Chi- Squared, perisian SPSS versi 18 untuk menentukan faktor tidak bersandar antara jantina dengan umur pesakit dan manakala bagi faktor bersandar dalam kajian ini adalah kecelaruan personaliti. Jadual 7.1 merupakan data yang diperolehi dari Hospital Kanada pada tahun 1999/2000. Manakala Jadual 7.2 merupakan data yang diperolehi dari Hospital UK pada tahun 2009/2010. Faktor tidak bersandar bagi dalam Jadual 7.2 pula ialah jantina dengan jenis kecelaruan personaliti dan faktor bersandar ialah kecelaruan personaliti.

Dalam menganalisis menggunakan SPSS, untuk kes : (1) Data dari Hospital Canada (hubungan antara umur dan jantina) pengkaji menggunakan 5% aras keyakinan, two tail, di mana (v) degree of freedom adalah 18. (2) Data dari Hospital UK (hubungan antara jantina dan kecelaruan personaliti) pengkaji menggunakan 5% aras keyakinan, two tail, di mana (v) degree of freedom adalah 7.

Jadual 6.1: Data dari Hospital Kanada Umur/ Jantina L P Umur/ Jantina L P

<1 0.0 0 45-49 18 38

1-9 0.5 0 50-54 9 26

5-9 0.5 1

10-14 4 7

15-19 21 46 65-69 5 9

20-24 33 54 70-74 8 7

25-29 33 48 75-79 8 4

30-34 33 56 80-84 7 8

35-39 33 63 85-89 15 4

40-44 29 58 >90 6 5

55-59 60-64 5 14 7 12

Jadual 6.2: Data dari Hospital UK Jenis/ Jantina L P Schizoi d 37 38 Antisoci al 316 52 Borderli ne 1515 5216 Narcissisti c 11 5

Paranoid 129 107

Dependent 73 56

Histrionic 8 34

Avoidant 23 26

5 7.0 7.1 Andaian asas Data dari Hospital Canada (hubungan antara umur dan jantina)

H0 = Tiada hubungan yang signifikan antara jantina dan perbezaan umur. H1= Terdapat hubungan yang signifikan antara jantina lelaki dan jantina perempuan terhadap perbezaan umur 7.2 Data dari Hospital UK (hubungan antara jantina dan kecelaruan personaliti)

H0 = Tiada hubungan yang signifikan antara jantina dan jenis kecelaruan personaliti H1 = Terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dan jenis kecelaruan personaliti. 8.0 Keputusan

Jangkaan yang diperolehi oleh pengkaji adalah menolak hipotesis null iaitu terdapat hubungan antara jantina dan perbezaan umur dalam kecelaruan personaliti bagi jadual 6.1 manakala dari jadual 6.2, pengkaji menolak hipotesis null dan menerima hipotesis alternatif. Kecelaruan personaliti yang dialami oleh pesakit mengikut jantina berdasarkan peringkat umur dan pelbagai jenis kecelaruan personaliti akan dianalisis. Mengkaji hasil kajian benar berdasarkan data yang diperolehi dari Hospital Kanada dan dari Hospital UK. Sila rujuk pada LAMPIRAN 2 untuk keputusan analisis SPSS.

Kes 1 : hubungan antara jantina dan umur (Hospital Canada) menolak hipotesis null dan menerima hipotesis alternatif terdapat hubungan antara jantina dan perbezaan umur dalam kecelaruan personaliti. Column asymption significant (2 sided) menunjukkan nilai probabilities kerana asymption signifant adalah 0.028 yang bermaksud nilai yang lebih kecil daripada 0.05, maka Ho

ditolak. Hal ini bermaksud terdapat hubungan antara umur dan jantina. Kes 2 : hubungan antara jantina dan kecelaruan personaliti menolak hipotesis null dan menerima hipotesis alternatif terdapat hubungan antara jantina dan kecelaruan personaliti Column asymption significant ( 2 sided) menunjukkan nilai probabilities kerana asymption signifant adalah 0.008 yang bermaksud nilai yang lebih kecil daripada 0.05, maka Ho

ditolak. Hal ini bermaksud terdapat hubungan antara umur dan jantina.

6 9.0 Kes 1 : Daripada kajian yang telah dibuat, didapati bahawa tahap kecelaruan personaliti mempunyai hubungan antara umur dan jantina. Dalam analisis ini menunjukkan umur bergantung dengan jantina. Di sini, apa yang pengkaji faham, umur yang muda menunjukkan kurangnya kecelaruan personaliti bagi jantina lelaki dan perempuan, manakala apabila peningkatan umur, jumlah kecelaruan personaliti untuk lelaki dan perempuan semakin meningkat. Oleh sebab itu, terdapat hubungan yang signifikan di antara umur dan jantina. Perbincangan

Kes 2 : Daripada keputusan analisis, terdapat hubungan antara jantina dengan jenis kecelaruan personaliti. Ini menunjukkan tahap kecelaruan mempunyai berkait rapat dengan jantina. Hal ini adalah berdasarkan penilaian yang diperolehi oleh pengkaji di subtopik analisis data. Pengkaji mendapati tahap

kecelaruan personaliti juga adalah bergantung kepada situasi sekeliling mereka. Dari pemahaman pengkaji, jantina perempuan lebih ramai mengalami kecelaruan personaliti berbanding jantina lelaki. Ini kerana jantina perempuan lebih berhadapan dengan cabaran, seperti cabaran kerja, keluarga dan sebagainya. Maka dengan itu, terdapat hubungan antara jantina dan kecelaruan personaliti.

10.0

Cadangan

Berdasarkan kepada analisis data dan perbincangan ke atas dapatan kajian, pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan. Diharapkan cadangan kajian ini dapat dijadikan sebagai garis panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk menilai kembali tahap kecelaruan personaliti. Cadangan pengkaji adalah diharap semua golongan lebih peka terhadap diri mereka tentang aspek personaliti agar mereka boleh mengenalpasti keupayaan diri dalam melakukan sesuatu tindakan agar kecelaruan personaliti dapat dielakkan. Keduanya, cadangan kepada pihak kementerian supaya dapat mengenalpasti personaliti remaja mereka agar kecelaruan ini juga dapat diatasi. Hal ini agak dapat memudahkan remaja untuk melaksanakan tugasan ilmiah dengan cemerlang. Selain itu, seminar-seminar yang berbentuk motivasi kepada remaja perlu diadakan agak remaja dapat memperkemaskan lagi personaliti diri mereka dan sekaligus dapat mengatasi masalah kecelaruan personaliti kerana remaja merupakan tonggak kejayaan negara dan dapat menerajui negara ke peringkat lebih tinggi. Ketiga, mungkin pihak kerajaan dan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan masalah kecelaruan personaliti.seperti mengadakan programprogram. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan dan kecelaruan personaliti di kalangan pesakit. Ini kerana apabila mereka menyertai pelbagai program, mereka akan bergaul dan bersosial

7 dengan orang ramai, dan mereka akan melupakan masalah yang mereka hadapi. Ini sedikit sebanyak membantu mereka mengurangkan masalah dalam diri mereka. 11.0 Kesimpulan

Pelbagai golongan sama ada muda atau tua merupakan tunggak utama dalam kemajuan negara. Oleh itu, kajian tentang tahap personaliti adalah amat perlu supaya agen pelaksana ini boleh menjadi sumber yang berkualiti setanding dengan rakyat di Malaysia. Justeru itu, dapatan kajian ini dapat digunakan sebagai panduan semua pihak. Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan dalam menentukan faktor tidak bersandar bagi jantina mengikut peringkat umur dan pelbagai jenis kecelaruan personaliti akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS.

8 12.0 1. Rujukan Personality Dissorder. Dicapai pada November 29, 2012 di http://www.phac-

aspc.gc.ca/publicat/miic-mmac/images/fig_5-1_e.gif. (Data pesakit dari Hospital Canada). 2. UK 2009-2010 Personality Disorder Hospital Admissions by Gender. Dicapai pada Disember 12, 2012 di http://outofthefog.net/Statistics.html. 3. Santrock, J. W., (1997). Psychology. Edisi Lima. United States of America : Brown and Benchmark Publichers. 413-433. 4. Plotnik, R (1999). Introduction to Psychology. Edisi Lima. United States of Amerika : Wadsworth Publishing Company. 501-525 5. Smith, E. E., et., (2003). Introduction to Psychology. Edisi Empat Belas. United States of America : Thomsom Wadsworth. 313-333 6. Westen D. (2002). Psychology : Brain, Behavior, & Culture. Edisi Ketiga. United States of America : John Wiley & Sons, Inc. 305-319.

9 13.0 Bil 1 Pembahagian tugas dalam kumpulan Tugasan Mencari tajuk dan isu untuk kajian Tindakan Shaidatul Rahman Faizatul Ashikin Binti Ramli Latifah Binti Mamat Wan Amanina Binti Wan Arifin 2 Membuat draf proposal pertama Shaidatul Rahman 3 4 Membuat draf proposal kedua Perbincangan untuk penambahbaikan untuk tajuk kajian Faizatul Ashikin Binti Ramli Latifah Binti Mamat Wan Amanina Binti Wan Arifin 5 Mencari data dari internet Shaidatul Rahman 6 7 Membuat proposal ke tiga Analisis data menggunakan SPSS Faizatul Ashikin Binti Ramli Latifah Binti Mamat Wan Amanina Binti Wan Arifin 8 Membuat report akhir Shaidatul Rahman 9 Penambahbaikan report akhir Latifah Binti Mamat Wan Amanina Binti Wan Arifin 10 Kemaskini semua dan penghantaran report akhir Faizatul Ashikin Binti Ramli Fareha Binti Abd Fareha Binti Abd Fareha Binti Abd Fareha Binti Abd

10

14.0

Lampiran

LAMPIRAN 1 - Carta Gantt Carta Gantt merupakan perancangan kasar yang akan dilaksanakan oleh pengkaji dalam menghasilkan kajian ini. Rajah 9.1 merupakan carta gantt kajian ini. Perkara/Minggu Mendapat tajuk dari pensyarah Perbincangan Tajuk & Subtopik Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

dalam proposal dan laporan Menghantar pensyarah Menganalisis data Melengkapkan Research Menghantar Laporan Mini Research yang lengkap kepada pensyarah Rajah 9.1: Carta Gantt Laporan Mini proposal kepada

LAMPIRAN 2 Analisis SPSS

Keputusan analisis data dari SPSS

B) DATA DARI HOSPITAL KANADA Crosstabs


Notes Output Created Comments Input Data C:\Documents and Settings\User\My Documents\datkanada.sav DataSet0 <none> 18-Dec-2012 15:20:26

Active Dataset Filter

11
Weight Split File N of Rows in Working Data File Missing Value Handling Definition of Missing <none> <none> 746 User-defined missing values are treated as missing. Statistics for each table are based on all the cases with valid data in the specified range(s) for all variables in each table. CROSSTABS /TABLES=umur BY jantina /FORMAT=AVALUE TABLES /STATISTICS=CHISQ CC ETA /CELLS=COUNT /COUNT ROUND CELL.

Cases Used

Syntax

Resources

Processor Time Elapsed Time Dimensions Requested Cells Available

00:00:00.062 00:00:00.031 2 174762

[DataSet0] C:\Documents and Settings\User\My Documents\datkanada.sav Case Processing Summary Cases Valid N umur * jantina 746 Percent 100.0% N 0 Missing Percent .0% N 746 Total Percent 100.0%

umur * jantina Crosstabulation Count jantina lelaki perempuan Total

12
umur 1-4 5-9 10-14 15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49 50-54 55-59 60-64 65-69 70-74 75-79 80-84 85-89 >90 Total 1 1 4 23 34 35 33 33 29 18 9 5 7 5 8 8 7 16 6 282 0 1 7 47 55 49 56 63 58 38 26 14 13 9 7 4 8 4 5 464 1 2 11 70 89 84 89 96 87 56 35 19 20 14 15 12 15 20 11 746

Chi-Square Tests Asymp. Sig. (2sided) 18 18 1 .028 .028 .011

Value Pearson Chi-Square Likelihood Ratio Linear-by-Linear Association N of Valid Cases 31.135
a

df

31.145 6.416 746

13
umur * jantina Crosstabulation Count jantina lelaki umur 1-4 5-9 10-14 15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49 50-54 55-59 60-64 65-69 70-74 75-79 80-84 85-89 >90 1 1 4 23 34 35 33 33 29 18 9 5 7 5 8 8 7 16 6 perempuan 0 1 7 47 55 49 56 63 58 38 26 14 13 9 7 4 8 4 5 Total 1 2 11 70 89 84 89 96 87 56 35 19 20 14 15 12 15 20 11

a. 7 cells (18.4%) have expected count less than 5. The minimum expected count is .38. Directional Measures Value

14
Nominal by Interval Eta umur Dependent jantina Dependent .093 .204

Symmetric Measures Value Nominal by Nominal N of Valid Cases Contingency Coefficient .200 746 Approx. Sig. .028

B) DATA DARI HOSPITAL UK crosstabs


Notes Output Created Comments Input Data C:\Documents and Settings\User\My Documents\dataUk.sav DataSet0 <none> <none> <none> 191 User-defined missing values are treated as missing. Statistics for each table are based on all the cases with valid data in the specified range(s) for all variables in each table. 18-Dec-2012 15:51:41

Active Dataset Filter Weight Split File N of Rows in Working Data File Missing Value Handling Definition of Missing

Cases Used

15
Syntax CROSSTABS /TABLES=kecelaruan BY jantina /FORMAT=AVALUE TABLES /STATISTICS=CHISQ CC /CELLS=COUNT /COUNT ROUND CELL.

Resources

Processor Time Elapsed Time Dimensions Requested Cells Available

00:00:00.062 00:00:00.031 2 174762

[DataSet0] C:\Documents and Settings\User\My Documents\dataUk.sav Case Processing Summary Cases Valid N kecelaruan * jantina 180 Percent 94.2% N 11 Missing Percent 5.8% N 191 Total Percent 100.0%

kecelaruan * jantina Crosstabulation Count jantina lelaki kecelaruan paranoid schizoid dependent antisosial boderline histrionic narcissistic 19 17 3 17 10 8 11 perempuan 11 8 6 13 17 24 5 Total 30 25 9 30 27 32 16

16
avoidant Total 5 90 Chi-Square Tests Asymp. Sig. (2sided) 7 7 1 .008 .006 .028 6 90 11 180

Value Pearson Chi-Square Likelihood Ratio Linear-by-Linear Association N of Valid Cases 19.062
a

df

19.632 4.806 180

a. 2 cells (12.5%) have expected count less than 5. The minimum expected count is 4.50. Symmetric Measures Value Nominal by Nominal N of Valid Cases Contingency Coefficient .309 180 Approx. Sig. .008