Vous êtes sur la page 1sur 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATORAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU: PROJEK INDIVIDU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) SEMESTER 1 AMBILAN : JUN 2011

PRA3102 PENGAJIAN KURIKULUM DAN MODEL PRASEKOLAH (AKTIVITI)


NAMA NO.KAD PENGENALAN NO MATRIK KUMPULAN/UNIT NAMA PENSYARAH : SYUHANA BINTI MUDA : 811101-11-5552 : g611ttprac5552 : PRA C : PN.RASHIDAH BINTI ELIAS

Jelaskan pertimbangan yang perlu ada dalam proses pembentukan kurikulum?

Pertimbangan yang perlu ada dalam proses pembentukan kurikulum.

Secara umumnya,kurikulum boleh diertikan sebagai perancangan untuk sesuatu pembelajaran.Kurikulum ini adalah mengandungi penyataan

falsafah,matlamat,objektif,kandungan,aktiviti pembelajaran dan penilaian yang mampu meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaannya Oleh sebab itu terdapat beberapa komponen yang diambil kira dalam proses pembentukan kurikulum ini Menurut Feldman,J.R (1991),terdapat lima komponen utama bagi membentuk sesebuah kurikulum iaitu falsafah,matlamat,objektif,isi kandungan,aktiviti pembelajaran dan juga penilaian. Komponen yang paling utama dalam pembentukan sesuatu kurikulum adalah falsafah.Jika ingin menyediakan kurikulum prasekolah,maka falsafah pendidikan prasekolah wajar ditentukan terlebih dahulu.Contohnya,falsafah prasekolah

menggambarkan tujuan prasekolah,nilai dan kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar.Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak.Maka,Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah dibentuk berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.Kedua-dua falsafah ini perlu diterjemahkan mengikut kesesuaian dan perkembangan kanak-kanak.Setiap kurikulum yang digubal adalah utnuk memenuhi keperluan jangka panjang.Kesan daripada hasil kurikulum yang digubal akan melahirkan generasi negara seperti mana yang dihasratkan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya matlamat dan objektif juga adalah merupakan komponen yang juga diambil kira dalam pembentukan kurikulum.Matlamat dan objektif yang dibentuk adalah merupakan panduan program bagi memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak.Justeru itu,matlamat dan objektif perlu ditulis dalam bentuk yang dapat dilihat oleh guru supaya guru dapat mengukur atau menilai kurikulum yang ingin diperolehi.Guru juga hendaklah menyesuaikan objektif yang perlu dicapai oleh kanakkanak secra individu memandangkan tahap pembelajaran setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Komponen seterusnya adalah isi kandungan.Isi kandungan bagi sesuatu matapelajaran yang dipilih adalah merupakan maklumat berkaitan matapelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti pembelajaran juga diambil kira dalam proses pembentukan kurikulum ini.Aktiviti pembelajaran adalah melibatkan aktiviti,bahan dan pengalaman yang dirancang untuk kanak-kanak.Setiap aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah bersesuaian dengan matlamat,objektif,isi kandungan dan kepelbagaian tahap kanakkanak. Penilaian pula adalah merupakan komponen terakhir dalam proses

pembentukan sesuatu kurikulum sebagai langkah untuk mengukur keberkesanan pembelajaran.Penilaian adalah merujuk kepada proses menilai sama ada matlamat dan objektif telah dicapai.Penilaian ini boleh dijalankan secara tidak formal melalui kaedah pemerhatian.Senarai semak dan rekod anekdot juga boleh digunakan sebagai kaedah pengumpulan maklumat pemerhatian.Penilaian yang dibuat ini akan membantu guru melaksanakan proses penambahbaikan daripada aspek pedagogi.

Bina web tema umum dan web tema khusus berdasarkan cadangan tema dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Bincangkan enam tunjang yang terdapat dalam KSPK dan buat perbandingan yang terperinci antara standard Pembelajaran dalam KSPK dengan Hasil Pembelajaran dalam KPK.

Web tema umum:


Ciri-ciri: Kaki dua Kaki empat Berbulu Bertanduk Bersisik Ciri-ciri: Kaki dua Kaki empat Berbulu Bertanduk Bersisik

HAIWAN JINAK

Buat perbandingan model-model program yang terdapat di luar negara dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai. Bincangkan kaitan setiap model program

Vous aimerez peut-être aussi